HAFIZ + ULAMAK + PROFESSIONAL
Syukur الحمد لله dan tahniah kepada anak saya, Muhammad Umar bin Abdul Halim (foto) kerana mendapat 10A dalam Peperiksaan PT3 yang disiar keputusannya baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih yang sama kepada ibunya, Ummu Uswah, pengetuanya Ush Ummi Kalthum dan guru-guru yang mendidiknya. Jzkk kepada adik beradik dan ipar duai nya yang hubungan intim mereka memberi azam dan dorongan luar biasa kepada Umar untuk terus maju jaya dalam pelajaran dan apa sahaja bidang yang diceburinya.
Umar baru masuk kelas PT3 pada bulan Mac 2016. Hanya ada masa 5 bulan persiapan untuk menduduki Peperiksaan PT3 dll. Sebelum Mac 2016, beliau menghafaz Quran di Maahad Tahfiz Quran MATIN, Ipoh sehingga menghafaz 22 juzuk.
Selepas tamat Peperiksaan PT3 bulan Oktober, Umar menyambung hafazan Quran nya. Ketika ini beliau telah menghafaz 28 juzuk, alhamdulillah. Moga beliau dapat menamatkan hafazan 30 juzuk sebelum menduduki pelajaran di Tingkatan 4 tidak lama lagi ان شاء الله.
Cita-cita beliau adalah sama seperti cita-cita abang-abang dan kakak-kakak nya yang lain iaitu menjadi hafiz+ulamak berbahasa arab+professional mengikut jejak langkah ayah dan ibu mereka.
Dari pengalaman sendiri, (1) menentukan cita-cita di luar kotak manusia, (2) mencurahkan usaha dan tenaga ke arah mencapai cita-cita, dan (3) sabar menebal telinga mendengar fitnah manusia, adalah resepi asasi kejayaan mencapai sesuatu yang luar biasa.
Demikian saya menanam prinsip hidup dan prinsip perjuangan kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar, termasuk anak-anak.
Prinsip saya, untuk Umat Islam menang dan kembali gemilang di dunia, graf prestasi generasi mesti +ve wrt time (mendongak mengikut masa/zaman). Dengan kata mudah, generasi terkemudian mesti lebih baik dan lebih berkualiti dari generasi terdahulu. Generasi terdahulu mesti menyediakan prasarana terbaik untuk generasi terkemudian di aspek ilmu (tarbiyah tsaqafiah), keperibadian (tarbiyah syakhsiyah), pengalaman kepelbagaian bidang hidup dan kemahiran serta lain-lain kualiti.
Cabaran dan tabiat (nature) perjuangan zaman ini tiada tempat bagi mereka yang mahu orang lain atau generasi lain lebih lemah kualitinya dari diri nya sendiri. Perjuangan Islam dan apa sahaja perjuangan ideologi adalah perjuangan umat dan manhaj, bukan perjuangan individu dan cetusan idea. Individu dan idea adalah singkat dan berubah. Umat dan manhaj adalah kekal dan berterusan.
Moga anak-anak kita dan generasi Umat Islam terkemudian akan terus menempa kejayaan demi kejayaan dalam kesemua bidang sehingga mereka dikurniakan kembali kepimpinan Dunia ini, seperti yang pernah Allah swt kurniakan kepada Umat Islam terdahulu.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Dis 2016

TARBIYAH ASAS KEJAYAAN UMAT ISLAM
Tarbiyah adalah asas kejayaan umat Islam kerana dakwah Islam bermula dengan proses tarbiyah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat.
Proses pentarbiyahan berjalan selama 13 tahun di Mekah dan dengan itu, lahirnya insan-insan yang hebat dan kemudian Islam telah berkembang ke seluruh dunia.
Pensyarah Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr berkata, kita mesti sedar siapa kita, apa yang kita mahukan dan bagaimana kita akan berjaya mencapainya.
“Sebagai pendakwah Islam, tarbiyah adalah satu-satunya jalan bagi kita demi mencapai matlamat yang besar iaitu mengembalikan kegemilangan Islam.”
(Arkib Julai 2011)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2011/07/29/tarbiyah-asas-kejayaan-umat-islam/

TARBIYAH MENJAGA SAFF PERJUANGAN
Khabar media massa di Mesir yang mengatakan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Ustaz Mahdi Akef, meletakkan jawatan ternyata khabar angin yang sengaja dilakukan untuk memberi gambaran buruk kepada orang ramai terhadap keutuhan organisasi berkenaan. Pagi Isnin 19/10/2009 semalam, ibu pejabat Ikhwan Muslimin berjalan seperti biasa dengan kehadiran pimpinan pusat seperti Mursyid Am, Al-Ustaz Mahdi Akef sendiri, Naib Mursyid 01 Dr. As-Sayyid Habib, Setiausaha Agung Dr. Mahmud Izzat dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Maktab Irsyad diantara mereka ialah Dr. Rasyad Al-Bayumy, Ustaz Lasyin Abu Syanab, Dr. Mahmud Ghuzlan, Dr. Muhammad Badi’, Dr. Mahmud Hussein, Dr. Muhammad Mursy, Dr. Muhammad Saad Al-Katakiny, Dr. Muhyi Hamid, Dr. Muhammad Abdul Rahman dan Ir. Saad Al-Husainy. Yang tidak dapat hadir pada pagi semalam ialah Al-Ustaz Muhammad Abdullah Al-Khatib dan Al-Ustaz Sobry Arafah.
(Arkib Oktober 2009)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2009/10/20/tarbiyah-menjaga-saff-perjuangan/

HADITH IFK (KISAH AISYAH RA) PETUNJUK UMAT DALAM ISU SKANDAL
2. Islam menutup pintu konspirasi politik dari awal-awal lagi dengan mengajar masyarakat awam supaya bersangka baik sesama mereka selagi mana tiada sebarang Pengakuan atau Persaksian 4-Saksi yang direkodkan. Islam juga menganggap sebarang kata-kata sindiran, ungkapan dan pengertian-pengertian yang menjurus kearah menuduh seseorang tanpa Pengakuan atau Persaksian merupakan suatu perkara yang besar dosanya, walaupun nampak ringan perbuatannya. Firman Allah swt bermaksud, “Ketika kamu bertemu dengan isu ini dengan perbualan-perbualan kamu, dan kamu bercakap-cakap dengan isu yang kamu tidak mempunyai maklumat (sepatutnya) mengenainya. Kamu ingat membicarakannya (seperti itu) suatu perkara yang kecil sedang perbuatan itu besar di sisi Allah !!” (An-Nur : ayat 15).
3. Maslahah (kepentingan) dan akhlak masyarakat umum sentiasa diutamakan oleh Syariat Islam berbanding dengan perbuatan maupun dosa individu yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh orang-orang yang suka kelucahan tersebar dalam masyarakat orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih didunia dan Akhirat. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur : 19). Kalaulah azab pedih didunia dan Akhirat ini adalah untuk orang-orang yang hanya suka kelucahan tersebar, apatah lagi orang-orang yang menyebarkan kelucahan itu sendiri !! Disebabkan beratnya jenayah membuat tuduhan tanpa 4-saksi ini, Allah bakal mengazab mereka bukan sahaja di Akhirat, malah didunia lagi agar dilihat oleh masyarakat dan dapat diambil pengajaran darinya.
(Arkib Mac 2011)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2011/03/28/hadith-ifk-kisah-aisyah-ra-petunjuk-tuduhan-keatas-anwar/

DAKWAH KITA ADALAH DAKWAH CINTA
Oleh itu, satu hakikat penting yang harus kita sama-sama insafi dan hidupkan didalam perjuangan ini ialah Dakwah kita ini menyeru kepada Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas. Begitu juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan masyarakat Islam disekeliling kita. Dari asas dan titik tolak perasaan Iman dan Cinta inilah kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita mendidik mereka sehingga mereka pula menjadi pejuang-pejuang Agama dan Kebenaran yang kuat kecintaannya kepada Allah, Rasul dan oranag-orang beriman.
Sebaliknya sebarang perjuangan lebih-lebih lagi perjuangan Islam yang tidak didasari dan diwarnai dengan Ukhuwwah dan kasih sayang adalah perjuangan yang pasti akan gagal. Ini adalah kerana tanpa kasih sayang, organisasi tersebut telah hilang salah satu ciri keimanan yang terpenting seperti yang dianjurkan oleh Allah swt di dalam Al-Quran, dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Kita sendiri dapat gambarkan sekiranya perjuangan yang tidak mempunyai gaji dan upah seperti Dakwah ini tidak mampu menyirami anggota-anggotanya dengan Iman dan Ukhuwwah, lambat laun mereka akan lebih tertarik dengan dunia dengan segala perhiasan dan godaannya. Contoh dan pengalaman yang berlaku di depan mata kita terlalu banyak berlaku. Kata mengata, jatuh menjatuh, cantas mencantas sebenarnya membakar hangus isi dan intipati ruh perjuangan sesebuah jemaah seperti api di dalam sekam.
(Arkib Januari 2011)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2011/01/04/dakwah-kita-adalah-dakwah-cinta-2/

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG (*)
Ia dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
*SOMBONG itu ada 3 jenis..??*
1. Sombong terhadap *Allah swt*
; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap *Rasul*
; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap *makhluk*
; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
_Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah_ ﷺ
لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ
*"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi."* (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
*Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.*
(*) Artikel bermenfaat ini diperolehi dari group "Pencinta Islam 05". Moga bermenfaat.

TANJUNG PAGAR TANAHAIR ISLAM
Mereka yang kurang memahami Fiqh Islam akan mengatakan bahawa umat Palestin di Gaza berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Mereka tersilap. Tiada Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin. Masjid Al-Aqsa terletak di Tebing Barat, Palestin. Akan tetapi hakikatnya, umat Islam Palestin mengorbankan ribuan syuhadak dan jutaan yang sanggup berlapar dikepung di setiap sempadannya semata-mata kerana mempertahankan tanahair Islam dari dijajah dan menjaga maruah Agama Islam dari dicemari.
Sejarah manusia menunjukkan mana-mana umat yang leka dan lalai, tidak ada daya juang dan kesanggupan untuk berkorban, akan diliputi kehinaan dan akan kehilangan wilayah dan tanah jajahan mereka sedikit demi sedikit
(Arkib Julai 2010)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2010/07/01/tanjong-pagar-tanahair-islam/

SYEIKH HASAN ELYAN DALAM KENANGAN
"... Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya aku hendak memulakan penulisanku di pagi Rabu ini tentang detik-detik manis aku menziarahi beliau, kerana di saat ini aku menulis dengan lebih banyak air mata yang mengalir di pipi dari tulisan yang di taip di komputer.
Biar berdekad berlalu, nasihat-nasihatnya tetap segar diingatan, diukir dengan tinta emas di hati, menjadi bekalanku di Jalan Dakwah ini.
Satu hari, seorang teman Arab mengajak aku menziarahi Syeikh Hasan. Walaupun tempat sandar kereta Fiat lamanya senget ke belakang, namun kegembiraan dapat menziarahi seorang ulamak yang besar sumbangan perjuangannya kepada Dakwah benar-benar menyebabkan aku berasa tempat duduknya lebih enak dari sebarang kereta mewah di Malaysia yang pernah aku naiki.
Sudah lama aku mendengar tentang Syeikh Hasan, kali ini peluang untuk melepas rindu. Kereta kami meluncur laju ke negeri Qalyubiah, di utara Kaherah.
“Cuma satu peringatan!”, kata teman. “Apa dia?”, tanya saya. “Kita hanya boleh jumpa tidak lebih dari 5 minit, kerana dia sakit jantung. Hal ini semua orang dah maklum”.
Aku pernah dengar orang lain berkata peringatan yang sama, jadi aku menjawab, “Baiklah, saya pun pernah dengar peringatan seperti itu”.
Walaupun kami tiba awal-awal pagi, namun aku dapati telah ramai orang sedang duduk menunggu di anjung rumahnya.
Setiap pagi ada sahaja kunjungan manusia yang ingin bertanya soalan, khabar atau sekurang-kurangnya bertemu dan mendapat sepatah dua nasihat bimbingan seorang ulamak theqah seperti Syeikh Hasan, satu fenomena yang jarang kedapatan di Malaysia pada hari ini.
Aku dan teman duduk menunggu giliran sambil mata menikmati pemandangan kebun tanaman di sebuah kampung di Mesir..." (Baca selanjutnya).
https://inijalanku.wordpress.com/2007/11/07/syeikh-hasan-elyan-dalam-kenangan/
Us. Abdul Halim Abdullah 6 Jan 2017

inijalanku.wordpress.com
Syeikh Hasan Elyan Dalam Kenangan
Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginy…
AWAL DAKWAH IMAM AL-BANNA
Di hadapan tarikat-tarikat sufi.
Cara Imam Al-Banna menarik perhatian banyak pemimpin tarikat-tarikat sufi di Mesir akhirnya berjaya menggabungkan sekitar 50 jemaah tarikat masuk ke dalam jemaah Ikhwan Muslimin. Ia boleh dicontohi oleh kita. Beliau menceritakan :
"Cara aku terhadap syeikh-syeikh (pemimpin) tarikat yang datang ke Ismaliliyah adalah aku beradab dengan mereka dengan adab susila tarikat setiap mereka, dan aku berbicara dengan lidah dan gaya tarikat mereka sendiri.
Kemudian, apabila kami bersendirian, aku menerangkan kepada setiap orang dari pemimpin tarikat berkenaan mengenai hal keadaan umat Islam, kejahilan umat mengenai keutamaan dalam agama mereka, putusnya ikatan hati sesama mereka, kelalaian umat terhadap kepentingan dunia dan akhirat mereka, bahaya-bahaya besar atheisma (pegangan tak bertuhan) dan permissive (semua halal) yang sedang ganas mara dan merosakkan umat Islam ...
Kemudian aku mengingatkan mereka akan bebanan di atas bahu mereka terhadap pengikut-pengikut tarikat mereka yang meletak kepercayaan kepada mereka sebagai pemimpin tarikat ...
Diakhirnya, aku meminta dari mereka Tarbiyah Islam Sahih, menyatukan umat Islam di atas hakikat Keagungan Islam dan bekerja demi mengembalikan Kegemilangannya".
Dari pengalaman Imam Al-Banna ra di atas, dapat kita buat pengajaran pengajaran di antaranya :
1- Membina hubungan hati terlebih dahulu dengan para mad'u.
2- Menghormati kedudukan sesiapa sebagai pemimpin kepada sesuatu perkumpulan manusia.
3- Mengetahui berbagai adab-adab yang ada pada setiap perkumpulan. Dengan ini kita tidak mudah tersilap dalam mengatur langkah-langkah dakwah terhadap mereka.
4- Menyedarkan Umat akan kekuatan dan perancangan musuh, menilai kejayaan-kejayaan musuh dan cara mengambil langkah menghadapi mereka.
5- Menjelaskan jalan Tarbiyah Islam terhadap diri, keluarga dan Umat merupakan cara dan jalan yang paling utuh yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
6- Hadaf utama perjuangan adalah untuk menyatukan umat di atas prinsip Keagungan Islam dan berusaha mengembalikan kegemilangannya.
Uslub seperti ini boleh menyedar dan menarik ramai manusia masuk ke dalam saff perjuangan Islam ان شاء الله. Kita juga boleh turut mencubanya.
Us. Abdul Halim Abdullah
8 Jan 2017

UKHTI FARSZE' DALAM KENANGAN
Apabila melihat sesebuah binaan, seorang arkitek akan meneliti kecantikan senibina bangunan tersebut. Tapi fokus pertama seorang jurutera binaan adalah melihat tiang-tiangnya. Adakah setanding saiz tiang dengan ketinggian bangunan ? Mampukah ia menampung bebanan seberat itu.
Pada tahun 1998, saya dan isteri, serta Akhi Rahim Malek (Klang) melancarkan misi pertama kami ke Australia dan New Zealand. Ia mengambil masa selama 1 bulan.
Concern utama saya adalah agar lahir dari batch pertama graduan Australia ikhwah akhawat yang hebat, seteguh tiang-tiang bangunan yang tinggi. Apatah lagi binaan Dakwah yang ingin dibina adalah lebih tinggi dari sebarang bangunan pencakar langit, lebih berat amanah berbanding Bukit Uhud serta sebesar dan semulia risalah para Anbiyak.
Jika binaan peringkat pertama dan dasar adalah kuat, maka mudah binaan-binaan seterusnya dibuat.
Hampir disetiap penghujung program ketika itu di akhir tahun-tahun 1990an, kami berpesan kepada mereka agar di Tanahair nanti, mereka tidak larut di dalam masyarakat yang leka, tergoda dengan dunia yang menipu dan memperjuangkan Risalah suci ini walau di mana mereka berada. Diantara kuncinya adalah Amal Jamaiyy dan melapurkan diri apabila kembali ke Tanahair.
"Ustazah, kami telah kembali ke Tanahair", lapur Ukhti Fazilah Jaffar atau dikenali sebagai Farsze'.
"Farsze di mana sekarang ? Di kampung ke ? Apa alamat ?", tanya isteri saya. Ketika itu sekitar tahun 2000. Zaman belum ada WhatsApp. Zaman internet dan handphone baru bermula.
"Saya di airport. Kami baru mendarat. Baru tiba. Ni balik for good".
Walau detik tersebut telah berlalu 17 tahun lalu, rasa terharu dan syukur saya masih terasa hingga ke hari ini. Mereka melapur diri sebaik mendarat di airport, lebih dahulu sebelum melapur diri kepada penaja dll.
Mereka boleh sahaja melapur diri selepas seminggu atau sebulan tiba di Tanahair. Namun rasa Ukhuwwah yang suci serta humum (concern) terhadap Dakwah ini mendahului agenda-agenda yang lain. Di saat itu saya percaya, dakwah OZNZ punya harapan cerah di masa depan dan Ukhti Farsze adalah salah satu tiang serinya.
Sempena pulangnya batch pertama tersebut, di tahun itu bermulalah penganjuran Perkhemahan Semai Mesra (PSM) yang masih kekal berjalan hingga ke hari ini. Ukhti Farsze diantara peserta atau tenaga utamanya.
Beberapa tahun sahaja selepas itu, sekitar tahun 2003, Ukhti Farsze kembali ke rahmatullah ketika berusia 24 tahun meninggalkan suami tersayang, Akhi Amran OZ, anak kecil yang masih belum berjalan dan dakwah OZNZ yang baru bermula.
Moga Allah swt merahmati Ukhti Fazilah Jaffar, mengampuninya dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.

KASIH vs PERATURAN
Dalam banyak daurah, sering saya kemukakan soalan kepada para suami, "Kenapa beri nafkah kepada anak isteri ?". Ramai menjawab, "Ia suatu kewajipan". Kemudian saya tanya para isteri yang turut hadir, "Kenapa taat suami ?". Ramai menjawab, "Isteri wajib taat suami".
Tampaknya kehidupan ramai insan hari ini termasuk kehidupan berumahtangga atau berorganisasi, makin diwarnai dan ditentukan oleh peraturan dan pantang larang. Ini semata-mata berlegar diaspek zahir insan. Ia belum masuk ke lubuk hati dan jiwa.
Sebenarnya yang dituntut oleh Islam adalah hubungan hati dan jiwa terlebih dahulu, dan sebagai asas. Kemudian baru datang perihal peraturan dan disiplin.
Keluarga ideal adalah apabila suami bekerja mencari nafkah kerana dia sayangkan anak isterinya. Manakala isteri mentaati suaminya kerana kasihkan beliau.
Kerana itu Allah swt mendidik jiwa dan ruh terlebih dahulu di fasa Mekah (610M-622M) sebelum menurunkan peraturan demi peraturan di fasa Madinah (622M-632M).
Hanyasanya peraturan dan disiplin perlu kerana jiwa dan perasaan ini ada turun naiknya. Di ketika marah atau hilang kasih, si suami akan tetap mencari nafkah, dan si isteri tetap taat kerana ia adalah wajib. Tapi sepatutnya tidaklah 24 jam diri kita diwarnai oleh hanya peraturan semata-mata.
Begitu juga kehidupan berorganisasi. Ia tidak akan ideal jika hanya berpaksi dan diwarnai peraturan dan disiplin, tanpa fikrah dan ukhuwwah. Bahkan Imam Al-Banna menjadikan Ukhuwwah sebagai syarat Wahdah (Kesatuan) dalam saff.
Oleh itu sesiapa yang mengeruhkan Ukhuwwah di dalam saff, seperti mengadu domba dsb. sebenarnya dia merosakkan Kesatuan saff itu sendiri, samada dia sedari atau tidak.
Moga Allah swt menanam perasaan kasih sayang ke dalam hati kita. Dan kita dapat menyemaikan ukhuwwah kepada rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Ameen.

MINIMA UKHUWWAH
Minima ukhuwwah adalah Berlapang Dada ( سلامةالصدر). Ia bererti tiada sebarang rasa tidak sedap atau tercalar tersemat di dalam dada seseorang terhadap seseorang yang lain.
Oleh kerana ia tahap minima, maka tahap yang lebih bawah dari Berlapang Dada adalah tahap tiada sebarang Ukhuwwah pada seseorang terhadap seseorang yang lain samada dikalangan ahli sedara maranya atau ahli organisasinya.
Syaitan penghasut dan pemecahbelah mengalir di dalam darah manusia, dan berbisik ke dalam dada kita sangkaan-sangkaan buruk terhadap orang lain. Perpecahan hati kita, adalah kejayaan Syaitan. Husnu Dzan kita adalah kegagalan Syaitan.
Sebaiknya, apabila berlaku sempit dada terhadap seseorang, segera memeriksa (diagnose) diri apakah sebab-sebab yang membawa kepada kepada perasaan negatif tersebut. Biasanya, dalam dunia orang Melayu, kebanyakan sebab adalah kerana mendapat cerita yang salah, info keliru atau fitnah yang tersebar. Maka ubat rabbani yang paling mujarrab adalah Tabayyun (jumpa dan dapatkan kepastian 1st hand dari orang tersebut) seperti anjuran dalam Surah Al-Hujurat.
Dua orang Ansar masuk ke dalam masjid sedang Nabi saw bersama isterinya. (Kebiasaan isteri Nabi saw menutup seluruh tubuhnya). Apabila melihat Nabi saw bersama seorang wanita, mereka berdua segera beredar cepat :
فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ( على رسلكما، إنها صفية بنت حيي ) ، فقالا: سبحان الله يا رسول الله!، فقال: (إن الشيطان يجري من الإنسان مجرى الدم، وإني خشيت أن يَقذف في قلوبكما سوءا -أو قال شيئا- ) "
Lalu Nabi saw ajak mereka jalan dengan tenang seraya berkata, "(Harap maklum bahawa) wanita ini Safiyah bt Huyay (isteri Baginda saw)".
Dua orang sahabat tadi berkata, "Subhanallah ... (takkan kami nak bersangka buruk terhadap kamu ya Rasulullah saw)".
Maka Nabi saw menjawab, "Sesungguhnya Syaitan mengalir di dalam manusia dalam perjalanan darah, dan aku takut Syaitan akan campakkan sesuatu yang tidak elok ke dalam hati kami (bila kamu melihat aku bersama seorang wanita di sini)".
Jika Nabi saw takut sangkaan buruk berlaku kepada sahabat Ansar yang disahkan Al-Quran bahawa Allah telah redha kepada mereka (رضى الله عنهم ) maka sepatutnya kita lebih takut ia berlaku kepada kita yang tiada apa-apa pengesahan pasti Al-Quran seperti di atas.
Subhanallah, benarlah Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang-orang bertaqwa (هدى للمتقين). Ya Allah, jadikanlah kami Al-Quran yang bergerak (kerana melaksanakan Al-Quran) dalam setiap kehidupan kami. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Bidor.

BERJUANG UNTUK SYARIAT
Siapa yang berjuang untuk kuasa dan pengurusan dunia semata-mata, dia akan berdepan dengan banyak ketidakpastian dan perubahan senerio sepakterajang politik dan orang-orang politik. Kehidupan dan pendiriannya sendiri diwarnai ketidaktentuan.
Siapa yang berjuang untuk menegakkan Ketuanan dan Penegakkan Syariat (Undang-undang) Islam di atas tanahairnya dan di dunia ini amnya, menuju teguh ke arah matlamat itu tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan, walau dia belum mencapainya, dia akan dikurniakan Allah dengan berbagai kelebihan seperti istiqamah (teguh), basirah (berpandangan jauh), berprinsip, tidak mudah diperdaya, mudah didampingi dan dibantu oleh orang-orang saleh serta zuhud dari pangkat dan harta.
Allah swt akan sentiasa menunjukkan jalan-jalanNya kepada beliau kerana kesungguhan dan istiqamahnya di atas jalan dan perjuangan suci ini. Firman Allah saw bermaksud :
"Mereka yang berjihad di jalan Kami, sungguh Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sungguh Allah bersama orang-orang yang membaiki (masyarakat)" (Al-Quran).

SEPERATION OF POWERS
Pembahagian 3-Kuasa
https://www.google.com/amp/www.aljazeera.com/amp/news/2017/01/netanyahu-face-questioning-corruption-charges-170102080154171.html
Saat ini Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang disoal siasat oleh polis (Kuasa Eksekutif) dan jika ada kes, pendakwaan dan perbicaraan akan dikenakan ke atasnya oleh mahkamah (Kuasa Judiciary). Jika sabit kesalahan, maka hukuman akan dikenakan ke atasnya mengikut undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen (Kuasa Legislatif).
Ketiga-tiga kuasa itu bergerak secara berasingan demi menjamin ketelusan dan keadilan.
Selepas proses melalui masa yang panjang, walau apa pun keputusan akhirnya nanti, namun saat ini yang menarik perhatian kita, dengan prejudis atau dengan insaf, proses keadilan sedikit sebanyak berjalan di dalam kalangan penduduk mereka, tanpa mengira kedudukan. Fenomena yang sama berlaku di banyak negara-negara Barat hari ni yang diberi Allah kepimpinan Dunia zaman ini.
Ini mengingatkan kita proses keadilan yang yang dilalui di zaman kegemilangan Islam ketika Islam memimpin Dunia. Sebagai contoh, kes Khalifah Amirul Mukminin, Saydina Ali Abu Talib vs seorang Yahudi diadili oleh Hakim Syuraih, yang berakhir dengan kemenangan pada orang Yahudi tersebut.
Kita tidak menyamakan 100% kes Sayyidina Ali dengan kes Netanyahu di atas dan seumpamanya, namun di zaman ini, bila proses keadilan di dalam negara-negara umat Islam di kalangan penduduknya berada di tahap ketinggalan berbanding "negara-negara maju" zaman ini, kes PM Netanyahu saat ini boleh diamati sedikit sebanyak, seadanya.
Posting ini tidak berbicara aspek perilaku zalim Yahudi dan Barat terhadap umat-umat lain. Kita hanya berbicara dengan memberi tumpuan berkisar pentadbiran mereka sesama mereka dalam perjalanan dalam negara mereka semata-mata.
Jika Perdana Menteri Netanyahu didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah, banyak negara umat Islam akan ketinggalan di aspek proses keadilan seperti ini terutama negara-negara Arab sendiri yang banyak diperintah secara diktator. Banyak negara umat Islam bukan-Arab pun tidak kurang ketinggalannya dalam aspek menghukum pimpinan tertinggi mereka yang bersalah.
Apa yang lebih penting, perasaan dan pendidikan masyarakat boleh menjadi positif apabila mereka dapati mereka hidup di dalam negara yang "adil" dan tiada siapa yang berada di atas undang-undang termasuk para pemimpin tertinggi mereka.
Untuk umat Islam kembali kepada proses keadilan yang ditunjukkan oleh Khulafak Rasyidin dan para Sahabat ra silam, memerlukan perubahan minda, mentaliti, jiwa, sikap, kefahaman Risalah, keyakinan, zuhud dan izzah yang tidak sedikit dari kita. Ia adalah perubahan dalam diri, dan bukan perubahan luar diri atau kemajuan pembangunan.
Allah swt tidak merubah suatu kaum, kecuali mereka merubah apa yang di dalam jiwa mereka. إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ Sunnatullah (undang-undang alam) ini sesekali tidak akan berubah kepada mana-mana umat di dunia ini.
Kepada para Duat pula, mereka hendaklah menegakkan keadilan dan melaksanakan proses keadilan di dalam diri mereka dan di kalangan sesama mereka terlebih dahulu, nescaya akan tertegak nanti di atas bumi mereka. اقيموا دولة الاسلام فى نفوسكم وانفسكم تقم فى ارضكم (Tegakkan negara Islam di dalam diri dan sesama kamu, nescaya ia akan tertegak di bumi kamu). Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
18 Jan 2016

MENCARI ULAMAK DAKWAH YANG HAKIKI
Setiap bidang ilmu dan karier para Duat memainkan peranan penting bagi Dakwah di Malaysia samada bidang agama, bahasa Arab, sains, sastera, ekonomi, undang-undang, pelajaran, kemahiran, pertukangan, perkhidmatan dan sebagainya. Dakwah Islam zaman kini sangat memerlukan kepada berbagai Duat dari pelbagai pengkhususan. Adapun di kesempatan ini saya ingin menyentuh kepada mereka yang hidup dibidang pengajian Islam dan Bahasa Arab
(Arkib Oktober 2008)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/10/07/mencari-ulamak-dakwah-yg-hakiki/#more-763

Artikel di atas sangat bermanfaat untuk dibaca oleh mereka yang bukan dibidang pengajian Islam dan BA juga.
TABAH DAN YAKIN
Moskow (Rusia) mengalu-alukan penglibatan Amerika (pentadbiran baru Donald Trump) dalam persidangan mengenai nasib masadepan umat Islam Syria.
Sebaik mengangkat sumpah, Donald Trump bertekad untuk menghapuskan Islam "extrimis".
Jika bukan kerana rahmat Allah swt, agama Islam yang diserang kiri, kanan, depan dan belakang sepanjang zaman ini telah lama lenyap. Lihat sahaja hari ini, pihak lawan bukan sahaja menguasai darat dan persenjataan, malah mereka menguasai laut dan angkasa.
Namun ia adalah agama Allah swt, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Agung. Dia memilih dari kalangan hamba-hambaNya sebagai pewaris para Rasul dan golongan Rabbaniyin (hidup berakhlak Al-Quran) untuk memenangkan agamaNya.
"Mereka bertekad memadamkan cahaya (agama) Allah, namun Allah swt enggan, melainkan Dia akan menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya" (Al-Quran).
Moga umat ini segera sedar dan bangkit.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Jan 2017

PENJAJAHAN KEDAULATAN
Sebagai timbalbalik atau bayaran kepada bantuan Rusia menyerang mujahideen dan umat Sunni untuk mengekalkan kuasa Bassyar Asad, pelabuhan Tartus, Syria akan menjadi pengkalan tentera Rusia, boleh digunakan oleh kapal besar pengangkut pesawat-pesawat tempur dan kapal-kapal selam berkuasa nuklear selama 49 tahun.
Satu demi satu, selangkah demi selangkah Kuasa-kuasa Besar masuk menjajah negara-negara umat Islam di serata dunia pada hari ini.
Apabila umat Islam jahil, cinta dunia dan takut mati, mereka bercakaran dan berpecah. Apabila mereka berpecah, masing-masing mencari sokongan untuk menjadi atau dilihat kuat, lalu berwalak kepada selain-Islam. Lalu musuh menghancurkan umat Islam sesama mereka. Penyakit-penyakit ini membarah di dalam umat sejak sekian lama.
Tiada jalan lain selain kembali mendidik umat ini erti iman, izzah (keagungan), ukhuwwah dan kesatuan. Ini adalah ubat kepada penyakit-penyakit di atas. Kita wajib mulakan pada diri kita, kemudian ia mengesani manusia sekeliling kita.
Tanpa berubat sedemikian, barah akan terus merebak di jasad masyarakat kita sehingga boleh membunuh, atau Allah swt menggantikan dengan kaum yang lain, yang tidak lemah seperti kita, seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Nauzubillah.