WAJIBAT 38 - Imam Hasan Al-Banna
37. Menjauhi badan atau perkumpulan yang tidak mendatangkan faedah kepada Islam dan tidak membawa ke arah mencapai matlamat murninya.

38. Berusaha menyebarkan Dakwah ke setiap tempat, tidak melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik Islam dan pendakwahnya dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan yang diberikan demi mencapai kebaikan dan kemajuan Dakwah Islam.
https://inijalanku.wordpress.com/fikrah/wajibat-38/wajibat-38-matan/

SERANGAN EKONOMI
Dekad-dekad yang lalu, negara-negara Islam bukan-Arab seperti Malaysia, complecent (selesa) tanpa diserang matawang, ekonomi dll seteruk negara-negara Arab. Serangan lebih kepada serangan budaya, ideologi dan politik.
Gerakan Ikhwan Muslimin di negara-negara Arab bertarung disegala aspek budaya, ekonomi dll menghadapi serangan Barat dari luar negara, dan kerajaan boneka Barat dan Timur di dalam negara. Rakyat yang rosak, mereka didik. Perusahaan dan pertubuhan yang bengkrap, mereka hidup dan jayakan seperti The Institution of Engineers Egypt, dari dana negatif sebelum saya belajar di sana (1980an) kepada ratusan juta pound Egypt ketika saya belajar di sana (1990an).
Selama itu, Arab menjadi benteng pertahanan Umat Islam. Barat disibukkan dgn serangan terhadap Arab, dari menyerang ekonomi kita di rantau sini.
Hari ini, apabila banyak negara-negara Arab hancur diserang oleh tentera tempatan dan tentera asing, tiba giliran negara-negara Islam bukan-Arab pula diserang dengan serangan ekonomi, ideologi kufur dll yang semakin sengit dan terang-terangan.
Saya melihat kemuncak serangan dan tsunami pemusnah itu semakin hampir. Tempiasnya telah pun masuk. Keadaan sosio-ekonomi masyarakat akan berubah. Tarbiyah ringan-ringan tidak akan berkesan lagi.
Ia samada timbul bersungguh berjuang dengan ilmu dan mengharap Akhirat, atau tenggelam dengan segala godaan harta, kedudukan, dakwah hobi, keseronokan, populariti dan jerat kejahilan.
Melihat trend di negara-negara Arab di zaman ini, serangan bersenjata selalunya didahului dengan serangan ekonomi untuk satu tempoh tertentu.
Moga Allah swt selamatkan kita. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
24 April 2017
(Foto : Banyak kedai di Terminal One, Seremban tutup. Ia adalah bangunan stesen bas utama dan tempat paling ramai pengunjung. Ini mungkin petanda kuasa membeli masyarakat semakin lemah).

KELENGKAPAN DIRI
Tidak dinafikan ramai umat Islam pada hari ini memiliki perasaan keimanan yang menyala-nyala dan keinginan yang tinggi untuk bekerja demi agama Islam yang tercinta.
Namun ketika mana mereka menjalan kerja-kerja Dakwah bagi membaiki kepincangan dalam masyarakat, kita harus sedar dan insafi bahawa perasaan semata-mata adalah tidak mencukupi, bahkan ... ولكن لابد ان يكون مع هذه العاطفة الايمانية علوم شرعية وثقافة شمولية ودراية ادارية وخبرة ميدانية واقعية وخلطة اجتماعية ومعاملة اخلاقية وفراسة ايمانية .... (akan tetapi bersama perasaan keimanan ini mestilah ada ilmu-ilmu syarak, pengetahuan menyeluruh, kemahiran pengurusan, pengalaman realiti di medan, percampuran dalam masyarakat, pergaulan berakhlak dan firasat keimanan ..)".
Perasaan dan niat baik sahaja, tanpa bekalan dan kelengkapan sebenar belum mencukupi dan belum menjamin cara berfikir dan tindakan yang tepat dan sepatutnya.

MESIR : SEMALAM DAN HARI INI
Rampasan kuasa tentera dan penindasan ke atas Ikhwan Muslimin di Mesir di zaman Kolonel Jamal Nasir tahun 1950an adalah sama kejadian di zaman General Fattah Sisi hari ini.
Namun saya melihat keadaan jauh berbeza di banyak sudut. Ikhwan Muslimin zaman ini jauh lebih ramai dan berakar umbi dalam masyarakat, berbanding waktu dulu. Walaupun seramai 40,000 ahlinya di Mesir dipenjara saat ini, sedikit pun tidak menjejaskan keutuhan organisasinya.
Sokongan padu 52% rakyat Mesir dalam pilihanraya Presiden lalu, menunjukkan kekuatan dokongan massa yang luar biasa.
Zaman ini zaman maklumat terbuka, berbeza dari zaman Jamal Nasir dahulu.
Allah swt mempunyai urusannya terhadap hamba-hambaNya ولله فى خلقه شئون . Walau mendung segelap mana sekalipun, pasti ia akan pergi dan mentari akan bersinar kembali. Sunnah Allah tidak akan berubah. Hanyasanya Allah swt menguji hamba-hambaNya untuk mengasingkan mereka yang benar dari mereka yang dusta (وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ)
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Mei 2017

MENABUNG HAJI
"Akh amil (ahli kanan persatuan) yang telah disabitkan beliau cuai mengumpul wang untuk fardhu Haji tanpa uzur syariyy yang mendesak, hendaklah diturunkan kedudukannya dan beliau tidak lagi memiliki hak amil(in)".
AGM Ikhwan Muslimin (III)
Ahad 12/12/1353H (1935M)

NAFSU vs WAHYU
Nafsu telah sedia tertanam dalam komposisi ciptaan manusia secara percuma. Wahyu pula, seperti ilmu, kena berusaha untuk mendapatkannya. Jika tiada usaha, maka tiada pengetahuan dan ketepatan. Hanya tinggal agak-agakkan sepanjang perjalanan.
Manusia yang tidak menimba ilmu atau ditarbiyah (dididik) secukupnya, akan terdedah kepada pertimbangan nafsu. Kerana itu, pertimbangan seorang berbeza dari seorang yang lain.
Dalam arena politik, dorongan Nafsu bermatlamatkan Kuasa (التسلط على السلطة). Sedang dorongan Wahyu bermatlamatkan menegakkan Syariat (اقامة الدين). Sangat berbeza.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Mei 2017

IZZAH BAGI ISLAM
Akhirnya bekas gabenor Jakarta, Ahok, seorang cina kristian, didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara 2 tahun kerana menghina agama Islam.
Saya perhatikan, dalam agama Kristian dan di Barat, jarang isu mempersendakan agama timbul. Pengikut Kristian boleh melukis gambar Jesus dengan bentuk sesuka hati, wanita boleh memakai bikini sambil memakai topi Santa Clauss dan lain-lain perilaku yang menghairankan.
Oleh itu, masyarakat Barat hairan atau kagum, kenapa Umat Islam seluruh dunia boleh bangkit jika Nabi Muhammad (saw) dilukis dalam bentuk kartun, seperti kes di Denmark.
Hakikatnya, pada umat Islam, "aqidah" adalah hidup mati mereka, yang tertanam kukuh dan tulus dalam hati sanubari.
Sebaliknya, pada ramai penganut agama lain, dari pengamatan Islam, "agama" adalah semata mata ritual, hobi dan sampingan. Kerana itu, mereka mudah mempersendakan "agama".
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ)
"Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mengambil sebagai wali-wali (teman kepercayaan) orang-orang yang mengambil agama kamu sebagai bahan dan permainan, dari kalangan Ahlul Kitab (yahudi dan kristian, yang diberi kitab) sebelum kamu, dan orang-orang kafir. Takutlah kamu kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman". [Surat Al-Ma'idah 57]
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Mei 2017

UCAPAN PERALIHAN KUASA HAMAS
"Bismillah ... Dengan nikmat Allah swt ke atas HAMAS, dalam suasana syura, demokrasi dan perasaan ukhuwwah yang mendalam dan teguh, Majlis Syura Pusat HAMAS telah berhimpun pada 10 Syaaban 1438H, bersamaan 6 Mei 2017M. Sukacita saya umumkan kepada semua anggota HAMAS, masyarakat Palestin, Umat Islam dan para simpatisan isu Palestin, bahawa Majlis Syura Pusat telah memilih Al-Akh Ismail Haniyeh (Abu Abid) sebagai Ketua Politik HAMAS ..
HAMAS berbangga dengan pemilihan ini yang berjalan dalam suasana syura dan demokrasi, bertepatan dengan Perlembagaan hebat yang mencerminkan kesatuan jemaah, hati, fikiran, kesefahaman dan keredhaan ...
Dengan izin Allah swt, HAMAS telah menunjukkan contoh teladan di aspek penentangan terhadap penjajahan Yahudi, aspek Politik, aspek berpegang dengan prinsip-prinsip dll. Kami berbangga dengannya ...
Dan kini, HAMAS juga menunjukkan contoh teladan dalam peralihan Kepimpinan kali ke 6 dalam suasana syura, demokrasi dan ukhuwah sejati, manakala pimpinan lalu terus menjalankan peranannya tanpa mengira dimana kedudukannya ...
Saya kini sebagai ahli Majlis Syura Pusat yang berkhidmat kepada jemaah, masyarakat dan umat Islam ...".
Al-Akh Khalid Masy'al,
Mantan Ketua Politik HAMAS,
6 Mei 2017
Terjemahan & Ringkasan oleh :
Us. Abdul Halim Abdullah
11 Mei 2017

LENTUR REBUNG
Hari ini, banyak ceramah berkisar membina Bait Muslim (Rumahtangga Islam). Elok kiranya penceramah tidak lupa selitkan 2 formula warisan terpenting, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung" dan "Sayang Anak Tangan-tangankan. Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan". Syarah dengan asas rabbani (dengan Nas-nas), bukan berasas nafsu (tanpa nas).
Us. Abdul Halim Abdullah
18 Mei 2017

Bersama Dato SS Mufti Sabah kelmarin. Moga jihad dakwah beliau diberkati, di negeri yang sangat mencabar. Ameen.
PEGUAM SYARIE KAFIR
Peguam kafir untuk Mahkamah Syariah ? Dia sendiri tidak beriman dengan Syariat. Camana dia akan berhujah dengan nas-nas yang dia sendiri engkar dan dustakan ?
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/23/martin-receives-perlis-muftis-backing-dr-mohd-asri-appeals-to-syariah-chief-judge-to-allow-nonmuslim/#xpldB5JxtsumwZoS.01

www.thestar.com.my
Dr Mohd Asri appeals to Syariah Chief Judge to allow non-Muslim to act as syariah lawyer
PETALING JAYA: The Perlis mufti has submitted an appeal letter to allow a non-Muslim to practise as a syariah lawyer in the state.
SYABAS KETUA POLIS NEGARA
Al-Jazeera siarkan kenyataan Ketua Polis Negara Malaysia :
"قناة الجزيرة:
قائد الشرطة الماليزية: إذا كان قادة #حماس يأتون في وضع سلمي ودون إثارة مشكلة.. فأين المشكلة؟
http://aja.me/h2rw"
bermaksud, "Jika pimpinan Hamas datang ke Malaysia secara aman, tanpa menimbulkan masalah, apa masalahnya ?".
Tahniah kepada Malaysia !!
Di saat negara Qatar cuba disiksa oleh Saudi, Emirates, Mesir, Yaman, Libya dll katas dakwaan membantu Palestin, Hamas dan Ikhwan Muslimin, keberanian dan solidariti yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara membanggakan Rakyat Malaysia yang cintakan isu Palestin dan bencikan Penjajahan.
Us. Abdul Halim Abdullah
10 Jun 2017

www.aljazeera.net
ماليزيا لا تعارض زيارة قادة حماس
قال قائد الشرطة الماليزية خالد أبو بكر إنه لا توجد مشكلة في زيارة قادة حركة المقاومة الإسلامية (حماس) لماليزيا ولقاء الماليزيين ما دام ذلك يتم في إطار سلمي.
QATAR AIRWAYS
Ayuh kita solidariti sokong Qatar serta perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dengan cara kita pilih naik Qatar Airways berbanding Emirates, Etihad dan Saudia. Saya percaya hal ini dalam bidang dan kemampuan kita untuk melakukannya.
Us. Abdul Halim Abdullah
10 Jun 2017
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Telegram
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Us. Abdul Halim Abdullah
JAMBAR KALUNG EMAS
Sejambar kalung emas yang diberikan Saudi kepada Presiden George Bush, Baghdad jatuh ditawan Amerika tidak lama selepas itu.
Sejambar kalung emas dipakai Saudi ke dada Presiden Barack Obama, Damsyik dan San'aa ditawan.
Jambar kalung emas disemat Saudi ke dada Presiden Donald Trump, ibu negara-negara Islam mana pula yang akan jatuh selepas ini.
Harapan umat Islam hari ini adalah hanya kepada Allah swt dan golongan para pendakwah mereka yang ikhlas dan bersungguh sahaja. Selain mereka, masa, jiwa, tenaga dan harta telah banyak terbuang di sepanjang zaman dan sejarah.
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Jun 2017

SYEIKH A RAHIM DAMULLAM SYAHID
Sebentar tadi, saya menerima berita menyedihkan syahidnya Asy-Syeikh Abdul Hamid Damullam di dalam penjara kerajaan Komunis China. Moga Allah swt menerima beliau sebagai syahid, mengampuni dosa²nya, menerima segala jihadnya dan memasukkannya ke dalam Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.
Asy-Syahid dilahirkan di wilayah Kasyghar, China (Turkistan Timur). Di situ beliau menuntut ilmu dalam suasana diktator China yang dahsyat di zaman "Revolusi Pengetahuan China".
Beliau berguru dari Syeikh Zainal Abidin Mawlawy dan Syeikh Abdul Rasyid Qary.
Sejak tahun 1984, setelah tamatnya Revolusi, beliau mula berdakwah mendidik Islam di Turkistan Timur (Sinkiang/Xinkiang/Uigur).
Dari tahun 1984 hingga 1997 beliau memimpin umat Islam di Masjid Tuqustash yang beliau bina sendiri.
Diantara tahun 1980 hingga 1996, beliau mendidik ratusan murid dan cendikiawan. Ini membawa kepada tersebarnya fikrah Islam yang sahih di dalam masyarakat di Uigur.
Pada tahun 1989, beliau menubuhkan institiut bahasa dan kemahiran untuk mengajar bahasa asing, kemahiran perubatan dan bidang-bidang lain. Beliau membina hospital bagi institiut tersebut dan melengkapkannya dengan peralatan² yang canggih. Hospital ini turut merawat ramai orang² miskin secara kebajikan.
Pada 11/10/1996 pemerintah Komunis China telah menceroboh institusi ini menggunakan tentera bersenjata, lalu menukarnya menjadi Pusat Latihan Komunis dan menguasai hospital berkenaan. Pihak berkuasa telah menghalang beliau menjadi imam, khatib, juru nikah, menamakan bayi-bayi dengan nama Islam, memaksa ke atasnya perintah berkurung di rumahnya selama lebih 20 tahun dengan dikawal oleh 2 orang polis setiap waktu 24 jam sehari.
Syeikh Abdul Rahim dipenjara sejak beberapa bulan lalu dan syahid beberapa hari lalu.
Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemerintah China ke atas beliau dan menyeru agar ditamatkan segera penindasan China ke atas umat Islam di Turkistan Timur.
Kita juga menyeru umat dan pemerintah negara-negara Islam agar bangkit mengutuk kezaliman dan penindasan kerajaan China ke atas umat Islam di sana.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Jun 2017