CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.33K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Perkembangan Terkini..

Utk makluman shbt pencarum seluruh Msia..

PGIRM telah menghantar email susulan hari ini kepada semua 222 Ahli Parlimen memohon agar isu pengeluaran Akaun 1 KWSP dibahas segera dalam sidang Parlimen akan datang.


Per: Seruan Tanggungjawab YB: Suara Rakyat Mendesak Pengeluaran KWSP Bersasar

Yang Berhormat,

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Saya mewakili Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menarik perhatian YB terhadap desakan rakyat yang semakin mendesak berhubung isu pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar — khususnya bagi pencarum yang benar-benar terhimpit dengan beban ekonomi semasa.

PGIRM menerima ribuan maklum balas dan aduan daripada rakyat yang kini terjerat dengan hutang komuniti, tekanan sara hidup dan kekangan tunai untuk keperluan asas keluarga. Ramai dalam kalangan mereka sudah tidak mampu menunggu lama sementara sebahagian simpanan mereka terbeku di Akaun 1.

Kami amat berharap YB dapat tampil bersuara di Parlimen — membawa suara rakyat ini atas kapasiti YB sebagai wakil yang diberi amanah untuk memperjuangkan nasib mereka.

Isu ini bukan soal politik, tetapi soal kebertanggungjawaban dan empati terhadap penderitaan rakyat. Kami yakin suara kolektif dari semua pihak — kerajaan mahupun pembangkang — mampu membuka ruang penyelesaian yang lebih adil, bersasar dan berperikemanusiaan.

PGIRM komited menyokong mana-mana usaha atau usul yang dibentangkan di Parlimen ke arah pengeluaran KWSP bersasar dengan garis panduan yang selamat dan terkawal.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan keprihatinan YB.

Semoga suara rakyat ini mendapat tempat di hati semua wakil yang benar-benar ingin melihat kesejahteraan Malaysia dipulihkan.

YB yang dihormati, dilampirkan surat rasmi PGIRM mewakili suara rakyat yang sedang mendesak pengeluaran KWSP bersasar. Mohon pertimbangan YB untuk menyuarakan isu ini di Parlimen.

Yang benar,

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❤84😱2
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT2 PENCARUM .

UNTUK MAKLUMAN..TIMBALAN PRESIDEN PGIRM ENCIK MAHATHIR TELAH SELESAI MENGHANTAR SURAT RAYUAN RASMI PENGELUARAN KWSP BERSASAR KE Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Jabatan Perdana Menteri, pukul 11.20 pagi tadi.

Sekian, Terima kasih.

Teruskan usaha dan berdoa.jangan putus asa.

#bersasarmasihrelevan #kwspbersasarmasihrelevan #rakyatyangtercicir #pgirmalaysia
❤92👏21🔥2😱1
KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
Untuk Siaran Segera

PGIRM Hantar Gesaan Rasmi Kepada 222 Ahli Parlimen: Desak Pengeluaran KWSP Bersasar Dibahas di Dewan Rakyat

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 — Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar gesaan rasmi melalui e-mel kepada kesemua 222 Ahli Parlimen bagi mendesak isu pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar dibahas dan dipertimbangkan semula dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata tindakan ini diambil susulan desakan berterusan daripada rakyat yang kian terhimpit dengan beban sara hidup dan terpaksa bergantung kepada pinjaman komuniti untuk menampung keperluan asas.

“Rakyat tidak meminta semuanya, hanya sebahagian kecil daripada simpanan mereka sendiri untuk meneruskan kehidupan yang bermaruah. PGIRM menyeru semua YB — sama ada dari kerajaan atau pembangkang — supaya menunjukkan keberanian politik (political will) untuk menyuarakan isu ini dengan tuntas di Dewan Rakyat,” kata beliau.

PGIRM turut menegaskan bahawa langkah pengeluaran bersasar ini boleh dilaksanakan secara terkawal dan berperingkat tanpa menjejaskan struktur persaraan jangka panjang pencarum.

Dalam kenyataannya, PGIRM memaklumkan seruan yang dihantar melalui e-mel rasmi itu mengandungi tiga gesaan utama kepada setiap Ahli Parlimen:

1. Menyuarakan isu pengeluaran KWSP bersasar secara rasmi di Parlimen;

2. Mendesak kerajaan menilai semula dasar sedia ada dengan mengambil kira realiti semasa rakyat; dan

3. Menyokong dasar interim berasaskan keperluan sebenar rakyat, bukan semata-mata angka makroekonomi.

“Kami percaya suara rakyat mesti sampai ke Dewan Rakyat melalui saluran demokrasi yang sah. Sudah tiba masanya semua wakil rakyat — tanpa mengira parti — bangkit bersuara bagi pihak rakyat yang memberi mandat kepada mereka,” tegas Azmi.

PGIRM akan terus memantau perkembangan dan respon daripada wakil rakyat dalam tempoh terdekat serta mempertimbangkan langkah susulan bagi memastikan isu ini terus diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pembuat dasar.


Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
👍53😱13❤9
PERHATIAN! PERHATIAN!

HENTIKAN NARATIF PALSU & EMOSI: KWSP MASIH KUKUH, BUKAN ANGKA ATAS KERTAS!

Akhir-akhir ini, semakin ramai pencarum termakan naratif & percaya bahawa “KWSP dah tiada duit, hanya angka atas kertas.” yg menjadi VIRAL.

Hakikatnya, kenyataan ini tidak berasaskan fakta dan bercanggah dengan laporan rasmi KWSP sendiri:

✅ Aset pelaburan KWSP (Jun 2025): RM1.26 trilion
✅ Pendapatan pelaburan 1H (1st Half) 2025: RM38.92 bilion
✅ Dividen 2024: 6.30% (Konvensional & Syariah)
✅ Pelaburan luar negara: 38% daripada keseluruhan aset, bukti kecekapan pengurusan dana.

KWSP bukan “tabung kosong”. Ia dana pelaburan yang berfungsi seperti mana-mana institusi global. Dana tidak disimpan sepenuhnya dalam bentuk TUNAI, tetapi dilabur untuk memberi pulangan jangka panjang.

Maka, isunya bukan KWSP TIADA DUIT@BANKRAP — Isu Pokok sebenar ialah ribuan pencarum yang sedang TERDESAK.

Mereka hanya menuntut hak untuk mengakses sebahagian daripada simpanan sendiri — secara bersasar, terkawal, dan berperikemanusiaan.

Jangan biarkan naratif tidak berfakta dan beremosi ini melemahkan perjuangan pencarum yg sgt MEMERLUKAN.

Sekian,Terima kasih.
❤65🔥12😱2
“JANGAN TUNGGU PRU UNTUK HIDUP”

Akhir2 ini dimedia sosial kebanyakkan pencarum memainkan NARATIF "Selagi PMX memegang kuasa selagi itu Tuntutan KWSP tak akan Berjaya,tunggu shj PRU16 turunkan PMX pasti KWSP akan LULUS"

Keperluan pencarum tak boleh tunggu lima tahun sekali. Perjuangan KWSP bukan isu politik,tapi isu hak dan kemanusiaan.

Pencarum tak minta semuanya, cuma sedikit dari hasil keringat sendiri untuk teruskan hidup dengan maruah.

Ingat KWSP bukan milik kerajaan, tapi milik pencarum.Selagi ada pencarum yang susah diluar sana bergelut dgn Kos Sara Hidup Tinggi,selagi itu DESAKKAN ini mesti diteruskan. 💪🔥💪

#Bersasarmasihrelevan
#Justice4pencarumTerdesak
#Pengeluarankwspbersasar
#Suarapencarumterdesak
#StopskimpencenKWSP
👍63❤10😱3🔥1
KENYATAAN MEDIA RASMI

“RINTIHAN PENCARUM BUKAN RETORIK POLITIK”

Dikeluarkan oleh: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Tarikh: 23 Oktober 2025

1. PERJUANGAN PENCARUM ADALAH HAK, BUKAN PROPAGANDA POLITIK

Sejak 24 Julai 2021, pencarum KWSP di seluruh negara tidak pernah berhenti menuntut hak mereka untuk melakukan pengeluaran bersasar.
Kami hadir ke Parlimen, berjumpa Majlis Senator, menghantar memorandum ke Istana Negara, mengadakan solidariti aman di hadapan HQ dan cawangan KWSP di seluruh negara, serta melancarkan kempen e-mel kepada 222 Ahli Parlimen.

Namun selepas empat tahun perjuangan tanpa henti, suara pencarum masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Kini muncul pula naratif baharu di media sosial yang mendakwa:

“Selagi PMX berkuasa, selagi itu pengeluaran KWSP tak akan diluluskan. Tunggu PRU16 baru boleh lulus.”

Naratif seperti ini mengelirukan dan melemahkan perjuangan rakyat.

Isu pengeluaran KWSP bukan agenda politik — ia isu hak, kemanusiaan dan kelangsungan hidup rakyat biasa.

2. KWSP MASIH KUKUH – WANG PENCARUM MASIH ADA NILAI

Dakwaan bahawa KWSP telah kehabisan dana atau “tiada duit” adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta rasmi.

✅ Aset keseluruhan KWSP kini melebihi RM1.26 trilion.
✅ Pelaburan dalam dan luar negara terus menjana pendapatan stabil.
✅ Dividen dibayar setiap tahun walaupun ekonomi dunia mencabar.

KWSP bukan milik kerajaan, tetapi milik 16 juta pencarum yang berkorban tenaga dan masa demi masa depan keluarga mereka.Masalahnya bukan kekurangan dana, tetapi keputusan dasar yang belum membenarkan pengeluaran bersasar.

Pencarum tidak menuntut semua simpanan — hanya sedikit dari hasil keringat sendiri untuk menampung kehidupan yang semakin menekan.

3. EMPAT TAHUN, EMPAT GELOMBANG PERJUANGAN

Antara langkah yang telah dilakukan oleh PGIRM,Gabungan NGO dan rakan-rakan pencarum sejak 2021:

1. Menghantar memorandum ke Parlimen, PMO dan Istana Negara.

2. Menganjurkan solidariti aman di Parlimen, HQ KWSP dan setiap negeri.

3. Mengedarkan ribuan risalah kesedaran kepada masyarakat.

4. Menggerakkan kempen e-mel kepada semua 222 Ahli Parlimen.

5. Menyebarkan video dan testimoni penderitaan rakyat di media sosial.

Namun, hasilnya masih belum menyentuh akar persoalan sebenar — hak pencarum terhadap simpanan mereka sendiri.

Pencarum tidak menagih simpati, tetapi menuntut keadilan.

4. SERUAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT

PGIRM menyeru kerajaan agar menilai semula tuntutan pengeluaran bersasar KWSP dengan pendekatan berperikemanusiaan, bukan politik.

Sekiranya konsep Madani benar-benar dijunjung, maka kesejahteraan rakyat harus menjadi asas utama.

Kepada semua pencarum,
Jangan terpedaya dengan naratif yang memecah-belahkan semangat kita.

Kita bukan menentang kerajaan — kita hanya menuntut hak untuk hidup dengan maruah.

Rintihan pencarum bukan retorik,tetapi realiti yang perlu segera diberi perhatian.

📣Dikeluarkan oleh:
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❤50🔥7😱1
Mohon VIRAL👆👆 hgga ke KUTUB UTARA & SELATAN!🤭
❤88🔥14🙏2😱1
📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENCARUM KWSP

Alhamdulillah, hari ini PGIRM bersama PPIM & GHRF telah menyampaikan Watikah Permohonan Menghadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong melalui E-MAIL ke Bahagian Istiadat dan Urusetia Diraja JPM.

Tujuan watikah ini ialah menyembah maklum suara rakyat & pencarum KWSP yang masih tertekan kewangan dan memohon agar pengeluaran bersasar Akaun 1 dapat dipertimbangkan semula.

PGIRM menghormati penjelasan Istana Negara bahawa Tuanku memberi keutamaan kepada sesi menghadap bersama ahli kabinet, namun suara rakyat telah pun disampaikan dengan penuh tertib dan kasih terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Terima kasih kepada semua pencarum yang terus berdoa dan menyokong perjuangan ini secara aman dan beradab.

Kita akan teruskan perjuangan ini dengan semangat “Raja Berjiwa Rakyat, Rakyat Berjiwa Raja.” 🇲🇾

Cc. PPIM,GHRF

#KWSPBersasar #WatikahRakyat #BeradabDalamPerjuangan
❤138👍48🔥12😢1
Salam & slmt mlm shbt pencarum seluruh Msia...

Akhir2 ini sy menerima byk DM soalan yg agak straight forward dr Netizen dan dlm byk2 soalan,sy TRIGGER 3 soalan dan wajar utk sy menjawab dgn tenang dan berprinsip.

Sekian,Terima kasih.
❤84👍35🔥6😢4
Siaran awal khusus buat shbt pencarum TERDESAK seluruh Malaysia👇👇

KENYATAAN MEDIA RASMI

PGIRM BERSAMA PENCARUM SUDAH 4 TAHUN BERSABAR — KINI SUDAH TIBA MASA KERAJAAN MENDENGAR

Kuala Lumpur | Isnin 27 Oktober 2025

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menzahirkan rasa kesal terhadap keadaan berpanjangan yang terus menekan ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak empat tahun lalu, khususnya mereka yang masih menanggung kesan ekonomi pasca pandemik dan peningkatan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata bahawa rakyat pencarum telah menunjukkan kesabaran yang luar biasa sejak 2021 apabila mereka mengemukakan pelbagai rayuan dan cadangan pengeluaran bersasar daripada Akaun 1 KWSP, namun masih belum mendapat sebarang keputusan tuntas daripada pihak kerajaan.

“Empat tahun adalah satu tempoh yang panjang. Dalam tempoh itu, ribuan pencarum telah kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan, malah sebahagiannya telah meninggal dunia tanpa sempat menikmati hasil titik peluh sendiri. Kesabaran rakyat jangan terus diuji,” tegas beliau.

“PGIRM tidak pernah berhenti berusaha melalui saluran sah — termasuk menghantar memorandum, cadangan dasar dan permohonan dialog rasmi kepada pihak KWSP, Kementerian Kewangan serta wakil rakyat — namun semua usaha ini seolah-olah tidak mendapat perhatian sewajarnya.”

Menurut beliau lagi, PGIRM berpendapat bahawa isu pengeluaran bersasar KWSP bukan lagi soal politik, sebaliknya menyentuh soal kemanusiaan dan keadilan sosial bagi pencarum yang benar-benar terdesak.

PGIRM menegaskan bahawa pihak kerajaan wajar menilai semula tuntutan ini dengan mengambil kira situasi semasa rakyat yang bergelut untuk menampung keperluan asas seperti pendidikan anak, perubatan dan bayaran hutang kritikal.

PGIRM juga menyeru agar semua pihak — termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang — meletakkan kepentingan rakyat di atas segala perbezaan, kerana suara pencarum ini adalah suara rakyat yang masih berharap dan menaruh kepercayaan bahawa kerajaan mampu mendengar dan bertindak dengan adil.

“Kami bukan menuntut sesuatu yang baharu, tetapi hanya meminta kerajaan mengiktiraf kesabaran rakyat selama empat tahun ini. Kini sudah tiba masanya untuk mendengar dan bertindak,” ujar Azmi.

Dikeluarkan oleh:
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
27 Oktober 2025


🟢 Nota edaran media:
Kenyataan ini disyorkan untuk edaran pagi Isnin, dengan fokus kepada portal berita ekonomi, sosial dan politik.
❤75🔥10😱3👍1😢1
Mohon viralkan poster ini 👆👆kepelusuk negeri Malaysia
👍130❤15🔥12😱3😢2
Soft Reminder..

Utk makluman shbt pencarum sy mohon kpd shbt pencarum TERDESAK jgn lg SHARE apa2 info ttg Tuntutan KWSP kedalam Page FB ini👇👇samada info dr Page FB PGIRM atau dr Channel Bakal Ahli kerana kami tak perlukan SOKONGAN dan KERJASAMA dr Follower Page ini yg banyak main NARATIF Negatif,Menghasut dan Fitnah utk GAGALKAN TUNTUTAN BERSASAR!..

"Jika Tak Mampu Nak Lakukan Baik Duduk Diam2 Tepi Sofa Makan Kuaci"

Sekian,terima kasih.

https://www.facebook.com/share/p/16dwikCxoW/
👌37👍16❤6😱1
“PGIRM: Keberanian PMX di pentas dunia wajar disusuli keprihatinan terhadap pencarum KWSP”

Syabas dan tahniah YAB PMX!
Keberanian menyuarakan keresahan Malaysia terhadap pencabulan gencatan senjata oleh Israel di hadapan Donald Trump pd Persidangan Pembukaan Asean adalah simbol kepimpinan berprinsip dan berjiwa kemanusiaan sejagat. 🇲🇾🤝🇵🇸

PGIRM percaya, semangat dan keprihatinan yang sama juga akan terus dizahirkan dalam mempertimbangkan harapan pencarum terdesak untuk pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.

Suara Malaysia bergema di dunia, suara rakyat juga wajar diberi ruang!

Sekian,Terima kasih.

Presiden PGIRM

(Objektif kita kasi KIPAS PMX sbb PMX suka dikipas,mana tahu dgn cara ini terbuka hati PMX utk meluluskan. Siapa tahu kan)
👍81❤8🔥5😱2👌2
Selepas diteliti status sy sblm ini,sy guna bahasa paling harmoni & mudah difahami

PGIRM tidak menjilat sesiapa.Kami hanya menghargai keberanian mana-mana pemimpin yang berani bersuara demi kemanusiaan.

Namun perjuangan kami tetap sama, suara pencarum, suara rakyat. Kami kekal tegas mendesak kerajaan mempertimbangkan pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.

Kami MEMUJI bila wajar, MENEGUR bila perlu.

Itulah prinsip perjuangan PGIRM sejak hari pertama demi rakyat, bukan politik. 🇲🇾✊
👏68👍34🔥10❤6😱2
KENYATAAN PERIBADI / PENJELASAN TERBUKA

Saya membaca setiap komen, teguran dan luahan hati ramai pencarum sejak kebelakangan ini. Saya faham ramai yang kecewa, penat menunggu, dan mula hilang keyakinan.

Saya tidak salahkan sesiapa. Malah saya amat memahami kerana saya juga bersama anda dalam perjuangan ini sejak empat tahun lalu.

Apa yang PGIRM lakukan bukan janji kosong. Kami bukan pembuat dasar, kami hanyalah penyampai suara rakyat menyampaikan setiap keluhan dan harapan kepada pihak tertinggi negara, dengan cara yang tertib dan berhemah.

Saya tahu, apabila setiap kali ada berita baharu atau pertemuan, ramai menaruh harapan tinggi…tetapi apabila tiada keputusan rasmi, rasa kecewa itu semakin dalam. Saya sendiri turut merasa beban yang sama.

Namun, percayalah perjuangan ini belum berakhir. Kami tidak pernah berhenti, cuma kadang-kadang perjalanan untuk mengubah dasar tidak semudah yang kita harapkan.

Saya mohon semua pencarum terus bersabar dan jangan hilang semangat. PGIRM tidak pernah berundur, tidak berpihak, dan tidak mencari nama. Kami hanya mahu satu perkara: rakyat diberi keadilan dan peluang bernafas.

Terima kasih kepada semua yang masih percaya.Insya-Allah, selagi ada ruang dan peluang, suara rakyat akan terus kami sampaikan.

🤝
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❤61🔥45😢3😱1
Terima kasih atas perkongsian yang sangat jujur ini. Saya amat memahami keadaan tuan ramai pencarum berada dalam situasi yang sama, dengan baki simpanan hanya tinggal angka di skrin.

Inilah sebab PGIRM masih terus bersuara supaya ada jalan bersasar untuk mereka yang benar-benar terdesak. Kami tidak berjanji kosong, tetapi kami akan terus menyampaikan suara seperti tuan ke pihak berwajib dengan penuh tanggungjawab. Semoga tuan terus tabah, insya-Allah perjuangan ini belum berakhir. 🙏
👌39🔥18❤15😢11👏5