CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Utk makluman shbt pencarum Msia,ini makluman dlm email yg dihantar👇👇

Permohonan Semakan Semula Dasar Pengeluaran Akaun 1 KWSP – Demi Pencarum Terdesak

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Menteri Kewangan Malaysia
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Salinan Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
HQ KWSP Kwasa Damansara Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA DASAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Dengan hormatnya saya merujuk kepada usaha berterusan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) sejak tahun 2021 dalam memperjuangkan hak dan suara lebih 1 juta pencarum terdesak yang memohon pengeluaran bersasar daripada Akaun 1 KWSP.

2. PGIRM sebelum ini telah menyerahkan laporan hasil kaji selidik melibatkan 320,000 pencarum serta 80 video rintihan rakyat yang disampaikan terus kepada pihak kementerian dan pengurusan KWSP. Namun sehingga kini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima dan dasar sedia ada masih tidak memberi ruang kepada pencarum terdesak untuk bernafas semula dari segi ekonomi.

3. Kami memahami keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan simpanan hari tua. Namun, perlu ditekankan bahawa rakyat sedang menghadapi realiti hari ini yang jauh lebih mendesak — peningkatan kos sara hidup, kehilangan pekerjaan, dan tekanan kewangan pasca pandemik yang belum pulih sepenuhnya.

4. Sehubungan itu, PGIRM memohon agar pihak Kementerian Kewangan dan KWSP menilai semula dasar pengeluaran Akaun 1 dengan membuka ruang kepada pengeluaran khas bersasar sekali lagi, menggunakan pendekatan terkawal dan berperaturan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

5. Kami percaya langkah ini bukan sahaja membantu rakyat keluar daripada tekanan hutang, tetapi turut merangsang semula ekonomi domestik secara langsung.

Sekian, terima kasih di atas perhatian dan tindakan segera pihak YB Menteri.

“Demi Suara Pencarum – Demi Keadilan Sosial”

Yang benar,

(AZMI MOHD TAHIR)
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❤86👍11🔥5😱1
BANK DUNIA PERLU TURUN MELIHAT REALITI RAKYAT – BUKAN BERCAKAP ATAS ANGKA DAN LAPORAN SAHAJA

PGIRM mengambil maklum kenyataan Bank Dunia hari ini bahawa laporan mereka sebenarnya tertumpu kepada PENCEN SOSIAL, bukan KWSP.

Namun, rakyat perlu faham PENCEN SOSIAL yang dimaksudkan ialah BANTUAN Asas atau ELAUN kecil Kerajaan kepada Warga emas yang tiada simpanan KWSP atau tidak layak menerima pencen Kerajaan.

Isu yang dibangkitkan rakyat dan PGIRM sejak awal bukan tentang pencen sosial, tetapi tentang hak pencarum yang masih menyimpan dalam KWSP dan kini hidup terdesak dalam usia produktif mereka.

Persoalannya:
Bagaimana Bank Dunia begitu cepat tahu keresahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan mereka sebelum ini?

Adakah ada pihak tertentu di Malaysia yang cuba memberi gambaran seolah-olah rakyat tidak memahami konteks sebenar laporan itu demi menutup keresahan jutaan pencarum yang masih terhimpit?

PGIRM ingin tegaskan rakyat Malaysia bukan menolak reformasi persaraan, tetapi menolak keangkuhan data yang tidak berpijak pada realiti hidup.
Kami menegaskan semula, suara pencarum bukan boleh dipadam dengan kenyataan luar negara atau hujah ekonomi yang tidak memandang nasib sebenar rakyat.

PGIRM akan terus menjadi suara 1 juta pencarum dan rakyat terdesak yang menuntut keadilan serta keprihatinan sebenar.

#PGIRM #SuaraPencarum #KeadilanUntukRakyat #KWSP #PencenSosial #RealitiRakyat
👏41👍20🔥9❤5
“Suara Pencarum Kini Disambut Media Arus Perdana”

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 2 November 2025 berhubung cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh KWSP ternyata mendahului nada dan pandangan umum negara.

PGIRM sejak awal menegaskan bahawa:

“Cadangan menaikkan had umur pengeluaran penuh tidak wajar dijadikan alasan untuk menyekat hak pencarum. Dasar yang adil ialah dasar yang memahami denyut nadi rakyat — bukan sekadar mengikut saranan asing.”

Beberapa hari selepas kenyataan PGIRM itu, Sinar Harian melalui ruangan Lidah Pengarang bertajuk “Pengeluaran KWSP: Tak perlu ikut saranan asing” (3 November 2025) turut menzahirkan pendirian yang senada, menyeru kerajaan agar tidak menurut cadangan luar yang tidak berpijak pada realiti hidup rakyat Malaysia.

🔗 Rujukan: Sinar Harian – Pengeluaran KWSP: Tak perlu ikut saranan asing
https://www.sinarharian.com.my/article/755141/suara-sinar/lidah-pengarang/pengeluaran-kwsp-tak-perlu-ikut-saranan-asing

Ini membuktikan bahawa suara pencarum semakin didengari, dan PGIRM kekal di barisan hadapan memperjuangkan hak lebih sejuta pencarum yang masih bergelut dengan kos sara hidup serta tekanan kewangan pasca pandemik.

PGIRM sekali lagi menyeru agar kerajaan:

1️⃣ Tidak menjadikan laporan Bank Dunia sebagai ukuran tunggal menentukan dasar pengeluaran KWSP.

2️⃣ Menilai kesan sebenar kepada rakyat berpendapatan rendah yang bergantung kepada simpanan ini.

3️⃣ Mengutamakan langkah konstruktif seperti peningkatan pendapatan sebenar dan jaminan sosial yang inklusif.

“PGIRM akan terus bersuara lantang, berprinsip dan berpaksikan realiti hidup rakyat Malaysia.”
❤46🔥9😢4🫡2
Perkongsian Khidmat Masyarakat.

🎗️ "KITA CARI JALAN - BUKAN NOKTAH"

PGIRM telah menerima banyak aduan dan mesej yang membimbangkan daripada pencarum di seluruh negara — termasuk mereka yang berada dalam tekanan emosi, dibebani hutang, diganggu pemiutang, hilang kerja, dan ada yang menyuarakan keputus asaan untuk meneruskan hidup.

Kami amat prihatin dan ingin menegaskan:

Tolong jangan hadapi keadaan ini seorang diri. Masih ada pihak yang sedia mendengar dan membantu anda, siang dan malam.

🚨 Jika anda dalam bahaya atau terancam:

📞 999 — Polis & Ambulans (untuk kecemasan segera)
📞 Talian Kasih (KPWKM) – 15999 / WhatsApp 019-261 5999 (24 jam – bantuan emosi, kebajikan & keganasan rumah tangga)
📞 Befrienders KL – 03-7627 2929 (24 jam – sokongan emosi & pencegahan bunuh diri)

Talian Sokongan & Kaunseling Tambahan:

📞 MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association) – 03-7932 1409 (Isnin–Jumaat, 9 pg–5 ptg)
📞 Talian HEAL (Kementerian Kesihatan) – 15555 (24 jam – kesihatan mental & tekanan hidup)
📞 Women’s Aid Organisation (WAO) – 03-3000 8858 / WhatsApp 018-988 8058 (24 jam)
📞 JKM Hotline Kebajikan – 03-8000 8000 (Maklumat bantuan kewangan & sosial)
📞 Mental Health Crisis Helpline (Hospital Kuala Lumpur) – 03-2615 5555 (Krisis emosi & psikiatri)

PGIRM tidak mahu kehilangan sesiapa lagi kerana tekanan hidup. Anda bukan bersendirian. Bersama, kita teruskan perjuangan ini – dengan semangat, bukan keputus asaan.

#PGIRM #SuaraPencarum #KitaCariJalanBukanNoktah #KeadilanUntukRakyat #TalianKasih #Befrienders #TalianHEAL #MIASA
❤21😢12👍10🔥1🤝1
Ramai pencarum kini sudah hilang sabar. Ada yang menulis kepada saya,

“Lebih baik mansuhkan saja KWSP, kalau hak pencarum pun tidak dibenarkan.”

Namun bagi kami di PGIRM - KWSP bukan musuh rakyat. KWSP ialah hasil titik peluh berjuta rakyat Malaysia yang bekerja siang malam demi masa depan keluarga.

Apa yang pencarum tuntut bukanlah kemewahan, tetapi keadilan untuk menggunakan simpanan sendiri ketika terdesak bukan menunggu hingga hari tua dalam kesusahan.

Suara pencarum tidak harus dinafikan. Cukuplah janji dan alasan, yang rakyat perlukan kini ialah tindakan.

#SuaraPencarum #PGIRM #DemiRakyat
❤51🔥13👍6🙏2😱1
KENYATAAN MEDIA RASMI

Fakta di Sebalik Akaun Fleksibel – 1 Juta Pencarum Masih Tidak Terbela

Kuala Lumpur, 4 November 2025

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menzahirkan kebimbangan serius terhadap laporan media bertajuk “Pendekatan Fleksibel Untuk Hari Tua” (Sinar Harian, 2 November 2025) yang menggambarkan seolah-olah sistem Akaun Fleksibel KWSP mampu menyelesaikan keperluan mendesak rakyat ketika ini.

Hakikatnya, lebih sejuta pencarum masih berada dalam keadaan terdesak bergelut dengan komitmen hidup, hutang tertunggak dan tekanan ekonomi yang semakin menghimpit. Walaupun pendekatan “fleksibel” disebut sebagai langkah jangka panjang, ia masih belum menjawab realiti kehidupan harian rakyat yang kekurangan tunai dan peluang kerja stabil.

PGIRM menegaskan, sejak 21 Julai 2021, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyampaikan suara pencarum kepada kerajaan termasuk penyerahan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri, Parlimen dan Istana Negara, kenyataan media berkala, solidariti aman di lokasi strategik, penghantaran e-mel rasmi kepada 222 Ahli Parlimen, serta pengumpulan lebih 320,000 respon kaji selidik ramai rakyat yang meluahkan rintihan sebenar pencarum.

Namun hingga kini, suara itu masih tidak diberi perhatian sewajarnya.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata bahawa rakyat tidak menolak konsep simpanan hari tua, tetapi dasar itu perlu bersifat manusiawi dan fleksibel dalam menghadapi tekanan hidup hari ini.

“Kami tidak lagi meminta untuk didengar — kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil. Setiap hari, ribuan pencarum terus menunggu harapan yang belum pasti; bukan untuk hidup mewah, tetapi untuk meneruskan kehidupan.”

PGIRM berpandangan bahawa kerajaan perlu kembali menilai keseimbangan antara “menjaga hari tua” dengan “menyelamatkan kehidupan hari ini”. Tiada makna masa depan yang stabil jika rakyat terus tertekan pada masa kini.

Sehubungan itu, PGIRM menyeru agar kerajaan menilai semula mekanisme Akaun Fleksibel dengan mengambil kira situasi pencarum terdesak termasuk kemungkinan pengeluaran terkawal daripada Akaun 1 sebagai langkah khas keadilan sosial.

PGIRM juga berharap agar liputan media pada masa akan datang dapat memberi ruang yang lebih seimbang kepada pandangan rakyat di lapangan, agar suara pencarum tidak terus tenggelam dalam naratif tunggal.

— TAMAT —

Rujukan:
Sinar Harian, 2 November 2025 – “Pendekatan Fleksibel Untuk Hari Tua”
https://share.google/fOrrOPaU3oT9CHUkQ
😢26🔥13👍5❤4
Utk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia, sy bertekad utk keluar dari Hospital ini diam2 utk sy panjat Parlimen bertemu dgn YB kerajaan tanpa ikut protokol kerana sy dh xboleh tahan lg dgn mslh shbt pencarum diluar sana yg sgt2 terhimpit suara mrk tidak didengar.

Sehubungan dgn itu sy merayu dan mohon kerjasama dan penglibatan shbt pencarum masuk Page FB Pgirm kasi LIKE & SHARE seberapa byk yg boleh!👇👇

https://www.facebook.com/share/p/1BfaCscAhp/

Sekian,terima kasih.
❤108🔥24👍13😢7😱3
🔊SUARA YANG MASIH BELUM DIDENGAR

Dua hari lalu, PGIRM telah menghantar Surat Terbuka kepada Kerajaan Malaysia, diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 3 November 2025.

Langkah ini bukan untuk mencari publisiti tetapi demi menyampaikan suara jutaan pencarum yang terus menanggung beban hidup tanpa ruang kelegaan.

PGIRM tidak lagi meminta untuk didengar. Kami hanya mahu suara pencarum dihargai dengan tindakan yang adil.

Setiap hari, ada pencarum yang berdepan tekanan hidup kehilangan kerja, diburu hutang, malah ada yang hampir berputus asa. Mereka bukan mahu hidup mewah, mereka hanya mahu meneruskan hidup hari ini sementara masih ada tenaga untuk bekerja dan berjuang.

Kami menyeru kerajaan untuk berani memilih keberpihakan. Sama ada bersama rakyat, atau terus bersembunyi di sebalik alasan “hari tua” yang belum tentu sempat dikecapi.

Berikut salinan rasmi Surat Terbuka PGIRM kepada Kerajaan Malaysia yang telah diserahkan kepada MOF untuk perhatian dan tindakan lanjut.

#SuaraPencarum
👍94🔥9❤7👏4😱1
Salam shbt pencarum sy mohon shbt pencarum LIKE & REPOST status ini👇👇kita kasi PANAS..

https://vt.tiktok.com/ZSy5USbNE/
🔥30👏3❤1😢1
Perkembangan Terkini Pelan Tindakan PGIRM di Peringkat Parlimen

Kami ingin memaklumkan kepada seluruh pencarum bahawa PGIRM telah menghantar e-mail SURAT KUNJUNG HORMAT kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia bagi membincangkan isu berkaitan:

Kebajikan pencarum yang terkesan;

Cadangan penyelesaian yang lebih berimbang dan berperikemanusiaan; dan

Keperluan memastikan keputusan dasar mengambil kira realiti rakyat di lapangan.

Permohonan kunjung hormat ini adalah sebahagian daripada saluran rasmi yang PGIRM gunakan untuk memastikan suara pencarum sampai ke meja perbincangan tertinggi Parlimen.

PGIRM komited untuk terus bergerak secara tertib, berfakta dan berintegriti demi memastikan suara pencarum didengari dengan hormat.

Kami akan memaklumkan perkembangan seterusnya sebaik menerima maklum balas.

Sekian,terima kasih.

💪PGIRM – Demi Suara Pencarum.
👍80👏6❤2🔥2😢2
Utk mklmn shbt pencarum sy dah wasap direct pd Pengerusi PAC 👆👆tggu mklm balas je,apa perkembangan sy update,alang2 seluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan cumanya sy msh belum mampu berjalan tp no worries Timb Presiden ada bantu sy..
🔥65👍37👏5🤝4😢2❤1
“Sejak saya kongsikan perkembangan terkini tindakan PGIRM menghantar surat kepada PAC, saya menerima banyak mesej.

Ada yang menyokong.
Tapi ada juga yang mengecam —
kata perjuangan ini sia-sia,
kata kerajaan tidak akan luluskan sampai bila-bila.

Saya faham. Kita semua dah lama letih.

Tetapi kalau kita sendiri berhenti bersuara, siapa yang akan membela 1 juta pencarum yang masih terhimpit?

Kita bukan meminta sesuatu yang melampau.
Kita hanya menuntut penyelesaian yang adil, teratur dan berperikemanusiaan.

Sebab itu PGIRM memilih untuk terus bergerak melalui saluran rasmi kita sudah menghantar surat kepada PAC, dan ini adalah langkah yang sah, terhormat dan demokratik.

Kita tidak berhenti. Kita tidak menyerang sesiapa. Kita kekal hormat.

Tetapi kita juga tidak akan berdiam diri.

Perjuangan ini untuk rakyat.

Dan selagi ada rakyat yang terbeban kita akan teruskan.”
👍120❤18🔥5👏4🤝3😱1😢1
Perkembangan Terkini..

Utk makluman shbt pencarum seluruh Msia, Pengerusi PAC YB Datuk Hajjah Mas Emiryati dah balas msg wasap sy..🤲🤲

Sekian,harap maklum.
👍85🫡36❤17🔥8👏8😢4
Salam Jumaat kpd shbt pencarum seluruh Msia,utk makluman..

KITA TIDAK BOLEH DIAM LAGI.

Ramai pencarum datang dengan cerita yang sama: Tekanan hidup semakin berat. Harga barang naik. Simpanan makin berkurang.Dan dalam perjuangan ini, saya sedar satu perkara:

Ada yang berjuang bersama.
Ada yang hanya mampu berdoa dari jauh.
Dan ada yang memilih untuk menunggu kerana penat dan hilang harapan.

Saya tidak salahkan sesiapa.Kita semua melalui ujian hidup yang berbeza.

TETAPI…

Jika kita hanya menunggu,
Jika kita hanya berharap orang lain bersuara bagi pihak kita, Maka suara kita akan terus dianggap kecil.

PGIRM tidak pernah berhenti.
Kami turun ke lapangan.
Kami berhubung dengan pihak berwajib.
Kami pertahankan suara rakyat sejak 2021 — tanpa henti.

Kita sudah tunggu terlalu lama.
Jika bukan kita bersatu sekarang, bila lagi?

Perjuangan ini bukan tentang menang atau kalah. Ini tentang memastikan 1 juta pencarum yang terdesak tidak terus dihimpit hutang dan kesempitan hidup.

Saya dan Team tetap di sini.
Dan kami akan terus bersuara.

Bersama, suara kita lebih kuat.
#PGIRM #SuaraPencarum
🔥77❤25😢2😱1
Untuk shbt pencarum yang sedang rasa penat dan diabaikan…

Ramai antara kita dah penat. Rasa suara kita kecil…macam tak ada siapa dengar.

Tapi bila kita lihat bagaimana orang lain bersatu dengan cara yang aman dan beradab…

Kita tahu satu perkara:

Kita tidak bersendirian.
Solidariti bukan bergaduh.
Solidariti ialah suara yang disusun dan disampaikan dengan tertib.

Kita bukan minta lebih.
Kita cuma mahu hidup yang wajar. Dengan maruah.

#SuaraPencarum
#DemiRakyat
#KeadilanUntukRakyat
#Bersasarmasihrelevan
#Justice4Pencarumterdesak

https://vt.tiktok.com/ZSy932x6R/
🔥33❤6😱2