CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.34K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Sy jwb komen pencarum iniπŸ‘†πŸ‘†secara umum..

Dividen ini adalah hak pencarum sendiri, tapi bersasar bukan kerana mahu pilih kasih, sebaliknya kerana hanya dengan mekanisme terstruktur dan fokus kepada pencarum yang benar-benar terdesak, setiap ringgit dapat memberi impak sebenar. Tanpa bersasar, bantuan besar pun akhirnya tidak sampai kepada yang paling memerlukan.
😒17🀝4❀1
MAJORITI BUKAN UKURAN KEADILAN

Cadangan agar isu ini diputuskan melalui majoriti semata-mata perlu dilihat dengan lebih matang.
Dalam dasar berkaitan simpanan persaraan, keputusan tidak boleh dibuat hanya kerana angka lebih ramai bersetuju.

Persoalannya:
Jika 60% pencarum yang masih stabil mahu semua dimasukkan ke Akaun Fleksibel, bagaimana pula dengan 40% yang benar-benar terdesak hari ini?

Adakah suara majoriti wajar mengatasi keperluan mendesak golongan yang sedang kehilangan pekerjaan, pendapatan merosot, tiada simpanan lain dan berdepan risiko kehilangan tempat tinggal?

Keadilan bukan bermaksud semua mendapat sama rata.
Keadilan bermaksud bantuan sampai tepat kepada yang paling memerlukan.

KWSP bukan akaun biasa. Ia dana persaraan yang mesti diurus dengan tanggungjawab, keseimbangan dan prinsip keadilan sosial. Dasar awam tidak boleh bersifat populis semata-mata, tetapi mesti berasaskan data, risiko dan impak jangka panjang.

PGIRM berpendirian bahawa pendekatan bersasar adalah lebih adil, lebih bertanggungjawab dan lebih berkesan berbanding keputusan berdasarkan sentimen majoriti semata-mata.

Prinsip kami jelas:
Bukan siapa paling ramai bersuara, tetapi siapa paling memerlukan pembelaan.

Sekian.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia
πŸ‘42❀5πŸ”₯3😱1
KENAPA STRATEGI BERUBAH TETAPI PRINSIP TIDAK?

Saya terima banyak DM, ada yang mempersoalkan kenapa tuntutan pernah disebut 100%, kemudian dibincangkan cadangan 20–30% secara bersasar.

Izinkan saya jelaskan dengan terbuka.

1️⃣ Prinsip tidak pernah berubah
Hak pencarum terhadap wang sendiri adalah asas perjuangan. Itu tidak pernah ditarik balik.

2️⃣ Strategi bergantung kepada realiti semasa
Dalam perjuangan dasar awam, ada beza antara:
Tuntutan maksimum (hak penuh)
Cadangan taktikal (apa yang boleh dilaksanakan dalam keadaan semasa)
Jika kita hanya ulang angka tanpa mengambil kira kekangan dasar dan politik semasa, hasilnya mungkin kosong.

3️⃣ Perjuangan bukan soal ego angka
Lebih baik dapat sebahagian yang memberi manfaat segera kepada golongan terdesak, daripada kekal dengan angka besar tetapi tiada perubahan berlaku.

4️⃣ Lunak bukan lemah
Berunding bukan tunduk.
Menilai semula pendekatan bukan bermaksud menyerah.
Dalam kepimpinan, yang penting ialah hasil untuk rakyat β€” bukan populariti di ruang komen.
Kami memahami kekecewaan pencarum.
Kami juga memikul tekanan yang tidak semua orang nampak.

Tetapi satu perkara pasti:
Matlamat kami tetap sama β€” mempertahankan hak pencarum dengan cara yang berkesan dan bertanggungjawab.
Perjuangan ini bukan sehari dua.
Ia memerlukan kesabaran, kesatuan dan kebijaksanaan strategi.

Terima kasih kepada semua yang terus menegur, menyokong dan bersama kami.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia
πŸ‘24πŸ”₯6😒2🀝2❀1
πŸ“£ KENYATAAN RASMI PGIRM

PGIRM mengesahkan bahawa surat susulan rasmi telah dihantar dan diterima oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 9 & 10 Februari 2026, lengkap dengan cop penerimaan rasmi (Seperti Lampiran).

Untuk rekod, emel rasmi terdahulu telah dihantar dan tempoh 30 hari telah diberikan bagi maklum balas. Tempoh tersebut telah tamat tanpa sebarang jawapan bertulis.

Sehubungan itu, PGIRM menetapkan tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan surat susulan untuk satu pendirian rasmi dikemukakan.

Isu ini bukan isu dasar. Ia melibatkan simpanan rakyat, kepercayaan terhadap institusi, dan prinsip akauntabiliti pentadbiran.

Setiap dokumen rasmi yang diterima sewajarnya dijawab secara rasmi.
Jika tiada maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, PGIRM akan memaklumkan kepada umum bahawa surat rasmi telah diterima tetapi tidak dijawab dalam tempoh munasabah.

Jawapan bertulis adalah tanda tanggungjawab yang nyata.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀61πŸ”₯15😒3πŸ‘Œ1
Salam dan selamat pg shbt pencarum seluruh Msia..

Sy perlukan tindakan dan kerjasama dr shbt pencarum utk memberikan komen sewajarnya klik pd link kedua2 status iniπŸ‘‡πŸ‘‡

https://www.facebook.com/share/p/1aVLzMxX4u/

https://www.facebook.com/share/16zjEDGACU/

Sekian,terima kasih.
😒8❀1
πŸ“Œ FAQ RASMI PGIRM
(Versi Penegasan Strategik)

1️⃣ β€œBertangguh bersyarat atau bertangguh selama-lamanya?”

Jawapan:
Penangguhan bersyarat mempunyai tempoh dan syarat yang jelas.
Penangguhan tanpa had berlaku apabila tiada jawapan diberikan walaupun dokumen telah diterima secara rasmi.
PGIRM telah memberikan tempoh munasabah sebelum ini (30 hari). Tiada maklum balas bertulis diterima. Surat susulan kini menetapkan tempoh 14 hari.
Jika selepas itu masih tiada jawapan, maka rekod akan bercakap dengan sendirinya.
Dalam pentadbiran yang telus, jawapan bertulis bukan beban β€” ia tanggungjawab.

2️⃣ β€œCadangan dividen ke Akaun Fleksibel hanya mimpi siang hari?”

Jawapan:
Cadangan dasar bukan mimpi.
Ia menjadi mimpi hanya jika enggan dipertimbangkan atau tidak dijawab.
PGIRM tidak meluluskan dasar. PGIRM mengemukakan cadangan yang mewakili keperluan pencarum.
Dalam sistem yang matang, cadangan dijawab dengan hujah β€” bukan dibiarkan tergantung.

3️⃣ β€œKenapa kerajaan mengelak beri jawapan?”

Jawapan:
PGIRM tidak membuat tuduhan.
Namun fakta berikut boleh disahkan:
Emel rasmi dihantar dan tempoh 30 hari diberikan.
Tiada maklum balas bertulis diterima.
Surat susulan dihantar dan telah dicop terima.
Tempoh 14 hari kini berjalan.
Rakyat berhak menilai sama ada tindakan tersebut mencerminkan kecekapan dan ketelusan yang diharapkan.
Diam juga satu bentuk jawapan β€” tetapi bukan jawapan yang meyakinkan.

4️⃣ β€œPeluang pencarum untuk Ramadan & Aidilfitri 2026 tinggal angan-angan?”

Jawapan:
PGIRM memahami realiti tekanan kos sara hidup.
Namun keputusan dasar berada di tangan pihak berautoriti.
PGIRM hanya memastikan suara pencarum direkod dan dihantar melalui saluran sah.
Jika peluang itu terlepas, sejarah akan menunjukkan bahawa permohonan telah dihantar tepat pada waktunya.
Rekod tidak pernah berbohong.

5️⃣ β€œDulu kata berhenti mendesak. Sekarang tangguh bersyarat?”

Jawapan:
Dalam advokasi dasar, strategi berubah mengikut keadaan.
Yang tidak berubah ialah prinsip.
PGIRM memilih pendekatan berfakta dan berperingkat β€” bukan retorik bermusim.
Lebih baik bergerak dengan disiplin daripada bercakap tanpa rekod.

6️⃣ β€œSudah-sudahlah beri harapan.”

Jawapan:
Harapan bukan ciptaan PGIRM.
Harapan lahir daripada kesulitan sebenar pencarum.
PGIRM tidak menjual janji.
PGIRM mengemukakan dokumen.
Jika dokumen dijawab secara rasmi, isu ini selesai.
Jika tidak, rakyat akan melihat siapa yang benar-benar konsisten dengan prinsip akauntabiliti

7️⃣ β€œKenapa pilih bersasar, semua orang ada masalah masing-masing?”

Bersasar bukan pilih kasih, tetapi menumpu pada mereka yang paling terdesak.
Jika tuntutan difokuskan serentak untuk semua tanpa pertimbangan, ia akan gagal menepati keperluan pencarum terpinggir dan membazir tenaga serta rekod.
PGIRM bergerak atas rekod dan dokumen sah, bukan emosi.

πŸ“Œ Kenyataan Penutup Strategik

PGIRM tidak bersaing dengan sesiapa.
PGIRM hanya memastikan bahawa setiap surat rasmi yang dihantar tidak tenggelam tanpa jawapan.
Institusi yang kukuh tidak takut kepada dokumen.
Institusi yang yakin tidak mengelak daripada menjawab secara bertulis.
Selebihnya, biarlah masa dan rekod menentukan.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
😒13❀5
Tuntutan Dividen ini hny bersifat sementara,Tuntutan MEGA akaun 1 menjadi KEUTAMAAN! PGIRM
πŸ‘82❀18πŸ”₯11😒2
PENJELASAN BERKAITAN TUNTUTAN DIVIDEN BERSASAR KWSP 2026

Supaya mesej ini tidak disalah tafsir, izinkan saya jelaskan.

Saya ambil maklum reaksi dan pandangan ramai pencarum, termasuk yang bekerja tetap tetapi berdepan tekanan kos sara hidup.

Cadangan Dividen bersasar ini bukan bermaksud menafikan kesukaran mereka yang mempunyai pekerjaan tetap. Ramai yang bergaji tetap juga sedang bergelut dengan komitmen, hutang dan kenaikan harga barang.

Namun dalam realiti dasar awam, keutamaan perlu diberikan kepada mereka yang berada dalam keadaan paling kritikal terlebih dahulu.

Bersasar bukan bermaksud pilih kasih.
Bersasar bermaksud mendahulukan yang paling terdesak. Prinsip perjuangan tetap sama mempertahankan hak pencarum terhadap wang sendiri.

Cuma pendekatan perlu realistik dan berstrategi supaya ada hasil, bukan sekadar slogan. Saya menghargai setiap pandangan, sama ada setuju atau tidak. Kita mungkin berbeza pendekatan, tetapi tujuan kita sama memastikan pencarum tidak terus terpinggir.

Perjuangan ini bukan untuk populariti. Ia untuk penyelesaian.

Terima kasih atas teguran dan sokongan.

Sekian,terima kasih.
πŸ‘Œ28❀4πŸ”₯3😒1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Untuk Edaran
Tarikh 15 Feb 2026
Kuala Lumpur

Penjelasan Pendekatan Bersasar Tuntutan Dividen KWSP 2026

PGIRM mengambil maklum pertanyaan pencarum berhubung kaedah penentuan kelayakan sekiranya cadangan pengeluaran dividen bersasar dilaksanakan.

Untuk penjelasan, PGIRM tidak menentukan senarai nama pencarum. Peranan kami adalah mengemukakan cadangan dasar supaya keutamaan diberikan kepada golongan yang benar-benar terkesan.

Pendekatan bersasar yang dicadangkan hendaklah berasaskan data sah dalam rekod pihak berautoriti, termasuk data dalam sistem KWSP dan agensi berkaitan.

Antara parameter yang boleh dipertimbangkan:

β€’ Rekod caruman dan status caruman semasa
β€’ Pengurangan atau pemberhentian caruman
β€’ Tahap pendapatan dan komitmen kritikal
β€’ Rekod penerimaan bantuan sedia ada

Penentuan kelayakan mestilah dilaksanakan secara telus, berasaskan data dan garis panduan yang diumumkan secara terbuka.

β€œBersasar bukan bermaksud memilih secara subjektif, tetapi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan berdasarkan data yang sah.” kata Azmi Mohd Tahir,Presiden PGIRM

PGIRM kekal dengan prinsip mempertahankan hak pencarum, namun dalam konteks dasar awam, keutamaan wajar diberikan kepada yang paling terkesan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀30πŸ”₯4😒1
Mohon semua shbt pencarum hadirkan diri pd Isnin 16 Feb 2026 jam 9.15mlm bg mengupas isu Tuntutan Dividen Bersasar 2026..πŸ‘‡πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSmhJTafk/
πŸ‘Œ13🀝3😒2😱1
Sekadar ingin bertanya..
Apakah jwpn yg wajar diberikan pd komen ini?πŸ‘†πŸ‘†
😒10πŸ‘2
Apakah pendekatan yang lebih wajar bagi pengeluaran dividen KWSP 2026?

πŸ“Š Undian ini bertujuan mendapatkan pandangan umum pencarum.
Anonymous Poll
53%
1️⃣ Bersasar kepada pencarum yang benar-benar terkesan
47%
2️⃣ Dibuka kepada semua pencarum
πŸ‘47😒7❀1πŸ”₯1🀝1
Salam dan slmt tghari shbt pencarum seluruh Msia..

Untuk makluman sy terima byk DM dr shbt pencarum bertanyakan ttg mekanisma Pengkreditan Dividen,adakah semuanya dimasukkan kedalam akaun 1 atau dikreditkan ikut pecahan kpd ketiga2 akaun 1,2 & 3?

Baik biar sy jelaskan cara agihannya spt contoh dibawah:

Anggap Dividen diumumkan 6% bg tahun 2025,mekanisma pengkreditanya beginiπŸ‘‡πŸ‘‡

1️⃣ Baki Akaun 1 - RM100,000 x 6% = RM6,000 dimasukkan ke akaun 1

2️⃣ Baki Akaun 2 - RM40,000 x 6% = RM2,400 dimasukkan ke akaun 2

3️⃣ Baki Akaun 3 - Berbaki RM1,000(subjek tiada pengeluaran setiap bulan) x 6% = RM60

JUMLAH KESELURUHAN SIMPANAN RM141,000 x 6% = RM8460

Bagi pencarum yg tidak mempunyai BAKI pd Akaun 2 & 3 yg tidak BERBAKI maka tiada agihan Dividen 6% akan dikreditkan,alasannya kerana Dividen diperolehi adalah dr hasil PELABURAN dan jika tiada BAKI maknanya tiada pelaburan yg dilabur dari Akaun yg tidak berbaki maka TAK LAYAK terima Dividen..

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
😒28πŸ‘10❀4πŸ”₯4
Sesi live bagi mengupas isu Tuntutan Dividen Bersasar 2026.
Dijemput semua hadir.
Terima kasih.

https://vt.tiktok.com/ZS9Jvbuf47UDA-DlwQY/
😒13😱1