Salam Jumaat dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia..
Isu Viral: Betulkah Pekerja Asing Boleh Keluarkan Semua KWSP Selepas kontrak tamat 3–5 Tahun?
Sejak beberapa hari tular dakwaan kononnya pekerja asing boleh keluarkan semua simpanan KWSP mereka selepas 3–5 tahun kontrak bekerja tamat, sedangkan rakyat tempatan terpaksa menunggu sehingga umur 55 tahun.
Saya ingin jelaskan perkara ini secara tenang dan berfakta supaya tidak timbul salah faham baharu.
🔹 Pertama, tempoh “3–5 tahun kontrak” itu bukan syarat sebenar.
Apa yang berlaku ialah, apabila pekerja asing tamat kontrak dan pulang ke negara asal, mereka memang ada kategori pengeluaran khas iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara.
🔹 Kedua, kategori pengeluaran ini telah wujud sejak dulu.
Ia bukan polisi baharu, dan bukan kelebihan luar biasa. Ia hanya mekanisme untuk menutup akaun KWSP pekerja asing kerana mereka tidak lagi bekerja atau menetap di Malaysia.
🔹 Ketiga, kenapa pekerja asing boleh tetapi pekerja tempatan tidak?
Kerana pekerja asing tidak kekal dalam sistem persaraan Malaysia. Mereka kembali ke negara asal dan tidak lagi mencarum. Rakyat Malaysia pula kekal dalam sistem KWSP sehingga umur persaraan, jadi syarat pengeluaran ditetapkan berdasarkan umur, bukan status kontrak.
🔹 Keempat, syarat pengeluaran untuk rakyat tempatan memang lebih ketat kerana KWSP direka sebagai simpanan hari tua bagi warganegara.
Namun realitinya, kos sara hidup hari ini jauh lebih menekan berbanding masa polisi ini dibentuk.
Maksudnya:
❌ Bukan sebab pekerja asing tamat kontrak carum 3–5 tahun.
✔ Sebenarnya kerana mereka tinggalkan Malaysia secara kekal dan menutup akaun KWSP.
Apa yang saya lihat daripada isu viral ini ialah satu perkara yang lebih besar:
ramai pencarum tempatan sedang terdesak dan merasa mereka tiada pilihan selain menunggu umur 55 sedangkan kos hidup meningkat sekarang.
Inilah sebab PGIRM terus bersuara kerana suara pencarum tidak boleh dipinggirkan.
Saya harap penjelasan ini dapat meredakan kekeliruan dan mengelakkan fitnah baharu terhadap mana-mana pihak.
— Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

❤26👌8🔥1🤝1
PENJELASAN TERBUKA KEPADA 2 KUMPULAN PENCARUM DI TIKTOK.
Sejak beberapa hari ini, saya menerima pelbagai luahan daripada dua kumpulan pencarum di TikTok. Satu kumpulan melepaskan kemarahan secara keterlaluan, dan satu lagi mula mempertikai kredibiliti PGIRM. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Tekanan hidup hari ini nyata dan benar.
Namun sebagai Presiden PGIRM, saya bertanggungjawab menjelaskan perkara ini dengan jujur dan berfakta.
1️⃣ Kumpulan Pertama: Live TikTok penuh maki hamun & cercaan terhadap Kerajaan
Kemarahan kumpulan ini biasanya berpunca daripada:
tekanan ekonomi yang berlarutan,
rasa hilang kawalan terhadap hidup sendiri,
rasa tidak diwakili oleh sesiapa,
dan memilih jalan singkat: meluahkan kemarahan secara terbuka.
Hakikatnya:
Mereka bukan tengah buat kajian atau analisis.
Mereka hanya melepaskan tekanan.
Kumpulan ini juga tidak konsisten hari ini serang Kerajaan, esok serang KWSP, lusa serang Media, tulat serang Ahli Politik atau sesiapa sahaja yang muncul di FYP mereka.
Bagi saya, PGIRM tidak boleh terheret dalam emosi ini. Fokus kami ialah memberikan fakta, penjelasan tepat, dan halatuju perjuangan, bukan membalas provokasi.
2️⃣ Kumpulan Kedua: Mempertikaikan kredibiliti PGIRM
Ini kumpulan yang kritikannya lebih tersusun, tetapi kebanyakannya bersandar kepada tanggapan yang tidak tepat.
Di sini saya jawab satu per satu secara jelas.
1. “PGIRM tak tegas / banyak usul / terlalu banyak kategori pencarum diperjuangkan.”
Penjelasan:
PGIRM bukan protes spontan.
Kami NGO berdaftar yang perlu mengemukakan cadangan lengkap dan berasaskan data.
Jika PGIRM perjuangkan hanya satu golongan, kami akan dituduh berat sebelah.
Jika PGIRM bawa suara semua golongan pencarum, itu membuktikan PGIRM konsisten mempertahankan semua lapisan rakyat.
2. “PGIRM tiada idea yakinkan kerajaan.”
Penjelasan:
PGIRM bukan sekadar bersuara tapi kami telah:
menghantar surat rasmi setiap kali ada perubahan dasar,
memberikan analisis risiko hutang rakyat,
mengemukakan model pengeluaran terkawal,
menjalankan tinjauan pencarum berskala besar,
berjumpa PAC, MOF, KWSP dan beberapa agensi berkaitan.
Semua ini proses rasmi yang kerajaan ambil serius.
3. “Dah 5 tahun tak ada berita gembira.”
Penjelasan:
Perubahan dasar bukan seperti menekan suis lampu. Moratorium bank pun mengambil masa bertahun sebelum dilaksana.
Isu KWSP jauh lebih sensitif kerana melibatkan kestabilan ekonomi negara.
Tanpa tekanan PGIRM, isu ini sebenarnya sudah lama tenggelam. PGIRM berjaya kekalkan isu ini relevan selama 5 tahun — itu sendiri satu kejayaan besar.
4. “Ramai pencarum dah move on.”
Jawapan strategik:
Yang move on akan kembali semula bila krisis ekonomi menekan. Statistik KWSP sendiri tunjuk 70% rakyat tiada simpanan mencukupi ini bukan isu yg akan padam.
PGIRM bukan organisasi yang bergerak ikut emosi pencarum, tetapi ikut mandat dan data.
5. “PGIRM sembang kari.”
Penjelasan:
Di sebalik setiap kenyataan, PGIRM melakukan kerja-kerja rasmi seperti:
kenyataan media,
liputan media arus perdana,
penyediaan dokumen teknikal,
komunikasi dengan pembuat dasar,
surat susulan,
dan tindakan susulan rasmi yang direkodkan.
Ini bukan kerja yang boleh dilakukan oleh akaun TikTok yang hanya marah setiap hari.
6. “Disebabkan tunggu PGIRM, ada pencarum mati, sakit, bercerai.”
Penjelasan:
Kesedihan itu benar, tetapi puncanya bukan PGIRM.
Puncanya ialah sistem yang tidak fleksibel dan gagal menyediakan jalan keluar segera.
PGIRM sedang berusaha mengubah sistem itu bukan melambatkan perjuangan.
Kami tidak pernah menghalang sesiapa menyuarakan hak mereka.
Sebaliknya PGIRM menjadi suara rasmi di meja rundingan yang pencarum sendiri tidak boleh masuk.
Penutup
Perjuangan ini bukan pertandingan siapa paling lantang, siapa paling marah, atau siapa paling pandai mengejek. Perjuangan ini tentang beratus ribu pencarum yang masih terpinggir dan masih menunggu keadilan dasar.
Selagi suara mereka belum didengari, selagi realiti hidup rakyat terus menekan,
PGIRM akan terus mara tanpa menoleh ke belakang.

❤44👌17🔥3
Jangan Biarkan Suara Pencarum Terpinggir! Isi Borang Tinjauan Sekarang
Sejak 11 November 2025, hanya 5,257 pencarum mengisi Borang Tinjauan PGIRM berbanding 325,000 pencarum sebelum ini menandatangani petisyen. Ini menunjukkan masih ramai pencarum belum menyuarakan pandangan sebenar mereka.
PGIRM ingin bertanya dengan jelas: mengapa borang tinjauan ini belum mendapat sambutan?
Adakah kerana:
Isu ini sudah dianggap selesai bagi sesetengah pencarum?
Atau terdapat halangan lain yang menyukarkan anda untuk mengisi?
Kami ingin pencarum menyatakan alasan sebenar mengapa isu pengeluaran KWSP perlu diperjuangkan. Setiap pandangan anda bukan sekadar nombor ia adalah senjata untuk PGIRM menuntut hak anda di meja rundingan kerajaan.
🙋♂️Kenapa anda wajib isi borang ini sekarang:
1. Borang ini mengumpul data sebenar pencarum, bukannya sekadar cakap-cakap viral di media sosial.
2. Maklumat ini akan digunakan untuk memperkukuh cadangan rasmi PGIRM kepada PAC,KWSP, MOF, dan pihak berkuasa.
3. Tanpa jumlah pencarum yang cukup dan alasan jelas, suara anda boleh terpinggir, dan isu ini boleh disapu ke bawah tikar oleh sistem yang tidak fleksibel.
PGIRM tidak akan berhenti memperjuangkan hak pencarum, tetapi kekuatan perjuangan bergantung pada anda. Jika anda peduli:
1. Klik link👇👇isi borang sekarang dengan alasan jelas.
2. Kongsi link ini dengan rakan, keluarga, komuniti pencarum lain.
3. Pastikan suara anda didengar, direkodkan, dan diperjuangkan.
🔥Jangan tunggu lagi. Isi sekarang atau suara anda hilang di tengah kebisingan sistem.
Link borang: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform

Google Docs
Tinjauan Situasi Pencarum KWSP – PGIRM (November 2025)
PGIRM – Mendengar Suara Pencarum
Tinjauan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keadaan pencarum KWSP berkaitan Akaun Fleksibel dan keperluan akses kepada simpanan sedia ada. Semua maklumat adalah sulit
dan hanya digunakan untuk tujuan analisis libat…

❤32🤝2
Salam dan selamat malam shbt pencarum seluruh Malaysia.
Untuk makluman shbt pencarum
PGIRM: 50% Jemaah Haji Tolak Tawaran Tunai Haji – Tekanan Kewangan Rakyat Semakin Berat
Laporan media menunjukkan 50% jemaah haji menolak Tawaran Tunai Haji (TTH) kerana masalah kewangan. Isu ini bukan sekadar haji ia cerminan tekanan kewangan rakyat yang sama dialami pencarum KWSP:
Kos hidup meningkat, ramai isi rumah terpaksa utamakan perbelanjaan harian.
Simpanan tidak mencukupi, menyukarkan rakyat menunaikan haji atau mengurus kewangan sendiri.
Keputusan menolak TTH bukan soal kemahuan, tetapi kemampuan.
PGIRM menyeru kerajaan dan institusi berkaitan untuk:
1. Jadikan dapatan ini indikator jelas tekanan kewangan rakyat.
2. Adakan libat urus terbuka bersama PGIRM untuk dasar lebih responsif.
3. Nilai mekanisme bantuan dan kelonggaran kewangan yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
PGIRM akan terus memperjuangkan kepentingan pencarum dan memastikan suara rakyat terbeban didengar di meja dasar.
Azmi Mohd Tahir,

🔥26👍9❤3👏1
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ada pihak yang cuba buat fake akaun PGIRM di FB dengan mengubah nama dari 'Malaysia' kepada 'MY'.
Mohon semua pencarum utk tekan link di bawah dan report fake account di FB. Terima kasih.
https://www.facebook.com/pertubuhan.gagasan.inovasi.rakyat.my?mibextid=ZbWKwL

😱21👌5❤2
Salam dan slmt tghari shbt pencarum seluruh Malaysia..
Untuk makluman.
🔥 JAWAPAN PALING TEGAS PGIRM KEPADA 3 PERSEPSI YANG MASIH BERLEGAR 🔥
Setiap kali isu KWSP dibangkitkan, masih ada yang mempertikaikan:
➡️ Kenapa PGIRM fokus pencarum yang masih bekerja?
➡️ KWSP dah tak ada duit, nak lulus pengeluaran pun mustahil?
➡️ Ramai dah move on, 5 tahun sia-sia?
Hari ini PGIRM jawab dgn tegas, dan tanpa kompromi.
1️⃣ Semua nasib Pencarum Diperjuangkan termasuk Suri Rumah!
PGIRM tidak pilih bulu.
Jika PGIRM hanya perjuangkan pencarum tak aktif yang aktif marah.
Jika PGIRM hanya perjuangkan pencarum aktif yang tak aktif pula kata pilih kasih.
Kami perjuangkan SEMUA kategori pencarum, termasuk:
✔ tak aktif bertahun-tahun
✔ hanya tinggal Akaun 1
✔ hilang kerja
✔ bekerja sendiri
✔ suri rumah yang tiada caruman aktif bertahun-tahun
✔ aktif tapi pendapatan tak cukup
Fakta tegas:
Tekanan hidup tidak kenal status pekerjaan.
Ramai yang bekerja masih tinggal RM0 di Akaun 2 & Fleksibel.
Golongan Suri rumah pula langsung tiada pilihan untuk mencarum tetapi tetap menanggung kos hidup.
PGIRM tidak pernah membela golongan selesa.
Kami berada di barisan hadapan untuk mereka yang terhimpit & tiada pilihan lain.
2️⃣ KWSP Ada Aset, Bukan Kekurangan Dana
Naratif “KWSP tak ada duit” salah.
➡ KWSP urus aset ratusan bilion ringgit, bukan tabung pasar malam.
➡ KWSP buat penstrukturan aliran tunai setiap tahun.
➡ Tiga pengeluaran besar sebelum ini berlaku ketika ekonomi lebih teruk dan KWSP masih stabil.
PGIRM tidak tuntut pengeluaran pukal. Kami tuntut pengeluaran BERSASAR untuk yang benar-benar memerlukan, supaya tidak ganggu kestabilan dana jangka panjang.
3️⃣ “Move On” Bukan Pilihan
Jika rakyat terus diam — tiada perubahan.
Fakta:
✔ Tekanan kos hidup semakin meningkat
✔ Hutang isi rumah meningkat
✔ 77% rakyat berada di bawah simpanan minimum
✔ Majoriti pencarum masih bergelut setiap bulan
PGIRM tidak berdiam diri:
➡ Amanah ratusan ribu pencarum yang isi petisyen dan tinjauan
➡ Mesej rakyat terdesak setiap hari
➡ Perubahan hanya berlaku jika tekanan rakyat konsisten & tersusun
“Move on” bukan pilihan bila perut lapar, hutang tinggi, gaji tak naik.
PGIRM tidak menyerah masalah rakyat belum selesai.
🔥 KESIMPULAN: TIDAK AKAN PADAM SUARA PENCARUM 🔥
PGIRM tidak bergerak ikut emosi, tetapi ikut mandat & fakta.
Kami bukan NGO muncul masa isu panas dan hilang bila reda.
Kami turun secara rasmi, berfakta, berstrategi, dan berurusan terus dengan pembuat dasar.
💥 PGIRM bukan sembang kari.
💥 PGIRM bukan gempak atas kertas.
💥 PGIRM adalah suara sah pencarum dan suara itu TIDAK akan padam.
Perjuangan ini belum tamat.
Selagi rakyat terhimpit, PGIRM akan terus ke depan.
Azmi Mohd Tahir

🙏40❤12👍7🔥3
⚡💥🛑 KEMPEN GERAKAN WAJIB: 1 PENCARUM = 3 DISEDARKAN 🛑💥⚡
Jika kita terus diam, jangan salahkan sesiapa bila hak kita dipijak.
Ramai pencarum sudah letih.
Ramai sudah kecewa.
Ramai “dah move on” kerana anggap kerajaan takkan peduli.
TAPI KENAPA KERAJAAN MASIH TAK DENGAR?
Kerana ramai pencarum memilih berdiam, bukan kerana masalah sudah selesai.
Sebab itu, hari ini saya lancarkan GERAKAN PALING TEGAS supaya suara pencarum tidak boleh diabaikan lagi.
🔥📢 1 PENCARUM = 3 DISEDARKAN 📢🔥
Jika anda tidak bangunkan tiga orang lain, perjuangan ini akan gagal.
⚡ KENAPA ANDA MESTI BANGKIT SEKARANG?
1️⃣ Kos hidup naik tanpa henti.
Gaji tetap, harga meningkat, namun ramai pencarum masih menunggu “ajaib” kerajaan memahami keadaan.
2️⃣ Ramai pencarum menanggung beban sendirian.
Yang bersuara sedikit → diabaikan.
Yang berdiam banyak → dianggap masalah selesai.
3️⃣ Masalah ini tidak hilang dengan diam.
Yang bangkit → masih menghadapi tekanan.
Yang mengeluh → semakin ramai.
Yang bertindak → terlalu sedikit.
4️⃣ Jika kita berdiam, tiada siapa bersuara untuk kita.
Perubahan hanya berlaku apabila tekanan rakyat konsisten dan tersusun, bukan berdasarkan simpati.
🔥🧨 TINDAKAN WAJIB — SEKARANG 🧨🔥
Jika anda pencarum dan menghadapi:
✔ Duit hujung bulan tidak cukup
✔ Belanja keluarga membebankan
✔ Hutang semakin tinggi
✔ Simpanan KWSP tidak mencukupi
ANDA TIADA ALASAN UNTUK BERDIAM.
🚨 LANGKAH 1 — Isi Tinjauan Khas PGIRM
👉 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrS2vfEKM0ooymBdiXn38YkuKhFeWe0prfj8nWosfqja7mtw/viewform
Ini bukan soal suka-suka.
Setiap jawapan adalah bukti rasmi untuk dibawa ke MOF, KWSP & PAC.
Jika pencarum sendiri tidak bertindak, bagaimana kerajaan akan dengar?
🚨 LANGKAH 2 — Bangunkan 3 pencarum lain
Bukan forward kosong, bukan share malas.
Tanya mereka secara terus:
🔹 “Kau dah isi?”
🔹 “Masih terkesan, kan?”
🔹 “Jangan biar orang lain tentukan hidup kita.”
Setiap seorang bawa 3 →
3 bawa 3 lagi →
Gelombang ini tidak boleh dihentikan.
🚨 LANGKAH 3 — Kongsi di semua group anda
Group kerja.
Group kampung.
Group keluarga.
Group sekolah.
Jika anda tidak berani bersuara untuk diri sendiri, siapa lagi?
💥🔥 KESIMPULAN PALING TEGAS 🔥💥
Jika pencarum masih berfikir:
❌ “Tak guna bersuara.”
❌ “PGIRM buat kerja sia-sia.”
❌ “Lebih baik move on.”
Maka sedarlah:
MOVE ON bukan pilihan bila perut masih lapar.
MOVE ON bukan penyelesaian bila hutang masih menghimpit.
MOVE ON hanya memudahkan kerajaan terus mengabaikan hak kita.
PGIRM tidak pernah move on. PGIRM tidak akan diam.
Tetapi PGIRM tidak boleh bergerak seorang diri.
Jika anda pencarum dan benar-benar mahu pengeluaran bersasar diluluskan:
👉 Buktikan dengan tindakan.
👉 Bukan dengan mengeluh.
👉 Bukan dengan marah dalam diam.
⚡💥🛑 1 pencarum = 3 disedarkan. Hari ini kita mulakan. 🛑💥⚡

❤30👏5🔥1😱1
PENJELASAN RASMI: MENGAPA BORANG TINJAUAN INI WAJIB DIISI SEMULA
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia.
Untuk makluman saya terima banyak mesej yang bertanya:
“Berapa kali nak isi tinjauan? Dah isi sebelum ini, takkan nak isi lagi?”
Saya faham. Ramai dah isi sebelum ini.Tetapi data lama tak boleh digunakan lagi kerana situasi sekarang sudah berubah, tekanan hidup meningkat, dasar kerajaan berubah, dan respons awam perlu dikemas kini.
Tinjauan kali ini WAJIB diisi semula kerana:
1️⃣ Data terdahulu tidak lagi relevan. Tahun berubah, polisi berubah, keadaan ekonomi rakyat berubah.
2️⃣ Kerajaan hanya menilai data TERKINI. Mereka tidak gunakan data tahun lepas atau dua tahun lepas.
3️⃣ Semakin ramai yang mengisi, semakin kuat tekanan rasmi kepada kerajaan untuk bertindak, bukan sekadar memerhati.
4️⃣ Tinjauan lama tidak mempunyai soalan-soalan baharu yang mencerminkan keadaan rakyat tahun 2025.
5️⃣ Tanpa data terkini, kerajaan akan kata rakyat sudah reda, letih dan move on. Ini yang kita mesti halang.
Sebab itu tinjauan kali ini WAJIB diisi untuk menutup terus pintu alasan kerajaan bahawa “isu ini dah tidak relevan”.
Sekian, terima kasih.

👍34❤2🔥2
Jawapan saya pd komen ini:
✅ Tinjauan PGIRM bersifat BERSASAR. Setiap siri tinjauan direka untuk mengumpul data terkini tentang keadaan sebenar pencarum pada tahun semasa.
✅ Data lama tidak lagi relevan, kerana situasi ekonomi, dasar kerajaan dan beban hidup rakyat berubah setiap tahun.
✅ Tujuan tinjauan bukan untuk “bersambung tanpa henti”, tetapi untuk menyokong tuntutan yang berasaskan fakta dan bukti semasa.
✅ Dengan mengisi tinjauan, pencarum membantu PGIRM memastikan suara mereka didengar oleh kerajaan, supaya pengeluaran bersasar dapat diluluskan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
⚡ Kesimpulan: Ini tindakan strategik, bukan birokrasi tanpa arah. PGIRM memerlukan data terkini untuk mendapatkan hasil sebenar bagi pencarum.
Sekian.

❤31🔥8😱4
🔥FAKTA TERKINI SIMPANAN PENCARUM DEWASA – SUARA PENCARUM TIDAK AKAN DIPINGGIRKAN!🔥
Saya terima mesej ramai pencarum:
Ada yang kata sebelum ini 350,000 bersuara pun kerajaan tetap tidak akan luluskan kerana majoriti pencarum mempunyai simpanan bawah RM10,000.
PGIRM mahu jelaskan fakta sebenar:
1️⃣ Baki bawah RM10,000 bukan majoriti pencarum dewasa.
Ini merujuk kepada pencarum muda yang baru mula bekerja. Fokus PGIRM adalah pencarum 31–54 tahun yang telah bertahun-tahun mencarum. Rata-rata mereka mempunyai simpanan RM20,000 ke atas, dan masih terhimpit kos hidup tinggi.
2️⃣ Siapa yang benar-benar memerlukan pengeluaran?
PGIRM memperjuangkan mereka yang tiada pilihan lain:
✔ Hanya tinggal Akaun 1
✔ Tidak aktif bertahun-tahun
✔ Suri rumah tanpa caruman aktif
✔ Pencarum aktif tetapi pendapatan tidak cukup
Tekanan hidup tidak mengenal status pekerjaan. Ramai yang bekerja masih bergelut, suri rumah pula tiada pilihan untuk mencarum tetapi tetap menanggung kos hidup.
3️⃣ Data lama tidak boleh dijadikan alasan Situasi ekonomi dan dasar kerajaan berubah. Tinjauan PGIRM terkini WAJIB diisi untuk menunjukkan suara rakyat sebenar. Semakin ramai isi, semakin kuat tekanan rasmi kepada kerajaan.
4️⃣ Pengeluaran bersasar, bukan pukal.
PGIRM bertindak berfakta dan berstrategi, berurusan terus dengan KWSP & kerajaan. Tuntutan adalah untuk pencarum dewasa yang benar-benar memerlukan bantuan.
KESIMPULAN:
Naratif “majoriti pencarum mempunyai simpanan bawah RM10,000” menyesatkan. PGIRM tidak akan berdiam diri selagi rakyat dewasa yang bekerja bertahun-tahun terus terhimpit kos hidup tinggi. Hak mereka untuk pengeluaran bersasar WAJIB diperjuangkan.
Isi tinjauan PGIRM sekarang suara anda tetap relevan. Jangan biar kerajaan kata rakyat sudah reda.

👌52👍38🔥9❤6
“Saya menerima banyak mesej yang kata ‘Selagi Kerajaan sekarang mentadbir, pengeluaran tidak akan diluluskan’.
Namun, saya perlu jelaskan beberapa perkara penting secara neutral dan berfakta:
🔹 Hak pencarum tidak bergantung kepada siapa yang memimpin kerajaan.
Isu ini berkaitan dasar, keperluan rakyat dan tekanan kos hidup bukan individu.
🔹 KWSP ialah simpanan pekerja, bukan dana untuk kerajaan tentukan sesuka hati.
Setiap keputusan mesti berasaskan data, keperluan pencarum dan realiti ekonomi semasa.
🔹 Cadangan seperti pengeluaran berpencen bukan alasan untuk menolak pengeluaran bersasar.
Ia dua mekanisme berbeza:
• Berpencen = jangka panjang
• Bersasar = keperluan mendesak sekarang
🔹 Naratif ‘tiada harapan’ hanya melemahkan suara pencarum sendiri.
Perubahan dasar berlaku bila suara rakyat tersusun, jelas dan terbukti melalui data semasa.
PGIRM terus membawa isu ini secara rasmi, berfakta dan profesional.
Isu ini bukan tentang amarah politik ini tentang hak pencarum ke atas simpanan mereka sendiri.”

❤55🔥6🤝2😱1
KENYATAAN MEDIA PGIRM
HENTIKAN NARATIF KELIRUKAN PENCARUM
Kuala Lumpur,
24 November 2025
Siaran Segera
Fakta Terkini: Majoriti Pencarum Dewasa Mempunyai Simpanan RM20,000 ke Atas, Bukan Bawah RM10,000
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menjelaskan beberapa salah faham yang masih berlegar mengenai isu simpanan KWSP dan pengeluaran bersasar bagi pencarum dewasa.
1️⃣ Fakta sebenar simpanan pencarum
Terdapat dakwaan bahawa majoriti pencarum mempunyai simpanan KWSP bawah RM10,000. PGIRM menegaskan bahawa dakwaan ini tidak tepat. Analisis terkini menunjukkan bahawa baki di bawah RM10,000 kebanyakannya milik pencarum muda yang baru memasuki pasaran kerja.
Fokus PGIRM adalah pencarum berusia 31 hingga 54 tahun, iaitu golongan yang telah bekerja bertahun-tahun dan mengalami tekanan kos hidup nyata. Kebanyakan mereka mempunyai simpanan RM20,000 ke atas, bukan di bawah RM10,000.
2️⃣ Kepentingan tinjauan terkini
PGIRM telah mengedarkan tinjauan terkini bagi mendapatkan data yang relevan dengan keadaan tahun 2025 kerana:
Tinjauan lama (325,000 responden) tidak mencerminkan kos sara hidup semasa, hutang isi rumah, dan perubahan dasar kerajaan.
Data terbaru memberikan mandat kukuh kepada PGIRM untuk menyuarakan tuntutan pencarum dewasa secara rasmi kepada kerajaan.
Semakin ramai pencarum yang mengisi tinjauan, semakin kuat bukti tekanan rakyat dan meningkatkan kredibiliti tuntutan.
3️⃣ Pengeluaran bersasar, bukan pukal
Tuntutan pengeluaran bersasar adalah untuk pencarum dewasa yang benar-benar terdesak, termasuk:
Mereka yang hanya ada baki di Akaun 1
Pencarum tidak aktif bertahun-tahun
Golongan suri rumah tanpa caruman aktif tetapi menanggung kos hidup keluarga
Pencarum aktif tetapi pendapatan bulanan tidak mencukupi
Langkah ini memastikan hak pencarum dipenuhi tanpa menjejaskan kestabilan dana KWSP jangka panjang.
4️⃣ Tanggungjawab PGIRM
PGIRM bertindak sebagai suara rasmi pencarum:
Menyediakan analisis data terkini
Mengemukakan tuntutan bersasar kepada kerajaan dan KWSP
Mengikuti prosedur rasmi dan berjumpa pihak berkepentingan bagi menyokong perubahan dasar
Kesimpulan:
PGIRM menegaskan bahawa majoriti pencarum dewasa tidak tergolong dalam kategori simpanan bawah RM10,000. Tuntutan pengeluaran bersasar adalah wajar, berfakta, dan berdasarkan data terkini. Kami menyeru kerajaan mengambil perhatian serius terhadap suara pencarum yang sahih ini.

👍65😢10❤3🔥1
KENYATAAN PRESIDEN PGIRM
Isu Perletakan Jawatan DS Shamsul dan Janji Yang Tidak Ditunaikan
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menjelaskan kedudukan sebenar agar pencarum tidak terus keliru.
Pada 21 Ogos 2025, PGIRM telah menyerahkan Memorandum Rasmi Suara Pencarum kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar secara serahan tangan, dan ia disaksikan oleh rakan-rakan media. Di hadapan semua pihak, beliau berjanji secara terbuka bahawa memorandum tersebut akan diserahkan terus kepada YAB Perdana Menteri.
Namun sehingga hari ini tiada maklum balas, tiada perkembangan, tiada penjelasan.
Kini, selepas beliau mengumumkan perletakan jawatan, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memperjelaskan kepada pencarum:
PGIRM telah menjalankan amanah. Memorandum tersebut telah diserahkan dengan teratur dan beradab. Yang tidak ditunaikan ialah janji pihak yang menerimanya.
PGIRM kekal dengan prinsip bahawa hak pencarum tidak boleh dijadikan isu politik, tidak boleh dijadikan alasan untuk berlengah dan tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan.
Kepada ratusan ribu pencarum yang terus menunggu:
Kami masih di sini. Kami tidak berganjak. Setiap data, setiap hujah, setiap permohonan rasmi semuanya telah dan akan terus dibuat mengikut saluran yang betul.
Saya, Azmi Mohd Tahir,
Presiden PGIRM, menyeru kerajaan supaya tampil memberi penjelasan rasmi terhadap isu Akaun 1 dan kedudukan pencarum yang masih terhimpit.
Pencarum telah menunggu terlalu lama. PGIRM akan terus memperjuangkan suara anda secara bermaruah, profesional dan berfakta.

😢36❤15🔥11👍5
PGIRM Menjelaskan Persepsi Pencarum
Kami faham ramai pencarum berasa kecewa dan risau mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP. Beberapa komen di ruang komen menunjukkan persepsi bahawa pengeluaran tidak akan lulus, contohnya:
@Mueng Chui Eric 🇹🇭🇵🇸🍉:
“Buat la apa2 pun, KWSP bkn bole na kluar kn suka2 tnpa alasan yg kukuh ... Sb yg control kementerian kewangan.. Smpai bila2 xakn dpt pnya😂”
PGIRM ingin menegaskan bahawa:
✅ Kami bertindak melalui saluran rasmi. Memorandum pencarum telah diserahkan secara tangan kepada Setiausaha Politik PMX pada 21 Ogos 2025 di hadapan media, dan janji disampaikan bahawa dokumen akan diserahkan terus kepada Perdana Menteri.
✅ Hak pencarum tidak bergantung kepada andaian individu. Komen ekstrem atau andaian peribadi tidak mempercepatkan proses pengeluaran.
✅ PGIRM tetap berpegang kepada prinsip telus, profesional, bermaruah dan berfakta dalam memperjuangkan hak ratusan ribu pencarum.
Luahan peribadi pencarum tidak mewakili pendirian PGIRM.
Kami terus fokus memastikan suara rakyat didengar melalui saluran rasmi, dan perubahan individu dalam pentadbiran tidak menjejaskan perjuangan kami.
“Tindakan berprinsip dan berfakta akan membawa perubahan. Komen negatif dan andaian tanpa asas tidak memberi jalan keluar.”
Azmi Mohd Tahir, Presiden PGIRM
#PGIRM #SuaraPencarum #HakRakyat #ProfesionalBermaruah

🔥32👍14❤1👌1
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
26 November 2025
PGIRM Tegaskan Hak Pencarum Mesti Diproses Secara Telus dan Tanpa Tapisan Politik
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius perkembangan terbaru dalam pentadbiran kerajaan dan menegaskan bahawa setiap suara pencarum KWSP wajar sampai kepada kepimpinan tertinggi tanpa sebarang tapisan, kelewatan atau kegagalan penyampaian maklumat.
Pada 21 Ogos 2025, PGIRM telah menyerahkan memorandum secara tangan (by hand) kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar, di hadapan para media. Pada ketika itu, beliau berjanji secara terbuka bahawa memorandum tersebut akan diserahkan terus kepada Perdana Menteri.
Namun sehingga hari ini, tiada sebarang maklum balas rasmi diterima, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keberkesanan saluran pentadbiran yang sepatutnya memastikan suara rakyat sampai ke pihak yang sepatutnya.
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir, berkata:
“PGIRM tidak pernah meminta layanan istimewa.
Kami hanya meminta satu perkara suara pencarum mesti sampai kepada kerajaan tanpa tapisan dan tanpa kelewatan.
Janji telah dibuat secara terbuka bahawa memorandum itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, dan rakyat berhak mengetahui sejauh mana komitmen itu dipenuhi.”
Beliau menambah bahawa perubahan individu dalam pentadbiran tidak seharusnya menjejaskan hak rakyat:
“Tidak kira siapa yang memegang jawatan, proses pentadbiran negara tidak boleh bergantung kepada individu.
Hak rakyat mesti diproses secara profesional, telus dan bertanggungjawab.”
PGIRM turut mengingatkan para pencarum agar tidak terikut-ikut dengan retorik ekstrem di media sosial. Kekecewaan mereka difahami, namun PGIRM komited bahawa penyelesaian hanya boleh dicapai melalui pendekatan berprinsip, berfakta dan beradab.
PGIRM kini sedang menyusun langkah susulan, termasuk mengemukakan permohonan semula melalui saluran pentadbiran yang diyakini bebas daripada tapisan politik. Fokus PGIRM kekal sama: memastikan suara pencarum yang terdesak mendapat perhatian serius daripada kerajaan.
“PGIRM akan terus berjuang secara bermaruah dan konsisten sehingga kerajaan memberikan jawapan yang adil dan sewajarnya kepada pencarum,” tegas Presiden PGIRM.
Azmi Mohd Tahir
Presiden

https://www.mediatelus.com//detail/12745

Media Tel Us
PGIRM tegaskan hak pencarum mesti diproses secara telus, tanpa tapisan politik
👍31👌9🔥3❤1