Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
FILEM INI TIDAK ADA DI YOUTUBE!!

Ini adalah sebahagian shot dari mini filem Taufan Al Aqsa.
Kini editing dalam peringkat CGI.

Jika tiada aral mini filem ini akan release pada 1 Ramadan nanti di White Stream.

Bak kata pengarah, Azfar Hamdi dari MTAS Production, cerita ini mencabar, sebab first story filem perang dia.
Mudah-mudahan mini filem ini dapat membangkitkan semangat taufan di Malaysia dan seluruh umat Islam.
Ini harapan saya.

Ps: Mini filem ini akan di tayangkan di White Stream Ramadan ini.

Boleh search white.stream di google.
• Streaming ini percuma tak perlu bayar
• Tiada monthly fees.
• Bebas sekatan polisi media barat.

Boleh tonton content2 terkini..
• Omar Series hd
• MV Fetya -qssm version
• Dokumentari Taufan Aqsa, Al Jazeera

Afiq Abdul Jamil
CEO White Stream
❤93🔥19👍7
Semoga di bulan Syaaban ini Allah membersihkan hati kita, meluruskan niat, menguatkan iman dan memudahkan amal, supaya kita benar-benar siap menyambut Ramadan dengan jiwa yang tenang dan taat.
❤114👍12
Sememangnya ada petunjuk dalam Islam bahawa kebiasaan hidup kita sangat berkait dengan keadaan akhir hidup (husnul khatimah atau sebaliknya).

Dalam hadis Nabi saw ada disebut: "Seseorang dibangkitkan pada hari kiamat mengikut apa yang dia mati atasnya.” (Riwayat Muslim)

Dan ulama jelaskan:

• Orang yang hidupnya dekat dengan kebaikan, sering taat, jaga solat, jaga dosa

- Allah mudahkan dia mati dalam keadaan baik

• Orang yang biasa buat maksiat tanpa taubat

- dikhuatiri ditutup hidupnya dalam keadaan lalai

Sebab itu para salaf selalu pesan: "Biasakan diri dengan ketaatan, kerana kematian datang tanpa notis.”
❤95
Tak lama sahaja lagi akan ada hari :
Anonymous Poll
10%
Israk Dan Mikraj
90%
Malam Nisfu Syaaban
Bezanya antara teguran dan membuka aib terletak pada niat, cara, dan tempat.

Pesanan Nabi : "Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)
❤96👍10🔥5
Selepas maghrib esok ialah Malam Nisfu Syaaban.

Ia bukan malam biasa biasa. Ini adalah malam pengampunan dosa, langit akan dibuka dan keberkatan rahmat diturunkan.

"Ia (bulan Syaaban) adalah bulan diangkatnya amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam." (HR al-Nasaie)

Lagi separuh Syaaban menandakan kita akan memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak.
❤124👍4🤩1
Ya Allah, jika namaku tercatat sebagai orang yang lalai, Kau tulislah aku sebagai hamba yang Engkau ampuni. Jika aku jauh dari-Mu, dekatkanlah aku dengan rahmat-Mu.

Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku yang aku sedari dan tidak aku sedari, dosa yang lalu, yang tersembunyi dan yang nyata. Bersihkan hatiku daripada dengki, dendam dan kebencian.

Ya Allah, sampaikanlah aku ke bulan Ramadan, dalam keadaan iman yang kuat, hati yang bersih, dan tubuh yang mampu beribadah.

Jadikan aku hamba yang Engkau redhai, bukan sekadar hidup, tetapi hidup yang Engkau berkati.

Allahumma sallimna ila Ramadan, wa sallim Ramadan lana, wa tasallamhu minna ya Rabbal ‘alamin.
❤162😢17👍1
Alhamdulilah buku Ustaz Adnin terpilih diantara buku yang telah tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - BH2026 bagi kategori (Bukan Fisyen)

Buku yang tercalon adalah buku :

1) Surat Cinta Dari Tuhan (Penulis Ustaz Adnin)

2) Tuhan Aku Ingin Cahaya (Penulis Ustaz Adnin dan Aiman Roslan)

Dengan rendah hati, kami menjemput anda semua untuk mengundi Ustaz Adnin dan penulis bersama Aiman Roslan dalam Anugerah Pilihan Pembaca.

Untuk undian boleh klik link disini : https://bookfest.popular.com.my/anugerahpilihanpembaca?l=7

Undian ini telah bermula dan akan tamat pada 22 Februari 2026.

Terima kasih kami ucapkan atas doa dan sokongan yang berterusan dari semua.
❤43👍9😱1
Semoga Allah mudahkan langkah Muslimah diluar sana menjaga aurat dengan ikhlas dan istiqamah, bukan sekadar pada pakaian, tapi juga pada pandangan, akhlak dan hati.

Menjaga aurat ni satu perjuangan. Allah nilai usaha, bukan kesempurnaan semata-mata.

Setiap kali cuba, walau perlahan, itu sudah satu ketaatan.
❤120👍7
𝐑𝐌𝟏𝟎 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍 ‼️

𝐏𝐫𝐞 𝐎𝐫𝐝𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐈𝐍𝐈 𝐅𝐈𝐋𝐄𝐌 𝐓𝐀𝐔𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐀𝐐𝐒𝐀 : 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍

Sebahagian jualan akan disumbangkan ke dalam Tabung Palestin Bumi Mikraj.

Sinopsis mini filem;

Peristiwa 7 Oktober 2023 telah menggegar bumi penjajah Israel.
Buat pertama kali Pejuang Palestin menumbangkan tembok durjana sempadan Gaza-Israel.

Ahmad (Aeril Zafrel) menerima misi rahsia sebagai pejuang Palestin. Misi yang kali ini berbeza kerana sebelum ini Pejuang Palestin tidak pernah menyerang negara haram Israel. Kini dia salah seorang yang terlibat dalam misi bersejarah itu.

Dalam perjuangan yang penuh pengorbanan antara cinta keluarga dan tanggungjawab jihad. Namun di balik keberanian itu, teruji satu janji besar — kemenangan atau syahid demi Al-Aqsa.

𝗡𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗹; 𝟭𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿 𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗱𝗶 𝗪𝗵𝗶𝘁𝗲 𝗦𝘁𝗿𝗲𝗮𝗺
Klik link ini👉 https://white.stream/taufan-al-aqsa/ref/6/?campaign=Taufan%20Aqsa
❤33🔥1
Baca 3 doa ini diambang masuknya bulan Ramadhan. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
❤124👍3
Nak kenal lebih dekat perjalanan hidup Rasulullah dan pengajaran yang boleh kita amalkan hari ini?

Saksikan podcast Sirah Untuk Pemula (Episode 1) yang telah ditayangkan di You Tube Tarbiah Sentap.

30 hari Ramadan, 30 episod istimewa. Satu perkongsian setiap hari untuk menambah ilmu dan mendekatkan hati.

Tonton sekarang disini :

https://youtu.be/i7nrRjXw4Ho?si=kCb6tJqmO806xudN

Hayati keindahan sirah bersama kami.
❤46
Ya Allah, bantulah kami untuk menjaga iman, memperbanyakkan amal soleh, dan jadikan Ramadan ini Ramadan terbaik dalam hidup kami.

Terimalah ibadah kami dan ampunkan dosa-dosa kami. Aamiin ya Rabbal ‘alamin.
❤130👍9
Wanita yang haid tetap boleh dapat pahala yang sangat besar dalam bulan Ramadhan.

Haid bukan penghalang untuk dekat dengan Allah cuma ibadah tertentu sahaja yang tak boleh buat (solat dan puasa)

Tapi pintu pahala lain tetap luas.
❤146
Ramadan adalah masa paling mudah untuk berubah dan dekat dengan Allah.

Kalau masih buat dosa, itu peluang untuk muhasabah. Mungkin kerana nafsu, bukan semata-mata syaitan.
❤95😢22👍3
Moga perjalanan Ramadan kita tahun ini lebih berkah, lebih tenang, dan lebih dekat dengan Allah.

Semoga Allah terima setiap amal kita dan pertemukan kita dengan Lailatul Qadar.
❤79
17 Ramadan (bermula selepas maghrib) ini adalah hari berlakunya 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar.

Allah berfirman dalam Al-Quran: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah Al-Hijr: 9)

Sebab itu umat Islam sangat memuliakan Al-Quran, kerana ia kalam Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia.
❤85
Salam Nuzul al-Quran dari Tarbiah Sentap.

Pada malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengingati turunnya Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh manusia.

Semoga hati kita sentiasa hidup dengan ayat-ayat Allah dan Ramadan ini menjadikan kita insan yang lebih baik.
❤82🤩5
Kenapa perlu pulun beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan?

Kerana itulah sunnah Nabi SAW. Berdasarkan beberapa hadis antaranya :

"Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah SAW lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya."
❤105👍3🔥1