PEMBINA Channel ๐ŸŒ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
1.55K subscribers
2.95K photos
136 videos
17 files
914 links
Channel Rasmi ๐ŸŒ PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional). Ayuh sertai PEMBINA!
Download Telegram
KALAM MERDEKA

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi bebas daripada kejahilan dan ketundukan kepada selain dari kebenaran.

Mahasiswa harus tekun menuntut ilmu, memahami jati diri dan identiti negara serta menghayati tuntutan agama dalam membina sebuah negara yang mandiri dan bermaruah.

Apabila ilmu, identiti dan agama menjadi asas, akan lahirlah generasi yang mampu menjaga negara daripada penjajahan dalam apa jua bentuk.

Norsyuhadah Mohd Fazli
Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JKPO) PEMBINA Malaysia

"Merdeka Jiwa Teguh Bangsa"

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Ikuti kami di :
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

#pembinamerdeka
#69tahun
โค2
KALAM MERDEKA

Hakikat kemerdekaan bermula apabila jiwa terbebas daripada rantaian syubhat dan syahwat yang membelenggu.

Kemerdekaan tanah air pula mencapai maknanya apabila kita mampu membangunkan negara dengan acuan dan falsafah kenegaraan kita sendiri yang bebas daripada sisa pemikiran penjajah yang membelenggu akal, budaya dan kehidupan masyarakat.

Ibrahim Bin Allam
Timbalan Presiden PEMBINA Malaysia

"Merdeka Jiwa, Teguh Bangsa"

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Ikuti kami ydi :
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

#pembinamerdeka
#69tahun
๐Ÿ”ฅ2
๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ

Selama masih ada umat yang dizalimi, tanah umat yang dijajah, syiar yang dihalang dan manusia yang dinafikan haknya untuk tunduk kepada Tuhan, perjuangan menuju kemerdekaan belum selesai.

Kemerdekaan yang hakiki ialah apabila manusia bebas daripada perhambaan sesama manusia, lalu seluruh umat dapat hidup sebagai hamba Tuhan yang merdeka.

Abu Dzar Bin Mohd Annuar
Presiden PEMBINA Malaysia

"Merdeka Jiwa, Teguh Bangsa"

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

#pembinamerdeka
#69tahun
๐Ÿ”ฅ5โค1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apakah makna kemerdekaan
yang sebenar ?

Disebalik seorang anak yang hebat,
Ada seorang ibu yang kuat,
Disebalik kalimat Merdeka yang keramat,
Ada perjuangan para wanita yang hebat.


"Merdeka Jiwa, Teguh Bangsa"

Hadirah Adnan
Ketua Beliawanis PEMBINA Malaysia

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

#pembinamerdeka
#69tahun
โค7๐Ÿ‘3
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah MOHAMMAD AMMAR BIN MOHD SHAHKRI, pelajar Semester 3, Diploma Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2026 semalam.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah
โœจ๐ŸŽ“ ONLINE COURSE SHARING: AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS (AIKOL) ๐ŸŽ“โœจ

Pening nak susun subjek atau risau struggle kat AIKOL? Jom sertai perkongsian santai bersama pensyarah dan senior anda!

๐ŸŽฏ Apa yang anda akan dapat?
โœ… Tips susun & kuasai subjek AIKOL dengan bijak
โœ… Rahsia survive pengajian & tugasan
โœ… Sesi Q&A terus bersama senior & pensyarah

๐Ÿ“Œ Daftar Segera (Percuma):
๐Ÿ‘‰ https://bit.ly/Program_Menarik2026

๐Ÿ“ฑ Hubungi Kami:
๐Ÿง‘๐Ÿป Br. Amin: https://wa.me/601161632578
๐Ÿง•๐Ÿป Sr. Insyirah: https://wa.me/60134286224

๐ŸŒ Ikuti Kami & Daftar Ahli PEMBINA:
https://linktr.ee/pembinaiium | http://bit.ly/jomsertaiPEMBINA

P/S: Bantu sebarkan pada rakan-rakan AIKOL yang lain ya! ๐Ÿค—

#IIUMGombak #CourseSharing #JomCariSenior #JomSertaiPembina #PEMBINAIIUMCHAPTER
๐Ÿ‘2
๐ŸŽ“ TAHNIAH & SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU SESI 2026/2027

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh mahasiswa baharu yang bakal melangkah ke alam pengajian tinggi bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Di sebalik langkah pertama ini, jangan lupa untuk meluruskan niat menuntut ilmu kerana Allah SWT.

โ€œBarang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga.โ€
โ€” Riwayat Muslim


Semoga perjalanan ini menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang penuh ilmu, pengalaman, sahabat yang baik dan keberkatan.

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Apa lagi, Jom Cari Senior!
https://pembina.com.my/

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐Ÿ‘1๐Ÿ‘1
๐ŸŽ™LIVE TIKTOK PEMBINA UPM โ€“ EPISOD 2 ๐ŸŽ“

โ€œTips Survive di Kampusโ€ โœจ

Nak masuk universiti mesti excited, tapi dalam masa yang sama mesti ada banyak benda yang tertanya-tanya kan? ๐Ÿ˜†

Apa sebenarnya kehidupan dekat kampus?
Macam mana nak balance study dengan aktiviti?
Best ke aktif persatuan?

Jom borak santai dengan senior kita, Sis Huda & Sis Fatimah untuk dengar pengalaman dan tips mereka sepanjang berada di IPT! ๐ŸŒท

๐Ÿ“… Rabu, 16 September 2026
โฐ 9.00 โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ LIVE TikTok PEMBINA UPM


๐Ÿ“ฒ Nak join? Masuk group WhatsApp sini:
https://chat.whatsapp.com/HAvLzV3jOpSK1Gm929SEdq

Bakal mahasiswa UPM? Wajib join! ๐ŸŽ“

Mana tahu, tips yang dikongsikan nanti boleh bantu korang masuk kampus dengan lebih ready. ๐Ÿ˜‰

Save the date tau. Jumpa nanti!
๐Ÿ‘1
UNIVERSITI, TITIK ANJAKAN PARADIGMA!

Dalam ratusan ribu permohonan, kalian yang terpilih. Syukurilah nikmat melanjutkan pelajaran ini.

Universiti bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi medan membentuk identiti dan mengasah kemahiran.

Tetapkan visi dan misi, serta manfaatkan tempoh pengajian agar setiap detik menjadi bernilai.

Universiti, titik anjakan paradigma!

Nurhadirah Adnan
Ketua Beliawanis
PEMBINA Malaysia

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Apa lagi, Jom Cari Senior!
https://pembina.com.my/

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐Ÿ‘5
Bacaan Yaasin serta Doa Selamat untuk Keselamatan dan Kesejahteraan

๐Ÿ”นTarikh: 17/9/2026
๐Ÿ”นHari: Khamis
๐Ÿ”นMasa: 7.30 - 8.20 malam
๐Ÿ”นTempat: meet.google.com/exd-rupi-mtq

Bacaan ini khusus buat Encik Mohd Sani Harul, yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan penyelamat di ibu Pejabat JBPM. Beliau merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang masih belum dijumpai di dalam bencana banjir Nepal.

Beliau juga merupakan ayah kepada seorang ahli PEMBINA, Ukhti Farhana, yang merupakan JKC PEMBINA Bangi.

Marilah kita berdoa memohon keselamatan buat semua rakyat Malaysia yang hilang agar dijumpai dalam keadaan selamat.

๐Ÿ”น TENTATIF:
Jam 7.30pm: Peserta kumpul
Jam 7.35pm: Ucapan aluan
Jam 7.40pm: Bacaan Yasin + Doa (akan diusahakan selesai sebelum Isya')
TAHNIAH PEMBINA UPNM!

Alhamdulillah, PEMBINA Pusat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PEMBINA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kejayaan berdaftar secara rasmi pada 17 September 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil kesungguhan dan komitmen barisan penggerak dalam membuka ruang buat mahasiswa UPNM membina sahsiah, memperkukuh keilmuan dan mengasah kepimpinan berteraskan Islam.

Semoga langkah ini menjadi permulaan kepada gerak kerja yang subur dan berterusan, melahirkan mahasiswa yang teguh jati diri serta bersedia memikul amanah membela agama, bangsa dan negara.

Selamat maju jaya, PEMBINA UPNM. Terus membina, terus berbakti!

โ€œMembina Kepimpinan Nasionalโ€

#PEMBINA #PEMBINAUPNM #MembinaKepimpinanNasional
โค11๐Ÿ‘7๐Ÿ‘2
JEJAK WARISAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan kota ini, tersimpan sejarah, warisan dan jejak kehidupan masyarakat yang membentuk wajah Kuala Lumpur hari ini.

Jom sertai Jejak Warisan Kuala Lumpur pada:
๐Ÿ“… Sabtu, 26 September 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 6.30 petang
๐Ÿ“ Lokasi berkumpul: Masjid Kampung Baru

Mengenali sejarah, menyusuri warisan, memahami identiti kota.

#JejakWarisanKualaLumpur
#KLNadiPeradabanUmmah
PILIHAN DI TANGAN ANDA!

Belia adalah aset terbesar ummah. Bukan sekadar pewaris masa hadapan, tetapi pemimpin masa kini yang mencorakkan hala tuju ummah.

Di fasa belia ini, pilihan ada di tangan kita. Sama ada ingin terus hanyut dibuai mimpi atau berjuang menegakkan hakiki. Dan bersama pilihan datangnya tanggungjawab.

Tanggungjawab itulah yang membentuk susuk tubuh seorang belia. Pilihlah, pilihan di tangan anda!

Abdullah Alwafi
Naib Presiden 3
PEMBINA Malaysia

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Apa lagi, Jom Cari Senior!
https://pembina.com.my/

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
โค8๐Ÿ”ฅ1
DISINILAH MASA HADAPAN NEGARA DILAKAR

Alam universiti bukanlah semata-mata alam yang melingkari ruang kelas dan peperiksaan. Ianya adalah satu ruang tempat mencorak idea dan wawasan negara.

Di sinilah masa hadapan negara dilakar. Di sini juga asas negara dibentuk.

Selamat menempuh zaman mahasiswa !

Abu Dzar
Presiden
PEMBINA Malaysia

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Apa lagi, Jom Cari Senior!
https://pembina.com.my/

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
โค3
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan penuh rasa dukacita merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali , iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah
BERSAMA PEMBINA, SUBURKAN BUDAYA ILMU

Masa hadapan negara bertunjangkan belia yang berilmu, berakhlak dan berjiwa besar. Menara gading ialah medan membina keupayaan untuk memimpin dan berbakti.

Berteraskan Islam, PEMBINA komited membentuk mahasiswa yang teguh sahsiahnya, luas ilmunya dan nyata sumbangannya.

Ayuh bersama PEMBINA, kita suburkan budaya ilmu, gerakkan amal dan bina kepimpinan yang memartabatkan ummah dan negara.

Ibrahim Allam
Timbalan Presiden
PEMBINA Malaysia

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
Apa lagi, Jom Cari Senior!
https://pembina.com.my/

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐Ÿ‘6โค2
1,080 MAHASISWA SUDAH BERSAMA PEMBINA.

Sejak sambutan pelajar baharu sesi 2026/2027, seramai 1,080 mahasiswa telah memilih untuk bersama PEMBINA.

Ini baru permulaan.
Dari kampus ke kampus, kita sedang membina barisan mahasiswa yang berilmu, berprinsip dan bersedia memimpin perubahan.

Buat ahli baharu, selamat datang ke gerabak PEMBINA.
Anda kini sebahagian daripada ini.

Belum bersama?

๐Ÿ”— Daftar Ahli PEMBINA sekarang :
http://bit.ly/jomsertaiPEMBINA
http://bit.ly/jomsertaiPEMBINA
http://bit.ly/jomsertaiPEMBINA

Ikuti kami di:
๐˜๐˜‰: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜•๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ
๐˜๐˜Ž : ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข_๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
๐˜›๐˜ช๐˜ฌ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ: ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข

โ€œMembina Kepimpinan Nasionalโ€

#PEMBINA #intakebaru #freshies #MembinaKepimpinanNasional
๐Ÿ”ฅ11โค1๐Ÿ‘1
๐Ÿšจ UKM FAM, THIS IS MORE THAN JUST A PROGRAMโ€ฆ ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธโค๏ธโ€๐Ÿฉน

Pernah terfikir, sejauh mana kita mengenali perjuangan saudara kita di Palestin? ๐Ÿฅบ

โœจ *GEMA KEMANUSIAAN : SEJENAK BERSAMA PALESTIN*โœจ

Bukan sekadar pertemuan, tetapi ruang untuk kita berhenti sejenak, membuka mata hati dan menyelami erti sebenar kemanusiaan.

๐Ÿ“ Lokasi: Masjid UKM
๐Ÿ“† Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.30am - 12.00pm
๐ŸŒŸ Merit dan Sarapan disediakan

๐Ÿคฒ๐Ÿป Jom bersama-sama menghidupkan rasa peduli, menyemarakkan kesedaran dan menggemakan suara kemanusiaan buat saudara kita di Palestin.

Daftarkan diri anda:
https://me-l.co/6hdutzd9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Saudara Muhsin: 0137442158
Saudari Athiyyah: 0197280543

๐Ÿ“ข Jangan sekadar tahu tentang Palestin, ayuh bersama menghayati perjuangannya!

#SAVEPALESTINE
#PEMBINAUKM
๐Ÿ”ฅ1