MENCARI PENDAKWAH YANG HAKIKI
Sejak posting “Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki”, ramai yg bertanya bagaimana pula dengan Doktor Dakwah, Engineer Dakwah dll yang hakiki. Nanti saya akan cuba respon kepada soalan-soalan tersebut. Sebagai permulaan, elok saya tulis secara umum dahulu merangkumi apa sahaja bidang pekerjaan.
Apa sahaja bidang pekerjaan kita seperti guru, peguam, petani dsb, ia adalah satu bentuk pengkhususan. Jika ianya penting untuk umat maka jatuh hukumnya menjadi Fardhu Kifayah. Berbeza dengan Dakwah, seperti menuntut ilmu asas, ia bukan satu pengkhususan, akan tetapi ia wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam jika Syariat Allah belum ditegakkan. Oleh itu hukumnya adalah Fardhu Ain.
Allah swt menjadikan Dakwah sebagai sebaik-baik profesyen bagi seseorang yang mencari dan menuju keredhaanNya. FirmanNya bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang Berdakwah (manusia) kepada Allah, beramal soleh dan berkata ‘Sesungguhnya aku seorang Islam’?” (Al-Quran). Dengan ini, perkataan dan ucapan seorang Pendakwah lebih baik dari perkataan para peguam, petani, doktor, akauntan dll.
(Arkib Oktober 2008)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/10/23/mencari-pendakwah-yg-hakiki/#more-867

MENCARI DOKTOR DAKWAH YANG HAKIKI
Bertemu doktor-doktor perubatan mithali sepanjang di Jalan Dakwah ini banyak memberi semangat juang kepada saya. Ada professor patologi yang saya berbicara dengannya tentang Dakwah dan isu umat ini hingga jam 4 pagi tanpa dia merasa jemu. Tak mengapa kerana masa tersebut adalah untuk Dakwah, katanya bila saya meminta maaf kerana ziarah yang panjang. Ada doktor yang sepenuh masa menyelia gudang Bantuan Kemanusiaan (Human Relief) di celah-celah timbunan guni dan kotak dengan penuh tekun, kini dia dipersada yang sama di arena antarabangsa. Ada doktor perunding urologi yang menjadi salah seorang guru dan penunjuk utama saya dalam Dakwah ini. Ini belum lagi doktor-doktor yang tidak pernah saya temui tetapi kisah perjuangan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, Dr Ahmad Al-Malt dll yang mencurah seluruh jiwa raga, masa, harta dan nyawa untuk Dakwah ini sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir meredhai dan diredhai Allah swt saya tatapi dengan penuh tekun dan membara. Sungguh ruh Dakwah ini mampu mencipta banyak keajaiban yang tak dapat digambarkan oleh manusia yang lalai.
(Arkib November 2008)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/11/23/mencari-doktor-dakwah-yg-hakiki/#more-1000

Pada November 2008, calon Republikan tewas pilihanraya presiden di tangan Barack Obama (Demokrat). Pada Disember 2008, sebelum Presiden Bush (Republikan) menyerah kuasa kepada Obama pada Januari 2009 (bulan depannya), dia bersama Israel menyerang Gaza di Palestin untuk menghapuskan "radikal Islam pengganas".
Gaza sekangkang kera sebesar Seberang Perai bangkit berjihad menentang Israel yang menyerang mereka dari udara, laut dan darat.
Mereka menyangka boleh menang perang dalam masa sehari dua. Sebaliknya setelah perang berlarutan lebih 20 hari, mereka gagal mencapai apa-apa. Kerana kehabisan stok, berkapal-kapal senjata dan peluru tiba di Israel dari Barat.
Hari ini calon Republikan yang menang, Presiden Trump bertekad untuk "eradicate radical Islamic terrorism" (menghapuskan pengganas radikal Islam) dan memberi ancaman "dia menghitung hari" untuk menghapuskan mereka. Bukan sahaja di Gaza, malah di seluruh dunia.
https://www.google.com/amp/www.independent.co.uk/news/world/americas/president-donald-trump-inauguration-eradicate-isis-terrorism-islamist-speech-latest-a7538171.html%3famp
Allah swt berfirman bermaksud, "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, rancangan mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun". Ringkasnya, persediaan Umat Islam menghadapi ancaman Presiden Trump adalah kembali kepada penghayatan Agama Islam sepenuhnya.
Dengan kekuatan Iman, umat Islam akan berakhlak mulia, berkasih sayang berukhuwwah dan bersatu hati. Kesatuan membawa kepada Kekuatan. Kekuatan yang diasaskan Keimanan, mengatasi sebarang kekuatan material yang dimiliki Barat dan Timur.
"Ya Allah. Jangan Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah dari kaum yang zalim. Selamatkan kami dari kaum yang kafir" (Al-Quran).
Us. Abdul Halim Abdullah
23 Januari 2017

MEMBERSIH BUMI YAMAN DARI PEMBERONTAK
Saat ini tentera dan mujahideen Yaman sedang mara ke arah merampas bandar pelabuhan strategik Mocha (المخاء) melawan kumpulan Syiah Huthi dan geng Saleh yang memberontak dan menguasai bandar berkenaan.
Jika berjaya dirampas, kumpulan Syiah Huthi dan geng Saleh akan terputus pelabuhan yang membekalkan senjata dan peluru dari Iran dan sekutu-sekutunya. Ini akan membuka jalan penting ke arah pembersihan Yaman dari kempen pemberontak yang telah membunuh puluhan ribu nyawa dan menghancurkan kemajuan yang telah dihasilkan di bumi bertuah Yaman selama ini.
Saya sempat menziarahi Yaman sebelum perang sebanyak 2 kali, termasuk melawat bandar-bandar pentingnya seperti San'aa, Taiz (perang sengit di sini), Zamar dan Ibb.
Diaspek pembangunan material, Yaman ketinggalan puluhan tahun berbanding Malaysia, walaupun kedudukan negaranya paling strategik di dunia. Sistem diktator melumpuhkan akal umatnya untuk terlibat berfikir untuk kemajuan negara.
Hari ini sekelumit pembangunan yang dikecapi Yaman dihancurkan samasekali oleh perang. Yang lebih merugikan adalah korban manusia yang ramai. Kebijaksanaan orang-orang Yaman diperakui Nabi saw dalam hadis (حكمة يمنية). Kebanyakan jutawan di Saudi dan banyak negara di dunia adalah mereka yang berketurunan Yaman. Namun Yaman lumpuh di dalam negaranya sendiri.
Moga Allah swt memenangkan tentera dan mujahideen Yaman mengalahkan Syiah Huthi dan geng Saleh dan seterusnya Yaman menjadi maju, membangun dan menjadi penyebar risalah Islam seperti prestasinya di zaman dahulu mengislamkan benua India dan dunia Melayu. Ameen.

TAWAZUN ZAHABI
Keseimbangan Emas Haraki
Sejak 60 tahun, Syeikh Ahmad Rasyid mengingatkan para Duat dalam kitabnya "Al-Masar" satu kaedah atau prinsip yang sangat penting dalam Amal Dakwiy, iaitu mesti dipastikan keseimbangan di antara Tarbiyah Ruhiyah dengan Amal Siyasi.
Jika berlaku keseimbangan baik, maka lahir para Duat yang memiliki Syakhsiyah Tarbawiah dan Syakhsiyah Siyasiah yang ideal, teguh pada dirinya sendiri, bermanfaat untuk orang lain dan tidak membawa masalah kepada Amal Islamiy. Ini keseimbangan emas (idea) dalam haraki (amal Dakwah) yang kita maksudkan.
Jika tidak berlaku keseimbangan ideal di atas, lahir peribadi-peribadi "tarbawi" semata-mata yang akhirnya akan bertembung dengan waqie, atau lahir peribadi-peribadi siyasi tanpa ruh amal haraki yang hakiki, lalu gagal menjiwai erti dan hakikat risalah Islam itu sendiri.
Us. Abdul Halim Abdullah
26 Jan 2017

TAHUN-TAHUN FITNAH
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi ﷺ bersabda:
«سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: «الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ»
“Akan datang ke pada manusia tahun-tahun pembohongan di mana di tahun-tahun itu :
- orang yang berdusta dibenarkan orang.
- orang yang bercakap benar didustakan orang.
- pengkhianat diberikan amanah.
- orang yang amanah dituduh pengkhianat.
- Ar-Ruwaibidhah berbicara.”
Ditanyakan: “Apakah Ar-Ruwaibidhah ?” Rasulullah saw bersabda:
“Seorang laki-laki yang tak reti diberi tugas urusan orang ramai (urusan kepimpinan).”
(HR. Ibnu Majah No. 4036. Ahmad No. 7912. Dihasankan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam Ta’liq Musnad Ahmad No. 7912. Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan: sanadnya jayyid. Lihat Fathul Bari, 13/84).
Us. Abdul Halim Abdullah
27 Jan 2017

Kenangan berforum bersama Sahibus Samahah Timbalan Mufti Perak, Us Zamri Hashim di Masjid Di Raja Ubudiyah, Kuala Kangsar, Perak.
Alhamdulillah, the mujahideen and the state army of Yemen have successfully liberated and taken control of the port city of Mocha (المخا) from the Huthi Shites rebels and Saleh rebels. This also means the line sources of artileries, weapons etc for the rebels from Iran, Israel, the West and the outside world have been cut off. Thus from now on, the enemies are counting their days before receiving the final blow forcing them to surrender. All praises are due for Allah, The Almighty, The Most Merciful.
Abdul Halim Abdullah
27 Jan 2017
Abdul Halim Abdullah
27 Jan 2017
ABSTRACT WARS
In Mosul, Iraq, the last big city of defense for the Iraqis Sunni, the Syiah Goverment of Iraq with the help of American forces are strongly fighting the ISIS to conquer the strategic stronghold.
At Dier Zur, east of Syria, at the Syria-Iraqi boundries, the Russia and Turkish forces are fiercily attacking the ISIS, thus giving advantage and milage to the Bassyar Asad Syiah Government of Syria at that specific disrupted region.
Why the Turkish forces have to indulge themselves in such campaign and taking side with the Russian? Would it be better if they focus all their manpower and artileries at their disposal in helping the Mujahideen fighting the Assad Regime at Halab (Aleppo) and its surroundings at the west of Syria.
(فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَىٰ أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ ۚ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ)
[Surat Al-Ma'idah 52]
"And you see those who having desease in their hearts hastily approching the People of the Book (Ahlul Kitab), (asking for help) by saying "we are worried something bad will happen to us". (They shouldn't rely on themselves but instead believe that) Allah will grant them Victory (against their enemies) or anything from Him, and they will regret with what they have been indulging themselves into".
A Germany Counsellor once said, "The muslims are fighting and killing among themselves. Both sides are shouting "God Is Great" (Allahu Akbar)".
May Allah swt protect us and the muslims all across the globe, and give us the wisdom to understand these abstract wars. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Jan 1017

KEAGUNGAN YANG HILANG
Saat ini masih terdapat lebih dari 13,000 wanita Syria di dalam penjara regim Bassyar Asad. Nasib ramai di kalangan mereka tidak diketahui.
Di zaman pemerintahan Khalifah Al-Muktasim, seorang muslimah ditahan golongan kuffar di sempadan Eropah, lalu Khalifah Al-Muktasim mengutus surat amaran meminta muslimah tersebut dibebaskan segera. Jika tidak beliau akan menghantar tentera Islam yang akan mara dengan beratur panjang, tentera pertama di wanita tersebut, dan tentera terakhir di barisan di ibu negara Khalifah, walau jaraknya beribu kilometer.
Hari ini bukan seorang muslimah yang ditahan, bahkan ribuan dibunuh, diazab atau diperkosa. Namun tiada Al-Muktasim di abad ini yang boleh mengulangi keagungan lampau.
Hari ini lelaki yang ramai adalah peminat Maradona, Ronaldo atau artis-artis. Semangat jihad jarang berkumandang dari dada-dada mereka. Tidak lagi seperti keagungan Generasi Islam Pertama dulu.
Us. Abdul Halim Abdullah
28 Jan 2017

SYARAT UNTUK AMAL MAJU KE DEPAN
Dari petunjuk Al-Quran serta panduan As-Sunnah dan seerah Rasulullah saw, syarat bagi mana-mana jemaah untuk maju dari tahun ke setahun ada 3 iaitu :
1- Sebanyak mana jemaah itu telah berusaha.
2- Sebanyak mana jemaah itu telah menggunakan teknik-teknik yang sesuai dengan zamannya dan sesuai dengan tuntutan-tuntutan keadaan.
3- Sejauh mana jemaah itu sendiri mencerminkan hakikat Manhaj, dengan menterjemahnya secara amali dalam realiti dan dalam perlakuannya sendiri.
Us. Abdul Halim Abdullah
29 Jan 2017

MUSUH PENGIKLAN UTAMA
Masjid di Victoria, Houston, Texas, Amerika dibakar hari ini. Dalam suasana biasa, mendapat sesuatu liputan dalam akhbar dan media-media perdana memerlukan kos yang besar. Tetapi apabila seluruh media Amerika mengumandangkan nama "Islam", "mosque", "prayers" dan seumpamanya walau apa sempena sekalipun, di satu aspek lain, ia boleh jadi pemangkin bagi ramai dari 300 juta penduduk Amerika, bahkan Dunia Barat, kepada lebih tertanya untuk mengenali "Islam" dengan lebih mendalam, samada melalui google, pusat-pusat Islam berdekatan atau para muslimah bersyiar tudung kepala yang lalu lalang di lorong-lorong seluruh Amerika. Mereka merancang, Allah merancang. Allah perancang paling baik.
Us. Abdul.Halim Abdullah

Satu "gofundme" site telah dilancarkan. Dalam masa 24jam, orangramai telah menderma hampir setengah juta USD.
Di sebalik tragedi ini, satu fakta yang memberangsangkan bahawa kebanyakan dari kalangan 10,000+ penderma adalah dari golongon non-Muslim. Subhanallah walhamdulillah..
https://www.gofundme.com/victoria-islamic-center-rebuilding

gofundme.com
Victoria Islamic Center Rebuilding
We are happy to report to you; our donors, that we are only weeks away from opening the doors to our new mosque. The rebuilding of our mosque is made possible by the generosity of over 24,000 dono...
SINAR ISLAM DI UFUK DI BARAT
Tiga orang menembak mati 3 jemaah sedang solat Isyak dalam masjid di Quebec, Kanada. Kini Barat dan Timur lebih maklum kepada siapakah istilah "terrorist" lebih sesuai dipakai.
Sekali lagi tragedi di atas berlaku dalam masjid orang Islam di Amerika Utara, setelah sebuah masjid dibakar kelmarin di Texas, Amerika.
Moga umat Islam di Barat terus tsabat (teguh) menghayati agama mereka walau cubaan demi cubaan dikenakan ke atas nyawa dan masjid mereka.
Ia juga memberi mesej kepada umat Islam di Barat, terutama mereka yang dilalaikan dengan kehidupan ala Barat, bahawa Agama yang sedang mereka anuti sebenarnya adalah suatu yang amat tinggi nilainya, dicemburui oleh ramai manusia, kerana kebenarannya dan kasihnya penganutnya kepada agama mereka.
(وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ)
[Surat Al-Baqarah 109]
"Ramai di kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani ingin agar mereka dapat memurtadkan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki dari dalam diri mereka, setelah jelas kepada mereka akan kebenaran. Biarkan dan maafkan sajalah, hingga Allah datangkan keputusannya. Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu".
Yang penting, umat Islam di Barat terus mendidik dan membina generasi muda mudi mereka agar menjadi pendakwah ulung di Barat di dekad dekad mendatang. Masa depan untuk Islam di Barat dan Timur, insyaAllah.
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Jan 2017

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
Usaha perbaikan hubungan antara Mesir dan Gaza semakin positif menggembirakan kita. Ini kerana sebarang hubungan positif antara kedua-dua negara berjiran, bakal memberi menfaat kepada kedua-dua penduduknya. Ia juga boleh membuka mata kedua-dua pihak untuk sedar ancaman-ancaman sebenar ke atas mereka.
Usaha-usaha kesepakatan sedemikian dalam aspek aspek yang boleh disepakati, walau tidak dalam semua perkara, boleh dicontohi oleh kita.
Moga usaha-usaha saudara-saudara seIslam kita di sana sini terus mencatat kejayaan demi kejayaan. Ameen.

TAHFIZ SEJAK KECIL
Pemandangan kanak-kanak sedang hadir tahfiz Quran di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Setiap kumpulan/kelas mempunyai 10-20 orang kanak-kanak. Setiap selepas Asar terdapat lebih 100 kumpulan. Bermakna lebih 1000 kanak-kanak menghafaz Quran di situ setiap petang.
Kelihatan setiap guru dalam setiap kumpulan mempunyai daftar kemajuan murid-murid. Di tiang masjid terpampang nama kelas dan nama guru tahfiz (muhaffiz).
Jika kanak-kanak ini hafaz Quran sepenuhnya, memahami Bahasa Arab dengan baik lalu selepas itu ditarbiyah oleh murabbi yang mursyid (layak membimbing) dalam gerakan Islam yang hebat, maka kesannya kepada mereka, masyarakat dan negara adalah sangat ketara dan membanggakan.
Moga fenomena seperti di atas berlaku kepada anak-anak dan masyarakat kita. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2017
Madinah

DIANTARA JEMAAH ISLAM DAN PARTI ISLAM
Jemaah adalah alat untuk mengislamkan penghayatan masyarakat, melaksana dan menjayakan projek dan gagasan Islam yang besar.Oleh itu sesebuah Jemaah Islam mestilah merupakan sebuah jemaah yang syumul (menyeluruh) dan bukan semata-mata sebuah parti politik. Rasulullah saw menggunakan jemaahnya untuk membina dan menegakkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dengan membina individu (fard) muslim, keluarga Islam, masyarakat Islam sehingga memerintah dunia.
(Arkib April 2011)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2011/04/25/di-antara-jemaah-islam-dan-parti-islam/