CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
πŸ“Œ PENJELASAN KEPADA KEGUSARAN PENCARUM KWSP

Saya memahami kebimbangan pencarum selepas menonton video TikTok yang mengaitkan cadangan Akaun Emas dengan dakwaan bahawa wang KWSP mungkin telah diselewengkan.

Namun, kita perlu membezakan antara fakta dasar dengan andaian.

β–ͺ️ Akaun Emas: Cadangan PMX supaya simpanan dibayar secara bulanan bertujuan membantu pesara memperoleh pendapatan berterusan sepanjang persaraan.

β–ͺ️ Pengeluaran penuh: Berdasarkan maklumat yang dibincangkan, mekanisme pengeluaran penuh kekal tidak berubah. Oleh itu, cadangan pembayaran bulanan tidak wajar terus ditafsirkan sebagai penghapusan hak pengeluaran penuh.

β–ͺ️ Dakwaan penyelewengan: Tiada kesimpulan boleh dibuat tanpa bukti yang sahih. Cadangan pembayaran bulanan itu sendiri bukan bukti bahawa wang KWSP telah diselewengkan.

Walau bagaimanapun, pencarum berhak mendapat penjelasan yang jelas tentang cara Akaun Emas berfungsi, syarat penyertaan dan pilihan yang tersedia kepada mereka.

Jangan cetuskan ketakutan berdasarkan andaian. Tetapi jangan juga abaikan hak pencarum untuk mendapatkan penjelasan.

Bagi PGIRM, prinsipnya jelas: apa-apa mekanisme persaraan mesti telus, melindungi kepentingan pencarum dan memastikan mereka memahami pilihan yang tersedia.

Simpanan pencarum, hak pencarum. Penjelasan yang telus ialah tanggungjawab pihak yang menguruskan simpanan tersebut.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Lampiran Rujukan

https://vt.tiktok.com/ZSbTNE94L/
πŸ”₯17😒5πŸ‘3
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

Untuk Edaran
Kuala Lumpur

AKAUN EMAS KWSP: PENCARUM BIMBANG, KWSP PERLU BERIKAN PENJELASAN

12 Oktober 2026

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta KWSP memberikan penjelasan tuntas mengenai skim i-Emas yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.

Cadangan pembayaran bulanan bagi ahli berusia 55 dan 60 tahun telah menimbulkan persoalan serta kebimbangan dalam kalangan pencarum, termasuk dakwaan di media sosial yang mengaitkannya dengan kemungkinan penyelewengan wang KWSP.

PGIRM menegaskan bahawa dakwaan penyelewengan tidak boleh dianggap sebagai fakta tanpa bukti yang sahih. Namun, kebimbangan pencarum juga tidak wajar dibiarkan tanpa penjelasan rasmi.

PGIRM meminta KWSP memperjelaskan perkara berikut:

β–ͺ️ Adakah i-Emas merupakan pilihan sukarela dan adakah pengeluaran penuh kekal tersedia?

β–ͺ️ Bagaimanakah mekanisme pembayaran bulanan ditentukan dan dilaksanakan?

β–ͺ️ Bagaimanakah baki simpanan serta pembayaran dividen diuruskan?

β–ͺ️ Apakah implikasi setiap pilihan terhadap simpanan persaraan ahli?

PGIRM memahami kepentingan menyediakan pendapatan berterusan selepas persaraan. Namun, sebarang mekanisme yang melibatkan simpanan hari tua rakyat mesti diterangkan secara jelas, telus dan mudah difahami.

JANGAN CETUSKAN KETAKUTAN BERDASARKAN ANDAIAN. TETAPI JANGAN JUGA ABAIKAN HAK PENCARUM UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN.

PGIRM berharap KWSP memberikan penjelasan rasmi agar pencarum dapat memahami tujuan i-Emas, pilihan yang tersedia dan implikasinya sebelum membuat keputusan.

Kepercayaan pencarum dibina melalui ketelusan. Kebimbangan mereka mesti dijawab dengan fakta.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Rujukan rasmi:

1. "Ucapan Belanjawan 2027 β€” Pejabat Perdana Menteri" (https://www.pmo.gov.my/ms/ucapanterkini/ucapan-belanjawan-madani-kelima-tahun-2027-belanjawan-madani-kelima-menggapai-di-langit-mengakar-di-bumi/)
2. "Penjelasan KWSP mengenai Belanjawan 2027 dan i-Emas" (https://www.kwsp.gov.my/ms/w/berita/belanjawan-2027-pacu-pertumbuhan-ekonomi-mampan)
❀2
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

PERKEMBANGAN TERKINI - POLICY PAPER KWSP BERSASAR

Untuk pengetahuan pencarum pihak kami menerima byk pertanyaan yg bertanyakan ttg status policy paper pgirm telah diterima oleh ketiga2 pihak dgn jayanya atau tidak?

Untuk makluman semua secara rasminya pihak PGIRM telah menerima surat rasmi maklumbalas spt berikut:

Pejabat Perdana Menteri (PMO), melalui surat bertarikh 15 September 2026 kepada Pejabat Menteri Kewangan II, telah memanjangkan dua (2) kertas cadangan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berhubung mekanisme akses bersasar kepada simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kedua-dua kertas cadangan tersebut telah dikemukakan untuk perhatian dan penelitian pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Surat berkenaan turut menyatakan permohonan agar sesi libat urus bersama wakil PGIRM diadakan sekiranya diperlukan, bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut berhubung cadangan yang dikemukakan.

Salinan surat berkenaan turut dikemukakan kepada Tuan Azmi Mohd Tahir, Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), untuk makluman.

Sehubungan dgn ini mengapa Pgirm tidak memaklumkan awal selepas menerima mklmbalas dr PMO & MOF? Sebabnya surat berkenaan adalah SULIT justeru pihak Pgirm elak utk ambil risiko edaran..

PGIRM akan terus membuat susulan terhadap perkembangan penelitian kertas cadangan tersebut demi memastikan tuntutan dan kepentingan pencarum terus diberikan perhatian sewajarnya.

Sekian,terima kasih

Putri Fira
SUA Pgirm
❀27😒3🫑1
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

PERKEMBANGAN TERKINI - POLICY PAPER KWSP BERSASAR

Untuk pengetahuan  pencarum pihak kami menerima byk pertanyaan yg bertanyakan ttg status policy paper pgirm telah diterima oleh ketiga2 pihak dgn jayanya atau tidak?

Untuk makluman semua secara rasminya pihak PGIRM telah menerima surat rasmi maklumbalas spt berikut:

Pejabat Perdana Menteri (PMO), melalui surat bertarikh 15 September 2026 kepada Pejabat Menteri Kewangan II, telah memanjangkan dua (2) kertas cadangan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berhubung mekanisme akses bersasar kepada simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kedua-dua kertas cadangan tersebut telah dikemukakan untuk perhatian dan penelitian pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Surat berkenaan turut menyatakan permohonan agar sesi libat urus bersama wakil PGIRM diadakan sekiranya diperlukan, bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut berhubung cadangan yang dikemukakan.

Salinan surat berkenaan turut dikemukakan kepada Tuan Azmi Mohd Tahir, Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), untuk makluman.

Sehubungan dgn ini mengapa Pgirm tidak memaklumkan awal selepas menerima mklmbalas dr PMO & MOF? Sebabnya surat berkenaan adalah SULIT justeru pihak Pgirm elak utk ambil risiko edaran..

PGIRM akan terus membuat susulan terhadap perkembangan penelitian kertas cadangan tersebut demi memastikan tuntutan dan kepentingan pencarum terus diberikan perhatian sewajarnya.

Sekian,terima kasih

Putri Fira
SUA Pgirm
❀31πŸ‘14😒1
πŸ“’ SAHABAT PENCARUM, APA LANGKAH SETERUSNYA?

Saya ingin tahu, berapa ramai yang benar-benar memahami mesej poster ini?πŸ‘†

Bersuara ialah permulaan. Namun, tuntutan memerlukan perancangan, penyelarasan dan komitmen.

Persoalannya:
πŸ”Ή Apakah langkah seterusnya?
πŸ”Ή Siapa yang bersedia menggerakkannya?


Sila kemukakan pandangan dan cadangan secara matang dan berhemah.

#PencarumKWSP
#TuntutanKWSPBersasar
😒13πŸ‘11
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

Untuk Edaran
Kuala Lumpur

15 Oktober 2026

ISU CAJ DUITNOW QR: RAKYAT BERHAK MENDAPAT PENJELASAN TUNTAS!

Saya mengambil maklum aduan dan kebimbangan rakyat berhubung pengumuman RHB mengenai pelaksanaan caj Merchant Discount Rate (MDR) bagi transaksi DuitNow QR mulai 26 Oktober 2026.

PGIRM berpandangan isu ini perlu diperjelaskan secara terbuka supaya rakyat memahami kedudukan sebenar dan tidak terus dibelenggu kekeliruan.

Sehubungan itu, PGIRM membangkitkan tiga perkara utama:

1️⃣ PENJELASAN KEPADA RAKYAT

Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet dan RHB perlu menjelaskan secara tuntas perbezaan antara caj yang dikenakan kepada peniaga dengan caj yang ditanggung pengguna.

Rakyat berhak mengetahui siapa yang dikenakan caj, bagaimana caj tersebut dilaksanakan dan apakah kesannya terhadap urusan harian mereka.

2️⃣ LINDUNGI PENIAGA KECIL DAN PENGGUNA

Walaupun caj MDR dikenakan kepada peniaga, timbul kebimbangan bahawa sebahagian peniaga mungkin mempertimbangkan kos tersebut dalam penetapan harga barang dan perkhidmatan.

Peniaga kecil juga berdepan tekanan kos operasi, manakala pengguna berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Jangan biarkan kekurangan penjelasan menambahkan keresahan rakyat atau membuka ruang kepada salah faham antara peniaga dengan pengguna.

3️⃣ TUNTUT PENJELASAN RASMI SECARA TERBUKA

PGIRM meminta BNM, PayNet dan RHB tampil memberikan penjelasan mengenai asas pelaksanaan caj ini, skop peniaga yang terlibat serta langkah perlindungan untuk peniaga kecil dan pengguna.

Penjelasan hendaklah disampaikan secara jelas, mudah difahami dan tidak menimbulkan tafsiran yang bercanggah.

PENDIRIAN PGIRM

PGIRM tidak membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak. Namun, apabila sesuatu keputusan menimbulkan kebimbangan awam, penjelasan yang tuntas merupakan satu keperluan, bukannya pilihan.

Kita menggalakkan kemajuan teknologi dan penggunaan pembayaran digital. Namun, kemudahan digital mesti disertai ketelusan, keadilan dan pertimbangan terhadap kemampuan rakyat.

PGIRM tidak mahu peniaga kecil dipersalahkan secara membuta tuli, dan pengguna pula dibebani kebimbangan akibat maklumat yang tidak jelas.

Pihak yang mempunyai maklumat, kuasa dan tanggungjawab perlu tampil menjawab persoalan rakyat secara terbuka.

JANGAN BIARKAN RAKYAT TERTANYA-TANYA.
JELASKAN FAKTA, LINDUNGI KEPENTINGAN RAKYAT
.

Sekian.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
😒11❀7
πŸ“Œ PENJELASAN PGIRM
FAHAMI MEKANISME PEMBAYARAN ZAKAT KWSP


PGIRM mengambil maklum kekeliruan dalam kalangan pencarum berhubung kemudahan pembayaran zakat yang diumumkan oleh KWSP pd 12 Oktober 2026.

Bagi mengelakkan salah faham, berikut ialah beberapa perkara penting:

1️⃣ ADAKAH KWSP MEMOTONG SIMPANAN POKOK AHLI?

Berdasarkan mekanisme yang diumumkan, pembayaran zakat dibuat melalui potongan dividen tahunan Simpanan Shariah, bukannya potongan terus daripada jumlah pokok simpanan ahli.

2️⃣ ADAKAH POTONGAN DIBUAT SECARA AUTOMATIK?

Tidak. Kemudahan ini memerlukan pilihan ahli yang beragama Islam dan telah memilih Simpanan Shariah.

3️⃣ ADAKAH AHLI PERLU MEMBAYAR ZAKAT DUA KALI?

KWSP menjelaskan bahawa ahli yang menggunakan kemudahan ini tidak perlu membayar zakat secara berasingan sekali lagi atas pengeluaran Simpanan Shariah mereka.

Bagi ahli yang tidak memilih kemudahan tersebut, urusan pembayaran zakat perlu dilakukan sendiri mengikut ketetapan yang berkenaan.

4️⃣ APA YANG PERLU DILAKUKAN PENCARUM?

Rujuk penerangan rasmi KWSP dan semak penyata masing-masing sebelum membuat sebarang kesimpulan.

πŸ“Œ PENDIRIAN PGIRM

PGIRM menegaskan bahawa sesuatu mekanisme kewangan perlu difahami berdasarkan fakta dan dokumen rasmi, bukannya semata-mata berdasarkan persepsi atau maklumat yang tersebar.

Kekeliruan perlu dijelaskan dengan fakta. Sebarang dakwaan mengenai potongan berganda atau pemotongan simpanan pokok hendaklah dinilai berdasarkan mekanisme sebenar.

Jangan membuat kesimpulan sebelum memahami fakta.

PGIRM mengutamakan penjelasan berasaskan data, bukan emosi.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Sumber rasmi KWSP:
https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun/zakat-perniagaan-simpanan-shariah
❀16😒1
https://vt.tiktok.com/ZSgL6uSVs/


Salam Jumaat dan slmt pg cuba dgr hgga habisπŸ‘†πŸ‘†

Sebenarnya pencarum2 ini nk tuntut yg mana DIVIDEN atau AKAUN 1?inilah masalah bila tuntutan pencarum x konsisten,bila msk komen kat sesi live Dssk beri komen minta Dssk minta dividen dibenarkan dan Dssk pun bawalah dlm dewan minta dividenπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Rasa2 ganggu tak Policy Paper tuntutan asal PGIRM?πŸ€”πŸ€”πŸ€”
😒10πŸ‘Œ2
πŸ“’ PENJELASAN KEPADA PENCARUM

Saya ingin menegaskan bahawa gambar saya telah digunakan dalam poster berkaitan promosi pinjaman wang tanpa sebarang keizinan daripada saya.

Saya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambar saya bagi tujuan tersebut.

Justeru, orang ramai tidak seharusnya menganggap penggunaan gambar itu sebagai bukti bahawa saya terlibat, menyokong atau mengesahkan tawaran pinjaman berkenaan.

Saya memandang serius perkara ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pencarum serta menjejaskan nama baik saya.

Saya meminta pihak yang bertanggungjawab menghentikan penggunaan gambar tersebut dan memberikan penjelasan sewajarnya.

Perkara ini akan dibawa melalui saluran aduan rasmi untuk tindakan lanjut.

Saya berharap pencarum tidak membuat sebarang keputusan kewangan berdasarkan poster tersebut semata-mata.

Kebenaran menggunakan gambar seseorang bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Rujukan πŸ‘‡πŸ‘‡:
https://vt.tiktok.com/ZSgLtSLaW/
πŸ‘22❀9😒6
πŸ“’ PEMAKLUMAN KEPADA PENCARUM KWSP MELAKA

PGIRM telah mengemukakan Manifesto Rakyat Melaka 2026 bersama 7 Persoalan Rakyat melalui e-mel kepada kepimpinan empat parti politik di peringkat kebangsaan.

Inisiatif ini merupakan tanda sokongan PGIRM terhadap usaha mendapatkan pendirian calon-calon PRN Melaka mengenai isu dan kepentingan rakyat, khususnya pencarum KWSP.

Sehubungan itu, pencarum Melaka diseru meneliti 7 persoalan berikut dan memanfaatkannya untuk mendapatkan jawapan serta pendirian calon-calon di kawasan masing-masing.

Penglibatan rakyat amat penting bagi memastikan persoalan yang dibangkitkan mendapat perhatian sewajarnya.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MANIFESTO RAKYAT MELAKA 2026

7 PERSOALAN RAKYAT KEPADA SEMUA CALON PRN MELAKA

PGIRM mengemukakan 7 persoalan untuk dijawab secara terbuka oleh calon-calon yang bakal bertanding.

πŸ”΄ 1 β€” KOS SARA HIDUP

Apakah langkah yang akan diperjuangkan bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup?

πŸ”΄ 2 β€” KWSP BERSASAR

Adakah calon bersedia menyokong kajian terhadap mekanisme KWSP:

BERSASAR β€’ BERSYARAT β€’ TERHAD β€’ TERKAWAL

untuk pencarum yang benar-benar menghadapi keperluan?

πŸ”΄ 3 β€” KEHILANGAN PENDAPATAN

Apakah mekanisme yang akan diperjuangkan bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan?

πŸ”΄ 4 β€” SIMPANAN PERSARAAN

Apakah langkah yang akan diperjuangkan supaya rakyat mempunyai simpanan yang lebih kukuh untuk masa depan?

πŸ”΄ 5 β€” GOLONGAN MEMERLUKAN PERHATIAN

Apakah dasar bersasar yang akan diperjuangkan untuk rakyat yang menghadapi tekanan ekonomi dan keperluan khusus?

πŸ”΄ 6 β€” SUARA RAKYAT

Adakah calon bersedia mengadakan libat urus berkala dengan rakyat dan pertubuhan masyarakat selepas pilihan raya?

πŸ”΄ 7 β€” JANJI BOLEH DIUKUR

Jika dipilih, apakah tindakan yang akan diambil, apakah yang akan diperjuangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan apakah tempoh pelaksanaannya?

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ‡²πŸ‡Ύ PRINSIP PGIRM

BUKAN SOKONGAN KEPADA MANA-MANA PARTI.

BUKAN ARAHAN KEPADA RAKYAT UNTUK MEMILIH MANA-MANA CALON.

INI ADALAH RUANG UNTUK CALON MENYATAKAN PENDIRIAN TERHADAP PERSOALAN RAKYAT.

Rakyat bertanya.
Calon menjawab.
Rakyat menilai.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

#ManifestoRakyatMelaka2026
#RakyatBersuara
#KWSPBersasar
πŸ‘40❀3😒2
πŸ“’ PERHATIAN KEPADA PENCARUM KWSP DI MELAKA

Saya ingin mengetahui sejauh mana perhatian dan sokongan pencarum KWSP di Melaka terhadap usaha sekumpulan pencarum yang membawa isu serta tuntutan KWSP sempena PRN Melaka.

Berapa ramaikah pencarum di Melaka yang mengikuti perkembangan usaha ini dan berpandangan bahawa isu KWSP wajar diberikan perhatian oleh calon-calon PRN?

Pandangan dan maklum balas pencarum amat dialu-alukan.

Tujuan pertanyaan ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang pandangan dan sokongan pencarum di Melaka, tanpa mencampuri urusan pelaksanaan usaha yang digerakkan oleh kumpulan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘48πŸ”₯5😒3
πŸ“’ PENJELASAN TUNTAS KEPADA PENCARUM KWSP

Salam dan slmt pagi. Akhir2 ini sy terima byk msg dr sekumpulan pencarum mengenai apa status Policy Paper?

PGIRM memahami keresahan pencarum yang berdepan tekanan kewangan dan mengharapkan perhatian serius terhadap cadangan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Untuk makluman, dua kertas cadangan PGIRM telah diserahkan pada 11 September 2026. Pada 15 September, PMO mengesahkan penerimaan dan pemanjangan dokumen tersebut untuk penelitian sebelum diangkat kepada YB Menteri Kewangan II.

Pada 22 Oktober, PGIRM turut menerima maklumat melalui saluran komunikasi rasmi bahawa kertas cadangan berkenaan sedang diteliti oleh KWSP. Walau bagaimanapun, hasil penelitian dan keputusan mengenai cadangan itu masih belum diketahui.

PGIRM akan terus memantau perkembangan dan mengharapkan maklum balas substantif daripada pihak berkaitan.

Dalam masa yang sama, pencarum wajar membezakan antara tuntutan yang belum dipenuhi, kelewatan mendapatkan keputusan dan dakwaan bahawa wang KWSP sudah tiada atau berlaku penyelewengan.

Dakwaan sedemikian tidak sepatutnya dianggap sebagai fakta tanpa bukti yang boleh disahkan. Sebarang isu berkaitan pengurusan dana perlu dinilai berdasarkan maklumat yang sahih dan hasil siasatan pihak berkuasa jika berkenaan.

PGIRM tidak menafikan kesusahan pencarum dan tidak menganggap proses penelitian sebagai jaminan bahawa cadangan akan diluluskan.

Perjuangan untuk kepentingan pencarum perlu diteruskan, tetapi biarlah berasaskan fakta, bukti dan tuntutan yang jelas.

Kita boleh mendesak penjelasan dan keputusan tanpa menyebarkan spekulasi yang belum terbukti.

Sekian, terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘49😒4❀3
πŸ“’ PENJELASAN PGIRM
JANGAN BUAT KESIMPULAN TANPA FAKTA!


Saya mengikuti perkembangan naratif di media sosial yang mendakwa KWSP menghadapi masalah kewangan, kehabisan wang dan dikaitkan dengan penyelewengan.

Kenyataan Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, mengenai kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap KWSP dan KWAP perlu difahami dengan tepat.

Cadangan siasatan BUKAN bukti bahawa penyelewengan telah berlaku atau KWSP sudah kehabisan wang.

Sebarang dakwaan serius mesti disokong bukti, bukannya andaian yang boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan pencarum.

Saya menegaskan bahawa ketelusan dan akauntabiliti mesti dipertahankan. Namun, persoalan tadbir urus KWSP perlu dibezakan daripada tuntutan pengeluaran simpanan secara bersasar.

Perjuangan PGIRM jelas: mendesak kerajaan menilai mekanisme pengeluaran KWSP secara BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL demi pencarum yang benar-benar memerlukan.

Kita boleh mempersoalkan dasar. Kita boleh menuntut penjelasan. Tetapi jangan membuat tuduhan tanpa fakta.

FAKTA, BUKAN ANDAIAN.
KETELUSAN, BUKAN SPEKULASI.
KEPENTINGAN PENCARUM MESTI DIUTAMAKAN.


Sekian, terima kasih.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden PGIRM
πŸ”₯24πŸ‘11😒2
KENYATAAN MEDIA RASMI
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)


Untuk Edaran
28 Oktober 2026
Kuala Lumpur

JANGAN HANYA BICARA SIMPANAN PERSARAAN, PENCARUM TERDESAK JUGA PERLU PEMBELAAN!

PGIRM mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 27 Oktober 2026, bahawa KWSP perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi.

PGIRM tidak mempertikaikan kepentingan melindungi simpanan hari tua. Sebaliknya, PGIRM berpandangan bahawa perbincangan mengenai kecukupan simpanan persaraan juga perlu mengambil kira realiti kehidupan pencarum yang sedang berhadapan kesusahan kewangan sebelum mencapai usia persaraan.

Persoalannya, jika usaha meningkatkan kecukupan simpanan persaraan menjadi keutamaan, bagaimana pula nasib pencarum yang kehilangan pekerjaan, mengalami kemerosotan pendapatan, menghadapi masalah kesihatan atau terpaksa menanggung keperluan keluarga yang mendesak?

Golongan ini juga pencarum. Mereka mempunyai tanggungjawab dan komitmen kehidupan yang tidak boleh ditangguhkan semata-mata kerana simpanan mereka diperuntukkan untuk hari tua.

PGIRM menegaskan bahawa perjuangan ini bukan untuk menggalakkan pengeluaran KWSP secara bebas sehingga menjejaskan simpanan persaraan ahli. Sebaliknya, PGIRM konsisten memperjuangkan supaya kerajaan menilai mekanisme pengeluaran bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal bagi pencarum yang benar-benar memerlukan bantuan.

Pendekatan tersebut perlu dinilai secara objektif berdasarkan data, kedudukan kewangan pencarum dan tahap keperluan sebenar. Perlindungan simpanan persaraan mesti diberikan perhatian, tetapi kesusahan hidup pencarum hari ini juga tidak boleh dipandang ringan.

Atas dasar itu, PGIRM menggesa kerajaan supaya tidak hanya menumpukan perhatian kepada persoalan berapa banyak simpanan yang perlu dimiliki seseorang ketika bersara, tetapi turut menilai bagaimana pencarum yang menghadapi kesusahan serius dapat dibantu tanpa mengabaikan kepentingan masa depan mereka.

Untuk rekod, PGIRM telah menyerahkan kertas dasar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026 bagi mengemukakan cadangan berkaitan isu ini. PGIRM berharap cadangan yang telah dikemukakan dapat dinilai secara serius melalui saluran rasmi, berasaskan fakta dan keperluan sebenar pencarum.

PGIRM turut berpandangan bahawa prinsip keterangkuman yang diketengahkan dalam perbincangan mengenai masa depan KWSP perlu diterjemahkan melalui pendekatan dasar yang mengambil kira kepelbagaian keadaan ekonomi dan sosial ahli.

Jangan sampai usaha melindungi simpanan hari tua menyebabkan kesusahan pencarum yang masih hidup, bekerja dan menanggung keluarga hari ini terpinggir daripada pertimbangan dasar.

PGIRM akan terus memperjuangkan kepentingan pencarum secara berprinsip, berhemah dan tegas melalui saluran rasmi. Tuntutan ini bukan berasaskan sentimen, sebaliknya memerlukan penilaian yang adil, telus dan bertanggungjawab.

Melindungi masa depan pencarum adalah penting. Memberikan perhatian kepada kesusahan mereka hari ini juga satu tanggungjawab yang tidak boleh diketepikan.

BERHEMAH BUKAN BERERTI LEMAH.
TEGAS BUKAN BERERTI MELAMPAUI BATAS.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀31😒1
KENYATAAN PRESIDEN PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

KERAJAAN PERTAHANKAN SIMPANAN HARI TUA, SIAPA BELA PENCARUM YANG TERDESAK HARI INI?

Kerajaan sering menekankan kepentingan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjamin kehidupan selepas persaraan. Namun, satu persoalan besar masih belum terjawab: bagaimana pula nasib pencarum yang sedang berdepan kesusahan kewangan hari ini?

Apabila iklan pinjaman yang menawarkan wang dengan bayaran semula selepas pengeluaran KWSP terus muncul di media sosial, kita perlu melihat isu ini daripada sudut yang lebih luas.

Mengapa ada pencarum yang sanggup mengambil pinjaman sedemikian? Adakah mereka benar-benar mempunyai pilihan yang lebih baik, atau tekanan kewangan telah menyebabkan mereka sanggup menanggung risiko demi mendapatkan wang segera?

PGIRM tidak menyalahkan pencarum yang terdesak. Mereka mempunyai komitmen hidup, tanggungan keluarga dan keperluan kewangan yang tidak boleh ditangguhkan begitu sahaja.

Namun, sekadar mengingatkan pencarum supaya berhati-hati dengan tawaran pinjaman tidak memadai jika punca kesusahan kewangan mereka terus tidak diberikan penyelesaian yang sewajarnya.

PGIRM berpandangan bahawa kerajaan perlu menjelaskan dua perkara penting.

Pertama, apakah langkah pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan bagi menangani iklan serta tawaran pinjaman yang berisiko kepada pencarum?

Kedua, apakah pilihan penyelesaian yang tersedia untuk pencarum yang benar-benar terdesak, selain bergantung kepada pinjaman yang boleh membebankan mereka dengan kos dan komitmen pembayaran semula?

PGIRM memahami bahawa simpanan KWSP mempunyai peranan penting untuk hari tua. Namun, kepentingan persaraan tidak seharusnya menyebabkan kesusahan pencarum pada hari ini dipandang ringan.

Atas sebab itu, PGIRM terus menggesa kerajaan supaya menilai cadangan mekanisme pengeluaran KWSP secara BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL, khususnya bagi golongan yang benar-benar menghadapi kesukaran kewangan.

Ini bukan tuntutan supaya semua pencarum dibenarkan mengeluarkan simpanan secara bebas. Ini ialah tuntutan supaya satu penyelesaian yang munasabah, bertanggungjawab dan berasaskan keperluan sebenar pencarum dinilai secara serius.

Persoalannya mudah: jika simpanan KWSP perlu dipertahankan demi hari tua, apakah jalan penyelesaian untuk pencarum yang sedang berjuang meneruskan kehidupan hari ini?

Kerajaan tidak boleh hanya meminta pencarum menjaga simpanan untuk masa depan tanpa memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap tekanan kewangan yang mereka hadapi sekarang.

PGIRM akan terus membawa isu ini melalui saluran rasmi dan pendekatan berasaskan fakta. Matlamatnya bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi memastikan suara serta kesusahan pencarum diberikan perhatian dalam pertimbangan dasar negara.

SIMPANAN HARI TUA PERLU DIPERTAHANKAN. KESUSAHAN PENCARUM HARI INI JUGA PERLU DIAMBIL SERIUS.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀21πŸ‘15😒1
πŸ“Œ PENJELASAN UMUM
WANG KWSP ARWAH DIPOTONG HAMPIR RM30,000? WARIS PERLU SEMAK FAKTA TERLEBIH DAHULU


Saya mengikuti satu perbincangan secara langsung di TikTok yang membangkitkan persoalan mengenai simpanan KWSP milik arwah pencarum.

Menurut dakwaan yang disuarakan, simpanan arwah dikatakan berkurangan hampir RM30,000 apabila waris mahu membuat pengeluaran, dengan alasan bayaran zakat kepada pihak berkuasa agama atau Baitulmal.

Saya memahami kebimbangan yang dibangkitkan. Namun, setakat yang saya dengar, perkara tersebut masih merupakan maklumat lisan dan belum disertakan bukti hitam putih.

Justeru, sebelum membuat kesimpulan, saya ingin mengajak waris menyemak dua perkara:

1️⃣ SEMAK JENIS SIMPANAN ARWAH

Adakah arwah memilih Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional?

Perkara ini penting kerana kaedah pengurusan zakat boleh berbeza mengikut jenis simpanan dan ketetapan yang berkenaan. Namun, kita tidak boleh terus menganggap sesuatu potongan itu ialah zakat hanya berdasarkan jenis akaun.

2️⃣ DAPATKAN PENYATA DAN PENJELASAN RASMI

Waris disarankan mendapatkan penyata serta penjelasan bertulis daripada KWSP mengenai jumlah simpanan asal, jumlah yang diterima dan sebab bagi setiap potongan yang dipersoalkan.

Jika benar terdapat potongan hampir RM30,000, waris berhak mengetahui apakah tujuan potongan tersebut, kepada siapa wang itu disalurkan dan apakah asas pelaksanaannya.

PENDIRIAN SAYA JELAS.

Saya bukan jurucakap KWSP dan tidak berniat menjawab bagi pihak institusi tersebut. Penjelasan ini dibuat untuk membantu pencarum dan waris membezakan antara dakwaan, persoalan dan fakta yang telah disahkan.

Jangan membuat tuduhan tanpa bukti. Namun, jangan juga menafikan hak waris untuk mendapatkan penjelasan yang telus.

Dalam soal simpanan pencarum, kita tidak boleh bergantung pada andaian. Kita perlukan bukti dan penjelasan yang boleh disahkan.

Sekiranya waris mempunyai dokumen berkaitan, semak terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan atau menyebarkan dakwaan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden PGIRM
πŸ‘15😒2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
https://vt.tiktok.com/ZSgGctP9t/

SUARA PENCARUM KWSP WAJAR DIBERI PERHATIAN!

Simpanan hari tua memang penting, tetapi kesusahan pencarum hari ini juga tidak boleh dipandang sepi.

KWSP Bersasar perlu dinilai secara serius demi membantu pencarum yang benar-benar terdesak, melalui mekanisme yang bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal.

Jangan biarkan suara rakyat terus tenggelam tanpa penyelesaian.

#KWSPBersasar #PGIRM #PPIM #RakyatYangTercicir
❀17