KENYATAAN MEDIA PGIRM
Tarikh 16 Mac 2026
Kuala Lumpur
“Tiada Pakej Rangsangan: Jadi Mengapa Rakyat Tidak Dibenarkan Akses Wang Sendiri?”
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum kenyataan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, bahawa kerajaan tidak bercadang memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi buat masa ini walaupun terdapat ketidaktentuan global.
Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Harian Metro dan boleh dirujuk melalui laporan berikut:
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/03/1334345/tiada-pakej-rangsangan-ekonomi-buat-masa-ini-amir-hamzah
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memahami keperluan kerajaan mengekalkan disiplin fiskal negara serta mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Namun dalam masa yang sama, realiti di lapangan menunjukkan semakin ramai rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, komitmen hutang dan kehilangan sumber pendapatan. Terdapat juga pemerhatian bahawa sebahagian rakyat terpaksa mengambil pinjaman bagi menampung keperluan asas dan perbelanjaan harian, khususnya ketika musim perayaan semakin hampir.
Sekiranya kerajaan memilih untuk tidak memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi menggunakan dana kerajaan, maka wajar dipertimbangkan satu langkah alternatif yang tidak membebankan fiskal negara, iaitu memberi ruang kepada pencarum yang benar-benar terdesak untuk mengakses sebahagian simpanan mereka sendiri secara bersasar dan berperingkat.
Pengeluaran KWSP secara bersasar bukanlah wang kerajaan. Ia adalah wang milik pencarum sendiri yang dikumpulkan sepanjang tempoh mereka bekerja.
Justeru, persoalan yang semakin timbul dalam kalangan pencarum hari ini adalah mudah:
Jika kerajaan tidak mahu mengeluarkan dana kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi, mengapa rakyat juga tidak dibenarkan mengakses wang mereka sendiri ketika berdepan tekanan kewangan?
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berpandangan bahawa pendekatan pengeluaran KWSP secara bersasar boleh menjadi satu penyelesaian yang lebih seimbang — membantu pencarum yang benar-benar memerlukan tanpa menambah beban kepada kewangan negara.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, dasar yang lebih seimbang dan realistik amat diperlukan agar rakyat tidak terus terperangkap dalam tekanan hutang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Harian Metro
Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini - Amir Hamzah | Harian Metro
Kuala Lumpur: Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
❤37👍19🔥15
Peringatan dan Pesanan Khidmat Masyarakat..👇👇👇
SCAMMER! Sila komen brp ramai yg TERKENA sbg rekod utk TINDAKAN lanjut..
https://vt.tiktok.com/ZSuEUoLaL/

😢6
Pengumuman..
Salam dan selamat sejahtera shbt pencarum seluruh malaysia.
Utk makluman semua walaupun berat hati sy utk berkongsi mklman ini ttp sy perlu memberitahu bhw sy dimaklumkan pihak kerajaan sebulat suara tlh menutup pintu rundingan bg membincangkan tuntutan kwsp bersasar dgn apa cara sekali pun ia ttp tidak wajar dibincangkan kerana ia melibatkan ms depan pencarum itu sendiri.
Bg pihak PGIRM xde apa lagi solusi yg dpt diketengahkan kerana kerajaan tlh membuat keputusan utk tidak membincangkannya lg dan mengesa pencarum utk mencari solusi bgmana utk selesaikan mslh ekonomi keluarga tanpa melibatkan wang persaraan kwsp..😪😪
Dengan kenyataan ini, semua pihak diharap memahami bahawa tiada lagi ruang untuk perbincangan. Kami mohon tiada sebarang pertanyaan atau ulasan lanjut. Keputusan ini adalah muktamad. Terima kasih atas pemahaman semua.🙏🙏🙏
Sekian,terima kasih.
Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

😢91❤6👌6🤝4🔥2
😢8❤1👍1🤝1
Sy terima byk msg slps membuat pengumuman pintu rundingan telah ditutup dan kebanyakkan mrk katakan ia hny rekaan cerita yg dibuat oleh sy dan mrk x percaya kerajaan tutup pintu rundingan,persoalan utk apa sy reka cerita jika benar x tutup mengapa perlu usaha hingga 5thn lamanya?
Masalah skg bukan tiada usaha,bermacam2 cara sudah digunakan dan akhirnya Kerajaan telah buat keputusan muktamad tiada lg perbincangan.
Sekian,terima kasih..

👍43😱10😢5❤3
Salam dan slmt mlm shbt pencarum,walau pintu perbincangan telah ditutup oleh MOF,sy msh usaha dgn hubungi Senator dan beliau minta sy dptkan data berapa ramai pencarum yg punyai baki terkini didalam akaun 1?
Mohon vote poll ini utk rekod.. Sekian,tksh

Anonymous Poll
52%
1. RM100,000 Kebawah
48%
2. RM100,000 Keatas
👏49🔥17😢3🤝3
Nk jwb apa komen mohd faizal ni?👆👆dia faham x status sy atau blur2? Baik sy jwb dgn bahasa paling mudah faham oleh semua peringkat termasuk bdk2 darjah 6 boleh faham.
Apa yg cuba sy sampaikan mmg benar kwsp ada data lengkap berapa yg punyai simpanan akaun 1 <100,000 dan >100,000 cumanya dlm data kwsp tiada nyatakan berapa jumlah pencarum yg benar2 terdesak yg memerlukan jd x boleh guna data kwsp sbg penanda aras pencarum terdesak! Itu sbb sy perlukan data dr pencarum sendiri yg terdesak kongsi info dan bg yg tidak terdesak mrk x akan layan permintaan ini kerana mrk tidak memerlukan sbb makan minum masih cukup atas meja..

👏45❤14👍11😢1🤝1
Perkembangan Terkini..
Dari sumber yg dipercayai PMX sudah membuat keputusan dan ketetapan bhw tidak akn ada PRU dlm ms terdekat dan ia hny akan berlaku pd Feb 2028,muktamad.
-Sumber
Sekian,harap maklum.

😱23👏11👍5❤3🤝1
❤4
Forwarded from Presiden PGIR
Pengumuman..
Selepas sy membaca komen2 dan sy trigger ttg penyakit,kwsp ada senaraikan 24jenis penyakit kritikal dan mana2 ahlinya yg terlibat tanpa mengira usia boleh memohon pengeluaran hilang upaya,pergi ke kaunter dan minta borang pengeluaran hilang upaya. 1set utk pencarum isi dan 1set lg utk doktor yg merawat isi kemudian serahkan borang yg tlh diisi kpd pgw kwsp dikaunter dan mklm dgn pgw hospital mana nk pergi dan dptkan tarikh utk temujanji dgn panel doktor kwsp,selesai dlm tempoh seminggu dpt keputusan samada melalui email atau sms dan jika keputusan berjaya dlm ms 3hr selepas terima email atau sms,shbt akn terima sms atau email duit masuk kesemua yg ada dlm simpanan.
Sekian,harap maklum

❤19👍7🤝1
KRISIS DUNIA SEMAKIN DEKAT. RAKYAT MASIH DISURUH TUNGGU.
Bila harga minyak dunia naik,
bila kos hidup menekan,
bila rakyat mula sesak nafas
JANGAN SURUH RAKYAT DIAM.
Ini bukan soal manja.
Ini soal bertahan hidup.
Jika benar dunia menuju ketidaktentuan,
jika benar krisis global makin hampir
KENAPA RAKYAT TAK BOLEH AKSES DUIT MEREKA SENDIRI SECARA TERHAD?
Kami tidak minta semua.
Kami tidak minta bebas.
Kami minta:
➡️ Bersasar
➡️ Berperingkat
➡️ Berstrategik
Kerana yang terhimpit bukan angka atas kertas.
Yang terhimpit adalah rakyat sebenar.
Jangan tunggu rakyat jatuh dulu baru mahu bertindak.

❤60👍12👏1😱1🤝1
PERKEMBANGAN TERKINI
Untuk makluman shbt pencarum seluruh Malaysia saya telah menerima panggilan rasmi daripada pihak berkaitan untuk menghadiri satu sesi mesyuarat bagi membincangkan isu tuntutan pencarum KWSP.
Ini menunjukkan bahawa suara pencarum kini telah sampai ke peringkat perbincangan yang lebih serius.
Namun begitu, buat masa ini saya masih berada di wad hospital dan belum dibenarkan keluar. Sehubungan itu, saya telah memohon agar sesi mesyuarat ini dapat dijadualkan semula dalam masa terdekat.
Saya ingin tegaskan saya komited untuk hadir sendiri dalam sesi ini bagi memastikan suara pencarum dibawa secara terus, jelas dan berprinsip.
Buat masa ini, saya tidak akan mendedahkan butiran lanjut berhubung pihak yang terlibat bagi menjaga kelancaran proses perbincangan yang sedang diatur.
Perjuangan ini tidak akan terhenti.
Sebarang perkembangan lanjut akan saya maklumkan dari semasa ke semasa.

❤110👍47🔥15👏5😢4🤝1
PGIRM Tegur Kerajaan: Batalkan Automatic Pricing Mechanism, Kekal Subsidi Langsung!
Kami terima banyak aduan rakyat keliru dengan harga naik. PGIRM menuntut kerajaan batalkan mekanisme harga mingguan dan kekalkan subsidi terus. Rakyat berhak tahu, dan kami desak kebertanggungjawaban.
#PGIRM #SubsidiRakyat #Keterbukaan

❤40🔥19🤝1
KENYATAAN MEDIA
Untuk Edaran
Tarikh 09 April 2026
Kuala Lumpur
“MINYAK DUNIA TURUN NAIK — KENAPA RAKYAT MALAYSIA TERUS TERTEKAN?”
PGIRM Tegur Kerajaan: Jangan Berlindung Di Sebalik Formula, Tampil Jelaskan Kepada Rakyat
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menzahirkan teguran tegas terhadap kerajaan yang dilihat gagal tampil memberikan penjelasan menyeluruh berhubung kekeliruan rakyat mengenai kenaikan harga diesel dan barangan keperluan.
Sejak kebelakangan ini, PGIRM menerima pelbagai aduan daripada rakyat yang semakin keliru apabila harga minyak dunia dilaporkan turun naik sekitar paras munasabah, namun harga dalam negara terus memberi tekanan kepada pengguna. Keadaan ini menimbulkan persoalan yang wajar: di manakah penjelasan rasmi kerajaan?
Hakikatnya, situasi ini bukan semata-mata berpunca daripada pasaran global, tetapi berkait rapat dengan pelaksanaan Automatic Pricing Mechanism (APM) serta pendekatan subsidi yang telah dikurangkan. Apabila mekanisme ini dilaksanakan tanpa penjelasan yang jelas dan telus kepada rakyat, ia membuka ruang kepada spekulasi, salah faham dan ketidakpercayaan.
Lebih membimbangkan, apabila rakyat mempersoalkan keadaan ini, mereka dilabel sebagai menyebarkan maklumat tidak tepat sedangkan punca utama kekeliruan adalah kegagalan komunikasi dan ketelusan daripada pihak berwajib sendiri.
PGIRM ingin menegaskan bahawa ini bukan sekadar isu harga minyak. Ini adalah isu keutamaan dasar dan kebertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat.
Jika negara lain mampu mengambil langkah intervensi untuk mengurangkan beban rakyat, mengapa Malaysia masih dilihat bergantung sepenuhnya kepada formula tanpa mengambil kira kesan langsung kepada kehidupan rakyat?
Sehubungan itu, PGIRM mengemukakan tuntutan berikut:
Kerajaan tampil segera dengan penjelasan rasmi yang jelas dan mudah difahami mengenai mekanisme penetapan harga bahan api.
● Menilai semula pelaksanaan Automatic Pricing Mechanism (APM) agar tidak membebankan rakyat secara berterusan.
● Mengembalikan elemen subsidi yang lebih menyeluruh atau bersasar secara efektif bagi melindungi golongan terkesan.
● Menghentikan pendekatan menyalahkan rakyat, sebaliknya memperkukuh komunikasi dasar secara telus dan konsisten.
PGIRM percaya rakyat bukan sekadar pengguna, tetapi pemegang hak yang berhak mendapat penjelasan yang jujur dan dasar yang adil. Ketelusan bukan satu pilihan ia adalah tanggungjawab.
Rakyat tidak menuntut sesuatu yang luar biasa. Mereka hanya menuntut kejelasan, keadilan dan kejujuran dalam setiap keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka.
Sekian, terima kasih.

❤43👍22😢4🤝1