Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

3. Bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan badan yang menyeluruh, memakan ubat ke atas penyakit yang dihidapi, mengambil berat perkara-perkara yang membina kekuatan dan ketahanan badan dan menjauhkan diri dari sebarang sebab-sebab yang memudaratkan kesihatan diri.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

4. Jauhilah dari berlebihan minum kopi, teh pekat dan minuman-minuman penyegar yang lain. Jangan mengambilnya kecuali jika terpaksa. Hendaklah menjauhkan diri sama sekali dari merokok.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

5. Hendaklah mengambil berat tentang kebersihan dalam tiap sesuatu seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, badan, tempat kerja dan lain-lain. Sesungguhnya Agama ini dibina diatas asas kebersihan.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

6. Hendaklah sentiasa benar dalam perkataan. Jangan sekali-kali anda berbohong.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

7. Hendaklah kita menunaikan janji, perkataan dan persetujuan. Jangan memungkirinya walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

8. Hendaklah kita menjadi seorang yang berani, kuat menanggung bebanan. Berani yang paling baik ialah berterus terang menyampaikan kebenaran, menyembunyi rahsia, mengaku kesilapan, berlaku adil terhadap diri dan mengawal diri ketika marah.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

9. Hendaklah menjaga hemah diri sehingga boleh dihormati dan sentiasa bekerja dalam kesungguhan, tetapi ini tidak menghalang kita dari bergurau secara benar dan ketawa secara senyuman.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

10. Hendaklah kita kuat sifat pemalu, perasaan yang mendalam, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan, gembira dengan kebaikan, pedih kerana kejahatan. Hendaklah kita tawadhuk tanpa hina.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

11. Hendaklah kita bersifat adil, betul dalam mengeluarkan hukum dalam setiap keadaan. Janganlah kemarahan menyebabkan kita lupa kepada kebaikan-kebaikan. Jangan pula keredhaan menutup mata kita dari melihat keburukan-keburukan. Janganlah permusuhan menyebabkan kamu melupakan keindahan. Berkata benarlah walaupun mengena kepada diri sendiri atau orang yang terdekat dengan kita walaupun ianya pahit.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

12. Hendaklah kita sangat aktif dan terlatih dalam melaksanakan khidmat-khidmat masyarakat. Kita rasa gembira jika dapat menyumbang sesuatu khidmat kepada orang lain. Kita menziarahi orang sakit, menolong orang yang memerlukan bantuan, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa bencana walaupun dengan perkataan yang baik dan sentiasa bersegera ke arah kebaikan-kebaikan.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

13. Hendaklah kita memiliki hati yang penyayang, pemurah, lapang, memaafkan, bersahabat, kasih, bersopan santun, berlembut terhadap orang ramai dan terhadap haiwan, cantik dalam pergaulan, baik tingkahlaku terhadap semua orang, menjaga adab-adab Islam dalam masyarakat seperti menyayangi mereka yang lebih muda, menghormati mereka yang lebih tua, melapangkan tempat dalam majlis, tidak mengintip-intip kesalahan orang, tidak mengumpat, meminta izin untuk masuk atau keluar dan sebagainya.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

14. Hendaklah kita baik dalam membaca dan menulis. Banyak meneliti buku, akhbar, majallah, lamanweb Islam dan seumpamanya. Kita mempunyai perpustakaan sendiri walaupun saiznya kecil. Kita benar-benar pakar dalam ilmu dan kemahiran sekiranya kita adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Kita mahir dalam hal ehwal umat Islam sehingga ke tahap kita dapat gambaran yang jelas dan dapat mengeluarkan keputusan yang selari dengan keperluan Dakwah semasa.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

15. Hendaklah kita melakukan kerja keusahawanan walaupun kita seorang yang kaya. Kita mengutamakan berniaga sendiri walaupun pada kadar yang sekecil mana jua dan walau tahap ijazah anda setinggi mana.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

16. Jangan kita hanya beriya-iya mencari pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan dengan menganggap ianya adalah sesempit pintu rezeki. Tetapi jangan pula kita menolaknya sekiranya diberikan peluang.
ZERO TO HERO

Sejak keluar result SPM beberapa hari lalu hingga saat ini, saya teringat tajuk buku dakwah dan motivasi tulisan Us Azizee Hasan, "Zero To Hero".

Dua tahun lalu bila result PT3 anak saya keluar "C, C, C, C, ....". Saat itu saya bayangkan kesukaran SPM yang bakal ditempuhinya nanti.

Semua pihak maklum SPM jauh lebih sukar dari PT3.

Sekolah anak ditukar, dari asrama ke rumah sendiri. Dorongan, kemudahan dan doa tanpa henti. "PT3 hanya nak beri kesedaran hidup sahaja. Sebenarnya SPM yang menentukan masadepan pengajian akademik Kakyang. InsyaAllah Kakyang boleh jika bersungguh". Itu kata-kata sepanjang 2 tahun lalu.

Pagi kelmarin sebelum kami ke sekolah untuk menerima keputusan SPM, isteri saya mengingatkan saya supaya kuat bertawakkal dan tidak kecewa bila melihat slip keputusan.

Saya kata saya positif pada kali ini. Formula unik saya dalam pelajaran adalah, jika seseorang selalu dilihat belajar di meja dalam masa panjang, melebihi 4 jam ke atas, cerah kejayaan peperiksaannya. Ini dari pengalaman sendiri.

Sebaliknya jika selepas kurang 1 jam mentelaah pelajaran, seseorang dilihat tidur atau buat kerja lain, hakikatnya dia tidak menghayati, tak minat atau tidak seronok dengan pelajarannya.

Sepanjang tingkatan 4 dan 5, saya perhatikan Sarah boleh di meja studynya berjam jam penuh minat, consistent, tanpa jemu atau malas.

Keputusan 7A 4B suatu kejutan kepada kami, malah kepada 5 orang abang kakaknya di Mesir.

Ketika berjalan ke kereta, saya merangkulnya erat sambil mengucapkan tahniah. Rupanya menangis gembira, bukan semata-mata sifat wanita, seperti sangkaan saya selama ini.

"Baba hanya mampu menasihat atau mendorong Kakyang". "Mama boleh memasak dan berdoa untuk Kakyang". "Tapi yang mampu merubah diri Kakyang adalah Kakyang sendiri. Hari ini Kakyang telah buktikan, Kakyang boleh".

Result Sarah tidak sebaik abangnya Muktaz dua tahun lalu, 10A+. Tapi Zero To Hero nya yang kami syukuri Allah swt sebanyaknya. Kita hanya mampu berusaha. Dialah yang memberi kejayaan.

Moga ia jadi iktibar kepada kita dan anak-anak kita dalam pelajaran akademik mereka.

Us. Abdul Halim Abdullah
19 Mac 2017
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

17. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerjaya kita dengan tekun, berkualiti, disiplin dengan masa dan janji serta tidak menipu.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

18. Tunaikan hak-hak diri sendiri dengan baik dan hak-hak orang lain dengan sempurna tanpa cacat, berlengah-lengah atau menunggu mereka menagih-nagih hak mereka dari kita.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

19. Jauhilah judi dalam segala bentuknya, walau apa pun tujuan disebaliknya. Jauhi segala bentuk pendapatan yang haram walaupun dengannya kita mendapat keuntungan yang cepat.
WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna

20. Jauhilah riba dalam semua urusan. Bersihkan diri kita sepenuhnya darinya.