Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
ULANGTAHUN KE 93 JATUHNYA KHILAFAH ISLAM
3 Mac 1924 - 3 Mac 2017

Untuk membina kembali binaan besar Umat ini, memerlukan batu-bata, tiang dan pasak yang kuat pula. Kerana itu pentarbiyahan setiap satu individu dan keluarga adalah perkara yang amat dan paling mustahak pada fasa ini. Jika unit-unit ini rapuh, bukan sahaja daulah dan khilafah yang dicita-citakan itu masih jauh, bahkan jemaah sebagai kenderaan untuk menjayakan visi dan misi sedemikian juga akan lesu, panjang angan-angan, berantakan dan berkecai dek godaan dunia, hawa nafsu dan Syaitan.

Moga ulangtahun ke 93 lenyapnya Khilafah Islamiyah semalam terus menyedar dan membakar jiwa Umat ini untuk bangkit, bekerja dan berjaya menuju cita-cita untuk mengembalikannya. ويومئذ يفرح المؤمنون بنصر الله bermaksud, “Pada hari kemenangan itu orang-orang beriman bergembira dengan kemenangan (anugerah) Allah”.

(Arkib Mac 2016)
Sambung bacaan di :
https://inijalanku.wordpress.com/2016/03/04/tahun-ke-92-tamat-khilafah/#more-6202
DUNIA KARIER MELALAIKAN

Berbeza dari penglibatan Duat dalam Dakwah di alam persekolahan dan universiti, kini alam karier dan mengumpul harta banyak melalaikan mereka. Egroup bisnes lebih rancak dari egroup amal dakwah.

Sedang amal Dakwah menuntut kecintaan Akhirat yang tidak berbelah bagi. Keredhaan Allah dan Syurga adalah keuntungan atau gaji pokoknya. Tanpa keimanan dan keyakinan terhadap gaji Akhirat ini, sesiapa sahaja boleh kecundang kerana gaji dunia lebih tampak di mata dan lebih kuat dalam perasaan.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa merasakan kehadiran Allah swt, mengingati Akhirat dan membuat persiapan menghadapinya.

Seseorang daie hendaklah berusaha melalui jalan-jalan suluk para Muqarrabin Mujahideen dalam menuju kepadaNya dengan penuh sedar dan azam, berusaha mendekati Allah swt dengan melakukan perkara-perkara sunat nawafil seperti solat malam, puasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan, membanyakkan zikir hati dan lidah dan mengamalkan doa yang makthur (datang dari Rasulullah saw) dalam setiap keadaan.

Moga Allah swt mengurniakan kita istiqamah dan tsabat di jalanNya. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
8 Mac 2017
KETAHUI LANGKAH ANDA

Jika anda tidak mampu menegakkan kebenaran, maka janganlah anda menyokong kebatilan.

Jika anda tidak mendapati sesiapa yang tidak berdengki terhadap anda, ketahuilah bahawa anda adalah seorang insan yang gagal.

Jangan kecut terhadap perancangan-perancangan manusia. Yang paling mereka mampu adalah melaksanakan kehendak Allah.

Moga Allah merahmati Asy-Syeikh Syakrawi yang menyumbang kata-kata mutiara di atas.

Us. Abdul Halim Abdullah
9 Mac 2017
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

1. Kuat Tubuh Badan (قوي الجسم)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

2. Akhlaq Yang Mantap (متين الخلق)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat ; sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

3. Berpengetahuan (مثاقفة الفكر)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam al-Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari Sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

4. Mampu Berusaha (قادر على الكسب)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

5. Akidah Yang Sejahtera (سليم العقيدة)

Seorang da’ie mesti meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
AMERIKA MASUK SYRIA

Kini tentera Amerika mula masuk dan campurtangan di Syria. Ini menjadikan Syria sebagai bumi pertama dalam sejarah dunia moden, kerjasama Imperialis Barat (Amerika, Eropah dll.) dan Komunis Timur (Rusia dll.) secara terang-terangan.

Di media antarabangsa, digambarkan mereka berperang dingin sesama mereka. Hakikatnya kedua-dua pihak tersebut, di bumi kini berada di bumi yang sama (Syria) dan tidak bertelagah sedikit pun, malah bekerjasama.

Kuasa Asing ingin memastikan masadepan Syria ditentukan oleh mereka, dan bukan oleh penduduk Syria sendiri, maupun oleh Dunia Islam.

Sehingga hari ini negara-negara Umat Islam tidak membantu secara ketenteraan kepada penduduk Syria. Hanya beberapa kerajaan dan badan-badan Islam sahaja yang menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Umum mengetahui bahawa bantuan makanan dan pakaian sahaja adalah tidak memadai. Bantuan kekuatan adalah suatu perkara asasi dalam mana mana percaturan di antara Hak dan Batil. Jika anda benar, anda kena menangkan Kebenaran anda dengan Kekuatan, dan bukan sekadar dengan makanan dan pakaian. Kata-kata hikmat silam : ان الحق لابد من قوة تحميه (Kebenaran itu mesti ada Kekuatan yang melindunginya).

Siapa yang memiliki Kekuatan, dia yang menentukan kesudahan akhir kepada mana mana pergolakan. Kini, setelah 6 tahun peperangan dan 500,000 syahid terkorban, Amerika mula masuk dengan Kekuatan.

Amerika mahu menentukan masadepan Syria selepas ini, selari dan mengikut dengan kehendaknya seperti di Iraq.

Us. Abdul Halim Abdullah
11 Mac 2017
PANDUAN PERGAULAN

I جالس العلماء بعقلك
▪"️Duduk (bergaul)lah bersama para ulama dgn akalmu".

Ini adalah kerana para ulamak banyak menghafaz matan, hukum dan usul akan tetapi memerlukan info dan analisa realiti yang berlalu di sekeliling yang boleh sampai kepada manusia ramai, tetapi tidak sampai kepada mereka.

l وجالس الامراء بعلمك
▪"️Duduk (bergaul)lah bersama para pemimpin dgn ilmumu".

Ini adalah kerana para pemimpin banyak berinteraksi dan terkesan dengan sepak terajang politik yang boleh terkeluar dari landasan Syarak. Maka dengan panduan ilmu Syarak yang ada pada kita dan keberanian dan keterbukaan kita menyampaikannya kepada mereka, boleh menjaga mereka dari terseleweng lebih jauh.

l وجالس الاصدقاء بأدبك
▪"️Duduk (bergaul)lah bersama kawan-kawan dengan adabmu".

Ini adalah kerana adab pergaulan atau akhlak yang baik adalah buah kepada aqidah dan ibadah. Dengan adab kita boleh menjadi contoh kepada mereka, mengajak mereka kepada makruf, mencegah munkar dan hidup berjuang dalam amal jamaiyy membina kekuatan ke arah memenangkan Islam.

l وجالس أهل بيتك بعطفك
▪️"Duduk (bergaul)lah bersama ahli keluargamu dengan kelembutanmu".

Ini adalah kerana mereka di rumah memerlukan kasih sayang dan tunjuk ajarmu. Memang urusan di luar rumah, di tempat kerja, politik kotor dan hasad dengki boleh mengusutkan perasaan dan pemikiran. Akan tetapi apa yang di luar rumah, hadapinya di luar rumah. Jangan bawa atau terbawa-bawa ke dalam rumah. Ahli keluarga kita tidak tahu menahu dan tak perlu tahu pun banyak darinya. Hak mereka ke atas diri kita adalah pergaulan yang lembut, kasih sayang yang mendalam dan ketegasan dalam kebenaran dan mencapai kejayaan.

Matan : Syeikh Asy-Syanqity

Us. Abdul Halim Abdullah
11 Mac 2017
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

6. Ibadah Yang Sahih (صحيح العبادة)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

7. Mampu Melawan Hawa Nafsu (مجاهد لنفسه)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

8. Menjaga Waktu (حريص على الوقت)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

9. Tersusun Dalam Urusannya (منظم في شؤنه)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10 SIFAT-SIFAT INDIVIDU MUSLIM

10. Berguna Untuk Orang Lain
(نافع لغيره)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

https://inijalanku.wordpress.com/parti2/10-sifat-individu-muslim/
MUDAH TERIMA PANDANGAN BENAR
Satu Sifat Ikhlas Terpuji

Pagi ini datang kata-kata hikmah Ibnu Wazir dari sebuah channel. Kitab Al-Awasim wa Al-Qawasim adalah syllabus kami semasa belajar agama di Mesir dulu.

Ikhlas letaknya di hati. Oleh itu ia sukar dilihat. Namun ia boleh dinilai dari kesannya pada zahir perlakuan manusia. Insan yang arif, mahir memberi panduan kepada kita dalam membuat penilaian itu.

Ibnul Wazir ra, pengarang kitab Al-Awasim wal Qawasim, berkata,

والقاصد لوجه الله لا يخاف أن يُنقد عليه خَلَلٌ في كلامه، ولا يَهاب أن يُدَلَّ على بطلان قوله، بل يحب الحق من حيث أتاه، ويقبل الهدى ممَّن أهداه.

"Orang yang ikhlas semata-mata mengharapkan wajah (keredhaan) Allah, tidak takut dikritik akan kesalahan pada ucapannya, dan tidak khuatir ditunjukkan kebatilan pada perkataannya. Sebaliknya dia suka akan Kebenaran itu walau dari manapun ia datang. Dia menerima petunjuk dari siapa sahaja yang menghadiahkannya kepada dia".

Dari kata-kata hikmah di atas, lawan kepada sifat Ikhlas adalah sifat takut dikritik kesalahan pada perkataannya, memilih orang dan sempit dada dalam menerima pandangan yang benar.

Moga Allah swt menggolongkan kita bersama orang-orang yang ikhlas dan mudah menerima pandangan yang benar. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
13 Mac 2017
ASAS KENEGARAAN ISLAM

Dua prinsip asas dalam Siyasah Syariyyah (Politik Islam) adalah :

1- Ketuanan (السيادة)
2- Perlaksanaan Syariah (الحكم)

Orang Islam mesti mengetuai negara dan Syariat (undang-undang) Islam mesti dilaksanakan di negara tersebut.

Dalil Quran dan Hadis terlalu banyak mengenai 2 asas ini. Ia terlaksana dalam Khilafah Islam sepanjang kurun-kurun lalu.

Us. Abdul Halim Abdullah
13 Mac 2017
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

1. Hendaklah ada bagi diri kita wirid harian dari Al-Quran, tidak kurang dari 1 juzuk. Berusahalah untuk setiap kali khatam 30 juzuk tidak lebih lama dari sebulan dan tidak lebih pendik dari 3 hari.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

2. Kita hendaklah memperbaiki bacaan Al-Quran, mendengar orang lain membacanya dan mengamati pengertian-pengertiannya. Kita mempelajari Sejarah Rasulullah saw, sejarah para Salaf (generasi Islam yang awal) sebanyak masa yang terluang pada kita. Perbanyakkan membaca Hadis Rasulullah saw. Hafallah sekurang-kurangnya 40 hadis (seperti buku Hadis 40 oleh Imam Nawawi). Hendaklah kita mempelajari satu buku dalam Asas Aqidah dan satu buku dalam Fiqh Ibadat.