SEBAT LESBIAN
Terengganu
Mahkamah Syariah Dungun menghukum 6 sebatan dan denda Rm3300 ke atas tiap seorang dari pasangan lesbian dibawah Seksyen 30 dan Seksyen 59(1) kerana Musahaqah (Lesbian).
Perlaksanaan sebatan disaksikan kira kira 100 orang di kamar mahkamah, setelah tempoh rayuan 14 berlalu tanpa sebarang rayuan direkodkan dan pasangan tersebut mengaku salah.
Ini adalah tanda bersejarah, dimana kesan positifnya adalah :
1- Malaysia menonjolkan kepada warganegaranya dan masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan Lesbian adalah suatu jenayah, dan pelakunya adalah penjenayah.
2- Si pelakunya pula redha terhadap hukuman yang dijatuhkan, tanpa membawa ke pihak pengadilan yang lebih tinggi, termasuk mahkamah sivil, yang akan lebih merumit dan mencabar kerana Perlembagaan Malaysia tidak sepenuhnya Islamik, seperti dalam kes hak penjagaan anak oleh pasangan murtad.
3- Masyarakat sekeliling redha dan mengambil pengajaran dari hukuman yang dijalankan. Ini sekaligus menepis dakwaan dan tanggapan serong yang mengatakan undang-undang sebat di khalayak ramai adalah kolot, tidak diterima masyarakat moden, menindas dan lain-lain istilah yang diimpot dari Barat dan Timur.
4- Tamparan hebat ke atas golongan dan pejuang kebebasan LGBT, di mana belum sempat harapan mereka diberi kebebasan dan meluaskan pengaruh mereka di Malaysia, datang hukuman dari Mahkamah Syariah Dungun, menegaskan jenayahnya perbuatan Lesbian.
Kita sedia maklum, selagi RUU355 belum diluluskan Parlimen, Hakim Kamarul Azmi Ismail terikat kepada hukuman maksima Seksyen 30 dan Seksyen 59(1). Namun ما لا يُدرَكُ كُلُّه ، لا يُترَكُ جُلُّه (Apa yang tak boleh dapat semua, jangan ditinggalkan semua).
Masih banyak dakwah dan tugas yang mesti diperjuangkan ke arah mendaulatkan Syariah Islam dan meninggikan Kalimah Allah. Moga kita tsabat menjadi hamba-hambaNya yang berjuang meninggikan kalimahNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Sept 2018

KUALITI MUSLIM & DUAT
Malam ini beri penyampaian hadis hak dan kewajipan muslim. Nampak banyak yang perlu diperbaiki kualiti ini dalam masyarakat. Begitu juga dalam diri pada duat termasuk pemimpin dan para murabbi mereka, tak terkecuali. Ramai dah lupa hadis ni, dan lupa menghayatinya.
وعن أبي هريرة قَالَ: قَالَ رسولُ اللَّه ﷺ: لا تَحاسدُوا، وَلا تناجشُوا، وَلا تَباغَضُوا، وَلا تَدابرُوا، وَلا يبِعْ بعْضُكُمْ عَلَى بيْعِ بعْضٍ، وكُونُوا عِبادَ اللَّه إِخْوانًا، المُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِم: لا يَظلِمُه، وَلا يَحْقِرُهُ، وَلا يَخْذُلُهُ، التَّقْوَى هَاهُنا ويُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاثَ مرَّاتٍ بِحسْبِ امرئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِر أَخاهُ المُسْلِمَ، كُلّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حرامٌ: دمُهُ، ومالُهُ، وعِرْضُهُ رواه مسلم.
Dari Abi Hurairah ra, sabda Rasulullah saw :
1- Jangan dengki mendengki
2- Jangan tanajash (pura-pura minat barang depan orang ramai, tanpa niat beli, agar harganya jadi melambung)
3- Jangan benci membenci
4- Jangan belakang membelakangi, atau jauh menjauhi
5- Jangan sebahagian kamu menjual di atas jualan saudaranya seIslam (kacau jualan kawan dengan kemuka jualan sendiri kepada pelanggan yang sama)
6- Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berukhuwah
7- Muslim adalah adik muslim yang lain
8- Dia tidak menzaliminya
9- Dia tidak menghinanya
10- Dia tidak membiarkannya tanpa peduli
11- Taqwa itu di sini, sambil Nabi saw menunjukkan ke dadanya 3 kali
12- Cukuplah kejahatan seseorang itu, bila dia menghina saudara seIslamnya yang lain
13- Setiap muslim haram darah, harta dan nama baiknya, ke atas muslim yang lain
(Hadis Sahih riwayat Muslim).
Hadis sahih di atas sangat terang lagi bersuluh. Qat'iyyah tsubut, qat'iyyah dalalah. Malangnya dunia cantas mencantas tidak mengenal petunjuk Ilahi. Ia lebih berpandukan hawa nafsu kepentingan diri dan bisikan syaitan, penasihat peribadi.
Moga Allah swt jauhi dan selamatkan kita dari sifat dan perbuatan yang berlawanan dengan isi kandung hadis hak muslim di atas.
Jika kita tergelincir dan menyeleweng, maka segera mohon ampun kepada muslim berkenaan, sebelum tiba Hari Pembalasan, di mana pahala kita diambilnya. Jika masih tidak terbayar, maka dosa beliau pula diserah kepada tanggungan kita. Nauzubillah min zalik.
Us Abdul Halim Abdullah
6 September 2018

ZAUJAH SOLEHAH
Hari ini kita mengimbau kembali kisah pemadanan Imam Hasan Al-Banna dengan isteri beliau, Latifah Hussein As-Suly. Moga jadi pengajaran untuk rumahtangga yang baru dibina, insyaAllah.
Apabila ibu Imam Al-Banna datang ziarah anaknya yang bekerja di Ismailiah, beliau tidak akan melepaskan peluang berdakwah dari rumah ke rumah di sana, termasuk menziarahi akhawat Ikhwan untuk berkongsi hal umat Islam dan penyelesaiannya.
Suatu hari ibu Imam Al-Banna menziarahi rumah Haji Hussein As-Suly. Ketika berbual, dia terdengar tilawah merdu lagi khusyuk bacaan Quran dari dalam bilik, lalu bertanya, "Suara siapa tu ?". Isteri Haji Hussein menjawab, "Suara anak perempuannya, Latifah, yang sedang solat".
Usai solat, Latifah datang melayani tetamu tersebut. Ibu Imam Al-Banna memerhati dan berbual dengan gadis dan mendapati padanya wajah yang khusyuk, terpancar darinya cahaya iman dan hati yang penuh taqwa kepada Allah swt. serta perasaan peka dan prihatin terhadap apa yang sedang berlaku terhadap umat Islam.
Ibu Imam Hasan Al-Banna pulang ke rumah lalu berkata kepada anak lelakinya, "Gadis beriman seperti ini patut menjadi pasanganmu".
Kata Imam Hasan Al-Banna, "Lalu Allah swt mengurniakan kepada aku peluang berkahwin dengannya. Urusan peminangan selesai dengan mudah dan ringkas yang menakjubkan dalam bulan Ramadan. Aqad nikah di masjid pada malam 27 Ramadan. Majlis perkahwinan pada 10 hb Zulqaedah. Alhamdulillah".
Pengajaran :
1- Peranan ibu dalam mencari pasangan untuk anak lelakinya. Ini adalah kerana hanya wanita yang mengenal wanita.
2- Nilai bakal menantu terletak pada iman, taqwa, perihatin terhadap nasib umat Islam, kekhusyukan, keperibadian dalam berinteraksi dengan tetamu atau orang lain dan tilawah Al-Quran.
3- Pendirian Imam Al-Banna yang menerima pandangan ibunya dalam hal jodoh. Ini adalah kerana wafak beliau kepada ibunya, dan yang lebih penting adalah ibunya mengetahui apakah perjuangan anaknya, dan tahu ciri dan sifat pasangan mana yang paling sesuai dan layak bersama anak lelakinya dalam perjuangan tersebut.
4- Aqad dan perkahwinan disempurnakan dengan mudah dan ringkas, selari dengan Sunnah Rasulullah saw. Oleh itu ia lebih berkat dan punya masadepan yang baik.
Kira-kira 10 tahun lalu, menantu saya membawa saya sekeluarga ke bandar Ismailiah, 130 km dari Kaherah, menziarahi sekolah tempat Hasan Al Banna bekerja mengajar, rumah beliau dan rumah Haji Hussein As-Suly yang terletak di tengah-tengah antara kedua sekolah dan rumah Imam Al Banna. Walaupun kisah tahun 1932 itu telah berlalu kira kira 90 tahun, namun nilai dan kualiti iman dan akhlak manusia tidak berubah sehingga ke Hari Kiamat. Yang berubah hanya teknologi dan strategi.
Firman Allah swt (... ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ)
bermaksud, "Ceritakan kisah-kisah, supaya mereka mengambil peringatan ... ".
Us Abdul Halim Abdullah
11 September 2018

SESAL DULU PENDAPATAN
Benarlah pepatah Melayu berkata, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya". Umno kalah buat kali pertama dalam PRU14, setelah 61 tahun berkuasa dengan rekod tanpa kalah.
Sebelum PRU14, ramai Rakyat resah terhadap Umno yang dirosakkan oleh korupsi, kemewahan, angkuh, hubbu riasah (cinta kedudukan), bodek dan berbagai penyakit kronik lain. Hanya satu penyakit di atas, jika dibiarkan membarah, boleh mengundang maut terhadap organisasi. Apatah lagi jika berbagai penyakit yang dihidapi.
Tiap penyakit organisasi di atas ditegah Allah dalam Al-Quran, sambil disebut pula dengan kisah-kisah Firaun, Qarun, Haman dll di zaman silam, agar pengajaran nya lebih terang dan jelas. Namun keangkuhan pimpinan di atas, dan ketidakpedulian (apathy) ahli-ahli di bawah, akhirnya menenggelamkan kapal yang membawa mereka semua.
Ia sunnah Allah yang tidak berubah. Jika tiap umat ada ajal nya (Al-Quran), apatah lagi tiap organisasi yang merupakan "umat yang kecil" tentunya lebih-lebih lagi.
Kepada pimpinan di setiap peringkat Umno, selamat menghadiri Perhimpunan Agung (PAU) saat ini. Jika PAU dulu-dulu dipenuhi dengan kipas mengipas, yang membawa kepada kehancuran bersama, maka adalah diharapkan PAU kali ini dipenuhi penyesalan dan rawatan.
Saya menasihati tiap organisasi lain, besar atau kecil, parti atau ngo, agar segera mengambil iktibar dari apa yang menimpa UMNO, sebelum nasi menjadi bubur. Sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian tiada guna nya.
Us Abdul Halim Abdullah
30 September 2018

KHALWAT & ZINA BUKAN ISU PERIBADI
Khalwat adalah haram kerana ia boleh membawa kepada Zina, satu jenayah dosa besar. Apatah lagi khalwat bermalam dalam sebuah bilik.
Dalam perlaksanaan enekman jenayah Syariah, disebabkan Islam sendiri "menyukarkan" sabitan jenayah zina dengan mensyaratkan 4 saksi yang jelas melihat aksi zina tersebut, maka selalunya pendakwaan "khalwat" sahaja dilakukan ke atas pasangan terbabit, dengan hukuman Takzir (denda), dan bukan hukuman Hudud. Namun jika jenayah "khalwat" menular hebat dalam masyarakat, Kerajaan boleh naikkan hukuman takzir hingga boleh mencecah hampir Hudud.
Dalam Islam, khalwat dan zina adalah bukan isu peribadi kerana penjenayah lelaki itu melakukannya dengan isteri orang, anak perempuan orang, emak orang atau kakak orang. Hakikatnya juga, "isteri orang" itu juga boleh jadi adalah anak perempuan orang, kakak orang, mak saudara orang dsb. Keluarga dan sanak saudara akan terpalit. Pada sesetengah masyarakat, satu kabilah akan terpelit. Ia jelas berkait dengan masyarakat.
Wahyu Allah menjelaskan lagi hakikat ini melalui hadis Nabi saw. dimana seorang lelaki minta Nabi saw menghalalkan Zina baginya. Nabi saw menjelaskan, "Adakah kamu suka orang berzina dengan ibu kamu ... anak perempuan kamu ... kakak kamu ... mak saudara kamu..." yang semuanya dijawab geram oleh beliau" tidak suka". Lalu Nabi saw berkata, "orang-orang lain pun tak suka lelaki berzina dengan ibunya, anak perempuan nya, kakaknya dll." (lihat lampiran hadis tersebut di bawah).
Dari wahyu di atas, jelas menunjukkan mana-mana manusia yang normal fitrahnya akan malu, tak suka, benci dan marah ibunya, anak perempuannya, kakaknya dll dizina oleh lelaki.
Tidak sedikit zina membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan pembunuhan. Keluarga yang musnah boleh melahirkan generasi yang songsang, apatah lagi mereka yang lahir tanpa bapa yang sah, seperti anak-anak ayam.
Jelas, khalwat dan zina bukan isu peribadi dari dalil aqli dan nassi. "Nabi saw tidak bercakap dari hawa nafsunya, sebaliknya dia bercakap dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya" (Al-Quran).
Hanya (1) orang yang jahil atau (2) orang yang arif tapi berkepentingan atau rosak fitrahnya sahaja yang tergamak mengatakan zina adalah isu peribadi.
Dunia Islam sejak berkurun lamanya, tidak menganggap khalwat dan zina sebagai isu peribadi.
Hanya undang-undang Barat sahaja yang menganggap dan mengaktakan zina sebagai isu peribadi. Kerana itu, sikap songsang segelintir orang Islam dalam hal di atas, besar kemungkinan adalah sikap yang terpengaruh atau diimpot atau dipaksakan dari Barat.
Kita mohon perlindungan Allah swt dari kegelinciran aqidah yang merugikan kita di dunia dan Akhirat.
Us Abdul Halim Abdullah
7 Oktober 2018
Matan Hadis Bab "Lelaki Minta Halalkan Untuknya Zina" :
عن أبي أمامة ـ رضي الله عنه ـ قال: (إن فتى شابا أتى النبيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ فقال: يا رسول الله، ائذن لي بالزنا!، فأقبل القوم عليه فزجروه، وقالوا: مه مه، فقال: ادنه، فدنا منه قريبا، قال: فجلس، قال: أتحبه لأمك؟، قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لأمهاتهم، قال: أفتحبه لابنتك؟، قال: لا واللَّه، يا رسول اللَّه جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لبناتهم، قال: أفتحبه لأختك؟ قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لأخواتهم، قال: أفتحبه لعمتك؟ قال: لا واللَّه، جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لعماتهم، قال أفتحبه لخالتك؟ قال: لا واللَّه جعلني اللَّه فداك، قال: ولا الناس يحبونه لخالاتهم قال: فوضع يده عليه وقال: اللَّهمّ اغفر ذنبه وطهر قلبه، وحَصِّنْ فرْجَه، فلم يكن بعد ذلك الفتى يلتفت إلى شيء) رواه أحمد .
وفي رواية أخرى: وقال: (اللهم طهر قلبه، واغفر ذنبه، وحَصِّنْ فرْجَه، فلم يكن شيء أبغض إليه منه - الزنا -) .

LGBT MUSUH INSAN SEJAGAT
Akhirnya, semalam, setelah bertarung di mahkamah selama 4 tahun sejak tahun 2014, kedai kek Ashers Baking Company menang kes nya lawan LGBT. Kesnya adalah ia tidak mahu tulis di kek yang dijualnya ayat "Support Gay Marriage".
Bukankah lebih mudah dan untung jika kedai itu melayan semua pelanggannya, dan mengelak kos guaman puluhan ribu Pound Sterling, yang boleh membengkrapkan syarikat jika ia kalah kes ?
Namun, tidak sama mereka yang hidup berprinsip, berbanding mereka yang hidup hanya mencari kepentingan diri sendiri, samada muslim atau kafir, biasa atau daie.
Ironinya, kes bersejarah ini berlaku di United Kingdom, sebuah negara pelopor "kebebasan hak individu" dan di antara pengekspot ideologi LGBT yang utama di dunia.
Ya, perbuatan LGBT oleh individu atau kelompok, terbuka atau tersembunyi, yang diizinkan oleh undang-undang United Kingdom, adalah salah disisi Islam.
Namun keputusan Mahkamah Agung UK membenarkan mana-mana pihak enggan berkempen LGBT kepada orang lain, adalah selari dengan Islam. Firman Allah swt :
(إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)
"Sesungguhnya orang-orang yang suka kelucahan tersebar di kalangan orang-orang yang beriman, untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)" [Surat An-Nur 19].
Jika demikian pendirian United Kingdom dalam hal LGBT, maka adalah lebih patut lagi kempen LGBT tidak diberi muka sedikit pun di negara umat Islam seperti Malaysia, yang ketua negara dan penduduknya beragama Islam, serta agama negara Malaysia itu sendiri adalah Islam.
Slogan "L.G.B.T" dari Barat ini baru berusia setahun jagung di Malaysia, cuba dipasarkan oleh segelintir individu yang terpinggir. Ratusan tahun sebelum ini, ia langsung tidak wujud.
Semua pihak di Malaysia hari ini mesti bangkit dan bertindak tegas sehingga tunas slogan ini terus hilang dan pupus dari bumi bertuah ini.
Us Abdul Halim Abdullah
11 Oktober 2018

KERJA KITA YANG SEBENAR
Sesiapa yang membaca, membincang dan mengamati Seerah Rasulullah saw, akan jelas bahawa kerja Baginda saw dan kerja kita di dunia ini adalah untuk menegakkan syariat (undang-undang) Islam dalam negara.
Ia dicapai melalui tarbiyah jiwa individu dan umat agar hidup dengan لا اله الا الله (Tiada ILAH selain ALLAH), menolak segala ILAH-ILAH selain ALLAH, lalu memilih pemerintah yang ikhlas yang layak melaksanakan segala tuntutannya di dalam negara.
Hakikat kerja kita sebegini dikuatkan lagi dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis, serta kata-kata para pewaris nabi. Ia juga ringkas dan jelas difahami sejak kita berusrah di sekolah menengah lagi.
Namun masa, suasana, dunia dan percaturan telah merosakkan jiwa dan minda ramai Duat, apatah lagi jiwa dan minda ramai masyarakat awam yang jauh dari Islam, lalu matlamat berubah.
Kaedah perjuangan adalah الغاية اصل العمل "Matlamat adalah asas Kerja". Apabila matlamat terpesong, maka halatuju kerja-kerja turut terpesong. Ibarat apabila palang gol dialih, tendangan-tendangan bola pemain juga akan turut berubah arah.
Firman Allah swt :
(أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ)
"Adakah undang-undang Jahiliyah yang mereka mahu. Sedangkan siapakah yang lebih baik undang-undangnya selain undang-undang Allah, bagi kaum yang yakin" [Surat Al-Ma'idah 50].
Us Abdul Halim Abdullah
15 Oktober 2018

SYUKUR & TAHNIAH DOKTAZ JIHAD
Alhamdulillah, pelajar perubatan tahun 5 di Ain Shams University, Cairo, anakanda Jihad Halim, 24, berjaya beroleh ijazah Syariah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah baru-baru ini.
Jika lulus peperiksaan perubatan kelmarin (internal medicine & paediatric), beliau akan berada di tahun akhir Perubatan (surgery & o&g) di tahun 2019 depan, insyaAllah.
Mengimbau kembali 5 tahun lalu, isteri saya mulanya agak resah dengan idea dan kemampuan anak-anaknya belajar di 2 universiti bagi 2 pengajian dalam masa yang sama. Tambahan pula ia suatu yang jarang dilakukan oleh pelajar Malaysia.
Namun di antara prinsip-prinsip hidup saya sejak lama dulu adalah :
(1) "belum ada orang buat, tidak semestinya kita tak boleh buat atau tak mampu buat".
(2) "ulamak sebaiknya financially independent" supaya pemikiran, pembacaan, perbincangan, fatwa-fatwa dakwahnya lebih genuine seperti yang ditunjukkan oleh ramai ulamak Islam silam dan seperti yang dianjurkan oleh Imam Al-Banna (1906-1949) dalam Wajibat 38 nya.
Dalam kitab-kitab harakah, kategori yang disebut sebagai "ulamak suuk (ulamak jahat)", "ulamak sultah (ulamak pencacai pemerintah)" dan seumpamanya benar-benar menggusarkan saya sejak dahulu hingga ke hari ini. Selain kerana rosak hati dan jiwa, godaan kedudukan dan dunia, peranan "dedak" juga telah banyak merosakkan ramai ulamak sepanjang zaman.
(3) Dengan memiliki 2 bidang ilmu agama dan ilmu sains, ufuk pemikiran lebih terbuka dan ruang lingkup pergaulan lebih luas.
Pengajian agama banyak menghafaz, namun kurang ditekankan bagaimana qawaid (formula) diaplikasikan di dunia nyata. Ini sangat boleh dibantu melalui budaya pengajian sains yang banyak menguji bagaimana formula diaplikasi di alam praktikal.
(4) Penguasaan 2 bahasa utama, Arab dan English, menjanjikan masadepan yang lebih cerah dalam menggarap ilmu dan penemuan baru, serta mengikuti dan memahami percaturan dunia Islam, dunia Barat dan Timur dulu dan semasa, serta yang akan datang yang semakin mencabar.
(5) Islam kita akan lebih maju di hari muka jika generasi kita akan datang adalah lebih baik dan lebih berkualiti dari generasi kita hari ini, insyaAllah. Begitu juga sebaliknya, nauzubillah.
Oleh itu, melabur tinggi di aspek pendidikan anak-anak bukan sahaja berbaloi, malah suatu kemestian jika kita dambakan kemenangan sedekat mungkin untuk Islam.
Bak kata orang, "Jangan ikut resam guru silat. Dia ada 30 bunga silat, tapi dia ajar anak-anak muridnya 29 bunga sahaja, kerana takut lawan taukeh". Sebaliknya, dalam Dakwah & perjuangan Islam, jika kita duat hari ini ada 30 kemampuan, kita mahu duat generasi selepas kita punya 60 kemampuan, demi masadepan ummah yang lebih cerah.
Dan beberapa prinsip hidup dan prinsip perjuangan lain yang bersifat peribadi.
"Ijazah" ini baru anak tangga pertama wahai anakku. Cabaran dan langkah yang masih jauh di hadapan, menuntut kita berada di jalan yang sahih hari ini dan esok. Itu yang paling utama dalam menuju keredhaan Tuhan. Teruskan perjalanan. So far so good. Baba ditahap confident yang sangat tinggi pada hari-hari ini di atas pencapaian kalian. Syukur الحمد لله بنعمته تتم الصالحات alhamdulillah.
Us. Abdul Halim Abdullah
B.Engineering (Queensland) 1987
B.A. (Al-Azhar) 1993, G.D. (Cairo) 1996
22 Oktober 2018
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Telegram
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Us. Abdul Halim Abdullah
DI ANTARA PENDAULATAN DAN PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM
Syariat Islam adalah sistem, hukum hakam dan undang-undang Islam.
Kita harus tahu perbezaan di antara 2 perkara, iaitu :
1- Pendaulatan Syariat Islam.
Ia juga boleh panggil Ketuanan Syariat Islam yang membawa pengertian Sovereignty atau Supremacy.
2- Perlaksanaan Syariat Islam. Ia membawa pengertian Execution.
Sejak Hijrah berlaku pada tahun 610M dan Islam berkuasa, Syariat Islam di*daulat*kan dengan termeterinya Piagam Madinah. Di dalamnya disebut apa sahaja perselisihan yang berlaku, maka tempat rujukan asasi dan tertinggi adalah Al-Quran dan As-Sunnah.
Selepas itu, Syariat Islam pun di*laksana*kan contohnya dalam kisah Al-Ifk (tuduhan bohong zina terhadap Aisyah ra.), 3 orang sahabat di sebat 80 sebatan. Mereka adalah Mistah bin Uthathah ra., Hassan bin Tsabit ra. dan Himnah binti Jahsy ra.
Adakalanya hukuman tidak dilaksanakan, samada kerana :
1- terdapat kekeliruan dalam proses Keterangan, kerana Nabi saw bersabda "ادرء الحدود بالشبهات " (Jangan laksanakan Hudud jika terdapat ketidakjelasan keterangan), atau
2- suasana darurat seperti kebuluran yang pernah berlaku di zaman Khalifah Umar Al-Khattab ra. Beliau tidak melaksanakan hukuman ke atas pencuri dalam suasana seperti itu.
Namun, dalam kedua-dua keadaan, samada hukum hakam dilaksanakan atau tidak dilaksanakan kerana bersebab, Syariat Islam adalah dan tetap berdaulat, sovereign dan supreme.
TEMPAT
Tempat mendaulatkan Syariat Islam adalah di Parlimen.
Manakala tempat melaksanakan Syariat Islam adalah di Kementerian dan di Mahkamah.
Maka tugas bahkan kewajipan Ahli-ahli Parlimen atau Wakil-wakil Rakyat adalah mengundi sehingga semua hukum hakam di Malaysia, samada Hudud atau Takzir, menjadi selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Tugas Mahkamah pula adalah meneliti keterangan-keterangan dari pihak pendakwa dan pembela, dan memutuskan perlaksanaan hukum hakam mengikut Undang-undang yang telah diaktakan oleh Parlimen dan DUN yang telah mendaulatkan Syariat Islam, dengan mengambil kira suasana, samada darurat atau tidak, dan berbagai faktor lain yang berkaitan.
Jelasnya, pendaulatan Syariat Islam mesti diperjuangkan sepanjang masa sehingga tercapai.
Perlaksanaan Syariat Islam dilakukan atau ditangguh mengikut suasana dan keadaan.
Kita tidak boleh mengatakan tangguh usaha pendaulatan Undang-undang Islam di Parlimen kerana pembahagian kekayaan tidak sekata dan terdapat ramai orang miskin. Bagaimana pula nanti jika En. Kasim seorang jutawan mencuri terang-terangan ?
Tidakkah kita melihat bahawa Syariat Islam berdaulat di zaman Nabi saw, sedang terdapat ramai sahabat yang miskin, tiada rumah bahkan ada yang tinggal menumpang di Masjid Nabawi ?
KESIMPULAN
Semua Umat Islam dari semua parti politik, ngo, badan, persatuan dan individu mesti terlibat dalam usaha dan perjuangan mendaulatkan Syariat Islam di Parlimen dan DUN. Ini juga termasuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah sehingga ia berada di kedudukannya yang tertinggi dan selari dengan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Agama Negara adalah Islam.
Mana-mana suasana dan keadaan dalam negara Malaysia diaspek ekonomi, sosial dan politik yang dilihat banyak kekurangan oleh sesetengah pihak, maka ia kena diambil kira dalam perlaksanaan Syariat Islam di Mahkamah. Namun ia sekali-kali tidak boleh menjadi alasan untuk menghalang pendaulatan Syariat Islam di dewan-dewan perundangan seperti di Parlimen dan DUN.

BOIKOT FILEM FITNAH
Sebarang filem, lagu, ucapan dan seumpamanya yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan hendaklah diboikot. Jangan menyokong projek tersebut dengan menyumbang wang kita membeli tiketnya. .
DAKWAH
Islam berdakwah kepada manusia dengan hikmah, peringatan yang baik dan berbahas dengan cara yang paling baik. Firman Allah swt :
(ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ)
"Dakwahlah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan, nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surat An-Nahl 125].
JIHAD
Dalam masa yang sama, Islam adalah agama yang terbaik dalam menghadapi realiti. Orang jahil dihadapi dengan Dakwah. Tetapi musuh yang memerangi secara bersenjata dihadapi dengan Jihad. Oleh itu Jihad adalah suci demi mempertahankan Islam dan membebaskan manusia dari kezaliman.
FITNAH
Namun, ada pihak bermuslihat cuba menuduh Islam berlaku ganas terhadap semua jenis manusia, dalam semua keadaan, seolah hanya itu sahaja (keganasan) yang diajar oleh Islam dalam Al-Quran kepada umatnya.
Di antara 2 tujuan utama fitnah "Islam Agama Keganasan" adalah :
1- Memalit rupa jahat kepada Islam, lalu menjauhkan manusia dari tertarik kepada agama Allah ini.
2- Meransang umat Islam ke arah mempertahankan diri dengan jahil, lalu segera menafikan Jihad adalah dari Islam. Mereka berpada "Islam" sebagai hanya dakwah dengan lidah sahaja, dan membiarkan kekuatan tentera di tangan bukan-Islam, Barat dan Timur. Dengan meninggalkan Jihad, musuh mudah memerangi umat Islam di serata dunia.
Moga Allah selamatkan umat kita dari diperdaya oleh musuh-musuhnya melalui filem, lagu dan ucapan tokoh.
Us Abdul Halim Abdullah
11 Nov 2018

SOKONG LARANGAN MEROKOK
Larangan merokok oleh pihak Kerajaan Malaysia ke atas perokok di tempat awam, termasuk di restoran, adalah dipuji dan disokong 100%. Ini adalah kerana :
1- Merokok mengganggu orang sekeliling dengan asap busuknya, disamping boleh merosakkan kesihatan orang.
2- Merokok adalah diantara perosak akhlak remaja dan belia. Melarangnya boleh membaiki dan meningkat peratus akhlak mereka berlipat kali ganda.
3- Jika dihisap dari jarak jauh sekalipun, merokok di tempat awam merosakkan bi'ah (suasana) sihat dan taqwa, dengan cara menunjukkan perangai buruk itu secara terang-terangan. Ia bukan sahaja isu asap, bahkan ia isu contoh teladan.
4- Kerajaan dan negara boleh jimat berjuta ringgit kos merawat penyakit akibat merokok. Bahkan sebenarnya rakyat dapat jimat berbillion ringgit jika tidak merokok dan mengelak dari menyumbang peratus keuntungan kepada industri rokok yang kebanyakannya dimiliki oleh Barat.
Di banyak negara-negara maju, larangan seperti ini telah lama berkuat kuasa.
Rakyat harus bangkit menyatakan sokongan padu kepada usaha Kerajaan diaspek ini.
Nampak seperti segelintir pihak-pihak berkepentingan sedang cuba meningkatkan usaha dan tekanan agar larangan merokok ini gagal. Jika mereka berjaya, ia suatu kerugian ke atas umat Islam, dan sukar untuk larangan ini dijayakan di masa akan datang.
Ayuh bangkit dan nyatakan sokongan kita kepada "Larangan Merokok Di Tempat Awam".
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Nov 2018

HUKUMAN MATI
Akhir-akhir ini ada segelintir orang menggunakan media untuk mempromosi "mansuhkan hukuman mati di Malaysia" . Kononnya, ia mengikut sebahagian negara lain yang tiada hukuman mati.
Anehnya, mereka bercakap seolah-olah dalam Al-Quran dan Al-Hadis tidak terdapat hukuman mati, lalu mereka bebas mengutarakan pandangan sendiri sedemikian.
Sebilangan orang yang lain mula membandingkan pro and con (sokong atau tentang) hukuman mati, mengikut akal dan nafsu masing-masing.
Saya tidak berhajat untuk menambah idea pro and con di sini. Cukuplah dengan menyatakan, banyak negara yang pernah mansuhkan hukuman mati, akhirnya kembali mengadakan hukuman mati semula.
Sebaliknya saya ingin mengingatkan kita bahawa di dalam Al-Quran telah ada hukuman mati terhadap beberapa kesalahan jenayah seperti kesalahan membunuh secara sengaja tanpa hak (القتل العمد), kesalahan merompak di tengah jalan (الخرابة) dan lain-lain. Begitu juga di dalam Hadis.
Jika kita mengatakan perkara yang bertentangan dengan nas-nas Quran dan Hadis kerana jahil, ia adalah dosa. Kita sepatutnya wajib menuntut ilmu, kemudian baru berkata atau menulis secara terbuka dalam media berasaskan ilmu, bukan nafsu.
Jika kita bersikap sebegitu dalam keadaan tahu hukum hakam Allah, tetapi menentangnya atau merasa kita lebih tahu dari Allah, maka ia berkait dengan Aqidah. Kesannya jauh lebih besar di Akhirat. Nauzubillah.
Jangan dek kerana terlalu hendak mengikut Barat Jahiliyah, kita lupa akan petunjuk Ilahi Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
(أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ)
bermaksud, "Adakah undang-undang Jahiliyah yang mereka mahu. Sedangkan siapakah yang lebih baik undang-undangnya selain (undang-undang) Allah bagi kaum yang yakin". [Surah Al-Ma'idah 50].
Moga isu "mansuhkan hukuman mati" hari ini jadi pengajaran dan peringatan untuk masa depan, bukan sahaja dalam isu ini sahaja, akan tetapi dalam kesemua isu yang berkait dengan undang-undang Allah yang telah disebut dalam Al-Quran secara jelas dan putus.
Us. Abdul Halim Abdullah
15 Nov 2018

DUNIA MENILAI ISLAM
Isu Khashoggi Dihukum
Akhirnya hari ini, Arab Saudi mengaku Jamal Khashoggi dibunuh dan dikerat-kerat di dalam Konsulat Saudi Arabia di Istanbul pada 2/10/2018 lalu. 5 orang akan menghadapi hukuman bunuh, katanya.
Pengakuan resmi dibuat hari ini, iaitu 7 bulan selepas teka teki pembunuhan itu viral ke seluruh dunia, terutama ke Kuasa-kuasa Besar Dunia.
Minggu pertama pembunuhan, Arab Saudi menafikan sebarang pembunuhan berlaku, dengan mengatakan Jamal Khashoggi telah selesai urusannya dan keluar dari Konsulat tersebut. Dari pengakuan semalam, ternyata penafian di atas adalah bohong.
Minggu seterusnya, setelah viral, mereka mendiamkan diri.
Minggu seterusnya, rombongan resmi Saudi pergi ke Turki. Namun mereka tidak beri kerjasama kepada pihak penyiasat Turki. Mereka hanya nak pastikan sejauh mana bukti-bukti yang ada di tangan pihak Turki. Turki menuduh, mereka datang untuk menghilangkan kesan-kesan DNA di Konsulat.
Minggu berikutnya, Turki bertindak memperdengarkan rakaman suara Jamal Khashoggi dibunuh dalam Konsulat, kepada Arab Saudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Hanya setelah itu, baru Arab Saudi mengaku Jamal dibunuh dan dikerat-kerat.
Turki, Eropah, Barat dan Timur masih hendak tahu dan pengakuan tentang siapa sebenarnya keluarkan arahan bunuh Jamal Khashoggi. Ia masih jadi misteri dan teka teki.
Seluruh dunia, Barat dan Timur, mengikuti kes Jamal Khashoggi yang dibunuh "secara resmi" dalam Konsulat Arab Saudi di Istanbul. Hampir semua pimpinan Eropah keluarkan kenyataan bahawa ia (1) pembunuhan terancang, (2) ke atas seorang wartawan, (3) tanpa apa-apa perbicaraan atau sebarang sabitan kesalahan, (4) mustahil tanpa restu pihak pimpinan tertinggi negara.
Tambahan lagi, di depan mata dunia, (5) Arab Saudi adalah negara tuan rumah Kaabah dan maqam Nabi Muhammad saw, (6) lahirnya Agama Islam yang dibawa oleh Muhammad (saw), (7) tempat jutaan umat Islam mengerjakan Haji dan Umrah setiap tahun. (8) pakaian pemimpin dan rakyat Arab Saudi berupa jubah dan serban, adalah unik, dan macam "melambangkan Islam" di mata dunia.
Walaupun Islam tidak bersalah, namun tragedi Jamal Khashoggi ini telah dan terus beri persepsi negatif terhadap Islam di mata dunia. Kejam, zalim, tidak berlaku adil, tidak hormati nyawa insan, bohong, ego, bohong berulang kali, boleh mewarnai persepsi terhadap Islam pada ramai masyarakat antarabangsa.
Islam berlepas diri dari perbuatan mereka. Bahkan kemanusiaan dan nilai asasi insan turut berlepas diri dari mereka.
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Nov 2018

PROSES KEADILAN DIPERSOAL
Pengajaran Isu Khashoggi
Apabila kerajaan sebuah negara bertindak membunuh Khashoggi, ia bermakna menghukum beliau. Darah seorang mukmin itu haram ditumpahkan tanpa hak. Kerana itu Islam mewajibkan Proses Keadilan ditegakkan.
Amirul Mukminin, Khalifah Sayyidina Ali Abi Talib, salah seorang dari 10 sahabat yang pasti masuk Syurga, sendiri pernah berada di kandang penuduh, bukan di meja Hakim, dalam kes tuduhan beliau terhadap seorang Yahudi. Hakim Syuraih memenangkan Yahudi tertuduh, kerana Amirul Mukminin gagal membawa bukti. Ini baru kes curi baju besi. Apatah lagi kes yang lebih besar.
Setelah 6 minggu Khashoggi hilang, barulah Kerajaan Arab Saudi mengaku beliau dibunuh secara resmi dalam bangunan Kerajaan Saudi di Istanbul. Itu pun setelah rakaman suara pembunuhan itu disebar Kerajaan Turki kepada Kuasa-kuasa Besar Dunia.
Arab Saudi mengumumkan 5 orang akan dihukum bunuh. Pada sangkaannya, ini akan meredakan Masyarakat Antarabangsa, kerana ada "dalang" yang dihukum.
Namun pada :
(1) kita yang peka terhadap proses Keadilan.
(2) Dunia Membangun yang proses Kehakiman mereka berjalan dengan lebih baik.
(3) mereka yang memahami proses Keadilan dalam Islam dari kitab-kitab Fiqh dan sejarah kegemilangan Islam,
pengumuman 5 orang akan dihukum bunuh menambahkan lagi kepelikan kepada kepelikan-kepelikan yang telah sedia ada. Ini kerana :
(1) adakah proses pendakwaan telah dijalankan. Siapakan nama hakim kes tersebut ?
(2) jika ada tertuduh yang tidak mengaku, siapakah barisan peguam bela bagi mereka ?
(3) jika telah berjalan proses Keadilan, bagaimana ia telah selesai dengan begitu pantas ?
(4) jika "pembunuh" itu didapati sekadar pelaksana, siapakah "pengarah" kepada pembunuhan tersebut ?
(5) dan banyak lagi persoalan dan hakikat yang bakal tersingkap.
Demikian, Allah swt menyingkapkan realiti pemimpin-pemimpin Islam akhir zaman ini, dengan mengkantoikan mereka dari tindakan-tindakan mereka sendiri yang mereka sangka molek, tapi sebenarnya pelik yang ditambah pelik dan zalim.
Zaman di mana ketua mengeluarkan hukuman tanpa peluang pembelaan telah lama berlalu, sejak tamaddun Islam masuk membuka negara-negara gelap dan zalim di Eropah, Asia dan Afrika. Islam telah menghancurkan kezaliman raja-raja dan sistem-sistem Jahiliyah.
Malangnya hari ini ramai ketua-ketua Islam kembali kepada cara Jahiliyah lalu, menghukum tanpa bicara atau dinafikan hak membela diri. Akhirnya culprit sebenar terlepas, dan orang-orang lain pula yang dihukum. Ini salah satu bentuk perhambaan sesama manusia yang Islam didatangkan untuk menghapuskannya hingga ke akar umbi. Perjuangan kita adalah menghapuskannya, bukan mengembali atau meyuburkannya lagi.
Wakil tentera Islam, Rub'ie bin Amir berkata kepada General Parsi, Rustam, "ان الله بعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله bermaksud," Allah mengutuskan kami (Islam) untuk menyelamatkan manusia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah ... ".
Kita umat Islam jangan perasan sendiri dengan menyangka manusia lain terlalu naif, dan boleh menerima apa sahaja yang kita hukumkan.
Manusia yang peka, celik dan faham tetap akan bertanya apakah tuduhan-tuduhan ke atas mereka, adakah mereka telah mengaku atau mereka menafikan ?, jika mereka menafikan, adakah mereka diberi hak membela diri ?, siapakah hakim yang membuat keputusan ?, adakah hakim itu dikenali kelayakan dan keadilannya ? Adakah ia tindakan hak atau sebenarnya langkah berbau politik semata-mata ?
Isu Khashoggi akan terus menghantui Arab Saudi. Ia bukan isu individu. Ia isu Umat.
Jika memang Khashoggi dihukum mahkamah sebagai bersalah dan dihukum mati, ia adalah isu Individu. Umat lebih penting dari individu.
Tapi jika Khashoggi dihukum tanpa hak, ia adalah isu Umat. Ini adalah kerana, jika Negara boleh perlakukan sebegitu ke atas individu tanpa hak, maka Negara boleh juga lakukan sebegitu kepada individu-individu lain juga. Semua terdedah kepada perlakuan sedemikian tanpa hak.

Turki menuntut agar 18 orang yang terlibat diserah ke mahkamah Turki untuk dibicarakan. Sudah tentu dalam soal jawab mahkamah, akan terdedah dan dilondeh segala maklumat dalam dan luar, terbuka dan tersembunyi. Hingga saat ini Arab Saudi enggan serahkan mereka kepada pihak berkuasa Turki.
Kita menyeru agar isu Khashoggi ini membuka mata umat Islam menyedari realiti mereka dan negara di zaman kini.
Ketinggalannya Umat Islam hari ini adalah kerana jauhnya mereka dari petunjuk Al-Quran itu sendiri. Ukurlah baju di badan sendiri. Allah tidak merubah suatu kaum, sehinggalah mereka merubah apa di dalam diri mereka sendiri (Al-Quran).
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Nov 2018

SISTEM GAGAL
Pembunuhan Khashoggi berlaku di bumi Turki. Oleh itu Turki minta Putera Mahkota serah 18 orang Saudi yang terlibat dalam pembunuhan itu dihantar ke Turki untuk dibicarakan. Saudi enggan.
Saudi tahu, jika soal jawab dilakukan di Turki, akan tersingkap lebih banyak maklumat, dan lebih ramai pimpinan tertinggi akan terkantol.
Yang jelas Khashoggi dihukum tanpa bicara. Jika tanpa bicara, bermakna tanpa sebarang sabitan kesalahan. Hampir 2 bulan, kedua-dua negara umat Islam tidak dapat memulakan proses Keadilan sepatutnya.
KEADILAN ANTARABANGSA
Suara agar kes Khashoggi diangkat ke pengadilan antarabangsa sudah kedengaran. Jika ini berlaku, jika Saudi enggan serah 18 orang itu, maka Saudi bukan mencabar Turki, malah mencabar Dunia dan Kuasa-kuasa Besar.
Jika kes diangkat, Saudi akan terpaksa serah 18 orang tersebut juga. Maklumat lebih mendalam akan dikorek. Siapa orang tertinggi Saudi yang keluarkan arahan bunuh akan diketahui.
Amerika telah mula merestui Putera Ahmad bin Raja Abdul Aziz sebagai pengganti Raja Salman A Aziz, jika putera mahkota sekarang, Putera Mohd b Salman, digulingkan kesan dari kes Khashoggi.
Pendek kata, sebarang tindakan yang zalim, tidak melalui proses keadilan sebaiknya adalah dicela oleh Islam, negara dan insan sejagat itu sendiri.
Ia akan terus menghantui orang no.1 tertinggi yang merestui tindakan zalim. Walaupun ramai seolah terlibat, namun masyarakat yang bertamaddun dan peka tahu bahawa yang bertanggungjawab penuh adalah Orang No.1 kes tersebut.
Isu Khashoggi akan terus membuka mata dan kesedaran semua pihak terhadap kegagalan sistem dan kepincangan perjalanan organisasi umat Islam di akhir zaman ini, hingga minta bantuan pihak luar boleh jadi pilihan untuk tolong selesaikan.
Sistem Keadilan gagal kerana kualiti organisasi itu sendiri yang tidak terdidik dengan hakikat dan maani (erti) keadilan sebenar, atau proses Keadilan itu sengaja digagalkan oleh orang yang berkuasa dalam organisasi tersebut.
Us Abdul Halim Abdullah
25 Nov 2018

RECIPROCAL
Ada pemikiran logik timbul di kalangan orang Islam di Malaysia yang menyuarakan, "Jika agama lain membenarkan penganutnya memeluk Islam, maka Islam mesti benarkan penganutnya murtad dan menganut agama lain". Mesti reciprocal.
Diaspek undang-undang, dia kata, "Jika di Malaysia, orang bukan-Islam boleh memeluk Islam, sepatutnya kita benarkan orang Islam murtad dan memeluk agama lain. Jika tidak, maka tidak reciprocal".
Ia nampak logik mudah. Akan tetapi Islam tidak berfikir seperti itu. Agama tidak sama, oleh itu tiada reciprocal dalam hal aqidah.
Ini kerana Islam adalah agama yang benar. Selain Islam adalah agama-agama yang batil. Islam dari wahyu, sedang ajaran ajaran lain adalah dari nafsu. Islam ada kitab suci yang datang dari Tuhan, manakala pada agama-agama lain adalah kitab dari nafsu manusia. Oleh itu mana ada reciprocal dalam hal ini.
Dalam Islam tiada namanya :
1- "Semua agama adalah sama, menyeru kepada kebaikan".
2- "Semua agama menyembah tuhan yang satu atau tuhan yang sama" .
3- "Agama-agama adalah ibarat cahaya berbagai dari pelita yang satu" dan sebagainya.
Isu "kesamarataan kaum" di Malaysia mesti dilihat juga dari ketegasan ini. Bahkan Islam mewajibkan 2 asas dalam politiknya, iaitu :
1- Ketua negara mesti orang Islam yang genuine atau soleh.
2- Undang-undang mesti dari Syariat Islam atau selari dengan Islam.
Oleh itu dalam berdepan dengan anutan, kepercayaan dan sistem lain di dunia ini, Imam Al-Banna menegaskan 3 perkara asasi :
1- Islam satu-satunya agama yang benar. Selain nya adalah batil.
2- Bangga hidup dan berjuang untuk Islam.
3- Yakin janji Allah bahawa Islam tetap akan menang di akhir nanti.
Firman Allah swt :
(وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ)
[Surah Ali-Imran : 85]
bermaksud, "Siapa yang ambil selain Islam sebagai agama, tidak akan diterima darinya. Dia termasuk dikalangan orang-orang rugi di Akhirat".
Us Abdul Halim Abdullah
30 Nov 2018