CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

Untuk Edaran
Isnin 21hb July 2026
Kuala Lumpur

PGIRM HORMATI PENDIRIAN KERAJAAN, NAMUN KECEWA CADANGAN PENGELUARAN BERSASAR AKAUN 1 KWSP TERUS DITOLAK

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum kenyataan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 20 Julai 2026 berhubung pendirian kerajaan yang tidak akan mempertimbangkan cadangan Pengeluaran Bersasar Akaun 1 KWSP.

PGIRM menghormati hak kerajaan untuk membuat keputusan dasar berdasarkan pertimbangan pentadbiran dan kedudukan fiskal negara. Namun begitu, kami tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana memorandum dan surat representasi yang telah diserahkan melalui YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim masih belum diberikan pertimbangan yang mengambil kira realiti sebenar sebahagian pencarum.

PGIRM ingin menegaskan bahawa cadangan kami bukanlah pengeluaran secara menyeluruh atau tanpa syarat. Sejak awal, PGIRM hanya memperjuangkan Pengeluaran Bersasar Akaun 1, khusus kepada pencarum yang benar-benar layak dan memerlukan.

Kami mengambil maklum penjelasan kerajaan bahawa kemudahan Akaun Fleksibel, Akaun Sejahtera serta bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan inisiatif lain telah disediakan. Namun, berdasarkan ribuan maklum balas yang diterima PGIRM sepanjang perjuangan ini, masih terdapat ramai pencarum yang tidak dapat menikmati manfaat tersebut kerana tidak mempunyai caruman aktif, baki yang mencukupi atau berada dalam keadaan kewangan yang amat mencabar.

Bagi golongan ini, persoalannya bukan memilih antara simpanan hari tua atau kehidupan hari ini. Persoalannya ialah bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan sehingga mampu mencapai hari persaraan.

PGIRM percaya bahawa melindungi simpanan persaraan adalah matlamat yang penting. Namun dalam keadaan tertentu, pendekatan yang lebih bersasar dan berperikemanusiaan juga wajar dipertimbangkan supaya tiada pencarum yang tercicir daripada perhatian dasar negara.

Sejak kenyataan YAB Perdana Menteri disiarkan, PGIRM telah menerima banyak mesej daripada pencarum yang melahirkan rasa sedih, kecewa dan bimbang terhadap masa depan mereka. Kami memahami perasaan tersebut dan akan terus menjadi saluran yang bertanggungjawab untuk membawa suara mereka melalui pendekatan yang sah, berfakta dan berhemah.

PGIRM merakamkan penghargaan kepada YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim atas kesediaan menerima memorandum serta membawa suara pencarum kepada perhatian kerajaan.

Walaupun keputusan kerajaan ketika ini tidak memihak kepada cadangan kami, perjuangan PGIRM tidak akan terhenti. Kami akan terus mengemukakan fakta, data dan cadangan yang konstruktif demi memastikan kebajikan pencarum terus diberi perhatian.

Perjuangan ini bukan mengenai politik. Perjuangan ini adalah mengenai kelangsungan hidup sebahagian pencarum yang masih bergelut untuk meneruskan kehidupan menggunakan simpanan mereka sendiri.

"Suara Pencarum, Tanggungjawab Bersama."

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Rujukan
https://vt.tiktok.com/ZSX4tFABt/
❀63πŸ‘15πŸ‘Œ3πŸ”₯2
Apa komen shbt pencarum?
πŸ”₯64πŸ‘34😒5❀1
PGIRM menyambut baik pandangan pakar yang mengakui bahawa simpanan persaraan yang tidak mencukupi dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk pendapatan rendah, kos sara hidup, inflasi dan kos kesihatan. Ini menunjukkan isu yang dihadapi sebahagian pencarum adalah lebih kompleks daripada sekadar soal pengurusan kewangan individu. PGIRM berharap perbincangan ini membuka ruang kepada kerajaan untuk terus menilai pelbagai pendekatan dasar yang dapat membantu pencarum yang benar-benar terkesan.

https://www.kosmo.com.my/2026/07/25/bukan-joli-banyak-faktor-kikis-wang-kwsp/#goog_rewarded
πŸ‘Œ27πŸ”₯10❀3
PERHATIAN KEPADA SEMUA SAHABAT PENCARUM DAN PENYOKONG PENGELUARAN INI

Sempena pelancaran logo rasmi β€œLULUSKAN KWSP BERSASAR”, kami menyeru kepada seluruh pencarum KWSP, ahli keluarga dan semua penyokong pengeluaran ini agar bersama-sama menggunakan logo ini sebagai gambar profil (DP) di semua platform media sosial.

Kepada yang telah menukar DP, jemput tinggalkan komen sebagai tanda sokongan dan kongsikan kepada yang lain agar lebih ramai bersama menyuarakan harapan pencarum.

Satu Logo.
Satu Suara.
Satu Harapan.

LULUSKAN KWSP BERSASAR

Presiden PGIRM
AZMI MOHD TAHIR
πŸ”₯84πŸ‘61❀27πŸ‘5😱2πŸ‘Œ2😒1
Untuk Rekod..

Selepas Kempen tukar DP profile yg dilancarkan,sy ingin tahu brp ramai yg sahut kempen tukar DP ini? Mohon Vote Sekian,terima kasih
Anonymous Poll
78%
Sy Sudah
6%
Sy Tidak Doa Dari Jauh Je
0%
Ahli Keluarga Tak Izinkan
8%
Sy Peniaga/Pekerja nnt pelanggan/Boss/Colleague tak kenal
7%
Sy Hanya Mahu Pengeluaran shj Tak Mahu Terlibat
πŸ‘12😒2
Salam Jumaat utk mklm shbt semua sy terima byk msg dan salah satu msg sy trigger berbunyi begini "Tuan sy dh ikut tuan sjk blm tertubuhnya PGIRM dan sy lihat akhir2 ini PGIRM sdh tiada penyokongnya lg dan ramai pencarum x menghrpkan,buatlah desakan pun"
Anonymous Poll
18%
SETUJU
69%
TIDAK SETUJU
14%
TIADA KOMEN
❀22
Penjelasan PGIRM terhadap kritikan Rafee

Saudara Rafee, terima kasih atas pandangan dan kritikan saudara. Walaupun bahasanya agak keras, PGIRM memilih untuk menjawab berdasarkan fakta, bukan emosi.
Pertama, PGIRM tidak pernah menjanjikan kepada pencarum bahawa tuntutan Pengeluaran Bersasar Akaun 1 pasti diluluskan kerajaan. Kalau ada yang menganggap PGIRM pernah menjanjikan perkara tersebut, itu bukan pendirian kami.
Kita perlu bezakan antara memperjuangkan sesuatu dengan menjamin sesuatu akan berjaya.

PGIRM telah membawa tuntutan ini melalui beberapa saluran rasmi sejak 2021. Memorandum dan representasi telah dikemukakan kepada pihak berkaitan, termasuk melalui YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim. PMX akhirnya memberikan jawapan di Dewan Negara pada 20 Julai 2026.
Jawapan PMX memang tidak memihak kepada tuntutan kita. PGIRM tidak menafikan perkara itu.

Tetapi adakah selepas menerima jawapan tersebut PGIRM perlu terus berhenti?
Itu persoalan yang sebenarnya perlu kita fikirkan bersama.
"Apa lagi PGIRM boleh buat selain hantar memorandum?"
Soalan ini kami terima.
PGIRM juga tidak mahu perjuangan ini hanya berakhir dengan menghantar memorandum demi memorandum.

Sebab itu selepas jawapan PMX, PGIRM sedang menilai fasa tindakan seterusnya, termasuk:
Meneliti dan menjawab hujah kerajaan berdasarkan fakta.
Mengumpulkan data serta pengalaman pencarum yang tercicir daripada kemudahan sedia ada.

Meneruskan libat urus dengan Ahli Parlimen dan pihak berkepentingan. Mengemukakan cadangan mekanisme bersasar yang lebih terperinci jika diperlukan. Menggunakan ruang media dan suara awam secara berfakta, aman dan bertanggungjawab.

Jadi, memorandum bukanlah titik akhir perjuangan. Ia hanya salah satu alat dalam perjuangan.
Berhubung persoalan "PGIRM dipanggil PMX atau tidak?", kami juga ingin jelaskan satu perkara.
PGIRM tidak pernah mendakwa bahawa PMX telah memanggil Presiden PGIRM untuk bertemu secara rasmi sekiranya perkara tersebut memang tidak berlaku.
Apa yang berlaku ialah suara dan memorandum pencarum telah dibawa melalui saluran rasmi dan akhirnya mendapat jawapan Perdana Menteri di Dewan Negara.

Kami tidak perlu membesar-besarkan pencapaian yang tidak berlaku hanya untuk menunjukkan PGIRM berjaya.
Begitu juga dengan kempen tukar DP.

PGIRM tidak pernah mengatakan bahawa menukar DP akan menyebabkan PMX terus meluluskan tuntutan KWSP. Itu tidak boleh dijamin oleh sesiapa.
Kempen tersebut hanyalah salah satu bentuk kesedaran dan ekspresi sokongan pencarum. Mereka yang mahu menyertai boleh menyertai. Yang tidak mahu, kami hormati.
Dan kepada pencarum yang mengatakan:
"Sudah bertahun-tahun, sampai sekarang tidak berjaya."
Ya. Itu benar.

PGIRM tidak akan menipu pencarum dengan mengatakan perjuangan ini sudah berjaya sedangkan tuntutan masih belum diterima kerajaan.

Tetapi kegagalan mendapatkan kelulusan hari ini juga tidak bermaksud semua usaha yang telah dilakukan adalah sia-sia.
Sekurang-kurangnya hari ini kerajaan telah memberikan jawapan secara terbuka. Sekarang kita tahu pendirian kerajaan dan kita boleh menentukan strategi berdasarkan jawapan tersebut.

PGIRM juga tidak akan mempertikaikan pencarum yang sudah penat, kecewa atau memilih untuk berhenti berharap.
Itu hak masing-masing.
Tetapi kepada mereka yang masih mahu memperjuangkan tuntutan ini, PGIRM akan teruskan melalui saluran yang sah, aman dan berfakta.
Kami juga bersedia menerima kritikan kerana PGIRM bukan organisasi yang sempurna.

Jika ada kelemahan dalam cara kami mengendalikan perjuangan, tunjukkan. Jika ada strategi yang lebih baik, kemukakan. Kami boleh terima. Tetapi jangan kita jadikan perbezaan pandangan sesama pencarum sebagai alasan untuk saling menjatuhkan.
Kerajaan yang membuat keputusan. Kita pencarum yang berkongsi kepentingan.

Jadi marilah kita berbeza pandangan tanpa bermusuh.
PGIRM tidak mendakwa sebagai "hero". PGIRM hanya memilih untuk terus bersuara selagi masih ada ruang untuk memperjuangkannya.
Yang mahu bersama, kami alu-alukan. Yang mahu memilih jalan lain, kami hormati.

Sekian,terima kasih.
πŸ‘34πŸ”₯18❀4
KENYATAAN PGIRM

PGIRM mengambil maklum dan menghormati pendirian Kerajaan berhubung cadangan Pengeluaran Bersasar Akaun 1 KWSP.
Namun, perjuangan suara pencarum belum berakhir.

Selepas menerima jawapan kerajaan, PGIRM kini akan memasuki fasa penelitian dan strategi baharu dengan menilai semula hujah, fakta dan realiti yang dihadapi pencarum.

PGIRM juga akan meneliti data pencarum serta menyediakan cadangan mekanisme bersasar yang lebih terperinci, munasabah dan bertanggungjawab untuk dibawa melalui saluran yang sewajarnya.

Kami tidak mahu sekadar mengulangi tuntutan yang sama. Kali ini, PGIRM mahu kembali dengan data, fakta dan cadangan penyelesaian.

Kepada pencarum yang masih memberikan kepercayaan dan sokongan, terima kasih.
Perjuangan ini belum selesai. Kita cuma memasuki fasa yang baharu.

PGIRM β€” Suara Pencarum, Tanggungjawab Bersama.
πŸ‘Œ34πŸ”₯14πŸ‘10πŸ‘1
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

ISU ROHINGYA: KERAJAAN WAJIB UTAMAKAN KESELAMATAN RAKYAT DAN JELASKAN MEKANISME PENGHANTARAN PULANG

KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2026 β€”

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil maklum kenyataan kerajaan bahawa Malaysia tidak akan menghantar pulang pelarian Myanmar sekiranya mereka masih berdepan risiko penganiayaan atau ancaman terhadap nyawa di negara asal.

PGIRM menghormati prinsip kemanusiaan dan tidak mempertikaikan hak mana-mana individu untuk mendapat perlindungan sekiranya benar-benar berdepan ancaman terhadap keselamatan dan nyawa.

Namun begitu, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab yang sama besar untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia tidak diketepikan.

Persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat bukan semata-mata mengenai soal kemanusiaan, tetapi ialah bagaimana kerajaan menentukan siapa yang benar-benar layak mendapat perlindungan dan apakah mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan dasar ini tidak disalahgunakan.

Jika benar terdapat persetujuan untuk menerima semula sehingga 5,000 pelarian Myanmar, PGIRM ingin kerajaan menjelaskan secara terbuka:

1. Siapakah 5,000 individu yang dimaksudkan dan apakah status sebenar mereka?

2. Apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan seseorang itu benar-benar berdepan risiko penganiayaan sekiranya dihantar pulang?

3. Siapakah pihak yang akan menjalankan penilaian kes demi kes dan sejauh mana proses tersebut boleh diaudit serta dipertanggungjawabkan?

4. Apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan individu yang tidak memenuhi kriteria perlindungan tidak terus berada dalam keadaan yang tidak terkawal di Malaysia?

5. Apakah jaminan keselamatan kepada rakyat Malaysia, khususnya komuniti setempat yang berhadapan secara langsung dengan isu pendatang asing tanpa dokumen dan komuniti pelarian?

PGIRM berpandangan bahawa dasar kemanusiaan tidak boleh bermaksud kerajaan perlu mengabaikan realiti yang dihadapi rakyat sendiri.

Rakyat Malaysia juga berdepan dengan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan yang terhad, isu perumahan, kesesakan kemudahan awam dan pelbagai masalah sosial. Oleh itu, setiap keputusan kerajaan berkaitan kemasukan, penempatan atau penghantaran pulang warga asing perlu mempunyai dasar yang jelas, bersasar, telus dan boleh dipertanggungjawabkan.

PGIRM juga menyeru kerajaan supaya tidak membiarkan isu ini berkembang menjadi pertentangan antara rakyat Malaysia dengan komuniti Rohingya.

Yang perlu dipersoalkan ialah dasar dan mekanisme kerajaan β€” bukan bangsa atau agama mana-mana komuniti.

Dalam masa yang sama, PGIRM berpandangan bahawa kerajaan perlu mempunyai tempoh masa dan pelan penyelesaian yang jelas, bukannya membiarkan isu pelarian berlarutan tanpa penyelesaian jangka panjang.

Malaysia boleh terus mempertahankan nilai kemanusiaan, tetapi dalam masa yang sama hak rakyat Malaysia untuk hidup dengan aman, selamat dan terjamin juga mesti menjadi keutamaan kerajaan.

PGIRM menyeru kerajaan supaya memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada rakyat sebelum sebarang langkah penghantaran pulang dilaksanakan.

Kemanusiaan kita pertahankan.
Keselamatan rakyat kita utamakan.
Dasar kerajaan mesti jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘37πŸ”₯10❀3😒1
KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
10 OGOS 2026

HUTANG BOLEH, SIMPANAN SENDIRI TAK BOLEH?

PGIRM PERSOAL KEUTAMAAN DASAR KERAJAAN

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius laporan Harian Metro mengenai sokongan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, terhadap inisiatif pembelian pakaian sekolah secara ansuran bagi membantu ibu bapa menghadapi kos persekolahan.

PGIRM tidak mempertikaikan kemudahan ansuran tersebut, tetapi persoalan yang lebih besar ialah:

Β«Jika kerajaan mengakui rakyat berdepan tekanan kewangan, mengapa penyelesaian secara ansuran boleh diterima, tetapi cadangan pengeluaran KWSP secara bersasar daripada simpanan sendiri masih sukar dipertimbangkan?Β»

PGIRM ingin menegaskan bahawa cadangan pengeluaran bersasar bukan bermaksud membuka pintu pengeluaran KWSP tanpa kawalan.

Sebaliknya, ia boleh dilaksanakan secara terhad, bersyarat, mempunyai had jumlah dan hanya diberikan kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Jika kebimbangan kerajaan ialah masa depan simpanan persaraan, maka tetapkan had.

Jika kebimbangan ialah penyalahgunaan, maka tetapkan syarat kelayakan.

Jika kebimbangan ialah pengeluaran berlebihan, maka hadkan jumlah dan kekerapan.

Jangan sampai rakyat yang sedang tertekan hanya diberikan pilihan untuk menambah komitmen kewangan, sedangkan mereka mempunyai sebahagian simpanan sendiri yang dikumpulkan melalui caruman bertahun-tahun.

PGIRM sekali lagi menegaskan:

Β«Rakyat tidak meminta wang kerajaan. Rakyat hanya meminta ruang untuk mengakses sebahagian daripada simpanan sendiri secara bersasar, terkawal dan bertanggungjawab.Β»

Justeru, PGIRM menyeru Kerajaan MADANI, Kementerian Kewangan dan KWSP supaya membuka semula ruang perbincangan mengenai mekanisme pengeluaran bersasar, dengan mengambil kira realiti kewangan rakyat hari ini.

Persoalan PGIRM kepada kerajaan mudah:

Jika ansuran boleh menjadi salah satu jalan membantu rakyat yang tidak mampu membayar sekaligus, mengapa pengeluaran simpanan sendiri secara bersasar tidak boleh dikaji sebagai satu lagi pilihan?

Jangan hanya ajar rakyat cara membayar hutang.
Carilah juga jalan supaya rakyat tidak terus terperangkap dalam tekanan kewangan.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

Rujukan: Harian Metro β€”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1395528/fadhlina-sokong-inisiatif-pembelian-pakaian-sekolah-secara-ansuran?source=widget

β€œFadhlina sokong inisiatif pembelian pakaian sekolah secara ansuran”, 10 Ogos 2026.

Lampiran: Salinan laporan Harian Metro untuk rujukan pihak media.
πŸ”₯25πŸ‘11❀2
πŸ“’ PENCARUM, KALI INI KAMI MAHU DENGAR SUARA ANDA

PGIRM sedang menyediakan cadangan dasar baharu berkaitan Mekanisme Akses Bersasar Simpanan KWSP.

Tetapi sebelum cadangan ini dikemukakan kepada kerajaan, kami mahu pencarum sendiri memberikan pandangan.
πŸ“ Hanya 6 soalan ringkas + 1 soalan terbuka.
Jawapan anda akan membantu PGIRM memperkemaskan Policy Paper sebelum dikemukakan kepada pihak kerajaan/KWSP.

Bukan sekadar β€œramai yang mahu”. Kali ini kita kumpulkan pandangan pencarum secara teratur dan berasaskan data.

TARIKH TUTUP BORANG SOAL JAWAB PD JAM 1PM KHAMIS 20HB OGOS 2026

πŸ‘‡πŸ‘‡SILA ISI BORANG DI SINI:
https://forms.gle/ntQx2diPFSXDmzyu7


SUARA PENCARUM, TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
πŸ‘22❀5😒3
Baru shj dilancarkan ptg td respon memberangsangkanπŸ‘†πŸ‘†
Terima kasih atas kerjasama bg memudahkan urusan jgn lupa kongsi pd rakan taulan yg memerlukanπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
❀63πŸ‘21😒1
CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA pinned Β«πŸ“’ PENCARUM, KALI INI KAMI MAHU DENGAR SUARA ANDA PGIRM sedang menyediakan cadangan dasar baharu berkaitan Mekanisme Akses Bersasar Simpanan KWSP. Tetapi sebelum cadangan ini dikemukakan kepada kerajaan, kami mahu pencarum sendiri memberikan pandangan. πŸ“β€¦Β»
PGIRM mengiktiraf bahawa sebahagian pencarum telah mengalami keletihan dan kehilangan keyakinan terhadap usaha tuntutan ini. Oleh itu, cadangan baharu PGIRM perlu beralih daripada pendekatan tuntutan semata-mata kepada pendekatan dasar yang disokong data, mekanisme dan penilaian kebolehlaksanaan.
πŸ”₯23❀5😒5πŸ‘1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pencarum KWSP serta semua rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan perjuangan ini.

πŸ—£οΈ Suarakan pandangan anda!
Sila isi borang ini dan kongsikan pautannya kepada rakan serta keluarga supaya lebih ramai pencarum dapat menyampaikan pandangan mereka.

Maklum balas anda akan membantu PGIRM memperkemas cadangan dasar sebelum dikemukakan kepada Kerajaan dan KWSP.

πŸ“Œ Borang ditutup: Khamis, 20 Ogos 2026, jam 1.00 petang.

πŸ‘‡πŸ‘‡SILA ISI BORANG DI SINI:
https://forms.gle/ntQx2diPFSXDmzyu7

Ayuh bersama, pastikan suara pencarum didengari. ✊

#KWSPBersasar
#PGIRM
#PPIM
#RakyatYangTercicir
❀9πŸ”₯3😒1
SEORANG LAGI PENCARUM KWSP YANG SEDANG BERJUANG UNTUK BERTAHAN

Seorang lagi pencarum KWSP yang juga merupakan penyokong perjuangan dan ahli PGIRM, Puan Rozi, kini sedang melalui ujian kehidupan yang sangat berat.

Puan Rozi sebatang kara dan tidak mempunyai keluarga yang boleh menjaga serta menguruskan keperluannya. Dalam keadaan beliau yang semakin teruk, rakan-rakanlah yang selama ini mengambil berat, datang menjenguk dan memantau keadaannya sedaya yang mereka mampu.

Dalam masa yang sama, rumah yang didiaminya bakal berdepan tindakan bank. Tunggakan yuran juga dituntut dan beliau turut berdepan gangguan daripada pihak debt collector.

Keadaan ini lebih membimbangkan kerana beliau sedang berdepan masalah kesihatan yang serius dan memerlukan bantuan serta sokongan segera.

Rakan-rakan beliau kini sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak zakat, pihak surau dan mana-mana pihak yang prihatin, termasuk usaha untuk membantu beliau mendapatkan tempat tinggal yang lebih selamat serta bantuan membayar sewa dan bil-bil penting.

Inilah realiti yang sedang dihadapi oleh seorang pencarum kita.

Beliau telah bekerja dan mencarum untuk masa depannya, tetapi ketika diuji dengan kesusahan, beliau pula terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Kisah Puan Rozi mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap tuntutan pencarum KWSP, ada manusia yang sedang berjuang untuk terus hidup dan bertahan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Puan Rozi, memberikan kekuatan kepadanya, sembuh dari penyakit dan membuka jalan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

🀲 Semoga masih ada insan dan pihak yang prihatin untuk membantu Puan Rozi sebelum keadaannya menjadi lebih buruk.

PGIRM akan terus membawa suara pencarum dan memperjuangkan hak mereka.
πŸ”₯36😒23❀7πŸ‘Œ1
Terima kasih kepada semua pencarum yang masih memberikan pandangan, sama ada yang menyokong mahupun yang kecewa.
PGIRM faham kenapa ada pencarum yang sudah penat. Sejak 2021 kita telah melalui pelbagai fasa, memorandum, representasi dan usaha mendapatkan perhatian pembuat dasar. Dan akhirnya kita tetap berdepan dengan keputusan kerajaan yang mengecewakan.
Kami tidak mahu menafikan kekecewaan itu.
Tetapi PGIRM juga tidak mahu terus mengulangi perkara yang sama tanpa melakukan penambahbaikan.
Sebab itu sekarang kita cuba ubah pendekatan.
Kali ini kita tidak sekadar menghantar memorandum.
Kita sedang mengumpulkan pandangan pencarum β†’ data β†’ keutamaan β†’ cadangan mekanisme β†’ Policy Paper sebelum dibawa semula kepada pihak kerajaan.
Borang yang sedang dibuka sehingga 20 Ogos jam 1 petang adalah sebahagian daripada proses tersebut.
Jika kita mahu mengkritik perjuangan PGIRM, silakan. Jika ada kelemahan, beritahu kami. Jika ada cadangan yang lebih baik, kami mahu dengar.
Ttp jgnlah kita mematikan ruang yang ada
❀17πŸ”₯4😒1
"Penantian Satu Debaran"
Salam dan slmt pg shbt semua,pg ini temujanji sy dgn pakar neuro otak utk mengetahui keputusan MRI sy,moga keputusannya negatif🀲🀲🀲jika positif sy redho apa2 pun teruskan mengisi borang pandangan ye
❀38πŸ™2