CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Untuk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia.

PGIRM pada ketika ini sedang menunggu maklum balas rasmi daripada Kementerian Kewangan,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta tarikh perjumpaan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Keutamaan kami kekal jelas:

1. Dialog beradab

2. Penjelasan berfakta

3. Penyelesaian yang adil untuk pencarum

PGIRM memilih pendekatan tertib, rasional dan teratur, demi memastikan suara pencarum didengar melalui saluran yang sah dan berwibawa.

Kita bergerak dengan kesabaran yang tegas, bukan dengan provokasi. Kerana perjuangan ini bukan untuk melawan sesiapa tetapi untuk membela kehidupan rakyat dengan maruah.

#SuaraPencarum
#DemiRakyat
#KeadilanUntukRakyat
#Bersasarmasihrelevan
#Justice4Pencarumterdesak
πŸ‘74πŸ”₯10❀6πŸ‘1😱1
Out of topic..

Cardock buat poll utk rkyt Swk,ramai rkyt Swk suka ANWAR,itu sbb sy kata jgn tggu PRU nnt nangis bucu katil dan mmg xkan ada mana2 Parti menang majoriti PRU nnt..

Itu sbbnya kita mendesak bkn sbb politik!..
😱15❀7
β€œKami menyedari bahawa ramai pencarum merasa penat dan kecewa setelah lama menuntut hak mereka, walaupun pelbagai pelan tindakan dan saluran rasmi telah disediakan. Perasaan lelah ini timbul bukan kerana kelemahan individu, tetapi kerana kekecewaan terhadap proses yang belum membuahkan hasil nyata.

PGIRM terus menekankan bahawa perjuangan ini memerlukan penyertaan aktif dan sokongan berterusan daripada semua pihak, supaya hak pencarum dapat diperjuangkan secara berkesan dan adil. Kami komited untuk terus memantau perkembangan dan memastikan setiap langkah yang diambil adalah telus, sah, dan berpandukan kepentingan rakyat.”
❀56πŸ‘12😱2πŸ”₯1
Salam semua,

Saya perasan akhir-akhir ini shbt pencarum agak senyap dan kurang berinteraksi di grup ini. Kami ingin memahami keadaan ini dengan lebih baik.

Boleh kongsi pandangan atau cadangan Tuan/Puan supaya kita dapat meningkatkan komunikasi, aktiviti, dan penglibatan bersama?

Semua maklum balas amat dihargai dan akan dijadikan rujukan untuk perbaiki cara kita berinteraksi di grup ini.

Terima kasih atas kerjasama semua.

– Azmi Mohd Tahir
πŸ‘69πŸ‘Œ7❀4πŸ”₯2😒2😱1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

PGIRM Menangani Cadangan Terkini Berkaitan Pengeluaran KWSP – Memastikan Kepentingan Pencarum Terpelihara

9 November 2025
Kuala Lumpur


PGIRM mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh pakar berkaitan pengeluaran KWSP pada umur 55 tahun, iaitu menghentikan pengeluaran penuh dan menggantikannya dengan bayaran bulanan. Kami ingin menegaskan bahawa cadangan ini adalah pendapat pakar sahaja dan bukan kenyataan rasmi KWSP.

Cadangan tersebut tidak mencerminkan realiti sebenar pencarum Malaysia, terutamanya mereka yang:

Telah kehilangan pekerjaan atau tidak aktif mencarum,

Memerlukan simpanan KWSP untuk keperluan mendesak seperti perubatan, pendidikan, atau kos sara hidup,

Bergantung sepenuhnya kepada simpanan KWSP sebagai sandaran kewangan.

Sebagai organisasi yang memperjuangkan hak asasi dan kesejahteraan rakyat, PGIRM menekankan beberapa prinsip penting:

1. Hak pencarum untuk mengakses simpanan mereka secara adil perlu dihormati.

2. Solusi wajar dan bersasar harus dipertimbangkan, antaranya:

Pindahan atau pengeluaran mengikut kategori simpanan;

Skim bayaran berperingkat hanya bagi pencarum yang bersedia dan sesuai;

Perlindungan ke atas pencarum yang hilang pekerjaan atau memerlukan dana segera.

3. Libat urus menyeluruh dengan pencarum, pihak berkuasa, dan pakar adalah penting sebelum sebarang perubahan dasar dilaksanakan.

PGIRM menyeru agar semua pihak memastikan cadangan dasar mengambil kira kepentingan rakyat dan hak pencarum, bukan hanya statistik atau teori, serta memastikan suara pencarum sentiasa didengar dalam setiap keputusan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ”₯69πŸ‘21❀13😒2😱1
Sy seru pencarum msk linkπŸ‘‡πŸ‘‡ini dan komen TAK SETUJU dgn cdgn pakar yg x ambil tahu tentang denyut nadi pencarum

https://www.mediatelus.com//detail/12397
🀝53❀4πŸ‘Œ3😱2
KEMPEN TINJAUAN SUARA PENCARUM – NOVEMBER 2025

Tarikh: 11 November 2025

Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.

Ramai yang sedang berdepan cabaran hidup. Kami mahu pastikan suara setiap pencarum benar-benar didengar, bukan sekadar angka dalam laporan.

Untuk makluman PGIRM sedang mengumpulkan maklumat sebenar keadaan pencarum, khususnya berkaitan Akaun Fleksibel dan keperluan akses kepada simpanan sedia ada.

Maklumat ini akan digunakan untuk libat urus rasmi bersama pihak berkaitan.

Suara anda akan menentukan hala tuju perjuangan.

Mohon luangkan masa 1–2 minit untuk menjawab:

πŸ‘‡πŸ‘‡
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform

PGIRM – Mendengar Suara Pencarum

P/S BANTU KAMI SHARE & VIRALKAN LINK INI KPD SELURUH AHLI KELUARGA,SANAK SAUDARA,IPAR DUAI,JIRAN TETANGGA & RAKAN TAULAN

Sekian,Terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘47❀4πŸ”₯1😱1
Tolong REPOST,LIKE & KOMEN bantah hentikan pengeluaran penuh usia 55thn yg dicadangkan pakar!πŸ‘‡πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSyg8eES4/
❀19πŸ”₯9😱2
β€œSaudara dan saudari pencarum, saya dengar dan faham rasa penat itu. Kita semua sudah melalui tempoh yang panjang.

Tetapi perjuangan ini bukan soal komen atau repost semata-mata ia tentang tekanan berterusan yang menunjukkan suara rakyat masih hidup.

Jika kita berhenti sekarang, ia akan disalah tafsir bahawa isu ini telah reda dan rakyat telah setuju.

Kita tidak minta semua orang aktif setiap hari. Tapi konsistensi walaupun kecil jauh lebih kuat daripada semangat besar tetapi sekejap.

Terima kasih kepada yang terus bersama walaupun letih. Sini kita rehat sama-sama, bukan berhenti.”
πŸ‘78❀3πŸ”₯2😱1
KENYATAAN MEDIA RASMI

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

11 November 2025

Cadangan Lupus Kereta Lama: Jangan Bebankan Rakyat Dengan Komitmen Baharu

PGIRM telah mengambil maklum artikel bertajuk β€œSudah tiba masa lupus kereta lama” yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 15 Oktober 2025. Artikel tersebut membincangkan inisiatif kerajaan memperkenalkan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama.

Namun, kami juga menerima maklum balas daripada pencarum bahawa ramai di kalangan mereka enggan atau tidak mampu mengambil komitmen kewangan tambahan.

PGIRM memandang serius cadangan supaya rakyat melupuskan kenderaan lama dan digalakkan membuat pinjaman bagi mendapatkan kenderaan baharu. Cadangan sedemikian, walau berhasrat meningkatkan keselamatan dan kecekapan alam sekitar, tidak selari dengan realiti ekonomi majoriti rakyat ketika ini.

Fakta di lapangan menunjukkan ramai rakyat bergelut dengan pendapatan yang tidak seiring kenaikan kos sara hidup. Sebahagian besar pencarum yang kami wakili turut terkesan dengan tekanan kewangan jangka panjang, termasuk rekod CCRIS/CTOS yang menghalang kemampuan mereka memperoleh pinjaman baharu.

Menggesa rakyat menambah hutang dalam situasi ini bukanlah solusi yang realistik.

Tambahan pula, ramai rakyat ingin mengekalkan kenderaan sedia ada kerana:

1. Pendapatan tidak mencukupi untuk menanggung komitmen baharu.

2. Kestabilan bulanan lebih menjadi keutamaan daripada peningkatan liabiliti.

3. Mereka tidak mahu mengambil risiko kegagalan bayaran yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan keluarga.

Oleh itu, PGIRM berpandangan bahawa dasar yang lebih berpaksikan rakyat perlu diberi keutamaan, antaranya:

Program bantuan pembaikan kenderaan bersasar bagi golongan B40/M40.

Subsidi alat ganti kritikal bagi memastikan kereta lama selamat digunakan.

Peningkatan kualiti dan capaian pengangkutan awam di kawasan bandar dan luar bandar.

Dasar β€œtrade-in bersyarat” tanpa peningkatan beban pinjaman bagi yang benar-benar layak.

Cadangan dasar yang menuntut rakyat berhutang hanya wajar dipertimbangkan apabila:

1. Pendapatan rakyat telah meningkat secara nyata, dan

2. Sokongan ekosistem pengangkutan awam telah berada pada tahap yang mapan.

Dasar perlu dibentuk berdasarkan keadaan hidup rakyat sebenar, bukan berdasarkan andaian bahawa semua mampu menambah komitmen kewangan tanpa menjejaskan kebajikan keluarga masing-masing.

PGIRM tetap konsisten bahawa sebarang pembaharuan dasar ekonomi tidak boleh meminggirkan golongan yang paling terkesan, iaitu rakyat yang bekerja keras tetapi masih berhadapan tekanan kos hidup harian.

Perjuangan ini adalah untuk memastikan suara rakyat terus berada di hadapan meja pembuat dasar.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Rujukan:
https://www.sinarharian.com.my/article/752560/suara-sinar/lidah-pengarang/sudah-tiba-masa-lupus-kereta-lama
❀23πŸ‘Œ3πŸ”₯1🀝1
Perkembangan Terkini..

Utk mklmn shbt pencarum seluruh Msia,setakat tghari ini 12 November 2025 seramai 1,540 responden telah menjawab Borang Tinjaun dan sy memerlukan kerjasama drp shbt pencarum utk terus kongsikan link Borang Tinjaun sebanyak yg boleh bg pihak kami menggunakan maklumat terkini utk perbincangan dgn PAC dlm masa terdekat..

Terimakasih diatas sokongan dan kerjasama yg diberikan πŸ‘πŸ‘πŸ€πŸ€

Sekian,terima kasih.
😒33❀2🀝2πŸ”₯1
Kesian rakyat yg TIADA lesen memandu & tamat tempoh lbh 3thnπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

https://vt.tiktok.com/ZSytRUuAN/
😱6😒3
KEMPEN TINJAUAN SUARA PENCARUM – NOVEMBER 2025

Tarikh: 11 November 2025

Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.

Ramai yang sedang berdepan cabaran hidup. Kami mahu pastikan suara setiap pencarum benar-benar didengar, bukan sekadar angka dalam laporan.

Untuk makluman PGIRM sedang mengumpulkan maklumat sebenar keadaan pencarum, khususnya berkaitan Akaun Fleksibel dan keperluan akses kepada simpanan sedia ada.

Maklumat ini akan digunakan untuk libat urus rasmi bersama pihak berkaitan.

Suara anda akan menentukan hala tuju perjuangan.

Mohon luangkan masa 1–2 minit untuk menjawab:

πŸ‘‡πŸ‘‡
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform

PGIRM – Mendengar Suara Pencarum

P/S BANTU KAMI SHARE & VIRALKAN LINK INI KPD SELURUH AHLI KELUARGA,SANAK SAUDARA,IPAR DUAI,JIRAN TETANGGA & RAKAN TAULAN

Sekian,Terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘26❀2πŸ”₯1πŸ‘1😱1🀝1
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA pinned Β«KEMPEN TINJAUAN SUARA PENCARUM – NOVEMBER 2025 Tarikh: 11 November 2025 Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia. Ramai yang sedang berdepan cabaran hidup. Kami mahu pastikan suara setiap pencarum benar-benar didengar, bukan sekadar angka dalam…»