Salam Jumaat dan salam sejahtera buat shbt pencarum seluruh Malaysia,
Terima kasih atas sokongan, doa dan keprihatinan semua. Saya faham bahawa sepanjang tempoh saya menjalani pemulihan, ramai yang tertanya-tanya tentang kelangsungan gerak kerja PGIRM dan isu pencarum.
Berikut kami sediakan FAQ rasmi untuk menjawab pertanyaan yang sering timbul:
FAQ PGIRM β Isu Akaun Fleksibel,Dividen KWSP dan Kemaslatan Pencarum
1. Kenapa PGIRM masih bersuara sedangkan Presiden sedang sakit?
Walaupun saya sedang berehat dan menjalani pemulihan, suara tuntutan pencarum tidak boleh berhenti. Perjuangan ini bukan milik individu sahaja, tetapi adalah amanah bersama yang mesti diteruskan demi ratusan ribu pencarum yang masih menunggu keadilan.
2. Bukankah pencarum sudah lama menunggu, tak salah jika berehat seketika?
Rehat untuk kesihatan adalah penting dan saya amat menghargai doa serta kefahaman semua. Namun, pencarum tidak boleh terus menunggu tanpa suara, kerana isu ini memberi kesan kepada kehidupan ramai yang terhimpit. Menunggu bukan tanda kekuatan, tetapi kerana tiada pilihan.
3. Adakah tuntutan ini akan dihentikan sementara?
Tidak. Semua usaha menyuarakan tuntutan Akaun Fleksibel,dividen KWSP dan kemaslatan pencarum akan diteruskan melalui saluran sedia ada, termasuk surat rasmi, media sosial, dan komunikasi rasmi dengan pihak kerajaan.
4. Siapa yang akan meneruskan gerak kerja semasa Presiden berehat?
PGIRM mempunyai struktur kepimpinan yang merangkumi Timbalan Presiden, Setiausaha, AJK, EXCO dan aktivis, masing-masing telah diberi amanah dan peranan.
Gerak kerja dan usaha menyuarakan isu pencarum boleh diteruskan secara kolektif oleh mereka yang diberi tanggungjawab. Saya akan memantau dari jauh dan memberi panduan mengikut kemampuan kesihatan, manakala pelaksanaan harian bergantung kepada komitmen bersama seluruh kepimpinan PGIRM.
5. Apa yang pencarum boleh lakukan sekarang?
Pencarum boleh terus memberi sokongan, mengikuti perkembangan rasmi melalui FB, Telegram dan saluran rasmi PGIRM. Sokongan moral, perkongsian maklumat dan penyertaan secara positif amat membantu memperkukuh suara pencarum.
6. Bagaimana pencarum boleh menghubungi PGIRM jika ada pertanyaan penting?
Gunakan saluran rasmi sahaja, seperti emel rasmi atau DM ringkas melalui Telegram/FB. Ini membolehkan semua pertanyaan diuruskan dengan teratur dan efisien, tanpa menjejaskan gerak kerja kolektif PGIRM.
Penutup:
Saya amat menghargai doa, sokongan dan kefahaman semua. Rehat saya bukan bermakna perjuangan terhenti. Amanah pencarum tetap menjadi keutamaan, dan gerak kerja akan diteruskan secara kolektif.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

π46β€6π₯4
Cadangan menaikkan usia pengeluaran KWSP ke 60 tahun amat membebankan pencarum. Ramai pencarum hilang kerja atau uzur sebelum 55, dan simpanan mereka tidak mencukupi untuk menunggu sehingga 60. Dasar ini wajar disemak semula agar tidak menghukum pencarum yang lemah dan terpinggir.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
β€47π₯11
@Marlina Ismail, kami hormat pandangan semua, tetapi perlu ditegaskan bahawa isu Akaun Fleksibel & dividen KWSP bukan soal βrajinkan diriβ atau βboleh berniaga kecil-kecilanβ.
Ramai pencarum yang terhimpit, berhutang, dan terpaksa menanggung keluarga tanpa bantuan, bukan sekadar untuk hidup selesa. Mereka telah bekerja keras bertahun-tahun, membayar caruman, dan berhak mendapat apa yang mereka simpan.
PGIRM tidak akan membiarkan hak pencarum diketepikan, dan suara ini akan terus diperjuangkan dengan tegas, lantang dan tanpa kompromi demi ratusan ribu pencarum yang masih terpinggir.
Jangan sesekali memandang remeh atau meminimakan perjuangan pencarum β ini bukan soal pilihan hidup santai, tetapi soal hak dan keadilan.
Sekian,terima kasih.

β€89π₯12π1
Makluman Rasmi PGIRM
Untuk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia, hari ini Timbalan Setiausaha PGIRM telah berjaya menyerahkan surat rasmi kepada Pn. Mirabell, Pembantu Setiausaha Dewan Rakyat, bagi tindakan selanjutnya.
PGIRM merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Timbalan Setiausaha Pn Nurul Hidayah atas komitmen dan usaha berterusan memastikan suara pencarum disampaikan melalui saluran yang betul dan rasmi.
Perjuangan ini diteruskan secara berhemah, berfakta dan berprinsip.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

π₯95β€30π5π’4π±1
Terima kasih Media Telus atas liputan. PGIRM kekal berpegang pada prinsip keadilan dan kesaksamaan undang-undang untuk semua rakyat
https://www.mediatelus.com//detail/13252

Media Tel Us
PGIRM tegas keadilan undang-undang mesti konsisten dalam kes Najib
β€55
KENYATAAN PRESIDEN PGIRM
Hakikatnya, penjawat awam menerima bonus dan kenaikan gaji melalui keputusan dasar kerajaan, sedangkan pekerja swasta terus dibiarkan bergelut tanpa sebarang jaminan, walaupun merekalah tulang belakang ekonomi negara.
PGIRM menegaskan kemarahan pencarum swasta ini bukan soal iri hati, tetapi rasa tidak adil apabila kos sara hidup meningkat, pekerjaan hilang, simpanan KWSP menyusut, namun tiada pelan perlindungan jelas untuk mereka. Kerajaan wajib berhenti menutup mata terhadap jurang ini dan segera tampil dengan dasar yang adil serta bersasar.
Kesejahteraan rakyat tidak boleh diukur hanya melalui satu sektor, sedangkan majoriti rakyat terus terhimpit dan terpinggir.

π96β€11π₯4π±1
Kenyataan Media Rasmi
Surat Tidak Dijawab, Kepercayaan Rakyat Terhakis β PGIRM
KUALA LUMPUR, 24 December 2025
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius kebimbangan rakyat berhubung surat-surat rasmi berkaitan kebajikan pencarum yang tidak menerima maklum balas daripada pihak kerajaan, sekali gus menjejaskan keyakinan awam terhadap tadbir urus pentadbiran negara.
PGIRM menegaskan bahawa penekanan ini bukan merujuk kepada mana-mana individu, tokoh politik atau kes peribadi, sebaliknya merujuk kepada amalan pentadbiran yang gagal memberikan penjelasan jelas terhadap isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat.
Menurut PGIRM, bagi pencarum KWSP khususnya dari sektor swasta, isu sebenar bukan perbandingan individu atau polemik politik, tetapi ketiadaan maklum balas, kejelasan dasar dan tindakan bersasar ketika mereka berdepan tekanan kos sara hidup, kehilangan pekerjaan dan simpanan persaraan yang semakin menyusut.
Sebagai Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir menegaskan bahawa rakyat tidak menuntut layanan istimewa atau retorik politik, sebaliknya mengharapkan jawapan yang telus, dasar yang konsisten serta akauntabiliti kerajaan terhadap suara pencarum.
βApabila surat dan isu kebajikan rakyat tidak dijawab secara rasmi, ia bukan lagi isu politik. Ia adalah isu kepercayaan,β katanya.
PGIRM kekal konsisten memperjuangkan kebajikan pencarum, ketelusan dasar simpanan persaraan dan tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan isu rakyat secara terbuka serta berfakta.
β Tamat β
Dikeluarkan oleh:
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π₯58β€10π±3π2
Respon sy terhadap komen ini supaya tidak mendatangkan kekeliruan..
Akaun 1 BUKAN duit majikan, ia hak mutlak pencarum yang diwajibkan oleh undang-undang di bawah KWSP. Caruman majikan adalah upah tertangguh pekerja, bukan hadiah yang βdilepaskanβ pada umur 55. Kalau bukan duit pencarum, kenapa ia direkod atas nama pencarum dan diwariskan jika pencarum meninggal?

π93π’4β€1
Kenyataan Presiden PGIRM
π KOS SARA HIDUP TINGGI,PENCARUM SEMAKIN TERHIMPIT
Data rasmi DOSM (24 Disember 2025) melalui Laporan Indikator Kos Sara Hidup 2024 tunjuk kos sara hidup terus meningkat di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Putrajaya.
Saya, Azmi Mohd Tahir β Presiden PGIRM, menegaskan bahawa dapatan ini mengesahkan realiti pencarum, khususnya pencarum berpendapatan rendah dan sederhana. Kos perumahan, makanan, pengangkutan dan utiliti terus meningkat tanpa penyesuaian pendapatan, menyebabkan pencarum hidup terhimpit dan terdedah tekanan kewangan.
Saya berpandangan bahawa dasar kebajikan pencarum tidak boleh dipisahkan daripada realiti kos semasa. Dasar terlalu rigid berisiko mendorong pencarum ke arah hutang dan ketidakstabilan kewangan.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan agar:
1. Mengiktiraf peningkatan kos sara hidup berdasarkan data DOSM (24 Disember 2025) sebagai isu serius.
2. Menilai semula dasar agar lebih responsif kepada realiti pencarum.
3. Membuka ruang dialog berasaskan fakta dan data.
βKos sara hidup tidak menunggu umur 55 tahun. Dasar juga tidak wajar terus menunggu.β

π₯32π±22β€9
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.
Ramai yang mesej dan tag saya bertanya isu ini, jadi saya jawab sekali secara terbuka supaya kita bincang berdasarkan fakta, bukan emosi.
Jika benar kita mahu bercakap tentang Perlembagaan dan kuasa Raja-Raja, maka isu pengampunan PMX dan kes Najib tidak boleh terus disamakan tanpa memahami fakta dan proses sebenar.
Jika benar ketika itu negara berada dalam tempoh peralihan selepas PRU14 β AGC lama direhatkan, AG baharu belum dilantik dan kabinet belum dibentuk sepenuhnya β itu tidak bermaksud Perlembagaan terhenti atau kuasa pengampunan menjadi tidak sah. Perlembagaan tidak mengenal konsep βvakum kuasaβ.
Jika benar kuasa pengampunan adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan bergantung kepada kewujudan kabinet, dan Lembaga Pengampunan pula ialah badan berterusan, bukan badan sementara yang terbubar setiap kali berlaku peralihan kerajaan.
Jika benar pengampunan PMX dibuat secara salah atau luar perlembagaan, mengapa sejak 2018 tiada satu pun keputusan mahkamah yang membatalkannya? Jawapannya mudah: kerana pengampunan itu direkodkan, diwartakan dan diiktiraf sah.
Jika ada yang masih cuba menyamakan kes ini dengan Najib, maka fakta perlu disebut dengan jujur:
π PMX menerima pengampunan penuh, jelas dan muktamad.
π PMX tidak pernah menerima sebarang titah adendum.
Tiada syarat, tiada tahanan rumah, tiada dokumen luar sistem.
Sebaliknya, kes Najib melibatkan pengampunan separa dan dakwaan kewujudan satu dokumen adendum yang tidak direkodkan dalam keputusan rasmi, tidak diwartakan dan kini dipertikaikan di mahkamah. Maka apabila mahkamah menilai isu ini, ia menilai proses dan bukti, bukan mencabar kuasa Raja-Raja Melayu.
Jika ada yang mendakwa mahkamah telah βmengurangkan kuasa Raja-Rajaβ, dakwaan itu mengelirukan. Mahkamah mengiktiraf kuasa prerogatif tersebut, tetapi menegaskan pelaksanaannya mesti dibuktikan dan direkodkan mengikut Perlembagaan.
Kesimpulan saya jelas:
Jika kita hormati Raja-Raja, kita mesti hormati Perlembagaan
Jika kita bercakap soal keadilan, kita mesti bercakap berasaskan fakta
Dan jika kita jujur, kes PMX dan kes Najib tidak sama dan tidak boleh disamakan
Sumber & Rujukan:
β’ Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan
β’ Warta Pengampunan Diraja (2018)
β’ Kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC)
β’ Penghakiman Mahkamah Tinggi berkaitan permohonan Najib
β’ Rekod laporan media arus perdana & Parlimen
π Kemaskini: Disusun berdasarkan maklumat awam dan rekod rasmi setakat terkini.

π±23β€4π4
Salam Jumaat dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.
KOS SARA HIDUP MAKIN MENEKAN β DATA DOSM SAHKAN REALITI PENCARUM
Utk makluman ramai tanya kenapa PGIRM terus bersuara tentang kos sara hidup dan kebajikan pencarum.
Jawapannya jelas dalam data rasmi DOSM.
π PAKW yang dikeluarkan pada 24 Disember 2025 menunjukkan kos minimum untuk hidup bermaruah semakin tinggi, terutama di KL, Selangor, Pulau Pinang & Putrajaya.
π Data inflasi (IHP) DOSM bertarikh 22 Disember 2025 pula menunjukkan kadar inflasi sekitar 1.4%, membuktikan harga barang dan perkhidmatan terus naik dan menghakis kuasa beli rakyat.
Tekanan ini bukan dirasai semua secara sama rata, tetapi paling berat kepada pencarum dalam 4 kategori utama yang PGIRM perjuangkan:
πΉ Surirumah
πΉ Individu kehilangan pekerjaan
πΉ Pekerja sendiri dan sektor informal tanpa caruman KWSP aktif
πΉ Mereka yang terlantar akibat penyakit kritikal
Ini bukan isu gaya hidup.
Ini isu kelangsungan hidup.
Ramai dalam kategori ini pernah mencarum, tetapi hari ini terhimpit oleh kos sara hidup yang meningkat tanpa pendapatan stabil. Pendekatan dasar yang terlalu umum tidak lagi memadai.
PGIRM percaya dasar yang berasaskan data, berperikemanusiaan dan bersasar wajar dipertimbangkan demi melindungi kumpulan pencarum yang benar-benar terkesan.
"Kos sara hidup tidak menunggu umur 55 tahun.
Dasar juga tidak wajar terus menunggu."
Sekian,terima kasih.
π Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) β PAKW & Indeks Harga Pengguna (IHP)

π48β€6π’2π₯1π±1
Claim untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan.
Semoga bermanfaat.
https://vt.tiktok.com/ZSPErDUkq/
Semoga bermanfaat.
https://vt.tiktok.com/ZSPErDUkq/
TikTok
Visit TikTok to discover videos!
Watch, follow, and discover more trending content.
π’9
KENYATAAN MEDIA PGIRM
PGIRM Cadang Dividen KWSP Masuk Akaun Fleksibel, Pengeluaran Akaun 1 Masih Diperjuangkan
Tarikh Edaran: 29 Desember 2025
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kesannya terhadap pencarum KWSP, khususnya pencarum berpendapatan rendah dan sederhana yang semakin terhimpit.
PGIRM memaklumkan bahawa pada awal Disember lalu, satu cadangan daripada pencarum agar dividen KWSP 2025 diagihkan terus ke Akaun Fleksibel telah menerima sokongan meluas, dengan hampir 3,500 pencarum menyatakan persetujuan. Cadangan ini dikemukakan sebagai langkah sementara bagi membantu pencarum menghadapi tekanan semasa, sementara menunggu keputusan dasar berkaitan pengeluaran Akaun 1.
PGIRM menegaskan bahawa cadangan tersebut bukan menggantikan tuntutan pengeluaran Akaun 1, dan juga bukan dua tuntutan yang bercanggah. Sebaliknya, ia merupakan satu pendekatan dua peringkat yang berperingkat, rasional dan bertanggungjawab.
KENYATAAN PRESIDEN PGIRM
Menurut Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, cadangan ini perlu dilihat dalam konteks realiti semasa pencarum dan keperluan mendesak hari ini.
βAgihan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah segera dan bersifat sementara. Ia tidak melibatkan pengeluaran simpanan pokok pencarum, tidak mengganggu struktur Akaun 1, dan hanya menggunakan hasil pelaburan untuk memberi ruang bernafas kepada pencarum yang terdesak.β
Beliau menjelaskan bahawa peringkat pertama tuntutan ialah kelegaan sementara melalui agihan dividen ke Akaun Fleksibel, manakala peringkat kedua ialah keputusan dasar yang lebih struktural, iaitu kebenaran pengeluaran terhad Akaun 1 kepada kumpulan pencarum tertentu yang benar-benar memerlukan.
βPengeluaran Akaun 1 adalah keputusan dasar yang besar dan perlu dibuat secara bersasar serta berasaskan data. Namun, pencarum tidak boleh terus diminta menunggu tanpa sebarang bentuk kelegaan sementara.β
Azmi menegaskan bahawa pendekatan dua peringkat ini membuktikan tuntutan pencarum bukan bersifat emosional atau melampau, sebaliknya berasaskan realiti kos sara hidup dan kelangsungan hidup semasa.
βJika kerajaan belum bersedia membuat keputusan muktamad berkaitan Akaun 1, sekurang-kurangnya langkah sementara melalui dividen ke Akaun Fleksibel wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.β
PGIRM berpandangan bahawa pendekatan berperingkat ini lebih seimbang, bertanggungjawab dan selari dengan keperluan sebenar pencarum pada ketika ini.
Pencarum tidak meminta keistimewaan.
Mereka hanya meminta ruang untuk terus bertahan.

π72π’15β€7π₯7
Berapa lama lagi pencarum perlu terus menunggu sedangkan kos sara hidup tidak pernah menunggu?
Jika pengeluaran Akaun 1 masih belum dibenarkan, jangan biarkan pencarum terus terhimpit tanpa sebarang kelegaan.
Agihkan dividen terus ke Akaun Fleksibel sebagai langkah sementara supaya pencarum boleh bernafas sementara menunggu keputusan dasar.
Ini bukan tuntutan melulu.
Ini suara pencarum yang terdesak, dan isu ini tidak boleh terus disenyapkan.
Pencarum bukan minta dimanjakan.
Pencarum cuma minta sedikit kelegaan untuk terus hidup.
Azmi Mohd Tahir
Presiden

π₯74β€26π’5
PENJELASAN & FAQ UNTUK SHBT PENCARUM
Ramai pencarum yang menghantar mesej menyatakan masih kurang jelas tentang kaedah yang dicadangkan dan menanyakan beberapa soalan.
Berikut adalah penjelasan ringkas dan FAQ supaya tidak timbul kekeliruan berulang.
FAQ RINGKAS β ISU DIVIDEN & AKAUN FLEKSIBEL KWSP
1οΈβ£ βApa yang sedang diperjuangkan sekarang?β
β‘οΈ Cadangan supaya dividen KWSP diagihkan ke Akaun Fleksibel sebagai langkah sementara, sementara menunggu keputusan pengeluaran Akaun 1 bersasar.
2οΈβ£ βIni ganti pengeluaran Akaun 1 ke?β
β‘οΈ Tidak. Ini bukan pengganti Akaun 1 bersasar, cuma kelegaan sementara.
3οΈβ£ βJika tak aktif mencarum (contoh suri rumah), dapat apa-apa ke?β
β‘οΈ Jika masih ada baki simpanan, dividen tetap diterima. Jumlah ikut baki sedia ada.
4οΈβ£ βKalau baki sikit, cukup ke?β
β‘οΈ Tidak mencukupi, sebab itu ia hanya langkah interim, bukan penyelesaian muktamad.
5οΈβ£ βKenapa bukan terus benarkan keluar Akaun 1?β
β‘οΈ Kerana ia melibatkan keputusan dasar kerajaan, bukan pentadbiran biasa.
6οΈβ£ βAda harapan lagi ke isu ini?β
β‘οΈ Ada, jika suara pencarum tidak senyap dan terus dibawa dengan berfakta.
7οΈβ£ βKenapa asyik lambat?β
β‘οΈ Perubahan dasar memang ambil masa, tetapi diam tidak akan bawa perubahan.
8οΈβ£ βPGIRM masih berjuang atau sudah berhenti?β
β‘οΈ Masih berjuang. Strategi berubah ikut fasa, bukan bererti perjuangan dihentikan.
9οΈβ£ βKami dah merayu banyak kali, tapi tiada respon. Apa lagi yang boleh kami buat?β
β‘οΈ Saya faham kekecewaan itu. Setiap usaha dicatat dan diperjuangkan. Suara pencarum tidak boleh berhenti dibawa, walaupun prosesnya perlahan. Cadangan dividen ke Akaun Fleksibel adalah langkah interim untuk beri sedikit ruang bernafas.
π βRasa macam kerajaan tak hiraukan penderitaan kamiβ
β‘οΈ Perasaan itu manusiawi. Sebab itu perjuangan ini penting: supaya dasar dibuat mengambil kira realiti pencarum, bukan sekadar angka di atas kertas.
1οΈβ£1οΈβ£ βKalau semua diam, apa yang berlaku?β
β‘οΈ Jika semua senyap, isu ini akan tenggelam. Suara pencarum mesti terus dibawa supaya perubahan boleh berlaku.
1οΈβ£2οΈβ£ βBolehkah dividen dan pengeluaran RM50k maksimum dari Akaun 1 digabungkan?β
β‘οΈ Dividen hanyalah langkah interim sementara, manakala pengeluaran RM50k maksimum dari Akaun 1 memerlukan kelulusan dasar kerajaan. Kedua-duanya tidak boleh bercampur, sebab itu ia perlu disusun mengikut fasa dan peraturan sedia ada.
1οΈβ£3οΈβ£ βApa lagi harus kita buat jika rasa semua usaha tak didengar?β
β‘οΈ Saya faham perasaan itu. Walaupun kecewa, usaha mesti diteruskan, kerana diam tidak akan bawa perubahan. Setiap suara pencarum yang dibawa akan memberi tekanan untuk dasar lebih adil.
1οΈβ£4οΈβ£ βRasa macam tiada harapan selagi orang tertentu berkuasaβ
β‘οΈ Kecewa itu manusiawi, tetapi suara pencarum mesti diteruskan. Perjuangan ini tidak bergantung pada satu individu sahaja, dan langkah interim seperti dividen ke Akaun Fleksibel adalah usaha nyata sementara menunggu pengeluaran Akaun 1 bersasar.
π AYAT PENUTUP
Dividen ke Akaun Fleksibel ialah langkah sementara. Perjuangan pengeluaran Akaun 1 bersasar tetap diteruskan.

π72π₯8β€5π±1
Cukup-cukuplah putar belit dasar dan naratif.
Dividen bukan duit kerajaan, dan Akaun Fleksibel bukan alasan untuk menutup tuntutan Akaun 1.
Cadangan dividen ke Akaun Fleksibel ialah langkah sementara untuk bantu pencarum terdesak, BUKAN lesen untuk berkata βkamu dah pernah dapatβ.
PGIRM berdiri bersama pencarum,
bukan menuding jari kepada pencarum.
Akaun 1 tetap milik pencarum
dan wajib dibuka secara bersasar.
Yang sembang biarlah sembang.
Kami desak, tekan dan lawan demi hak pencarum.

β€83π₯8π5