PMO Info Channel πŸ‡²πŸ‡Ύ
βœ”
8.74K subscribers
4.32K photos
430 videos
10 files
1.02K links
Saluran komunikasi maklumat umum daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Download Telegram
Hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara Selatan yang menjadi tanda komitmen nyata Kerajaan dalam menyenangkan hidup rakyat.

(Kenyataan penuh di Facebook Anwar Ibrahim)

#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
❀10πŸ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kembali memperteguh cita nurani untuk kekal meletakkan tumpuan agar limpahan ekonomi dan tatakelola terbaik dirasai rakyat terbanyak.
❀22πŸ”₯2
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

TERIMA PERLETAKAN JAWATAN SUPOL KANAN, SPRM BEBAS JALANKAN SIASATAN

Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.

Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar.

Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.

ANWAR IBRAHIM
26 November 2025
πŸ‘7❀4πŸ‘2😁2
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
Malam ini saya hadir ke Majlis Makan Malam Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-30 untuk menyampaikan penghargaan setingginya kepada seluruh pasukan penjawat awam yang bekerja keras sepanjang tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Ini termasuk seluruh jentera Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah bertungkus-lumus menyiapkan skim saraan baharu demi menaikkan gaji dan kebajikan penjawat awam. Alhamdulillah, SSPA ini telah menerima sambutan positif daripada rakan-rakan penjawat awam.

Kerja keras kita selama tiga tahun ini mula memperlihatkan hasil. Kejayaan Malaysia yang kian terserlah menerusi keyakinan pelabur, kemajuan teknologi, serta kedudukan kita di pentas dunia, lahir daripada kegigihan penjawat awam yang bergerak seiring barisan pimpinan negara memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan.

Kekuatan kerajaan tidak berdiri pada pemimpinnya semata-mata, tetapi pada teguhnya perkhidmatan awam, disiplin, integriti dan kesungguhan kalian yang menjadi tonggak serta tulang belakang pentadbiran negara. Prestasi kerajaan yang semakin cemerlang hari ini adalah cerminan kekuatan penjawat awam seluruhnya.

Sebagai tanda penghargaan, saya umumkan sumbangan tambahan RM500,000 bagi melancarkan perjalanan konvensyen ini. Semoga Allah memperkukuh iltizam kita untuk terus memajukan Malaysia bersama-sama, berasaskan dedikasi tertinggi penjawat awam.

#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
❀6πŸ‘5
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
πŸ‘7❀6😒1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, menghargai peranan setiap anggota pasukan, serta terus memupuk dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.

Dalam kesatuan ini, kita memperteguh iltizam untuk berkhidmat dengan lebih tekun, berintegriti dan berjiwa besar sebagai cerminan semangat kekeluargaan serta kekuatan sebuah pasukan yang sentiasa bergerak seiring.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Min al-β€˜aidin wal faizin daripada saya serta seluruh warga Pejabat Perdana Menteri.

#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
❀15
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
Sewaktu interaksi bersama Presiden Abdel Fattah El-Sisi tempoh hari, saya telah memohon kerjasama beliau bagi memudahcara penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan.

Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan ini.

Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡ͺπŸ‡¬πŸ€πŸ‡΅πŸ‡Έ

#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
❀8πŸ‘4
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
πŸ‘6❀1
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
Menjunjung kasih atas perkenan menerima patik menghadap bagi menyembah maklum berhubung beberapa perkembangan penting yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Titah Baginda Tuanku agar siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji dilaksanakan secara menyeluruh adalah selari dengan iltizam Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap syor dan dapatan disiasat secara tuntas tanpa sebarang kompromi.

Tabung Haji menguruskan amanah yang lahir daripada hasil keringat jutaan rakyat, termasuk petani, penjawat awam dan golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang menabung selama bertahun-tahun demi menyahut panggilan haji. Amanah sebesar ini tidak seharusnya dikhianati. Justeru, sesiapa yang didapati menyalahgunakan kepercayaan tersebut hendaklah diheret ke muka pengadilan menurut lunas undang-undang.

Baginda Tuanku turut menyentuh perkembangan berkaitan FELDA, dan saya telah menyembah maklum mengenai kemajuan siasatan serta laporan Pasukan Petugas Khas yang sedang diperhalusi Kerajaan agar segala penemuan diteliti secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil menurut lunas undang-undang.

Kerajaan MADANI terus berpegang teguh kepada prinsip tatakelola baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban, dengan memastikan keadilan ditegakkan serta setiap pengkhianatan terhadap amanah rakyat dikenakan tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

Kerajaan MADANI juga akan terus memperkukuh kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara melalui penguatkuasaan yang berkesan, pemantauan berterusan serta kerjasama erat antara agensi bagi membendung jenayah rentas sempadan, sekali gus memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan akan sentiasa menjunjung titah Baginda Tuanku demi memperkukuh tadbir urus, penguatkuasaan dan keselamatan negara, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
❀12
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan kepada Allah SWT jua kita berserah.

Selamat ulang tahun kelahiran Dato' Seri Anwar Ibrahim
❀12
π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

𝗬𝗔𝗕 π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π——π—”π—‘π—š π— π—˜π—‘π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—œ π—£π—˜π— π—˜π—₯π—œπ—žπ—¦π—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π——π—¨π—₯ π—¬π—”π—‘π—š π——π—œπ—§π—˜π—§π—”π—£π—žπ—”π—‘ π—’π—Ÿπ—˜π—› π—£π—”π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ π—£π—”π—žπ—”π—₯ π—£π—˜π—₯𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.

π—§π—¨π—‘π—žπ—¨ 𝗑𝗔𝗦𝗛π—₯π—¨π—Ÿ π—”π—•π—”π—œπ——π—”π—›
Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026
❀8
π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

𝗬𝗔𝗕 π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—œ 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π——π—¨π—₯ π—£π—˜π— π—•π—˜π——π—”π—›π—”π—‘ π—Ÿπ—”π—£π—”π—₯π—’π—¦π—žπ—’π—£π—œ π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—˜π—Ÿπ—˜π—žπ—§π—œπ—™ π—•π—”π—šπ—œ π— π—˜π—₯𝗔π—ͺ𝗔𝗧 π—›π—˜π—₯π—‘π—œπ—” π—£π—˜π—₯𝗨𝗧 (𝗣𝗔π—₯𝗔-π—¨π— π—•π—œπ—Ÿπ—œπ—–π—”π—Ÿ π—›π—˜π—₯π—‘π—œπ—”)

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

𝗗𝗔𝗧𝗒' 𝗗π—₯ 𝗔𝗦π—₯π—œ π—₯π—”π—‘π—šπ—” π—•π—œπ—‘ π—”π—•π——π—¨π—Ÿπ—Ÿπ—”π—› π—₯π—”π— π—”π—œπ—”π—›
Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026
❀15😁1
KERAJAAN MADANI HANTAR PASUKAN SMART KE NEPAL, KESAN DAN BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA

Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda Nepal.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal bagi membolehkan pasukan ini digerakkan sesegera mungkin.

Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.

Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.

ANWAR IBRAHIM
30 Ogos 2026
πŸ‘10❀5
Forwarded from Anwar Ibrahim (official)
STATEMENT ON THE US-IRAN ESCALATION

I am gravely concerned by the renewed escalation between the United States and Iran. The latest exchange of strikes, extending beyond the immediate parties and into other states in the region, threatens to draw the wider Middle East into an even more destructive conflict.

The party with the greatest capacity to shape events bears a particular responsibility to exercise restraint and prevent further escalation. The sovereignty of other states cannot be cast aside. No military objective justifies exposing civilians to an expanding conflict. Economic measures that inflict hardship on civilians and impede diplomatic engagement risk exacerbating rather than resolving this crisis.

I urge the United States and Iran to halt further escalation and return immediately to diplomacy and the understandings reached in June. This conflict can ultimately be resolved only through political and diplomatic means. The world must not be made to pay the price for a wider regional war.

ANWAR IBRAHIM

Photo: AFP
❀6
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

PEJABAT PERDANA MENTERI
4 September 2026
❀5
Insya-Allah petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.

Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah.

Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada jam 3.30 petang ini.

#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#EkonomiMADANI
#Belanjawan2027
❀11πŸ‘4😁1