Sekadar ingin tahu.
Salam dan Slmt ptg shbt pencarum,sy ingin tahu brp ramai shbt pencarum dlm channel ini yg membaca setiap posting sy hgga selesai dan memahaminya Sekian,terima kasih.

Anonymous Poll
94%
Saya baca keseluruhannya
4%
Saya baca headline shj
0%
Saya xde masa nk membaca
2%
Saya hny baca jika ada berita kelulusan shj
1%
Saya membaca tapi sy xfaham apa yg disampaikan
β€37π20π’2π1
Selamat Hari Malaysia π²πΎ
Terus teguh dengan perjuangan,
demi suara rakyat dan masa depan Malaysia. β€οΈπ²πΎ
#HariMalaysia #MalaysiaMadani #SuaraRakyat #PGIRM #KWSPBersasar

π44π«‘3
Salam dan Selamat ptg semua..
Selepa poll dibuat 1,045 dr 1,100 shbt pencarum memilih jwpn "Sy baca keseluruhannya" justeru sy minta shbt yg memilih membaca keseluruhannya,beri komen apa point penting dlm kenyataan sy di Media Sinar pd 15hb Okt, Boleh?
Sekian, terima kasih

π37π’3
Salam maghrib dan slmt mlm shbt pencarum.
Utk makluman semua sy sudah htr PAC Policy Paper melalui wasap Pengerusi PAC YB Datuk Wira Mas Ermeyati utk dinilai dan dikaji Mekanisme Cadangan bg perbincangan bersama Menteri MOF dan KWSP.
Apa2 berita lanjut pihak kami akn maklumkan dari masa ke semasa.
Sekian,terima kasih.

π53π’6π3π₯1
π€£π€£ βPOLICY PAPER MASUK MESIN SHREDDER?"
Ada yang terlalu awal ketawa dan mendakwa Policy Paper PGIRM sudah masuk mesin shredder.
SAYA NAK TANYA:
Jika benar masuk mesin shredder, kenapa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan surat rasmi bertarikh 15 September 2026 bahawa kertas cadangan PGIRM telah diterima dan dikemukakan kepada Menteri Kewangan II serta Pengerusi KWSP?
Malah, pihak berkenaan turut diminta mengadakan LIBAT URUS bersama PGIRM jika diperlukan.
Jadi, sebelum ketawa terlalu kuat...
JANGAN BUAT ANDAIAN SEBELUM ADA FAKTA.
5 TAHUN KAMI MENUNGGU.
5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.
POLICY PAPER TELAH DITERIMA.
KINI CADANGAN ITU SEDANG DINILAI.
Jika tidak bersetuju, kemukakan hujah.
Jika ada kelemahan, tunjukkan kelemahan.
Jika ada risiko, jawab dengan mekanisme.
BUKAN DENGAN EMOJI KETAWA.
BUKAN DENGAN CERITA MESIN SHREDDER.
PGIRM TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DILAYAN ISTIMEWA.
KAMI CUMA MINTA SATU:
JANGAN TOLAK SEBELUM DINILAI.
β Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

π₯64β€18π2π’2π«‘1
Perkembangan Terkini..
Utk mklmn shbt semua ini mklmbalas dr YB Ustaz Norulamin,ππmarilah kita sama berdoa pd Sidang Pembukaan Perbahasan Dewan Rakyat bermula pd 5hb Okt 2026,selama tempoh perbahasan diharap Parliment Policy Brief akn dibawa dan dibahaskanπ€²π€²π€²
Sekian,terima kasih.
#bersasar
#terhad
#terkawal
#lulusdengankadarsegera
#suarapencarum

β€45π16π₯6π’2π1
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
KWSP WAJIBKAN PEKERJA ASING MENCARUM, TETAPI BENARKAN PENGELUARAN SEPENUHNYA SIMPANAN APABILA MENINGGALKAN MALAYSIA β APA RASIONAL DASAR INI?
Untuk Edaran
Kuala Lumpur
24 Sept 2026
PGIRM mempersoalkan kewajaran dasar baharu KWSP yang mewajibkan pekerja bukan warganegara Malaysia mencarum sebanyak 2% daripada pekerja dan 2% daripada majikan, sedangkan pekerja asing yang memenuhi syarat untuk meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka tanpa perlu menunggu usia 55 tahun.
Ini bukan soal mempertikaikan hak pekerja asing.
Ini soal konsistensi dasar simpanan persaraan negara.
KWSP sendiri menyatakan bahawa peluasan caruman mandatori kepada pekerja bukan warganegara bertujuan menyediakan perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan.
Namun persoalannya:
Jika prinsipnya ialah perlindungan sosial dan simpanan persaraan, mengapa apabila pekerja asing meninggalkan Malaysia, keseluruhan simpanan mereka boleh dikeluarkan sebelum mencapai usia 55 tahun?
Malah, Seksyen 70C Akta KWSP 1991 membolehkan pengeluaran keseluruhan simpanan bagi pekerja bukan warganegara yang akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali. KWSP sendiri mengklasifikasikannya sebagai Pengeluaran Meninggalkan Negara.
PGIRM melihat perkara ini wajar dibandingkan dengan pendekatan Singapura.
CPF Singapura secara rasmi menyatakan bahawa sistem CPF diwujudkan untuk memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan Singapore Citizens dan Permanent Residents. Bagi seseorang yang bukan lagi Singapore Citizen atau Permanent Resident, CPF menyediakan mekanisme untuk menutup akaun dan memindahkan simpanannya.
Maka PGIRM bertanya kepada pembuat dasar:
Mengapa Malaysia memilih untuk mewajibkan pekerja asing yang bukan warganegara dan bukan PR mencarum kepada KWSP, tetapi pada masa yang sama membenarkan mereka membawa keluar 100% simpanan apabila meninggalkan Malaysia?
Jika alasan kerajaan ialah perlindungan sosial, maka apakah bentuk perlindungan jangka panjang yang sebenarnya ingin dicapai?
Jika alasan utama ialah kesaksamaan pasaran buruh, maka mengapa akses kepada pengeluaran penuh sebelum usia persaraan diberikan berdasarkan status meninggalkan negara?
Dan lebih penting, mengapa pencarum rakyat Malaysia yang sedang terdesak menghadapi tekanan hidup sebelum usia persaraan tidak diberikan ruang akses yang munasabah kepada simpanan mereka sendiri?
Inilah persoalan yang PGIRM bangkitkan.
Pencarum Malaysia yang terdesak tidak dibenarkan mengakses simpanan mereka hanya kerana belum mencapai usia 55 tahun, sedangkan dalam keadaan tertentu pekerja asing yang meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka.
PGIRM tidak meminta pengeluaran bebas.
PGIRM membawa cadangan BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL untuk pencarum Malaysia yang benar-benar berdepan keperluan hidup, tanpa meruntuhkan fungsi KWSP sebagai tabung persaraan.
Jika dasar boleh dirangka dengan pengecualian dan mekanisme pengeluaran penuh untuk pekerja asing yang meninggalkan Malaysia, maka ruang perbahasan mengenai akses bersasar kepada simpanan pencarum Malaysia juga tidak wajar ditutup begitu sahaja.
Jangan hanya bercakap tentang simpanan untuk hari tua.
Lihat juga kehidupan pencarum sebelum hari tua.
PGIRM mahu kerajaan menjelaskan prinsip dasar ini secara terbuka kepada pencarum Malaysia.
Simpanan itu milik pencarum.
Persoalannya ialah bila, dalam keadaan apa dan dengan kawalan bagaimana pencarum dibenarkan mengaksesnya.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
#pencarumtuntutkemerdekaanhidup
#PGIRM
#KWSP

β€32π24π₯1
KENYATAAN MEDIA PRA-BAJET PGIRM
Untuk Edaran
26 September 2026
Kuala Lumpur
68,177 PEKERJA HILANG PEKERJAAN: PGIRM MINTA BELANJAWAN 2027 LEBIHKAN USAHA BANTU RAKYAT
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius laporan bahawa seramai 68,177 pekerja telah kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga 16 September 2026, meningkat 15,196 orang berbanding tempoh sama tahun lalu.
Angka ini bukan sekadar statistik. Di sebalik setiap kehilangan pekerjaan, terdapat rakyat yang kehilangan pendapatan dan keluarga yang perlu meneruskan kehidupan serta memenuhi komitmen harian.
Sehubungan itu, PGIRM meminta kerajaan supaya Belanjawan 2027 memberikan perhatian lebih besar kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mengalami tekanan kewangan, termasuk mempertimbangkan semula cadangan akses KWSP secara bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal.
PGIRM tidak pernah memperjuangkan pengeluaran secara bebas. Cadangan kami adalah supaya satu mekanisme khusus dipertimbangkan untuk pencarum yang benar-benar berdepan keadaan kritikal seperti kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatan, dengan syarat dan kawalan yang jelas.
Untuk makluman, cadangan ini bukan lagi sekadar pandangan di media. Policy Paper KWSP Bersasar PGIRM yang diserahkan kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada 11 September lalu telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan KWSP untuk perhatian serta penilaian lanjut.
Justeru, PGIRM berharap Belanjawan 2027 menjadi ruang untuk kerajaan menilai secara serius mekanisme bantuan kepada rakyat yang kehilangan pendapatan, termasuk cadangan akses bersasar kepada simpanan KWSP.
PGIRM percaya usaha membantu rakyat tidak seharusnya hanya tertumpu kepada mereka yang sudah kehilangan pekerjaan, tetapi turut menyediakan ruang sokongan kepada pencarum yang benar-benar berdepan tekanan kewangan sebelum keadaan menjadi lebih kritikal.
Rakyat bukan meminta pengeluaran bebas. Rakyat meminta satu mekanisme yang bersasar dan terkawal ketika mereka benar-benar memerlukan ruang untuk bertahan.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

β€32π11π±2
KERAJAAN melalui Belanjawan 2027 perlu menilai secara serius mekanisme bantuan kepada rakyat, khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan tekanan kewangan.
Berita lanjut klik pautan: https://thestep.com.my/nasional/68177-hilang-kerja-pertimbang-cadangan-akses-kwsp-secara-bersasar

thestep.com.my
68,177 hilang kerja: Pertimbang cadangan akses KWSP secara bersasar
Azmi memberitahu, pihaknya tidak pernah memperjuangkan pengeluaran secara bebas sebaliknya mencadangkan satu mekanisme khusus dipertimbangkan untuk pencarum yang benar-benar berdepan keadaan kritikal seperti kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatanβ¦
π27π₯5π±2
KENYATAAN TERBUKA KEPADA PENCARUM
Untuk makluman saya menerima beberapa mesej daripada sekumpulan pencarum yang hampir sama kandungannya. Antara mesej yang diterima menyatakan:
βPGIRM tidak perlu memperjuangkan lagi tuntutan KWSP kerana sudah hampir 5 tahun tiada hasil. Biarlah kami pencarum yang ke hadapan dan menuntutnya sendiri dengan usaha kami sendiri. PGIRM sudah boleh berehat dan tidak perlu lagi mendesak kerana suara pencarum lebih kuat daripada NGO sendiri.β
Saya menghormati pandangan tersebut.
Malah, saya bersetuju dengan satu perkara β suara pencarum sememangnya lebih utama kerana tuntutan ini adalah suara dan kepentingan pencarum itu sendiri.
PGIRM tidak pernah menganggap suara NGO lebih kuat daripada suara pencarum. Sepanjang hampir 5 tahun ini, PGIRM hanya mengambil tanggungjawab untuk membawa suara pencarum melalui memorandum, kajian, pertemuan, media dan saluran rasmi kepada pihak berkaitan.
Kini, Policy Paper KWSP Bersasar PGIRM telah diserahkan kepada Pejabat KSU Perdana Menteri pada 11 September lalu dan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan serta KWSP untuk perhatian dan penilaian lanjut.
Justeru, PGIRM tidak perlu berebut untuk menjadi siapa yang paling ke hadapan.
Jika pencarum mahu tampil sendiri, silakan. Jika pencarum mahu terus bersuara, teruskan. Jika ada pihak lain mahu membawa tuntutan yang sama, PGIRM menghormatinya.
Kerana pada akhirnya, yang penting bukan siapa yang berdiri paling hadapan, tetapi sama ada suara pencarum benar-benar sampai kepada pihak yang membuat keputusan.
PGIRM juga tidak pernah mendakwa perjuangan ini milik PGIRM.
Ini suara pencarum. PGIRM hanya membantu membawanya.
Hampir 5 tahun bukan tempoh yang singkat. Namun selagi terdapat ruang untuk membawa suara pencarum melalui saluran yang sah dan berfakta, PGIRM akan terus menjalankan tanggungjawabnya mengikut kemampuan.
Bukan kerana mahu menjadi hero.
Bukan kerana mahu mengambil kredit.
Tetapi kerana amanah itu sudah dimulakan.

π32β€4π’3