CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
πŸ“’ UNTUK MAKLUMAN PENCARUM SEMUA

PGIRM membaca dan mengambil maklum semua komen, termasuk komen yang kecewa, marah dan hilang harapan terhadap usaha mengetengahkan isu akses bersasar KWSP.

Kami faham.

Namun tugas PGIRM ialah membawa suara pencarum ke meja pembuat dasar β€” bukan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan.

5,150 pencarum telah bersuara.
Policy Paper telah disiapkan.
Dan suara tersebut telah dibawa ke PMO.

Selepas ini, PGIRM akan serahkan ruang kepada pihak pembuat dasar untuk menilai dan memberikan jawapan.

PGIRM tidak mahu bergaduh dengan pencarum.
PGIRM juga tidak mahu menjanjikan sesuatu yang belum diputuskan.

Kami sudah berusaha mengetuk pintu.

Sekarang, biarlah pembuat dasar menentukan sama ada pintu itu akan dibuka atau terus tertutup.

πŸ‡²πŸ‡Ύ KAMI BAWA SUARA.
KERAJAAN YANG MENENTUKAN JAWAPAN.
❀38πŸ‘16😒4🫑3πŸ”₯2
MENJEMPUT SEMUA PENCARUM HADIR JIKA ADA KELAPANGAN DAN BERDEKATAN.

ANJURAN TUAN ALI & PPIM

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ ATUR CARA MAJLIS βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
SARAPAN PAGI PERCUMA
HARI MALAYSIA 2026

πŸ“ Restoran Anis Putri 2, Sg Penchala
πŸ“… 16 September 2026

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ•£ 8.30 PAGI
Ketibaan tetamu & sarapan pagi

πŸ•£ 8.45 PAGI
🀲 Bacaan doa
🀍 Selawat Nabi

πŸ•˜ 9.00 PAGI
✨ Ketibaan tetamu jemputan
daripada PPIM & NGO-NGO

πŸ•˜ 9.15 PAGI
πŸ‡²πŸ‡Ύ Selawat Nabi
🎢 Nyanyian lagu-lagu patriotik Malaysia
πŸŽ™οΈ Ceramah Khas Hari Malaysia
Oleh: Datuk Nazim
Pencerahan & Penghayatan Hari Malaysia

πŸ•€ 9.45 PAGI
β˜• Sesi bersama wakil Syarikat Kopi Dermag
Penerangan mengenai kopi & kesihatan

πŸ•™ 10.15 PAGI
πŸ₯ Persembahan Dikir Barat

πŸ•₯ 10.45 PAGI
πŸŽ‰ Aktiviti & persembahan seterusnya

✨ DAN LAIN-LAIN AKTIVITI ✨

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
Terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda.
πŸ‘34πŸ‘10❀2πŸ™1
πŸ”₯ ALHAMDULILLAH β€” AKHIRNYA SUARA PGIRM DIBERI RUANG

Sekian lama kenyataan media PGIRM diketepikan.

Hari ini, Sinar Harian tampil membuat liputan:

πŸ“° β€œLIMA TAHUN TUNGGU, PGIRM DESAK KERAJAAN NILAI KWSP BERSASAR”

5,150 pencarum telah bersuara.
92.7% menyokong supaya mekanisme akses bersasar KWSP dikaji.
97.1% pula memberi mandat supaya cadangan dibawa kepada Kerajaan dan KWSP.

Policy Paper telah diserahkan.
Cadangan bukan pengeluaran bebas β€” tetapi BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

πŸ”₯ KAMI SUDAH KETUK PINTU.

Kini suara itu sudah sampai ke meja pembuat dasar.

Terima kasih Sinar Harian kerana memberi ruang kepada suara pencarum.

πŸ‘‰ Baca laporan penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/796375/berita/nasional/lima-tahun-tunggu-pgirm-desak-kerajaan-nilai-kwsp-bersasar

πŸ‡²πŸ‡Ύ 5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.
SEKARANG, BIAR PEMBUAT DASAR MENJAWAB.
❀50πŸ‘14πŸ‘4😒3
Utk mlmn shbt pencarum inilah kenyataan sy yg Editor Sinar trigger dan disiarkanπŸ‘‡πŸ‘‡serta KSS sudah ambil maklum..

Azmi berkata, antara persoalan utama yang perlu dijawab sekiranya pengeluaran bersasar dibenarkan ialah bagaimana simpanan yang dikeluarkan boleh dibina semula.

Justeru, katanya, PGIRM turut mencadangkan mekanisme pemulihan semula simpanan sebagai sebahagian daripada cadangan berkenaan.

β€œBagi pencarum yang masih mempunyai caruman, caruman baharu boleh disalurkan terlebih dahulu kepada Akaun Persaraan sehingga jumlah yang telah dikeluarkan dipulihkan.

β€œBagi pencarum yang tidak lagi mempunyai caruman, sebahagian dividen tahunan yang sepatutnya dikreditkan kepada akaun boleh, tertakluk kepada mekanisme yang dipersetujui, disalurkan terus ke Akaun Persaraan sehingga jumlah pengeluaran tersebut dipulihkan,” katanya.

Menurutnya, mekanisme itu menunjukkan cadangan pengeluaran bersasar tidak semestinya bermaksud pencarum mengambil simpanan tanpa memikirkan masa depan persaraan.
πŸ‘40❀2😒1
Syukur alhamdulillah kita tggu sidang parlinen dibuka pd 5 Okt nnt!🀲🀲πŸ’ͺπŸ’ͺ
❀46🫑5πŸ‘4πŸ”₯3😒2
Sy terima banyak mesej yang kata:

β€œRM10,000 cukuplah… pasti Kerajaan lulus!”

Jika begitu, sy minta RM5,000 je lah…

Mungkin lagi cepat lulus! 🀣🀣🀣

Tapi hakikatnya, isu PGIRM bukan semata-mata soal RM10K, RM5K atau berapa jumlahnya.

Yang kami perjuangkan ialah MEKANISME AKSES BERSASAR β€” BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL.

Jika jumlah kecil automatik pasti diluluskan,
kenapa perlu Policy Paper dan kajian?

😎 Biar pembuat dasar yang tentukan.

Kami bawa cadangan.
Kerajaan yang buat keputusan.

πŸ”₯ INI BUKAN SOAL BERAPA RINGGIT.
SOALNYA: ADAKAH KERAJAAN MAHU MENILAI?
πŸ‘53πŸ”₯12😒1
Untuk makluman sahabat pencarum semua…

Cadangan PGIRM ini bukan menyasarkan pencarum muda yang baru membina simpanan.

Fokusnya ialah pencarum 30 tahun ke atas yang berdepan keadaan kewangan kritikal dan benar-benar memerlukan akses bersasar.

❗ BUKAN pengeluaran bebas.
❗ BUKAN suruh habiskan simpanan hari tua.
❗ Tetapi akses yang BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD dan TERKAWAL.

Jadi pencarum muda, jangan risau… 😎

Simpanlah untuk hari tua.

Yang PGIRM perjuangkan ialah supaya apabila tiba keadaan benar-benar terdesak, pencarum yang layak mempunyai sedikit ruang untuk bernafas.

πŸ”₯ Itu beza antara PENGELUARAN BEBAS dengan AKSES BERSASAR.

SETUJU TEKAN 1!
πŸ”₯50πŸ‘41😒2❀1
πŸ“’ PEMAKLUMAN RASMI PGIRM

5 TAHUN MENUNGGU β€” KINI POLICY PAPER PGIRM SUDAH SAMPAI KE PERINGKAT SETERUSNYA.

Alhamdulillah, PGIRM telah menerima surat rasmi daripada Pejabat KSS PMX berhubung Policy Paper KWSP Bersasar yang diserahkan pada 11 September 2026.

Dua kertas cadangan PGIRM telah diterima dan akan dikemukakan kepada:

βœ… YB Menteri Kewangan II
βœ… Pengerusi KWSP

Pihak berkenaan turut diminta mengadakan LIBAT URUS bersama wakil PGIRM bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut sekiranya diperlukan.

Ini bukan bermakna perjuangan sudah selesai.

Tetapi ini adalah SATU LANGKAH PENTING.

5 TAHUN KAMI MENUNGGU.
5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.
POLICY PAPER TELAH DITERIMA.

KINI MASANYA CADANGAN ITU DINILAI.

JANGAN TOLAK SEBELUM DINILAI.

Sekian,harap maklum.

#KWSPBersasar
#PGIRM
#5150Pencarum
#SuaraPencarum
πŸ‘65❀13πŸ‘13πŸ”₯5😒5
Sekadar ingin tahu.

Salam dan Slmt ptg shbt pencarum,sy ingin tahu brp ramai shbt pencarum dlm channel ini yg membaca setiap posting sy hgga selesai dan memahaminya Sekian,terima kasih.
Anonymous Poll
94%
Saya baca keseluruhannya
4%
Saya baca headline shj
0%
Saya xde masa nk membaca
2%
Saya hny baca jika ada berita kelulusan shj
1%
Saya membaca tapi sy xfaham apa yg disampaikan
❀37πŸ‘20😒2πŸ‘1
Selamat Hari Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
Terus teguh dengan perjuangan,
demi suara rakyat dan masa depan Malaysia. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ
#HariMalaysia #MalaysiaMadani #SuaraRakyat #PGIRM #KWSPBersasar
πŸ‘44🫑3
Salam dan Selamat ptg semua..

Selepa poll dibuat 1,045 dr 1,100 shbt pencarum memilih jwpn "Sy baca keseluruhannya" justeru sy minta shbt yg memilih membaca keseluruhannya,beri komen apa point penting dlm kenyataan sy di Media Sinar pd 15hb Okt, Boleh?

Sekian, terima kasih
πŸ‘37😒3
Mohon dengar penjelasan iniπŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtu.be/fWd96bIuiRk?si=WZiqbKusycHF3stf
πŸ‘38❀3
Salam maghrib dan slmt mlm shbt pencarum.

Utk makluman semua sy sudah htr PAC Policy Paper melalui wasap Pengerusi PAC YB Datuk Wira Mas Ermeyati utk dinilai dan dikaji Mekanisme Cadangan bg perbincangan bersama Menteri MOF dan KWSP.

Apa2 berita lanjut pihak kami akn maklumkan dari masa ke semasa.

Sekian,terima kasih.
πŸ‘53😒6πŸ‘3πŸ”₯1
🀣🀣 β€œPOLICY PAPER MASUK MESIN SHREDDER?"

Ada yang terlalu awal ketawa dan mendakwa Policy Paper PGIRM sudah masuk mesin shredder.

SAYA NAK TANYA:

Jika benar masuk mesin shredder, kenapa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan surat rasmi bertarikh 15 September 2026 bahawa kertas cadangan PGIRM telah diterima dan dikemukakan kepada Menteri Kewangan II serta Pengerusi KWSP?

Malah, pihak berkenaan turut diminta mengadakan LIBAT URUS bersama PGIRM jika diperlukan.

Jadi, sebelum ketawa terlalu kuat...

JANGAN BUAT ANDAIAN SEBELUM ADA FAKTA.

5 TAHUN KAMI MENUNGGU.
5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.
POLICY PAPER TELAH DITERIMA.
KINI CADANGAN ITU SEDANG DINILAI.


Jika tidak bersetuju, kemukakan hujah.
Jika ada kelemahan, tunjukkan kelemahan.
Jika ada risiko, jawab dengan mekanisme.

BUKAN DENGAN EMOJI KETAWA.
BUKAN DENGAN CERITA MESIN SHREDDER.

PGIRM TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DILAYAN ISTIMEWA.

KAMI CUMA MINTA SATU:

JANGAN TOLAK SEBELUM DINILAI.

β€” Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ”₯64❀18πŸ‘2😒2🫑1
Perkembangan Terkini..

Utk mklmn shbt semua ini mklmbalas dr YB Ustaz Norulamin,πŸ‘†πŸ‘†marilah kita sama berdoa pd Sidang Pembukaan Perbahasan Dewan Rakyat bermula pd 5hb Okt 2026,selama tempoh perbahasan diharap Parliment Policy Brief akn dibawa dan dibahaskan🀲🀲🀲

Sekian,terima kasih.
#bersasar
#terhad
#terkawal
#lulusdengankadarsegera
#suarapencarum
❀45πŸ‘16πŸ”₯6😒2πŸ™1
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM

KWSP WAJIBKAN PEKERJA ASING MENCARUM, TETAPI BENARKAN PENGELUARAN SEPENUHNYA SIMPANAN APABILA MENINGGALKAN MALAYSIA β€” APA RASIONAL DASAR INI?

Untuk Edaran

Kuala Lumpur
24 Sept 2026

PGIRM mempersoalkan kewajaran dasar baharu KWSP yang mewajibkan pekerja bukan warganegara Malaysia mencarum sebanyak 2% daripada pekerja dan 2% daripada majikan, sedangkan pekerja asing yang memenuhi syarat untuk meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka tanpa perlu menunggu usia 55 tahun.

Ini bukan soal mempertikaikan hak pekerja asing.

Ini soal konsistensi dasar simpanan persaraan negara.

KWSP sendiri menyatakan bahawa peluasan caruman mandatori kepada pekerja bukan warganegara bertujuan menyediakan perlindungan sosial kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan.

Namun persoalannya:

Jika prinsipnya ialah perlindungan sosial dan simpanan persaraan, mengapa apabila pekerja asing meninggalkan Malaysia, keseluruhan simpanan mereka boleh dikeluarkan sebelum mencapai usia 55 tahun?

Malah, Seksyen 70C Akta KWSP 1991 membolehkan pengeluaran keseluruhan simpanan bagi pekerja bukan warganegara yang akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali. KWSP sendiri mengklasifikasikannya sebagai Pengeluaran Meninggalkan Negara.

PGIRM melihat perkara ini wajar dibandingkan dengan pendekatan Singapura.

CPF Singapura secara rasmi menyatakan bahawa sistem CPF diwujudkan untuk memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan Singapore Citizens dan Permanent Residents. Bagi seseorang yang bukan lagi Singapore Citizen atau Permanent Resident, CPF menyediakan mekanisme untuk menutup akaun dan memindahkan simpanannya.

Maka PGIRM bertanya kepada pembuat dasar:

Mengapa Malaysia memilih untuk mewajibkan pekerja asing yang bukan warganegara dan bukan PR mencarum kepada KWSP, tetapi pada masa yang sama membenarkan mereka membawa keluar 100% simpanan apabila meninggalkan Malaysia?

Jika alasan kerajaan ialah perlindungan sosial, maka apakah bentuk perlindungan jangka panjang yang sebenarnya ingin dicapai?

Jika alasan utama ialah kesaksamaan pasaran buruh, maka mengapa akses kepada pengeluaran penuh sebelum usia persaraan diberikan berdasarkan status meninggalkan negara?

Dan lebih penting, mengapa pencarum rakyat Malaysia yang sedang terdesak menghadapi tekanan hidup sebelum usia persaraan tidak diberikan ruang akses yang munasabah kepada simpanan mereka sendiri?

Inilah persoalan yang PGIRM bangkitkan.

Pencarum Malaysia yang terdesak tidak dibenarkan mengakses simpanan mereka hanya kerana belum mencapai usia 55 tahun, sedangkan dalam keadaan tertentu pekerja asing yang meninggalkan Malaysia boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan KWSP mereka.

PGIRM tidak meminta pengeluaran bebas.

PGIRM membawa cadangan BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL untuk pencarum Malaysia yang benar-benar berdepan keperluan hidup, tanpa meruntuhkan fungsi KWSP sebagai tabung persaraan.

Jika dasar boleh dirangka dengan pengecualian dan mekanisme pengeluaran penuh untuk pekerja asing yang meninggalkan Malaysia, maka ruang perbahasan mengenai akses bersasar kepada simpanan pencarum Malaysia juga tidak wajar ditutup begitu sahaja.

Jangan hanya bercakap tentang simpanan untuk hari tua.

Lihat juga kehidupan pencarum sebelum hari tua.

PGIRM mahu kerajaan menjelaskan prinsip dasar ini secara terbuka kepada pencarum Malaysia.

Simpanan itu milik pencarum.
Persoalannya ialah bila, dalam keadaan apa dan dengan kawalan bagaimana pencarum dibenarkan mengaksesnya.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM

#pencarumtuntutkemerdekaanhidup
#PGIRM
#KWSP
❀32πŸ‘24πŸ”₯1
Sy trigger pendapat dan pandangan shbt iniπŸ‘†πŸ‘†,terbaaaiiikkkk
πŸ‘30❀25πŸ”₯1
πŸ™„πŸ™„πŸ˜³πŸ˜³πŸ€”πŸ€”
Betul ke gula2 ni? Len machaaammmm🀭🀭
❀12😱1