CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.35K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai suara pencarum KWSP.
Isu ini bukan soal politik.

Ini soal kehidupan rakyat yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi.

PGIRM akan terus menyuarakan kebimbangan pencarum agar dasar yang dibuat benar-benar mengambil kira realiti rakyat.

https://www.mediatelus.com//detail/14645
❀37πŸ‘17😒1
SUARA PENCARUM SUDAH SAMPAI KE MEDIA.

Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kenyataan PGIRM mengenai kebimbangan dan suara pencarum KWSP.

Ini membuktikan satu perkara β€” isu yang dibangkitkan bukan sekadar suara kecil di media sosial, tetapi realiti yang sedang dirasai oleh ramai rakyat ketika ini.

Ramai pencarum sedang bergelut dengan kos sara hidup, tekanan hutang dan ketidaktentuan ekonomi.

Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, setiap keputusan dasar yang melibatkan simpanan rakyat perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat.

PGIRM akan terus menyuarakan pandangan dan kebimbangan pencarum agar suara mereka tidak dipinggirkan.

Ini bukan soal politik.

Ini soal kehidupan rakyat.
❀46πŸ‘21😒2
Mohon shbt pencarum semua masuk dan komen berjemaahπŸ‘‡πŸ‘‡

https://www.facebook.com/share/p/17HADfMCpe/?mibextid=wwXIfr
❀15😒1
Assalamuakaikum semua pencarum, jom kita sama-sama komen di post ni untuk tunjukkan sokongan! πŸ’ͺ✍️

https://www.facebook.com/share/p/1aMmfectiq/

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan hak pencarum sepenuhnya dan bukannya bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak.

#SabahNews

Layari: https://sabahnews.com.my/kwsp-hak-pencarum-bukan-bantuan-kerajaan-pgirm/
πŸ‘25❀1😒1🀝1
Sahabat-sahabat pencarum, mari kita berganding bahu dan beri komen di post ini! Setiap komen anda amat bermakna. πŸ™Œ

https://vt.tiktok.com
/ZSuPpg6mY/

*KWSP hak pencarum, bukan bantuan kerajaan - PGIRM*
πŸ‘28❀1😒1
πŸ“’ REALITI RAKYAT – KOS HIDUP SEMAKIN BERAT

Kerajaan perlu tahu: angka rasmi inflasi 1.6% pada Januari 2026 tidak mencerminkan apa yang rakyat rasa. Tekanan sebenar datang dari kenaikan kos hidup yang nyata setiap hari.

πŸ’‘ Fakta penting:
Harga makanan sejak 2020 naik hampir 18%, gaji hanya naik Β±8%.
Makanan popular rakyat seperti roti canai, nasi lemak, ayam naik 70–110% dalam 10–13 tahun.
Makan di restoran/warung naik lebih cepat, sekitar 3% setahun.

πŸ“Œ Apa maksudnya?
Rakyat terpaksa belanja lebih setiap hari.

Kuasa beli semakin terhakis.
Statistik rasmi tidak menggambarkan tekanan sebenar rakyat.

⚠️ Kesimpulan:
Kerajaan perlu ambil tindakan segera & bersasar:
πŸ‘‰ Penstabilan harga barangan asas
πŸ‘‰ Bantuan kos sara hidup yang lebih efektif
πŸ‘‰ Strategi jangka panjang bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban


Rakyat perlu didengar. Fakta perlu diambil serius. Ini bukan sekadar angka statistik – ini realiti kehidupan rakyat Malaysia.

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘62❀7😒1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Tarikh 15 Mac 2026
Kuala Lumpur

Tekanan Kos Hidup Rakyat Tidak Boleh Diabaikan – Kerajaan Wajar Pertimbangkan Pengeluaran KWSP Bersasar

PGIRM menegaskan bahawa keadaan geopolitik dunia kini semakin tidak menentu. Ketegangan di Timur Tengah, termasuk risiko gangguan laluan strategik seperti Selat Hormuz, memberi kesan langsung kepada harga minyak global. Kesan rantaian daripada kenaikan harga minyak akan sampai terus kepada rakyat melalui kos pengangkutan, harga makanan, dan inflasi yang meningkat.

Realitinya, rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan kos hidup yang nyata. Ramai masih menanggung hutang, kehilangan pekerjaan stabil, atau menghadapi pendapatan yang tidak menentu. Angka statistik semata-mata tidak menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi rakyat setiap hari.

Dalam konteks ini, PGIRM menekankan bahawa cadangan pengeluaran KWSP bersasar dan berperingkat bukanlah satu bentuk kemudahan populis, sebaliknya satu langkah pragmatik untuk membantu pencarum yang benar-benar terdesak.

Langkah ini dapat meringankan tekanan hidup rakyat yang berada dalam keadaan kritikal, tanpa menjejaskan kestabilan sistem simpanan jangka panjang.

PGIRM juga ingin menegaskan bahawa langkah ini mampu mengelakkan rakyat daripada terjerumus ke dalam hutang berisiko tinggi atau pinjaman tidak terkawal semata-mata untuk memenuhi keperluan harian.

Kerajaan perlu menunjukkan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kos hidup yang meningkat, dasar fleksibel dan responsif bukan pilihan, tetapi keperluan. Menilai semula pengeluaran KWSP bersasar adalah langkah wajar, bertanggungjawab, dan perlu dipertimbangkan segera demi rakyat yang benar-benar terkesan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀50πŸ‘27πŸ”₯2😒1
KUALA LUMPUR 15 Mac β€” Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu ketika ini berpotensi memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir, berkata ketegangan di Timur Tengah termasuk risiko gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz boleh menjejaskan harga minyak global. Kenaikan harga minyak berkemungkinan memberi kesan rantaian kepada rakyat melalui peningkatan kos pengangkutan, harga makanan serta kadar inflasi.

Menurutnya, realitinya rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos hidup yang semakin ketara, dengan ramai masih menanggung beban hutang, kehilangan pekerjaan stabil atau berhadapan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Beliau berkata angka statistik semata-mata tidak menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi rakyat dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, Azmi berkata cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dan berperingkat bukanlah langkah populis, sebaliknya satu pendekatan pragmatik bagi membantu pencarum yang benar-benar terdesak.

Menurutnya, langkah tersebut berpotensi meringankan tekanan hidup rakyat yang berada dalam keadaan kritikal tanpa menjejaskan kestabilan sistem simpanan jangka panjang.

Beliau turut menegaskan pendekatan itu juga mampu mengelakkan rakyat daripada terjerumus ke dalam hutang berisiko tinggi atau pinjaman tidak terkawal semata-mata untuk memenuhi keperluan harian.

β€œKerajaan perlu menunjukkan kepekaan terhadap realiti kehidupan rakyat. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup, dasar yang fleksibel dan responsif bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.

β€œPenilaian semula terhadap pengeluaran KWSP bersasar merupakan langkah wajar, bertanggungjawab dan perlu dipertimbangkan segera demi membantu rakyat yang benar-benar terkesan,” katanya.

https://www.mediatelus.com//detail/14653
❀67πŸ”₯16😒3
KENYATAAN MEDIA PGIRM

Tarikh 16 Mac 2026
Kuala Lumpur

β€œTiada Pakej Rangsangan: Jadi Mengapa Rakyat Tidak Dibenarkan Akses Wang Sendiri?”

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, bahawa kerajaan tidak bercadang memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi buat masa ini walaupun terdapat ketidaktentuan global.

Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Harian Metro dan boleh dirujuk melalui laporan berikut:
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/03/1334345/tiada-pakej-rangsangan-ekonomi-buat-masa-ini-amir-hamzah

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memahami keperluan kerajaan mengekalkan disiplin fiskal negara serta mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Namun dalam masa yang sama, realiti di lapangan menunjukkan semakin ramai rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, komitmen hutang dan kehilangan sumber pendapatan. Terdapat juga pemerhatian bahawa sebahagian rakyat terpaksa mengambil pinjaman bagi menampung keperluan asas dan perbelanjaan harian, khususnya ketika musim perayaan semakin hampir.

Sekiranya kerajaan memilih untuk tidak memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi menggunakan dana kerajaan, maka wajar dipertimbangkan satu langkah alternatif yang tidak membebankan fiskal negara, iaitu memberi ruang kepada pencarum yang benar-benar terdesak untuk mengakses sebahagian simpanan mereka sendiri secara bersasar dan berperingkat.

Pengeluaran KWSP secara bersasar bukanlah wang kerajaan. Ia adalah wang milik pencarum sendiri yang dikumpulkan sepanjang tempoh mereka bekerja.

Justeru, persoalan yang semakin timbul dalam kalangan pencarum hari ini adalah mudah:

Jika kerajaan tidak mahu mengeluarkan dana kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi, mengapa rakyat juga tidak dibenarkan mengakses wang mereka sendiri ketika berdepan tekanan kewangan?

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa pendekatan pengeluaran KWSP secara bersasar boleh menjadi satu penyelesaian yang lebih seimbang β€” membantu pencarum yang benar-benar memerlukan tanpa menambah beban kepada kewangan negara.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, dasar yang lebih seimbang dan realistik amat diperlukan agar rakyat tidak terus terperangkap dalam tekanan hutang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀37πŸ‘19πŸ”₯15
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua. Teruskan semangat kebersamaan dan inovasi demi masa depan yang lebih gemilang.
πŸ‘74❀23πŸ‘Œ2
Peringatan dan Pesanan Khidmat Masyarakat..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

SCAMMER! Sila komen brp ramai yg TERKENA sbg rekod utk TINDAKAN lanjut..

https://vt.tiktok.com/ZSuEUoLaL/
😒6
Pengumuman..

Salam dan selamat sejahtera shbt pencarum seluruh malaysia.

Utk makluman semua walaupun berat hati sy utk berkongsi mklman ini ttp sy perlu memberitahu bhw sy dimaklumkan pihak kerajaan sebulat suara tlh menutup pintu rundingan bg membincangkan tuntutan kwsp bersasar dgn apa cara sekali pun ia ttp tidak wajar dibincangkan kerana ia melibatkan ms depan pencarum itu sendiri.

Bg pihak PGIRM xde apa lagi solusi yg dpt diketengahkan kerana kerajaan tlh membuat keputusan utk tidak membincangkannya lg dan mengesa pencarum utk mencari solusi bgmana utk selesaikan mslh ekonomi keluarga tanpa melibatkan wang persaraan kwsp..πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Dengan kenyataan ini, semua pihak diharap memahami bahawa tiada lagi ruang untuk perbincangan. Kami mohon tiada sebarang pertanyaan atau ulasan lanjut. Keputusan ini adalah muktamad. Terima kasih atas pemahaman semua.πŸ™πŸ™πŸ™

Sekian,terima kasih.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
😒91❀6πŸ‘Œ6🀝4πŸ”₯2
Perkembangan Terkini..

Utk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia.

Sekian,terima kasih.
❀52πŸ‘21😱2
😒8❀1πŸ‘1🀝1
Sy terima byk msg slps membuat pengumuman pintu rundingan telah ditutup dan kebanyakkan mrk katakan ia hny rekaan cerita yg dibuat oleh sy dan mrk x percaya kerajaan tutup pintu rundingan,persoalan utk apa sy reka cerita jika benar x tutup mengapa perlu usaha hingga 5thn lamanya?

Masalah skg bukan tiada usaha,bermacam2 cara sudah digunakan dan akhirnya Kerajaan telah buat keputusan muktamad tiada lg perbincangan.

Sekian,terima kasih..
πŸ‘43😱10😒5❀3
Salam dan slmt mlm shbt pencarum,walau pintu perbincangan telah ditutup oleh MOF,sy msh usaha dgn hubungi Senator dan beliau minta sy dptkan data berapa ramai pencarum yg punyai baki terkini didalam akaun 1?

Mohon vote poll ini utk rekod.. Sekian,tksh
Anonymous Poll
52%
1. RM100,000 Kebawah
48%
2. RM100,000 Keatas
πŸ‘49πŸ”₯17😒3🀝3
Salam dan slmt pg shbt pencarum seluruh Malaysia,utk makluman semua..
❀56πŸ‘28😒1