OUT OF TOPIC..
TIGA FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PILIHAN PENGUNDI PADA HARI MENGUNDI ESOK
Berdasarkan tinjauan lapangan tidak rasmi terhadap responden yang ditemui di beberapa ceramah PRN Melaka, terdapat tiga perkara yang muncul sebagai antara faktor keresahan dan pertimbangan sebahagian pengundi:
1. Tekanan ekonomi
Rakyat mahukan kos sara hidup dikurangkan, subsidi yang bersesuaian dan keperluan asas yang lebih terjamin.
2. Kekecewaan terhadap pentadbiran
Sebahagian responden merasakan keluhan rakyat tidak diberikan perhatian sewajarnya dan kepentingan rakyat perlu diberikan keutamaan.
3. Undi protes sebagai isyarat
Sebahagian responden melihat undi protes sebagai saluran untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan menzahirkan keinginan terhadap perubahan.
PERSOALANNYA:
Adakah pilihan pengundi esok lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen politik, tekanan kehidupan atau penilaian mereka terhadap prestasi pentadbiran?
Apa pun pilihan masing-masing, suara pengundi wajar dihormati. Selepas pilihan raya, perkara paling penting ialah memastikan isu kehidupan rakyat tidak terus menjadi modal kempen semata-mata.
Sekian.
Presiden PGIRM

π22π’2
π£πππππ¨π₯ππ‘ ππͺπ¦π£ πππππ π‘π©ππππ π₯π π±.π² πππππ’π‘: π£ππ₯ππ¨πππ π£ππ‘πππ₯π¨π πππ πππ‘π?
Saya memandang serius pendedahan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai pelaburan bernilai kira-kira RM5.6 bilion dalam syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nvidia. Ketika syarikat itu berdepan kontroversi kepimpinan yang mempunyai kesan meluas, dan mempengaruhi ketidaktentuan pasaran, apakah tahap risiko sebenar yang sedang ditanggung oleh pencarum KWSP?
*klik*
https://www.facebook.com/share/p/1FAcMqJyT8/

π’10β€3π±3
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
BN MENANG PRN MELAKA, TETAPI APAKAH MESEJ PENGUNDI KEPADA PARTI-PARTI DALAM KERAJAAN PERSEKUTUAN?
15 November 2026
KUALA LUMPUR β Keputusan PRN Melaka menyaksikan BN memperoleh 21 kerusi, PN 3 kerusi dan PH 4 kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi.
Kemenangan BN merupakan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri. Namun, persoalan lebih besar ialah apakah mesej yang cuba disampaikan oleh pengundi kepada semua parti politik, khususnya parti-parti yang berada dalam Kerajaan Persekutuan?
PGIRM berpandangan keputusan ini tidak wajar ditafsirkan secara mudah sebagai sokongan menyeluruh terhadap Kerajaan Persekutuan. Begitu juga, keputusan pilihan raya negeri tidak boleh dijadikan ukuran mutlak penerimaan rakyat terhadap mana-mana pemimpin atau parti di peringkat nasional.
Sebaliknya, setiap parti perlu menilai keputusan ini secara terbuka dan mengambil serius suara pengundi.
RAKYAT MAHU MASALAH MEREKA DISELESAIKAN
Sepanjang interaksi PGIRM dengan rakyat dalam tempoh kempen PRN Melaka, beberapa isu terus dibangkitkan, antaranya:
- Kos sara hidup dan beban perbelanjaan harian.
- Peluang pekerjaan serta kestabilan pendapatan.
- Bantuan kerajaan yang dianggap sukar diakses.
- Keperluan rumah sewa mampu milik.
- Kekecewaan apabila politik dilihat lebih mengutamakan perebutan kuasa berbanding masalah rakyat.
Ini mesej yang tidak boleh dipandang ringan. Rakyat bukan sekadar mahu mendengar janji atau menyaksikan pertelingkahan politik. Mereka mahu melihat hasil dan penyelesaian.
PGIRM menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Melaka mengemukakan pelan tindakan 90 hari mengikut bidang kuasa masing-masing, dengan sasaran jelas, tempoh pelaksanaan dan mekanisme pemantauan bagi menangani isu-isu utama rakyat.
ISU PENCARUM KWSP JUGA PERLU DIBERI PERHATIAN
Kerajaan tidak boleh terus mengetepikan kesusahan pencarum KWSP yang berdepan kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan atau kehilangan sumber pendapatan.
PGIRM menuntut cadangan akses pengeluaran bersasar daripada Akaun Persaraan KWSP (dahulunya Akaun 1) diberikan perhatian dan dinilai secara serius oleh pihak kerajaan.
Simpanan persaraan perlu dilindungi, tetapi kesusahan pencarum ketika masih hidup juga tidak boleh diketepikan.
MESEJ KEPADA PARTI-PARTI DALAM KERAJAAN PERSEKUTUAN
Kemenangan BN di Melaka tidak seharusnya membuatkan mana-mana parti dalam Kerajaan Persekutuan berasa selesa.
Parti-parti kerajaan perlu bermuhasabah, menilai prestasi masing-masing dan membuktikan bahawa mandat yang diberikan rakyat diterjemahkan kepada dasar serta tindakan yang berkesan.
Jangan tunggu sehingga PRU16 untuk menyedari bahawa kepercayaan pengundi semakin terhakis.
Akhirnya, rakyat mempunyai kuasa untuk menilai, memilih dan menukar kerajaan melalui peti undi.
PGIRM KEKAL BEBAS
PGIRM menegaskan bahawa pertubuhan ini tidak mewakili, menyokong atau mempertahankan mana-mana parti politik mahupun individu dalam kepimpinan negara.
PGIRM tidak berkempen untuk mengekalkan atau menjatuhkan mana-mana pemimpin. Penilaian PGIRM adalah berdasarkan dasar, tindakan, prestasi pentadbiran dan kepentingan rakyat.
KEMENANGAN PILIHAN RAYA BUKAN CEK KOSONG. MANDAT RAKYAT DATANG BERSAMA TANGGUNGJAWAB.
PGIRM BUKAN SUARA MANA-MANA PARTI POLITIK. PGIRM ADALAH SUARA RAKYAT YANG BERHAK MENEGUR SETIAP PIHAK YANG MEMEGANG KUASA.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)

π28β€3
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
Untuk Edaran
16 November 2026
PERTUMBUHAN EKONOMI BUKAN BUKTI PENCARUM SUDAH TERBELA!
KUALA LUMPUR β PGIRM tidak menafikan pertumbuhan ekonomi negara dan usaha kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.
Namun, jangan jadikan angka pertumbuhan ekonomi sebagai ukuran bahawa semua rakyat sudah menikmati kehidupan yang lebih baik.
Peningkatan median gaji tidak semestinya bermakna pekerja mempunyai lebihan wang selepas menanggung kos kehidupan. Begitu juga kewujudan skim PERKESO tidak bermakna semua individu yang kehilangan pendapatan atau tidak lagi berupaya bekerja mendapat perlindungan yang sama.
Bagaimana pula dengan pekerja sendiri, pekerja informal dan golongan rentan yang tidak diliputi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)? Adakah perlindungan sedia ada benar-benar mencukupi untuk menangani keadaan mereka?
Dalam keadaan ini, saya masih belum melihat penyelesaian yang benar-benar menjawab kesusahan sebahagian pencarum yang memerlukan akses kepada simpanan mereka sendiri.
Atas sebab itu, saya berpandangan akses pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal wajar dipertimbangkan serta diteliti secara serius oleh kerajaan.
Ini bukan tuntutan pengeluaran bebas tanpa kawalan. Ini ialah usaha mencari ruang penyelesaian kepada pencarum yang benar-benar terdesak, tanpa mengabaikan kepentingan simpanan hari tua.
Jangan hanya bangga dengan ekonomi yang berkembang, sedangkan persoalan kemampuan hidup pencarum masih belum terjawab.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden (PGIRM)
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia

π36β€5
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
SIMPANAN SENDIRI DISEKAT, PINJAMAN PULA MENAMBAH HUTANG! INIKAH CARA KERAJAAN MELINDUNGI MASA DEPAN PENCARUM?
Untuk Edaran
18 November 2026
Kuala Lumpur β Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mempersoalkan pendekatan kerajaan yang menekankan perlindungan simpanan persaraan, tetapi pada masa sama pencarum yang terdesak masih berdepan pilihan pembiayaan yang boleh menambah beban hutang.
Kemudahan FSA2 yang diperkenalkan KWSP pada 2023 membolehkan ahli mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan, dengan simpanan Akaun 2 digunakan bagi bayaran pembiayaan apabila mencapai umur kelayakan yang dipilih. Kemudahan ini melibatkan komitmen bayaran balik serta kos pembiayaan dan permohonannya telah ditutup pada 4 April 2024.
Selain itu, KPKT pernah memberi amaran pada 6 Oktober 2021 berhubung iklan skim pinjaman yang menggunakan nama KWSP dan menawarkan kadar faedah yang mencurigakan.
Persoalannya, jika matlamat kerajaan adalah melindungi simpanan hari tua, mengapa pencarum yang terdesak perlu menanggung hutang dan faedah pembiayaan, sedangkan permohonan pengeluaran bersasar daripada simpanan sendiri masih belum mendapat keputusan yang jelas?
PGIRM tidak menuntut pengeluaran tanpa had. Cadangan kami berasaskan empat prinsip:
BERSASAR β BERSYARAT β TERHAD β TERKAWAL.
Pada 11 September 2026, PGIRM telah menyerahkan dua kertas dasar kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO). Penerimaan dokumen disahkan pada 15 September, manakala pada 22 Oktober PGIRM dimaklumkan bahawa kertas dasar tersebut sedang diteliti oleh KWSP.
Sehingga 18 November 2026, PGIRM masih belum menerima dapatan substantif atau keputusan rasmi.
Justeru, PGIRM menuntut penjelasan:
1. Apakah dapatan penelitian KWSP terhadap cadangan PGIRM?
2. Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan pengeluaran bersasar bagi pencarum yang benar-benar terdesak?
3. Mengapa risiko pengeluaran bersasar diberi perhatian, sedangkan risiko hutang dan kos pembiayaan yang ditanggung pencarum juga perlu dinilai?
JANGAN HANYA MELINDUNGI ANGKA SIMPANAN, TETAPI ABAIKAN REALITI KEHIDUPAN PENCARUM!
Pencarum bukan meminta wang percuma. Mereka menuntut pertimbangan yang adil terhadap simpanan hasil titik peluh sendiri ketika berdepan kesusahan hidup.
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
#Kerajaanmestijawab #RakyatBersuara #Rakyatperlutahu

π’28β€4π₯3
Saya ingin bertanya dan mendengar pandangan sahabat-sahabat pencarum.
Segelintir pencarum dalam kumpulan perbincangan menyatakan bahawa kerajaan sudah membuat keputusan tiada pengeluaran Akaun 1. Ada juga yang mempersoalkan mengapa Presiden PGIRM sudah lama senyap dan menyepi, malah ada yang beranggapan bahawa perjuangan ini sudah tiada harapan.
Saya mahu bertanya secara terbuka.
Adakah sahabat-sahabat pencarum mahu saya membuat kemas kini setiap hari mengenai perjuangan PGIRM, walaupun tiada perkembangan terkini, sekadar memaklumkan bahawa usaha ini masih berjalan?
Atau anda lebih selesa saya hanya membuat kemas kini apabila benar-benar ada perkembangan, sama ada cepat atau lambat?
Saya tidak mahu sekadar membuat hantaran untuk menunjukkan saya masih ada. Saya mahu setiap kemas kini mempunyai makna dan tidak mengulang perkara yang sama.
Saya ingin mendengar pandangan pencarum secara jujur. Apakah yang sebenarnya anda harapkan daripada saya sebagai Presiden PGIRM?

β€27π8
PGIRM BOLEH MEMBAWA TUNTUTAN, TETAPI PENCARUM JUGA PERLU BERSUARA!
Saya ingin menyentuh satu perkara yang saya perhatikan sejak sekian lama.
Ada pencarum menyatakan bahawa tidak mengapa, serahkan sahaja kepada PGIRM untuk memberikan tekanan kepada kerajaan.
Saya menghargai kepercayaan tersebut.
Namun, saya ingin tegaskan bahawa PGIRM bukan pengganti kepada suara seluruh pencarum.
PGIRM boleh menghantar memorandum, mengemukakan kertas dasar, bertemu pihak kerajaan dan membawa tuntutan ke meja perbincangan.
Tetapi sejauh mana kuatnya tekanan itu jika pencarum sendiri hanya menjadi pemerhati?
Saya tidak meminta semua orang turun ke jalan raya. Saya juga tidak meminta semua orang melakukan sesuatu di luar kemampuan masing-masing.
Tetapi sekurang-kurangnya, beranilah menyatakan pendirian, memberikan pandangan dan menunjukkan bahawa tuntutan ini bukan suara PGIRM semata-mata.
PGIRM boleh menyelaras perjuangan, tetapi suara dan penglibatan pencarum tidak boleh digantikan oleh usaha kepimpinan PGIRM semata-mata.
Perjuangan ini melibatkan simpanan dan masa depan pencarum. Jangan serahkan seluruh tanggungjawab kepada PGIRM, sedangkan pencarum sendiri tidak mahu memainkan peranan untuk menyuarakan tuntutan mereka.
PGIRM akan terus memainkan peranannya. Tetapi perjuangan ini memerlukan suara pencarum sendiri.

π27π₯3
KENYATAAN RASMI PGIRM
ISU PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP: APAKAH KERAJAAN BENAR-BENAR TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD?
Akhir-akhir ini, isu pengeluaran Akaun 1 KWSP kembali hangat diperkatakan di TikTok dan YouTube. Antara kenyataan yang tersebar ialah kerajaan telah memberikan jawapan dan memuktamadkan keputusan bahawa tiada lagi pengeluaran baharu akan diberikan akses daripada Akaun 1 KWSP.
Susulan perkembangan ini, PGIRM berpandangan bahawa pencarum perlu diberikan penjelasan berdasarkan fakta dan kedudukan rasmi kerajaan, bukannya membuat kesimpulan berdasarkan kenyataan yang belum disahkan.
Untuk mengelakkan kekeliruan, PGIRM ingin menjelaskan kedudukan usaha dan perkembangan terkini pertubuhan ini.
Untuk rekod:
1. PGIRM telah menyerahkan kertas dasar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026.
2. Penerimaan kertas dasar tersebut telah diakui melalui surat bertarikh 15 September 2026 dan dimaklumkan telah disalurkan kepada pihak berkaitan.
3. PGIRM telah membuat susulan melalui WhatsApp kepada pihak SUK PMO pada 4 November 2026 bagi mendapatkan status dan hasil penelitian kertas dasar berkenaan.
4. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, PGIRM masih belum menerima maklum balas substantif mengenai hasil penelitian atau keputusan terhadap cadangan tersebut.
Justeru, perlu dibezakan antara pendirian umum kerajaan berhubung pengeluaran Akaun 1 dengan keputusan rasmi terhadap kertas dasar yang dikemukakan oleh PGIRM pada September 2026.
PGIRM tidak menafikan bahawa kerajaan mungkin mempunyai pendirian tertentu mengenai pengeluaran KWSP. Namun, selagi tiada maklum balas rasmi yang menjelaskan status dan keputusan terhadap kertas dasar PGIRM, tidak wajar untuk kita menganggap perkara tersebut telah dimuktamadkan.
PGIRM tidak pernah menjanjikan bahawa tuntutan ini pasti berjaya. Namun, pencarum juga berhak mengetahui sama ada cadangan yang dikemukakan telah diteliti, ditolak atau masih dalam pertimbangan.
Jangan biarkan pencarum membuat kesimpulan tanpa mengetahui kedudukan sebenar.
PGIRM akan terus berpegang kepada fakta, rekod rasmi dan perkembangan yang boleh disahkan. Segala pendirian serta perkembangan rasmi pertubuhan akan disampaikan melalui saluran komunikasi PGIRM.
Sekian, terima kasih.

π16π₯3β€1
Berita tahun 2023 dikitar semulaππseolah2 himpunan akn berlaku pd tahun iniπͺπͺ
P/S
Sebarang maklumat mengenai tuntutan, pengeluaran KWSP dan penganjuran himpunan yang dikaitkan dengan PGIRM hendaklah dirujuk kepada saluran rasmi PGIRM. Jangan membuat andaian atau menyebarkan maklumat lama seolah-olah ia keputusan dan perkembangan semasa.
Rujukan:
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/perhimpunan-aman-jika-tak-dibenar-keluar-kwsp/?utm_source

π’8
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
Untuk Edaran Segera
20 November 2026
10,000 PELARIAN ROHINGYA KE TΓRKΔ°YE: KERAJAAN WAJIB JELASKAN KEUTAMAAN RAKYAT!
KUALA LUMPUR β Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memandang serius laporan media mengenai persetujuan Jemaah Menteri terhadap cadangan penempatan 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia ke TΓΌrkiye menerusi program latihan kemahiran TVET selama tiga hingga enam bulan.
PGIRM tidak mempertikaikan tanggungjawab kemanusiaan Malaysia. Namun, kerajaan perlu menjelaskan keutamaan perbelanjaan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat sendiri yang masih bergelut dengan kemiskinan, kehilangan pekerjaan, penyakit kronik serta ketidakcukupan simpanan untuk meneruskan kehidupan.
Sehubungan itu, PGIRM menuntut penjelasan kerajaan mengenai enam perkara:
1. Berapakah kos keseluruhan program melibatkan 10,000 pelarian ini?
2. Siapakah yang menanggung kos perjalanan, latihan, penginapan dan penempatan?
3. Adakah wang pembayar cukai Malaysia akan digunakan?
4. Apakah bentuk perjanjian dan komitmen rasmi dengan kerajaan TΓΌrkiye?
5. Bilakah program ini akan dilaksanakan dan bagaimana pemantauannya?
6. Apakah langkah setara kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang masih terhimpit dengan kesusahan hidup?
Jangan sampai keprihatinan terhadap isu kemanusiaan antarabangsa mengatasi keperluan untuk menjelaskan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat sendiri.
Wang awam menuntut ketelusan. Keputusan Kabinet yang mempunyai implikasi kepada kepentingan negara juga mesti disertai penjelasan yang boleh dinilai oleh rakyat.
PGIRM tidak meminta kerajaan mengabaikan pelarian. PGIRM menuntut supaya kebajikan rakyat Malaysia tidak diketepikan.
Kemanusiaan perlu dipelihara, tetapi akauntabiliti kerajaan tidak boleh dikompromi.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Rujukan Laporan:
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/11/10000-rohingya-bakal-ditempatkan-di-turkiye-ahmad-zahid/?utm_source=chatgpt.com

Utusan Malaysia
10,000 Rohingya bakal ditempatkan di Turkiye - Ahmad Zahid
π6
KENYATAAN MEDIA RASMI PRESIDEN PGIRM
KONTROVERSI YTL DAN NVIDIA: KWSP DAN PNB JANGAN BERDIAM DIRI, WANG RAKYAT PERLU DILINDUNGI!
Untuk Edaran Segera
21 November 2026
KUALA LUMPUR β Kontroversi yang mengaitkan Kumpulan YTL dengan penggunaan cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA di pusat data Johor bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan.
Isu ini mendapat perhatian masyarakat selepas laporan media antarabangsa membangkitkan persoalan mengenai penggunaan cip berteknologi tinggi, penglibatan syarikat dari China serta kawalan eksport Amerika Syarikat.
YTL telah mengeluarkan kenyataan pada 20 November 2026 dengan menafikan dakwaan bahawa pusat datanya terlibat dalam pemindahan cip NVIDIA kepada pelanggan di China. Namun, penafian tersebut tidak sepatutnya menutup ruang kepada penjelasan dan penelitian lanjut terhadap isu yang telah dibangkitkan.
Kerajaan juga perlu memastikan sebarang penelitian atau siasatan berkaitan perkara ini dilaksanakan secara telus.
Namun, ada satu perkara yang lebih dekat dengan kepentingan rakyat dan tidak boleh diketepikan.
Apakah kedudukan pelaburan KWSP dan dana di bawah pengurusan PNB yang mempunyai kepentingan dalam kumpulan YTL?
PGIRM mahu KWSP dan PNB tampil memberikan penjelasan.
Berapakah jumlah pegangan dan nilai pelaburan mereka ketika ini? Adakah risiko berkaitan kontroversi ini telah dinilai? Apakah langkah yang akan diambil sekiranya perkembangan kawalan perdagangan Amerika Syarikat atau perubahan operasi pusat data memberi kesan kepada prestasi pelaburan tersebut?
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk baru hendak bertindak.
PGIRM tidak menuduh YTL melakukan sebarang kesalahan dan tidak juga meminta KWSP atau PNB menjual pegangan mereka secara terburu-buru. Tetapi apabila wang pencarum dan dana pelaburan rakyat terlibat, penjelasan tidak boleh dielakkan.
Kita sering mendengar KWSP mengingatkan pencarum supaya menjaga simpanan untuk masa depan. Maka, pihak yang menguruskan wang simpanan itu juga mesti menunjukkan tanggungjawab yang sama dalam setiap keputusan pelaburan.
Jangan hanya bercakap tentang keuntungan apabila pelaburan berjaya. Apabila timbul persoalan mengenai risiko, pencarum juga berhak mendapat jawapan.
PGIRM mahu isu ini diberikan perhatian serius. Wang pencarum bukan wang milik mana-mana pihak pengurusan atau syarikat korporat. Ia adalah hasil titik peluh rakyat yang bekerja selama bertahun-tahun untuk menjamin kehidupan hari tua mereka.
JANGAN BIARKAN PENCARUM HANYA MENGETAHUI KEUNTUNGAN, TETAPI TIDAK DIBERITAHU RISIKO YANG MELIBATKAN WANG MEREKA.

π25β€2
KENYATAAN MEDIA RASMI PGIRM
KWSP PEGANG RM420.785 BILION SEKURITI HUTANG KERAJAAN. PENCARUM BERHAK TAHU BAGAIMANA WANG MEREKA DIURUSKAN!
22 NOVEMBER 2026
KUALA LUMPUR β Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melihat angka pegangan KWSP dalam hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM420.785 bilion setakat 30 Jun 2026 sebagai satu perkara yang wajar difahami oleh setiap pencarum.
Ada yang beranggapan wang KWSP yang digunakan untuk membeli bon kerajaan bermaksud wang itu telah diberikan begitu sahaja kepada kerajaan. Anggapan ini tidak tepat.
Untuk memahami perkara ini, mudah sahaja.
Apabila kerajaan memerlukan pembiayaan, kerajaan boleh menerbitkan bon. KWSP pula boleh membeli bon tersebut menggunakan dana pelaburannya. Kerajaan mendapat pembiayaan, manakala KWSP mendapat sekuriti yang mewajibkan kerajaan membayar pulangan dan memulangkan jumlah asal apabila sampai tempoh matang.
Namun, pembelian bon bukan bermaksud semua wang itu terus masuk kepada kerajaan. Ada juga bon yang dibeli daripada pelabur lain yang sudah memilikinya.
Jadi, kita perlu jelas. Pelaburan dalam bon kerajaan bukan bermaksud wang pencarum telah hilang. Tetapi ia juga bukan alasan untuk menganggap semua perkara sudah selesai dan tidak perlu dipersoalkan.
Di sinilah persoalan sebenar bermula.
Berapa banyak pulangan yang sebenarnya diterima KWSP daripada pelaburan MGS dan MGII? Berapa banyak wang pokok yang telah dibayar semula oleh kerajaan? Bagaimana risiko pelaburan ini dinilai dan dikawal?
Ini bukan persoalan untuk mencari salah sesiapa. Ini soal wang persaraan rakyat yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab.
PGIRM tidak menolak pelaburan KWSP dalam bon kerajaan. Tetapi pencarum berhak mengetahui bagaimana wang mereka digunakan, berapa pulangan yang diterima dan bagaimana kepentingan mereka dilindungi.
Jangan hanya melihat angka RM420.785 bilion lalu membuat andaian bahawa wang itu sudah hilang. Pada masa yang sama, jangan pula menganggap angka pelaburan yang besar itu tidak perlu diberikan penjelasan.
Wang pencarum bukan wang kecil. Ia hasil titik peluh rakyat yang bekerja selama bertahun-tahun untuk menjamin kehidupan selepas persaraan.
PGIRM akan terus memperjuangkan hak pencarum untuk mendapatkan penjelasan yang telus dan mudah difahami.
DATA BUKAN EMOSI. WANG PENCARUM MESTI DILINDUNGI.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Sumber angka: Kementerian Kewangan Malaysia, Tinjauan Fiskal 2027, Jadual 4.4 β Federal Government Debt by Holder, kedudukan akhir Jun 2026.

π11π11π’5π₯3
RAMAI BERTANYA, APA ITU MGS DAN MGII?
Selepas saya mengemas kini kenyataan media PGIRM mengenai pegangan KWSP sebanyak RM420.785 bilion dalam hutang Kerajaan Persekutuan, ramai pencarum bertanyakan maksud MGS dan MGII.
Saya ringkaskan supaya mudah difahami.
1. MGS β Malaysian Government Securities
Sekuriti Kerajaan Malaysia. Kerajaan mendapatkan pembiayaan daripada pelabur dan membayar faedah atau kupon mengikut kadar serta tempoh ditetapkan.
2. MGII β Malaysian Government Investment Issues
Sekuriti hutang kerajaan yang distrukturkan mengikut prinsip Syariah. Pulangannya berbentuk keuntungan, bukan faedah.
Bagaimana KWSP terlibat?
Apabila kerajaan menerbitkan MGS atau MGII, KWSP boleh membelinya menggunakan dana pelaburan. Kerajaan mendapat pembiayaan, manakala KWSP mendapat sekuriti yang mewajibkan kerajaan membayar pulangan dan memulangkan wang pokok apabila matang.
Namun, ada juga sekuriti yang dibeli KWSP daripada pelabur lain, bukan terus daripada kerajaan.
Apa kaitannya dengan pencarum?
Pegangan RM420.785 bilion itu bukan bermaksud wang pencarum telah hilang. Ia merupakan pegangan KWSP dalam sekuriti hutang kerajaan dan instrumen berkaitan.
Tetapi pencarum tetap berhak mengetahui berapa pulangan sebenar yang diterima, berapa jumlah wang pokok yang telah dibayar balik dan bagaimana risiko pelaburan dikawal.
Saya mahu pencarum faham satu perkara:
Melabur itu satu keputusan. Memastikan wang pencarum diurus dengan baik pula satu tanggungjawab.
Kita tidak perlu menjadi ahli ekonomi untuk memahami perkara ini. Ini wang simpanan hari tua kita. Kita berhak tahu bagaimana ia diuruskan.
Jangan hanya pandai membaca angka. Fahami apa yang berlaku di sebalik angka tersebut.
DATA BUKAN EMOSI. WANG PENCARUM MESTI DILINDUNGI.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Rujukan:
https://financialmarkets.bnm.gov.my/types-of-securities?utm_source

financialmarkets.bnm.gov.my
FMIP
Financial Markets Investor Portal (FMIP)
π23
PERKEMBANGAN TERKINI PGIRM
Satu pelan tindakan seterusnya sedang disusun dan akan dilaksanakan.
Untuk makluman pencarum seluruh Malaysia, PGIRM sedang menyelaraskan urusan penyerahan permohonan rasmi kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi.
Permohonan ini bertujuan mendapatkan penelitian Parlimen terhadap Kertas Cadangan Pengeluaran KWSP Bersasar yang telah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026.
Langkah ini merupakan usaha PGIRM membawa persoalan mengenai status pertimbangan dan pendirian rasmi kerajaan terhadap cadangan tersebut ke saluran Parlimen.
Perjuangan ini belum selesai. PGIRM akan terus menuntut penjelasan dan akauntabiliti terhadap perkara yang melibatkan kepentingan pencarum.

π40β€4π₯1
Kes dadah babit pegawai TUDM: PGIRM desak kerajaan beri penjelasan menyeluruh
https://suara.tv/22/11/2026/kes-dadah-babit-pegawai-tudm-pgirm-desak-kerajaan-beri-penjelasan-menyeluruh/

SuaraTV
Kes dadah babit pegawai TUDM: PGIRM desak kerajaan beri penjelasan menyeluruh
PGIRM desak kerajaan beri penjelasan menyeluruh kes dadah membabitkan pegawai TUDM serta kelemahan kawalan keselamatan pangkalan tentera.
π12
π€¬ KENAPA SUARA NETIZEN DI MEDIA SOSIAL BOLEH MENDAPAT PERHATIAN MENTERI, TETAPI KERTAS CADANGAN RASMI PGIRM MASIH BELUM MENDAPAT SEBARANG MAKLUM BALAS?
Saya benar-benar kecewa dan mempersoalkan perkara ini.
Satu cadangan pengeluaran KWSP pada usia 45 tahun yang beredar di media sosial, bukannya kenyataan rasmi atau dasar kerajaan, boleh mendapat perhatian dan respons Menteri Ekonomi.
Tetapi bagaimana pula dengan Kertas Cadangan Dasar dan Parliamentary Brief PGIRM yang telah disediakan secara rasmi dan diedarkan kepada 220 Ahli Parlimen Dewan Rakyat, termasuk Menteri Ekonomi?
Mengapa sehingga hari ini PGIRM masih belum menerima sebarang maklum balas substantif berhubung cadangan dan persoalan dasar yang telah dikemukakan?
Adakah dokumen rasmi yang mengandungi kajian, tuntutan dan suara ribuan pencarum tidak cukup penting untuk diberikan perhatian?
DI MANAKAH AKAUNTABILITI DAN PERTANGGUNGJAWABAN MENTERI SERTA WAKIL RAKYAT?
Adakah tanggungjawab wakil rakyat hanya memberikan reaksi terhadap isu yang tular di media sosial, sedangkan dokumen rasmi yang dikemukakan kepada mereka masih belum mendapat sebarang penjelasan atau maklum balas yang sewajarnya?
PGIRM tidak menuntut kerajaan menerima semua cadangan kami.
Tetapi pencarum berhak mengetahui sama ada cadangan mereka telah diteliti, apakah dapatan penilaian dan apakah keputusan kerajaan.
JANGAN HANYA RESPONS APABILA SESUATU ISU MENJADI TULAR. SUARA PENCARUM YANG DIBAWA MELALUI SALURAN RASMI JUGA MENUNTUT PERHATIAN DAN JAWAPAN!
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Rujukan 1:
https://media-perpaduan.com/2026/11/22/cadangan-pengeluaran-kwsp-umur-45-tahun-jejas-simpanan-hari-tua-akmal-nasrullah/?utm_source
Rujukan 2:
https://www.mediatelus.com/detail/19820

MEDIA PERPADUAN
Cadangan pengeluaran KWSP umur 45 tahun jejas simpanan hari tua β Akmal Nasrullah
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan menurunkan umur pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 45 tahun kerana langkah berkenaan berpotensi menjejaskan kecukupan simpananβ¦
π18π’4β€1
KENYATAAN MEDIA RASMI PRESIDEN PGIRM
25 NOVEMBER 2026
MENTERI BOLEH RESPONS CADANGAN DI MEDIA SOSIAL, MENGAPA KERTAS CADANGAN RASMI PGIRM MASIH BELUM MENDAPAT JAWAPAN?
KUALA LUMPUR β Saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini.
Pada 20 November lalu, Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, memberikan reaksi terhadap cadangan pengeluaran KWSP pada usia 45 tahun yang dibacanya di media sosial.
Saya tidak mempertikaikan hak Menteri untuk memberikan pandangan. Namun, saya ingin bertanya, mengapa cadangan yang berlegar di media sosial boleh mendapat perhatian Menteri, sedangkan usaha dan cadangan rasmi yang telah dikemukakan oleh PGIRM bersama rakan strategik kami, PPIM, masih belum mendapat penjelasan sewajarnya?
Untuk makluman, melalui kerjasama strategik PGIRM dan PPIM, kami telah menggerakkan usaha membawa tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal melalui saluran rasmi.
PGIRM telah mengedarkan Parliamentary Brief kepada 220 Ahli Parlimen Dewan Rakyat, termasuk Menteri Ekonomi. Kertas Cadangan Dasar pula telah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September 2026.
Pihak PMO kemudiannya mengesahkan bahawa dokumen tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan KWSP. Pada 22 Oktober, PGIRM turut dimaklumkan bahawa kertas cadangan berkenaan sedang diteliti oleh KWSP.
Namun, sehingga hari ini, kami masih belum menerima dapatan penilaian, pendirian atau keputusan substantif berhubung cadangan tersebut.
Saya ingin tegaskan bahawa PGIRM dan PPIM bukan meminta layanan istimewa. Kami juga tidak memaksa kerajaan menerima tuntutan kami.
Tetapi apakah terlalu sukar untuk kerajaan memberikan satu jawapan yang jelas kepada suara pencarum yang telah dikemukakan melalui saluran rasmi?
Jika tidak bersetuju, nyatakan tidak bersetuju. Jika ditolak, berikan alasan. Jika masih diteliti, maklumkan perkembangan dan tempoh tindakan yang jelas.
Jangan biarkan pihak yang mengemukakan cadangan terus tertanya-tanya tanpa sebarang kepastian.
DI MANAKAH AKAUNTABILITI DAN TANGGUNGJAWAB MENTERI SERTA WAKIL RAKYAT TERHADAP SUARA PENCARUM?
Saya tidak mahu lagi melihat isu pencarum hanya mendapat perhatian apabila ia menjadi perbualan hangat di media sosial.
Suara yang dibawa melalui kerjasama pertubuhan masyarakat dan disampaikan melalui dokumen rasmi juga wajib diberikan perhatian serta jawapan.
KAMI SUDAH BERSUARA. USAHA BERSAMA PGIRM DAN PPIM SUDAH DIGERAKKAN. KERTAS CADANGAN SUDAH DIKEMUKAKAN. SEKARANG, TUNJUKKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN MEMBERIKAN JAWAPAN!
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
s.k PPIM

π25β€4
TAHUKAH ANDA MENGAPA KERAJAAN MASIH BERPENDIRIAN BAHAWA SIMPANAN KWSP PERLU DIKEKALKAN UNTUK HARI TUA?
Penjelasan Presiden PGIRM
Setiap kali tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar dibangkitkan, alasan yang sering diberikan ialah simpanan perlu dikekalkan bagi menjamin kehidupan pencarum selepas bersara.
Namun, daripada penyelidikan dan penelitian saya terhadap undang-undang serta kenyataan kerajaan berkaitan KWSP, saya mendapati terdapat satu faktor penting yang wajar diketahui pencarum, iaitu hubungan antara pelaburan KWSP dalam sekuriti kerajaan dengan kepentingan kewangan negara.
Apakah kaitannya?
Seksyen 26B Akta KWSP 1991 menetapkan:
- Sekurang-kurangnya 50% wang yang dilaburkan atau dilaburkan semula setiap tahun perlu ditempatkan dalam sekuriti kerajaan.
- Sekurang-kurangnya 70% daripada keseluruhan pelaburan KWSP perlu berada dalam sekuriti berkenaan.
- Menteri mempunyai kuasa mengubah peratusan tersebut atas permohonan Lembaga KWSP.
Pada tahun 2022, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul, menyatakan KWSP memegang kira-kira RM240 bilion dalam MGS, bersamaan sekitar 27% daripada pasaran MGS ketika itu. Beliau turut membangkitkan kebimbangan kesan pengeluaran besar-besaran terhadap pelaburan KWSP dan kos pinjaman kerajaan.
Daripada penelitian ini, timbul persoalan saya:
Adakah kebimbangan terhadap kedudukan pelaburan KWSP dan kepentingan kewangan negara turut menjadi antara faktor kerajaan begitu berpegang kepada alasan simpanan perlu dikekalkan untuk hari tua?
Jika peraturan pelaburan KWSP boleh diubah melalui peruntukan undang-undang, mengapa ruang untuk memberikan kelonggaran kepada pencarum yang benar-benar terdesak melalui pengeluaran bersasar tidak diberikan pertimbangan yang sama serius?
Adakah kepentingan pelaburan dan kewangan negara lebih mudah diberikan pertimbangan berbanding kesusahan hidup pencarum sendiri?
Saya tegaskan, PGIRM bukan menuntut pengeluaran bebas. Tuntutan kami ialah pengeluaran BERSASAR, BERSYARAT, TERHAD DAN TERKAWAL kepada pencarum yang memenuhi kriteria kelayakan.
Pencarum bukan meminta wang percuma. Mereka menuntut ruang untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan milik mereka sendiri ketika berdepan kesusahan hidup.
Jangan terlalu mempertahankan simpanan untuk hari tua sehingga terlupa bahawa pencarum juga perlu hidup hari ini.
Persoalannya, sampai bila kesusahan pencarum perlu diketepikan atas alasan menjaga simpanan hari tua?
Azmi Mohd Tahir
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Rujukan fakta: Seksyen 26B Akta KWSP 1991,
https://www.kwsp.gov.my/en/others/resource-centre/references/epf-act-1991?utm_source
Rujukan kenyataan rasmi Menteri di Dewan Rakyat, 14 Mac 2022, ucapan Kementerian Kewanganβ .
https://mof.gov.my/portal/ms/berita/ucapan/ucapan-penggulungan-titah-diraja-kementerian-kewangan?utm_source

KWSP Malaysia
EPF Act 1991: Legal Framework Overview - KWSP Malaysia
Browse through the EPF Act 1991 to understand the legal framework, member rights, and regulations governing the provident fund in Malaysia. Read more.
π11π9π’4β€1
KENYATAAN MEDIA PGIRMβPPIM
KWSP, JANGAN HANYA KUTIP DUIT PENCARUM β TURUN PADANG DAN DENGAR SUARA MEREKA!
Untuk Edaran Segera
27 November 2026
Kuala Lumpur - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) bersama rakan strategik, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil tanggungjawab menganjurkan Program Jelajah Dialog dan Santuni Pencarum KWSP di seluruh Malaysia.
Cadangan ini turut mendapat persetujuan dan penglibatan Datuk Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis PPIM.
Sudah tiba masanya KWSP turun bertemu pencarum secara bersemuka. Jangan hanya muncul melalui kempen penerangan, pengumuman dividen atau program promosi. Pencarum mempunyai pelbagai persoalan, keluhan dan masalah yang memerlukan jawapan secara langsung daripada pihak yang menguruskan wang simpanan mereka.
Kami mahu KWSP sendiri menganjurkan jelajah ini. Ini bukan tanggungjawab NGO atau pihak luar untuk dilaksanakan bagi pihak KWSP.
Program ini mesti melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi KWSP yang mempunyai kuasa serta mandat untuk memberikan jawapan. Pencarum mesti diberikan ruang untuk bertanya, mengkritik, membantah dan menyuarakan masalah secara terbuka.
Jangan jadikan program ini sekadar ceramah sehala atau acara publisiti. Pencarum datang bukan untuk mendengar promosi, tetapi untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan.
Antara perkara yang wajar diberikan perhatian ialah isu pengeluaran, struktur akaun, dividen, kecukupan simpanan persaraan serta kesusahan yang dihadapi pencarum dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar. Setiap persoalan yang belum dapat dijawab juga perlu direkodkan dan diberikan tindakan susulan.
Pendirian kami jelas.
KWSP tidak boleh hanya mengharapkan pencarum memahami dasar dan keputusan institusi. KWSP juga mesti bersedia mendengar, memahami dan berhadapan dengan realiti kehidupan pencarum.
Wang simpanan itu milik pencarum. Kepercayaan mereka bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu, PGIRM dan PPIM akan mengemukakan usul rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWSP supaya program jelajah ini dilaksanakan di seluruh negara.
Kami mahu melihat KWSP bukan sahaja cekap mengurus wang simpanan ahli, tetapi juga bertanggungjawab mendengar dan menjawab suara mereka.
PENCARUM BUKAN SEKADAR PENYUMBANG WANG. SUARA MEREKA WAJIB DIDENGAR.
AZMI MOHD TAHIR
Presiden
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM)
Dengan penglibatan strategik:
DATUK NADZIM JOHAN @ TOQQI
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

π21π’1