KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menggesa kerajaan memberikan jaminan bertulis serta penjelasan telus berhubung akauntabiliti pengurusan berikutan pendedahan kerugian hampir RM13 bilion yang melibatkan 14 pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH).
Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, walaupun pihaknya menghargai keterbukaan Kementerian Kewangan mendedahkan perkara itu, pendedahan berkenaan membangkitkan persoalan utama mengenai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab atas kelemahan tadbir urus dan keputusan pelaburan masa lalu.
"Kerajaan sendiri mengakui kerugian RM10.2 bilion ditanggung menerusi Urusharta Jamaah pada 2018, manakala RM2.6 bilion merupakan rosot nilai yang ditanggung TH antara 2018 hingga 2025.
"Menyelamatkan institusi penting ini sememangnya perlu demi melindungi kepentingan pendeposit, namun langkah itu tidak seharusnya bermakna persoalan akauntabiliti diketepikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, PGIRM mengemukakan lima tuntutan utama kepada kerajaan:
Mengesahkan secara terbuka bahawa setiap ringgit simpanan pendeposit TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan mengikut Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Menjelaskan mekanisme jaminan tersebut serta cara ia berfungsi sekiranya TH berdepan tekanan kewangan pada masa hadapan.
Memastikan pendeposit tidak terjejas dari segi pulangan atau manfaat akibat kelemahan pengurusan lalu.
Mengambil tindakan undang-undang dan susulan ke atas mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab berhubung penemuan salah urus pelaburan.
Melaksanakan reformasi tadbir urus secara menyeluruh merangkumi pengukuhan kawal selia, pengurusan risiko dan ketelusan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Mengulas lanjut, Azmi menekankan bahawa pendeposit TH terdiri daripada rakyat biasa seperti guru, penjawat awam, peniaga kecil dan pesara yang mengumpul wang bertahun-tahun demi menunaikan ibadah haji.
Meskipun mengambil maklum kedudukan kewangan TH yang semakin kukuh — dengan aset bernilai RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion serta simpanan pendeposit meningkat kepada RM93.4 bilion — beliau menegaskan pemulihan kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk menyapu kesilapan lalu di bawah permaidani.
"PGIRM tidak berminat mempolitikkan isu ini, sebaliknya mahu memastikan amanah hampir 10 juta pendeposit benar-benar dilindungi menerusi prinsip ketelusan, profesionalisme dan akauntabiliti yang ketat," tegas beliau.
https://www.mediatelus.com//detail/17882

Media Tel Us
Kerugian RM13 bilion Tabung Haji: PGIRM desak jaminan, ketelusan dan akauntabiliti buat pendeposit
❤15👍10
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pencarum KWSP serta semua rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan perjuangan ini.
🗣️ Suarakan pandangan anda!
Sila isi borang ini dan kongsikan pautannya kepada rakan serta keluarga supaya lebih ramai pencarum dapat menyampaikan pandangan mereka.
Maklum balas anda akan membantu PGIRM memperkemas cadangan dasar sebelum dikemukakan kepada Kerajaan dan KWSP.
📌 Borang ditutup: Khamis, 20 Ogos 2026, jam 1.00 petang.
👇👇SILA ISI BORANG DI SINI:
https://forms.gle/ntQx2diPFSXDmzyu7
Ayuh bersama, pastikan suara pencarum didengari. ✊
#KWSPBersasar
#PGIRM
#PPIM
#RakyatYangTercicir

Google Docs
KAJIAN PANDANGAN PENCARUM PGIRM Cadangan Mekanisme hAkses Bersasar Simpanan KWSP
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PGIRM sedang menyediakan satu cadangan dasar baharu berkaitan kemungkinan mewujudkan mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar menghadapi keadaan kewangan kritikal. Cadangan ini bukan…

🫡13❤6😢1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam Maghrib..Sykt UJSB yg dikatakan BERHUTANG dan dijamin oleh Kerajaan tlh menjual Sukuk kpd TH bernilai 2billion dan faedah dibayar hny 500juta shj justeru hgga kini Kerajaan tidak membayar semula kpd TH sbg penjamin UJSB!
P/S Jika sy salah perbetulkan🙏🙏🙏
P/S Jika sy salah perbetulkan🙏🙏🙏
👍16❤1😢1
FASA STRATEGI TERKINI
(Berbaki 4 hari lagi)
Kepada seluruh shbt pencarum KWSP, Ramai mungkin tertanya-tanya, selepas ini apa yang PGIRM akan lakukan?
Untuk makluman shbt pencarum, perjuangan ini tidak terhenti.
PGIRM kini sedang memasuki Fasa Strategi Terkini, dengan menyediakan 5 dokumen berbeza untuk 5 sasaran utama:
🔹 PMO — Policy Paper
Fokus kepada cadangan dasar dan kepentingan pencarum.
🔹 MOF — Policy Paper
Fokus kepada aspek ekonomi, kewangan dan kemampuan pelaksanaan.
🔹 KWSP — Technical Policy Paper
Fokus kepada mekanisme dan aspek teknikal pelaksanaan.
🔹 PAC — Parliamentary Representation Paper
Fokus kepada penelitian dari sudut Parlimen, dasar dan tadbir urus.
🔹 AHLI PARLIMEN — Parliamentary Policy Brief
Dokumen ringkas untuk membantu MP memahami isu dan membawa suara pencarum di Parlimen.
Kenapa 5 dokumen?
Kerana setiap pihak mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan sudut penilaian yang berbeza.
Justeru, kita tidak boleh menggunakan satu pendekatan yang sama kepada semua pihak.
PGIRM mahu membawa perjuangan ini ke tahap yang lebih tersusun — bukan sekadar tuntutan, tetapi dengan fakta, hujah dasar dan cadangan mekanisme yang boleh dipertimbangkan.
📌 Pencarum akan terus dimaklumkan mengenai perkembangan setiap fasa.
Perjuangan ini belum selesai.
Kita terus bergerak.
PGIRM — Suara Pencarum, Perjuangan Pencarum.
Sekian,terima kasih.

👍68❤9👏2😢2
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pencarum KWSP serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan perjuangan ini.
Dimaklumkan bahawa borang maklum balas KWSP bersasar telah ditutup secara rasmi pada Khamis, 20 Ogos 2026 jam1.00 petang.
Pihak PGIRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah meluangkan masa mengisi borang tersebut serta berkongsi pautannya kepada keluarga dan rakan-rakan. Setiap pandangan, cadangan, dan maklum balas yang diterima amat bernilai dan akan diteliti bagi membantu PGIRM memperkemas cadangan dasar sebelum dikemukakan kepada pihak kerajaan dan KWSP.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan komitmen anda semoga segala usaha ini menjadi langkah yang memberi manfaat kepada seluruh pencarum KWSP.

🤝31😢14👍7
KENYATAAN MEDIA
JUMAAT 21 OGOS 2026
BELANJAWAN 2027: JANGAN HUKUM SEMUA PENCARUM KERANA TINDAKAN SEGELINTIR
PGIRM seru Kerajaan lihat hak pencarum secara lebih adil dan menyeluruh
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengambil perhatian terhadap perbincangan yang semakin hangat di media sosial mengenai kisah seorang pencarum yang didakwa menghabiskan simpanan KWSP berjumlah sekitar RM700,000 dalam tempoh 21 hari, termasuk gesaan supaya pencarum tidak “menghabiskan” wang simpanan mereka kerana dikhuatiri akhirnya akan meminta bantuan Kerajaan.
PGIRM berpandangan bahawa isu ini perlu dilihat secara lebih rasional dan adil.
Jika wang tersebut adalah simpanan pencarum sendiri dan telah dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan, pencarum mempunyai hak untuk menentukan bagaimana wang tersebut digunakan.
Ada yang menggunakan simpanan untuk keluarga, kesihatan, tempat tinggal, perniagaan atau keperluan kehidupan. Ada juga yang memilih untuk menikmati hasil simpanan setelah puluhan tahun bekerja.
Namun, jika seseorang membuat keputusan kewangan yang akhirnya menyebabkan dirinya memerlukan bantuan, itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghukum atau mengehadkan hak semua pencarum.
Jangan kerana tindakan segelintir, semua pencarum dianggap tidak mampu mengurus wang sendiri.
PGIRM ingin mengingatkan bahawa pencarum KWSP terdiri daripada jutaan rakyat dengan keadaan kewangan, keperluan dan perancangan kehidupan yang berbeza.
Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Tetapi pada masa yang sama, hak pencarum terhadap simpanan mereka juga perlu dihormati.
Justeru, PGIRM menyambut baik gesaan Kerajaan melalui Kementerian Kewangan supaya rakyat, pihak berkepentingan dan masyarakat memberikan cadangan serta pandangan bagi penyediaan Belanjawan 2027. MOF sendiri menyatakan bahawa maklum balas yang diterima akan diteliti dan diterjemahkan kepada langkah konkrit dalam Belanjawan 2027.
PGIRM melihat ruang ini sebagai peluang untuk membawa kembali suara pencarum KWSP ke meja pembuat dasar. Belanjawan 2027 akan dibentangkan pada 9 Oktober 2026. Maka PGIRM menyeru Kerajaan supaya melihat isu KWSP bukan hanya daripada perspektif “takut pencarum menghabiskan simpanan”, tetapi juga daripada perspektif hak pencarum, keperluan semasa, kecukupan simpanan dan realiti kehidupan rakyat.
PGIRM tidak meminta Kerajaan membayar atau menggantikan simpanan pencarum yang telah mereka gunakan.
Apa yang PGIRM perjuangkan ialah supaya hak pencarum untuk menentukan simpanan mereka sendiri tidak dinafikan hanya kerana terdapat kebimbangan terhadap tindakan segelintir individu. Bantu mereka yang benar-benar memerlukan, tetapi jangan sekat hak mereka yang mampu membuat keputusan bertanggungjawab terhadap simpanan sendiri.
Dalam masa yang sama, PGIRM sedang menyediakan beberapa dokumen dasar khusus untuk dikemukakan kepada PMO, MOF, KWSP, PAC dan Ahli Parlimen sebagai sebahagian daripada fasa strategi terkini PGIRM.
Belanjawan 2027 ialah peluang untuk suara pencarum didengar.
PGIRM akan terus membawa suara tersebut.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

❤47🔥8👏5😢1
“KENAPA MASIH TERUSKAN SELEPAS 5 TAHUN?”
Soalan ini semakin kerap ditanya kepada saya.
Jawapan saya mudah.
Saya tidak meneruskan perjuangan ini kerana mengejar nama, jawatan atau kepentingan peribadi.
Sudah hampir 5 tahun, melalui 2 Perdana Menteri, pelbagai memorandum, pertemuan dan usaha telah dilakukan.
Dalam perjalanan itu, saya sendiri diuji dengan masalah kesihatan sehingga mengalami stroke.
Tetapi saya tetap memilih untuk meneruskan perjuangan.
Kenapa?
Kerana bagi saya, isu ini bukan lagi tentang seorang individu.
Ini tentang suara pencarum yang merasakan mereka juga berhak didengar dalam menentukan dasar yang melibatkan simpanan mereka sendiri.
Hari ini Kerajaan membuka ruang kepada rakyat untuk memberikan cadangan dan pandangan bagi Belanjawan 2027. Malah MOF sendiri menyatakan aspek perlindungan sosial termasuk liputan KWSP akan dinilai semula.
Jadi bagi saya, selagi ruang untuk bersuara masih terbuka, mengapa kita perlu berhenti?
Saya mungkin tidak mampu mengubah keputusan seorang diri.
Tetapi saya percaya suara rakyat yang konsisten, berfakta dan disampaikan melalui saluran yang betul boleh membawa perubahan.
Saya tidak tahu bila perjuangan ini akan berakhir.
Tetapi saya tahu satu perkara:
Saya tidak mahu suatu hari nanti berkata kepada diri sendiri — “Aku sudah nampak masalahnya, tetapi aku memilih untuk berdiam diri.”
Sebab itu saya masih di sini.
Bukan kerana saya tidak pernah jatuh.Tetapi kerana setiap kali jatuh, saya memilih untuk bangun semula.
Ini bukan perjuangan saya seorang. Ini suara pencarum.
— Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

❤58🔥20👍11😢4🫡4
MTUC cadangkan jumlah RM3,100 jadi rujukan bagi tetapkan gaji minimum baharu https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/08/1605622/mtuc-cadangkan-jumlah-rm3100-jadi-rujukan-bagi-tetapkan-gaji-minimum
Berita Harian
MTUC cadangkan jumlah RM3,100 jadi rujukan bagi tetapkan gaji minimum baharu
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan gaji kehidupan wajar sebanyak RM3,100 sebulan seharusnya dijadikan antara rujukan dalam menetapkan kadar minimum baharu.
Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam. Semoga sirah dan perjuangan Rasulullah SAW terus menjadi pedoman hidup kita
#pgirm
#pgirm
❤52
Utk Rekod..
Berapa ramai shbt pencarum yg telah mengisi Borang Cadangan Belanjawan 2027 ini👇👇
https://belanjawan.mof.gov.my/ms/cadangan2027

Anonymous Poll
66%
Sy Sudah
31%
Sy Belum
3%
Tidak Berminat
❤6
PERKEMBANGAN TERKINI..
SELEPAS 5,150 PENCARUM MEMBERIKAN PANDANGAN, APA LANGKAH PGIRM SETERUSNYA?
Kepada seluruh pencarum KWSP yang telah memberikan pandangan,
Pada 21 Ogos 2026, tempoh pengumpulan pandangan pencarum telah ditutup.
Seramai 5,150 pencarum telah mengambil masa untuk memberikan pandangan, pendapat dan cadangan masing-masing.
PGIRM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.
Namun, pengisian borang bukanlah penamat. Ia adalah permulaan kepada fasa seterusnya.
APA YANG AKAN PGIRM LAKUKAN?
Kini PGIRM akan melalui beberapa proses penting:
1️⃣ ANALISIS MAKLUM BALAS
Kesemua maklum balas akan diteliti bagi mengenal pasti pola pandangan, keperluan dan kebimbangan utama pencarum.
2️⃣ MENYUSUN DAPATAN KAJIAN
Dapatan akan disusun secara sistematik, termasuk statistik dan pandangan pencarum, supaya ia boleh menjadi bukti sokongan kepada cadangan dasar PGIRM.
3️⃣ MERUMUSKAN ISU UTAMA
PGIRM akan mengenal pasti perkara yang paling jelas daripada suara 5,150 pencarum — apakah yang mereka mahu, apakah kebimbangan mereka dan apakah bentuk mekanisme yang lebih munasabah.
4️⃣ MEMBINA CADANGAN DASAR
Dapatan kajian tersebut akan diterjemahkan kepada cadangan yang lebih konkrit, termasuk aspek sasaran, kelayakan, kawalan, mekanisme dan perlindungan simpanan persaraan.
5️⃣ MENYEDIAKAN POLICY PAPER
Kesemua dapatan dan cadangan akan digabungkan ke dalam Policy Paper PGIRM yang lebih tersusun dan berasaskan data.
KEMANA DOKUMEN INI AKAN DIBAWA?
PGIRM tidak mahu kajian 5,180 pencarum hanya berakhir sebagai statistik di media sosial.
Sebaliknya, hasil kajian ini akan menjadi sebahagian daripada asas untuk dokumen yang disasarkan kepada:
PMO — Policy Paper
MOF — Policy Paper
KWSP — Technical Policy Paper
PAC — Parliamentary Representation Paper
AHLI PARLIMEN — Parliamentary Policy Brief
Pendekatan ini penting kerana setiap pihak mempunyai peranan dan sudut pertimbangan yang berbeza.
5,150 PENCARUM SUDAH BERSUARA.
Kini tugas PGIRM adalah membawa suara tersebut ke meja pembuat dasar.
Kami tidak mahu mengatakan:
“Ramai pencarum menyokong cadangan ini.”
semata-mata.
Kami mahu menunjukkan:
Berapa ramai yang berpandangan demikian.
Mengapa mereka berpandangan demikian.
Apakah keperluan mereka.
Dan apakah mekanisme yang boleh dipertimbangkan.
Itulah perbezaan antara sekadar tuntutan dengan cadangan dasar yang berasaskan suara dan data pencarum.
Kepada 5,150 pencarum yang telah memberikan pandangan:
Pandangan anda tidak berhenti selepas menekan butang “Submit”.
Kini ia akan melalui proses analisis dan diterjemahkan kepada dokumen dasar.
Anda sudah memberikan suara. Kini PGIRM akan membawa suara itu ke hadapan.
5,150 PENCARUM.
SATU SUARA.
SATU PERJUANGAN.
PGIRM — Suara Pencarum, Perjuangan Pencarum.
Sekian,terima kasih.
Azmi Mohd Tahir

🔥49❤13👏3
Perkembangan Terkini..
Untuk makluman shbt pencarum seluruh Msia Policy Paper kpd PMX hampir siap didalamnya ada 15muka surat,agak mencabar utk sy siapkan dan ada 4 lagi Policy Paper yg sy perlu siapkan kpd MOF,KWSP,PAC dan 222 MP.
Buat ms skg sy cuma boleh kongsi Tajuk Policy Paper kpd PMX dahulu utk makluman semua👇👇
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
(PGIRM)
POLICY PAPER
CADANGAN MEKANISME AKSES BERSASAR KEPADA SIMPANAN AKAUN PERSARAAN (AKAUN 1) KWSP BAGI PENCARUM YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN
BERASASKAN SUARA DAN PANDANGAN 5,150 PENCARUM
DIKEMUKAKAN KEPADA
YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP MENTERI KEWANGAN
OLEH
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
OGOS 2026

👍65❤12👏3😢1
Perkembangan Terkini .
Untuk Makluman semua shbt pencarum seluruh Malaysia.
Policy Paper Utama kpd PMO sudah 95% siap dlm 15 muka surat dan akn diserahkan BY HAND dan AR REGISTERED kpd Perdana Menteri dlm masa terdekat sehubungan itu berbaki lagi 4 Policy Paper kpd MOF,KWSP,PAC dan 222 WAKIL RAKYAT yg sdg sy draft pengisiannya dgn bagi tujuan sama dgn TAJUK yg berbeza dgn 1 matlamat sama!
Sekian,terima kasih

👍85👏9❤5😱1😢1
POLICY PAPER PMO.
AKHIRNYA SY TELAH BERJAYA MENYIAPKAN 17 MUKASURAT POLICY PAPER UTK DISERAHKAN KPD PMX,SEHUBUNGAN DGN ITU SY INGIN TAHU BERAPA RAMAI SHBT PENCARUM YG INGIN MELIHAT DRAFT TERSEBUT? SBLM SY KONGSI PASTIKAN DRAFT INI DIKLASIFIKASIKAN SBG P&C

95%
SAYA
1%
TIDAK BERMINAT
4%
TIDAK PERLU KONGSI
👏14
KENYATAAN KEPADA PENCARUM.
Saya menerima beberapa msg dr sekumpulan pencarum bahawa jika Policy Paper hanya dihantar kepada PMO atau Setiausaha Politik Perdana Menteri, ia kononnya akan “dibakul sampahkan” dan tidak akan sampai kepada YAB Perdana Menteri.
Saya hormati pandangan tersebut, tetapi saya ingin tegaskan satu perkara.
Saya tidak pernah mendakwa bahawa menghantar Policy Paper bermaksud Kerajaan pasti akan meluluskan tuntutan kita.
Apa yang saya lakukan ialah membawa tuntutan pencarum melalui saluran rasmi, dengan data, kajian, cadangan dasar dan suara 5,150 pencarum.
Adakah PMX akan bersetuju?
Itu hak dan keputusan Kerajaan.
Tetapi jika kita sendiri tidak berusaha menyediakan dokumen yang kukuh dan menyerahkannya melalui saluran rasmi, bagaimana kita mahu mengatakan kita sudah melakukan segala yang termampu?
Saya juga ingin bertanya kepada mereka yang mengatakan usaha ini sia-sia:
Apakah alternatif yang telah saudara lakukan untuk membawa suara pencarum ke meja Kerajaan?
Mengkritik itu mudah.
Membina Policy Paper, mengumpulkan 5,150 pandangan pencarum, menyusun data, menyediakan cadangan dan berusaha mengetuk pintu Kerajaan — itu yang sedang saya lakukan.
Saya tidak menjanjikan kelulusan.
Saya hanya menjanjikan bahawa selagi saya masih mampu berusaha, saya akan terus membawa suara pencarum melalui saluran yang saya percaya wajar dan sah.
Jika ada cadangan yang lebih baik, lebih berkesan dan mempunyai saluran yang lebih tepat, kemukakan. Saya sedia mendengar.
Tetapi jangan jatuhkan usaha orang yang sedang berusaha hanya kerana hasilnya belum kelihatan.
Saya tidak meminta sesiapa memuji saya.
Saya cuma meminta jangan matikan usaha sebelum perjuangan itu sampai ke meja yang sepatutnya.
5,150 pencarum telah bersuara.
Tugas saya adalah membawa suara itu sejauh yang saya mampu.
Selebihnya, kita serahkan kepada pertimbangan Kerajaan.

👍66🔥14👏4❤2😱1😢1