DEIR ZUUR
Saat ini pertempuran sengit di antara ISIS melawan Regim Syiah Syria Bassyar Asad di Lapanganterbang Deir Zuur, antara bandar paling strategik di sempadan Syria dan Iraq.
Tentera Bersekutu meningkatkan serangan udara ke atas ISIS di wilayah bersempadan Syria-Iraq.

KERAJAAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT ATAU KEPADA BARAT
Saban hari saya melihat masyarakat Islam di akar umbi tak kira dari parti dan pertubuhan mana mereka berdaftar, boleh berjumpa, bermesyuarat dan berpakat di surau, masjid, sekolah dan sebagainya dalam banyak kenduri kendara, keselamatan dan pengurusan kampung dan perumahan serta banyak isu masyarakat setempat, sedang para pemimpin mereka pula langsung tidak boleh bermesyuarat dan berpakat bersama walau dalam satu dua perkara demi kepentingan Agama dan bangsa. Para cendikiawan dan cerdik pandai, bila melihat fenomena ini akan mengamati untuk siapa pemimpin ini berkhidmat, kepada Rakyat atau kepada Barat ??!!
(Arkib Oktober 2010)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/

UKHUWWAH IMAN
Pengajaran Bosnia
Sebelum Perang Bosnia 1992-1995, umat Islam Bosnia hidup berjiran dengan bangsa Serb Bosnia (Kristian Ortodoks) dan bangsa Croat Bosnia (Kristian Katholik). Hidup kebanyakan mereka hampir tiada beza di segi minum arak, berpakaian bahkan kahwin campur.
Pemerintahan komunis Presiden Tito berdekad-dekad telah 95% menjauhkan mereka dari Islam. Yang tinggal hanya nama dan perkataan "Islam" pada kad pengenalan sahaja.
Perang 1992-1995 meletus, bangsa Serb Bosnia dengan bantuan negara jiran Serbia membunuh 300,000 orang Islam Bosnia dan jutaan menjadi pelarian. Saat itu baru mereka sedar bahawa mereka dibunuh hanya kerana "Islam" yang mereka anuti, yang tertulis dalam kad pengenalan itu sahaja.
Baru mereka tahu nilai "agama" yang mereka pusakai turun temurun sejak zaman Khilafah Uthmaniah membawa masuk Islam ke benua Eropah.
Benar firman Allah swt :
(وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ)
"Dan tidaklah mereka (orang kafir) berdendam terhadap mereka (umat Islam) melainkan kerana mereka beriman kepada Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Terpuji". [Surat Al-Buruj 8].
Hanya sekadar kerana "agama" dan kepercayaan, dan belum lagi ke tahap penghayatan dan iltizam, 300000 muslim dan muslimah dibunuh kejam di tengah-tengah benua Eropah.
Apabila tentera Islam dari berbagai negara Islam datang membantu mengalahkan tentera musuh, lalu perang tamat pada tahun 1995, rasa ukhuwwah Islam dan cintakan agama semakin subur di dalam jiwa mereka.
Perasaan kasih dan sayang harus dipupuk kepada agama Islam dan kepada sesama umat Islam walau di mana mereka berada di ceruk-ceruk dunia.
Us. Abdul Halim Abdullah
3 Feb 2017

CAMPURTANGAN ASING
Pakistan
Semalam 5 warga Pakistan syahid akibat serangan udara tentera Amerika.
Hari ini Amerika boleh menyerang dari udara di mana mana negara Islam tanpa segan silu, macam negara itu kepunyaan nya. Bahkan di Amerika sendiri, mereka tak boleh berbuat sedemikian.
Serangan-serangan udaranya di Yaman sekarang ini telah mengakibatkan banyak korban juga.
Yang terbaik adalah umat Islam mesti menyelesaikan urusan negara mereka dengan sendiri dan bukan memanggil pihak asing untuk masuk campur.
Pihak asing akan masuk campur dengan membawa agenda mereka sendiri dan bukan agenda umat Islam dan negara Islam.
Firman Allah swt :
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)
[Surat Al-Ma'idah 51]
"Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mengambil Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman kepercayaan dan rujukan). Mereka berwali sesama mereka. Siapa yang berwalikan mereka, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim".
Moga Allah selamatkan kita dari bahaya mereka. Ameen.

ISLAM DI ITALY
Mimpi Hari Ini Hakikat Esok
Rabu 1/2/2017 lalu pertubuhan-pertubuhan besar Islam yang mewakili 70% dari 1.7 juta masyarakat Islam di Italy telah menandatangani memorandum kesefahaman dengan Menteri Dalam Negeri Italy. Ini membuka jalan ke arah mengiktiraf Islam sebagai salah satu agama yang ketara dan diiktiraf dalam negara Italy.
Seerah menunjukkan Negara Islam tegak di Madinah melalui jihad dominasi, manakala di Mekah melalui jihad perang. Kesemua jalan ke arah penegakkan negara Islam hanya di dalam ilmu Allah swt, dan tidak diketahui oleh manusia termasuk Rasulullah saw.
Bagaimana negara Islam nanti tertegak di Italy, samada melalui dominasi atau selainnya, hanya Allah swt yang tahu dan masa akan membuktikannya.
Ketika saya melawat bandaraya Milan di utara Italy, saya lihat ada orang Islam yang bersolat di tengah orang ramai di kawasan awam. Di bandar-bandar lain, terdapat kedai runcit dan restoran Islam. Ia fenomena yang memberansangkan.
Kadar kelahiran di Eropah adalah sekitar 1.3, bermakna purata setiap pasangan di sana menghasilkan hanya 1.3 anak. Berbanding umat Islam di Eropah yang mencapai angka 4.5. Jika fenomena ini berterusan, kajian mendakwa umat Islam boleh menjadi majoriti di Eropah pada tahun 2050.
Moga umat Islam terus maju dan bangkit di Eropah dan di seluruh dunia. Zaman kelam yang sedang dihadapi umat Islam masakini pasti akan berlalu. Di saat Umat ini menang, ia akan memimpin dan membimbing umat-umat lain ke Syurga insyaAllah.
( ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ) (بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ)
"Milik Allah segala urusan (memenangkan AgamaNya) sebelum dan selepas (bila-bila masa). Pada hari (kemenangan) itu, orang-orang beriman akan bergembira dengan Kemenangan (anugerah dari) Allah. Dia memenangkan siapa yang dikehendakkiNya. Dia Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang". [Surat Ar-Rum 4-5].
Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Feb 2017

KEHIDUPAN HUTAN
Berkata pengasas dan pemimpin Ikhwan Muslimin Syria, Us Mustafa as-Sibaie ra :
من أروع ما كتبه الشيخ مصطفى السباعي رحمه الله :
(( *عندما يمسك بالقلم جاهل ، وبالبندقية مجرم ، وبالسلطة خائن : يتحول الوطن إلى غابة لا تصلح لحياة البشر* ))
"Apabila yang memegang pena (menulis) itu orang jahil, yang memegang senjata adalah penjenayah dan memegang kuasa itu pengkhianat, maka negara akan bertukar menjadi hutan dan tidak sesuai lagi untuk kehidupan manusia".

PENGARUH
Kini ramai Yahudi menduduki jawatan-jawatan strategik dalam pentadbiran Presiden Trump.
Di banyak aspek, pengaruh lebih berkesan dari bekerja. Pengaruh membentuk polisi-polisi dan sikap. Sedang bekerja sepenuh atau separuh masa, hanya melaksanakan polisi-polisi yang telah digariskan.
Menguasai polisi dan membentuk pengaruh mensyaratkan seseorang atau mereka yang memiliki ideologi, idealisma atau fikrah perjuangan. Ini hanya boleh dibentuk dengan tarbiyah yang secukupnya.
Tarbiyah mensyaratkan mesti ada ilmu yang digali, ditatapi atau diambil dari murabbi, kitab dan ulamak yang muktabar. Ia tidak datang menggolek tanpa usaha-usaha di atas. Sejauh mana seseorang menatapi ilmu, sebanyak itu dia dapat.
Pertarungan Islam vs Dunia adalah pertarungan tarbiyah, sebelum dan disamping pertarungan bentuk-bentuk lain yang dimaklumi.
Tidak kurang para Duat menduduki kerusi penting dalam parlimen, kementerian dsb di seluruh dunia, namun banyak juga peluang dan kesempatan tersebut tidak dimenfaatkan seoptimanya. Kes Ooi dan Siow harus menjadi pengajaran. Setelah 50 tahun merdeka, ahli-ahli Parlimen kita tidak menggubal akta kesalahan bercumbuan di khalayak ramai.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Berjuang menduduki posisi berpengaruh adalah satu perkara. Nafsu manusia memudahkan lagi tabiat sedemikian untuk diusahakan.
Namun berperanan menggunakan posisi adalah satu perkara yang lain. Ia memerlukan seseorang mempunyai Risalah yang ingin dia perjuangkan. Tanpa risalah dan fikrah, kesempatan banyak terbuang, bahkan boleh memudharatkan. Nauzubillah.

UKHUWWAH DALAM PENJARA
Pengajaran kisah Ikhwan Muslimin
Iman, fikrah dan ukhuwwah adalah ruh kepada Amal Islami dan organisasi.
Istilah "ruh" memberi kita faham bahawa tanpa ruh, sesuatu jasad itu adalah mati dan tidak bernyawa. Jasad atau fizikal yang tidak bernyawa akan mengalami proses pereputan, pembusukan dan kehancuran.
Kerana itu, demi menjaga kelansungan Amal Islami, Imam Hasan Al-Banna ra sangat mengutamakan Tarbiyah sebagai satu-satunya cara menyuburkan Iman, Fikrah dan Ukhuwwah.
Syeikh Ali menceritakan sewaktu beliau dan para Ikhwan disumbat ke dalam penjara oleh regim Gamal Abdul Nasir pada tahun-tahun 1960an, sel penjara yang kecil yang hanya sesuai dimuat untuk beberapa orang telah dipaksa isi seramai 12 orang, termasuk beliau. Dihujung sel kecil itu terdapat lubang jamban untuk sesiapa buang air besar dan air kecil di khalayak teman sebilik.
Bila tiba malam hari untuk tidur, ruang sempit sel tidak cukup untuk semua mereka tidur dengan susunan biasa. Ada teman yang terpaksa tidur dengan cara duduk.
Akhirnya mereka mendapat susunan terbaik yang membolehkan semua 12 orang mereka tidur di atas lantai, iaitu susunan kepala bersilang kaki. Dengan kata lain, susunan kepala-kaki-kepala-kaki-kepala-kaki bersebelahan sesama mereka.
Kepala teman yang terakhir adalah di lubang jamban bilik sel tersebut.
Hasil didikan Imam Al-Banna ra, setiap hari sejak petang lagi kesemua ahli sel telah berebut booking untuk tidur di lubang jamban tersebut. Itu tahap ukhuwwah tertinggi, iaitu Al-Ithar (melebihkan mukmin lain, lebih dari diri sendiri) yang disebut Allah swt dalam firmanNya :
"Mereka mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri, walaupun mereka dalam keadaan susah ...".
Kerana itu dakwah Ikhwan berkembang ke merata dunia. Jasad organisasinya hidup, bahkan sihat dan teguh, kerana ruh organisasinya segar dan kuat.
Ini mengingatkan kisah Ithar di zaman Rasulullah saw, bila seorang sahabat mengajak seorang sahabatnya yang lain untuk makan di rumahnya yang mempunyai makanan cukup untuk seorang.
Bila tiba saat menjamah makanan, isterinya memadamkan pelita, lalu tetamu itu makan di dalam gelap tanpa menyedari tuan rumah suami isteri tidak makan dengan harapan tetamu dapat makan sepuasnya.
Sejarah sejak sebelum dan sesudah Merdeka menunjukkan banyak parti, ngo, kelab, persatuan dan badan di Malaysia yang telah mengalami pereputan dan lenyap di telan zaman.
Moga Allah swt memelihara Amal Dakwah yang sedang kita perjuangkan di zaman penuh cabaran ini. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Feb 2017
(Foto : Perkuburan 10,000 sahabat Rasulullah saw di Madinah)

BUANG BAYI : JAHILIYYAH ABAD Ke-21
Saya tersentak lagi di pagi hening di Tanah Suci ini apabila membaca kisah bayi dibuang oleh ibu yang baru melahirkannya. Hati menjadi lebih sayu apabila melihat fotonya, mengetahui dia dibuang didalam tandas awam dan menghisap jari kerana lapar ketika ditemui. Alangkah dahsyatnya fenomena Jahiliyah hari ini, zaman dimana saya hidup di dalamnya dan berjuang untuk merubahnya.
(Arkib Desember 2008)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/12/15/buang-bayi-jahiliyah-abad-21/#more-1024

FOREIGN INTERFERE
Yesterday, six people were killed by the Russian air attacks on Idlib, Syria. One wonders who the hell in the world gave the Russian the right to attack Syrian people on their very own Syrian soil. As if the so-called "United Nation" never exist and no resolutions have ever been passed condeming aggression on any soverign nation.
Russia escalating campaign in Syria amid discussion on Syria future constitution is expected. By doing so, the West, the East, Shite Iran, Shite Iraq, Bassyar Asad etc, through Rusia are trying to secure their role in the making of Syria new constitution.
Syrians definitely reject any attempt by atheist Russia in shaping their Islamic future. So do us and all sincere muslims all over the world.
Us. Abdul Halim Abdullah
7 Feb 2017

MUSLIM PERANGI MUSLIM
Sebentar tadi lihat tv aksi tentera muslim sesama muslim berperang di Timur Tengah. Timbul rasa sedih kerana saya tahu peluru yang ditabur itu adalah ke arah tentera Islam juga.
Mungkin masing masing baru selesai solat masing masing, kemudian sambung perang semula.
Di rumah masing-masing, ada anak isteri yang berhijab menunggu kepulangan ayah masing masing dari medan perang.
Jika salah satu pihak terkena peluru di kepala dan terbunuh, dia akan pulang ke pangkuan anak isteri sebagai jenazah yang kaku, bukan ayah yang merangkul anak isteri dengan penuh kasih sayang. Bacaan Yaasin untuknya.
Yang menembak pula akan baca Yasin nanti mencari pahala.
Jika perang antara Islam dan kafir, mudah difahami. Tetapi jika perang sesama Islam, ia suatu yang menyayat hati.
حديث صحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا التقى المسلمان بسيفيهما، فالقاتل والمقتول في النار. فقيل: يا رسول الله هذا القاتل، فما بال المقتول؟! قال: إنه كان حريصاً على قتل صاحبه. رواه البخاري ومسلم.
Hadis sahih dari Rasulullah saw bersabda :
"Apabila 2 orang muslim bertarung dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk Neraka". Lalu seorang bertanya, "Ya Rasulullah, yang terbunuh tu ialah masuk Neraka. Camana pulak yang terbunuh pun sama masuk Neraka ?". Jawab Nabi saw, "Kerana dia pun bersungguh-sungguh hendak membunuh saudaranya". Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Alangkah beratnya juga dosa yang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam membuat keputusan sedemikian rupa hingga umat Islam terpaksa berperang dengan umat Islam yang lain.
Us. Abdul Halim Abdullah
8 Feb 2017

DUA KUASA TERBESAR DI SYRIA
Amerika juga melancarkan serangan udara di Syria, iaitu di baratnya. Samada yang terbunuh itu "pejuang Al-Qaeda" seperti yang disiarkan, atau orang-orang awam, seperti yang biasanya berlaku, belum ada pihak tempatan yang mengesahkan.
Manakala Rusia melancarkan serangan di wilayah-wilayah timur Syria.
Dengan ini Syria menjadi sasaran bagi kedua-dua Kuasa Terbesar di dunia, tanpa kita mendengar apa apa ketetapan Majlis Keselamatan PBB mengizinkan tindakan tersebut.
Jarang kita mendengar kedua-dua pihak Amerika dan Rusia yang kononnya sedang "berperang dingin" sesama mereka, pada masa yang sama saling bekerjasama pula berjuang di negara mangsa yang sama.
Ini memberi gambaran kerjasama sebenar pihak-pihak utama di dunia dalam berhadapan dengan pihak-pihak Islam.
(وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ)
"Orang-orang kafir saling tolong menolong antara sesama mereka. Jika kami kamu tak buat (seperti itu), akan jadi huru hara di muka bumi dan kerosakan yang besar" [Surat Al-Anfal 73].
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Feb 2017

UNIVERSITI ISLAM MADINAH
Sejak kali pertama saya ke Tanah Suci tahun 1991, setiap kali saya singgah di depan Universiti Islam Madinah, harapan saya yang tidak berubah hingga ke saat ini adalah keluar dari universiti ini seramai mungkin duat pejuang Islam yang akan merubah masyarakat dan negara kita di Tanahair ke arah Islam dan penegakan Syariat Islam.
Potensi universiti ini sangat besar di aspek pembinaan ilmu dan jiwa para mahasiswanya. Banyak kesempatan saya dapat bersama penuntut-penuntut Melayu di sana meninggalkan kenangan dan pengalaman berguna.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh mereka agar tidak terlalai diantaranya :
1- Disibukkan mencari wang tambahan dengan cara menjadi mutawif di Madinah. Membaca dan berbincang buku-buku haraki juga memerlukan masa.
2- Sering bercuti di Tanahair, apatah lagi mereka mendapat tiket percuma setiap tahun dari pihak universiti. Sedangkan peluang fokus tarbiyah diri di musim cuti panjang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
3- Complacent dengan suasana Saudi yang tenang, jauh dari pertarungan ideologi dan gerakan, berbeza dengan suasana pelajar Melayu di Mesir dan negara-negara yang bergolak. Suasana pertarungan lebih mematangkan harakah dan memahamkan Risalah.
Semoga kalian berjaya dalam pengajian dan majujaya dalam perjuangan Islam. Ameen.

INSAN TAQWA YANG LOW PROFILE
Sabda Rasulullah saw :
إن الله يحب من عباده الأتقياء الأخفياء الذين إذا حضروا لم يعرفوا، وإذا غابوا لم يفتقدوا، أولئك مصابيح الهدى يخرجون من كل غبراء مظلمة".
"Sungguh Allah menyukai insan dari kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa lagi low profile yang jika mereka hadir tidak dikenali orang, apabila mereka tiada tidak dirasai tidak dirasai orang. Mereka adalah pelita-pelita Petunjuk dan keluar dari segenap kabus kegelapan".
Kerana itu para syuyukh Dakwah berkata, "Dakwah ini juga dimenangkan oleh insan-insan yang nampak macam tidak menonjol, namun dari doa, solat dan keberkatan amal mereka".
Prestasi mereka tinggi. Mereka mengesani persekitaran, bukan mereka yang dikesani, memberi, bukan menerima, berkorban, bukan mengambil kesempatan, bekerja, bukan bercakap.
Kita sangat berhajat kepada Duat seperti ini. Moga Allah memilih kita dari kalangan mereka. Ameen.

DR. LENA LARSEN
Dua tahun lalu, saya bertemu seorang alim wanita dalam Muktamar Ulama Ahlus Sunnah Sedunia di Istanbul (foto). Beliau bukan seorang arab, tapi bahasa Arabnya baik. Beliau berasal dari Norway. Namanya Dr Lena Larsen http://www.jus.uio.no/smr/english/people/aca/lenala/
Pengajian Masters dan PhD nya adalah mengenai perbandingan agama, wanita Islam di Eropah dll. Beliau banyak menghasilkan artikel dan penerbitan Islam serta menghadiri forum-forum.
Semasa Muktamar Ulamak Ahlus Sunnah berlangsung, pandangan beliau kritis dan berani, walaupun jika berbeza dengan pandangan para ulamak lelaki Arab lain dari negara-negara Arab yang hebat dan terkenal peringkat antarabangsa.
Di satu aspek Islam mengalu-alukan wanita berilmu tinggi pada zaman ini seperti beliau, sepertimana isteri Nabi saw, Aisyah bt Abu Bakar ra, yang merupakan alim wanita di zamannya dan antara periwayat hadis terbanyak dari kalangan wanita.
Di aspek yang lain pula, saya suka wanita yang berani mengemukakan pandangan ikhlas, berisi, membina serta berhujjah nas dan realiti, tidak kalah, tidak taasub kepada pandangan orang dan bermenfaat kepada masyarakat dengan capaian seluas mungkin. Sudah tentu semua di atas adalah tanpa mengabaikan peranannya yang asasi di rumah.
Bagi sesiapa yang melancung ke Norway, boleh mencari beliau dan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai Islam dan wanita Islam di Eropah.
Moga beliau diberi kekuatan oleh Allah swt untuk berkhidmat dan berdakwah di bumi Eropah yang mencabar. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama Ahlus Sunnah Sedunia
12 Jan 2017

POTENSI MUJADDID KURUN
Ulangtahun 68 Syahid Imam Al-Banna
Tarbiyah mana-mana manusia adalah dengan mendidik 2 aspek iaitu :
1- Thaqafah (ilmu pengetahuan).
2- Syakhsiyah (keperibadian).
Jika dididik dan diasah 2 potensi di atas, dengan petunjuk dan taufiq dari Allah swt, Islam bakal memiliki ramai mujaddid zamannya di merata dunia.
(1) ASPEK THAQAFAH
Diaspek Thaqafah, Imam Hasan Al-Banna ra memiliki kebolehan Bahasa Arab yang sangat tinggi. Sejak di sekolah rendah, beliau duduk di sisi dan membacakan kitab-kitab pelbagai ilmu untuk guru tahfiznya yang buta, Syeikh Zahran.
Apabila datang ulamak ke rumah Syeikh Zahran, beliau mendengar perbahasan ilmiah antara mereka dalam semua bidang Tafsir, Hadis, Fiqh, Aqidah, Tasauf dll. Ini semasa Hasan al Banna di sekolah rendah !!!
Kemudian beliau menghafaz AlQuran, mendapat tempat pertama ketika di tahun akhir di universiti.
Pembacaannya meluas, meliputi hampir semua bidang pengetahuan. Sejarah turun naik umat dunia dan umat Islam, perilaku Penjajah Barat di setiap negara Islam saat itu dan lain-lain.
Setelah berbincang dengan Imam Al-Banna seketika sahaja, Perdana Menteri Mesir ketika itu berkata, "Kalaulah aku berkuasa melantik, aku lantik Hasan al-Banna sebagai Menteri Luar. Aku lihat dia boleh mengangkat Mesir menjadi pemimpin dunia". Ketika itu perlantikan terikat dengan pilihan Raja yang terikat dengan Penjajah British.
(2) ASPEK SYAKHSIYAH
Peribadi bapanya, seorang ulamak AlAzhar, bekerja sendiri membaiki jam, penyusun semula kitab hadis Imam Ahmad bin Hanbal (Imam azhab Hanbali) membentuk dirinya. Ibunya yang penyayang membekas dalam keperibadiannya.
Sejak di sekolah rendah, beliau dididik berorganisasi oleh guru-guru. Di sekolah dalam Persatuan Akhlak yang mempunyai perlembagaannya sendiri. Di sekolah menengah dalam Persatuan Cegah Munkar.
Semasa di universiti, beliau terlibat dalam penubuhan pertubuhan Syubban Muslimin. Akhirnya semasa mula bekerja di Ismailiyah, pada tahun 1928, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin.
Posting sependek ini sudah tentu tidak dapat meringkas kisah dan prestasi Imam Al-Banna yang terlalu panjang dan banyak.
Memahami Sunnatullah, mengamati Seerah dan melihat waqie (realiti), saya amat yakin kita tidak boleh menghasilkan mujaddid Kurun melainkan dengan tarbiyah (didikan) thaqafah dan syakhsiyah yang amat intensif, panjang masa, banyak dugaan dan kejadian serta keikhlasan dan cinta Akhirat yang tinggi.
Ia tidak boleh dicapai tanpa cita-cita yang amat tinggi, apatah lagi jika sekadar mengikut arus perdana masyarakat.
Moga Allah swt merahmati Imam Al-Banna dan menempatkannya dikalangan para Nabi-nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solehin di Syurga Firdaus tertinggi. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
12 Feb 2017

BUANG BAYI
Hari ini keluar lagi berita buang bayi. Saya sudah hidup lama di beberapa negara dan telah pergi di banyak negara di dunia. Tapi belum pernah dengar setelah dilahirkan, bayi-bayi di buang di tandas, di tong sampah dan seumpamanya.
http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-dibuang-dalam-tandas-1.443330
Quraisy Mekah hanya membunuh bayi perempuan dan membiarkan hidup bayi lelaki. Ketika membunuh, mereka menanam bayi berkenaan, seperti memuliakan jenazah dewasa. Tapi di Malaysia, bayi dibunuh tanpa mengira lelaki atau perempuan, dan diletak di dalam tandas atau tong sampah.
Allah swt memuliakan anak-anak Adam. Sebab itu jenazah sesiapa pun diperlakukan hampir seperti orang hidup seperti tidak disiksa, diangkat dengan baik dan dimandikan.
Bahkan banyak binatang sesama mereka atau anak mereka, memiliki perasaan kasih dan sayang. Foto 3 harimau siap membaham seekor ibu rusa yang tegak berdiri tidak lari, asalkan 2 ekor anaknya selamat lari menyelamatkan diri, menjadi viral di media sosial menunjuk erti kasih sayang sesama makhluk Allah swt.
Tapi bila tamaddun kemanusiaan telah rosak dan jatuh, manusia akan jadi lebih sesat dari haiwan, seperti yang disebut dalam Al-Quran.
Di satu aspek kita perlu membantu golongan pendakwah untuk mendidik masyarakat di masjid, surau, perkumpulan, perjumpaan, majlis dll.
Di satu aspek kita perlu gubal undang-undang Islam yang mencegah dan menghukum mereka yang masih keras tak termakan oleh segala usaha didikan yang telah disampaikan.
Moga Allah swt selamatkan umat kita dari azab yabg melata dan pedih di dunia dan Akhirat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Feb 2017

PERANCIS LEDAK ATOM DI ALGERIA
Ulangtahun ke 57 Mangsa Atom Umat Islam
https://www.youtube.com/attribution_link?a=9iccRDud87I&u=%2Fwatch%3Fv%3DdwU7qwPdMi8%26feature%3Dshare
Dunia hampir tidak maklum apa yang Perancis buat kepada Algeria. Ujian nuklearnya pada hari ini 13 Feb 57 tahun yang lalu telah membunuh puluhan ribu umat Islam Algeria, tidak termasuk ribuan yang cacat kerana pancaran radioaktifnya.
Dunia hanya maklum letupan Amerika terhadap bandar Hiroshima dan Nagasaki kerana ia memberi berita kepada dunia kemenangan Amerika melawan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Tapi ledakan atom di Algeria tahun 1960 tersebut, 4 kali lebih kuat dari ledakan di Hiroshima, adalah dengan Perancis menggunakan bumi Algeria sebagai tempat ujian senjata pemusnah besar, jauh dari negaranya sendiri yang menikmati aman damai. Kesan mati dan penyakit ditanggung umat lain. Apa peduli.
Hari ini negara-negara Islam harus bangkit mengutuk tragedi tersebut dan menggesa pampasan diberikan Perancis kepada setiap keluarga yang mati atau cacat setelah permohonan maaf dicatat.
Zaman penjajahan dan penghinaan telah berlalu. Negara-negara Islam harus bangkit dan beralih fasa dari penindasan kepada kebangkitan, keagungan dan rahmat.

YouTube
جرائم فرنسا بالجزائر .. ضحايا القنابل النووية في رقان
» official page https://twitter.com/4algeria