Tarbiah Sentap
29.1K subscribers
3.27K photos
719 videos
6 files
1.45K links
Saluran Tarbiah, Dakwah & Hiburan
Islami Pilihan Anak Muda ~
Download Telegram
Forwarded from Komuniti Dakwah Tarbiah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Malam INI!
Malam Ganjil! Malam 25 Ramadan!

Malam ganjil seperti malam 25 Ramadan adalah peluang besar untuk meraih pahala yang berlipat ganda.

Rasulullah ๏ทบ bersungguh-sungguh beribadah di malam-malam ini, dan kita pun dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, termasuk berinfaq.

๐Ÿคฒ Salurkan infaq terbaik kita untuk Bantu Saudara kita di Gaza sana.

Keadaan di sana adalah lebih teruk daripada perang sebelum gencatan senjata.

Jangan tunda! Manfaatkan keberkatan malam ganjil ini dengan berinfaq sekarang:

๐Ÿ”— Klik untuk infaq
ezy.la/InfaqForPalestin
โค47
"Ya Allah, jika Ramadan ini adalah yang terakhir bagiku,jangan biarkan ia berlalu tanpa pengampunanMu. Terimalah sujudku yang tak sempurna dan tangisanku yang masih bersisa

Ya Rabb, saat lampu-lampu dunia mulai berpaling ke hari raya, biarkan hatiku tetap tegak di atas sajadah. Berikan aku kekuatan untuk memeluk malam-malam terakhir ini dengan sisa air mata yang paling jujur"
โค156๐Ÿ˜ข47
Semoga selepas Ramadan ini kamu masih terus melakukan ketaatan, walaupun sedikit.

Kerana Tuhan yang disembah di Ramadan adalah Tuhan yang sama selepas Ramadan.

Ya Allah, terimalah segala amalan kami di bulan Ramadhan ini.
โค92
Semakin menuju penghujung Ramadan, semakin sayu rasa di jiwa.

Kata Imam Ibn Rejab al-Hanbali:

ูƒูŠู ู„ุง ุชุฌุฑูŠ ู„ู„ู…ุคู…ู† ุนู„ู‰ ูุฑุงู‚ ุฑู…ุถุงู† ุฏู…ูˆุนุŒ ูˆู‡ูˆ ู„ุง ูŠุฏุฑูŠ ู‡ู„ ุจู‚ูŠ ู„ู‡ ููŠ ุนู…ุฑู‡ ุฅู„ูŠู‡ ุฑุฌูˆุน

"Bagaimana mungkin tidak menitis air mata seorang mukmin saat berpisah dengan Ramadan, sedangkan dia belum pasti apakah masih ada baki umurnya untuk kembali bertemu?"

(Ibn Rejab, Lataif al-Ma'arif)
๐Ÿ˜ข80โค39
Ada orang yang berubah hidupnya sebab doa yang selalu ia panjatkan di Ramadhan.

Semoga Allah menerima semua doa kita di bulan Ramadhan ini.

Dan semoga Allah selalu menjaga hati kita agar tetap Istiqamah setelah Ramadhan. Aamiin
โค94๐Ÿคฉ3๐Ÿ”ฅ1
Alhamdulillah, Allah beri peluang lagi untuk meraih keberkatan Ramadan. Taubat sungguh-sungguh.
โค90๐Ÿ‘3
๐“๐€๐‘๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‚๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‘๐“ ๐“๐ˆ๐Œ๐„๐‘ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐„๐•๐„๐๐“ ๐Š๐‘๐„๐– ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐”๐Š๐” ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘.

Tak lama lagi akan diadakan event buku terbesar iaitu Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.

Berlangsung selama 10 hari bermula 28 Mei sehingga 7 Jun 2026

Jadi itu, kami mencari individu yang sukakan pengalaman baru, kebolehan bekerja long hours dan gemar berinteraksi dengan pelanggan.

Lunch Dan Dinner disediakan.
Keutamaan kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.

siapa yang berminat, boleh isi form dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://forms.gle/xmLjBPcGD8y7uAtp9

Boleh sebarkan kepada kawan kawan korang yang sedang mencari pekerjaan โ˜บ๏ธ
โค15
Saya menyeru semua orang boikot AITeam ( Alief Irfan ) secara berprinsip.

Bukan kerana bencikan mereka.
Bukan kerana mahu menjatuhkan sesiapa.
Bukan juga kerana kita tidak mahu melihat anak muda berjaya.

Tetapi kerana kita tidak mahu terus memberi angka, views, engagement dan sokongan kepada content yang memandang remeh batas Allah.

Berhenti tonton.
Berhenti follow.
Berhenti share.
Berhenti defend.
Berhenti jadikan mereka trending.

Sebab dalam dunia content, perhatian kita ialah kuasa mereka.

Views kita ialah kekuatan mereka.

Engagement kita ialah nyawa kepada ekosistem itu.

Kalau kita benar-benar resah melihat ikhtilat dinormalisasikan, lawak lucah dipertontonkan, dan 'chemistry' lelaki perempuan bukan mahram dijadikan bahan hiburan,

maka jangan lagi bantu content begitu terus hidup.
๐Ÿ”ฅ112โค29๐Ÿ‘21
Tarbiah Sentap
Saya menyeru semua orang boikot AITeam ( Alief Irfan ) secara berprinsip. Bukan kerana bencikan mereka. Bukan kerana mahu menjatuhkan sesiapa. Bukan juga kerana kita tidak mahu melihat anak muda berjaya. Tetapi kerana kita tidak mahu terus memberi angkaโ€ฆ
Boikot bukan bermaksud kita hilang adab.Bukan juga lesen untuk mencaci dan ruang untuk menghina peribadi.

Boikot ialah pendirian.

Kita memilih untuk tidak menyokong content yang merosakkan rasa malu anak muda.

Kita memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada normalisasi maksiat.

Kita memilih untuk menjaga anak-anak kita daripada hiburan yang membuat batas agama kelihatan kecil.

Kerana masalah content AITeam bukan sekadar 'hiburan santai'.

Masalahnya lebih besar.

Content sebegini sedang mengajar anak muda bahawa percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram itu biasa sahaja jika dibuat di hadapan kamera.

Ia mengajar bahawa gurauan 'double meaning' boleh dianggap kelakar kalau semua orang ketawa.

Ia mengajar bahawa lelaki dan perempuan boleh dipasangkan, diusik, dijual chemistry mereka, lalu dibela peminat atas nama โ€œsweetโ€ dan โ€œbahagiaโ€.

Ia mengajar bahawa teguran agama boleh diketepikan selagi views naik, followers bertambah dan peminat terus bersorak.

Di sinilah bahayanya.

Bukan semua penonton mampu filter mana betul mana salah menurut pandangan Allah.

Ramai yang menonton rancangan ini usia mereka masih remaja.

Ramai yang sedang belajar tentang cinta, malu, batas, populariti dan hubungan lelaki perempuan melalui apa yang mereka lihat setiap hari.

Kalau setiap hari yang mereka lihat ialah content yang memandang remeh ikhtilat, jangan hairan kalau mereka juga mula memandang remeh batas dalam hidup sendiri.

Kalau setiap hari mereka ketawa pada lawak lucah, jangan hairan kalau bahasa lucah tidak lagi terasa jijik.

Kalau setiap hari mereka disuap dengan hubungan belum halal yang nampak comel,

jangan hairan kalau mereka mula rasa agama ini terlalu menghalang bahagia.

Sebab itu content seperti ini perlu dihentikan.

Bukan sekadar diperbaiki sedikit untuk reda isu.

Bukan sekadar minta maaf apabila tular.

Bukan sekadar tukar format sehari dua.

Tetapi perlu ada muhasabah besar tentang hala tuju keseluruhan content.

Adakah content ini membawa anak muda lebih dekat kepada Allah?
Atau semakin membuat mereka selesa dengan suasana maksiat?

Adakah content ini menaikkan adab?
Atau menghakis rasa malu?

Adakah content ini membina generasi?

Atau sekadar mengutip engagement daripada kelemahan jiwa anak muda?

.
.
Kepada Alieff Irfan,

Saudara bukan sekadar content creator.
Saudara membina satu ekosistem.

Saudara mengumpulkan anak-anak muda, memberi mereka pentas, membentuk naratif, menentukan suasana, dan membuka ruang untuk ratusan ribu bahkan jutaan orang menonton.

Maka tanggungjawab saudara jauh lebih besar daripada sekadar menghasilkan video yang viral.

Dalam dunia content, pengaruh bukan sekadar angka. Pengaruh ialah amanah.

Rasulullah saw memberi peringatan yang sangat berat bahawa,

"Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, dia menanggung dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan dosa mereka sedikit pun."

Hadis Riwayat Muslim

Hadis ini memberi peringatan buat diri saya juga terutamanya dan untuk kita semua.

Sebab itu orang yang ada platform tidak boleh berkata,

โ€œKami cuma buat content.โ€

Tidak.

Kalau content itu membentuk cara anak muda melihat ikhtilat, malu, cinta, bahasa lucah dan batas agama, maka ia bukan lagi sekadar hiburan.
Ia sudah menjadi pengaruh yang mendidik sosial.

Semua ini akan ditanya di hadapan Allah.

Hasil duit ringgit daripada content itu juga bukan perkara kecil.

Ia akan ditanya.

Dari mana ia datang?

Apa yang dijual?
Apa yang dinormalisasikan?
Apa kesannya kepada anak muda?

Kalau income itu datang daripada content yang membiasakan ikhtilat, lawak lucah, hubungan kabur, dan hiburan yang melalaikan, berhentilah sekejap dan fikir.

Adakah itu rezeki yang benar-benar membawa berkat?

Adakah itu kejayaan yang saudara mahu bawa menghadap Allah?

Adakah itu legacy yang saudara mahu tinggalkan kepada masyarakat?

Saudara ada pengaruh.
Saudara ada kreativiti.
Saudara ada kemampuan mengumpulkan anak muda.

Itu semua nikmat besar.

Tetapi nikmat yang besar, jika tidak dipandu iman, boleh bertukar menjadi fitnah yang besar.
๐Ÿ”ฅ57โค32๐Ÿ‘9
Tarbiah Sentap
Saya menyeru semua orang boikot AITeam ( Alief Irfan ) secara berprinsip. Bukan kerana bencikan mereka. Bukan kerana mahu menjatuhkan sesiapa. Bukan juga kerana kita tidak mahu melihat anak muda berjaya. Tetapi kerana kita tidak mahu terus memberi angkaโ€ฆ
Gunakanlah pengaruh itu untuk membina, bukan melalaikan.

Gunakanlah platform itu untuk mendidik, bukan menjerumuskan.

Gunakanlah kreativiti itu untuk menghasilkan hiburan yang bersih, cerdas dan bermanfaat.

Anak muda tidak perlu dilalaikan untuk terhibur.

Mereka tidak perlu dilucahkan untuk ketawa.

Mereka tidak perlu disuap chemistry lelaki perempuan untuk terus menonton.

Percayalah, kalian mampu buat lebih baik daripada ini.
Kepada adik-adik AITeam,

Kalian ada potensi.
Sebab itu orang suka.
Sebab itu orang ikut.
Sebab itu orang tonton.

Tetapi jangan kecilkan potensi itu dengan lawak murahan.

Jangan rendahkan bakat kalian dengan menjual ikhtilat sebagai hiburan.

Jangan gadaikan masa depan akhirat kalian kerana tepukan manusia yang belum tentu akan membela kalian di hadapan Allah.

Hari ini peminat mungkin bersorak.
Hari ini komen mungkin penuh dengan sokongan.

Hari ini orang mungkin berkata, โ€œBiarlah, mereka muda lagi.โ€

Tetapi di hadapan Allah nanti, setiap lidah akan ditanya.

Setiap pandangan akan ditanya.

Setiap content yang disebarkan akan ditanya.

Setiap pengaruh yang digunakan akan ditanya.

Berhentilah sebelum terlalu jauh.

Muhasabahlah sebelum hati menjadi terlalu keras untuk ditegur.

Kerana yang paling menakutkan bukan apabila orang menegur kita.

Yang paling menakutkan ialah apabila kita sudah tidak rasa apa-apa ketika ditegur.

Moga Allah membimbing kita.

Syahirah Omar
โค95๐Ÿ”ฅ19๐Ÿ‘15
Alhamdulillah, tahun ini Tarbiah Sentap diberi peluang untuk menyertai Pesta Buku yang penuh makna.

Inilah ruang untuk kita bertemu, berkongsi rasa, dan menyebarkan kebaikan melalui penulisan yang menyentuh hati.

Kami menjemput anda semua untuk hadir dan memeriahkan acara ini bersama kami. Jangan lupa singgah dan jumpa kami di sana!

๐—ง๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ | ๐—ก๐—ผ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฒ๐Ÿญ๐Ÿต | ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐˜‚๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฏ
โค35๐Ÿ‘3๐Ÿ˜1
Siapa setiap tahun wajib datang ke booth Tarbiah Sentap di PBAKL?
Anonymous Poll
40%
๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
63%
๐Ÿง•๐Ÿป
โค16
๐‡๐ˆ๐‰๐‘๐€๐‡ ๐‘๐„๐’๐“๐€๐‘๐“ - ๐—ฆ๐—”๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—–๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฃ

๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐š๐ก. Hijrah bermaksud perubahan ke arah yang lebih baik. meninggalkan perkara lama yang kurang baik kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah.

๐‘๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ญ. Perkataan Inggeris ini bermaksud โ€œmula semulaโ€ atau โ€œresetโ€.

"๐‡๐ข๐ฃ๐ซ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ญ"

menggambarkan permulaan baru dalam hidup dengan semangat perubahan ke arah kebaikan seolah-olah โ€œresetโ€ diri jadi lebih baik dari segi iman, akhlak, dan cara hidup.

Kami akan bawakan tema ini ke ๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐”๐Š๐” ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”. Jumpa anda semua di sana!
โค37๐Ÿ˜ฑ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—•๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—”๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—–๐—จ๐—•๐—”?

Kami sangat mengalu - alukan! Ramai pembaca menyatakan buku kami banyak membantu mereka dalam proses berhijrah, menguatkan langkah menjaga ikhtilat, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Koleksi buku Tarbiah Sentap merangkumi motivasi, puisi, novel, dan komik tarbiah yang santai tetapi mendalam.

Pembaca buku Tarbiah Sentap ramai daripada golongan anak muda yang mencari motivasi hijrah, pegangan agama, dan sentuhan rohani "sentap" (tegur secara terus)

Terima kasih kami ucapkan buat pembaca semua yang setia menyokong hasil usaha dakwah kami melalui penulisan buku dan nantikan buku baru yang bakal terbit pada Pesta Buku Antarabangsa ini.
โค9
Korang team yang mana satu. Dah pernah baca koleksi Tarbiah Sentap atau baru nak cuba?
Anonymous Poll
86%
Dah pernah baca
16%
Baru nak cuba
โค13
๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐˜‡ ๐—•๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต... ๐Ÿฑ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—•๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

Tahun ini, kami memperkenalkan variasi genre buku yang lebih pelbagai. Adakah dari penulis yang sama atau kami bakal memperkenalkan penulis baru?

Agaknyaa apa yang bakal kami bawakan kali ini.... Nantikan tajuk dan genre baharu daripada Tarbiah Sentap!
๐Ÿคฉ26โค8๐Ÿ˜ฑ5
korang ternanti - nantikan genre buku apa dari Tarbiah Sentap?๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Anonymous Poll
55%
Komik Tarbiah
43%
Motivasi
42%
Novel
35%
Thriller
โค12
๐ƒ๐€๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐”๐Š๐” ๐“๐„๐‘๐๐€๐‘๐” ๐€๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐๐”๐Š๐” ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

SINOPSIS PENUH BUKU ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐† ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Watak utama di dalam novel ini ialah seorang wanita yang sangat cekal dan tabah, dinamakan Sarah Fathiyah, bagaimana dia menerima hidup dalam keadaan 'denial' setelah dia tahu tentang sesautu di dalam fail tempat dia bekerja.

Kisah hidup sarah lebih tragis apabila dia dapat tahu wanita yang dirumahnya itu bukanlah ibu kandungnya. jika anda berada di tempat sarah, apa yang anda akan buat?

โ€ข setiap kali rasa dipandang, rasa diekori

โ€ข diganggu dengan mesej2 yang datangnya entah dari siapa siapa

โ€ข dihantui oleh bayangan pembunuh yang ingin membunuh dan menutup mulutnya.

Adakah Sarah mampu bertahan dalam kemelut dan ujian yang melanda dirinya? Adakah dia mampu menerima hakikat bahawa ibu kandungnya sebenarnya telah tiada?

Segalanya akan terjawab di dalam novel ๐’๐„๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†.
โค28