π PENJELASAN KEPADA PENCARUM KWSP
ISU PENGELUARAN BERSASAR: JAWAPAN MENTERI KEWANGAN II
Saya mengambil maklum isu pengeluaran KWSP yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menegaskan bahawa mandat KWSP adalah untuk menjamin simpanan hari tua, bukannya dana kecemasan harian. Kerajaan turut menekankan kepentingan Akaun Fleksibel dan kecukupan simpanan persaraan.
Namun, persoalan penting masih perlu diberikan perhatian: bagaimana pencarum yang benar-benar terdesak akibat kehilangan pendapatan atau masalah kesihatan boleh dibantu?
PGIRM telah mengemukakan Kertas Dasar KWSP Bersasar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026.
Cadangan ini bukan pengeluaran bebas, tetapi berasaskan prinsip BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL.
PGIRM mengambil maklum jawapan kerajaan. Bagaimanapun, kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa semua cadangan PGIRM telah ditolak secara rasmi tanpa pengesahan khusus.
Saya memahami kekecewaan pencarum. Kita perlu berpegang pada fakta, bukan membuat andaian atau mendakwa wang KWSP telah kosong tanpa bukti yang sahih.
Perjuangan ini belum selesai selagi persoalan pencarum yang terdesak belum mendapat perhatian dan penyelesaian dasar yang sewajarnya.
FAKTA BUKAN EMOSI.
TEGAS BUKAN BERERTI MELAMPAUI BATAS.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

β€28π9π’6
KENYATAAN MEDIA RASMI
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Untuk Edaran
30 Oktober 2026
Kuala Lumpur
AKAUN FLEKSIBEL BUKAN JAWAPAN KEPADA SEMUA PERSOALAN PENCARUM YANG TERDESAK
Merujuk jawapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026, kerajaan menjelaskan bahawa kemudahan Akaun Fleksibel telah diwujudkan bagi membolehkan pencarum mengakses simpanan KWSP apabila diperlukan.
PGIRM menghormati tanggungjawab kerajaan dan KWSP untuk melindungi simpanan persaraan. Namun, persoalannya, adakah kewujudan Akaun Fleksibel sudah memadai untuk menjawab kesukaran semua kelompok pencarum?
Bagaimana pula dengan:
1. Pencarum yang kehilangan pekerjaan dan tidak lagi mempunyai caruman bulanan?
2. Pekerja gig dan pekerja rentan yang berdepan pendapatan tidak menentu serta caruman tidak konsisten?
3. Pencarum yang menghidap penyakit kronik atau sakit kritikal sehingga menjejaskan keupayaan bekerja?
4. Pencarum tidak aktif yang masih mempunyai simpanan tetapi berdepan kesempitan hidup?
5. Golongan suri rumah dan ibu tunggal yang mempunyai perlindungan persaraan terhad atau tiada caruman sendiri?
Hakikatnya, kemudahan Akaun Fleksibel bergantung kepada baki yang tersedia. Ia tidak secara automatik menyelesaikan masalah pencarum yang mempunyai baki terhad atau tidak lagi berupaya mencarum.
PGIRM ingin menegaskan bahawa perlindungan simpanan hari tua dan keperluan kehidupan pencarum hari ini tidak seharusnya dilihat sebagai dua perkara yang saling menafikan.
Atas sebab itu, PGIRM telah mengemukakan Kertas Dasar KWSP Bersasar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026 untuk pertimbangan kerajaan.
Cadangan PGIRM bukan pengeluaran bebas, sebaliknya berasaskan empat prinsip:
BERSASAR.
BERSYARAT.
TERHAD.
TERKAWAL.
Kami tidak meminta kerajaan membuka ruang pengeluaran tanpa batas. Kami meminta kerajaan meneliti mekanisme yang mengambil kira keadaan sebenar pencarum yang kehilangan pendapatan, berdepan masalah kesihatan dan tidak lagi mempunyai keupayaan mencarum seperti sebelumnya.
PGIRM berpandangan cadangan ini wajar dinilai melalui kajian rasmi, data dan penilaian impak yang menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.
Sekiranya kerajaan mempunyai alasan untuk tidak bersetuju, kami juga berharap asas pertimbangan dan hasil penilaian tersebut dapat dijelaskan secara terbuka.
KERAJAAN BERHAK MEMPERTAHANKAN SIMPANAN HARI TUA. NAMUN, PERSOALAN KEHIDUPAN PENCARUM HARI INI JUGA TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN.
Jangan jadikan kewujudan Akaun Fleksibel sebagai jawapan kepada semua persoalan tanpa meneliti realiti kehidupan kelompok pencarum yang berbeza-beza.
PGIRM akan terus membawa suara pencarum melalui saluran rasmi, berlandaskan fakta, prinsip dan kepentingan rakyat.
FAKTA BUKAN EMOSI.
BERHEMAH BUKAN BERERTI LEMAH.
TEGAS BUKAN BERERTI MELAMPAUI BATAS.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π41π’6β€4
Kerajaan bergantung KWSP: Mengapa duit pencarum disekat? - Shahir https://malaysiagazette.com/2026/10/30/kerajaan-bergantung-kwsp-mengapa-duit-pencarum-disekat-shahir/
MalaysiaGazette
Kerajaan bergantung KWSP: Mengapa duit pencarum disekat? β Shahir
Perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai kedudukan kewangan negara apabila jumlah hutang Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.378 trilion, bersamaan 63.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
π28
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
31 Oktober 2026
Kuala Lumpur
KERAJAAN MAHU SIMPANAN KWSP MENINGKAT, TETAPI GAJI RAKYAT MASIH TIDAK MENCUKUPI. JANGAN LETAK KEGAGALAN SISTEM DI BAHU PENCARUM!
PGIRM mengambil maklum hasrat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, supaya KWSP mencari pendekatan untuk meningkatkan simpanan pencarum bagi mencapai tahap kecukupan persaraan.
PGIRM tidak mempertikaikan kepentingan simpanan hari tua. Namun, kerajaan perlu memahami realiti kehidupan pekerja sebelum meletakkan sasaran Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun.
Persoalannya, adakah tahap gaji dan keadaan pekerjaan rakyat hari ini benar-benar membolehkan mereka mencapai sasaran tersebut?
ANTARA REALITI YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN:
1. GAJI RENDAH, KEMAMPUAN MENYIMPAN TERHAD
Ambil contoh pekerja bergaji RM1,700 sebulan. Berdasarkan kadar caruman KWSP bagi kategori berkenaan, potongan pekerja ialah RM187, manakala caruman majikan ialah RM221. Jumlah keseluruhan caruman ialah RM408 sebulan.
Selepas potongan KWSP, baki gaji pekerja hanya RM1,513 untuk menampung kos kehidupan dan keperluan keluarga.
Persoalannya, dari mana pekerja mahu mendapatkan lebihan wang untuk menambah caruman?
2. PEKERJAAN TIDAK DIJAMIN SEHINGGA UMUR 60 TAHUN
Pekerja berhadapan risiko syarikat ditutup, pemberhentian kerja, pengurangan tenaga kerja, kontrak tidak disambung dan penurunan gaji.
Apabila pekerjaan terhenti, caruman turut terhenti. Apabila gaji menurun, jumlah caruman juga berkurangan.
Inilah realiti pasaran pekerjaan yang perlu diambil kira dalam perancangan kecukupan persaraan.
3. PRODUK DAN INSENTIF BUKAN PENYELESAIAN KEPADA SEMUA GOLONGAN
Bagaimana pekerja gig, pesakit kronik, suri rumah, ibu tunggal, pencarum tidak aktif dan mereka yang kehilangan pekerjaan mahu meningkatkan simpanan jika pendapatan sendiri tidak mencukupi?
Jangan sekadar menggalakkan rakyat menyimpan lebih banyak tanpa mengambil kira kemampuan sebenar mereka.
4. PGIRM MAHU KERAJAAN MENILAI PENDEKATAN SECARA MENYELURUH
PGIRM menggesa kerajaan dan KWSP supaya:
β’ Menilai semula dasar gaji dan kemampuan sebenar rakyat untuk menyimpan.
β’ Memperluas insentif caruman bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.
β’ Memberikan perhatian kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan atau mengalami penurunan pendapatan.
β’ Mempertimbangkan mekanisme perlindungan bagi pencarum yang menghadapi kesusahan luar jangka.
β’ Menilai secara rasmi cadangan Pengeluaran KWSP Bersasar yang dikemukakan oleh PGIRM.
PENEGASAN PGIRM
Kerajaan tidak boleh hanya meletakkan sasaran RM390,000 kepada pencarum tanpa mengambil kira realiti pendapatan, kos kehidupan dan ketidakstabilan pekerjaan.
PGIRM tidak menolak kepentingan simpanan persaraan. Namun, menjaga simpanan hari tua tidak bermakna mengabaikan kesusahan hidup pencarum hari ini.
Kertas Dasar KWSP Bersasar PGIRM telah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026. PGIRM mahu cadangan tersebut dinilai secara rasmi dan diberikan maklum balas yang jelas.
JANGAN HANYA MINTA PENCARUM MENAMBAH SIMPANAN. KERAJAAN JUGA PERLU MEMASTIKAN RAKYAT MEMPUNYAI KEMAMPUAN UNTUK MENYIMPAN!
Persaraan yang terjamin bermula dengan kehidupan pekerja yang terbela, bukan sekadar angka simpanan yang diimpikan.

π24β€23π’2π«‘1
Forwarded from Zieda Halem
Salam,
Bagi penerhatian saya, Isu ni tgh hype.. kita boleh buat kempen besar-besaran tapi kena proper planning dan pencarum semua kena sepakat & lancarkan sama2 untuk dptkan impak yg besar dgn momentum yg padu.
Saya baca ada yg ckp kita buat rusuhan.. ye betul, itu saja caranya tapi kita kena bijak. Kita buat βrusuhanβ aman dgn cara terkini:
1. Kita SPAM social media PMX, KWSP, Menteri Kewangan I & II dan Dato Seri Shahidan Kassim.
2. Nama kempen βSPAMβ kena sama & konsisten. PGIRM boleh bantu cadangkan nama yg sesuai utk kempen ni. (mesti pendek, padat & senang faham supaya sampai maksud dgn sekali pandang).
3. Lakukan dgn serentak di semua social media yg jadi target. Boleh target 1 hari satu department.
4. PGIRM kena mulakan dgn pelancaran kempen utk menarik pencarum turut serta.
5. Kita buat rusuhan online sbb Malaysian mmg terkenal dgn kuasa cyber bully sampai Israel pun boleh koyak & tak mustahil kita pun boleh buat.
6. Ini antara jln terakhir kita berusaha bersama2 persatuan utk bertindak. Pencarum perlu bersatu membantu PGIRM menuntut hak kita utk pengeluaran KWSP bersasar.
7. Peluang kita besar sbb skrg tgh perbentangan budget, pilihanraya Melaka, Sarawak serta negeri lain akan menyusul.
8. Kita juga perlukan YB lain juga turut serta berjuang. Seseorang yg betul2 faham fakta & boleh ketengahkan isu ini dgn baik.
Ini pendapat serta cadangan saya selama memerhati dan turut serta dlm perjuangan PGIRM.

β€15π8π₯6
PENGUMUMAN RASMI PGIRM
PELANCARAN KEMPEN NASIONAL
SUARA PENCARUM β JAWAPAN YANG KAMI TUNTUT!
TARIKH MULA KEMPEN: 2 NOVEMBER 2026
DIGERAKKAN OLEH PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) dengan ini mengumumkan pelancaran Kempen Nasional SUARA PENCARUM β JAWAPAN YANG KAMI TUNTUT!, yang akan bermula secara rasmi pada 2 November 2026.
Kempen ini dilancarkan bagi menyatukan suara pencarum KWSP dari seluruh negara untuk membawa persoalan, tuntutan dan keresahan mereka kepada perhatian kerajaan, Kementerian Kewangan (MOF) serta pihak pengurusan KWSP.
Perjuangan berkaitan nasib pencarum tidak boleh terus bergantung kepada suara segelintir individu atau organisasi. Persoalan ini melibatkan kepentingan jutaan pencarum yang mempunyai latar belakang, pendapatan dan tahap kemampuan kewangan yang berbeza.
PGIRM berpandangan sudah tiba masanya suara pencarum disampaikan secara lebih tersusun, konsisten dan berterusan melalui saluran awam serta saluran rasmi.
1. KENAPA KEMPEN INI DILANCARKAN?
Pencarum tidak seharusnya hanya diminta menambah simpanan untuk hari tua tanpa mengambil kira realiti kehidupan yang sedang mereka hadapi.
Ada pencarum kehilangan pekerjaan, mengalami pengurangan pendapatan, menanggung kos sara hidup, berdepan masalah kesihatan dan mempunyai tanggungan keluarga.
Dalam keadaan tertentu, simpanan KWSP menjadi persoalan penting apabila pencarum berdepan kesusahan yang tidak dapat dielakkan.
Pada masa sama, pencarum juga berhak mengetahui bagaimana wang simpanan mereka diurus, dilaburkan dan dilindungi.
Menjaga simpanan hari tua adalah penting. Tetapi kesusahan pencarum hari ini juga tidak boleh diketepikan.
2. TIGA TUNTUTAN UTAMA KEMPEN
PERTAMA β PENGELUARAN KWSP BERSASAR
Kerajaan perlu menilai secara serius mekanisme pengeluaran yang BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL kepada pencarum yang benar-benar memenuhi kriteria kesusahan.
Ini bukan tuntutan pengeluaran bebas atau pengeluaran tanpa kawalan.
KEDUA β KETELUSAN PENGURUSAN KWSP
Pencarum berhak mendapat penjelasan yang jelas dan telus mengenai pengurusan dana, pelaburan, kedudukan aset serta langkah perlindungan wang simpanan mereka.
KETIGA β JAWAPAN RASMI KERAJAAN
Kerajaan, MOF dan KWSP perlu memberikan maklum balas yang jelas terhadap persoalan serta cadangan berkaitan kepentingan dan kebajikan pencarum.
Persoalan pencarum tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan yang sewajarnya.
3. MESEJ SERAGAM NASIONAL β SUARA SETIAP PENCARUM
Bagi memastikan kempen ini mempunyai hala tuju yang jelas, PGIRM menetapkan satu mesej seragam untuk digunakan oleh semua pencarum yang menyokong kempen ini.
TEKS RASMI UNTUK DIKONGSI:
Saya pencarum KWSP.
Saya tidak menuntut pengeluaran wang simpanan secara bebas. Tetapi saya mahu kerajaan menilai secara serius mekanisme PENGELUARAN BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL untuk pencarum yang benar-benar terdesak dan berdepan kesusahan hidup.
Saya juga mahu KWSP memberikan penjelasan yang telus mengenai kedudukan, pengurusan, pelaburan dan perlindungan wang simpanan pencarum.
Jangan hanya meminta rakyat menyimpan untuk hari tua sedangkan ada pencarum yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan hari ini.
Kami bukan meminta keistimewaan. Kami menuntut pertimbangan yang adil dan jawapan yang jelas.
Kerajaan perlu mendengar. KWSP perlu menjelaskan. Pencarum tidak boleh terus dibiarkan tertanya-tanya.
#SuaraPencarum
#JawapanYangKamiTuntut
#KWSPMestiJawab
#PengeluaranBersasar
4. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI?
Kempen ini terbuka kepada:
- Semua pencarum KWSP tanpa mengira kaum, agama, pekerjaan atau latar belakang.
- Persatuan dan kumpulan pencarum.
- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
- Komuniti serta kumpulan masyarakat.
- Individu yang bersetuju dengan prinsip dan tuntutan kempen.
Penyertaan adalah secara sukarela. Mana-mana organisasi boleh menyertai kempen ini tanpa perlu mengetepikan identiti atau pendirian organisasi masing-masing.

π9π₯3
PGIRM bertindak sebagai penggerak awal dan penyelaras kempen nasional ini. Kempen ini bukan hak milik eksklusif mana-mana individu atau organisasi.
5. BAGAIMANA PENCARUM BOLEH MENYERTAI?
Mulai 2 November 2026, pencarum digalakkan untuk:
1. Menyalin dan berkongsi mesej seragam kempen di Facebook, TikTok, Telegram dan platform media sosial masing-masing.
2. Menyuarakan tuntutan melalui ruangan komen dan saluran aduan rasmi KWSP, MOF serta kerajaan.
3. Berkongsi pengalaman sebenar secara berhemah dan berdasarkan fakta.
4. Mengajak pencarum lain menyertai kempen secara sukarela.
5. Menggunakan tanda pagar rasmi supaya suara kempen lebih mudah dikenal pasti.
Kempen ini tidak menggalakkan spam, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran dakwaan yang belum disahkan.
Kita mahu tekanan awam yang tersusun, bukan kekacauan digital.
6. HALA TUJU DAN TEMPOH KEMPEN
Kempen ini akan bermula pada 2 November 2026 dan dilaksanakan secara berterusan melalui beberapa peringkat:
- Fasa 1: Menyatukan suara pencarum melalui mesej seragam nasional.
- Fasa 2: Mengemukakan persoalan dan tuntutan kepada KWSP.
- Fasa 3: Membawa tuntutan kepada Kementerian Kewangan dan kerajaan.
- Fasa 4: Mengajak wakil rakyat membawa persoalan pencarum ke Parlimen.
- Fasa 5: Merekod dan memaklumkan perkembangan serta jawapan rasmi kepada masyarakat.
Kempen ini bukan gerakan sehari atau sekadar kempen tular. Perkembangan dan tindakan susulan akan diselaraskan berdasarkan maklum balas rasmi serta keadaan semasa.
7. PENEGASAN PGIRM
PGIRM mahu menjelaskan bahawa kempen ini bukan bertujuan menyerang mana-mana individu, parti politik atau institusi.
Namun, prinsip itu tidak bermaksud pencarum perlu terus berdiam diri.
Apabila melibatkan wang simpanan sendiri, pencarum berhak bertanya. Apabila melibatkan kesusahan hidup, pencarum berhak menuntut pertimbangan. Apabila persoalan dikemukakan, pencarum berhak mendapat jawapan.
Jangan biarkan suara pencarum hanya muncul ketika pilihan raya atau ketika isu menjadi tular. Tuntutan terhadap kebajikan dan hak pencarum perlu diberikan perhatian secara berterusan.
PGIRM menyeru semua pencarum dan organisasi yang prihatin supaya bersama-sama menggerakkan kempen nasional ini bermula 2 November 2026.
SUARA KITA MUNGKIN BERBEZA, TETAPI TUNTUTAN KITA MESTI JELAS.
JANGAN HANYA MINTA PENCARUM MENYIMPAN. DENGAR JUGA PERSOALAN PENCARUM!
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Penggerak dan Penyelaras Kempen Nasional

β€23π16π₯3
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
SIMPANAN PENCARUM BUKAN WANG UNTUK DIAMBIL MUDAH. KWSP PERLU PERJELAS PELABURAN DALAM HUTANG KERAJAAN!
PGIRM tuntut ketelusan mengenai jumlah pelaburan, pulangan dan pengurusan risiko dana pencarum
2 November 2026
Kuala Lumpur - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menuntut penjelasan rasmi dan lebih terperinci daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pelaburan dana pencarum dalam instrumen hutang kerajaan, khususnya Malaysian Government Securities (MGS) dan Malaysian Government Investment Issues (MGII).
PGIRM tidak mempertikaikan kewajaran KWSP melabur dalam instrumen hutang kerajaan. Pelaburan sedemikian merupakan sebahagian daripada pilihan pengurusan portfolio sesebuah institusi pelaburan.
Namun, persoalan yang perlu dijawab ialah sejauh mana pencarum diberikan maklumat yang jelas tentang jumlah dana yang dilaburkan, pulangan yang diperoleh, pendedahan risiko serta langkah perlindungan terhadap wang simpanan yang diamanahkan kepada KWSP.
Pencarum tidak sepatutnya hanya diminta terus menyimpan untuk hari tua, sedangkan persoalan mengenai pengurusan dan kedudukan dana mereka tidak mendapat penjelasan yang mudah difahami.
PGIRM ingin menegaskan bahawa tuntutan ini bukan tuduhan bahawa wang KWSP telah disalahgunakan, hilang atau mengalami kerugian. Sebaliknya, ia adalah tuntutan terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tanggungjawab menjelaskan bagaimana dana pencarum diuruskan.
Sehubungan itu, PGIRM mengemukakan enam persoalan utama yang memerlukan penjelasan KWSP:
1. Jumlah pelaburan: Berapakah jumlah sebenar pelaburan KWSP dalam MGS, MGII dan instrumen hutang kerajaan yang lain, serta berapakah peratusannya berbanding keseluruhan aset pelaburan KWSP?
2. Pulangan pelaburan: Apakah pulangan yang diperoleh daripada pelaburan tersebut bagi tempoh lima tahun terkini, termasuk kaedah pengiraan pulangan yang digunakan?
3. Bayaran kupon dan prinsipal: Bagaimanakah mekanisme pembayaran pulangan dan pembayaran semula prinsipal apabila instrumen tersebut mencapai tempoh matang?
4. Penilaian risiko: Apakah penilaian KWSP terhadap risiko sekiranya berlaku tekanan fiskal, peningkatan hutang kerajaan atau perubahan keadaan ekonomi yang boleh mempengaruhi nilai dan pulangan instrumen tersebut?
5. Had pendedahan dan kawalan risiko: Apakah had pelaburan, kawalan dalaman dan langkah pengurusan risiko yang digunakan bagi memastikan kepentingan pencarum terus dilindungi?
6. Ketelusan kepada pencarum: Adakah KWSP bersedia menyediakan penerangan yang lebih terperinci, berkala dan mudah difahami mengenai pendedahan pelaburan dalam instrumen hutang kerajaan?
TINDAKAN RASMI PGIRM TELAH DIMULAKAN
Untuk rekod, persoalan mengenai ketelusan pelaburan KWSP ini bukan dibangkitkan secara tiba-tiba susulan perbahasan di Dewan Rakyat.
PGIRM telah merancang dan mengambil tindakan rasmi lebih awal sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperjuangkan hak pencarum untuk mendapatkan penjelasan mengenai pengurusan simpanan mereka.
Pada 1 November 2026, PGIRM telah mengemukakan dua surat rasmi melalui Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Perdana Menteri untuk dipanjangkan kepada pihak berkenaan, iaitu satu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan satu lagi kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.
PGIRM meminta agar setiap pihak memberikan maklum balas bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan surat masing-masing. Tempoh tersebut merupakan tempoh maklum balas yang diminta oleh PGIRM dan bukannya suatu tempoh mandatori yang ditetapkan oleh undang-undang.
PGIRM menghormati peranan Ahli Parlimen yang membangkitkan isu berkaitan pelaburan dan dana institusi awam. Namun, pendirian PGIRM dalam perkara ini adalah berdasarkan tanggungjawab serta usaha sendiri yang telah dimulakan lebih awal.
JANGAN HANYA MINTA PENCARUM MENYIMPAN. JELASKAN JUGA BAGAIMANA SIMPANAN ITU DIURUSKAN.

β€11π2π₯1
Bagi PGIRM, ketelusan bukan bermaksud KWSP perlu mendedahkan setiap maklumat sulit atau strategi pelaburan yang boleh menjejaskan kepentingan institusi. Namun, alasan kerahsiaan tidak seharusnya menutup ruang untuk memberikan maklumat agregat, penjelasan risiko dan prestasi yang wajar diketahui oleh pencarum.
Pencarum berhak memahami bagaimana wang simpanan mereka diuruskan. Kepercayaan terhadap KWSP perlu diperkukuh melalui penjelasan yang jelas, bukan sekadar kenyataan umum.
PGIRM akan terus menggunakan saluran rasmi dan membawa persoalan ini kepada perhatian pihak berkuasa sehingga penjelasan yang munasabah diberikan.
WANG ITU SIMPANAN PENCARUM. AMANAH PENGURUSANNYA MESTI DISERTAI KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Pencarum berhak memahami bagaimana wang simpanan mereka diuruskan. Kepercayaan terhadap KWSP perlu diperkukuh melalui penjelasan yang jelas, bukan sekadar kenyataan umum.
PGIRM akan terus menggunakan saluran rasmi dan membawa persoalan ini kepada perhatian pihak berkuasa sehingga penjelasan yang munasabah diberikan.
WANG ITU SIMPANAN PENCARUM. AMANAH PENGURUSANNYA MESTI DISERTAI KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
π21β€6π’2π₯1
KENYATAAN PERSOALAN PGIRM
CARUMAN KWSP MENINGKAT RM33.87 BILION, TETAPI SIAPA PEDULI NASIB RAKYAT YANG MASIH MENGANGGUR DAN PENCARUM YANG TERDESAK?
PGIRM mengambil maklum peningkatan caruman KWSP sebanyak 8.5% kepada RM33.87 bilion. Ini perkembangan positif. Namun, adakah peningkatan ini benar-benar membuktikan semakin ramai rakyat mendapat pekerjaan, atau turut dipengaruhi peningkatan gaji dan caruman pencarum sedia ada?
Jangan samakan peningkatan jumlah caruman dengan peningkatan peluang pekerjaan. Persoalannya, bagaimana pula nasib rakyat yang kehilangan pekerjaan, pekerja gig berpendapatan tidak menentu, golongan bergaji rendah, suri rumah dan pencarum yang berdepan penyakit kronik?
Mereka juga sebahagian daripada rakyat yang memerlukan pembelaan.
JANGAN HANYA BERBANGGA DENGAN ANGKA CARUMAN YANG MENINGKAT, SEDANGKAN MASIH ADA RAKYAT YANG BERGELUT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN!
PGIRM menegaskan bahawa tuntutan pengeluaran KWSP secara BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL bukan bermaksud pengeluaran bebas.
BILA ANGKA PERTUMBUHAN MENINGKAT, BILAKAH PEMBELAAN TERHADAP PENCARUM YANG TERDESAK AKAN MENYUSUL?
AZMI MOHD TAHIR
Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π25π₯2π’1
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
EKONOMI BERKEMBANG, CARUMAN KWSP MENINGKAT, TETAPI MAMPUKAH RAKYAT HIDUP SELESA HARI INI SEBELUM MEMIKIRKAN HARI TUA?
3 November 2026
Kuala Lumpur - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil perhatian terhadap kupasan Dr. Roslan Jaβafar, Pensyarah Kanan Pusat Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menerusi laporan Malaysia Gazette bertarikh 3 November 2026 bertajuk Ekonomi berkembang, mampukah rakyat menikmati persaraan selesa?
Kupasan tersebut membawa satu persoalan besar yang tidak boleh dipandang ringan: pertumbuhan ekonomi negara tidak semestinya menjamin rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
PGIRM melihat persoalan ini amat berkait rapat dengan realiti pencarum KWSP hari ini.
KWSP melaporkan jumlah caruman meningkat 8.5% kepada RM33.87 bilion pada suku kedua 2026. Bilangan ahli aktif pula meningkat 21.9% kepada hampir 10.95 juta orang.
Angka ini sememangnya perkembangan positif.
Namun, JANGAN TERLALU CEPAT BERBANGGA DENGAN ANGKA PERTUMBUHAN JIKA PERSOALAN KECUKUPAN PENDAPATAN DAN SIMPANAN RAKYAT MASIH BELUM DISELESAIKAN.
Peningkatan caruman tidak semestinya bermakna semua pekerja menikmati kenaikan gaji, mempunyai lebihan pendapatan atau mampu membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Persoalannya:
1. Bagaimana pekerja bergaji rendah mampu membina simpanan hari tua jika pendapatan hari ini hampir habis untuk kos sara hidup?
2. Bagaimana nasib pekerja gig, bekerja sendiri dan mereka yang tidak mencarum secara konsisten?
3. Bagaimana pula pencarum yang kehilangan pekerjaan, mengalami penyakit kronik atau berdepan kesusahan kewangan serius?
4. Adakah sistem perlindungan persaraan negara benar-benar mengambil kira keperluan mereka yang masih hidup dalam tekanan kewangan hari ini?
PGIRM ingin menegaskan bahawa MASALAH SIMPANAN HARI TUA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARIPADA KESUSAHAN HIDUP HARI INI.
Kerajaan tidak boleh hanya menggalakkan rakyat menyimpan untuk persaraan sedangkan isu gaji rendah, pekerjaan tidak stabil dan peningkatan kos sara hidup masih menghimpit sebahagian besar isi rumah.
PGIRM juga ingin mengingatkan bahawa tuntutan pengeluaran KWSP secara BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL bukanlah tuntutan pengeluaran bebas atau usaha menghapuskan tujuan asal simpanan persaraan.
Ia merupakan tuntutan supaya kerajaan menilai semula ruang perlindungan kepada pencarum yang benar-benar berdepan kesusahan dan memenuhi syarat tertentu.
JANGAN JADIKAN SIMPANAN HARI TUA SEBAGAI ALASAN UNTUK MENUTUP MATA TERHADAP KESUSAHAN HIDUP PENCARUM HARI INI!
PGIRM mahu kerajaan dan KWSP menjawab satu persoalan yang lebih besar:
APAKAH MAKNA PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PENINGKATAN CARUMAN KWSP JIKA SEBAHAGIAN RAKYAT MASIH TIDAK MAMPU HIDUP SELESA, APATAH LAGI MEMBINA SIMPANAN UNTUK HARI TUA?
Pertumbuhan ekonomi sepatutnya membawa kesejahteraan kepada rakyat, bukan sekadar menghasilkan angka yang kelihatan membanggakan.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
RUJUKAN MEDIA:
1.Malaysia Gazette, 3 November 2026 β Ekonomi berkembang, mampukah rakyat menikmati persaraan selesa? Oleh Dr. Roslan Jaβafar, Pensyarah Kanan, Pusat Siswazah Perniagaan, UKM.
https://malaysiagazette.com/2026/11/03/ekonomi-berkembang-mampukah-rakyat-menikmati-persaraan-selesa/
2.KWSP, 17 Ogos 2026 β KWSP Lapor Pendapatan Pelaburan Bagi 1H 2026, termasuk statistik caruman dan keahlian bagi suku kedua 2026.
https://www.kwsp.gov.my/ms/w/berita/kwsp-lapor-pendapatan-pelaburan-bagi-1h-2026?

Ekonomi berkembang, mampukah rakyat menikmati persaraan selesa?
Malaysia bukan sahaja perlu menjadi negara yang lebih kaya, tetapi juga memastikan rakyatnya tidak menjadi miskin apabila usia semakin tua.
π26π₯2β€1
PERJUANGAN PENCARUM BUKAN PERJUANGAN BERMUSIM! BARU LIMA BULAN, KE MANA HILANGNYA SUARA YANG DAHULUNYA BEGITU LANTANG?
Salam Tahjud dan Salam Subuh shbt pencarum.
Dalam pemerhatian saya, pada awalnya begitu ramai pejuang pencarum tampil dengan semangat berkobar-kobar. LIVE hampir setiap hari, lantang mendesak kerajaan dan KWSP serta mengajak lebih ramai pencarum menyertai gerakan menuntut hak.
Namun, belum pun sampai lima bulan, suara yang dahulunya lantang semakin menyepi. Desakan tidak lagi konsisten dan ada kumpulan yang akhirnya memilih untuk berhenti.
Persoalannya, di manakah silapnya?
Adakah kita kekurangan strategi, kepimpinan, penyelarasan atau ketahanan perjuangan?
Apabila saluran rasmi sudah didesak tetapi tiada maklum balas, adakah itu alasan untuk berhenti?
TIDAK! Ketiadaan jawapan sepatutnya mendorong kita mengubah strategi, bukannya menguburkan perjuangan.
Mari kita buat post-mortem. Kita bukan mahu mencari salah sesiapa, tetapi mengenal pasti kelemahan supaya kesilapan sama tidak berulang.
Perjuangan pencarum bukan perjuangan bermusim. Jangan hanya hebat ketika memulakan perjuangan, tetapi hilang apabila berdepan kebuntuan.
Saya ingin mendengar pandangan pencarum dan semua penggerak. Di manakah sebenarnya kelemahan gerakan kita?

π₯20π5β€3
KENYATAAN MEDIA PGIRM
Untuk Edaran
GAJI TAK CUKUP, SIMPANAN TAK MENCUKUPI β JANGAN JADIKAN AKAUN FLEKSIBEL ALASAN MENUTUP TUNTUTAN PENCARUM!
5 Nov 2026
Kuala Lumpur - Kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa rakyat Malaysia bukan malas bekerja, sebaliknya berdepan tawaran gaji yang tidak setimpal dengan kos kehidupan, membuka persoalan besar tentang kemampuan rakyat membina simpanan persaraan.
Jika pendapatan tidak mencukupi, bagaimana rakyat mahu membina simpanan KWSP yang kukuh?
Laporan DagangNews pada 3 November 2026 turut membangkitkan jurang besar simpanan KWSP antara Bumiputera dan kaum lain. Ini bukan isu untuk mempertentangkan kaum, tetapi gambaran bahawa kemampuan rakyat membina simpanan persaraan masih tidak seimbang.
AKAUN FLEKSIBEL BUKAN PENYELESAIAN UNTUK SEMUA
PGIRM mengambil maklum kewujudan Akaun Fleksibel KWSP yang membolehkan pencarum membuat pengeluaran bagi keperluan kewangan segera.
Namun, hanya 10% daripada caruman baharu diagihkan ke akaun tersebut. Bagi pencarum yang kehilangan pekerjaan, terputus caruman atau mempunyai baki terlalu kecil, kemudahan ini tidak semestinya mampu membantu mereka ketika berdepan kesusahan serius.
Jangan samakan kemudahan mengeluarkan baki yang tersedia dengan penyelesaian kepada pencarum yang sudah tidak mempunyai kemampuan untuk mencarum.
PGIRM TEGASKAN TIGA PERKARA
1. GAJI RENDAH, SIMPANAN RENDAH β Jangan salahkan pencarum kerana simpanan kecil sedangkan pendapatan mereka sendiri tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan.
2. JANGAN GUNAKAN ALASAN HARI TUA UNTUK MENUTUP KESUSAHAN HARI INI β PGIRM mengakui pengeluaran boleh mengurangkan baki simpanan dan dividen masa hadapan. Namun, larangan pengeluaran semata-mata tidak menyelesaikan masalah pencarum yang kehilangan pekerjaan atau menghadapi kesusahan serius.
3. BERIKAN PILIHAN YANG TERKAWAL β PGIRM mencadangkan mekanisme pengeluaran KWSP secara BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL, berdasarkan penilaian keperluan sebenar serta perlindungan baki simpanan persaraan.
JIKA DITOLAK, APA PILIHAN KERAJAAN?
Kerajaan perlu menjawab apakah bantuan nyata untuk pencarum yang tidak lagi mampu mencarum, mempunyai baki Akaun Fleksibel terlalu kecil atau berdepan kesusahan kewangan yang serius.
PGIRM tidak menuntut pengeluaran bebas. PGIRM menuntut satu mekanisme yang adil dan terkawal, di samping pembaharuan gaji, peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.
JANGAN HANYA MENJAGA SIMPANAN HARI TUA, SEDANGKAN PENCARUM TERPAKSA BERGELUT UNTUK HIDUP HARI INI!

π34β€4
PENCARUM KWSP, SUDAHKAH ANDA BERSEDIA JIKA UMUR PENGELUARAN SIMPANAN DINAIKKAN KEPADA 65 TAHUN?
Bank Dunia pernah mencadangkan dalam laporan tahun 2020 supaya umur minimum pengeluaran Akaun 1 KWSP dinaikkan secara berperingkat daripada 55 kepada 65 tahun.
Walaupun ia sekadar cadangan dan belum menjadi dasar kerajaan, persoalan ini perlu dibincangkan secara terbuka.
Persoalannya:
1. Adakah pencarum bersedia menunggu sehingga umur 65 tahun untuk mengakses simpanan sendiri?
2. Bagaimana pula dengan pencarum yang kehilangan pekerjaan, menghidap penyakit kronik atau tidak lagi mampu bekerja?
3. Apakah jaminan kerajaan terhadap keperluan hidup pencarum sepanjang tempoh menunggu tersebut?
PGIRM ingin mendengar suara pencarum.
Apakah pendapat anda? Adakah anda bersetuju atau membantah cadangan ini?
Apakah gesaan anda kepada kerajaan dan KWSP?
Bersuara sekarang. Ini soal simpanan, hak dan masa depan pencarum.
PGIRM β Suara Pencarum, Tuntutan Rakyat.

β€12π’5
KEPADA PEMBUAT DASAR: LIHAT REALITI KEHIDUPAN PENCARUM SEBELUM UBAH DASAR KWSP!
Sebelum cadangan menaikkan umur pengeluaran KWSP kepada 65 tahun dipertimbangkan, kerajaan, MOF dan KWSP perlu menjawab persoalan berikut:
Apabila pencarum tidak mampu bertahan, apa pilihan mereka?
Antara realiti yang dihadapi sebahagian pencarum:
1. Terpaksa membuat pinjaman menggunakan simpanan KWSP sebagai sandaran.
2. Meminjam daripada pemberi pinjaman tidak berlesen.
3. Menanggung hutang, bayaran balik dan risiko disenaraihitamkan.
PGIRM ingin tegaskan:
- Simpanan hari tua memang perlu dilindungi.
- Tetapi kehidupan pencarum hari ini juga perlu dibela.
- Risiko hutang akibat kesempitan hidup tidak boleh diketepikan.
- Dasar KWSP perlu mengambil kira kemampuan sebenar pencarum untuk bertahan.
Jangan hanya ukur berapa banyak simpanan berjaya dikekalkan. Ukur juga berapa ramai pencarum yang mampu meneruskan kehidupan tanpa terjerumus dalam hutang.
PGIRM menggesa kerajaan, MOF dan KWSP menilai realiti ini serta membuka ruang dialog bersama wakil pencarum.
SIMPANAN HARI TUA PERLU DILINDUNGI, KEHIDUPAN PENCARUM HARI INI JUGA JANGAN DIABAIKAN!

π25π’4
Out of topic..
https://www.malaysiakini.com/news/888706-istana-pertikai-pengampunan-bersyarat-najib-bermakna-ingkar-perintah-agong

Malaysiakini
Agong: Pertikai pengampunan bersyarat Najib bermakna ingkar perintah | Malaysiakini
Ia susulan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam yang memohon supaya pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara serta-merta.