TikTok Shopee Malaysia Class
27.1K subscribers
221 photos
4 videos
1 file
119 links
Disclaimer: Channel ini bukan saluran rasmi TikTok & Shopee. PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan.

Dijadikan sebagai rujukan kepada 'newbies seller' dalam TikTok & Shopee.

Group Q&A: @shopeemyclass2
Nota TikTok: @tiktokshopMYclass
Download Telegram
#shopeexpertxplains


Assalamualaikum & Hai Semua!

Pernah tak terfikir apabila melihat seller-seller kongsi di sini sales yang tinggi, order yang banyak, rezeki melimpah.. apakah rahsia kejayaan mereka?


Ha… Salah satunya adalah fokus dan membuat yang terbaik sewaktu Kempen Shopee.

Di bawah ni Sehrish kongsi pengalaman dan data kedai Sehrish sendiri.


Gambar 1st: 6 bulan setelah menjual di Shopee. Kempen tak focus. Shop Deco tak buat. Voucher takde strategi. Chat Broadcast langsung tak. Customer service tak cekap.. sibuk pek parcel sahaja..


Gambar 2nd: Sales naik extra sebanyak 84.3K dalam sebulan je. Ha, kali ni Sehrish belajar semua pasal kempen, buat strategi dan baiki apa yang diabaikan dulu.


CARA MENDAPATKAN JUALAN TINGGI MELALUI KEMPEN SHOPEE

Sempena Kempen CNY 2.2, Sehrish nak kongsi cara-cara meningkatkan sales melalui Kempen!


Kempen ni mungkin pernah masuk.. mungkin dah banyak kali.. pemasaran pun mungkin pernah buat tapi buat sahaja tak cukup… cara buat tu sangat penting. Antara cara-caranya:


#1 Voucher Kedai

Saya lebih suka voucher kedai berbanding voucher produk sebab yang ni customer boleh guna pada semua produk kedai jadi customer akan cenderung untuk add on produk lain sebab semua ada diskaun.


Tip Seller Baru: Ikut cara Shopee.. buat voucher untuk Pre-Hype 1/2 lepastu untuk Payday Sale, kemudian untuk Peak Day. Pastikan voucher mula2 tu diskaun lebih rendah berbanding Payday Sale dan Peak Day. Contohnya: Pre-Hype, Voucher 3% Off, Min Spend RM 16, Cap at RM 2. Peak Day, Voucher 10% Off, Min Spend RM 35, Cap at RM 5.


Tip Seller Berpengalaman: Pastikan ada strategi. Pergi ke Business Insights > Sales & Service > Sales > Sales Composition > Order Price Composition. Seterusnya, lihat Average Sales Per Order. Contohnya: Kebanyakkan pelanggan membelanja RM25 – RM31 dalam satu order. Maknanya, kalau buat voucher dengan minimum spend RM25 tak akan berkesan sangat, sebab customer memang biasa beli sebanyak tu, voucher tu jadi bonus sahaja. Kita tak untung mana. Jadi naikkan Minimum Spend tu. Letak RM33. Sekarang customer kena berbelanja lebih sikit untuk gunakan Voucher. Dengan teknik ni kita dapat naikkan sales kedai secara keseluruhan!


#2 Chat Broadcast

Yang ni kita anggap dia sebagai BFF Voucher.. kalau buat Voucher/Flash Sale/Promotion/Add On Deal/Bundle Deal/LTD antara mana2 ni mesti kena buat Chat Broadcast. Wajib semasa setiap kempen.


Tips untuk Broadcast Ikut Kategori Customer:

• Buyers/Followers: Buat sewaktu Pre Hype, Payday, Peak Day semua kena! Bagitahu mereka yang ada Sale kat kedai + Attach Voucher + List Produk baru/ Kongsi Top Product/Ada Restock Product Hot/Add on Deals/Flash Sale/Kongsi Produk yang menarik (Boleh buat group customer sendiri ikut data customer)

• Abandoned Cart Shoppers: Hantar bila2 dapat peluang, sebab ni customer yang memang berminat dengan produk kita jadi kita ingatkan mereka untuk checkout! Tapi kalau nak bagi lebih berkesan buat sebelum hari kempen2, letak voucher dan cakap “Limited Quantity” “For Limited Time” “Check Out Quick” “Free Shipping Ada” Bagitahu bila mereka boleh dapatkan voucher tersebut.

• Pending Review Buyer: Ni yang kebanyakkan seller terlepas pandang.. tapi penting! Bila review kita banyak.. lagi2 yang bagus 4/5 Bintang.. nilai kedai kita naik. Bukan tu sahaja, Buyer lebih suka kedai yang ada review banyak sebab ia membina kepercayaan. Hantar Chat Broadcast terima kasih kat buyer, biar ucapan mesra, kalau ada voucher sewaktu tu hantar kepada mereka, minta mereka hubungi anda kalau ada apa2.


Ni antara perubahan yang Sehrish buat bulan tu!


Kalau nak belajar tips yang lain dan mengetahui dengan lebih dalam tentang tips yang saya kongsikan, boleh sertai kelas ShopeeUni Sehrish “Bersiap Sedia Untuk Kempen Besar” esok jam 2:00 petang. Boleh daftar sini: https://app.livestorm.co/shopee-my/masterclass-kempen-besar 


Semoga Bermanfaat, Best Of Luck untuk Kempen CNY 2.2!
👍6❤1
#shopeexpertxplains

Hai, assalamualaikum. Salam perkenalan, saya Ros Alik, salah seorang #ShopeeXpert anda.
.

Hari ini saya nak berkongsi beberapa tips tentang bagaimana cara nak memberi respon kepada buyer yang beri rate 3 stars dan ke bawah.

Sedih je kan bila tetiba dapat rate rendah lebih-lebih lagi jika ia bukan kesalahan di pihak kita. Biasanya kelewatan pihak courier boleh memberi kesan hebat kepada rating kedai Shopee kita.

Walaupun secara purata rating kedai Shopee kami 5 star, kami tetap tidak terlepas menerima beberapa rating rendah.

Sebagaimana servis courier adalah di luar kawalan kita, respon pelanggan juga adalah luar kawalan kita. Kawal apa yang kita yang kita boleh kawal iaitu diri kita sendiri.

Setiap maklum balas pelanggan adalah sangat penting untuk membantu kita mengenal pasti di mana kekuatan kita. Ia juga sebenarnya amat membantu kita untuk mengenal pasti di mana kelemahan kita yang perlu diperbaiki.

Jadi, jika ada yang memberi rate 3 stars dan ke bawah, berikut adalah antara perkara yang anda boleh lakukan:

1. Tahan jari jemari anda daripada terus membalas review tersebut dengan emosi yang tidak stabil. Tarik nafas dalam-dalam, send chat ke buyer tersebut dan cuba minta penjelasan.
.

Contoh skrip yang anda boleh gunakan:
“Assalamualaikum tuan/puan, barang yang tuan/puan terima ok ke?
Ada sebarang kerosakan pada barang tersebut?
Atau ada sebarang perkara yang perlu saya baiki? Sebab saya lihat tuan/puan beri rate 1 star. Ada apa yang boleh kami bantu? Terima kasih”

2. Berikan masa sekurang-kurangnya sehari untuk buyer balas chat anda. Jika tiada sebarang respon diterima, anda boleh reply pada rate & review buyer tersebut.
.
Ketepikan emosi anda, reply secara professional. Ini amat penting untuk menjaga reputasi kedai anda di mana bakal buyer yang lain akan menilai dengan melihat cara anda melayan pelanggan.

3. Adakala kesilapan sememangnya di pihak kita sendiri. Akui kesilapan tersebut dan maklumkan anda akan perbaikinya di masa akan datang. Dengan itu buyer akan merasa suara mereka didengari dan pandangan mereka dihargai.

4. Elakkan menghantar chat atau membalas rate & review buyer ketika emosi anda tidak stabil. Just ignore sahaja dulu dan mula menghantar chat hanya apabila emosi anda sudah stabil.
Sedikit kesilapan kita akan memberi impak besar kepada kepercayaan pelanggan sedia anda dan pelanggan akan datang.
.

5. Sediakan skrip jawapan khas untuk memberi respon terhadap mereka. Jadikan ia satu SOP supaya anda tidak mudah terpengaruh dengan emosi dalam memberi sebarang maklum balas. Adjust ayat skrip tersebut ikut situasi. Jangan terus copy paste macam robot pula.

6. Jangan mudah sentap apabila terima rate 3 stars ke bawah. Kalau semua orang rate 5 stars, sampai bila-bila kita tak akan nampak kelemahan kita dan apa yang perlu kita baiki untuk memajukan lagi perniagaan kita.

Kawan yang baik adalah kawan yang memberi teguran apabila kita membuat silap, anggap sajalah buyer tu kawan baik anda. Lagi banyak diorang bagi teguran, bermaksud lagi prihatinnya mereka terhadap perkembangan bisnes anda!
.

Boleh tak macam tu? 😊
.

Anda dapat sesuatu tak daripada posting ni ? Komen "Ya, Dapat!"

Ada banyak lagi tips saya nak kongsikan tentang khidmat pelanggan ni. Jom sertai kelas saya 27hb Januari 2022 ini berkenaan Masterclass Khidmat Pelanggan. Percuma sahaja. Daftar di sini sekarang https://app.livestorm.co/shopee-my/customer-service-bm

p/s: Di bawah ni saya tunjukkan beberapa contoh cara kami memberi respon terhadap buyer yang beri rate 3 stars ke bawah. Adakala saya geram juga, tapi saya luahkan je dengan my Mr. Partner iaitu suami saya. Haha. Puas meluah tu, rasa emosi dah stabil baru lah respon ke buyer dengan penuh berhemah ;)
👍5❤2
Daripada feedback ni kami improve lagi packaging kami dan Pastikan ia tidak berulang lagi
Daripada feedback ni kami betulkan poster kepada yang lebih ringkas yang tidak mengelirukan customer
👍3
Yang ni memang kesilapan di pihak kami. Akui kesilapan dan offer freegift tambahan untuk next purchase untuk merawat hati dan duka lara buyer 😅
👍2❤1
Yang ni agak misteri. Anggap sahaja buyer tersilap rate 1star 😅
👍1
Yang ni asalnya buyer rate 2 star. Selepas chat n explain baik² buyer tukar rate 5 star
Rating keseluruhan kedai shopee kami. Hanya 0.3% yang beri rate rendah. Sangat kecil berbanding yang beri rate 4&5star.

Sentiasa improve servis in Shaa ALLAH secara automatik akan lebih ramai lagi yang akan beri 5 star pada pembelian akan datang.

Sekian. Semoga bermanfaat 😊
SHOPEE ADS RANKING

Bagi mendapatkan lebih jualan, iklan produk anda perlu berada di search rank yang tinggi.

Untuk meletakkan produk anda di ranking yang tinggi, anda perlu optimise ads anda berdasarkan beberapa faktor utama seperti bidding, pesaing, quality score, sales, rating, nama produk, ulasan dll.


Persoalannya adakah anda faham apa itu Ads Ranking?

Ads ranking adalah sangat penting apabila kita bermain ads, produk yang berada di hasil carian teratas biasanya mendapat CTR (kadar click) dan CR (kadar membeli) yang lebih tinggi, dan juga mendapat Impression yang lebih tinggi.

Impression adalah stage pertama bagi sales funnel dan ianya sangat penting.

Kalau dibandingkan dengan produk yang berada jauh di bawah pada page hasil carian, biasanya ia mempunyai metrik (CTR dan CR) yang lebih RENDAH kerana mendapat traffic yang KURANG BERKUALITI.

Yelah sape je kat sini nak beli Milo tapi scroll survey-survey sampai 100 produk di page 10 kan?
...


Oleh itu sangat penting untuk kita memastikan yang Ads kita berada di top search supaya kita memperolehi traffic yang berkualiti.

Shopee telah menyediakan metrik ‘average ranking’ bagi menentukan ranking keyword kita.
Tetapi tahukah anda apa faktor yang menyumbang kepada pengiraan ‘AVERAGE RANKING’ ini?
. . .


Sebelum menjawab soalan ini, anda perlu faham yang terdapat 5 tab utama hasil carian yang disediakan shopee iaitu;
1. RELEVANT TAB
2. LATEST TAB
3. TOP SALE TAB
4. PRICE LOW TO HIGH TAB
5. PRICE HIGH TO LOW TAB

Ads anda akan mendapat ranking yang berbeza bagi setiap tab ini kerana setiap tab mempunya formula algoritma yang berbeza.

Kalau dulu, ranking ads adalah sama di semua tab, tapi tak lagi sekarang!

Formula algoritma tab masing-masing telah dicampurkan ke dalam formula pengiraan ‘Ranking Score’.
..

Secara kasarnya, ini adalah huraian kelima-lima tab ini:

Relevant Tab adalah tab misteri kerana algoritmanya sentiasa berubah dan terdapat sistem auto learning dan paparan hasil carian yang berbeza mengikut account previous activity.
Latest Tab adalah berdasarkan produk yang paling terbaru di click “BUMP NOW’
Top Sale adalah berdasarkan jualan tertinggi, dan perlu ingat Shopee sudah pandai mengecualikan suspicious sales dari dummy/fake order dan brushing. Sebab itu ada seller sold tinggi tapi masih di bawah
Price high to low adalah susunan mengikut harga tertinggi kepada yang rendah.
Price low to high adalah susunan mengikut harga yang terendah kepada tertinggi.

Setiap tab mempunyai audience tersendiri.

Ada customer yang membeli hanya menggunakan tab ‘Relevant’
Ada yg mencari harga murah di ‘Price Low to High’,
Ada yang tengok Top Sale’,
Dan ada yang gunakan ‘Latest’.

Anda perlu tahu customer produk/niche anda ‘jenis apa’ dan biasanya mereka gunakan tab apa untuk membeli.
...



Masalahnya sekarang, result ranking yang ditunjukkan di Shopee ads tidak dipecahkan mengikut tab-tab ini. Pengiraannya adalah secara ‘average’ dari kelima-lima tab ini, dan mengikut range masa yang anda tetapkan.

Jadi untuk mendapatkan lebih data, anda perlu menyemak ranking anda secara ‘manual’ di page carian Shopee.
...



CARA MENYEMAK RANKING SECARA MANUAL
Untuk mengira secara manual, anda perlu mengenalpasti beza hasil carian organik dan ads. Cuba belajar mengira dari satu tab pilihan anda dahulu.

Saya biasanya menggunakan benchmark rank di ‘top sale’ (ada masa insyaallah saya explain kenapa).

Anda perlu mengenal pasti beza di antara hasil carian ADS dan ORGANIK dengan melihat tulisan kecil “ads” atau “iklan” pada atas gambar produk.

Ketepikan result organik dan hanya kira ranking ads sahaja.

Kalau anda menggunakan PC/Browser, paparan ads adalah 5 produk di atas sekali dan 5 produk di bawah sekali pada halaman hasil carian.

Satu page akan mempamerkan 10 ads sahaja, pengiraan juga perlu mengira page ke berapa produk anda berada.

Contoh: Jikalau ads anda berada di page 3, no 2 dari atas (tab top sale), itu bermaksud rank anda ialah 20 (10 dari page 1, 10 dari page 2) + 2 (rank page 3) = Rank 22 di tab top sale.
...
👍2
Kebiasaannya customer majoritinya membuat pembelian melalui handphone.

Dengan mendapat ranking 22, customer anda perlu scroll dan melalui (22x4*) 88 produk terlebih dahulu sebelum jumpa produk anda. Banyak kan?
*darab 4 sebab hasil carian di apps memaparkan 3 organic dan 1 ads, 4 produk dalam satu batch kecuali top 1-2.

Ramai ke disini yang rajin scroll sampai 88 produk bila nak beli sesuatu?

Biasanya customer-customer jenis ni, scroll jauh kebawah kerana mencari sesuatu yang spesifik atau just cuci-cuci mata sahaja. Mereka ini lah trafik tak berkualiti.

Hot customer yang berkualiti biasanya tak sampai ke produk di petak 88 ni..



Sekarang diharap anda faham dengan apa yang saya maksudkan dengan “trafik tak berkualiti”, dan kenapa perlunya kita berada di rank atas pada hasil carian.


Cuba semak balik ads anda secara manual, pecahkan mengikut tab, dan catat pada buku nota supaya senang nak rujuk.


Dan pesanan saya, janganlah lawan bid sampai rugi.

Ukur baju di badan sendiri, gunakan metrik-metrik yang shopee sediakan untuk menganalisis data dan buat perancangan.



Diharapkan anda faham dan belajar sesuatu dari perkongsian saya ini.

**Disclaimer **Penulisan ini adalah hasil dari pengamatan dan pandangan peribadi saya sahaja (boleh jadi salah, boleh jadi betul). Dan penulisan ini tidak pernah ditulis atau didedahkan oleh mana-mana pihak/ individu pada masa artikel ini ditulis.


Nak belajar tips-tips lain berkaitan shopee ads?
Komen “NAK BELAJAR”
*Dapat 1K komen saya reveal pula cara dan teknik nak kenal dan conquer ranking keyword pula.

Tak dapat 1k komen sy nak balik masuk gua, merajuk…

Tamau dah share!🤣

Kthxbai semoga bermanfaat.

‘Run ads ikut data, bukan ikut suka’
#JuhairiAziz #ShopeeXpertXplains
👍7
👍2
#ShopeeBintangSharing
[Perkongsian tips daripada Shopee Bintang Mohd Airin Ismie]

Killer product.

Kalau buka Google ada banyak penerangan.

Bagi saya killer product di Shopee ni - produk yang paling laku di kedai kita.

Sebelum ni, orang tanya apa Killer produk - saya jawab sehari boleh dapat lebih 10 order.

Jawapan ni macam tak berapa tepat.

Killer product untuk Shopee - barang yang paling laku di kedai kita.
Tak kisah berapa jualan sehari. Berapa banyak killer produk yg kita nampak dikedai kita.

Killer produk juga terjadi apabila nasib menyebelahi kita.

Ada produk kita dah jual murah dari orang lain, gambar dah cantik, share di macam2 page dan group tapi masih tak berjaya jadi killer produk.

Ada produk, kita masukkan suka-suka (just for fun). Beli dari supplier pun sikit. Gambar ikut gambar supplier saja. Harga pun tak letak murah sangat. Tiba2 dia meletup, kejap2 'sold out'. 'Rezeki Terpijak' - Alhamdulillah. Jangan buang masa, fokus kat sini.

Killer produk yang jualannya sangat banyak setiap hari akan membantu tarik trafik yang besar masuk ke kedai. Jangan lupa selit barang lain - Add On / Bundle Deals supaya barang lain dapat naik sekali. .

Mencipta Killer Produk untuk kedai sendiri;
- gambar menarik
- harga menarik
- description menarik
- sentiasa masukkan produk baru (mungkin akan ada 1 atau 2 menjadi.
- peka dengan keadaan sekeliling dan musim, masukkan barang yang sedang Trending/hangat di pasaran
- buat Ads Shopee/Fb
- selit di Add On / Bundle Deals bersama dengan produk yang sedang laku keras di kedai kita
- nasib

Kadang-kadang ada pembeli yang tak dikenali beli barang di kedai kita. Dia buat unboxing/review di FB/YouTube/TikTok menggunakan produk kita. Tiba2 video dia jadi viral.

Ngam, maka akan berderu2 lah order masuk. Inipun rezeki yg tak disangka-sangka.

Permainan Killer Produk ni mempunyai kelemahan dia yang tersendiri. Bila2 masa boleh jatuh. Bila dia jatuh, order untuk produk ini akan berkurangan sekaligus memberi kesan kepada kedai kita. Kalau kita leka, terlalu bergantung harap pada produk ini saja, maka kita akan mengalami kejatuhan yang sangat besar.

Jadi, sentiasa masukkan produk baru walaupun kita sedang ada beberapa killer produk yang sedang melonjakkan kedai kita. Produk2 baru ini bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan killer produk kita sekarang seandainya mereka jatuh.

Dah lebih berbelas 'killer product' mungkin lebih dari 20, killer product saya yang dah tenggelam selari dengan peredaran masa.

Sekarang alhamdulillah, sedang rancak dengan beberapa killer produk baru hanya guna gambar dari supplier.

Produk ni saya pun tak jangka akan meletup gila2, January 2022 (rekod peribadi kuantiti order paling tinggi untuk sebulan sepanjang berniaga di Shopee walaupun masih belum cukup sebulan) . Alhamdulillah.

Tapi siap sedia, dia boleh jatuh bila2 masa.

Pendapat diatas boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Boleh tegur dan bagi nasihat kalau ada salah silap. Pendapat diatas juga melalui pengalaman saya menjual produk secara 'Trading' (beli dan jual) bukan Brand sendiri juga tak ada kilang sendiri.

Jika belajar sesuatu daripada perkongsian atas, nyatakan “Saya” dalam Comment.


Selamat berniaga semua seller. Selamat bercuti. Selamat tahun Baru China.
👍12
#ShopeeBintangSharing

[Perkongsian tips daripada Shopee Bintang Hassaidi]

Polisi Return & Refund- Isu Hangat Dalam Beberapa Minggu Ini.


Antara isu-isu yang hot adalah:


1) Tak boleh dispute kes
2) Brg di return kerana alasan tak munasabah
3) Non-return Items


Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seller-seller diluar sana. 31 Jan 2021, Shopee telah menambah beberapa artikel & guideline untuk memperincikan lagi prosedur RR yang terbaru.


Ada 7 artikel yg telah dikemaskini pada 31 Jan 2022 seperti link dibawah.


1) Return/Refund FAQ for sellers
https://seller.shopee.com.my/edu/article/11867


2) About Shopee’s Return/Refund Process
https://seller.shopee.com.my/edu/article/11775


3) What are the Product Categories that do not allow Physical Return (Non-Returnable)?
https://seller.shopee.com.my/edu/article/11083


4) Navigating the Return/Refund dashboard
https://seller.shopee.com.my/edu/article/500


5) Guidelines to raise a dispute
https://seller.shopee.com.my/edu/article/2239


6) Supporting Documents for the Dispute Process
https://seller.shopee.com.my/edu/article/2240


7) Free Buyer Return with Shopee Supported Logistics - Pos Laju and J&T Express
https://seller.shopee.com.my/edu/article/1089

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pemulangan dan Bayaran Balik daripada Shopee Bintangs, komen "Berminat"!
👍6❤1
#shopeeXpertXplains

[Shopee tips sharing from ShopeeXpert Jean]

Hola #ShopeeFAM! I am Jean, your ShopeeXpert.

Today, we are going to discuss about one strong promotional tool - 𝗩𝗢𝗨𝗖𝗛𝗘𝗥𝗦. How do you plan for your store vouchers? For new stores, 1 year old store or 5 years old store. By intuition or just match to your competitor’s store?

Majority planned their Vouchers according to their product margin and store’s Basket Value (Sales per Order). In our 𝘌𝘤𝘰𝘮𝘮𝘦𝘳𝘤𝘦 𝘎𝘰𝘭𝘥𝘦𝘯 𝘍𝘰𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢, Vouchers play an important role that affects our 𝘛𝘳𝘢𝘧𝘧𝘪𝘤, 𝘊𝘰𝘯𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘙𝘢𝘵𝘦 & 𝘉𝘢𝘴𝘬𝘦𝘵 𝘝𝘢𝘭𝘶𝘦. AND of course, it also greatly affects our Margin!! Higher voucher value means more sacrifices in margin. BUT instead, more Vouchers used in store also brings you higher Store’s Revenue. So…. Do you want customers to use MORE VOUCHERS in your store or NO?!

.
I would classify Vouchers into 4 types here:

𝟭. 𝗖𝗼𝗻𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 𝗩𝗼𝘂𝗰𝗵𝗲𝗿

Especially important to new stores. Conversion Voucher aims for SALES. We need to gather sales records and review ratings for our stores at this stage, Store Warming. This Voucher allows customers to use it even for single item purchase. Set a marketing budget for your New Store and JUST DO IT.

The only target is to let them use All Vouchers here, to generate Sales, and bring in the first batch of customers.

.
𝟮. 𝗕𝗮𝘀𝗸𝗲𝘁 𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗩𝗼𝘂𝗰𝗵𝗲𝗿 – Single or Multi-Tier

When a new store has stabilized traffic and consistent sales & ratings, time to plan for Basket Size Voucher. This Voucher aims to Increase Customer's Order Value.

🔹 If your store’s products are in similar price range, plan for 1 tier Voucher (take Sales per Order as reference)
🔹 If you have huge price range, plan for 2 tier or 3 tier Vouchers (take Sales per Order & a few Heros Product as reference)

Look at the chart below for elaboration.

.
𝟯. 𝗔𝘄𝗮𝗸𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗩𝗼𝘂𝗰𝗵𝗲𝗿

Some customers might make a purchase in your store a few times then go hibernate. During campaign day, broadcast an irresistible Voucher to these customers, to wake them up. They will remember your store and make purchases again.

.
𝟰. 𝗔𝗽𝗽𝗿𝗲𝗰𝗶𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗩𝗼𝘂𝗰𝗵𝗲𝗿 / 𝗖𝘂𝘀𝘁𝗼𝗺𝗲𝗿 𝗟𝗼𝘆𝗮𝗹𝘁𝘆 𝗩𝗼𝘂𝗰𝗵𝗲𝗿

20/80 rules most of us might have learned before. 20% Customers contribute to 80% of your Sales. It is very important to maintain your Customer’s loyalty; plan your Follower Voucher wisely. Send your frequent buyer some Appreciation Voucher (Offline Voucher with small discounted amount) after each purchase, to keep them coming back. Make them feel appreciated like a VIP in your store.

.
Last but not least, what’s better than Vouchers that don't come out from your pocket! Make full use of Shopee’s Platform Vouchers & Government sponsored Vouchers (Shop Malaysia etc). All free Vouchers can be found in Shopee’s front page.

If you read until here and feel you learned something today, show me a token of appreciation by commenting “Thank You” below. We as ShopeeXpert will be motivated by your sincere comment for more knowledge sharing.
👍12
#ShopeeXpertXplains [BM Version]
Assalamualaikum & Hi gais.
.
Tahu tak, Retargeting Ads adalah sangat-sangat powerful tp jarang sekali orang gunakan?
.
𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐆𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐒?
“allow your business to show targeted ads to the users who visited your website and didn't complete a conversion” (Source: Google)
.
95% (marketplace) dan 97% (website lain) pengunjung ke listing atau kedai kita keluar tanpa membuat sebarang pembelian, dan sesat tidak kembali. Kecuali jika kita sendiri berjaya membuat mereka kembali ke kita semula.
.
Maksudnya, kita nak buat iklan secara berulang-ulang kepada sesiapa sahaja yang pernah melawat kedai kita, product kita, atau product orang lain tetapi similar seperti product kita.
.
Jadi iklan kita akan sentiasa menghantui mereka. Lama-kelamaan, akan berlaku lah conversion. Omputeh sebut "iklan saka".
.
𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐋𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐔𝐌𝐁:
Pengguna kena lihat kita sekurang-kurangnya 7 kali, baru mereka akan ingat kepada kita.
Contoh mudah, cuba fikir kenapa perlu ada banyak billboard yang sama sepanjang jalan? Jawapan mudah, supaya lekat pada subconscious mind bakal pembeli.
.
Brands sangat mengutamakan retargeting ads dan remarketing ads, kerana iklan jenis ini lebih targeted dan murah. Sebab kita tau, audience yang kita target itu, pernah ada minat (clicked before) dengan product kita.
.
.
𝐒𝐎 𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐆𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐒?
1. 𝐒𝐚𝐥𝐞𝐬 - Promote Current 𝐁𝐞𝐬𝐭-𝐒𝐞𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 Products. (rujuk tips di bawah)
2. 𝐁𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐞𝐧𝐞𝐬𝐬 - pembeli kadang-kadang perlu seolah-olah tahu anda wujud sebelum membeli. Satu cara mudah, letak logo kedai atau frame yang sama pada cover photo.
3. Naikkan 𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫 𝐋𝐓𝐕 (Life Time Value)
4. Kurangkan 𝐁𝐨𝐮𝐧𝐜𝐞 𝐑𝐚𝐭𝐞 - buat masa sekarang ni, bounce rate tak ada la penting sangat dalam Shopee. Saya pun tak pasti adakah algo Shopee akan push store rank kita, jika bounce rate kita rendah.
5. Memperkenalkan 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐁𝐀𝐑𝐔**** (ini hanya untuk Brand sahaja. Untuk marketplace seller biasa macam kita, focus hanya kepada Best Selling Products yang tinggi number of sold & rating)
.
.
𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆:
1. Hanya buat Discovery Ads pada item 𝐁𝐞𝐬𝐭-𝐒𝐞𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 anda yang telah anda optimize kan listing tersebut dari segi (Product Title + Cover Photo + Attributes + Video).
2. Kalau product itu tiada lagi number of sold, dan tiada rating, focus kepada Search Ads sahaja.
.
.
So macam mana nak setting?
.
Gambar 1:
Korang boleh cuba dengan Shopee Suggested atau setting saya. Adjust according to product dan budget kita.
.
.
Kalau post retargeting di aras membantu, belanja “saya” boleh?.
.
.
Read above post in English: https://www.facebook.com/100063527468678/posts/376156287845284/?d=n
.
Nak join kelas Shopee Ads Masterclass (promo sehingga 1159pm malam ini)
https://osini.co/shopeeads_masterclass
👍7
#ShopeeBintangSharing

[Perkongsian tips daripada Shopee Bintang Habib Aka. Tomito Gogo]

RETURN & REFUND
Ini sy beri sedikit step utk RR.


Sebelum packaging dan ship out
1. Ambil gambar produk bersama awb yang telah ditampal pada parcel.
2. Gambar produk nak masuk dlm parcel.
3. Gambar produk dah siap masukkan dlm parcel siap awb dan fragile tape jika ada.
4. Jika perlu ambil video dr awal sampai habis packing.
5. Sebaiknya barang yang bernilai tinggi atau barang elektronik di test dulu sblm packing dan ambil video.


Terima kes RR
1. Tekan butang Wait for return
2. Bila terima brg return baru tekan dispute.
3. Jika masih lagi belum terima barang return dalam masa 5 hari, terus sahaja dispute. Beritahu yang seller belum terima barang return ya.


Selepas terima brg return
1. Ambil gmbr brg yang dah diterima dari return kiri kanan, depan n belakang.
2. Ambil video unboxing jika perlu.
3. Ambil gmbr produk selepas unboxing check satu-satu adakah masih elok atau tidak berfungsi.
4. Dah selesai semua, baru dispute pd shopee.


Dispute to shopee
1. Tekan dispute n pilih reason yang betul. Jika buyer tipu, just pilih buyer false claim.
2. Pilih gmbr n video yang berkaitan.
3. Taip reason kenapa dispute. Tulis kronologi by detail. Tak lebih 250 wording.
4. Then submit dispute.
5. Tunggu dlm 1-2 hari, agent shopee akan reply RR tersebut.
6. Jika tiada masalah, agent akan luluskan disputer tersebut dan seller dapat ganti rugi dari shopee.
7. Duit ganti rugi akan terus masuk dalam seller wallet.


Harap bermanafaat. Beri 👍 jika perkongsian ini berfaedah kepada anda.

*Note : mungkin setiap seller berlainan cara Agent shopee utk selesaikan kes RR ni. Apa2 kena follow agent nak bukti apa ya. Ini adalah pengalaman RR dari saya sendiri.
Pemilihan yang dibuat semestinya sesuai dengan kelayakan mereka. Background pelajaran, dan minat mereka.

Ini sebenarnya bukan peluang saya, tapi peluang untuk mereka membina karier.

Saya tidak menjanjikan apa-apa, cuma saya tawarkan pada mereka peluang.

Jika mereka ada keinginan, ambil peluang ini dan buktikan pada saya apa yang mereka boleh lakukan.

Hasilnya.. Kita lihat nanti… mungkin 6 bulan akan datang, saya ceritakan hasilnya…

Setakat proses dua bulan ini, saya berjaya selesaikan bahagian operasi yang selama tiga tahun saya pikul.

Berat, kini lega.

Kini saya dah boleh mula mencari idea dan belajar sesuatu yang baru untuk terus mengembangkan lagi syarikat.

Kena ingat, penambahan staff bermakna ‘overhead’ bertambah.

Jadi sebagai “bos”, kita kena ‘pening kepala’ fikir macam mana nak tambah pendapatan syarikat seiring dengan penambahan kos yang dibuat.

Tak senang, tapi kita kena cuba.

Doakan saya berjaya.

“The biggest risk is not taking any risk.” – Mark Zuckerberg
👍9