TikTok Shopee Malaysia Class
27.2K subscribers
221 photos
4 videos
1 file
119 links
Disclaimer: Channel ini bukan saluran rasmi TikTok & Shopee. PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.

Dijadikan sebagai rujukan kepada 'newbies seller' dalam TikTok & Shopee.

Group Q&A: @shopeemyclass2
Nota TikTok: @tiktokshopMYclass
Download Telegram
#ShopeeBintangSharing

Hi #ShopeeFam .

Macam mana dengan 11.11?

Kengkawan seller juga dialu-alukan untuk berkongsi petua kejayaan, kisah sedih atau apa jua yang berkait dgn 11.11 secara khusus atau sebagainya yang umum.

Orait cukup setakat tu dulu isu 11.11.

Disini abg jamil nak share apa yang dilakukan setelah berakhirnya kempen 11.11.

Semalam aku surf beberapa platform e-commerce.
Didapati sebilangan kecil seller yg sudah buat tindakkan awal. Bukan untuk menanti 12.12 ya. Tetapi mereka sudah mula dgn langkah besar sasaran untuk Hari Raya 2022 juga persediaan awal untuk tahun hadapan.
Mungkin ada yang kata lambat lagi dan banyak masa lagi. Ya betul la juga tu. Tapi untuk seller kecilan & oneman show macam abang jamil ni, langkah awal adalah satu bonus.

So abg jamil sarankan newbie seller dan seller level ikan bilis mata kuning 😁 macam abg jamil ni dah boleh mula cari item baru berkaitan Hari Raya untuk dipasarkan seawal yang boleh.

Ada yang akan tanya kenapa awal sangat nak upload new listing? Jawabnya mudah. Lagi awal kita bergerak maka lagi awal organik traffic tu mengenali item & shop kita.

Oh ya terlupa satu perkara. Untuk info semua sekarang sedang berlaku kenaikan harga pelbagai barangan dipasaran dalam dan luar negara. So sila teliti semula semua % profit anda pada setiap listing supaya tidak berlaku kerugian melampau pd profit shop anda.

Biznis ibarat satu himpunan langkah. Jika kita yang mula melangkah bermakna kita yang akan sampai dulu. So kita jangan bertangguh. Mulai sekarang dah boleh brainstorming, mesorat tingkap, mesorat wasap atau sebagainya untuk membincangkan mencari sentuhan yang mendatangkan hasil yang berbaloi dengan segala usaha kita.

Okay sampai takat ni saja dp Abg Jamil.

Moga beroleh hasil yang terbaik untuk para seller yang budiman dlm group ni.

Kata-kata bijak CEO Tesla ~ Elon Musk
" Beberapa orang tidak menyukai perubahan, tetapi Anda perlu merangkul perubahan jika alternatifnya adalah bencana "

Kata-kata marketing bijak ~ Abg Jamil 😁
" ......Butang baju aku mana pah " 😁

See ya all later naa...
#SSCSharing

Benda baru lagi

Auto Selected Target ROI Feature

Macam biasa, selected sellers je ada benda ni

Nanti-nanti yang lain dapatlah.

Thread
πŸ‘2
#ShopeeBintangSharing
#ShopeeFam

Hi fellow sellers and friends,

We often face issues where our Shopee Ads doesn't really perform well especially on new listings. Before we even decide to invest on Shopee Ads, there're some tweakings which can and should be done first which includes;

1: Optimizing our product title
* Use high search volume keywords, make sure it's RELEVANT to our product. AVOID using unnecessary symbols or icons like πŸ”₯🌟πŸ’₯which is a waste of valuable title spaces. We may also consider using dual or even tri languages to attract different buyers.
* How do we even know if the keyword has high search volume? There's an easy way to find out by visiting "Shopee Ads" at "Marketing Centre". Click any existing Search Ads and choose "Add More Keywords". From there, we may type any keywords we wish to check, "Search Volume" from the last 30 days of those keywords will be shown. So, add in those good potential keywords accordingly as much as we can until we can fully utilize the character limit of listing title.

2: Unique / Eye catching / Good quality cover photo
* It's recommended to use white background photo, having the product utilizing at least 70% of the photo space.
* Look for unique or eye catching photos. Buyers would be more likely to click on a listing which has appealing image.
* We may also consider adding frames into our images, include some of out Unique Selling Points (USP), for example; Free Shipping, Warranty, Local Seller, Ship Within 24 Hours, Daily Shipping Including Holidays etc
* As for sub images, it's highly recommended to add at least 3, the more, the better.

3: Video
* Buyers may not enjoy reading long description but definitely would be interested to watch short video. Some videos we could add includes product usage guide, product durability test such as waterproof or any other things which are hard to describe using photos or words.

4: Listing Attribute
* This may become one of the best helper for buyers to locate products with specific attribute when it's fully implemented. So, fill in related attributes as much as we can.

5: Description
* A good description is important for buyer to understand our product better. Make it simple and compact. Try not to copy and paste description from our competitors. What we can do is to add in extra details which our competitors does not include. Buyers may be specifically looking for those details among sellers they visited. Recommended to have at least 300 characters in length.

6: Price
* While it's not necessarily has to be the cheapest, try to stay competitive. We can always play around with Shopee Programmes such as Free Shipping, Coin Cashback or even our own Marketing Tools like Shop/Product Vouchers, Bundle Deals, Add On Deals etc.

When all these has been tuned, we should see some improvements on our listings. ✌️✌️✌️ Then, we may consider proceeding with next step, Shopee Ads. 😊

I hope this sharing would be useful for fellow sellers here. Wishing the best to all of you for the coming 12.12 sales. Ganbatte! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
πŸ‘2
πŸ‘2
#ShopeeBintangSharing
#ShopeeFam

Hari ni tetiba rasa nak share apa yang saya buat pada stock yang kurang laris, atau yang saya terlebih ambil dari pengedar.

Kadang kadang design baru dah keluar tapi design lama masih belum habis. Buyer pulak focus beli design baru. Mana mau kan.

Jadi, saya beli kotak. Kotak comel comel, warna warni, cun cun. Boleh cari kat Shopee je, ramai jual.

Saya letak item yang saya jual tu dalam kotak tersebut. Add sikit gift, hias hias bagi cantik dan comel.

Ambil gambar, buat satu listing. Jangan lupa kira kos kotak dan gift gift bagai tu.

Yang paling penting, item tu RANDOM. Jadi buyer tak boleh pilih design. Kat situ la peluang kita nak clearkan stock stock lama.

Sekarang ni tengah trend orang hantar gift mengejut 😁

But, saya cuba untuk tambah baik box set saya ni. Boleh tak you all tolong suggest apa apa yang saya boleh add on dalam set tu supaya lebih menarik? Terima kasih 😘
πŸ‘2
#ShopeeBintangSharing
#ShopeeFam

β€œπ€ππƒπ€ 𝐀𝐃𝐀 πŸ‘ 𝐒𝐀𝐀𝐓 π”ππ“π”πŠ 𝐁𝐔𝐀𝐓 π‰π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 π“π„πŠπ€π 𝐀𝐓𝐀𝐔 π€ππ€πˆπŠπ€π ππ‘πŽπƒπ”πŠ 𝐀𝐍𝐃𝐀”

βœ… Info ringkas tapi padat pada π—–π—’π—©π—˜π—₯ 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž anda contohnya free gift🎁, pos hari-hariπŸššπŸ’¨, made in malaysiaπŸ‡²πŸ‡Ύ, saiz-saiz produk dan lain-lain. Jangan clickbait menipu, tapi memang fakta! Tipu dosa😌

βœ… π—–π—’π—©π—˜π—₯ 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž ni sangat-sangat penting. Buat cantik-cantik, gambar produk jelas, kombinasi warna menarik, info ringkas - senang cerita apa yang memudahkan pelanggan letak di cover - pelanggan pandang tak sampai 3 saat dia tekan😁

βœ…Sambil mata dia tengok cover gempak hasil tak tidur siang 3 hari tu, mata dia akan pandang pada π—§π—œπ—§π—§π—Ÿπ—˜ 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž. Letak tittle betul2, membantu search dan ads.

βœ…Dari 3 saat jadi 20 saat bila ada π—©π—œπ——π—˜π—’ 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž. Buat video produk. Biau pembeli ralit dengan hasil editan video kau yang tak seberapa tu.

βœ…Dari 20 saat ke 40 saat bila 𝗣𝗛𝗒𝗧𝗒 π—Ÿπ—œπ—¦π—§π—œπ—‘π—š banyak info. Pembeli akan slide @ scroll baca info di photo listing.

βœ…40 saat ke 50 saat dia ke π——π—˜π—¦π—–π—₯π—œπ—£π—§π—œπ—’π—‘ sekali imbas dan terus baca π—₯π—˜π—©π—œπ—˜π—ͺ & π—₯π—”π—§π—œπ—‘π—š 𝗣π—₯π—’π——π—¨π—ž. Sebab tu review ni kena jaga. Jangan di maki hamunnya pelanggan..

βœ…OK dah seminit pelanggan hadap produk anda, kemudian beliaupun berlalu pergi, tak beli pun.. tak apa lah, dah tak ada rezeki nak buat camana, sekurang-nya impression, views, clicks anda naik hahahahaπŸ˜†.. esok lusa dia belilahπŸ˜‰

πŸ…£πŸ…˜πŸ…ŸπŸ…’ πŸ…šπŸ…žπŸ…πŸ…£πŸ…žπŸ…£
Beberapa minggu ni sale kurang, jom kita 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 π—•π—”π—œπ—ž π—Ÿπ—œπ—¦π—§π—œπ—‘π—š. Saya percaya, ada usaha pasti ada jalan.

Sharelah #tipsshopee anda juga☺️
πŸ‘3
#SSCSharing

Seronoknya!

Shopee Seller Affiliate dah boleh create 10 product links

Sebelum ni affiliate link direct masuk shop profile depan kedai je

So anda dah ada link affiliate untuk 10 products dalam kedai?

Kalau belum, ajoms baca dan apply:

Shopee Seller Affiliate Product Link
#ShopeeBintangSharing
#ShopeeFam

Sebelum ni kami banyak fokus jualan produk produk dari hq hq besar dan bekerjasama dengan agent stokis. Kerjasama melibatkan tokey kilang dan team bisnes.

Tahun 2020 dan 2021, Allah bagi kami pengalaman baru. Setelah pindah balik ke kelantan akhir 2019, bertemu pula pkp, banyak produk stuck tak boleh jual kerana sebelum ni produk banyak di jual dari sistem agent stokis.

Jadi bermula pkp seluruh negara kena tutup kedai, kami fokus jualan di shopee. Saya masukkan semua produk produk yang stuck ke shopee.

Kami memang suka berkebun jadi ada buluh pancang juga kami masukkan untuk jualan di shopee. Anehnya jualan buluh pancang ni jadi laju sehingga tak sempat pembekal dari negeri lain hantar.

Jadi kami latih orang kampung buatkan mengikut spesifikasi kami mahukan. Kebetulan pkp ramai orang kampung tak dapat bekerja. Mereka tak boleh ke rumah rumah baiki paip, tak boleh bertukang buat rumah, bengkel bengkel banyak tutup jadi mereka seronok diberi tugas. Pakcik pakcik tebang buluh dan belah, mak cik makcik pula haluskan buang duri sehingga menjadi cantik untuk digunakan oleh pekebun bandar.

Mungkin juga kerana masa tu pkp ramai tak boleh keluar rumah jadi ramai mula berminat bercucuk tanam dan perlukan buluh pancang

Jualan jadi laju di shopee. Namun banyak sungguh halangan buluh ni. Produk berat dan besar. Masalah overcharge berat oleh shopee kadang kadang buat saya nak giveup berhenti jual di shopee.

Tapi bila pakcik makcik tanya tak nak buluh dah? Kami nak beli makanan terutama beras. Jadi kami teruskan juga. Email shopee uruskan overcharge berat. Kemudian selesai. Teruskan menjual lagi.

Untung memang tak banyak di buluh ni. Terus terang cakap hanya 1 sen sahaja. Kadang makan modal bila buat marketing voucher dan ads.

Namun sebab rasa ingin membantu orang kampung yang perlukan, tetap diteruskan.

Mereka sangat komited, waktu banjir pun mereka tebang buluh dan tarik menggunakan perahu. Mereka tak boleh keluar hantar buluh pada kami dengan lori, mereka hantar dengan bot dan perahu.

Ini sahaja peluang ada kami bekerja puan. Ini sahaja rezeki masuk buat masa sekarang. Kami kena hargai.

Kata kata ni buat saya jadi banyak berfikir. Betapa mereka yang susah menghargai sekecil peluang yang ada dan memberi sepenuh komitmen walaupun di musim banjir.

Saya jadi berfikir aku ni banyak sungguh komplen dan merungut susah nak buat jualan. Orang lain bersungguh hargai peluang.

Saya jadi semangat memberi komitmen pada shopee saya. Kerana ketika tiada team ingin menjual lagi bersama saya, saya banyak jualan dari shopee.

Ketika saya buntu di mana nak menjual, shopee terus rancak buat kempen sana sini aktif promosi produk produk di shopee.

Saya juga kena bagi komitmen betul betul di mana peluang saya ada. Saya kena fokus di sini.

Dari jualan buluh yang ada kala rugi, ada kala lepas modal sahaja, bertahan dan bertahan sehingga naik preferred seller plus dan priority special seller.

Dari jualan buluh sahaja merebak jualan ke produk produk lain juga yang untung ada lebih buat bayar hutang hutang yang ada.

Dari jualan buluh sahaja menjadi banyak barang beku bawah katil habis terjual di shopee.

Tahun 2021 saya terus belajar bagaimana menaikkan jualan di shopee saya lagi. Saya fikir saya buat untuk membantu orang kampung, rupanya mereka yang membantu saya ubah cara saya berfikir.

Ubah cara memandang kapal yang sedang saya naik. Saya naik satu kapal yang ramai penumpang. Saya tidak boleh sabotaj kapal berkenaan nanti saya turut karam.

Bila berlaku apa apa sepanjang menaiki kapal, kita duduk berbincang cara selesaikan supaya semua penumpang kapal selamat sampai ke destinasi.

Bila keadaan mendesak susah dapat jualan, saya jumpa platform yang boleh menaikkan jualan walaupun produk saya hanya batang buluh sahaja. Tapi shopee berjaya jual buluh saya lebih 30 ribu batang sebulan. Yang bagi ramai orang kampung duit beli makanan ketika memerlukan.

Terima kasih shopee banyak bantu kami semua ketika memerlukan.

Saya belajar banyak ilmu dan pengalaman ketika pkp, ketika susah, ketika terdesak.
πŸ‘5
Yang penting cara kita terus bergerak belajar dan berusaha selesaikan banyak masalah yang kita lalui. Kita fikir kita banyak hutang, orang lain pula fikir tentang survive nak makan apa esok.

Jadi tahun 2021 ni saya banyak bersyukur apa saya lalui lebih mematangkan saya lagi berjuang dalam dunia bisnes.

Puan Zarini Jaafar
9.12.2021
πŸ‘1
πŸ‘3
Sales kurang!!!
Disaat ada Seller yang Sales naik, ada Seller yang Sales mereka jatuh.

Posting saya hari ni, antara punca2 Sales jatuh dan cara mengatasinya.
Banyak faktor, tapi saya ambil mana yg saya sempat cerita dan ringkaskan. Susah nak lukis sebab tak pandai melukis. πŸ˜…

Konsep berniaga di shopee banyak jenis. Cuma untuk post saya ni lebih kepada 'Reseller'.

Punca dan antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah Sales jatuh;

Persaingan sengit
- kena bijak manipulasi variation (jangan main tipu nanti terciduk). Contoh; Pen Jenama A ada variasi warna hitam, merah, kuning, hijau. Yang paling kurang jual tu kita letak harga murah. Bila pembeli buat filter/tapis paling murah - barang kita mungkin ada peluang dok kat atas.
- FSP, CCB, COD cuba on sebab kita sedang bersaing tarik trafik

Tak ada pembaharuan dan cuba buat;
- cuba tukar gambar
- tambah frame pada gambar
- buat video
- dulu tak tau buat Ads - sekarang kena belajar buat Ads
- FB Ads / CPAS ataupun FB Ads biasa just masukkan Link Affiliate
- masih terlalu bergantung harap pada satu2 produk killer yang boleh jatuh pada bila-bila masa jadi kena sentiasa fikir untuk bawa masuk barang baru.

Trafik kurang masuk kedai (paling penting)
- buat Shopee Ads / FB Ads
- share/promote link kedai di sosial media
- upah influencer untuk tarik trafik masuk kedai
- ShopeeFeed - kalau nasib kita baik, salah satu post kita dapat ramai view dan engagement (viral) - boleh bantu naikkan kedai dan Sales
- ada kombinasi barang yg sengaja dijual murah. Barang ni ramai orang beli, dapat banyak review dan boleh naik dok kat atas. Barang ni akan bantu kedai naik dan dapat jual barang-barang lain. - jangan lupa buat Bundle Deals/Add On pada barang ni supaya dia dapat naikkan barang lain.
- Add On Deal Free Gift - barang2 yang murah dan sendu tu cuba masukkan dalam Add On Deal sebagai Free Gift. Barang ni secara tak langsung dapat tambah rating dan Algo Shopee akan bantu dia naik sikit2. Tak percaya boleh cuba.

Kedai tak banyak barang
- segala usaha tarik trafik masuk ke kedai jadi rugi kalau kedai kita sikit sangat barang kecuali kita influencer besar yang fokus dua tiga produk jenama sendiri sahaja.
- kedai yang banyak barang boleh tarik trafik dari pelbagai arah dan sudut. Setiap 'listing' memainkan peranan masing-masing.
- kedai yg banyak barang juga memudahkan urusan suri rumah yang suka belek2 semua barang kat kedai kita. Masuk satu kedai dan masukkan banyak2 barang dalam bakul.

Harga mahal sangat
- pembeli masuk kedai tengok 2-3 barang. Mereka terus pergi kedai lain. Kedai kita jual harga mahal sangat.
- pusing2 sikit; Ada barang margin tinggi dan ada barang margin kurang. Ada barang jual mahal, ada yang dijual ikut harga pesaing dan ada yg dijual murah asalkan tak rugi.

Tidak menggunakan sepenuhnya (Fully utilize) Marketing Tools
- masuk marketing Centre, godek2 cuba trial & error segala marketing Tools yang ada
- saya pun ada marketing Tools yang masih tak guna

Tak jaga Stok baik2
- tak perasan ada barang penting yang dah nak habis stok
- tak buat kira-kira stock
- cincai masukkan stock dalam listing Shopee

Tempat penyimpanan stock (storage) yang terhad
- dah tiba masa kena pindah tempat baru yg lebih luas. Kalau tak pindah, tak dapat bawa masuk barang baru dan proses Pick & Pack jadi lambat, barang main tindih-tindih. Rugi banyak kat sini.
- Bila kita pindah ke tempat yang lebih besar, automatik kita ada rasa tanggungjawab nak naikkan Sales sebab kos sewa dan lain-lain yang makin bertambah.

Modal pusing terciduk
- Modal sangat penting - stock barang-barang laku keras kena sentiasa dijaga. Barang baru sikit-sikit jangan lupa bawa masuk.
- macam biasa, kena jaga duit pusing sebaik mungkin. Jangan salah disalahgunakan.

Fokus
- Fokus untuk elakkan menyalahkan pihak lain bila sales jatuh / kurang.
πŸ‘5
- Fokus macam mana nak naikkan kedai sendiri. Perbaiki kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Shopee sediakan tempat kita berniaga, kita ambil peluang dan berniaga betul-betul
- Adakalanya komplen dan tegur ni bagus dapat bantu Shopee Improve, tapi dalam masa sama kena ikut tempat dan cara yang sesuai. Jaga bahasa, kalau saya ada cakap kasar sebelum ni, saya juga minta maaf pada Seller lain mahupun para Dekan.

Tambahan.
Cara saya berniaga di Shopee simple dan sederhana. Barang-barang yang dulu laku keras sekarang dah sendu, barang-barang ni ada yang saya masih jual - tapi saya setkan dalam kepala masuk dalam kategori Just For Fun. Ada Sales ok, tak ada Sales biarkan.
Yang penting kena ada barang baru yang boleh ganti dia sebagai killer produk.
Ada juga yang saya turunkan harga supaya dapat pusing duit modal.
Ada juga yang lepas diturunkan harga, dapat naik balik jadi barang laku keras.

- kalau ada kawan2 Seller tanya macam mana nak naikkkan balik barang yg sendu, saya memang susah nak jawab lebih-lebih lagi kalau konsep dan cara kita tak sama.

Dropship lain cara, pengilang lain cara, Founder produk lain cara, Reseller lain caranya dan macam-macam cara lagi. ☺️

Selamat Berniaga.
Semoga maju jaya dan teruskan usaha sampai jadi Jerung Besar.
πŸ‘2
#InfoShopee

*[ANNOUNCEMENT πŸ“£] Flood Support*

Dear sellers, given the recent weather conditions and their effect on your ability to fulfil orders, we have made provisions to support you through this tough time. For sellers operating in states affected by the heavy rain (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan and Perak), the following action steps are applicable:

1. Days to Ship (DTS): For all orders paid before 19 Dec 2021 that are yet to be shipped out, the Ship By Date has been extended to 22 Dec 2021. For all orders paid 19 Dec 2021 onwards until the situation subsides, you will be given 3 working days to ship out ready stock. If you are unable to ship your parcels on time, kindly switch your listings to β€œPre-order”. Otherwise, we advise you to enable vacation mode.
2. Late Shipment Rate (LSR): Only orders that were shipped late from 23 Dec 2021 onwards will count when calculating LSR.
3. Non Fulfilment Rate (NFR): Orders cancelled between 17 - 22 Dec 2021 will not count when calculating NFR.

For more information, including buyer cancellation and returns, kindly click here: https://seller.shopee.com.my/edu/article/11108
πŸ‘5❀3