Nota Redza Zainol
131K subscribers
174 photos
18 videos
1 file
430 links
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
Download Telegram
πŸ₯΅ 5 keadaan yang mak ayah perlu bawa anak segera ke hospital atau klinik

βœ… Nafas anak jadi laju.

β€’ Punca selalunya disebabkan jangkitan kuman paru-paru.

βœ… Bayi demam tinggi lebih 38Β°C selama 2 hari berturut-turut.

βœ… Anak jadi sawan.

βœ… Bayi muntah-muntah dan kerap cirit birit.

βœ… Mengadu sakit dalam telinga.

#NotaRedzaZainol
#paediatric
πŸ‘109❀24πŸ₯°3πŸ‘1
😊 Anak bangun pagi terus meragam?

Nak mood anak lebih stabil waktu pagi :
πŸ‘‰ Peluk anak setiap kali dia bangun tidur.

πŸ“ Kadang-kadang anak meragam bukan sebab dia nakal, tapi kerana dia perlukan perhatian dan rasa disayangi.

πŸ“ Apabila kita peluk anak:

β€’ Paras hormon oxytocin dalam badan anak dan ibu ayah meningkat.

β€’ Oxytocin ialah hormon bahagia dan rasa selamat.

Sebab itu selepas peluk anak, kita rasa lebih tenang dan lebih sabar.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀211πŸ₯°31πŸ‘19πŸ‘3πŸ’˜3πŸ”₯1
πŸ˜” Macam mana nak β€œdetect” anak saya ada β€œspeech delay”?

πŸ“ Tidak menyebut apa-apa perkataan yang bermakna (meaningful word) pada usia 18 bulan.

Contohnya: nak, susu, mama

πŸ“ Masih tak menyambung 2 perkataan menjadi 1 ayat pada usia 2 tahun.

Contohnya: β€œnak ikut”, β€œnak makan”

πŸ“ Tak bercerita pendek/ mengadu menggunakan 3 perkataan dalam 1 ayat pada usia 3 tahun.

Contohnya: β€œabang tolak adik”

Ini adalah 3 situasi Red Flag yang mak ayah perlu tahu. Jika berlaku Red Flag ini, dapatkan bantuan profesional.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀96πŸ‘56πŸ₯°4🀯2🀩2πŸ‘1
πŸ₯΅ Anak asyik merengek?

πŸ‘‰πŸ» Cuba periksa :

πŸ“ Tangki emosi anak
πŸ“ Makan minum anak
πŸ“ Cukup ke tidur anak
πŸ“ Dah cukup ke perhatian dari kita
πŸ“ Berkualiti atau tak tidur mereka
πŸ“ Kesihatan anak
πŸ“ β€œScreentime” anak.

Ini semua akan mempengaruhi emosi & perasaan anak kita

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀115πŸ‘42πŸ₯°6πŸ”₯2🀯2🀩2πŸ†2
πŸ₯° Vitamin apa yang penting untuk bayi?

πŸ‘‰πŸ» Vitamin D yang mencukupi adalah penting untuk bayi berusia bawah 1 tahun. Ia membantu:

πŸ“ perkembangan otak
πŸ“ pertumbuhan tulang dan gigi
πŸ“ membantu penyerapan kalsium
πŸ“ kuatkan sistem imun untuk lawan jangkitan

Sumber paling mudah untuk dapatkan vitamin D ialah cahaya matahari.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ₯°58πŸ‘35❀25πŸ‘1
😊 Nak tambahkan vitamin D dalam badan anak?

πŸ‘‰πŸ» Selain daripada cahaya matahari, mak ayah juga boleh berikan suplemen Vitamin D.

3 cara beri vitamin D:

πŸ“ Masukkan 1 titis ke dalam mulut bayi.
πŸ“ Campurkan 1 titis ke dalam susu bayi.
πŸ“ Campurkan 1 titis ke dalam makanan bayi.

Bayi bawah usia 1 tahun, perlukan 1 titis vitamin D atau bersamaan dengan 400 IU sehari. Contohnya:

πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSHEv1hg79r7C-SBYvq/

Kanak-kanak > 1 tahun, juga perlukan Vitamin D sebanyak 600 IU sehari. Contohnya:

πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSHEv1YED1Nsw-SajS8/

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀55πŸ₯°11πŸ‘10πŸ†3πŸ”₯1πŸ‘1
πŸ₯° Nak anak suka dan selesa dengan kita?

Bila anak suka kita, dia akan lebih mudah:

β€’ Bercerita
β€’ Meluah perasaan
β€’ Kongsi apa yang dia rasa
β€’ Tanya pendapat kita

Kunci sebenarnya mudah:

πŸ‘‰πŸ» Pay Attention to Child’s Interest

Cuba:

πŸ“ Ambil tahu apa anak minat
πŸ“ Kenal makanan kegemaran anak
πŸ“ Tahu kawan baik dan hobi anak
πŸ“ Kenal watak kartun kegemaran dia

Binalah asas kepada hubungan yang lebih erat sebelum anak jadi remaja.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀147πŸ‘27πŸ₯°13πŸ‘1
πŸ₯° Apa yang anak anda boleh capai pada usia 3 tahun?

πŸ“ Kayuh basikal 3 roda.
πŸ“ Lukis bulatan.
πŸ“ Boleh guna gunting keselamatan.
πŸ“ Sebut nama penuh.
πŸ“ Tahu jantina diri sendiri.
πŸ“ Kenal dan sebut minima 2 jenis warna.
πŸ“ Makan sendiri tanpa dibantu.
πŸ“ Basuh tangan selepas makan.
πŸ“ Mula faham tentang kongsi mainan.
πŸ“ Tak pakai lampin waktu siang, kadang-kadang waktu malam.
πŸ“ Kerap tanya 3 soalan : Apa tu? / Siapa tu? / Mana?

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘109❀58πŸ₯°12πŸ‘4πŸ”₯3🀩2πŸ†1
πŸ₯° Nak bantu anak cepat bercakap di rumah?

Ini 2 tips tanpa kos.

1. Libatkan diri mak ayah dalam rutin anak βœ…

2. Libatkan anak dalam rutin mak ayah βœ…

πŸ“ Ketika melakukan rutin harian, inilah masa terbaik untuk perkenalkan perkataan baru atau mengulang perkataan lama.

πŸ“ Semua perkataan berkaitan rutin, pastinya perkataan yang penting.

πŸ“ Contohnya, ibu sedang membasuh baju:

Ajak anak tengok sambil pegang dan sebut objek yang ada.

β€œBaju biru”
β€œIni sabun”
β€œIni buih”
β€œAir”

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀101πŸ‘43πŸ₯°4πŸ’˜3πŸ‘2πŸ†1
πŸ€” Apa lagi skill penting yang anak perlu ada?

πŸ‘‰πŸ» Antara kemahiran penting yang perlu dididik sejak awal usia ialah β€˜People Skills’.

Contohnya:
β€’ Bersabar
β€’ Berkomunikasi dengan baik
β€’ Mendengar luahan
β€’ Empati
β€’ Bekerjasama
β€’ Memimpin
β€’ Berunding
β€’ Mempengaruhi orang lain
β€’ Belajar menjual

Anak yang ada β€˜People Skills’ biasanya lebih mudah menyesuaikan diri dan β€œsurvive” di mana saja.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
πŸ‘80❀49πŸ₯°10πŸ†2πŸ‘1🀩1
πŸ₯° Nak emosi anak lebih tenang dan stabil?

πŸ‘‰πŸ» Cuba minggu ni bawa anak keluar ke :

πŸ“ Taman permainan
πŸ“ Taman rekreasi
πŸ“ Kebun atau sawah
πŸ“ Halaman rumah
πŸ“ Pantai

Atau ke mana sahaja asalkan anak boleh bermain bebas di luar rumah.

βœ… Anak lepaskan emosi negatif.
βœ… Hormon gembira meningkat.

Boleh? Kalau boleh, tekan emoji ❀️

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀369πŸ‘29πŸ₯°8πŸ‘2πŸ’˜2πŸ”₯1🀯1🀩1πŸ†1
πŸ‘ΆπŸ» Bayi bawah usia 2 tahun meragam sebab selsema dan hidung tersumbat?
 
❌ Jangan sedut hingus dari hidung bayi menggunakan mulut secara terus.

- Ibu ayah berisiko dijangkiti dan jatuh sakit.

πŸ‘‰πŸ» Ibu ayah boleh cuba 2 cara ini:

1. Guna nasal spray seperti Sterimar. Contohnya:

https://vt.tiktok.com/ZSHoG6pSSQULF-E5Klq/

2. Pakai baby β€œnasal aspirator” untuk sedut hingus selepas guna Sterimar. Contohnya:

https://vt.tiktok.com/ZSHoGjqqTBCbr-6mnZv/

Ulang guna Sterimar bersama Nasal Aspirator sebanyak 2-3 kali sehari.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❀66πŸ‘22πŸ‘3πŸ”₯1πŸ₯°1😁1
πŸ₯΅ Antara Fight, Flight dan Freeze, yang mana paling bahaya?

πŸ‘‰πŸ» Ketika kita marah anak, boleh lihat ada 3 jenis reaksi ini.

πŸ“ Fight
- dia melawan, membentak, mengamuk, protes.

πŸ“ Flight
- dia merajuk, lari, menyorok, menangis.

πŸ“ Freeze
- dia kaku, ketakutan, emosi dipendam, takut bersuara.

β€˜Freeze’ adalah jenis paling berisiko kerana emosi tidak keluar, hanya terkumpul di dalam.

Saya sambung lagi minggu depan ya
.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
πŸ‘168❀62🀯14😁4πŸ’˜4πŸ†2πŸ‘1🀩1
πŸ₯΅ Anak yang selalu β€˜Freeze’ membesar dengan:

πŸ“ kurang keyakinan diri
πŸ“ sukar meluah perasaan
πŸ“ mudah rasa tertekan
πŸ“ rasa tak selamat dalam hubungan

Ya, anak wajib ditegur jika ada perbuatannya yang salah.
Pada masa yang sama, beri ruang selamat supaya anak rasa didengari dan boleh bersuara.

Emosi yang dilayan akan sembuh.
Emosi yang dipendam bakal meletup, sama ada cepat atau lambat.

#NotaRedzaZainol #didikanak
❀158πŸ‘45πŸ₯°8πŸ†5πŸ‘3😁2πŸ”₯1
πŸ₯΅ Risau anak menjadi kasar?

πŸ‘‰πŸ» Elak buat 3 perkara ini:

πŸ“ Jangan terlampau marah, terlampau menjerit ketika marah anak.

πŸ“ Kerap mengugut anak dan menakut-nakutkan anak.

πŸ“ Terlalu berkeras dengan anak. Jika anak meminta sesuatu dengan baik, sekali sekala kita boleh benarkan selagi tak membawa mudarat.

Anak yang dah mula menjadi kasar, susah untuk diundur semula.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
❀185πŸ‘45πŸ₯°8πŸ†5🀩1
πŸ₯° Nak anak belajar skil penting sebelum usia 18 tahun?

1️⃣ Kemahiran bercakap.

β€’ Belajar bercakap dengan tersusun, lancar dan yakin.
β€’ Ini skil penting dalam apa juga kerjaya.

2️⃣ Berlatih untuk menjadi berani.

β€’ berani bergaul terutama dengan orang yang lebih berjaya.
β€’ berani bertanya.
β€’ berani buat keputusan.

3️⃣ Berlatih kecerdasan emosi
β€’ bersabar dan tak cepat marah.
β€’ mudah memuji dan berfikir dulu sebelum mengkritik.

Banyak lagi kemahiran yang penting, tapi ini saja yang saya kongsikan dulu.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
❀144πŸ‘47πŸ‘6πŸ’˜3πŸ₯°2🀩2
πŸ₯° Teringin nak anak membesar dengan β€œGrowth Mindset”?

β€œDon’t let anyone tell you that you can’t. Not even me.”

β€’ Bila anak melukis, jangan cepat kata buruk.
β€’ Bila anak nak cuba perkara yang baru, jangan cepat kata susah.
β€’ Bila anak gagal, jangan cepat kata β€œKan dah cakap”.

πŸ“ Bila anak selalu dengar ayat negatif, perlahan-lahan otak mereka belajar 1 perkara:

β€œAku tak boleh.”

πŸ“ Sebab itu antara mindset penting yang mak ayah perlu tanam sejak kecil ialah anak mesti berani mencuba.

πŸ“ Kalau gagal, latih anak untuk fikir begini:

β€œAku belum pandai lagi.”
β€œAku boleh belajar.”
β€œAku boleh cuba lagi.”

πŸ“ Inilah growth mindset.

πŸ“ Anak mungkin jatuh banyak kali tapi dia tak akan berhenti.

πŸ“ Kerana dalam kepalanya sentiasa ada satu suara kecil yang berkata:

β€œAku mungkin belum boleh sekarang… tapi aku boleh belajar.”

#NotaRedzaZainol
#didikanak
❀160πŸ‘45πŸ”₯9πŸ†8πŸ’˜5🀩3πŸ₯°2😁1
😊 3 perkara yang kita tak perlu buat kepada bayi semasa musim Raya.

πŸ“ Jangan suap makanan pada bayi tanpa izin mak ayahnya.

πŸ“ Jangan gomol atau cium bayi. Imuniti bayi ni masih lemah dan mudah dapat jangkitan daripada orang lain.

πŸ“ Jangan membanding-bandingkan atau beri komen negatif tentang rupa paras bayi.

Jaga adab, pasti semua orang beraya dengan gembira.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
❀159πŸ‘45πŸ₯°12🀩1
πŸ₯° Ajarkan 4 adab ini kepada anak sebelum pergi beraya.

πŸ“
Tak boleh masuk bilik tuan rumah sesuka hati.

πŸ“ Tak boleh merosakkan harta benda tuan rumah.

πŸ“ Tak boleh mengambil barang orang lain tanpa izin.

πŸ“ Tak membuka sampul raya di depan tuan rumah.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
❀215πŸ‘86πŸ”₯10πŸ†6πŸ₯°4
πŸ˜₯ Semasa raya barulah mak ayah mula perasan…

β€œKenapa anak aku tak macam budak lain?”

Ini antara yang selalu mak ayah perasan:

πŸ“ Sepupu dah petah bercakap, tapi anak masih sebut sepatah dua atau tak panggil ibu/ayah.

πŸ“ Nak sesuatu tapi anak tak sebut. Hanya tarik tangan kita.

πŸ“ Tak ada respon bila nama sendiri dipanggil.

πŸ“ Budak lain dah pandai makan sendiri, susun blok, tapi anak kita masih β€œstruggle”.

πŸ“ Anak lain bermain bersama tapi anak kita hanya main seorang diri dan kurang β€œeye contact”.

Raya bukan tempat untuk membanding-bandingkan, tapi peluang untuk β€œdetect” awal.

#NotaRedzaZainol
#didikanak
πŸ‘199❀107πŸ”₯9πŸ₯°5πŸ‘5🀯1πŸ†1