Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
PERASAAN DALAM JIWA

Jika kita memiliki 3 perasaan di bawah, insyaAllah kita dapat merasa sebahagian perasaan para Sahabat ra yang mendorong mereka mereka berjuang ke seluruh pelusuk dunia sehingga mengalahkan Kuasa-kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi :

1- Islam yang kita perjuangkan adalah Hak. Selain Islam adalah batil. Syariat Islam adalam sistem paling sempurna. Firman Allah swt : فتوكل على الله انك على الحق المبين (Maka bertawakkallah kepada Allah. Engkau di atas kebenaran yang nyata).

2- Jika kita Benar, kita mesti menjadi pemimpin dan pembimbing Dunia, membawa umat ke Jalan Lurus. Firman Allah : كنتم خير امة اخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله (Kamu umat terbaik dikeluarkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran. Kamu beriman kepada Allah).

3- Jika kita yakin kita Benar, rasa agung dengan Islam, maka Allah swt akan bersama kita, menunjukkan jalan dan menolong kita, walau seluruh manusia membiarkannya. Firman Allah swt : والعاقبة للمتقين (Kesudahan yang baik (kemenangan) adalah untuk orang-orang bertaqwa).

Moga setiap detik kita di warnai dengan perasaan mulia dan tinggi ini. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
14 Feb 2017
BERDIKARI (KISAH AYAM DAGING)

Bergantung duit banyak berkait dengan keterikatan jiwa penerima duit kepada pemberi duit. Kesannya juga nanti, ia boleh mempengaruhi perasaan, sikap, pendirian, keputusan dan tindakan.

Kerana itu Imam Hasan Al-Banna melarang para Ikhwan menerima dana dari luar dan sebaliknya berpada dengan sumber duit dari poket ahli-ahli sahaja, samada yang berstatus biasa berupa yuran keahlian, atau dari ahli yang hartawan berupa yuran wajib dan sumbangan ikhlas. Kisah beliau menolak tawaran sumbangan besar dari wakil Kedutaan British menjadi teladan.

Di peringkat organisasi dan negara, ia juga jelas. Kerana itu Kuasa-kuasa Besar Dunia atau kerajaan-kerajaan mengumpan negara-negara kecil, parti-parti dan ngo-ngo dengan wang, projek, pinjaman dan anugerah.

Istilah popular hari ini dipanggil "dedak".

Kerana itu berbeza sifat ayam daging berbanding ayam kampung.

Ayam kampung mencari makanannya sendiri, juga untuk makanan anak-anak kecilnya. Ia peka terhadap musuh, samada manusia atau ular sawa. Kerana itu ia berkokok dan cuba menakutkan manusia yang menghampiri anak-anaknya.

Sebaliknya ayam daging sepanjang hidupnya di dalam sangkar berharap dedak yang dihidangkan oleh tuannya. Kerana telah biasa dan lama, ia lupa bahawa pemberinya makanan adalah musuhnya yang sebenar. Tiba hari dan ketika, apabila pelanggan tiba, ia keluar dari sangkar tanpa melawan tanpa sedar untuk disembelih oleh tuannya.

Bukan sahaja ayam daging, malah burung yang boleh terbang luas di angkasa pun boleh lupa musuhnya jika diberi dedak sekian lama bahkan sampai ke tahap, ia tidak perlu dikurung lagi di dalam sangkar (foto) !!!

Saya memerhati burung daging di pasar Hadiqah, Mesir tersebut (foto) sejak lebih 25 tahun yang lalu, di pasar yang sama, hingga ke masakini, bila berkunjung ke sana.

Setelah kembali ke Tanahair, masuk ke alam bekerja selama 25 tahun dan memerhati gelagat manusia dan ramai orang Melayu, teladan penting dari burung daging dan ayam daging di atas masih belum berubah, bahkan semakin menyakinkan.

Us. Abdul Halim Abdullah
13 Feb 2017

(Foto : Pasar ayam daging dan burung daging di Hadiqah Dauliah, Madinat Nasr, Kaherah, 300-400 meter dari rumah lama kami sekeluarga).
Sudut Tasauf :
IMAN YANG SEMPURNA

Al-Faidh bin Ishaq berkata bahwa beliau mendengar Al-Fudhail berkata,

لا يبلغ العبد حقيقة الايمان حتى يعدُّ البلاء نعمة , والرخاء مصيبة , وحتى لا يحب أن يحمد على عبادة الله.

“Seorang hamba tidak akan menggapai hakikat Iman kecuali setelah mencapai ke tahap :

1- menganggap musibah itu nikmat,
2- menganggap bersenang itu musibah,
3- tidak suka dipuji kerana ibadahnya kepada Allah”.

Selepas musibah Perang Uhud, para Sabahat ra tidak kalah-kalah lagi dalam perang-perang selepasnya seperti Khandak, Mekah, Muktah, Tabuk dll. Di atas asas teguh ini, bertahannya Khilafah Islam selama 1300 tahun sehingga tahun 1928.

Kerana kemewahan dan banyak faktor lain, sistem Khilafah mula merudum dan hancur samasekali ditangan Tamaddun Barat pada tahun 1928.

Berlaku pada ramai Duat, di zaman belajarnya yang sibuk, gagal peperiksaan atau sedikit wang saku, namun jadualnya penuh sarat dengan Dakwah. Pada Al-Fudhail ini adalah nikmat.

Tapi kesenangan mereka di alam bekerja dan kumpul harta menyebabkan biro amal Dakwahnya tiada aktiviti berbulan-bulan. Pada Al-Fudhail ini adalah musibah.

Apabila Duat hidup sebegini, dan berterusan, timbul penyakit lain dalam hati mereka iaitu sukakan pujian orang dari sedikit amal Dakwahnya yang dikerjakan.

Moga Allah swt terus memelihara kita dan memberkari amal kita sehingga kita bertemuNya nanti. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
15 Feb 2017
LARANGAN AZAN

Kelmarin isu larangan Azan kembali hangat. Usul rang undang-undang sedang disediakan untuk dibentang di parlimen Israel bagi melarang azan dikumandangkan 11pm-7am.

Di negara jiran, larangan azan telah lama berkuatkuasa.

Di Malaysia, ada bunyi bunyi yang sama suatu masa dahulu. Tapi dengan kebangkitan orang-orang Islam, bunyi tersebut tidak kedengaran lagi.

Di taman perumahan saya pernah juga berlaku, tapi kini sudah tiada. Azan tetap dikumandangkan.

Moga urusan umat Islam dipermudahkan Allah swt. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
16 Feb 2017
RU355

Kami menyokong PENDAULATAN qanun Syariat Islam serta memertabatkan kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah oleh pihak Legaslatif (Wakil-wakil Rakyat) di Parlimen.

Adapun cara PERLAKSANAANnya, kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Eksekutif serta pihak Judiciary (para pendakwa, peguambela muslim dan hakim muslim) untuk memperhalusi berasaskan prinsip-prinsip Syarak dan realiti masyarakat semasa dan setempat.

Us. Abdul Halim Abdullah
Padang Merbok, KL
18 Feb 2017
"PENDAULATAN" vs "PERLAKSANAAN"

"... Apa yang diputuskan di dalam Dewan-dewan Perundangan adalah merangkumi kesemua Rakyat, samada yang mencuri itu seorang miskin atau kaya, samada yang membunuh itu seorang yang sengaja atau tidak, samada seorang yang berzina atau penuduh itu dalam keadaan sedar atau keliru dan seumpamanya.

Adapun difasa perlaksanaan Syariat Islam, iaitu proses mahkamah dan keterangan, maka hadis ادرء الحدود بالشبهات itu diambilkira. Di mahkamah, hasil penyiasatan terperinci, hujjah keterangan didengari dan sebarang kekeliruan dikenalpasti. Dari proses itu, hakim memutuskan hukuman yang adil, dengan mengambilkira kekeliruan jika ada terhadap tertuduh.

Bukan tugas Wakil-wakil Rakyat untuk mengenalpasti kekeliruan pada tiap seorang yang tertuduh seorang demi seorang. Proses terperinci tersebut hanya dilakukan, bahkan hanya boleh dilakukan di kamar Mahkamah, bukan di Dewan Perundangan (Parlimen dan DUN)..."

Us. Abdul Halim Abdullah
7 Jun 2015

Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2015/06/10/seruan-tangguh-hudud-yang-keliru/amp/
KHADIJAH RA LAMBANG CINTA SEJATI

Khadijah ra seorang koporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda saw disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi saw sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.

(Arkib Disember 2007)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2007/12/27/khadijah-ra-lambang-cinta-sejati/
Akhbar Harets Israel hari ini menyatakan Israel belum tentu mampu memenangi peperangan di hadapan. Juga sebarang peperangan hendaklah tidak melebihi 6 hari sahaja. Lebih dari itu, jiwa tentera mereka serta bekalan persenjataan tidak berpihak kepada Israel.

Saya amati perang Israel-Gaza yang terakhir memang menjelaskan hakikat ini. Apabila selepas 20 hari Israel masih tak mencapai kemenangan, seluruh jenteranya melumpuh sedikit demi sedikit. Tenteranya mula diresapi kegerunan. Israel terpaksa meminta Mesir segera menaja genjatan senjata.

Us. Abdul Halim Abdullah
20 Feb 2017
DAULAH ISLAM (الدولة الاسلامية)

Adalah salah jika ada orang mengatakan kita telah berpuas hati dengan sifat, ciri dan keadaan negara Islam yang ada pada hari ini.

Daulah Islam yang kita ingin, cita-citakan dan berusaha keras ke arahnya adalah negara yang :

1- Memimpin umat-umat Islam di dunia dan menggabungkan mereka yang sedang berpecah belah di zaman ini.

2- Mengembalikan kehebatan dan kegemilangan Umat Islam yang pernah dikecapi suatu masa dahulu, memimpin dan membimbing Dunia.

3- Menebus kembali tanahair-tanahair Islam yang hilang, dirampas atau dicerobohi.

4- Mengibar panji-panji Jihad dan Dakwah di jalan Allah sehingga Dunia bahagia dengan ajaran-ajaran Islam.

Adakah telah terdapat di depan mata kita negara Islam sedemikian ?

Us. Abdul Halim Abdullah
21 Feb 2017
KASIH SAYANG DALAM KELUARGA DAKWAH

..seorang teman datang sebentar ke rumah saya untuk bertanyakan tips hidup berumahtangga. Kehidupan saya berumahtangga selama lebih 20 tahun, sudah tentu tidak mungkin dapat disimpulkan dalam beberapa petua dalam masa sejam dua. Saya mengambil kesempatan singkat tersebut untuk menekankan satu hakikat yang sangat penting dalam kehidupan berumahtangga, bahkan kehidupan di dalam Jalan Dakwah dan kehidupan dalam masyarakat antarabangsa. Hakikat itu adalah kasih sayang.

Sebelum saya meneruskan bicara, kasih sayang dalam rumahtangga adalah juga sama dengan kasih sayang di dalam jemaah di Jalan Dakwah.

(Arkib Jun 2008)
Teruskan bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2008/06/16/kasih-sayang-jalan-kita/
BAHAYA UJUB

Ujub ialah perasaan kagum kepada diri sendiri. Merasa dirinya hebat. Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Moga Allah selamatkan kita dari sifat mazmumah ini. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
28 Feb 2017
TARBIYAH QAWIYAH

Saya melihat perkembangan dan kemajuan kem Jahiliyah peringkat antarabangsa, disegi teknologi, kewangan, persenjataan dan networking semakin hari semakin canggih dan terkedepan. Keupayaan media sosial tiada had. Kesannya kepada anak-anak Duat dan Umat adalah besar dan merunsingkan.

Sukar digambarkan insan akan selamat kecuali yang benar-benar melalui tarbiyah (didikan) yang kuat oleh murabbi (pendidik) yang rabbani.

Aktiviti-aktiviti moral bersifat umum boleh dan banyak dikalahkan oleh arus Barat yang ganas pada hari ini dan akan datang. Saya lihat ramai anak anak tewas, walaupun mereka dari keluarga yang soleh.

Moga Allah swt memelihara kita semua. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
29 Feb 2017
SEMUA SAMA AKAN MATI, TAPI BEZA ...

Akan mati orang-orang saleh dan orang-orang jahat.
Akan mati orang yang hidup berjuang, dan orang yang hidup lepak.
Akan mati orang yang bangga dan rasa tinggi dengan Aqidah dan orang yang rela hina tunduk kepada manusia.
...
Semua akan mati. Tiada beza aspek ini.

Yang berbeza adalah aspek lain. Bezanya adalah di penghujung masing-masing :

(وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ).
"Hanyasanya disempurnakan balasan bagi kamu (adalah) pada Hari Kiamat. Siapa yang diselamatkan dari Api Neraka, dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya".

Inilah nilai yang terdapat dalam Perbezaan itu.
Inilah kesudahan yang membezakan antara seseorang dari seseorang yang lain.
Inilah Nilai Abadi yang layak diusahakan oleh kita dan Penghujung yang digeruni yang layak dibuat 1000x perhitungan.

Asy-Syahid Sayyid Qutb (1906-1966)
IKHWAN MUSLIMIN
http://i-cias.com/e.o/qutb_s.htm
(Beliau penulis tafsir agung Fi Zilal Al-Quran, dan syahid di tali gantung regim tentera Jamal Naser di Mesir)

Terjemahan :

Us. Abdul Halim Abdullah
3 Mac 2017

الفوارق بين فئتين ..
===============
يموت الصالحون ويموت الطالحون
يموت المجاهدون ويموت القاعدون
يموت المستعلون بالعقيدة ويموت المستذلون للعبيد

يموت الشجعان الذين يأبون الضيم
ويموت الجبناء الحريصون على الحياة بأي ثمن
يموت ذوو الاهتمامات الكبيرة والأهداف العالية

ويموت التافهون الذين يعيشون فقط للمتاع الرخيص.!

الكل يموت ..
كل نفس تذوق الجرعة وتفارق الحياة ..
لا فارق بين نفس ونفس في تذوق هذه الجرعة

إنما الفارق في شيء آخر ..

الفارق في المصير الأخير

(وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ).

هذه هي القيمة التي يكون فيها الافتراق .
وهذا هو المصير الذي يفترق فيه فلان عن فلان

القيمة الباقية التي تستحق السعي والمصير المخوف الذي يستحق أن يحسب له ألف حساب ..

سيد قطب رحمه الله
FITNAH MENGANGKAT DERAJAT MUKMIN

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

ابتـلاء المؤمـن كالدواء له، يَستخرجُ منه الأدواء التى لو بقيـت فيه أهلكته، أو نقصت ثوابـه، وأنزلت درجتـه . فيستخرج الابتلاء والامتحان منـه تلك الأدواء، ويَستعدُّ به لتمام الأجر، وعُلوِّ المنـزلة، ومعلومٌ أنّ وجود هذا خـيرٌ للمـؤمن من عدمـه.

💧 Dugaan ke atas seseorang mukmin adalah ibarat ubat baginya.

💧 Ubat itu mengeluarkan berbagai penyakit darinya yang jika dibiarkan bersarang dalam dirinya, penyakit itu akan membinasakannya, mengurangkan pahalanya atau menurunkan derajatnya.

💧 Oleh itu dugaan dan ujian tadi akan mengeluarkan penyakit-penyakit dari dirinya dan membantunya untuk mendapat pahala yang sempurna dan derajat yang tinggi.

💧 Maka telah diketahui bahwa wujudnya dugaan itu lebih baik bagi seseorang mukmin daripada tidak ada ujian ke atasnya.

Saya nampak banyak kebaikan untuk seorang mukmin yang dikenakan dugaan ke atasnya asalkan beliau sabar dan sentiasa positif mengamati hikmah-hikmah dari dugaan tersebut. Oleh itu sebenarnya ia bukan isu (perihal) orang mukmin yang kena dugaan.

PENIMPA DUGAAN

Sebaliknya ia adalah isu (perihal) orang yang melakukan atau mengenakan sesuatu dugaan (fitnah) ke atas orang mukmin lain. Firman Allah swt :

(إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ)
"Sungguh orang-orang yang menimpakan dugaan ke atas orang-orang beriman lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab api Neraka". [Surat Al-Buruj 10]

Moga Allah swt bersihkan kita dari jiwa dan tabiat sedemikian. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
6 Mac 2017
ZALIM TABIAT KEJI

Allah swt sendiri mengharamkan ke atas DiriNya perbuatan zalim, maka lebih-lebih lagi lah ia nya suatu yang amat haram ke atas hamba-hambaNya.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ
عَزَّ وَجَلَّ أَنَّهُ قَالَ : يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلىَ نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً، فَلاَ تَظَالَمُوا ...
Dari Abu Zarr Al-Ghiffari ra, dari Nabi saw yang meriwayatkan dari TuhanNya bahawa Dia berfirman, "Wahai hamba Ku, sungguh Aku telah haramkan ke atas DiriKu kezaliman, dan Aku telah jadikan Kezaliman itu haram sesama kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi antara satu sama lain...".

Zaman ini kuasa-kuasa besar kufur menzalimi umat yang lebih lemah. Dalam kemelut ini Allah swt memilih kita untuk membina tamaddun kemanusiaan yang baru dan adil.

Maka kita para Duat dan Umat Islam harus menjadi contoh teladan mereka yang membuang sifat zalim dari bersarang dalam diri dan dari melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap orang lain, terutama ke atas mereka yang lebih lemah.

Us. Abdul Halim Abdullah
6 Mac 2017
LIBYA BERGOLAK

Rakyat Libya sekali lagi bangkit untuk mematahkan cubaan bekas tentera Libya merampas kuasa.

Jelas sekali bahawa usaha Umat Islam di berbagai negara, untuk bangkit mengagungkan Kalimah Allah, terpaksa berhadapan dengan tentera mereka sendiri yang tunduk kepada Kuasa-kuasa Asing.

Apa yang berlaku di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Iraq dan lain-lain negara umat Islam menjelaskan pernyataan tersebut.

Dakwah Islam kena tersebar ke seluruh pelusuk negara dan semua strata masyarakat termasuk tentera, sehingga tentera kembali berkhidmat melindungi rakyat dan negara, bukan menjadi talibarut Kuasa Asing.

Us. Abdul Halim Abdullah
7 Mac 2017