Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
🔴 IKHLAS 💐

Yang Imam Hasan Al Banna mahu kita Ikhlas dalam kehidupan dan perjuangan adalah setiap orang dari kita menjadikan :

✅ bertemu wajah Allah di dalam Syurga.
✅ mengharapkan keredhaanNya.
✅ mendapat pahala dan balasan baik dariNya.

sebagai tujuan bagi semua perkataan, amalan, jihad dan segala-galanya, tanpa melihat kepada :

❌ pulangan atau penonjolan dunia.
❌ pangkat atau gelaran.
❌ menonjol-nonjol atau menarik diri.

Dengan itu dia menjadi pejuang setia kepada "Fikrah & Aqidah", bukan tentera kepada "habuan & menfaat tertentu".

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-An'aam : 162-163).

Dengan itu kita memahami slogan kita الله غايتنا dan الله أكبر ولله الحمد "Allah Matlamat Kami" dan "Allah Maha Besar, Segala Pujian MilikNya".

Us. Abdul Halim Abdullah
14.6.2016
BERANI BERTERUS TERANG

Kaab bin Malik ra tidak turut berjihad ke Tabuk bersama Rasulullah saw. Beliau menangguh-nangguhkan persiapan kerana dilalaikan hal-hal lain, sehingga apabila rombongan jihad Nabi saw telah berangkat, dia tidak dapat mengejarnya. Dia kesal dengan kesalan seorang sahabat yang jujur dan ikhlas.

Apabila Nabi saw dan rombongan pulang dari Tabuk, seperti biasa Nabi saw ke masjid dahulu. Di situ, ramailah orang-orang munafik yang tak pergi berjihad datang berjumpa Nabi saw, meminta maaf dengan memberi 1001 macam alasan.

Ketika menghampiri Nabi saw, Kaab mundar mandir bercakap dengan dirinya alasan apa yang akan dia beri kepada Nabi saw. Akhirnya dia tidak menjumpai alasan. "Demi Allah, ya Rasulullah, saya tidak ada apa apa alasan !!!".

Kata Nabi saw, " اما هذا فقد صدق " bermaksud, "Ada pun orang ini, dia bercakap benar". Lalu datang hukuman. Kemudian datang keampunan ilahi. Dia sahabat yang jujur dengan pengesahan ilahi. Turun ayat Quran mengenai Kaab.

Adapun orang-orang munafiq lain, tiada hukuman, tetapi tiada keampunan apa-apa dari Allah.

Kaab bersyukur. Dia berkata, " ما انجانى الا صدقا" bermaksud, "Tiada satu faktor pun yang menyelamatkan aku (dalam kes ini) melainkan bercakap benar".

Demikian pengajaran untuk kita. Bercakap mesti jujur dan benar. Itu sifat individu tarbawi.

Adapun bercakap lain, buat lain, matlamat ke arah lain, itu sifat yang tidak jujur. Itu sifat ramai individu siyasi orang-orang parti politik sekular di negara ketiga. Ia tidak membawa kebaikan yang hakiki. Moga Allah swt selamatkan kita dari sifat tersebut. Ameen.


Us. Abdul Halim Abdullah,
14 Jun 2016
🔴 KEDUNIAAN, PUNCA KEMUSNAHAN

Godaan pangkat, harta dan nama sukar difahami oleh para Duat di peringkat pelajar dan mahasiswa/i. Ini adalah kerana dunia belum terbuka sepenuhnya di depan usia mereka. Duit poket dan rumah sewa mereka hampir sama jumlah atau saiz.

Namun begitu jiwa dan kefahaman mereka harus ditarbiyah sebaiknya untuk menghadapi cabaran dunia yang sengit itu.

Apabila kita masuk ke alam Pekerjaan, tanpa tarbiyah yang cukup, mana-mana Duat akan tewas dengan dunia di depan dan sekeliling mereka. Ia boleh membawa kepada penyelewengan, kecundang di tengah jalan, penindasan, kezaliman, ketidakadilan, pengkhianatan, sengketa dan seumpamanya yang boleh membawa kemusnahan kepada para duat dan juga kepada Dakwah yang sedang dibina.

Benarlah sabda Nabi saw, " إنِّي لستُ أخشى عليكم أنْ تشركوا بعدي، ولكنِّي أخشى عليكم الدنيا أنْ تنافسوا فيها وتقتتلوا فتهلكوا كما هلك من كان قبلكم" bermaksud, "Aku tidak takut kamu menjadi syirik selepas ketiadaanku. Tetapi aku takut kamu berlumba-lumba dalam, hal keduniaan, kamu bersengketa sesama kamu, lalu kamu binasa seperti binasanya kaum sebelum kamu".

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
Ikatan Ulama Ahlus Sunnah
16 Jun 2016
🔴 LENGKAPKAN TARBIYAH DIRI

Kita hendaklah sentiasa menambah ilmu dan kefahaman kita tentang Islam dan perjuangan menegakkannya. Banyak buku haraki yang harus ditelaah. Ramai masyayikh yang perlu didampingi. Supaya keputusan kita tepat, langkah kita jitu dan pandangan kita bermenfaat.

Jika keputusan kita salah, langkah kita menyeleweng atau pandangan kita tersasar dari hakikat sepatutnya, ia bukan sahaja boleh memudharatkan diri dan Dakwah, malah kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt di Hari Perhitungan. Firman Allah swt, وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Kita mohon perlindungan Allah swt dari kejahilan yang melata , taklid yang buta dan taasub yang tercela.

💐💞
Us. Abdul Halim Abdullah
I🌍 رابطة علماء أهل السنة العالمية
16 Jun 2016
🔴 TARBIYAH RUHIYAH

Orang yang hati dan jiwanya telah rosak, tidak akan dapat membuat keputusan dengan betul, walaupun akalnya cerdik dan maklumat yang diperolehinya telah memadai.

Begitu juga keadaan umat dalam skala yang lebih besar. Ia sama seperti individu.

Kerana itu usaha membaiki hati dan jiwa individu dan masyarakat mendapat tempat pertama dan paling utama dalam perjuangan Rasulullah saw, di mana fasa Mekah membersih hati, jiwa dan aqidah mendahului fasa Madinah iaitu pembentukan negara dan undang-undang.

Agama dan Dakwah ini tidak dapat didokong perjuangan dan perlaksanaannya melainkan oleh rijal yang bersih hati dan jiwanya.

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
17 Jun 2016
🔴 DAKWAH & POLITIK ISLAM

Politik Islam dan menegakkan Negara Islam tidak sama dengan sepak terajang politik biasa untuk mendapat kuasa dan memerintah negara. Perbezaan nya sangat besar seperti langit dan bumi.

Politik Islam didahului dengan Dakwah supaya Rakyat menghayati aqidah Islam terlebih dahulu dan mereka sanggup berubah dari sikap "apa negara boleh beri mereka" kepada sikap "apa yang mereka boleh berkorban untuk negara".

Seerah menunjukkan selepas tertegak Negara Islam Madinah, rakyatnya mesti sedia untuk berkorban menghadapi serangan demi serangan kuasa asing seperti Quraisy Mekah, Bani Ghatfan sekeliling Madinah dan Yahudi Khaibar, disamping kaum Munafiqin dan Yahudi di dalam Madinah itu sendiri.

Ini bermakna rakyat dalam sesebuah Negara Islam mesti bersifat mengutamakan Kepentingan Umum (seperti menegakkan Syariat Islam yang adil dan menyebarkan Dakwah ke seluruh dunia), melebihi Kepentingan Diri sendiri dan bukan sebaliknya.

Jika Rakyat tidak memiliki sifat ini, jika golongan Dakwah menang pilihanraya, mendapat kuasa, negara diserang dengan ekonomi atau senjata, Rakyat akan mengundi pula parti lain yang boleh menjanjikan keselesaan dunia untuk mereka dalam pilihanraya berikutnya, walaupun terpaksa mengorbankan prinsip-prinsip agama....(BACA SELANJUTNYA
https://inijalanku.wordpress.com/2016/06/18/dakwah-politik-islam/)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
Hari PRK Sg Besar & Kuala Kangsar
18 Jun 2016
🔴 3 TIPS MENANG PILIHANRAYA
Ke Arah Mendaulatkan Syariat Islam

Setiap negara mempunyai pengundi dan realiti yang berbeza. Malaysia tidak terkecuali. Siyasah Syar'iyyah (Politik Islam) yang anjal sedia diolah untuk meraikan Kepelbagaian, ke arah mencapai Matlamat Tetap yang Islam gariskan. Ini adalah aspek keanjalan dalam Islam.

Di aspek Tetap (tidak-Anjal) pula, Risalah Islam yang bawa oleh semua Rasul adalah bertujuan tetap (tidak berubah) ke arah :

1⃣ Ketuanan Islam (Islam memerintah atau السيادة).

2⃣ Kedaulatan dan Perlaksanaan Syariat Islam (الحكم). Syariat adalah sistem, hukum hakam atau undang-undang.

As-Siyadah (السيادة) dan Al-Hukum (الحكم) adalah matlamat dan tugasan yang tetap dan tidak berubah.

Parti-parti yang ingin menang dengan mencapai السيادة dan الحكم di Malaysia elok memiliki 3 tips di bawah :

1⃣ MELAYU :

Memiliki parti-parti Melayu yang kuat tunjang kepimpinannya bermatlamat dgn matlamat السيادة والحكم للاسلام di atas. Parti itu mesti berakar umbi dalam masyarakat Melayu di seluruh bandar dan kampung serta berjaya mendidik mereka memperjuang atau memahami risalah Islam.

Ini tidak sukar kerana orang Melayu pada tabiat (nature) nya adalah cinta kepada Agama Islam.

2⃣ BUKAN-MELAYU :

Memiliki parti-parti bukan-Melayu yang dapat mengumpul bukan-Melayu yang rela tinggal dan tunduk di dalam Negara Islam di bawah perlaksanaan Syariat Islam yang sejahtera buat mereka.

Ini juga tidak sukar kerana Islam telah pun menjadi agama Persekutuan sejak dulu dan ramai mereka telah akur sejak berhijrah ke bumi bertuah ini.

Hanya diperlukan sebuah parti yang boleh memayungi mereka di atas dasar itu.

3⃣ SATU LOGO TETAP :

Kesemua parti-parti di atas bersepakat menubuhkan satu parti tetap untuk kegunaan kempen pilihanraya, dengan satu nama dan satu logo, mempunyai dasar-dasar Islam yang tetap, dilaksanakan menurut Siyasah Syariyyah yang anjal, meraikan semua realiti dan strategi yang berubah-rubah.

Dengan 3 tips di atas, gerakan-gerakan Islam berjuang tanpa mengira penat lelah dan mereka tidak lagi memerlukan parti-parti yang menentang Syariat Islam, liberalis aqidah, korup, berwalakkan kuasa asing, tiada agenda umat, berpura-pura atau ciri-ciri negatif lain yang tidak menyampaikan mereka ke matlamat Al-Quran.

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan solat, memberi zakat, menyuruh berbuat kebaikan serta melarang perkara mungkar. Dan kepada Allah kesudahan (rujukan) segala urusan (iaitu Syariat Islam)".

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
19 Jun 2016
🔴 FIKRAH & AQIDAH

Intipati kepada Dakwah kita adalah Fikrah dan Aqidah. Kita menanamnya ke dalam hati dan jiwa manusia, lalu mereka pula mendidik masyarakat awam dengan fikrah dan aqidah tersebut.

Dengan didikan ini jiwa-jiwa manusia berpaut kepada fikrah dan aqidah itu, bekerja menuju ke arah Objektif iaitu pendaulatan Syariat Islam dalam negara dan meninggikan Kalimah Allah swt di muka bumi.

Subjek kesemua amal di atas adalah ruh, hati dan jiwa. Maka mustahil usaha ke arah mencapai Objektif nya didasari oleh wang kebendaan atau cara-cara kekerasan semata-mata.

Dengan ini para Duat memahami persoalan "apakah usaha untuk Islam" dan "hidup dengan Islam" dalam setiap aspek kehidupan mereka.

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Jun 2016
🔴 AHLUL HALLI WAL AQDI
I أهل الحل والعقد
Core Group Dlm Masyarakat/Organisasi

Islam menghormati pandangan umum masyarakat dan melihat keperluan melibatkan perwakilan-perwakilan mereka di dalam Pemerintahan.

Islam tidak mensyaratkan mesti dapatkan pandangan semua orang dalam setiap perkara, akan tetapi memadai dengan pandangan "Ahlul Halli wal Aqdi" dalam hal-hal urusan biasa.

Istilah أهل الحل والعقد boleh diungkap dalam istilah-istilah lain. Yang penting adalah sifat mereka. Para Fuqahak menyatakan mereka adalah :

1⃣ Fuqahak Mujtahidin yang dirujuk dalam hal-hal fatwa dan hukum hakam.

2⃣ Golongan pakar dalam berbagai bidang kehidupan.

3⃣ Para pemimpin di kalangan masyarakat seperti ketua kaum atau kabilah, serta pimpinan pertubuhan.

Sistem Berparlimen juga ada menggariskan cara ke arah membentuk golongan "Ahlul Halli wal Aqdi" seperti Ahli-ahli Parlimen, Majlis Syura Negara dsb. Islam tidak menegah sistem sedemikian selagi ia boleh mencapai pembentukan majlis "Ahlul Halli wal Aqdi".

Yang mudahnya, ciri-ciri sifat Ahlul Halli wal Aqdi itu dikemukakan kepada umum (para pemilih), kemudian dilakukan Pilihanraya untuk memilih calon-calon terbaik.

مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ
"Sesiapa yang memilih seseorang (calon) untuk memimpin/mewakili suatu kaum, sedang dikalangan mereka ada orang (lain) yang lebih diredhai Allah dari calon tersebut (pada pandangannya), maka pemilih itu telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang beriman" (Hadis).

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Jun 2016
🔴 MENGAMATI NUZUL QURAN
17 Ramadan di Gua Hira', Mekah.

"Alangkah hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw bukan sahaja dalam menerima ayat-ayat Al-Quran, tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya.

Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt.

(لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ) [Surat Al-Hashr 21]
“Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir”.

Alangkah ramai umat Islam zaman kini yang jarang membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung didalamnya yang mesti dilaksanakan !! ... (baca selanjutnya https://inijalanku.wordpress.com/2009/09/03/mengingati-nuzul-quran-17-ramadan/)

💐 Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
22 Jan 2016

Follow : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
🔴 PERANG BADAR 17 RAMADAN
Titik Penting Sejarah Dunia

"Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan ALlah itu lah yang menentukan kejayaan.

Oleh itu asas penting dalam Dakwah ialah Tarbiyah kearah menghasilkan para Duat dan masyarakat yang Rabbani, bukan sekadar meramaikan bilangan pengikut dan licik mengatur strategi menentang lawan.

Kerana itulah Jemaah Islam adalah kumpulan manusia yang berhimpun diatas asas Tarbiyah. Tanpanya perkumpulan itu adalah seperti kelab, persatuan, parti, NGO, pertubuhan yang tidak banyak bezanya dari perkumpulan-perkumpulan yang telah sedia ada di mana-mana ..." (baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2012/08/09/perang-badar-17-ramadan-titik-penting-sejarah-dunia/)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
21 Jun 2016

Follow : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
Melawat tapak Perang Badar, 160 km dari Madinah.
🔴 MEREBUT LAILATUL QADAR
Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

Memahami bahawa setinggi mana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran) ... (baca selanjutnya
https://inijalanku.wordpress.com/2012/08/09/merebut-lailatul-qadar-di-10-malam-terakhir-ramadan/)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
20 Ramadan 1437H
25 Jun 2016
🔴 SELAMAT HARI RAYA
I تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Tangan dihulur dan saya sekeluarga memohon ampun maaf kepada semua pembaca di atas segala kesilapan dan kelemahan kami selama ini.

Hari Raya Rasulullah saw dan para Sahabat ra adalah merupakan hari perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali.

Ia hari kegembiraan bersama.

Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan mengandungi Khutbah dan Solat Aidil Fitri. Jika saiz masjid terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi saw. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua.

Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi saw dan para Sahabat ra bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud).

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“.

Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zikir, tilawah dll. (baca selanjutnya ...
https://inijalanku.wordpress.com/2010/09/01/selamat-hari-raya-aidil-fitri/)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
27 Jun 2016
🔴 SELAMAT HARI RAYA
I تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال

Hari Raya Rasulullah saw dan para Sahabat ra adalah merupakan hari perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali.

Ia hari kegembiraan bersama.

Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan mengandungi Khutbah dan Solat Aidil Fitri. Jika saiz masjid terhad, maka ia dijalankan di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi saw. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua.

Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi saw dan para Sahabat ra bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud).

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“.

Disunatkan menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zikir, tilawah dll. (baca selanjutnya ...
https://inijalanku.wordpress.com/2010/09/01/selamat-hari-raya-aidil-fitri/)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
27 Jun 2016
🔴 ISU KAFIR HARBI, IKH(01) : 6 KATEGORI ASAS
Di Antara Identiti Individu & Identiti Organisasi

I.K.H.(Isu Kafir Harbi). Kini hangat diperkatakan tentang istilah "Kafir Harbi". Ia istilah dan ilmu dalam Fiqh Islami sejak zaman berzaman dan dipertegaskan lagi oleh ulamak hari ini.

Walau apa pun niat isu ini diperhangatkan hari ini, disebalik itu, ia sebenarnya menyegarkan ingatan generasi hari ini atau mengajar ramai masyarakat yang jahil mengenainya, untuk segera cuba memahami apakah ertinya istilah "Kafir Harbi" dan implikasi positifnya yang penting terhadap masyarakat.

Ini adalah kerana kita meyakini bahawa Syariat Islam diturunkan tidak lain selain untuk kesejahteraan umat manusia di dunia ... (baca selanjutnya http://wp.me/p8vTY-1Cs)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
28 Jun 2016
🔴 I.K.H.(01) : 6 KATEGORI ASAS
Identiti Individu & Identiti Organisasi

I.K.H.(Isu Kafir Harbi). Kini hangat diperkatakan tentang istilah "Kafir Harbi". Ia istilah dan ilmu dalam Fiqh Islami sejak zaman berzaman dan dipertegaskan lagi oleh ulamak hari ini.

Walau apa pun niat isu ini diperhangatkan saat ini, disebalik itu, ia sebenarnya menyegarkan ingatan generasi kita hari ini atau mengajar ramai masyarakat yang jahil mengenainya, untuk segera cuba memahami apakah ertinya istilah "Kafir Harbi" dan implikasi positifnya yang penting terhadap masyarakat.

Ini adalah kerana kita meyakini bahawa Syariat Islam diturunkan tidak lain selain untuk kesejahteraan umat manusia di dunia ... (baca selanjutnya http://wp.me/p8vTY-1Cs)

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
28 Jun 2016