KERDIL DUNIA BERBANDING AKHIRAT
Aqidah kuat yang mesti ada pada diri setiap Duat adalah dunia ini amat kerdil berbanding Akhirat yang kekal abadi. Kerana itu kita berkerja keras dalam Dakwah, tanpa mengharap ganjaran peribadi di Dunia, selain memenangkan Islam agar manusia bahagia diatur Undang-undang Islam.
Namun ganjaran peribadi di Dunia banyak melalai Duat, apatah lagi orang awam. Godaan dan bahaya pangkat, harta, kemasyhuran dan wanita banyak disebut dalam Quran dan Hadis, namun sering tidak diendahkan.
Moga Allah swt merahmati para sahabat Ansar ra. dan memberi kekuatan kepada saya dan kita semua untuk mengikuti teladan mereka.
Di malam Bai'ah Aqabah, untuk berhijrah ke Madinah, Nabi saw hanya menjanjikan mereka Syurga sekiranya mereka setuju Nabi saw hijrah ke negeri mereka. Mereka setuju bahkan memastikan Nabi saw tidak mengubah janji yang menguntungkan itu.
Setelah Nabi saw mengalahkan Quraisy Mekah pada Tahun 8H, berlaku Perang Hunain. Sebaik digertak, ramai tentera Islam muallaf Quraisy melarikan diri sebelum kembali semula berperang. Yang bertahan adalah sahabat Ansar Madinah dan Muhajirin. Islam menang lalu mendapat ribuan ternakan sebagai harta rampasan perang. Namun ia hanya diagihkan kepada muallaf Quraisy Mekah untuk menarik hati mereka kepada Islam. Tidak seekor ternakan diberi kepada mana-mana sahabat Ansar Madinah sedangkan mereka yang ramai bertahan. Mereka setuju dan redha. Mereka hanya dijanjikan Syurga, bukan harta.
Sebaik Nabi saw wafat, ratusan para sahabat Ansar Madinah berkumpul di parlimen Madinah "Dewan Saqifah Bani Saadah". Mereka hendak memilih Saad bin Ubadah ra. dari kalangan mereka sebagai khalifah. Setelah mendengar penjelasan 3 sahabat Muhajirin (Mekah) yang turut hadir, mereka setuju memilih Abu Bakar As-Siddiq ra sebagai Khalifah. Mereka hanya dijanjikan Syurga, bukan pangkat.
Kualiti mereka seperti ini amat layak mendapat Syurga, dakwah berjaya dan Islam berkembang. Dari mereka di Madinah, Islam menang peperangan demi peperangan, setelah Islam tertindas di Mekah. Dari mereka Islam berkembang ke seluruh dunia, setelah Islam disekat di Mekah.
Mereka telah buktikan pangkat, penonjolan dan harta Dunia tiada harganya berbanding Akhirat melalui amal dan pengorbanan mereka, bukan sekadar kata-kata tazkirah. Walk the Talk.
Kerana itu juga Imam Hasan Al-Banna menyeru utamakan amal dari kempen dengan katanya : ايثار الناحية العملية على الدعاية والاعلانات ... مخافة ان تشوب هذه الاعمال شوائب الرياء فيسرع اليها التلف والفساد bermaksud, "Mengutamakan aspek amali, berbanding heboh-heboh dan mengumum-umumkan ... takut-takut amal-amal itu diresapi karat-karat Riak, lalu amal-amal itu cepat binasa dan rosak".
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Nov 2016

NEGARA-NEGARA ISLAAM SEDANG DIPERANGI
Saat ini 7 negara umat Islam (Syria, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Yaman, Libya dan Somalia) diperangi dengan senjata dan pembunuhan, secara langsung oleh Barat. Ia tidak termasuk perang bersenjata secara tidak langsung, iaitu dengan menggunakan tentera tempatan untuk membunuh umat Islam seperti di Burma, Afrika Tengah, Kashmir, Palestin dan lain-lain negara.
Di samping itu, semua negara Islam, tanpa kecuali, diperangi dengan ideologi, budaya, sosial, politik dan aqidah melalui media, ngo's, pendidikan, tokoh-tokoh songsang, peruntukan kewangan, perlindungan kuasa dan lain-lain cara.
Bulan tergantung di langit, adalah suatu yang hebat dan mengkagumkan, apatah lagi fenomena supermoon. Putaran bulan, pusingannya mengeliling matahari dan kestabilan kedudukannya boleh dikira dengan formula sains yang rumit.
Namun, kerana sifat manusia yang mudah lupa dan lalai, ramai manusia tidak terkesan dengan bulan apa mereka memandang ke arahnya. Masa berlalu lama, hati menjadi keras, lalu jadi alpa dan lalai. Bulan tidak lagi menjadi suatu yang istimewa untuk diperhati. Bahkan, ada yang tergamak melakukan maksiat dibawah sinaran rang bulan, tanpa peduli ia adalah salah satu tanda kekuasaan Allah swt.
Serangan bersenjata oleh Barat ke atas Umat Islam telah dan sedang berlangsung sejak 25 tahun lalu. Perang itu telah membunuh lebih 1 juta nyawa. Serangan itu masih berterusan hingga ke saat ini dan belum menampakkan ia akan reda.
Jika manusia mengambil sikap seperti sikap mereka terhadap bulan, maka sejuta nyawa yang telah diragut, tidak memberi apa-apa bekas di dalam jiwanya. Sikap seperti ini mesti dibuang segera. Jangan tunggu sehingga musuh telah mengetuk pintu rumah kita, baru kita nak mula cuba sedar. Di saat itu, masa telah terlewat. Kita menanggung akibat dari kelalaian kita.
Dunia tidak selamat kecuali ditadbir dan dibimbing dibawah naungan dan kedaulatan Syariat Islam sahaja. Ia adalah sistem dari Yang Maha Pencipta.
Seperti tugas para Rasul-rasul, kita dituntut untuk menyambung perjuangan mereka menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat. Masa masih belum terlalu lewat untuk kita kembali sedar, bangun dan bertindak dengan membaiki diri kita, kemudian membaiki masyarakat dan negara kita ke arah mendaulatkan Syariat Islam.
Us. Abdul Halim Abdullah 17 Nov 2016

"Al-Allamah Asy-Syeikh Yusof Al-Qardhawy menyampaikan ucapannya di hadapan Ketua Hal Ehwal Agama Islam Turki dan di depan anggota rombongan yang menemani beliau di mana beliau memperingatkan tentang bahaya Syiah dan Syiah bukan dikira termasuk dikalangan Umat Islam dan beliau sendiri pernah diperdaya oleh mereka".
Di tahun-tahun 1990an, Al-Allamah Al-Qardhawy sering dilihat terlibat dalam program-program "Taqrib" (Mendekatkan) yang sering dianjur oleh Iran. Di zaman itu beliau menaruh harapan usaha-usaha seperti itu boleh sedikit sebanyak mendekatkan jurang aqidah yang besar di antara kedua-dua golongan (Ahlus Sunnah dan Syiah).
Namun setelah 30 tahun beliau terlibat, kini usaha-usaha itu sebenarnya sia-sia. Syiah tidak berganjak dari ajaran mereka yang mengkafirkan kebanyakan para Sahabat ra, tidak menerima pakai hadis-hadis yang digunapakai Umat Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah dan ajaran-ajaran sesat yang lain.
Sebaliknya yang berlaku adalah, dengan Al-Allamah Yusof Al-Qardhawy berprogram "Taqrib" bersama Syiah, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Syiah adalah sebahagian dari mazhab-azhab Islam", seluruh Dunia Islam terkeliru dan cuba berlapang dada terhadap Syiah.
Peluang sedemikian diambil sebaiknya oleh Syiah untuk memperkenalkan ajarannya di Dunia Islam bermazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah termasuk Asia Tenggara, Afrika dan di negara-negara lain. Kesannya terdapat Umat Islam termasuk di Malaysia masuk ajaran Syiah.
Strategi sedemikian adalah dengan cara memperalatkan Al-Allamah Qardhawy untuk tujuan lain yang tersembunyi. Dengan ini, mereka menipu Al-Qardhawy.
Moga Umat Islam terus peka terhadap ajaran Syiah, dan menggembeling tenaga untuk meminimakan pergerakan dan pengaruh mereka. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
18 Nov 2016

ERTI DEDAK
Perkataan "dedak" kini dah popular di dalam banyak lapisan masyarakat kita. Dulu "dedak" adalah makanan ternakan, hanya popular di kalangan petani dan orang kampung. Kini "dedak" adalah suapan duit, harta atau habuan dunia diberi kepada seseorang untuk kepentingan si-pemberi "dedak".
Tiga perkara iaitu harta, pangkat dan wanita memang menjadi "dedak" kepada kaum lelaki sejak zaman berzaman, hingga ke hari Kiamat. Jika 3 perkara itu diperlaku sebaiknya, maka ia boleh membawa ke Syurga. Abdul Rahman bin Auf (harta), Umar Al-Khattab (pangkat Khalifah) dan Khadijah (wanita) adalah contoh ulung akan hakikat ini.
Sebaliknya jika 3 perkara ini menjadi dedak, maka banyak individu, negara dan Umat telah menjadi binasa kerananya. Perhatikan sahaja ramai individu telah berubah diri dan tersesat kerananya. Banyak rumahtangga telah musnah berkecai. Banyak organisasi telah lari dari objektif penubuhannya atau terbantut perkembangannya. Banyak negara dan penduduknya hilang kepimpinan dan arahtuju. Dalam banyak hal, "dedak" lah antara penyumbang utama sebagai penyebab kepada aspek-aspek negatif di atas.
Moga Allah swt selamatkan kita dari bahaya dedak tersebut. Ameen.
Abdul Halim Abdullah
29 Nov 2016

DEDAK MEMBENTUK SIKAP
Jauh beza di antara ayam daging di pasar dengan ayam kampung yang hidup bebas ke hulu ke hilir mencari makan. Ini adalah kerana, ayam daging di pasar hidup membesar dalam sangkar tanpa berusaha mencari makan sendiri. Ia makan dedak yang disuap tuannya tanpa dia perlu berusaha, berfikir, bersabar dan bertawakkal. Namun akhirnya dia gagal mengenali siapa musuhnya yang hakiki. Bila tiba masanya, pemberi dedaknya selama ini yang mengeluarkannya dari sangkar lalu menyembelihnya sedang dia rela tanpa sempat berbuat apa-apa.
Ayam kampung hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ia mengenali musuhnya. Ia dengan garang mempertahankan anak-anaknya dari gangguan manusia. Ia lari jika tiada upaya melawan musuh. Ia tidur di atas pokok jika curiga ular sawa berada berdekatan kawasannya.
Begitulah beza di antara manusia yang berharap atau menerima dedak berbanding manusia yang menolak dedak dan berwaspada darinya. Kerana itu Duat (pendakwah) dilarang menerima dedak walau apa jua takwil (penjelasan) atau tabrir (justifikasi) nya.
Penjajah British banyak merubah dan merosakkan identiti umat Islam yang dijajahnya. Selepas itu mereka merobek sistem negara yang berpaksi Syariat Islam dengan menggantikannya dengan sistem Barat, the Common Law. Pada Imam Hasan Al-Banna, penjajah mesti diusir. Penjajah adalah penyakit utama dalam masyarakat Islam.
Apabila dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir berkembang dan menggelisahkan penjajah Inggeris di sana, pada suatu hari datang wakil Inggeris ke Ibu Pejabat Ikhwan untuk berjumpa dengan pengasasnya, Imam Hasan Al-Banna.
Setelah mendengar serba sedikit mengenai Ikhwan Muslimin, beliau menghulurkan £10,000 kepada Imam Al-Banna, sumbangan Kerajaan British untuk membiayai dakwah Ikhwan. £10,000 di zaman itu boleh menyamai RM10 juta di zaman sekarang.
Dengan senyum Hasan Al-Banna menolak pemberian itu sambil berkata, "Negara anda dalam kancah peperangan sekarang. Ia lebih memerlukan wang sebanyak ini, berbanding kami". Wakil British tersebut terus mendesak agar Imam Al-Banna menerima pemberian itu, tetapi tetap ditolak oleh beliau.
Para Ikhwan di sekeliling beliau merasa hairan.
Setelah wakil British beredar tanpa dapat memberikan wang tersebut, para Ikhwah berkata alangkah baiknya jika Imam Al-Banna menerima wang tersebut. Pada mereka wang sebanyak itu boleh menggerakkan banyak aktiviti dan wang itu pun datangnya dari hasil kekayaan Mesir yang dirompak oleh Penjajah tersebut. Maka Ikhwan berhak mendapat wang itu.
Imam Hasan Al-Banna berkata kepada mereka, "Tangan yang menadah-nadah, tidak akan mampu memukul".
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Nov 2016

PAU / AGM
Perhimpunan atau Mesyuarat Agung adalah badan tertinggi sesuatu organisasi. Ia lebih tinggi dari Presiden, kerana pada hari itu :
1- Presiden sendiri kena turun jawatan di depan Perhimpunan Agung. Beliau akan hanya dapat memegang semula jawatan tersebut jika Perhimpunan Agung memilihnya semula. Jika tidak, beliau kena berundur.
2- Bukan itu sahaja, malah nasib Presiden, Majlis Tertinggi, Timb Presiden dan jawatan-jawatan lain dalam organisasi ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan para Perwakilan yang mewakili seluruh jasad organisasi berkenaan di seluruh negara.
Sistem syura berbentuk perimbangan kuasa seperti di atas adalah diantara pencapaian manusia dalam sejarah mereka yang panjang sejak zaman berzaman. Sunnah Nabi saw yang membiarkan Muhajirin dan Ansar memilih sendiri Khalifah selepas kewafatan Baginda saw banyak memandu pakar sejarah dan pakar perundangan ke arah membentuk sistem sedemikian.
Namun apa juga sistem, ia tetap bergantung kepada jiwa berupa keikhlasan, ilmu, kualiti manusia, pengalaman dsb untuk menggunakan sistem di tangan mereka dengan sebaik dan seoptimanya.
Seseorang yang memiliki smartphone iPhone 7 RM4000+ hebat akan kekal tidak hebat jika dia hanya menggunakan nya untuk buat panggilan suara sahaja, sama seperti menggunakan handphone lama berharga RM60. Fungsi-fungsi hebat iPhone 7 tidak mereka ketahui.
Memiliki sistem satu perkara. Namun, menggunakan sistem seoptimanya adalah satu perkara yang lain pula.
Sering saya perhatikan, perwakilan yang bersidang tidak tahu menahu isi Perlembagaan pertubuhan mereka sendiri. Dengan itu mereka tanpa mengetahui seoptimanya peranan dan bidang mereka, serta kuasa yang mereka miliki untuk melakukan perubahan atau lonjakkan. Jika itu berlaku, maka sistem akan tinggal sistem tanpa berjalan seoptimanya.
Selamat bersidang.
Us. Abdul Halim Abdullah
2 Dis 2016

PAU & SAQIFAH BANI SAADAH
Perhimpunan atau Mesyuarat Agung di zaman ini persis (tepat) menyamai Ijtimak para Sahabat ra di dewan Saqifah Bani Saadah, Madinah untuk memilih Khalifah, saat jenazah Nabi saw masih belum selesai disempurnakan.
Suasana dalam sesuatu Perhimpunan Agung sebenarnya adalah salah satu petanda atau penunjuk samada sesebuah organisasi itu sedang menaik dan melonjak, atau ia sedang menurun dan merudum.
Ketika peristiwa pemilihan di Saqifah Bani Saadah, Islam sedang menaik. Bahkan 10 tahun selepas itu, Madinah mengalahkan Kuasa-kuasa Besar Rom dan Parsi, lalu menjadi kuasa besar dunia yang baru.
Dari suasana di Saqifah Bani Saadah, petanda organisasi para Sahabat ra sedang menaik dan berkembang (berbanding organisasi yang sedang merudum) adalah seperti berikut :
1- Perbincangan yang serius dan merasakan besarnya perkara-perkara yang dibincangkan. Umar Al-Khattab ra hampir bertarung dengan golongan Ansar.
2- Kekuatan hujjah mengatasi bias kepuakan. Pada mulanya kaum Ansar, majoriti atau hampir kesemua di dalam Dewan hendak memilih Saad bin Ubadah ra sebagai Khalifah. Namun, setelah mendengar hujjah Abu Bakar As-Siddiq ra, mereka nampak kekuatan hujjah beliau lalu mereka akur.
3- Calon mencalonkan calon lain. Abu Bakar As-Siddiq ra mencalonkan Umar Al-Khattab ra dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Khalifah. Umar Al-Khattab ra mencadangkan Abu Bakar sebagai Khalifah. Ini kemuncak zuhud pangkat yang saya dapati dalam sejarah.
Ini menunjukkan mereka tahu besarnya tanggungjawab dan kerdilnya diri mereka. Namun, apa yang sejarah menunjukkan kepada kita ? Kedua-dua mereka (Abu Bakar dan Umar) membawa Umat Islam di zaman itu menjadi Kuasa Besar dan pemimpin Dunia.
4- Setelah pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah, kesemua Sahabat ra memberikan bai'ah (allegiance) kepada beliau, dan para Sahabat ra kembali bertaut, berukhuwwah dan bersatu semula. Kesemua Sahabat ra mendokong Khalifah tanpa berbelah bagi. Mereka terlibat dalam memerangi golongan Murtad, di bawah arahan Abu Bakar ra tanpa ragu-ragu atau berdendam.
5- Khalifah berucap dengan tawadhuk bahawa dia bukan yang terbaik dari kalangan para pemilih. ولست بخيركم (Aku bukan yang terbaik dari kalangan kamu).
Petanda negara atau organisasi sedang merudum adalah lawan kepada noktah-noktah dalam Pehimpunan Agung di atas iaitu :
1- Tidak serius, tiada agenda penting yang hendak dibahaskan. Gelak ketawa, bincang hal-hal perniagaan atau keduniaan mewarnai suasana.
2- Pandangan puak sendiri lebih utama dari hujjah-hujjah pandangan puak yang lain. Keputusan-keputusan telah dirancang awal mengikut puak masing masing, tanpa mengambilkira hujjah-hujjah puak lain.
3- Calon berusaha menjatuhkan calon-calon lain, agar dia kekal di kerusinya selama masa yang boleh.
4- Setelah proses pemilihan tamat, perpecahan jiwa atau bendera terus berlaku, malah berlaku pertembungan dari masa ke semasa.
Selamat bersidang.
Us Abdul Halim Abdullah

FENOMENA LEMAH AMAL DAKWAH
Fenomena lemah amal dakwah kini tidak lagi suatu maklumat tersembunyi. Rata-rata samada kita dapati berlaku di depan mata kepala kita sendiri atau individu dan pihak tertentu datang kepada kita dan mengadu mengenainya.
Lemah amal dakwah ini merangkumi berbagai aspek atau bentuk seperti :
1- Tidak berlaku amal tajmik di kalangan ramai Duat.
2- Tidak melakukan amal dakwah dengan tekun, cemerlang, berterusan dan meluas.
3- Tidak menjalankan tugas yang diberikan oleh ketua biro sekiranya dia anggotanya, atau oleh ahli sekiranya dia dipilih menjadi masul dalam pemilihan.
4- dan lain-lain.
Saya mendapati beberapa faktor membawa kepada fenomena di atas kepada ramai Duat diantaranya :
1- Tidak memahami Dakwah, matlamat, cara, halangan dan belakan yang perlu demi menuju ke arahnya.
Ini disebabkan oleh :
a) Lemah tarbiyah dimana tarbiyah tidak mampu menunjukkan kepadanya apakah matlamat sebenar, bagaimana sampai ke sana, apa halangan yang mesti diatasi dan apakah bekalan tarbiyah yang mesti diisi ke dalam dirinya, lalu dia menjadi seperti orang yang main bolasepak tetapi tidak nampak di mana tiang gol dan di mana pasukan lawan. Lalu dia hanya berlegar-legar di tengah padang, tiada tujuan, akhirnya letih dan berhenti sendiri.
b) Lemah syakhsiyah di mana tarbiyah tidak dapat mengesani dan meningkatkan duat dengan baik lantaran tabiatnya sendiri, corak pembesaran dan didikan keluarganya ada kekurangan di aspek-aspek haraki tertentu atau sebab-sebab lain.
Sambung baca :
https://inijalanku.wordpress.com/2016/02/05/fenomena-lemah-amal-dakwah/#more-6186

inijalanku.wordpress.com
Fenomena Lemah Amal Dakwah
Fenomena lemah amal dakwah kini tidak lagi suatu maklumat tersembunyi. Rata-rata samada kita dapati berlaku di depan mata kepala kita sendiri atau individu dan pihak tertentu datang kepada kita dan…
LEGISLATIF & EKSEKUTIF
Saya mengamati isu "Kalimah Allah" dengan rapat ketika ia meletus pada tahun 2013. Ketika itu Kristian berhasrat untuk mencetak perkataan "Allah" dalam cetakan mereka, menggantikan perkataan "Jesus", "Lord", "Father God" dan lain-lain perkataan "tuhan" dalam cetakan mereka. Pada 8/1/2013, dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, Presiden PAS bersetuju dengan hasrat tersebut. 5 hari selepas itu, pada 13/1/2013, Majlis Syura PAS menentang hasrat itu.
Apabila badan legislatif Parti Pas (Majlis Syura) membuat ketetapan bertentangan dengan keputusan eksekutif Parti Pas (Presiden), di sini kita melihat kepentingan pemisahan dan keseimbangan kuasa di dalam sesebuah organisasi. Benarlah sabda Nabi saw bermaksud, "Tidak rugi orang yang bersyura atau mengambil jalan bermesyuarah".
Di kala itu, Majlis Syura Pas berpihak dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan-jabatan Agama Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dll. Manakala Presiden Pas berpihak dengan parti-parti pembangkang, badan-badan Kristian dll.
Setelah bertarung 2 tahun, akhirnya pada 21/1/2015, Mahkamah Persekutuan menamatkan konflik apabila ia memutuskan Kristian di Malaysia dilarang mencetak perkataan "Allah" mengganti perkataan "Jesus", "God", "Lord", "Father God" dsb. Dengan ini umat Islam di Malaysia selamat dari kekeliruan dalam penggunaan perkataan dan nama.
Sebagai nabi lagi rasul, boleh sahaja Nabi saw membuat keputusan sendiri untuk berperang dalam bandar Madinah. Namun Baginda saw akur dengan keputusan majoriti Sahabat ra untuk bertempur dengan Quraisy di Uhud. Qudwah yang ditunjukkan Nabi saw ini menjadi salah satu asas penting struktur organisasi yang mengandungi badan Legislatif dan Eksekutif. Di zaman ini, bentuk dan perjalanannya lebih bersistem dan berinstitusi.
Pada hemat saya, hanya dengan mengadakan PAU adalah tidak memadai jika mereka berhasrat untuk menghidupkan sistem perseimbangan kuasa. PAU tidak bertemu secara kerap untuk memutuskan isu-isu semasa. Yang lebih baik adalah PAU membentuk Majlis Syura yang berkumpul beberapa kali setahun.
Us. Abdul Halim Abdullah
8 Dis 2016

GEMPA DI ACHEH
Takziah kepada keluarga mangsa kematian gempa bumi di Acheh. Juga moga Allah tanam kesabaran ke atas mereka yang dilanda kerosakan harta benda. Moga Allah swt tidak menimpa sesuatu yang di luar dari kemampuan kita untuk menanggungnya.
"Milik Allah apa yang Dia ambil dan beri. Tiap sesuatu ada ajal (tempoh) di sisiNya. Bersabarlah. Harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu" (Hadis Takziah).
Disebabkan Acheh berada di zon gempabumi, design masjid, bangunan dan lain-lain kemudahan selepas ini hendaklah mengikut seismic design seperti bangunan-bangunan di Jepun. Perbanyakkan roller joints berbanding fixed joints. Juga tingkatkan safety factor dalam kiraan loads dan strength.

USRAH & ILMU HANYA ALAT. FOKUS DAN PASTIKAN ADA PRODUK-NYA.
Duat perlu tahu bahawa Usrah dan Ilmu adalah amat penting, namun ia hanyalah alat. Antara tujuan alat itu adalah untuk kita amalkan apa yang kita faham darinya berupa ikhlas, ibadat, amal Dakwah, Jihad, akhlak dan Ukhuwwah (kasih sayang sesama Duat). Itulah produk usrah dan ilmu.
Tanpa produk, alat akan tinggal sebagai alat. Seperti cangkul tinggal sebagai cangkul, tanpa bertani dan memperoleh hasil mahsul yang boleh dikecapi dan dinikmati.
Hakikat ini terpakailaku juga kepada para Ustaz dan Ustazah. Ungkapan Asy-Syahid Asy-Syeikh Izzuddin Al-Qassam di bawah menunjukkan kesemua Duat tidak terkecuali dari berusaha membuktikan dengan amalan, apa yang kita faham dari apa yang kita pelajari.
Jika tidak, seperti beliau lakukan, kita perlu sujud menangis memohon keampunan dari Allah swt sepanjang malam dan segera membaiki diri.
"Sungguh aku telah belajar Aqidah selama 20 tahun. Kemudian aku mengajarnya kepada orang ramai lagi 20 tahun.
Bilamana laungan azan menyeru ke Jihad, kami keluar untuk bertembung musuh. Tiba-tiba bila mendengar bunyi peluru dan meriam, aku lari ke belakang.
Aku sedih sepanjang malam itu dengan bertanya pada diri sendiri takkan lah aku seorang alim besar lari pada kali pertama bertembung musuh dan semua Aqidah dan sifat Keteguhan yang aku yakini dan ajari orang ramai selama ini tertanggal terus dari anggota badanku !
Lalu aku terus bingkas solat sepanjang malam dan memohon kepada Allah agar Dia menanam dalam diriku keikhlasan, keteguhan dan aku memohon kemaafan diatas perlakuan itu.
Kemudian aku menghadapkan wajahku ke arah musuh dan dengan sendirian aku memerangi mereka untuk satu tempoh sehingga mereka cabut lari di depanku.
Di saat itu tahulah aku bahawa diantara aku dan Allah adalah Imanku dan Taqwaku, dan bukannya kelas-kelas pengajianku dan ilmu agamaku". [Asy-Syahid Us. Izzuddin Al-Qassam].
Moga Allah swt memberi TaufiqNya kepada kita untuk memahami mesej Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam lalu memperbaiki dan meningkatkan diri kita. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Dis 2016

FITRAH : PENGAJARAN KANAK-KANAK MENANGISI AYAM MATI
MasyaAllah, fitrah asal manusia adalah seperti fitrah kanak-kanak kecil ini yg masih bersih. Bersedih hanya dgn kematian seekor ayam. Begitu tingginya nilai kasih sayang sesama makhluk.
Semasa kanak-kanak juga, pada fitrahnya, yang lelaki suka main pistol, pedang dan kanak-kanak perempuan suka main masak-masak dan main anak patung.
Bila dah besar, sepatutnya lelaki berjihad menegakkan Kebenaran dengan penuh keberanian seperti zaman para Sahabat, dan wanita mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak sebaiknya. Masih ramai kedapatan mereka yang sedemikian sejak dulu dan masakini.
Namun hari ni ramai manusia yg bila dah dewasa, setelah dipengaruhi oleh dunia berupa pangkat, harta dan wanita, serta suasana sekeliling menyebabkan terhakisnya sifat semulajadi tersebut. Hilang rasa kasih belas, ego, bongkak, suka menindas dan suka menanam bibit-bibit kebencian. Ramai lelaki jadi pengecut manakala wanita pula ramai yang suka berpeleseran.
Kita kena pelihara dan suburkan sifat-sifat semulajadi yang positif seperti kanak-kanak ini sehingga ke akhir hayat. Kuatkan rasa kasih sayang di dalam diri sehingga ia tercerna kepada anggota badan dan dirasai oleh manusia sekeliling.
Islam datang untuk meneguhkan lagi fitrah kita dan menghalakannya ke arah kebaikan diri kita sendiri dan juga kebaikan untuk manusia yang lain.
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang lurus (benar); (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidak ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
Us. Abdul Halim Abdullah 13 Dis 2016
Link video: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1280133678718257&id=100001649126613

TRAGEDI ALEPO (HALAB), SYRIA
Kini tentera kerajaan Syiah Syria, militia Syiah Iraq dan tentera Rusia terus mara dan mengepung 100,000 penduduk Islam Sunni dalam satu kawasan di timur bandar Halab (Alepo) yang sempit seluas 5 km persegi sahaja.
Jika kawasan ini jatuh, penyembelihan beramai-ramai akan berlaku ke atas Umat Islam yang paling dahsyat bakal berlaku di abad ini.
Para Mujahideen masih terus mempertahankan Alepo dari jatuh ke tangan Syiah. Walaubagaimana pun keadaan masyarakat awam dalam keadaan malapetaka yang menyayat hati. Bekalan terputus, kemudahan awam hancur binasa dan mayat-mayat bergelimpangan di sana-sini. Jet-jet pejuang Syiah dan Rusia terus membedil penempatan masyarakat awam untuk memusnahkan segala-galanya samada nyawa maupun harta benda.
Sebentar tadi tiba risalah dari salah wanita di sana yang tidak lagi meminta tolong dan doa dari masyarakat luar. Yang diminta hanya satu, iaitu agar umat Islam jangan menuduh mereka masuk Neraka andainya mereka membunuh diri kerana tidak mahu diperkosa oleh musuh yang sedang mara ke arah mereka. Itu sahaja harapan mereka.
Sabda Nabi saw bermaksud, "Siapa yang mati dan tidak pernah berperang atau berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah" (Hadis Sahih).
Firman Allah swt bermaksud, "Dan perangilah orang-orang Musyrikin semuanya, sepertimana mereka memerangi kamu semuanya. Ketahuilah bahawa Allah bersama dengan orang-orang bertaqwa" (At-Taubah : 36).

KUASA-KUASA BESAR MENYERANG ISLAM
Hakikatnya saat ini, Kuasa-kuasa Besar sedang membunuh dan menghancurkan Umat Islam, terang-terangan, satu umat ke satu umat, habis-habisan. Saat ini Amerika cuba mengepung dan menyembelih umat Islam di bandaraya Mosul, Iraq dengan bertopengkan tentera kerajaan Syiah Iraq. Manakala Rusia pula membedil masyarakat awam di bandaraya Aleppo (Halab), Syria dengan bertopengkan tentera kerajaan Syiah Syria.
Ia bukan lagi perang saudara sesama penduduk dalam sebuah negara. Ia adalah perang Kuasa-kuasa Besar Dunia ke atas masyarakat awam Islam dengan tujuan melenyapkan mereka sama sekali dari alam wujud kerana pegangan dan aqidah Islam mereka. Jika usaha Barat dan Timur mengkristian atau mengliberalkan umat Islam gagal, maka mereka akan mengisytihar perang bersenjata habis-habisan untuk menghapuskan jasad-jasad umat pilihan Allah swt ini.
Firman Allah swt :
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
" Dan mereka (orang-orang kafir itu) akan terus memerangi kamu hingga mereka memurtadkan kamu dari ugama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)".
Menjadi kewajipan umat Islam disaat ini untuk membantu saudara saudari mereka se-Islam dengan jihad harta, nyawa, jiwa, pena, lisan dan masa. Umat Islam seperti satu badan. Jika satu anggota sakit, seluruh badan akan demam dan berjaga malam.
Ya Allah, menangkan Islam dan umat Islam di seluruh pelusuk bumiMu. Satukan hati dan saff mereka. Jauhkan mereka dari kelemahan, perpecahan, perseteruan sesama mereka dan kehancuran. Engkaulah Tuhan yang menurunkan Kitab dan Tuhan Yang mengalahkan tentera Al-Ahzab. Sungguh Engkau berkuasa atas tiap sesuatu. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
18 Dis 2016

PERPECAHAN ADALAH ADIK KUFUR
Dua kali saya berkunjung ke Andalus(sia), di Semenanjung Iberia (Spain) melawat peninggalan tamaddun Islam seperti Masjid Agung di Cordova dan Istana Al-Hambra di Granada. Peninggalan material hebat di atas tidak dapat sebenarnya tidak dapat menandingi peninggalan dibidang ilmu dan falsafah yang ditinggalkannya yang menerangi Eropah dan Dunia selepas itu.
Tiada siapa yang menyangkal bahawa lenyapnya Khilafah Islam di Andalus adalah disebabkan Perpecahan dikalangan Umat Islam ketika itu. Pada asalnya semua wilayah di sana adalah di bawah Khalifah dari Bani Umayyah yang satu, tetapi kemudiannya menjadi wilayah-wilayah yang berpecah diperintah oleh amir-amir.
Boleh sahaja setiap amir dan penduduknya mengemukakan 1001 alasan kenapa mereka terpaksa berpecah dari amir dan wilayah lain. Namun hakikatnya, satu demi satu amir dan penduduknya dimamah, disembelih dan dihapuskan oleh Tentera Salib Eropah, sehingga benteng terakhir, Granada, jatuh pada tahun 1492.
Hari ini, masjid-masjid mereka dijadikan gereja-gereja. Seluruh bandar-bandar di Andalus dari asalnya dihuni umat Islam Arab Iberia Andalus berjubah dan bertudung, berubah dan dihuni oleh wanita-wanita Sepanyol Kristian yang berseluar singkat lebih-lebih lagi di musim panas. Salah seorang dari mereka yang saya temui namanya Fatimah.
Hari ini, 500 tahun selepas kehancuran Khilafah dan Tamaddun Islam Sepanyol akibat perpecahan mereka, generasi hari ini hanya mengetahui dan menginsafi kekalahan dan kehancuran mereka. Generasi hari ini tidak tahu dan tidak perlu tahu alasan-alasan remeh mereka untuk berpecah. Tiada alasan dan tiada penyesalan yang boleh membayar harga kekalahan dan kehancuran Tamaddun Islam Andalus yang tidak ternilai itu.
Begitu juga hari ini. Aleppo bahkan Syria, Yaman, Libya dan negara-negara Islam lain dimamah musuh satu demi satu, seperti jatuhnya satu demi satu wilayah Islam Andalus 500 tahun lalu. Ini berlaku dan sedang berlaku dalam keadaan ketua-ketua dan penduduk mereka berpecah sesama sendiri. Negara-negara Islam lain di Asia Tenggara, Afrika, Eropah dll hanya memerhati sahaja. Sehingga jatuh negara umat Islam terakhir nanti, nauzubillah, seperti jatuhnya Granada, maka selepas itu tiada gunanya lagi penyesalan.
Hakikat ini juga mesti difahami dan diinsafi oleh gerakan-gerakan Islam sesama mereka. Benarlah kata Imam Al-Banna, "والوحدة أخو الايمان والتفرق أخو الكفر " bermaksud, "Kesatuan adalah adik Iman. Perpecahan adalah adik kufur".
Moga Allah menjadikan kita sebagai agen Kesatuan dan Kekuatan bagi umat ini, serta menjauhkan kita dari barah Perpecahan dan Kelemahan.
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Dis 2016