CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.21K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
3K links
Download Telegram
Izinkan sy beri pencerahan..

Betul, mereka memang beli masa.
Dan bila pencarum menyerah, isu ini mati tanpa perlu ditolak.
Tapi saman bukan jalan mudah.
Undang-undang KWSP beri kuasa mutlak pada kerajaan β€” bukan pencarum.
Jika kalah di mahkamah, kerajaan akan guna keputusan itu untuk tutup isu selama-lamanya.
Sebab itu tekanan awam, data kos sara hidup dan desakan berperingkat lebih selamat untuk pencarum, bukan tindakan gopoh yang akhirnya makan diri.
Menyerah bukan solusi.
Diam hanya memudahkan mereka.
Isu ini hidup selagi ada yang berani bersuara.

Sekian,terima kasih.
❀62
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia..

GERAKKAN PERTAMA TEKANAN AWAM 2026

Saya tak janji kelulusan.
Saya tak jual harapan palsu.
Saya cuma rekod & suarakan suara pencarum walaupun tak popular.

Sekarang saya nak jawapan JUJUR dari pencarum, bukan maki, bukan sindir.
Jawab 3 soalan ni πŸ‘‡

1️⃣ Tekanan kewangan paling berat yang anda hadapi sekarang apa?
(sewa, hutang, anak, kerja, kesihatan?)

2️⃣ Jika kerajaan belum buka Akaun 1, langkah minimum apa yang ANDA rasa wajar dibuat sekarang?
(dividen, fleksibel, bersasar, atau apa?)

3️⃣ Pada pandangan anda, adakah tuntutan ini perlu:
diteruskan sekarang, ATAU
dihentikan dan tunggu pertukaran kerajaan?

➑️ Sila jawab secara jujur.
➑️ Jawapan anda akan dibaca & direkod sebagai pandangan pencarum.
Saya mungkin tak reply semua, tapi semua komen akan dibaca & DIREKOD.

Jika kita diam hari ini, isu ini bukan selesai tapi dikuburkan.

Jawab. Biar jelas pendirian.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀59πŸ”₯8πŸ‘Œ7
Assalamualaikum dan salam sejahtera

PGIRM telah menyediakan 1 ruangan group telegram untuk para pencarum berinteraksi bersama pihak PGIRM. Segala persoalan dan pendapat boleh diajukan di dalam group tersebut. 

Sila tekan link di bawah. Terima kasih
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://t.me/+YoHjPt-b_HFlMjI1
😒11
FAQ – Gerakan Tekanan Awam PGIRM 2026.

Salam dan selamat sejahtera sahabat pencarum seluruh Malaysia.

Untuk makluman, saya menerima banyak pertanyaan daripada sahabat pencarum berhubung Gerakan Tekanan Awam PGIRM 2026.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, berikut ialah penjelasan rasmi dalam bentuk Soalan Lazim (FAQ).

Soalan 1: Apa maksud β€œTekanan dasar berfakta” yang PGIRM sebut?
Jawapan:
Tekanan dasar berfakta bermaksud PGIRM tidak bercakap ikut emosi, sentimen atau viral semata-mata.
Setiap tuntutan disandarkan kepada data sebenar, antaranya:
Kos sara hidup semasa
Statistik hutang isi rumah
Bilangan pencarum tidak aktif yang mempunyai baki Akaun 1 melebihi RM20,000 tetapi tidak boleh diakses
Tekanan ini dibuat supaya kerajaan tidak boleh menolak tuntutan pencarum dengan alasan β€œtiada data”, β€œtiada asas” atau β€œtidak mendesak”.

Soalan 2: Siapa yang dimaksudkan dengan β€œpencarum terpinggir”?
Jawapan:
Pencarum terpinggir ialah kumpulan yang sering tercicir daripada pertimbangan dasar, termasuk:
Pencarum tidak aktif
Pencarum yang mempunyai baki simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 tetapi tidak boleh diakses
Pencarum hilang pekerjaan atau pendapatan tidak menentu
Mereka ini mempunyai simpanan atas kertas, tetapi tidak mempunyai akses ketika paling memerlukan, sedangkan kos sara hidup terus meningkat.

Soalan 3: Kenapa PGIRM mendesak dividen sebagai bantuan sementara?
Jawapan:
Kerana Dividen ialah hasil simpanan pencarum sendiri, bukan dana kerajaan
Ia tidak menjejaskan prinsipal Akaun 1
Ia boleh memberi kelegaan sementara kepada pencarum yang terhimpit
Dividen dilihat sebagai langkah interim, bukan penyelesaian jangka panjang kepada masalah struktur kos sara hidup.

Soalan 4: Apa maksud β€œAkaun 1 bersasar & berperingkat”?
Jawapan:
PGIRM tidak menuntut pembukaan Akaun 1 secara menyeluruh.
Sebaliknya, yang dituntut ialah:
Bersasar β†’ hanya kepada pencarum benar-benar terdesak
Beringkat β†’ amaun terkawal, berdasarkan keperluan sebenar
Tujuannya adalah untuk:
Melindungi simpanan persaraan jangka panjang
Mengelakkan risiko kepada kestabilan KWSP
Membantu pencarum tanpa merosakkan sistem simpanan.

Soalan 5: Kenapa PGIRM tekankan tekanan awam & kesedaran rakyat, bukan surat rasmi semata-mata?
Jawapan:
Kerana realiti semasa menunjukkan:
Surat rasmi telah dihantar berulang kali
Maklum balas rasmi perlahan atau tiada
Tanpa tekanan awam, suara pencarum mudah dipinggirkan.

Tekanan awam yang diperjuangkan PGIRM ialah tekanan yang:
Berfakta
Berdisiplin
Berterusan
Bukan emosi, bukan provokasi, dan bukan huru-hara.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘40πŸ”₯4❀1😒1
REALITI PENCARUM VS NARATIF RM1 JUTA.

Saya melihat kenyataan seorang β€œpakar” yang menyebut rakyat Malaysia perlu sekurang-kurangnya RM1.3 juta untuk bersara dengan selesa.
Kemudian disusuli pula cadangan supaya pencarum melaburkan simpanan KWSP ke dalam unit trust untuk mencukupkan angka tersebut.

Izinkan saya bercakap berdasarkan realiti pencarum, bukan teori seminar. Persoalan utama bukan sama ada RM1 juta atau RM1.3 juta itu angka yang betul di atas kertas.
Persoalan sebenar ialah:
Berapa peratus pencarum yang realistik mampu mencapainya dengan gaji semasa, pekerjaan tidak tetap, dan caruman yang putus-putus?

Hakikatnya:
Majoriti pencarum bergaji rendah dan sederhana
Ramai tidak aktif, sektor gig, atau hilang pekerjaan
Sebahagian besar tidak mungkin capai RM500,000 pun, apatah lagi RM1 juta.

Apabila angka besar ini diulang tanpa konteks, ia secara tidak langsung:
Menyalahkan pencarum atas kegagalan sistem
Menormalisasikan dasar yang tidak melindungi majoriti
Dan membuka ruang eksploitasi apabila simpanan KWSP dilihat sebagai bahan jualan pelaburan. KWSP bukan dana untuk β€œdipusing” demi komisen.
Ia ialah simpanan terakhir pencarum untuk hidup selepas tenaga sudah tiada.

Jika hari ini majoriti pencarum mustahil capai RM1 juta, maka masalahnya bukan disiplin pencarum.
Masalahnya ialah:
Struktur gaji
Kos sara hidup
Dan dasar simpanan yang terputus daripada realiti rakyat biasa.

PGIRM akan terus menyuarakan perkara ini secara berfakta, berdisiplin dan berterusan.

Bukan untuk menjual harapan palsu,tetapi untuk memastikan realiti pencarum tidak disapu ke bawah karpet teori elit.

Pencarum bukan gagal.
Sistem yang gagal melindungi pencarum.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘63πŸ”₯9❀1😒1
Salam Jumaat sahabat pencarum seluruh Malaysia. Saya ingin kumpul data asas untuk rekod dan kefahaman realiti pencarum, bukan janji kelulusan atau pengumuman dasar.

Siapakah yang akan berusia 55 tahun pada tahun 2026?
Anonymous Poll
5%
SAYA
1%
PASANGAN
94%
TIADA
❀12😒7
πŸ“’ Kenyataan Rasmi PGIRM

Untuk makluman sahabat pencarum seluruh Malaysia dan pihak media:

Berdasarkan data rasmi KWSP & Kementerian Kewangan, majoriti pencarum KWSP yang menghampiri usia 55 tahun menghadapi cabaran serius:

1️⃣ Simpanan persaraan tidak mencukupi
πŸ’° Majoriti pencarum 50–55 tahun masih jauh daripada sasaran RM1.3 juta walaupun menabung sepanjang hayat kerja
πŸ“Œ KWSP, Laporan Tahunan 2025: https://www.kwsp.gov.my/en/w/epf-sustains-solid-performance-with-5-50-percent-dividend-for-simpanan-konvensional-and-5-40-percent-for-simpanan-shariah-fn

2️⃣ Akses Akaun 1 terhad
πŸ”’ Ramai pencarum mempunyai baki Akaun 1 tetapi tidak boleh diakses ketika memerlukan untuk kos hidup harian dan tanggungan keluarga
πŸ“Œ MoF, Statistik Simpanan Pencarum 2025: https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-citations/over-200-000-epf-contributors-have-sufficient-basic-savings-before-age-55-mof

3️⃣ Jurang pendapatan vs kos sara hidup tinggi
πŸ“‰ Terutama pencarum suri rumah, hilang pekerjaan, bekerja dalam sektor gig, pesakit kritikal atau mempunyai tanggungan keluarga besar. Simpanan atas kertas tidak mencukupi untuk keperluan asas.

Cadangan PGIRM:
βœ… Pengeluaran Akaun 1 bersasar maksimum RM50,000 ke Akaun Fleksibel bagi pencarum benar-benar terdesak

βœ… Tujuan sementara untuk menampung kos hidup asas, pinjaman rumah, dan tanggungan keluarga

βœ… Pelaksanaan bersasar & berperingkat, bukan pembukaan penuh semua Akaun 1

Langkah ini bukan janji kelulusan, tetapi usaha PGIRM menyuarakan fakta dan realiti pencarum berdasarkan data rasmi.

Azmi menegaskan:
Suara pencarum adalah realiti kehidupan rakyat, bukan sentimen atau provokasi. Tekanan berdisiplin dan kesedaran awam diperlukan supaya dasar KWSP lebih adil dan realistik.

Sekian, terima kasih

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀53πŸ‘23πŸ”₯13😒2πŸ™2
Salam dan selamat pg shbt pencarum seluruh Malaysia..

Utk makluman sy terima byk msg kerisauan dr shbt pencarum justeru sy x mampu menjawab semua. Sehubungan itu sy sediakan FAQ bg menjawab semua persoalanπŸ‘‡πŸ‘‡

FAQ: Akta KWSP β€” Fakta vs Persepsi

❌ Persepsi:
β€œTak boleh buat apa-apa sebab semua terikat dengan Akta KWSP.”

βœ… Fakta:
Akta KWSP bukan undang-undang beku.
Ia memberi kuasa kepada kerajaan & Lembaga KWSP untuk membuat pengecualian, peraturan khas dan pelarasan dasar mengikut keadaan semasa.

πŸ“£ Soalan 1:
Jika Akta KWSP ketat, macam mana pengeluaran khas sebelum ini boleh berlaku?

Jawapan:
Pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra & Pengeluaran Khas dibuat di bawah Akta KWSP yang sama melalui:
Kuasa Menteri Kewangan
Peraturan khas & pengecualian sementara
πŸ‘‰ Ini bukti Akta membenarkan fleksibiliti dasar.

πŸ“£ Soalan 2:
Jadi apa sebenarnya yang menghalang pengeluaran Akaun 1 sekarang?

Jawapan:
Bukan Akta.
πŸ‘‰ Ia keputusan dasar (policy decision) kerajaan semasa β€” sama ada mahu atau tidak.

πŸ“£ Soalan 3:
Adakah menekan kerajaan ini melanggar undang-undang?
Jawapan:
Tidak.
πŸ‘‰ Menyuarakan desakan berasaskan fakta adalah hak rakyat & pencarum, bukan kesalahan undang-undang.

πŸ“£ Soalan 4:
Kenapa pencarum masih perlu bersuara kalau kerajaan boleh kata β€œtak boleh”?
Jawapan:
Kerana setiap dasar KWSP sebelum ini lahir daripada tekanan realiti rakyat, bukan diam dan menunggu.

🧾 Kesimpulan Rasmi PGIRM:
Akta KWSP bukan penghalang mutlak.
Isu sebenar ialah keberanian dasar & keutamaan kerajaan terhadap pencarum terdesak.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘54😒14❀7πŸ”₯3
πŸ”₯42❀4
FAQ

β€œKWSP: Sampai Bila Pencarum Disuruh Diam & Tunggu?”

FAQ ini disediakan untuk menjawab persepsi yang diulang-ulang, bukan untuk pujuk, tetapi untuk jelaskan realiti.

❓ β€œSelagi PM ni memerintah, memang takkan lulus. Jadi tak guna tekan kerajaan.”

Jawapan: Dasar KWSP bukan milik individu, tetapi keputusan kerajaan dan Lembaga KWSP.
Sejarah pengeluaran khas berlaku di bawah akta yang sama, melalui keputusan dasar.
Kalau pencarum diam, tiada apa yang akan berubah.
πŸ‘‰ Diam bukan strategi. Diam hanya memudahkan dasar menolak realiti pencarum.

❓ β€œDah dapat STR, SARA, bantuan sekolah β€” KWSP memang tak perlu.”

Jawapan: Bantuan tunai bersifat sementara.
KWSP ialah wang pencarum sendiri, bukan bantuan kerajaan.
Bantuan tak menyelesaikan sewa rumah, hutang, atau kos hidup berpanjangan.
πŸ‘‰ Bantuan bukan penyelesaian struktur kos sara hidup.

❓ β€œAkta KWSP ketat. Tekan pun tak boleh buat apa.”

Jawapan: Ini persepsi salah.
Pengeluaran i-Lestari, i-Sinar, i-Citra & Pengeluaran Khas berlaku di bawah Akta KWSP yang sama melalui:
Kuasa Menteri
Peraturan khas
Pengecualian sementara
πŸ‘‰ Masalah hari ini bukan Akta, tetapi keputusan dasar.

❓ β€œSudah-sudahlah. Dari 2021 sampai sekarang tak jadi apa.”

Jawapan: Kalau tekanan awam tiada kesan, pengeluaran khas sebelum ini takkan berlaku langsung.
Setiap dasar besar lahir daripada tekanan realiti rakyat, bukan kerana rakyat diam dan berharap.
πŸ‘‰ Berhenti bersuara = serah kalah.

❓ β€œMove on sajalah. Terima hakikat.”

Jawapan: Move on tanpa jalan keluar bukan matang itu putus asa.
Pencarum bukan minta percuma. Pencarum minta akses kepada wang sendiri ketika terdesak.
πŸ‘‰ Hak tidak hilang hanya kerana disuruh senyap.

🧾 Kesimpulan Rasmi PGIRM
Pencarum marah bukan kerana keliru.

Pencarum marah kerana realiti hidup semakin sempit, tetapi dasar kekal kaku.
Akta bukan penghalang.
Isunya keberanian dasar dan keutamaan kerajaan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘49❀3πŸ”₯1😱1
Salam dan selamat pagi shbt pencarum seluruh Malaysia..

πŸ“Œ Polisi Komen Rasmi PGIRM

Untuk Makluman:
Ruang ini dibuka untuk perbincangan berfakta mengenai isu KWSP dan realiti pencarum.

Komen berunsur provokasi, perkauman, fitnah, serangan peribadi atau sindiran melampau tidak akan dilayan dan akan disembunyikan atau disekat.

PGIRM kekal fokus menyuarakan hak & fakta pencarum, bukan melayan emosi atau perpecahan spt iniπŸ‘†πŸ‘†.

Terima kasih kepada pencarum yang terus berdiskusi secara matang.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀56πŸ‘Œ7
Kenyataan Presiden PGIRM

Saya ambil maklum permintaan sebahagian pencarum yang mendesak supaya satu himpunan aman dianjurkan bagi menekan kerajaan berhubung isu pengeluaran KWSP bersasar.

Saya faham kemarahan, kekecewaan dan tekanan hidup yang ditanggung pencarum hari ini β€” hutang tertunggak, kos sara hidup tinggi, dan ketidakpastian masa depan. Emosi itu nyata dan tidak dibuat-buat.

Namun, PGIRM tidak akan menganjurkan himpunan aman buat masa ini.
Keputusan ini bukan kerana takut, bukan kerana tunduk, dan bukan kerana perjuangan ini telah berakhir.

Sebaliknya, ia dibuat atas tanggungjawab supaya pencarum tidak didorong ke medan yang berisiko kepada diri mereka sendiri tanpa jaminan hasil dasar.

Sejarah menunjukkan tidak semua tekanan jalanan membawa penyelesaian dasar. Ada yang akhirnya hanya mencatatkan kehadiran, tetapi gagal mencatatkan perubahan. PGIRM memilih tekanan yang berdisiplin, berfakta dan berasaskan data pencarum terkesan, supaya suara ini direkod, bukan disenyapkan.

Perjuangan KWSP bukan soal siapa paling lantang hari ini, tetapi soal hak pencarum yang mesti diakui dan dipertimbangkan secara dasar.

PGIRM akan terus menyuarakan realiti pencarum melalui saluran yang tidak memerangkap pencarum dan tidak memudaratkan perjuangan jangka panjang.
Sekian.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘57πŸ™3❀2πŸ‘Œ2πŸ”₯1😒1
KENYATAAN TEGAS PGIRM
JANGAN SALAHKAN NGO, JAWAB DASAR


Hentikan naratif songsang.
PGIRM bukan kerajaan.
PGIRM bukan pembuat dasar.
PGIRM tidak mempunyai kuasa meluluskan pengeluaran KWSP walau satu sen.


Jika ada pihak yang kecewa kerana tiada perkembangan, soalan yang betul ialah:
πŸ‘‰ Mengapa kerajaan memilih untuk berdiam diri hampir 5 tahun?
πŸ‘‰ Mengapa pintu rundingan ditutup sepenuhnya?
πŸ‘‰ Mengapa surat rasmi, memorandum dan cadangan dasar tidak pernah dijawab?

PGIRM tidak akan:
Menjual harapan palsu
Menenangkan pencarum dengan ayat manis tanpa kuasa
Mengelirukan rakyat dengan janji yang bukan dalam bidang kami
Kami memilih untuk berkata benar walaupun tidak popular.

Hampir 5 tahun berlalu:
Yang sakit masih sakit
Yang muflis terus muflis
Yang lapar terus lapar
Yang berhutang terus berhutang
Dan sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas rasmi daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Jika kerajaan memilih untuk menutup pintu kepada NGO dan suara pencarum, jangan salahkan NGO kerana tidak mampu memecahkan tembok itu.

PGIRM akan terus:
Merekod penderitaan pencarum
Menyimpan bukti kegagalan dasar
Bersedia bertindak apabila ruang sebenar dan sah dibuka
Perjuangan ini bukan untuk populariti.
Ia tentang
amanah, kejujuran dan rekod sejarah.

Kami tidak menipu.
Kami tidak berdiam.
Kami cuma tidak tunduk pada dusta.


Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘81❀10πŸ”₯6😒2πŸ‘1
Jangan Biarkan Suara Anda Terpinggir β€” Sertai PGIRM Sekarang!

Ramai tanya:
β€œApa faedah jadi ahli PGIRM?”
Jawapannya mudah:

1️⃣ Suara Anda Dikira
Isu KWSP terlalu besar untuk diperjuangkan secara individu.
Bila jadi ahli berbayar, suara anda dikumpulkan bersama ratusan lagi lebih kuat, lebih didengar.

2️⃣ PGIRM Ada Rekod Perjuangan 2021–2025
Setiap tuntutan dibuat secara rasmi:
βœ” Surat kepada MOF & KWSP
βœ” Sesi libat urus
βœ” Tekanan media nasional
βœ” Fakta & data rasmi

3️⃣ Ahli Dapat Akses Maklumat Tepat & Terkini
β€” Polisi KWSP
β€” Akaun 1, 2 & 3
β€” Dasar kerajaan
β€” Solidariti pencarum
Ahli mendapat info eksklusif yang tidak boleh didapati di media sosial.

4️⃣ Ahli Menentukan Arah Perjuangan. Semua langkah besar PGIRM berpandukan suara ahli. β€œJadi ahli PGIRM bukan untuk hype tapi untuk pastikan suara pencarum tidak diabaikan.”

5️⃣ Kekuatan PGIRM Diukur Dengan Bilangan Ahli Berbayar, Semakin ramai ahli, semakin besar kuasa menekan kerajaan. Ini bukan percuma kerana suara sebenar bernilai.

πŸ“Œ Sertai sebagai ahli berbayar PGIRM.
Jangan tunggu suara anda terpinggir.

➑ Klik untuk daftar & bayar yuran keahlian

http://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSekRoTFnp1MxiHywlLGYaCWZwtS_5uGpWKx2bL8dTelx3Dtfw/viewform?usp=sf_link

2) Pembayaran boleh dibuat secara melalui transfer online atau bank in kepada akaun Pertubuhan ⬇️⬇️⬇️

Maybank
568603051142
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

Yuran Pendaftaran RM5 - wajib
Yuran Tahunan RM 10 - wajib
Yuran Ahli Seumur Hidup
RM 200 - pilihan

Sekiranya pembayaran yuran adalah secara bank in, Pemohon wajib membuat bayaran terlebih dahulu dan ambil gambar resit tersebut. Manakala sekiranya transfer melalui e-banking, Pemohon wajib screenshot dahulu transaksi tersebut. Kemudian barulah mengisi form secara online dan sertakan sekali resit bayaran ke dalam folder yang disediakan.

3) Selepas pembayaran dan pengesahan pembayaran diberikan, kelulusan dan maklumbalas daripada pihak PGIRM adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.

Akhir sekali, Terima kasih kami ucapkan diatas sokongan Tuan/Puan dalam menyokong PGIRM dalam usaha merealisasikan Tuntutan dan Perancangan Pertubuhan.

Sekian, Salam Hormat.
πŸ”₯31❀17😒2
πŸ‘88πŸ‘29πŸ”₯11❀5😒1
πŸ‘†πŸ‘†Komen begini biasanya datang daripada mereka yang tak pernah rasa hidup susah dan tersepit. Yang terkesan faham, yang selesa akan terus menghina.
πŸ‘40πŸ”₯7πŸ‘Œ5❀1
Forwarded from Malaysiagazette
Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar – Anwar

Bernama

Anwar berkata langkah itu sejajar dengan tekad Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat, dengan sebanyak 3.1 juta individu bujang turut menerima manfaat SARA melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad bermula hari ini.

https://malaysiagazette.com/2026/01/16/penambahbaikan-sara-pastikan-bantuan-lebih-tersusun-bersasar-anwar/
❀10
Ini bukan dakwaan, bukan kenyataan media, dan bukan janji.

Ini ialah maklum balas bertulis KWSP kepada pertanyaan pencarum melalui platform rasmi.

Fakta yang diakui:
βœ…οΈ Akaun Fleksibel layak menerima dividen
βœ…οΈ Pengagihan dividen dibuat mengikut baki setiap akaun

Fakta yang masih terikat dasar:
❌️ Dividen tidak boleh dikreditkan hanya ke Akaun Fleksibel
Ini isu dasar, bukan isu teknikal.

Dan dasar wujud untuk dibincang, dinilai, dan ditambah baik melalui rekod, hujah berfakta, dan tekanan awam yang beradab.

Ratusan ribu pencarum berhak bertanya dan bersuara.
Itu bukan hasutan. Itu hak dalam demokrasi.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ”₯33❀9😒3
Terima kasih atas soalan.

Jawapan saya pencarum tidak ada kuasa mengubah dasar secara terus.
Tapi pencarum ADA kuasa memaksa dasar ini dibincangkan dan dinilai semula.

Cara membantu bukan dengan marah, bukan dengan maki, dan bukan dengan berharap senyap-senyap.

Cara yang berkesan ialah:
1️⃣ Komen/Rekodkan suara pencarum secara rasmi dan berterusan.
2️⃣ Kekalkan hujah berfakta, bukan emosi.
3️⃣ Tekanan awam yang konsisten, bukan bermusim.

Tugas saya bukan menjual janji kelulusan.
Tugas saya ialah mengumpul, menyusun dan membawa suara pencarum sebagai rekod supaya pembuat dasar tak boleh lagi berpura-pura tak dengar.

Dasar tak berubah kerana kasihan.
Dasar berubah kerana tekanan berfakta dan jumlah suara.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘55❀8πŸ”₯7🀝2😒1