CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang berkat.
Ya Allah, lindungilah kami daripada apa jua kesakitan, kesusahan, kesulitan dan segala penderitaan, baik di dunia atau pun di akhirat. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar kami selamat daripada sebarang kepayahan, kesempitan, bahaya, kesedihan dan musibah, janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat.
Amin Ya Allah Ya Mujib

Semoga dipermudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia ini, dilancarkan rezeki kita dan dilindungi dari segala perkara mungkar.

#kwsp #akaunfleksibel #kwspbersasar
#pgirm #thepowerofdoa
❀140πŸ‘20🀝6πŸ™4
Salam 6 Syawal buat shbt pencarum seluruh Malaysia..

Perkembangan terkini..

Sy terima msg dr YB Ustaz Padang Terap mohon pd shbt semua share & like status YB Ustaz di YoutubeπŸ‘‡πŸ‘‡

[05/04, 8:57 am] YB Ustaz Nuorol Amin: https://youtu.be/4A2aBrwUEpY?si=E_XUSFHFRD_4AGN9

Support & Subscrib Channel YouTube MP Padang Terap YB Nurul Amin Bin Hamid πŸ‘πŸ»βœ…
[05/04, 8:57 am] YB Ustaz Nuorol Amin: Tolong sebarkan channel You Tube saya

YB juga akn terus mendesak PMX melalui usul cadangan dan kaedah PGIRM yg telah diserahkan kpd PMX utk tindakan wajar!

Sekian,terima kasih.
πŸ”₯42πŸ‘23❀3
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KEPADA PENCARUM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
SOLIDARITI KALI INI AKAN DIADAKAN SERENTAK DI SABAH & SARAWAK PADA TARIKH,HARI & WAKTU YANG SAMA.JOM SEMUA KITA LAUNGKAN KESUSAHAN PENCARUM DAN RAKYAT 1 MALAYSIA.

INI KALILAH....BANTU SHAREKAN POSTER INI DI SEANTERO DUNIA.

TERIMA KASIH.

https://vt.tiktok.com/ZSSCTr7m6/

https://vt.tiktok.com/ZSSXJm2x7/

#rakyatyangtercicir #haksamarata #deminegara #pgirmalaysia #ghrf #ppim #pgirmalaysia #pgirm #kwsp #bersasarmasihrelevan #kwspakaun1 #kwspbersasar #videoviral #pmo #suksabah #suksarawak
πŸ”₯18
PGIRM MENZAHIRKAN KEBIMBANGAN KWSP 65 TAHUN?

PGIRM menzahirkan kebimbangan terhadap cadangan Bank Dunia yang mencadangkan umur pengeluaran KWSP dinaikkan kepada 65 tahun.

Bagi ramai pencarum, usia 55 tahun adalah tempoh kritikal untuk menampung hutang, pendidikan anak, dan kelangsungan hidup selepas puluhan tahun menyumbang kepada KWSP.

Kami ingin menegaskan bahawa hak pencarum mesti didahulukan sebelum sebarang perubahan dasar dibuat.

KENYATAAN PENUH AKAN DIKELUARKAN SELASA, 4 NOVEMBER 2025.

#KWSP #HakRakyat
😱39😒21πŸ”₯6❀5πŸ‘2
Salam maghrib dan selamat malam shbt pencarum seluruh Msia..

Utk makluman ini respon dari syπŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“£ PGIRM: JANGAN JADIKAN CADANGAN BANK DUNIA ALASAN SEKAT HAK PENCARUM

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum laporan media hari ini mengenai gesaan MTUC dan PPKM agar kerajaan meneliti cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh KWSP.

PGIRM berpandangan bahawa cadangan menaikkan umur pengeluaran penuh bukan jalan penyelesaian, sebaliknya akan menambah beban kepada jutaan pencarum yang masih bergelut dengan kos sara hidup dan hutang isi rumah.

Hak pencarum terhadap simpanan mereka tidak wajar ditangguhkan atas alasan kesesuaian umur. Rakyat berhak menentukan bila dan bagaimana wang mereka digunakan selaras dengan prinsip kebebasan ekonomi individu.

Kami menyeru kerajaan untuk tidak tunduk kepada cadangan luar yang tidak memahami realiti rakyat Malaysia, sebaliknya memperkukuh jaringan keselamatan sosial tempatan dan memastikan kesejahteraan pencarum diutamakan.

πŸ“Ž Rujukan:
Laporan Berita Harian (1 November 2025)
πŸ‘‡ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/11/1466341/mtuc-ppkm-gesa-kerajaan-perhalusi-cadangan-bank-dunia-naikkan-had

πŸ“£ PGIRM akan terus bersuara demi hak dan masa depan pencarum!

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

#PGIRM #KWSP #HakPencarum #SuaraRakyat #BankDunia
❀49πŸ‘13πŸ”₯11😒3
BANK DUNIA PERLU TURUN MELIHAT REALITI RAKYAT – BUKAN BERCAKAP ATAS ANGKA DAN LAPORAN SAHAJA

PGIRM mengambil maklum kenyataan Bank Dunia hari ini bahawa laporan mereka sebenarnya tertumpu kepada PENCEN SOSIAL, bukan KWSP.

Namun, rakyat perlu faham PENCEN SOSIAL yang dimaksudkan ialah BANTUAN Asas atau ELAUN kecil Kerajaan kepada Warga emas yang tiada simpanan KWSP atau tidak layak menerima pencen Kerajaan.

Isu yang dibangkitkan rakyat dan PGIRM sejak awal bukan tentang pencen sosial, tetapi tentang hak pencarum yang masih menyimpan dalam KWSP dan kini hidup terdesak dalam usia produktif mereka.

Persoalannya:
Bagaimana Bank Dunia begitu cepat tahu keresahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan mereka sebelum ini?

Adakah ada pihak tertentu di Malaysia yang cuba memberi gambaran seolah-olah rakyat tidak memahami konteks sebenar laporan itu demi menutup keresahan jutaan pencarum yang masih terhimpit?

PGIRM ingin tegaskan rakyat Malaysia bukan menolak reformasi persaraan, tetapi menolak keangkuhan data yang tidak berpijak pada realiti hidup.
Kami menegaskan semula, suara pencarum bukan boleh dipadam dengan kenyataan luar negara atau hujah ekonomi yang tidak memandang nasib sebenar rakyat.

PGIRM akan terus menjadi suara 1 juta pencarum dan rakyat terdesak yang menuntut keadilan serta keprihatinan sebenar.

#PGIRM #SuaraPencarum #KeadilanUntukRakyat #KWSP #PencenSosial #RealitiRakyat
πŸ‘41πŸ‘20πŸ”₯9❀5
SUARA ANDA ADALAH KEKUATAN KAMI..

Ramai antara kita masih menunggu jawapan dan keadilan yang sebenar.

Sejak PGIRM memulakan perjuangan ini, kami tidak pernah berhenti menyuarakan hak pencarum agar setiap dasar berkaitan KWSP dibuat dengan ketelusan, keadilan dan mengambil kira realiti rakyat.

Hari ini, kami perlukan suara anda.

Lebih 2,000 pencarum telah bersuara, namun perjuangan ini belum selesai. Sasaran kami ialah 100,000 pengisian borang tinjauan sebagai bukti nyata bahawa rakyat tidak lagi mahu terus dibisukan.

Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan simpanan anda. Suara anda mungkin kelihatan kecil, tetapi apabila digabungkan dengan puluhan ribu lagi, ia menjadi kekuatan yang mampu mengubah dasar.

πŸ–‹οΈ Isi sekarang dan sebarkan kepada rakan pencarum lain. Setiap satu pengisian membawa kita lebih dekat kepada perubahan yang kita perjuangkan bersama.

πŸ‘‰πŸ‘‰ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform

#PGIRM #SuaraPencarum #DemiRakyat #KWSP #KeadilanUntukPencarum
😱9😒3🀝2❀1πŸ”₯1
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNE3j73qU_SqA0EJGNG-OcFlwRFqwRpNxZpuBVcZpTDtnSSg/viewform?usp=publish-editor
πŸ‘59πŸ”₯18❀3😒3
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdNE3j73qU_SqA0EJGNG-OcFlwRFqwRpNxZpuBVcZpTDtnSSg/viewform?usp=publish-editor
πŸ‘35😒5πŸ”₯4❀3
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://forms.gle/oFySBJN9fzG7STDq7
πŸ”₯48πŸ‘Œ8❀3😒3😱1
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!
#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeuAEy4JwPxCPuI56PxAckv1sYH2eRMHGcZ7CSgGrD8Pk31Eg/viewform?usp=publish-editor
😒11πŸ”₯4
Hari Pencarum KWSP β€” Mari kita bersuara!
Di Parlimen Malaysia,
bersama YB DS Shahidan Kassim, perjuangan pencarum diteruskan πŸ”₯
⚠️ Jangan tunggu saat akhir β€” pencarum yang ingin mempertahankan HAK, sila isi form ini segera!

❗️❗️❗️ISI CEPAT....
BORANG AKAN DITUTUP DALAM MASA TERDEKAT.

#KWSP #HariPencarum #Parlimen #SuaraKita #Rakyat

https://forms.gle/oFySBJN9fzG7STDq7
πŸ‘15😱3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
InshaAllah, kami bersedia dengan apa sahaja yang bakal diserahkan esok.

kami tidak datang membawa kepentingan diri.
kami datang membawa suara mereka yang masih menunggu jawapan.

Apa pun yang berlaku esok, kami akan tetap berdiri.
Kerana perjuangan ini bukan tentang kami β€”
tetapi tentang hak dan harapan rakyat. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€²πŸ»
#kwsp #kwspbersasar #pmo #pmx #suararakyat
❀114πŸ”₯10🫑8😒3
πŸ”΄ MALAM INI KITA BERSAMA.INI ADALAH SALAH 1 PERJUANGAN PENCARUM! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ•˜ 9.00 MALAM | LIVE TikTok PGIRM

Kepada semua pencarum KWSP dan yang bersama-sama menyokong Pengeluaran KWSP Bersasar, jom kita berkumpul malam ini!

πŸ“’ Dengar. Faham. Bersama.
Sebab suara kita lebih kuat bila kita bersama.

Ajak keluarga, kawan-kawan dan pencarum KWSP yang lain.
Biar malam ini kita sama-sama tunjukkan sokongan kita. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ 9.00 malam. Kita jumpa di LIVE!

#PGIRM #PPIM #PengeluaranKWSPBersasar #KWSP #SuaraKita #HakKita #PerjuanganKita
πŸ”₯24πŸ‘11❀1
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

KWSP WAJIBKAN PEKERJA ASING MENCARUM, TETAPI BENARKAN PENGELUARAN SEPENUHNYA SIMPANAN APABILA MENINGGALKAN MALAYSIA β€” APA RASIONAL DASAR INI?

Untuk Edaran

Kuala Lumpur
24 Sept 2026

PGIRM mempersoalkan kewajaran dasar baharu KWSP yang mewajibkan pekerja bukan warganegara Malaysia mencarum sebanyak 2% daripada pekerja dan 2% daripada majikan, sedangkan pekerja asing yang memenuhi syarat untuk meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka tanpa perlu menunggu usia 55 tahun.

Ini bukan soal mempertikaikan hak pekerja asing.

Ini soal konsistensi dasar simpanan persaraan negara.

KWSP sendiri menyatakan bahawa peluasan caruman mandatori kepada pekerja bukan warganegara bertujuan menyediakan perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan.

Namun persoalannya:

Jika prinsipnya ialah perlindungan sosial dan simpanan persaraan, mengapa apabila pekerja asing meninggalkan Malaysia, keseluruhan simpanan mereka boleh dikeluarkan sebelum mencapai usia 55 tahun?

Malah, Seksyen 70C Akta KWSP 1991 membolehkan pengeluaran keseluruhan simpanan bagi pekerja bukan warganegara yang akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali. KWSP sendiri mengklasifikasikannya sebagai Pengeluaran Meninggalkan Negara.

PGIRM melihat perkara ini wajar dibandingkan dengan pendekatan Singapura.

CPF Singapura secara rasmi menyatakan bahawa sistem CPF diwujudkan untuk memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan Singapore Citizens dan Permanent Residents. Bagi seseorang yang bukan lagi Singapore Citizen atau Permanent Resident, CPF menyediakan mekanisme untuk menutup akaun dan memindahkan simpanannya.

Maka PGIRM bertanya kepada pembuat dasar:

Mengapa Malaysia memilih untuk mewajibkan pekerja asing yang bukan warganegara dan bukan PR mencarum kepada KWSP, tetapi pada masa yang sama membenarkan mereka membawa keluar 100% simpanan apabila meninggalkan Malaysia?

Jika alasan kerajaan ialah perlindungan sosial, maka apakah bentuk perlindungan jangka panjang yang sebenarnya ingin dicapai?

Jika alasan utama ialah kesaksamaan pasaran buruh, maka mengapa akses kepada pengeluaran penuh sebelum usia persaraan diberikan berdasarkan status meninggalkan negara?

Dan lebih penting, mengapa pencarum rakyat Malaysia yang sedang terdesak menghadapi tekanan hidup sebelum usia persaraan tidak diberikan ruang akses yang munasabah kepada simpanan mereka sendiri?

Inilah persoalan yang PGIRM bangkitkan.

Pencarum Malaysia yang terdesak tidak dibenarkan mengakses simpanan mereka hanya kerana belum mencapai usia 55 tahun, sedangkan dalam keadaan tertentu pekerja asing yang meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka.

PGIRM tidak meminta pengeluaran bebas.

PGIRM membawa cadangan BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL untuk pencarum Malaysia yang benar-benar berdepan keperluan hidup, tanpa meruntuhkan fungsi KWSP sebagai tabung persaraan.

Jika dasar boleh dirangka dengan pengecualian dan mekanisme pengeluaran penuh untuk pekerja asing yang meninggalkan Malaysia, maka ruang perbahasan mengenai akses bersasar kepada simpanan pencarum Malaysia juga tidak wajar ditutup begitu sahaja.

Jangan hanya bercakap tentang simpanan untuk hari tua.

Lihat juga kehidupan pencarum sebelum hari tua.

PGIRM mahu kerajaan menjelaskan prinsip dasar ini secara terbuka kepada pencarum Malaysia.

Simpanan itu milik pencarum.
Persoalannya ialah bila, dalam keadaan apa dan dengan kawalan bagaimana pencarum dibenarkan mengaksesnya.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

#pencarumtuntutkemerdekaanhidup
#PGIRM
#KWSP
❀32πŸ‘24πŸ”₯1