UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Tarikh Permohonan Pinjaman PTPTN Bagi Pelajar UiTM Sesi Oktober 2021

Kelompok 1 : 1 September 2021 - 30 September 2021
Kelulusan 7-10 Oktober 2021 (Sila semak emel atau di portal PTPTN)

Kelompok 2 : 1 Oktober 2021 - 31 Oktober 2021
Kelulusan 7-10 November 2021 (Sila semak emel atau di portal PTPTN)

https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login
Assalamualaikum and good day to all.

We are a group of lecturers from UiTM who are conducting a research to find out about students' motivation in learning. We humbly request your help to forward this questionnaire to your students who are taking Mathematics Subjects. Your help in forwarding this questionnaire is much appreciated.

The questionnaire link is given below.

https://forms.gle/EnQVnas6o2TvGTC8A

Thank you.
PROGRAM KESEDARAN BERKESATUAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI NEGERI JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Johor dengan kerjasama Program Latihan Industri Alternatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Program Kesedaran Berkesatuan dalam kalangan pelajar Universiti. Tujuan program ini diadakan untuk menyediakan maklumat dan pendedahan awal tentang hak pekerja dan kesatuan sekerja.

Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut: -
🗓Tarikh: 21 September 2021 (Selasa)
⏰Masa: 2.00PM - 5.00PM
👥Jumlah Peserta: 100 orang pelajar
🏠Platform: Aplikasi Webex
🔗Pautan: https://meet148.webex.com/meet/pr26445926647
🔎Tema Program: Kenali Hak Pekerja Dan Kesatuan Sekerja
📜Tentatif Program: Seperti Lampiran

Oleh itu, semua mahasiswa/i UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang amatlah digalakkan untuk menyertai program ini. Keutamaan bagi pelajar semester akhir.

📌Disertakan pautan pra pendaftaran bagi Program Kesedaran Berkesatuan Dalam Kalangan Universiti Di Johor.
🔗https://forms.gle/EdD1LEdMmvi93Gqo7

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
MAKLUMAN PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM BAGI PELAJAR UiTM

Untuk Semua Pelajar UiTM Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank
UiTM telah mendapat aduan berkenaan kesesakan yang berlaku di bank atas urusan pembukaan akaun bank.

Bagi memudahkan urusan tersebut, Pejabat Bendahari UiTM bersama Bank Islam telah bersetuju untuk menguruskan pembukaan akaun bank secara pukal (bulk).

Sila isi maklumat dalam google form pada link berikut bagi tujuan pembukaan akaun Bank Islam..
https://forms.gle/oubDh4GPkBbJzXFW7

Nota: Makluman untuk pelajar baharu yang ingin memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tarikh akhir permohonan untuk pembukaan akaun Bank Islam:
Kelompok1 – Selewat-lewatnya pada 24/9/2021 (dokumen permohonan pembiayaan perlu diterima oleh PTPTN selewat-lewatnya pada 30/9/2021).

Kelompok 2 - Selewat-lewatnya pada 22/10/2021 (dokumen permohonan pembiayaan perlu diterima oleh PTPTN selewat-lewatnya pada 31/10/2021).
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

SEMUA PELAJAR
UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

*PEMAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR UiTM KAMPUS PASIR GUDANG KE KAMPUS BAGI SESI 1 2021/2022*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kuliah Sesi 1 2021/2022 bagi UiTM Cawangan Johor akan bermula pada *10 Oktober 2021 (Ahad)*. Berdasarkan Pekeliling Naib Canselor UiTM Bilangan 15 Tahun 2021, sebanyak 10 kategori yang perlu diberi keutamaan untuk dipanggil kembali ke kampus. Walau bagaimanapun, BHEA telah mengenalpasti beberapa kategori berkeperluan untuk dipanggil kembali ke kampus mengikut keupayaan kapasiti kolej.

3. Sebilangan besar pelajar yang dipanggil kembali ke kampus adalah daripada *Kategori 1* iaitu bagi memenuhi keperluan akademik. Bagi kategori ini, pelajar akan berada di kampus mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Maklumat program, tempoh kuliah bersemuka dan tarikh pergerakan kembali ke kampus adalah seperti dilampiran.

4. Selain itu, pelajar yang mempunyai masalah akses dan persekitaran tidak kondusif *(Kategori 3)* juga akan dipanggil kembali berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan. Pelajar boleh merujuk FAQ yang telah disediakan untuk membantu menjawab segala persoalan berkaitan perkara di atas. Pemakluman susulan melibatkan senarai pelajar terlibat dan perkara-perkara lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


*Bahagian Hal Ehwal Akademik*
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
24 September 2021
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

KEPADA GRADUAN
UiTM KAMPUS PASIR GUDANG
SESI 2 2020/2021 (Mac 2021)

*PROSES CLEARANCE SECARA ATAS TALIAN*

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa proses _clearance_ bagi graduan UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh dilakukan secara atas talian sepenuhnya bermula Sesi 2 2020/2021.

3. Seperti sedia maklum, proses _clearance_ ini penting untuk mengesahkan graduan tidak mempunyai sebarang tunggakan/ hutang/ perkara belum selesai yang boleh memberi kesan kepada status konvokesyen atau permohonan pelajar ke peringkat pengajian seterusnya. Pelajar yang telah mendapat status *Tamat (TM/TS)* pada Sesi Mac - Ogos 2021 boleh membuat _e-Clearance_ melalui pautan *https://e-kpg.uitm.edu.my/bheamobile*. Cetakan dokumen (layan diri) _clearance_ boleh dilakukan untuk simpanan dan rujukan pelajar setelah semua proses selesai _(approved)_.

4. Sehubungan itu, proses _clearance_ menggunakan borang manual tidak lagi terpakai dengan serta merta. Sebarang permohonan untuk masuk ke dalam kampus bagi tujuan proses _clearance_ tidak akan dilayan.

Perhatian dan kerjasama semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

*Bahagian Hal Ehwal Akademik*
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
26 September 2021 | Ahad
Selamat Datang Mahasiswa Baharu ke UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. ✨ Minggu Destini Siswa (MDS) bermula hari ini 27 - 30 September 2021. Pihak Kampus ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar!
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️
.
PERMOHONAN KHAS PENERAPAN SEMESTER AKHIR DIPLOMA UiTM KE PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SESI 1 2021 (OKTOBER 2021)
.
[ HANYA DIBUKA KEPADA CALON SEMESTER AKHIR PADA SESI 2 2020 (MAC – OGOS 2021) DAN BELUM MEMOHON PENERAPAN KE SARJANA MUDA]
.
1. Permohonan ini merupakan inisiatif UiTM bagi membuka peluang kepada pelajar di Semester Akhir, Sesi 2 2020 (Mac 2021 – Ogos 2021) yang tercicir / belum memohon Penerapan ke Program Sarjana Muda UiTM bagi kemasukan ke Sesi 1 2021 ( Oktober 2021 – Februari 2022).
2. Permohonan ini dibuka pada 29 SEPTEMBER 2021 (RABU) sehingga 03 OKTOBER 2021 (AHAD).
3. Program pengajian Sarjana Muda yang ditawarkan adalah bagi Program BUKAN bertemu duga sahaja.
4. Pembelian Unik ID di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah bagi program 7 yang berharga RM 10.00.
5. Pengisian Borang Permohonan Khas Penerapan secara dalam talian melalui Portal Pelajar UiTM di https://istudent.uitm.edu.my
6. Sila layari Portal Pengambilan Pelajar UiTM di https://online.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Permohonan : online.uitm.edu.my
.
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
.
Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174 / 2798 / 2797 / 3277
.
Emel Rasmi Unit : pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
.
Live chat: https://tawk.to/bppuitm
Sumber Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
#UiTMdihatiku