UiTM Kampus Pasir Gudang Official
4.8K subscribers
495 photos
6 videos
40 files
276 links
Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Datin Paduka / Prof / Tuan / Puan

PERINGATAN MESRA - HARI INI!: HARI BERTEMU PELANGGAN UiTM CAWANGAN JOHOR 2024 (PERINGKAT KAMPUS PASIR GUDANG)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang untuk tahun 2024 akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 11 Jun 2024 (Selasa) - HARI INI!
Masa : 10:00 pagi - 4:00 petang
Tempat : Ruang Legar, Perpustakaan Tun Dr Ismail
Reruai : 1) Bahagian Pentadbiran
(Booth) 2) Bahagian Hal Ehwal Akademik
3) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Termasuk Unit-Unit di bawah BHEP)
4) Pejabat Bendahari
5) Perpustakaan Tun Dr Ismail
6) Bahagian Infostruktur
7) Bahagian Pengurusan Fasiliti
8) Pejabat Polis Bantuan
9) Unit Hal Ehwal Islam
Agensi Luar : 1) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
(Jemputan) 2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
3) Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA (KKUiTM)
Aktiviti : 10:00 pagi - 11:00 pagi - Taklimat Perkhidmatan (Staf) oleh AKPK
Menarik 11:00 pagi - 12:00 tengah hari - Taklimat Perkhidmatan (Staf) oleh KWSP
(Pentas) 12:00 tengah hari - 1:00 tengah hari - Taklimat Perkhidmatan (Mahasiswa) oleh KWSP

2:30 petang - 3:30 petang - Tazkirah Hari Raya Aidiladha oleh Ustaz Muhammad Syahrul Abd Rahman, Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa Akademi Pengajian Bahasa

*Jam Latihan Disediakan untuk Staf

3. Hari Bertemu Pelanggan ini merupakan satu pendekatan holistik melibatkan interaksi dua hala selain mendapatkan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan kepada kumpulan sasar serta mampu menyumbang kepada cadangan penambahbaikan dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sedia ada.

4. Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang (staf dan mahasiswa) adalah dijemput hadir bersama-sama menjayakan program ini.

Sekian, semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Terima kasih.

URUSETIA
PROJEK HAPPINESS & VALUE CREATION
TEMA STRATEGIK 6: TALENT EXCELLENCE
PELAN STRATEGIK UiTM CAWANGAN JOHOR
UiTM Kampus Pasir Gudang Official
Photo
Taklimat Perkhidmatan KWSP untuk mahasiswa/pelajar akan berlangsung sebentar lagi pada jam 12:00 tengah hari.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/pelajar Kampus Pasir Gudang adalah dijemput!

Terima kasih.
MAKLUMAT MAHASISWA SABAH YANG MASIH BELUM MENERIMA BANTUAN SUBSIDI TIKET PENERBANGAN RM600 OLEH KERAJAAN NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/i Pelajar

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti yang saudara/i pelajar sedia maklum, YAB Ketua Menteri Sabah pada 25 Mac 2024 telah mengumumkan mengenai subsidi tiket penerbangan secara one-off berjumlah RM600.00 kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari negeri Sabah yang menuntut di IPT Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

3. Walau bagaimanapun, pihak HEP UiTM menerima makluman bahawa terdapat keciciran maklumat mahasiswa sabah yang masih belum menerima sumbangan subsidi tersebut. Sehubungan itu, mohon mahasiswa sabah yang terlibat untuk mengisi maklumat yang berkaitan bagi tindakan pihak UPKP selanjutnya selewat-lewatnya pada 24hb Jun 2024 (Isnin) jam 2.00 petang.

4. Disertakan link google form untuk tindakan saudara/i pelajar sekalian.(https://forms.gle/4wyw17UNy5Qjsg1b7)

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
HEBAHAN PEMBUKAAN KAUNTER PROMOSI SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP) & INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR (IMAJ) SEMPENA PROGRAM JELAJAH SEMARAK SISWA JAUHAR DARI YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bantuan pendidikan bagi Mahasiswa Anak Johor yang merangkumi Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) Yayasan Pelajaran Johor bagi tahun 2024.

3. Sehubungan dengan itu, YPJ akan membuka kaunter promosi permohonan SBP & IMAJ di UiTM Cawangan Johor (Kampus Pasir Gudang) sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Medan Selera Sri Mersing

4. Mohon disebarkan kepada para pelajar mengenai sesi kaunter promosi di atas dan sebarang pertanyaan mengenai permohonan bantuan pendidikan boleh diajukan kepada pihak YPJ sepanjang tempoh itu berlangsung.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️
.
HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI/ DIPLOMA/ CFAP243 LEPASAN SPM SESI 1 2024/2025 (PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE)
.
Semakan surat tawaran Program Asasi/ Diploma/ CFAP243 Lepasan SPM Sesi 1 2024/2025 boleh dibuat mulai 29 Jun 2024 (Sabtu) jam 2.00 petang bagi kemasukan Julai 2024 (Asasi) & September 2024 (Diploma)
.
Panduan bagi menyemak surat tawaran dan pendaftaran dalam talian boleh ditonton di saluran Youtube Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar seperti di bawah:
https://youtu.be/UxV6EaoUhZs
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Surat Tawaran : https://online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
pengambilan.diploma@uitm.edu.my
Mohon Perhatian‼️📣

Kehadiran semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang adalah DIWAJIBKAN (kecuali yang sedang menjalani Latihan Industri).
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2023/2024 (JULAI 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh membuat semakan lokasi dan kedudukan peperiksaan melalui laman sesawang UiTM Cawangan Johor di pautan https://johor.uitm.edu.my -> E-SERVIS -> Sistem Peperiksaan Akhir. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan rangkaian intranet (WiFi UiTM) bagi mengakses sistem tersebut.

3. Manakala pelajar yang berada diluar kawasan kampus boleh membuat semakan awal berkaitan tarikh dan masa peperiksaan mengikut kod kursus melalui student portal atau pautan https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peringatan mesra kepada semua pelajar, sila pastikan anda bersedia dengan keperluan peperiksaan berikut 👇

• Kad Pelajar KPS (biru) ✅
• Slip menduduki peperiksaan ✅
• Alat tulis ✅
• Semak jadual dan kedudukan ✅
• Berpakaian formal ✅

Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya 🌹
JEMPUTAN PENYERTAAN INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATIONDEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024 seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh : 19 – 20 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
⏰ Masa : 8:00 pagi - 5:00 petani
📍 Tempat : Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

📌 Objektif Program :
1. Mengumpul produk inovasi pelajar bagi tujuan pengkomersilan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea produk berteraskan teknologi.
3. Membina pusat data maklumat inovasi pelajar.
4. Menghasilkan penerbitan berjilid.

📌 Kelebihan menyertai program ini:
1. E-sijil penyertaan akan disediakan.
2. Diberi peluang menyertai pertandingan inovasi dan membina kreativiti.
3. Pengalaman yang baharu dan dapat mengetengahkan produk inovasi.
4. Pengalaman menghasilkan video pitching bagi mendapatkan dana pengkomersilan dari pihak industri.
5. Elaun makan (RM20 sehari) bagi peserta produk.
6. Yuran penyertaan untuk produk dan seminar akan diuruskan oleh pihak UiTM.

🔗 Pautan Pendaftaran Produk (Fizikal di UiTM Shah Alam) & Seminar (Secara dalam talian) sebelum atau pada 23 Julai 2024 (Selasa): https://docs.google.com/spreadsheets/d/16fX0qNEn4iDpLC65jfU0HZRehrbEc4IA0ZrIIfQ39To/edit?gid=379625074#gid=379625074

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Am HEP UiTM Kampus Pasir Gudang di talian 07-381 8053 / 8035.
[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟵𝟵

UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-99. Nantikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99 yang akan berlangsung bermula pada 2 September hingga 17 Oktober mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ UiTM Shah Alam - 2 September hingga 19 September 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sabah - 9 Oktober hingga 10 Oktober 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sarawak - 15 Oktober hingga 17 Oktober 2024

Graduan sesi konvokesyen 202399-Disember 2023 dikekehendaki mengemaskini soal selidik Kajian Pengesanan Graduan di pautan, https://graduan.mohe.gov.my/update/

Group Telegram Konvo UiTM ke-99: https://bit.ly/KonvoUiTM99

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://www.youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZAh34Dlu7JkGz8QGQn1Qg_4

Muat turun Buku Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 (Digital) di pautan berikut: [Link akan dikemaskini]

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-99, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun