UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku
Salam Keluarga UiTM Johor
Salam UiTM Johor Prihatin

Saudara/i,

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET SESI 1/2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Kampus Pasir Gudang akan membuka pusat peperiksaan MUET bagi Sesi 1/2024 yang dijadualkan pada April 2024 kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Pelajar yang berminat perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 melalui pautan https://bit.ly/BayaranMUETJ412024.

3. Pelajar yang telah selesai membuat pembayaran perlu mengisi borang sebagai calon institusi melalui pautan https://bit.ly/MUETJ412024 selewat-lewatnya pada 21 Januari 2024 (Ahad), jam 11.59 Malam. Kekosongan tempat adalah terhad untuk 160 orang sahaja. Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik (1 fail sahaja) adalah seperti berikut:

a. Kad Pengenalan Calon
b. Sijil Kelahiran Calon
c. Kad Pelajar (Depan & Belakang)
d. Slip / Sijil Keputusan SPM
e. Bukti bayaran pendaftaran

4. Pelajar bahagian 3 dan ke atas adalah digalakkan untuk memohon bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan. Hal ini adalah kerana kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di mana-mana IPTA adalah wajib mempunyai keputusan MUET mengikut band yang telah ditetapkan sebelum mendaftar.

5. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Selain itu, pihak UiTM juga tidak bertanggungjawab sekiranya pelajar gagal mendapat tempat berikutan slot penuh sebelum tarikh tutup. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik ditalian 07-3818016 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel ke heapasirgudang@uitm.edu.my.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
15 Januari 2024
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
UPDATE 16 JAN 2024:

Slot berbaki kurang 30 tempat sahaja lagi. Daftar dan dapatkan slot anda segera! 😉
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MUET SESI 1/2024 DI UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

Dukacita dimaklumkan bahawa slot menduduki peperiksaan MUET Sesi 1/2024 di UiTM Kampus Pasir Gudang TELAH PENUH dan secara rasminya adalah DITUTUP.

Pemakluman lanjut akan diberikan kemudian bagi pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran. Manakala pelajar yang tidak dapat menempatkan diri dinasihati untuk mendaftar sebagai calon persendirian melalui laman sesawang Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Sekian, terima kasih.

Urusetia
Pusat Peperiksaan MUET
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
16 Januari 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mohon perhatian dan kehadiran semua pelajar UiTM Kampus Pasir bagi melancarkan perjalanan peperiksaan akhir pada semester ini.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2023/2023 (JANUARI 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh membuat semakan lokasi dan kedudukan peperiksaan melalui laman sesawang UiTM Cawangan Johor di pautan https://uitm.edu.my -> E-SERVIS -> Sistem Peperiksaan Akhir. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan rangkaian intranet (WiFi UiTM) bagi mengakses sistem tersebut.

3. Manakala pelajar yang berada diluar kawasan kampus boleh membuat semakan awal berkaitan tarikh dan masa peperiksaan mengikut kod kursus melalui pautan https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
23 Januari 2024
Selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Semoga semua mahasiswa dikurniakan kesihatan, kelapangan hati serta dipermudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan.

Buat sehabis baik dan semoga dikurniakan kejayaan!

ان شاءالله

#malaysiamadani
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#GRU2025 #CakapBaikBaik
#Exam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Datin Paduka / Prof / Tuan / Puan

SESI TAKLIMAT DAN KAUNTER PENDAFTARAN PELAKSANAAN SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor akan mengadakan sesi taklimat dan membuka kaunter pendaftaran pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) seperti butiran berikut:-

Tarikh : 28 Januari 2024 (Ahad) - HARI INI!
Masa : Sesi taklimat - 9:00 pagi - 9:30 pagi
: Kaunter pendaftaran - 9:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Ruang Legar, Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)


3. Sesi ini akan memudahkan warga kampus dengan membantu proses pengisian maklumat yang diperlukan dan menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan pelaksanaan sistem tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang di kalangan staf dan pelajar adalah dijemput untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Sekian, semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Terima kasih.
PERINGATAN AKHIR‼️
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, 29 Januari 2024 (esok) merupakan hari pertama peperiksaan akhir Sesi Januari 2024. Para pelajar diminta untuk memastikan telah bersedia dengan keperluan berikut:

• Kad Pelajar (KPS)
• Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan
• Alat tulis

Pakaian semasa menduduki peperiksaan adalah FORMAL. Pelajar juga digalakkan berpakaian formal bagi peperiksaan selain hari Isnin.

Pastikan anda tidak lewat dan hadir 45 minit lebih awal sebelum peperiksaan bermula.

Jangan lupa memohon keampuan daripada kedua ibu bapa serta guru-guru (pensyarah) dan minta doa restu mereka.

Semoga pelajar-pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat maju jaya! 🌹


Ikhlas daripada,

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Kata-kata memang mudah keluar, namun kebijaksanaan sejati terletak pada kekuatan pemikiran. Berbicara boleh dilakukan oleh ramai orang, tapi dalam menggali makna dari setiap kata-kata memerlukan sedikit orang yang berfikir.

Oleh itu, berfikirlah sebelum bercakap, kerana kebijaksanaan bukanlah tentang seberapa banyak kita berbicara, tetapi seberapa dalam kita berfikir sebelum mengucapkan kata-kata.

Petikan pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka

#MalaysiaMadani
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#GRU2025 #CakapBaikBaik
#PantunPujangga
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] Pelaksanaan Pendaftaran Pelajar Baharu dan Sesi Perkualiahan Tiga Minggu Pertama Bagi Sesi II 2023/2024 (Mac - Ogos 2024).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hal Ehwal Akademik UiTM

#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
[Pemakluman] Pelajar boleh membuat semakan liputan akses internet di kawasan masing-masing melalui laman sesawang https://jendela.my/ (Peta > Semak Liputan).

Pelajar bertanggungjawab memastikan kediaman/ lokasi menetap mempunyai akses internet serta tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada tiga minggu pertama semester hadapan.

#UiTM #UiTMDiHatiku
#UiTM25Tahun