👽😈X-Files 👾🤖
451 subscribers
3.06K photos
20 videos
24 files
9.02K links
Artikel dan Bahan2 berkenaan UFO, Ekstraterestrial, Teknologi Eksotik,
Sejarah Alternatif, Perkara Ghaib (Occult), Supernatural, Teori Konspirasi, SaiFai, Teknologi Eksotik serta pelbagai kompilasi perkara Pelik, Ajaib, Esoterik dan membingungkan.
Download Telegram
Pencarian Harta Karun Maharaja Terakhir Empayar Inca

By Moustapha Abbas

Pada abad ke-16, Empayar Inca dilanda perang saudara antara Maharaja Atahualpa dengan saudaranya Huascar. Perang saudara ini melemahkan kerajaan itu sekaligus membuka peluang kepada Conquistador menakluk kerajaan itu. Ia juga menjadi pencetus kisah harta karun terkenal orang Inca, Llanganatis.

Walaupun berjaya menewaskan saudaranya itu, Atahualpa kemudiannya berjaya diakali oleh Conquistador Francisco Pizarro. Akibatnya, baginda dipenjarakan di sebuah istana di Cajamarca. Tetapi di sinilah, Pizarro mendapat tahu tentang kekayaan Inca yang melimpah-ruah termasuk logam bernilai berupa emas dan perak daripada Atahualpa.
Tetapi maklumat itu ada harganya. Sebagai tukaran kepada emas dan perak yang dimiliki, Conquistador perlu bersedia melepaskan baginda, Selepas bersetuju dengan perjanjian itu, Atahualpa mengarahkan seorang panglima tentera bernama Ruminahui untuk mengumpul emas dari seluruh empayar untuk dihantar kepada Pizarro.

Malangnya, Conquistador itu menyangka Ruminahui diutus untuk membebaskan maharaja Inca itu daripada tahanan mereka. Lantas, Pizarro mengarahkan Atahualpa dibunuh dengan mayatnya dibakar.
Sebaik mendengar berita tersebut, Ruminahui mengarahkan semua emas yang dikumpul disembunyikan di satu kawasan di utara Ecuador yang dikenali sebagai Llanganates, Walaupun beliau kemudiannya ditangkap oleh Conquistador, Ruminahui terus menyimpan rahsia lokasi Llanganates. Rahsia tersebut dibawa sehingga ke akhir hayatnya.

Llanganates merupakan satu kawasan banjaran gunung terpencil dengan ketinggian sekitar 2,500 hingga 4,500 meter di atas paras laut. Ia terletak di timur Lorong Gunung Berapi di mana kawasan tanah tinggi tengah Ecuador bercampur dengan kawasan hutan hujan Amazon yang tebal. Akibatnya, kawasan muka bumi Llanganates dianggap mencabar kerana ia sentiasa basah sepanjang tahun.

Misteri harta karun Llanganatis mula tercetus menerusi kisah seorang bishop bernama Jose Valverde. Valverde yang juga bishop pertama di Amerika Selatan bertuah kerana berkahwin dengan seorang wanita tempatan di Latacunga. Sebagai hadiah perkahwinan, bapa mentuanya Cacique de Pillaro membawanya ke satu kawasan di Llanganates.

Di situlah, de Pillaro menunjukkan apa yang didakwa sebagai harta karun Atahualpa yang hilang. Peristiwa yang berlaku 50 tahun selepas insiden Pizarro-Atahualpa ini menjadikan Valverde orang kaya dalam sekelip mata.

Apabila beliau berada di penghujung nyawa, beliau menulis panduan bagaimana mendapatkan harta tersebut agar dapat disampaikan kepada Raja Sepanyol ketika itu, Raja Philip II. Selepas membaca panduan yang dikenali sebagai ‘Derrotero de Valverde’ itu, satu ekspedisi diutus ke Ecuador. Bagaimanapun, ia berakhir dengan kegagalan terutama selepas seorang friar lemas di kawasan paya sekitar Llanganates.

Lebih 300 tahun selepas itu, kisah Valverde menggamit perhatian seorang ahli botani British bernama Richard Spruce. Spruce berada di Ecuador ketika itu bagi mencari pokok kuinin, ramuan utama untuk ubat demam malaria. Dari tahun 1849 hingga 1864, beliau merekodkan pelbagai jenis tanaman beracun dan bersifat halusinogen di Amazon serta 21 bahasa puak orang asli yang mendiami kawasan berkenaan.
Semasa di sebuah bandar bernama Banos, Spruce mendapat tahu tentang keterangan Valverde dan peta lokasi harta karun Llanganatis. Peta ini dikatakan dilukis oleh seorang ahli botani Sepanyol bernama Anastacio Guzman berpandukan petunjuk yang dinyatakan Valverde beberapa tahun selepas kematiannya. Kedua-dua maklumat ini diterbitkan dalam Journal of the Royal Geographic Society of London pada 1861.

36 tahun selepas ia disiarkan dalam Journal of the Royal Geographic Society of London, seorang pemburu harta karun mendakwa telah menemui harta karun Llanganatis. Barth Blake dan rakan kongsinya Leftenan George Edwin Chapman menggunakan manuskrip Spruce sebagai cara untuk sampai ke Llanganates.

Walaupun Chapman mati semasa dalam perjalanan, itu langsung tidak mematahkan semangat Blake. Sebaik tiba di lokasi yang dinyatakan, beliau mendakwa menemui harta karun berharga termasuk era Inca dan pra-Inca. Ini direkodkan menerusi siri surat antara Blake dengan rakan-rakannya di London.

Disebabkan jumlah harta yang terlalu banyak, beliau merancang untuk pulang ke New York terlebih dahulu sebelum kembali mendapatkannya pada kunjungan kedua. Bagaimanapun, hasrat Blake tidak kesampaian. Namanya selepas itu tidak lagi didengar dengan ada mendakwa beliau ditolak keluar dari kapal sebelum mati lemas.

Seabad kemudian, dua pendaki iaitu Joe Brown (Britain) dan Hamish MacInnes (Scotland) berharap dapat mengikut laluan Valverde sekaligus menemui harta karun Llanganatis. Bagaimanapun, ekspedisi pertama mereka berakhir dengan kegagalan pada 1979 akibat masalah kesihatan yang menimpa kumpulan yang diketuai Brown dan MacInnes serta lupa mendapatkan khidmat pemandu tempatan.

Cubaan kedua mereka pada 1980 juga berakhir dengan kegagalan. Kegagalan pendaki-pendaki Eropah mendengar nasihat pemandu tempatan mereka mengakibatkan perjalanan mereka bermasalah. Bagaimanapun, ia tidaklah berakhir dengan tangan kosong apabila sebahagian laluan dikatakan menuju ke kawasan lombong emas orang Inca.

Usaha terakhir mereka pada 1981 dianggap peluang terakhir menemui harta karun Llanganatis. Keghairahan mereka memburu harta karun Llanganatis atau lombong emas Inca mengakibatkan mereka terlupa membawa pakar arkeologi untuk memeriksa kawasan yang dinyatakan. Pada akhirnya, Brown dan MacInnes pulang dengan tangan kosong.

Selama bertahun-tahun, ramai orang mencuba nasib mencari harta karun milik Atahualpa itu. Tetapi semua percubaan mereka itu tidak berhasil. Sehubungan dengan itu, ramai menganggap kisah ini sebagai satu lagi mitologi sekelas dengan El Dorado atau Cibola.
Hidangan Terakhir Penumpang Titanic

By Aiman Hakim

14 dan 15 April 2022 mencatatkan ulang tahun ke 110 tahun sempena memperingati peristiwa Titanic. Bayangkan, anda berlayar di dalam sebuah kapal yang mewah yang diibaratkan seperti hotel yang bergerak. Anda disajikan dengan makanan-makanan yang mewah dan tanpa dijangka, itulah makanan terakhir anda sebelum kematian menjemput dalam suasana lyang membeku di dalam malam yang gelap gelita di tengah-tengah lautan yang sepi.

Itulah perasaan yang dialami oleh para penumpang Titanic pada malam yang penuh tragis itu. Siapa sangka, majlis makan malam yang disajikan dengan makanan yang lazat menjadi santapan terakhir sebelum maut menyapa mereka.

Sebagai sebuah kapal yang mewah, Titanic dilengkapi dengan fasiliti kulinari yang penuh lengkap. Titanic dilengkapi dengan ruang makan yang penuh elegan dan sebuah kafe terbuka yang diinspirasikan dari kafe-kafe yang terdapat di jalanan Paris dan London.
Titanic juga turut mempunyai sebuah restoran persendirian yang dinamakan A La Carte Restaurant. A La Carte Restaurant merupakan rangkaian restoran yang dimiliki oleh Luigi Gatti, seorang usahawan restoran. Selain Titanic, Luigi juga memiliki cawangan restorannya di RMS Olympic dan dua buah restoran di London, iaitu Gatti’s Adelphi dan Gatti’s Strand.

Berbeza dengan ruang makan Titanic, para penumpang perlu menempah meja terlebih dahulu untuk menikmati hidangan di restoran ini dan bayarannya juga asing dan tidak termasuk di dalam tiket perjalanan para penumpang.

Di Titanic, seramai 60 chef dan lima orang pembantu bekerja di di seksyen kulinari di atas Titanic. Saban hari, mereka perlu memasak 6000 hidangan setiap hari untuk para penumpang tanpa mengira kelas. Ruang utama dapur Titanic merupakan tempat membuat makanan yang dikhaskan untuk para penumpang kelas pertama dan kedua.
Ruang utama dapur ini juga turut merangkumi tempat membuat manisan, tempat penyimpanan daging, bilik khas untuk menyimpan pinggan mangkuk, bilik sejuk untuk penyimpanan arak, wain dan tiram dan sebuah ruang dandang api yang digunakan untuk 19 ketuhar yang digunakan untuk membakar makanan.

Penumpang pertama mendapat layanan terbaik sewaktu majlis makan mereka. Makan malam mereka sahaja merangkumi 13 jenis makanan dan setiap jenis makanan dihidang dengan wain-wain yang berbeza. Penumpang kedua pula dilayan dengan hampir serupa, cuma perbezaan mereka ialah menu-menu yang disajikan tidaklah sebanyak dihidangkan kepada para penumpang kelas pertama.

Untuk penumpang kelas ketiga, walaupun layanan mereka tidak seperti dua kelas itu tadi, hidangan yang diterima oleh mereka jauh lebih baik dari makanan seharian mereka.

Jadi, pada malam kejadian, alunan bugle The Roast Beef Of Old England akan dimainkan untuk memberi peringatan kepada para penumpang bahawa waktu makan malam hampir tiba. Waktu makan malam kebiasaannya akan bermula pada jam 7 malam.
Pada malam itu, penumpang kelas pertama akan memulakan makan malam dengan hidangan tiram dan beberapa jenis pilihan sup Olga atau sup barli berkrim. Penumpang kemudian akan memulakan hidangan ringan, iaitu ikan salmon separuh masak yag dihias bersama sos mousseline .

Penumpang kemudian dijamu dengan hidagan berat seperti daging lili yang dipotong halus, ayam Lyon yang dimasak secara saute, stik kambing beserta sos pudina, itik panggang bersama sos masam dan daging batang pinang yang dihidang bersama kentang.

Untuk makanan sampingan, penumpang akan dihidang dengan lobak berkrim, nasi dan kacang pis serta kentang rebus.Hidangan sambilan pula dihidang berupa makanan punch romaine yang diperbuat dari rum, wain dan champagne.

Untuk pencuci mulut, penumpang akan disajikan dengan jeli pic, coklat,puding Waldorf dan aiskrim. Tidak dilupakan pelbagai jenis kacang dan keju. Penumpang akan disajikan dengan dendangan para muzik ketika waktu makan.Untuk penumpang kelas ketiga, mereka dijamu dengan nasi, sup, roti dan kentang rebus.
Pada malam itu juga, sekumpulan penumpang kelas pertama mengadakan majlis makan malam bersama Kapten Smith di A La Carte Restaurant yang diketuai oleh Keluarga Widener. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah keluarga Thayer dan Major Archibald Butt.

Selepas majlis makan malam, para penumpang lelaki kebiasaanya akan bersosial di bilik merokok dan pada malam itu tanpa mereka sangka, itulah hidangan terakhir mereka sebelum nyawa mereka ditarik ditengah-tengah malam yang kelam dan sunyi.
*_KISAH-KISAH PARA NABI DAN RASUL_*

*NABI IBRAHIM A.S. (04)*

Terperanjat dan terkejutlah para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung-patung, tuhan-tuhan mrk hancur berantakan dan menjadi potongan-potongan terserak-serak di atas lantai. Bertanyalah satu kepada yang lain dengan nada hairan dan takjub: "Gerangan siapakah yang telah berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji ini terhadap tuhan-tuhan persembahan mrk ini?" Berkata salah seorang diantara mrk:" Ada kemungkinan bahwa orang yang selalu mengolok-olok dan mengejek persembahan kami yang bernama Ibrahim itulah yang melakukan perbuatan yang berani ini." Seorang yang lain menambah keterangan dengan berkata:" Bahkan dialah yang pasti berbuat, karena ia adalah satu-satunya orang yang tinggal di kota sewaktu kami semua berada di luar merayakan hari suci dan keramat itu." Selidik punya selidik, akhirnya terdpt kepastian yyang tidak diragukan lagi bahwa Ibrahimlah yang merusakkan dan memusnahkan patung-patung itu. Rakyat kota beramai-ramai membicarakan kejadian yang dianggap suatu kejadian atau penghinaan yang tidak dpt diampuni terhadap kepercayaan dan persembahan mrk. Suara marah, jengkel dan kutukan terdengar dari segala penjuru, yang menuntut agar si pelaku diminta bertanggungjawab dalam suatu pengadilan terbuka, di mana seluruh rakyat penduduk kota dapat turut serta menyaksikannya.

Dan memang itulah yang diharapkan oleh Nabi Ibrahim agar pengadilannya dilakukan secara terbuka di mana semua warga masyarakat dapat turut menyaksikannya. Karena dengan cara demikian beliau dapat secara terselubung berdakwah menyerang kepercayaan mrk yang bathil dan sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agama dan kepercayaan yang ia bawa, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan. Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyung-duyung mengujungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.

Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap para hakim yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, menandakan sangat gusarnya para penyembah berhala terhadap beliau yang telah berani menghancurkan persembahan mrk. Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh para hakim:" Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merusakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab:" Patung besar yang berkalungkan kapak di lehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Para hakim penanya terdiam sejenak seraya melihat yang satu kepada yang lain dan berbisik-bisik, seakan-akan Ibrahim yang mengandungi ejekan itu. Kemudian berkata si hakim:" Engkaukan tahu bahwa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim,maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mrk,yang mrk pertahankan mati-matian, semata-mata hanya karena adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada para hakim itu:" Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah ****nya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahwa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."
Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya iut, para hakim mencetuskan keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai ganjaran atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mrk, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu:" Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."