CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
PeeerrrgΔ£hhh len machiaaammm komen shbt niπŸ‘†πŸ‘†
😱17❀2πŸ”₯1😒1
KENYATAAN MEDIA PRA-BAJET PGIRM

Untuk Edaran
26 September 2026
Kuala Lumpur

68,177 PEKERJA HILANG PEKERJAAN: PGIRM MINTA BELANJAWAN 2027 LEBIHKAN USAHA BANTU RAKYAT

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius laporan bahawa seramai 68,177 pekerja telah kehilangan pekerjaan bagi tempoh Januari hingga 16 September 2026, meningkat 15,196 orang berbanding tempoh sama tahun lalu.

Angka ini bukan sekadar statistik. Di sebalik setiap kehilangan pekerjaan, terdapat rakyat yang kehilangan pendapatan dan keluarga yang perlu meneruskan kehidupan serta memenuhi komitmen harian.

Sehubungan itu, PGIRM meminta kerajaan supaya Belanjawan 2027 memberikan perhatian lebih besar kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mengalami tekanan kewangan, termasuk mempertimbangkan semula cadangan akses KWSP secara bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal.

PGIRM tidak pernah memperjuangkan pengeluaran secara bebas. Cadangan kami adalah supaya satu mekanisme khusus dipertimbangkan untuk pencarum yang benar-benar berdepan keadaan kritikal seperti kehilangan pekerjaan atau kehilangan pendapatan, dengan syarat dan kawalan yang jelas.

Untuk makluman, cadangan ini bukan lagi sekadar pandangan di media. Policy Paper KWSP Bersasar PGIRM yang diserahkan kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada 11 September lalu telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan KWSP untuk perhatian serta penilaian lanjut.

Justeru, PGIRM berharap Belanjawan 2027 menjadi ruang untuk kerajaan menilai secara serius mekanisme bantuan kepada rakyat yang kehilangan pendapatan, termasuk cadangan akses bersasar kepada simpanan KWSP.

PGIRM percaya usaha membantu rakyat tidak seharusnya hanya tertumpu kepada mereka yang sudah kehilangan pekerjaan, tetapi turut menyediakan ruang sokongan kepada pencarum yang benar-benar berdepan tekanan kewangan sebelum keadaan menjadi lebih kritikal.

Rakyat bukan meminta pengeluaran bebas. Rakyat meminta satu mekanisme yang bersasar dan terkawal ketika mereka benar-benar memerlukan ruang untuk bertahan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀32πŸ‘11😱2
KENYATAAN TERBUKA KEPADA PENCARUM

Untuk makluman saya menerima beberapa mesej daripada sekumpulan pencarum yang hampir sama kandungannya. Antara mesej yang diterima menyatakan:

β€œPGIRM tidak perlu memperjuangkan lagi tuntutan KWSP kerana sudah hampir 5 tahun tiada hasil. Biarlah kami pencarum yang ke hadapan dan menuntutnya sendiri dengan usaha kami sendiri. PGIRM sudah boleh berehat dan tidak perlu lagi mendesak kerana suara pencarum lebih kuat daripada NGO sendiri.”

Saya menghormati pandangan tersebut.

Malah, saya bersetuju dengan satu perkara β€” suara pencarum sememangnya lebih utama kerana tuntutan ini adalah suara dan kepentingan pencarum itu sendiri.

PGIRM tidak pernah menganggap suara NGO lebih kuat daripada suara pencarum. Sepanjang hampir 5 tahun ini, PGIRM hanya mengambil tanggungjawab untuk membawa suara pencarum melalui memorandum, kajian, pertemuan, media dan saluran rasmi kepada pihak berkaitan.

Kini, Policy Paper KWSP Bersasar PGIRM telah diserahkan kepada Pejabat KSU Perdana Menteri pada 11 September lalu dan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan serta KWSP untuk perhatian dan penilaian lanjut.

Justeru, PGIRM tidak perlu berebut untuk menjadi siapa yang paling ke hadapan.

Jika pencarum mahu tampil sendiri, silakan. Jika pencarum mahu terus bersuara, teruskan. Jika ada pihak lain mahu membawa tuntutan yang sama, PGIRM menghormatinya.

Kerana pada akhirnya, yang penting bukan siapa yang berdiri paling hadapan, tetapi sama ada suara pencarum benar-benar sampai kepada pihak yang membuat keputusan.

PGIRM juga tidak pernah mendakwa perjuangan ini milik PGIRM.

Ini suara pencarum. PGIRM hanya membantu membawanya.

Hampir 5 tahun bukan tempoh yang singkat. Namun selagi terdapat ruang untuk membawa suara pencarum melalui saluran yang sah dan berfakta, PGIRM akan terus menjalankan tanggungjawabnya mengikut kemampuan.

Bukan kerana mahu menjadi hero.
Bukan kerana mahu mengambil kredit.
Tetapi kerana amanah itu sudah dimulakan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
πŸ‘32❀4😒3
https://vt.tiktok.com/ZSb2r5Cbt/

Baru 43 keping surat,PGIRM sejak 2021 dh brp keping ek?
Mohon VOTE terima kasih
😒13❀3
KENYATAAN MEDIA PRA-BAJET PGIRM

Untuk Edaran
27 September 2026
Kuala Lumpur

5 OKTOBER: PGIRM HARAP SUARA PENCARUM DIBAWA KE DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Menjelang pembukaan persidangan Dewan Rakyat pada 5 Oktober ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) berharap Ahli Parlimen dapat membahaskan isu dan keresahan pencarum KWSP secara terbuka.

Harapan ini susulan penyerahan Policy Paper KWSP Bersasar oleh PGIRM bersama PPIM kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada 11 September lalu, seperti dilaporkan Sinar Harian pada 15 September.

Policy Paper tersebut membawa suara 5,150 pencarum, dengan 92.7 peratus responden bersetuju supaya kerajaan mengkaji mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal.

Selepas hampir lima tahun membawa isu ini, PGIRM berharap suara pencarum tidak terhenti pada penyerahan kertas dasar dan proses penilaian semata-mata.

PGIRM tidak meminta Ahli Parlimen menyokong pendirian tertentu, sebaliknya berharap isu ini diberi ruang untuk dibahaskan berdasarkan amanah dan mandat rakyat.

β€œKami sudah bersuara. Policy Paper sudah diserahkan. Kini masanya suara pencarum dinilai dan, jika wajar, dibahaskan di Dewan Rakyat.”

Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀48πŸ‘12πŸ‘10πŸ™2😒1
πŸ“Œ MAKLUM BALAS PGIRM KEPADA PERTANYAAN PENCARUM

PGIRM faham dan menghormati keresahan pencarum yang semakin ramai bertanya:

❓ Apa sudah jadi dengan Policy Paper yang diserahkan kepada kerajaan?

❓ Mengapa masih belum ada kata putus?

❓ Adakah pencarum perlu menunggu lagi bertahun-tahun?

PGIRM tidak menafikan bahawa persoalan ini memang wajar ditanya.

Namun PGIRM juga tidak mahu memberikan janji atau harapan palsu kepada pencarum.

Policy Paper telah diserahkan kepada pihak kerajaan melalui saluran rasmi. Kini keputusan dan tindakan susulan berada di pihak kerajaan.

PGIRM akan terus menunggu jawapan rasmi, bukan sekadar kata-kata manis.

Kita juga perlu bezakan antara β€œsedang dikaji” dengan β€œtelah diputuskan”.

Selagi tiada keputusan rasmi, PGIRM tidak akan mendakwa bahawa kerajaan telah menerima atau menolak cadangan tersebut.

Kepada pencarum yang mula hilang kepercayaan, PGIRM faham perasaan itu.

Tetapi perjuangan ini bukan dibina atas emosi semata-mata.

Selama hampir 5 tahun, PGIRM membawa suara pencarum melalui memorandum, kajian, himpunan, Policy Paper dan saluran rasmi.

Sekarang bola berada di gelanggang kerajaan.

PGIRM akan terus menekan melalui saluran yang sewajarnya dan akan memaklumkan kepada pencarum sebaik sahaja menerima perkembangan atau jawapan rasmi.

Jangan kita mendahului keputusan kerajaan.

Tetapi jangan juga kita berhenti bertanya.

5,150 pencarum telah bersuara.
Suara itu sudah diserahkan.
Kini rakyat menunggu jawapan.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
❀43πŸ‘19😒1πŸ‘Œ1
PERKEMBANGAN TERKINI UNTUK SAHABAT PENCARUM

Untuk makluman semua, usaha kita tetap berjalan di belakang tabir. Saya telah membuat follow-up dengan SUSK kepada YB Menteri Kewangan II, dan berikut adalah maklum balas yang saya terima daripada beliau, seperti dalam gambar yang dilampirkan.

Mohon semua sahabat pencarum terus bersabar, banyakkan berdoa dan jangan berputus asa. Elakkan membuat andaian atau persepsi sebelum mendapat maklumat yang sahih.

Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Azmi semasa LIVE semalam, kerajaan bukan hanya menerima surat daripada PGIRM, tetapi turut menerima surat dan permohonan daripada pihak-pihak lain.

Kita teruskan usaha, sabar dan istiqamah. Insya-Allah. 🀲🏻

#kwspbersasar #PGIRM
❀55πŸ‘7πŸ”₯3😒2😱1🀝1🫑1
Maklumat PencarumΒ² yg berjaya ambik pinjaman KPKT PAKAI DULU BYR BILA KELUAR KWSP umur 53 tahun...
Ini baru satu cawangan...😳😳πŸ₯ΊπŸ₯ΊπŸ€”πŸ€”
😒26❀4
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

KWSP MAHU PENDAPATAN SEPANJANG HAYAT β€” PENCARUM JUGA PERLUKAN PERLINDUNGAN SEPANJANG PERJALANAN HIDUP

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2026 β€” PGIRM mengambil maklum kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, mengenai keperluan pembaharuan sistem persaraan bagi memastikan pendapatan persaraan sepanjang hayat serta menyokong ahli bukan hanya pada peringkat persaraan.

PGIRM menyambut baik prinsip tersebut.

Namun, persoalan kami jelas:

Jika pencarum perlu disokong sepanjang hayat, bagaimana pula dengan pencarum yang berdepan kehilangan pekerjaan, kesusahan kewangan atau keadaan luar biasa sebelum mencapai usia persaraan?

Atas prinsip yang sama, PGIRM terus mencadangkan #4BKWSP β€” BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

Bukan pengeluaran bebas. Bukan untuk semua pencarum.

Sebaliknya, satu mekanisme perlindungan yang hanya boleh diakses oleh pencarum yang benar-benar memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

PGIRM percaya simpanan persaraan wajib dilindungi, tetapi pencarum yang sedang berdepan krisis juga memerlukan ruang perlindungan yang munasabah.

Jangan hanya pastikan pencarum mempunyai pendapatan ketika bersara. Pastikan mereka mampu sampai ke usia persaraan.

PGIRM berharap kenyataan terbaru KWSP ini membuka ruang untuk kerajaan dan KWSP menilai cadangan #4BKWSP secara serius berdasarkan mekanisme yang terkawal.

BERSASAR β€’ BERSYARAT β€’ TERHAD β€’ TERKAWAL

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

Rujukan:
Kenyataan Bernama/Astro AWANI, β€œKWSP gesa pembaharuan dalam sistem pencen untuk pastikan pendapatan persaraan sepanjang hayat”, 1 Oktober 2026.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kwsp-gesa-pembaharuan-dalam-sistem-pencen-untuk-pastikan-pendapatan-persaraan-sepanjang-hayat
πŸ‘37😒5❀3
PENJELASAN RASMI PGIRM

MEMAHAMI MAKSUD SEBENAR #4BKWSP

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) ingin menjelaskan bahawa #4BKWSP bukanlah empat syarat kelayakan yang berdiri secara berasingan, sebaliknya merupakan kerangka prinsip bagi cadangan KWSP Bersasar.

#4BKWSP membawa empat prinsip utama:

πŸ”Ή BERSASAR
Akses bukan diberikan kepada semua pencarum secara terbuka, tetapi disasarkan kepada golongan pencarum yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

πŸ”Ή BERSYARAT
Pencarum perlu memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan sebelum sebarang akses dipertimbangkan.

πŸ”Ή TERHAD
Akses dan jumlah pengeluaran adalah terhad mengikut ketetapan yang ditentukan, bukan pengeluaran tanpa had.

πŸ”Ή TERKAWAL
Pelaksanaan tertakluk kepada mekanisme, pemantauan dan kawalan yang ditetapkan bagi memastikan simpanan persaraan terus dilindungi.

Maka, istilah β€œ2B 2T” tidak menggantikan #4BKWSP.
β€œ2B 2T” hanya boleh dilihat sebagai cara memahami atau menghuraikan sebahagian daripada prinsip tersebut, manakala #4BKWSP merangkumi keseluruhan kerangka cadangan: BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

PGIRM menegaskan bahawa perjuangan KWSP Bersasar bukanlah tuntutan pengeluaran bebas, tetapi cadangan supaya terdapat satu mekanisme yang bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal bagi pencarum yang benar-benar memerlukan, tertakluk kepada dasar dan kriteria yang sewajarnya.

#4BKWSP bukan sekadar logo atau slogan. Ia adalah simbol kepada prinsip dan arah cadangan KWSP Bersasar.

P/S MOHON RAJIN MEMBACA

#4BKWSP
#KWSPBersasar
#PGIRM
#DemiMasaDepanPencarum
❀29πŸ‘10🫑2😒1
Sekadar ingin bertanya,ada pencarum terdesak nk turun sama sok tuntut minta PMX beri jawapan ttg policy paper? Tanya je xde paksaan tiada kerahan,atas effort pencarum sendiri atas kapasiti pencarumπŸ™πŸ™πŸ‘‡πŸ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSbPdrf2V/