CHANNEL BAKAL AHLI PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA
9.36K subscribers
1.97K photos
122 videos
5 files
2.99K links
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“’ PERKEMBANGAN TERKINI

Alhamdulillah, pihak PGIRM telah menerima panggilan dan SMS daripada YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman, Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, berkaitan Policy Paper yang telah dikemukakan.
Pihak beliau akan menetapkan tarikh untuk sesi penerangan dan pembentangan Policy Paper.
πŸ“Œ Tarikh rasmi akan dimaklumkan.
Kita tunggu. Kita teruskan perjuangan. βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ

https://vt.tiktok.com/ZSqr8XUMv/
πŸ‘39πŸ‘17😒2πŸ™2
Utk makluman semua..

Inilah VTT yg PMX trigger dan lihat sendiri konten dan minta Ketua Setiausaha Sulit cuba hubungi sy utk dptkan penjelasan tentang policy paper yg dimaksudkan.

Sekian,harap maklum
❀32πŸ‘22πŸ”₯2😒2
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pihak PGIRM sedang memohon tarikh dan masa bagi penyerahan Policy Paper PGIRM secara langsung kepada Dato’ Sharul Anwar bin Salman, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia (PMX).

Sehubungan itu, kami memohon sumbangan ikhlas daripada ahli dan penyokong bagi membantu menampung:

πŸ–¨οΈ Kos percetakan Policy Paper dan dokumen berkaitan
πŸš— Kos pergerakan bagi urusan penyerahan Policy Paper
πŸ“„ Keperluan berkaitan urusan tersebut

Tiada jumlah ditetapkan. Rm2,RM5, RM10, RM20 atau mengikut kemampuan masing-masing amat kami hargai.

🀲 Setiap sumbangan kecil amat bermakna bagi memastikan usaha dan gerak kerja ini dapat diteruskan.

Rujukan pembayaran:
πŸ‘‰ Pergerakan Penyerahan Policy Paper PGIRM

Terima kasih atas sokongan dan keikhlasan semua.

PGIRM – Suara Rakyat, Perjuangan Kita.
πŸ‘23❀3😒1
Untuk Rekod..

Berapa jumlah yg dirasakan sesuai berpandu pd baki terkini dlm akaun 1 utk pengeluaran KWSP bg menyelesaikan permasalahan sementara yg dihadapi demi kelangsungan hidup? Mohon VOTEπŸ‘‡πŸ‘‡ Sekian,terima kasih.
Anonymous Poll
3%
RM1,000 - RM 5,000 sudah memadai
59%
RM10,000 - RM45,000 sgt berpatutan
38%
RM50,000 segala permasalahan dpt selesai utk menebus semula aset2
πŸ‘54❀3😒3πŸ‘Œ1
Perkembangan Terkini..

Utk makluman Policy Paper utk MOF telah siap 100% dan sy kongsikan tajuk utama policy paper MOF utk pengetahuan shbt pencarumπŸ‘‡πŸ‘‡

Sekian,harap maklum.

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

POLICY PAPER

CADANGAN MEKANISME AKSES BERSASAR KEPADA SIMPANAN AKAUN PERSARAAN KWSP

KERANGKA DASAR, KELAYAKAN, HAD PENGELUARAN DAN PERLINDUNGAN SIMPANAN PERSARAAN

BERASASKAN PANDANGAN DAN MAKLUM BALAS 5,150 PENCARUM


DIKEMUKAKAN KEPADA:

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

MELALUI:

PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA


DISEDIAKAN OLEH:

AZMI MOHD TAHIR
PRESIDEN
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)
❀45πŸ‘19😒2
πŸ“’ HEBAHAN RASMI

Alhamdulillah, pihak kami telah menerima email rasmi berhubung pertemuan bersama pihak Ketua Setiausaha Sulit (KSS) di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

πŸ“… Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Pertemuan ini merupakan satu lagi langkah penting dalam membawa suara dan tuntutan rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

Hasil pertemuan bersama KSS ini akan dibawa naik ke Pejabat Perdana Menteri, YAB Perdana Menteri Malaysia, PMX.

Mohon sahabat-sahabat terus bersama dan doakan agar segala usaha ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik untuk rakyat. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Teruskan perjuangan. Suara rakyat mesti didengar.

https://vt.tiktok.com/ZSqBXV57o/

#PGIRM #SuaraRakyat
#RakyatYangTercicir #PPIM #KWSPBersasar #PerjuanganRakyat #PMO #PMX #Malaysia
πŸ‘95πŸ”₯18πŸ‘10❀9πŸ™7😒2🀝1
PERKONGSIAN TERKINI..

Salam dan selamat sejahtera shbt pencarum seluruh M'sia.

Untuk makluman semua slps PGIRM membuat hebahan ttg ketetapan tarikh serahan Policy Paper sy telah menerima panggilan dr 15 wakil rkyt meminta pjgkan salinan policy paper kpd mrk dan sy telah nyatakan Policy Paper secara brief akan sy kongsikan nnt,ini tajuknya yg akn disampaikanπŸ‘‡πŸ‘‡

PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

PARLIAMENTARY POLICY BRIEF

SUARA 5,150 PENCARUM

CADANGAN MEKANISME AKSES BERSASAR KEPADA SIMPANAN AKAUN PERSARAAN KWSP

BERSASAR β€’ BERSYARAT β€’ TERHAD β€’ TERKAWAL


DISEDIAKAN OLEH:

AZMI MOHD TAHIR
PRESIDEN
PERTUBUHAN GAGASAN INOVASI RAKYAT MALAYSIA (PGIRM)

SEPTEMBER 2026

Sekian,harap maklum.

Azmi Mohd Tahir
Presiden PGIRM
πŸ‘87❀18😒2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
InshaAllah, kami bersedia dengan apa sahaja yang bakal diserahkan esok.

kami tidak datang membawa kepentingan diri.
kami datang membawa suara mereka yang masih menunggu jawapan.

Apa pun yang berlaku esok, kami akan tetap berdiri.
Kerana perjuangan ini bukan tentang kami β€”
tetapi tentang hak dan harapan rakyat. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€²πŸ»
#kwsp #kwspbersasar #pmo #pmx #suararakyat
❀114πŸ”₯10🫑8😒3
πŸ”₯39πŸ‘35😒3πŸ‘1
Alhamdulillah.

SETELAH 5 TAHUN MENUNGGU, HARI INI MENJADI SATU HARI YANG SANGAT BERSEJARAH BUAT PGIRM.

Selama lima tahun, PGIRM membawa isu dan suara pencarum melalui pelbagai usaha, memorandum, pertemuan serta cadangan kepada pihak Kerajaan.

Hari ini, kami akhirnya menerima jemputan khas dan dipanggil ke Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri untuk menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar.

Bagi kami, ini bukan sekadar penyerahan sebuah dokumen.

Ini adalah satu titik penting dalam perjalanan panjang memperjuangkan suara pencarum yang benar-benar memerlukan.

Policy Paper telah diserahkan.

Kini kami menunggu pertimbangan pihak Kerajaan terhadap cadangan yang telah dikemukakan.

LANGKAH KEDUA:

PGIRM dan PPIM bersedia untuk dipanggil secara rasmi bagi membentangkan secara terperinci cadangan, mekanisme pelaksanaan, syarat kelayakan serta kawalan yang dicadangkan.

Kami tidak meminta keputusan dibuat berdasarkan tekanan.

Kami hanya meminta supaya suara pencarum ini DINILAI dengan serius.

5 TAHUN MENUNGGU.

5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.

POLICY PAPER TELAH DISERAHKAN.

KINI MASANYA SUARA ITU DINILAI.

#KWSPBersasar
#PGIRM
#PPIM
#5150Pencarum
#SuaraPencarum
πŸ”₯62πŸ‘45❀14😒3πŸ™3
Hmm Datuk miss call x sempat angkatπŸ‘†πŸ‘†πŸ˜–πŸ˜–
πŸ‘41🀝1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
UNTUK SAHABAT-SAHABAT OKU PENGLIHATAN
Kepada yang tidak dapat melihat video ini, jangan risau. ❀️
Sila dengarkan video ini dengan teliti melalui audio.
Setiap perkataan, penerangan dan mesej yang disampaikan dalam video ini boleh didengarkan. Semoga perkongsian ini juga sampai kepada anda dan tidak ada sesiapa yang tercicir daripada mengetahui apa yang sedang diperjuangkan.
Suara rakyat adalah untuk semua. πŸ‡²πŸ‡Ύ

https://vt.tiktok.com/ZSqPHBUVx/
❀21πŸ‘10
PENGUMUMAN PENTING!..

Pihak kami menerima banyak aduan kononnya tuntutan kwsp bersasar hanya tertumpu kepada 5,150 orang sahaja.

Justeru bagi mengelakkan kekeliruan, 5,150 itu bukan bermaksud hanya 5,150 pencarum yang memerlukan KWSP Bersasar.

Angka 5,150 ialah jumlah pencarum yang menyertai pool dan mengisi Google Form yang kami sediakan, termasuk menjawab soalan-soalan berkaitan keadaan dan keperluan mereka.

Itulah data dan suara yang kami kumpulkan sebagai bukti sokongan.

Namun perjuangan KWSP Bersasar tidak pernah kami hadkan kepada 5,150 orang sahaja. Kami membawa isu semua pencarum yang terkesan, tercicir dan memerlukan pertimbangan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Jadi jangan kelirukan antara jumlah responden kajian/pool dengan jumlah keseluruhan pencarum yang kami perjuangkan.

5,150 ialah angka yang kami kumpulkan melalui pool dan borang β€” bukan angka had kepada siapa yang berhak dan boleh mengeluarkan KWSP secara bersasar.
❀58πŸ‘31πŸ”₯5
πŸ”΄ MALAM INI KITA BERSAMA.INI ADALAH SALAH 1 PERJUANGAN PENCARUM! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ•˜ 9.00 MALAM | LIVE TikTok PGIRM

Kepada semua pencarum KWSP dan yang bersama-sama menyokong Pengeluaran KWSP Bersasar, jom kita berkumpul malam ini!

πŸ“’ Dengar. Faham. Bersama.
Sebab suara kita lebih kuat bila kita bersama.

Ajak keluarga, kawan-kawan dan pencarum KWSP yang lain.
Biar malam ini kita sama-sama tunjukkan sokongan kita. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ 9.00 malam. Kita jumpa di LIVE!

#PGIRM #PPIM #PengeluaranKWSPBersasar #KWSP #SuaraKita #HakKita #PerjuanganKita
πŸ”₯24πŸ‘11❀1
KENYATAAN MEDIA PGIRM

13 SEPTEMBER 2026

5 TAHUN MENUNGGU β€” POLICY PAPER KWSP BERSASAR DISERAHKAN KEPADA KSS PMX

Setelah hampir 5 tahun memperjuangkan isu akses bersasar kepada simpanan KWSP, pada 11 September 2026 PGIRM bersama PPIM telah menerima jemputan khas dan hadir ke Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri untuk menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar. Selain Policy Paper untuk PMO, pihak KSS turut dimaklumkan akan memanjangkan Policy Paper berkaitan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan KWSP untuk perhatian serta penilaian lanjut.

Bagi PGIRM, penyerahan ini merupakan satu titik penting dalam perjuangan panjang membawa suara pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

Policy Paper tersebut berasaskan pandangan dan maklum balas 5,150 pencarum yang mengambil bahagian dalam kajian PGIRM.

Sebanyak 92.7% responden bersetuju supaya Kerajaan mengkaji satu mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal.

Manakala 5,000 daripada 5,150 pencarum, bersamaan 97.1%, bersetuju supaya cadangan yang diperbaiki berdasarkan pandangan pencarum dibawa kepada Kerajaan dan KWSP untuk pertimbangan.

PGIRM ingin menegaskan bahawa cadangan KWSP Bersasar ini BUKAN pengeluaran bebas.

Ia dicadangkan sebagai mekanisme yang BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL, khusus untuk membantu pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

MENJAWAB PERSOALAN: BAGAIMANA SIMPANAN BOLEH DIBINA SEMULA?

PGIRM turut mengemukakan cadangan mekanisme pemulihan semula simpanan yang dikeluarkan.

Bagi pencarum yang masih mempunyai caruman, caruman baharu boleh disalurkan terlebih dahulu kepada Akaun Persaraan sehingga jumlah yang telah dikeluarkan dipulihkan.

Bagi pencarum yang tidak lagi mempunyai caruman, sebahagian dividen tahunan yang sepatutnya dikreditkan kepada akaun boleh, tertakluk kepada mekanisme yang dipersetujui, disalurkan terus ke Akaun Persaraan sehingga jumlah pengeluaran tersebut dipulihkan.

Dengan mekanisme ini, pengeluaran bersasar bukan bermaksud pencarum mengambil simpanan dan tidak memikirkan semula masa depan persaraan.

Sebaliknya, simpanan boleh dibina semula secara berperingkat.

PGIRM melihat perkara ini sebagai salah satu jawapan kepada persoalan yang pernah dibangkitkan oleh pihak KWSP sebelum ini β€” jika simpanan dikeluarkan, bagaimana pencarum mahu membina semula simpanan tersebut?

Bagi PGIRM, jika ada persoalan, mesti ada mekanisme.

Kami tidak datang dengan alasan.

Kami datang dengan cadangan.

KINI TANGGUNGJAWAB BERADA DI PIHAK KERAJAAN.

PGIRM menghargai ruang yang telah diberikan untuk Policy Paper ini diserahkan kepada KSS dan seterusnya dipanjangkan kepada pihak berkaitan.

Kami dimaklumkan bahawa pihak berkenaan akan menyegerakan proses penilaian sebelum pembentangan Bajet, dan PGIRM mungkin dipanggil untuk membentangkan cadangan serta mekanisme pelaksanaan secara lebih terperinci.

PGIRM bersedia.

Kami bersedia membentangkan mekanisme kelayakan, had pengeluaran, kawalan, kaedah pemulihan semula simpanan serta mekanisme memastikan kemudahan ini hanya diberikan kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

PGIRM tidak meminta Kerajaan menerima cadangan ini secara membuta tuli.

PGIRM hanya meminta supaya cadangan ini DINILAI secara objektif.

JANGAN TOLAK SEBELUM DINILAI.

5 TAHUN TELAH KAMI LALUI.

5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.

POLICY PAPER TELAH DISERAHKAN.

KINI MASANYA SUARA ITU DINILAI.

BANTU YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN.

LINDUNGI SIMPANAN PERSARAAN.

JANGAN HUKUM SEMUA PENCARUM KERANA TINDAKAN SEGELINTIR.

AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
❀56πŸ‘12πŸ‘10😒2
πŸ”₯ KAMI BUKAN SEKADAR BERHARAP β€” KAMI BERUSAHA!

5,150 pencarum telah bersuara.
Policy Paper telah disiapkan.
Suara pencarum telah dibawa ke PMO.

❗ PGIRM tidak menjanjikan keputusan akan diperoleh dengan mudah.

Tetapi jika kita benar-benar mahukan perubahan, jangan hanya menunggu hasil β€” sokonglah usaha yang sedang membawa suara pencarum ke meja pembuat dasar.

πŸ”₯ 5,150 PENCARUM TELAH BERSUARA.
πŸ”₯ PGIRM SUDAH BAWA SUARA ITU KE PMO.

Sekarang, kita tunggu apa jawapan pembuat dasar.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SUARA PENCARUM WAJAR DINILAI, BUKAN DIABAIKAN.
❀52πŸ‘13πŸ”₯4😒1πŸ™1