IR. MOHD AL-ASSAR KE RAHMATULLAH SYAHID
Semalam, telah kembali ke rahmatullah, Ir Muhammad Al-Assar, 67 sebagai syahid di dalam penjara.
Beliau adalah anggota Majlis Syura Ikhwan Muslimin di Mesir, ditangkap selepas rampasan kuasa tentera Mesir dan dibiarkan sakit di dalam penjara tanpa rawatan.
Beliau pernah menjawat jawatan ketua cawangan Ikhwan Muslimin di Buhairah. Apabila disoalsiasat dengan soalan, "Adakah anda mengaku tuduhan mengatakan anda terlibat bergabung dalam jemaah Ikhwan Muslimin ?", beliau menjawab, "Bukan sahaja bergabung, bahkan saya adalah ketua Ikhwan Muslimin negeri Buhairah !! Ia bukan satu tuduhan. Akan tetapi ia adalah satu kemuliaan !!".
Di zaman pelajarnya, beliau merupakan pelajar matrukulasi terbaik tempat pertama seluruh Mesir, dan tempat pertama graduan kejuruteraan elektrik di universiti.
Antara kata-katanya yang masyhur adalah كن جريئا ... ومؤدبا bermaksud," Jadilah anda pejuang yang bersungguh melaksanakan sesuatu dan pejuang yang beradab mulia".
Moga Allah swt menerima beliau sebagai kalangan para Syuhada', membebaskan 60,000 banduan politik di penjara-penjara Mesir dan memberikan kemenangan yang dekat kepada pejuang-pejuang Islam. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Ramadan 2019

CUCU KE 14
Hari ini cucu terbaru dinamakan "Abbas bin Mohd Iqwan". Dilahirkan minggu lepas di Kaherah. Anak ke 3 dalam adik beradiknya.
Ayahnya, Mohd Iqwan b Zaidi, 28, lepasan BA Syariah (Al-Azhar) sedang menyiapkan ijazah masters dalam Syariah di Kaherah.
Ibunya Husna Abdul Halim, 26 baru tamat BA Syariah (Al-Azhar, Kaherah) dan sedang di tahun akhir Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, MBBS (Ain Shams, Kaherah).
Moga Abbas b Iqwan menjadi anak saleh, pejuang di jalan Allah, tergolong di kalangan para Syuhada' yang mendapat Syurga Firdaus dan boleh beri syafaat kepada ramai termasuk atok dan uwan nya di Akhirat nanti. Ameen.
Atok (Geddo جد),
Us. Abdul Halim Abdullah
30 Mei 2019
- - - - - - - - - - -
ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB
Credit : Us M Iqwan Zaidi
بسم الله الرحمن الرحيم
Abbas Bin Muhammad Iqwan 👶
(Jumaat, 24/5/2019 bersamaan 20 Ramadhan 1440 H)
Mengambil inspirasi tokoh Islam yang bernama Abbas Bin Abdul Mutallib R.A. Beliau adalah seorang Sahabat Nabi SAW yang hebat juga merupakan pakcik kepada Baginda SAW.
Dilahirkan pada tahun 56 Hijrah, 3 tahun sebelum Tahun Gajah (Kisah Ashabul Fiil). Usia beliau hanya 3 tahun lebih tua daripada Nabi SAW.
Berkenaan Keislaman Abbas RA ada yg berpendapat Islamnya Abbas sebelum Pembukaan Khaibar kemudian beliau merahsiakan keislamannya dan hanya mengiklankannya selepas Pembukaan Kota Mekah. Pendapat kedua pula berpandangan Abbas RA sudahpun memeluk Islam sebelum Perang Badar lagi.
Keislaman Abbas RA juga merupakan faktor yang menguatkan lagi dakwah Nabi SAW selain keislaman Umar Al-Khattab RA.
Abbas RA juga memiliki kedudukan yang sangat mulia disisi Rasul Saw. Pernah diriwayatkan dalam sebuah hadis :
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اتَّخَذَنِي خَلِيلا ، كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا ، وَمَنْزِلِي وَمَنْزِلُ إِبْرَاهِيمَ فِي الْجَنَّةِ تُجَاهَيْنِ ، وَالْعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ مُؤْمِنٌ بَيْنَ خَلِيلَيْنِ
"Sesungguhnya Allah telah memilihku (Muhammad Saw) sebagai kekasihnya seperti mana terpilihnya Nabi Ibrahim. Rumahku dan Rumah Ibrahim di syurga kelak bersebelahan, dan Abbas Bin Abdul Mutallib ialah mukmin diantara kedua Kekasih Allah"
Diriwayatkan juga dalam suatu hadis yang panjang :
والذي نفسي بيده لا يدخل قلب رجل الإيمان حتى يحبكم لله ولرسوله ثم قال يا أيها الناس من آذى عمي فقد آذاني فإنما عم الرجل صنو أبيه
"Demi diriku ditanganNya, Tidak masuk iman ke dalam hati seseorang sehinggalah dia mencintai kamu (muslimin) kerana Allah dan RasulNya. Wahai manusia sekalian barangsiapa menyakiti pakcikku (Abbas) maka dia telah menyakitiku. Sesungguhnya pakcik kepada lelaki itu seperti ayahnya"
Begitulah dekatnya kedudukan Abbas Bin Abdul Mutallib disisi Rasul Saw.
Abbas Ra juga merupakan seorang pejuang Islam yang hebat. Beliau menyertai Rasulullah dalam Pembukaan Kota Mekah, Perang Hunain, Perang Tabuk. Beliau kekal setia disamping Rasulullah bagi mempertahankan Baginda ketika Umat Islam kalah dalam peperangan Hunain. Pernah menemani Rasulullah dalam Baiatul Aqabah Kedua sebelum keislamannya.
Semoga anak yang lahir ini meneladani sahabat nabi yang bernama Abbas Bin Abdul Mutallib dalam ketinggian imannya, keteguhannya mempertahankan nabi dan agama Islam serta sifat kepahlawanan yang ada pd Abbas Ra.
Amin..

SELAMAT HARI RAYA
1 Syawal 1440H
I الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Diucapkan Selamat Hari Raya kepada sekelian muslimin muslimat sempena cukup sebulan Ramadan kita berpuasa. تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال.
Sempena itu juga kita bertakbir sebanyaknya pada hari ini kerana menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt yang telah memberi kita Hidayah sebaiknya.
Firman Allah swt :
(... وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ)
"Dan supaya kamu cukupkan bilangan (hari puasa di bulan Ramadan) dan supaya bertakbir membesarkan Allah diatas apa yang Dia beri hidayah kepada kamu, supaya kamu bersyukur" [Surah Al-Baqarah 185].
Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji adalah 2 hari perayaan Islam yang dikurniakan Allah swt kepada kita umat pembawa Risalah Akhir Zaman, kepada sekelian manusia sehingga ke Hari Kiamat. Marilah kita rasai tanggungjawab yang besar ini.
Di hari ini, marilah kita tanamkan kesyukuran dan kegembiraan kepada ibu bapa, pasangan, anak-anak, adik beradik, sanak sedara dan mereka yang di sekeliling kita. Maaf bermaafan, hubungkan silaturrahim, ukhuwah Islamiyah dan ziarah menziarahi adalah budaya hari Raya kita.
Jika tema ibadat Haji adalah Tauhid, maka tema Hari Raya adalah Takbir, iaitu membesar dan mengagungkan Allah swt. Hanya Dia yang layak mendapat ubudiyah (sembahan) dan hakimiah (penentu undang-undang). Dengan itu tiada sembahan dan ketundukan manusia sesama manusia.
Kerana itu Allah menunaikan janjiNya apabila tentera Islam mengalahkan tentera Ahzab dalam Perang Khandaq : صدق وعده ونصر عبده واعز جنده وهزم الاحزاب وحده bermaksud, "Allah menunaikan janjiNya, Dia memenangkan hambaNya, Dia mengagungkan tenteraNya dan Dia menghancurkan tentera musuh-musuhNya sekeliannya".

Muslimin dan muslimat sekelian,
Demikian takbir Hari Raya menunjukkan kepada kita bahawa keagungan Islam dan keagungan kita adalah pada sejauh mana kita dapat mengalahkan pakatan musuh-musuh Allah di muka bumi ini. Maka selayaknya para Sahabat ra bertakbir selepas Perang Khandaq dan Perang Pembukaan Mekah setelah mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy dan pakatannya.
Marilah kita melihat pula hal keadaan umat Islam pada hari ini di merata negara di dunia. Kita dapati pakatan tentera ahzab Amerika, Rusia, Iran, Eropah dll telah dan sedang mengganyang membunuh 1.5 juta umat Islam Sunni. Disamping itu berjuta-juta orang menjadi pelarian.
Pakatan tentera ahzab Amerika, Israel dan Eropah juga sedang mengganyang umat Islam di Libya, Yaman dan Afghanistan.
Ini belum termasuk umat Islam minoriti diganyang oleh golongan majoriti kafir di wilayah mereka yang dijajah seperti wilayah Sinkiang (Turkistan Timur) di China, wilayah Pattani di Thailand, wilayah Mindanao di Filipina, wilayah Kashmir di India, wilayah Arakan di Burma dll.
Disamping kita bergembira di Hari Raya, marilah kita mendoakan kemenangan dan kemerdekaan untuk mereka.
Muslimin dan muslimat sekelian,
Di hari yang mulia dan gembira ini, jangan kita lupa doakan para pendakwah dan pejuang Islam yang sedang dipenjara dengan zalim oleh regim di negara mereka. Ini termasuk seramai 40,000 pendakwah di penjara Mesir, 150 ulama di penjara Saudi, ribuan mujahideen di penjara Syria dll.
Ketika kita bergembira bersama keluarga, bersolat Raya dengan memakai baju Raya, mereka pula di dalam penjara berjauhan dari anak isteri, bersolat Raya dengan memakai pakaian banduan.
Jangan kita lupa membayar Zakat Fitrah dan Zakat Fardhu yang lain. Di Malaysia tidak kurang golongan fakir miskin yang dambakan kegembiraan di Hari Raya. Moga zakat dan infaq kita untuk mereka memutikkan kegembiraan dan kasih sayang sesama kita.
Bagi tuan puan saudara saudari yang beraya di Seremban pada Syawal minggu ke 2, 3 dan 4, jemput datang beraya di rumah kami. Pada minggu pertama Syawal, kami beraya di Penang dan Kedah, di kampung isteri.
Akhir kata, sepuluh jari kami susun memohon maaf zahir batin kepada sekelian muslimin dan muslimat yang mengenali. Moga kita bertemu di Ramadan berikutnya. Ame

en.
I الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Us. Abdul Halim Abdullah
Ush. Fariza Ibrahim
anak-anak, menantu & cucu.
1 Syawal 2019

RAYA & TEKAD GUNUNG JERAI
Di celah ziarah-ziarah Raya di Kedah, sempat bawa anak, menantu dan cucu ke puncak Gunung Jerai.
Ini kali ke 3 naik ke sini.
Kali pertama, mukhayyam tahun 1989 sebelum ke Mesir. Malam kami berkhemah di puncak gunung tu, malam itu juga berlaku tragedi Pondok Pak Ya terbakar https://youtu.be/affD7kW6tLQ.
Kali ke 2, mukhayyam tahun 1999 selepas pulang dari Mesir.
Banyak peristiwa dan tekad dilahirkan dari puncak gunung ini. Ada yang masih ana ingat. Ada yang anak sendiri, Kakngah ingatkan tadi (walaupun masa tu dia baru berumur 10 tahun tapi dia ingat Baba ada sebut pada dia).
Alhamdulillah, banyak tekad Gunung Jerai yang telah terlaksana. Baki tekad masih standing tidak berubah.
(مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا)
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". [Surah Al-Ahzab 23]
Us. Abdul Halim Abdullah
Ahad 9 Jun 2019M
Syawal 1440H
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
TRAGEDI PONDOK PAK YA TERBAKAR
Ketika kami berkhemah di puncak gunung ini, Khamis malam Jumaat, Pondok Pak Ya, Batu 16, Padang Lumat, Kedah berdekatan gunung ini terbakar.
Pondok kami, Pondok Pak Man adalah berkembar perjuangan dengan Pondok Pak Ya dengan jarak 4 batu sahaja.
Sangkaan awal pada malam kebakaran itu, kesemua pelajar puteri telah selamat keluar dari asrama.
Hanya setelah matahari naik di pagi Jumaat itu, seramai 27 pelajar perempuan ditemui rentung di sekitar asrama yang telah musnah dijilat api.
Sepanjang hari Jumaat itu saya di sana menyaksikan rentetan tragedi menyayat hati itu melihat ibu bapa meraung, pitam, menangis kerana kehilangan anak tersayang.

YouTube
promo '' Majlis Memperingati 27 Syuhada ''
SUDAN SAUDARA SE-ISLAM
Hari ini, apa yang berlaku di Sudan perlu mendapat perhatian serius umat Islam di serata dunia.
1- Rakyat Sudan adalah di antara umat yang terhampir dengan Islam dan fitrah insan, berbanding umat Islam lain di dunia.
2- Presiden Umar Basyir dulunya adalah anggota tentera dan anggota gerakan Islam, tinggal di rumah yang sangat sederhana, di tepi jalan biasa.
Namun ramai manusia bila telah lama di tampuk kuasa, sifat kediktatoran masuk ke dalam jiwa.
3- Setelah 30 tahun berkuasa, kemajuan Sudan masih jauh ketinggalan berbanding banyak negara lain di dunia, Rakyat tidak sabar melihat Umar Basyir pergi dan menyerah kepimpinan kepada yang lebih layak.
4- Rakyat Sudan bangkit, akhirnya memaksa Umar Basyir meletak jawatan. Namun Umar Basyir menyerah kuasa kepada Tentera Sudan, dan bukan kepada Rakyat.
Realiti di negara-negara Arab, bila Tentera memerintah, ia berita yang buruk. Contoh terdekat adalah Mesir, jiran Sudan.
Tentera tidak tahu dan tidak mahu "peti undi". Tentera hanya tahu "peti peluru" dalam gaya memerintah.
5- Tentera Sudan tunduk kepada duit Emirates. Emirates pula tunduk kepada Amerika. Buktinya, tentera Sudan masih di Yaman, memerangi dan bunuh umat Islam di sana.
Perang Yaman ditaja Emirates dan Saudi Arabia, dibawah naungan Amerika. Selagi Amerika belum puas, selagi itu perang tidak berhenti.
Benar kata Syeikh Azzam Tamimi 20 tahun dulu bahawa, "Tentera di negara-negara Islam dilatih untuk memerangi Rakyat nya sendiri".
Sepatutnya tentera berada di sempadan negara, tinggal di kem-kem, melindungi Rakyat dari serangan tentera asing. Semua negara Kristian begitu.
Tapi di banyak negara Islam dan Arab, tentera berada di ibu-ibu negara, tinggal di istana atau di kementerian-kementerian, menjalankan agenda asing ke atas negara sendiri.
(۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ)
"Wahai orang-orang beriman! Jangan kamu ambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai wali (teman kepercayaan), kerana mereka menjadi teman rapat sesama mereka;
Siapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman walinya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim" [Surah Al-Ma'idah 51]
Us. Abdul Halim Abdullah
13/7/2019

PENJUAL IC PENGKIANAT NEGARA
Pilihanraya adalah kuasa Rakyat memilih pemimpin, penggubal undang-undang dan penentu masa depan negara.
Disebabkan orang asing yang memiliki Kad Pengenalan boleh dan berhak mengundi dalam pilihanraya, maka menjual IC secara haram kepada mereka memberikan kuasa-kuasa di atas kepada mereka.
Pelakunya bukan sahaja dilaknat kerana terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa, malah ia adalah suatu pengkhianatan kepada Negara dan Umat.
Pihak berkuasa mesti membongkar sindiket ini sehingga ke akar umbi dengan cara :
1- Upstream - mengkorek seramai mungkin pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung, dan secara tak langsung (tahu tapi tak lapor), menghukum denda, penjara dan sebatan, serta menamatkan jawatan kerajaan yang disandang.
2- Downstream - membatalkan IC dan mencari "warganegara haram" ini seramai boleh dan menghantar mereka pulang ke negara-negara asal mereka.
3- Menumpaskan broker, orang tengah, agen yang terlibat dan menarik status warganegara mereka menjadi status penduduk tetap, atau sebolehnya dihantar ke negara asal usul nenek moyang mereka, setelah mereka dihukum penjara dengan sebatan.
Perang demografi (taburan penduduk) adalah salah satu perang Umat Islam dengan golongan kafir zaman ini.
Dengan purata kesuburan Umat Islam sekitar 5.5 dan umat kafir di negara-negara umat Islam adalah 1.3 zaman ini, kita memang tahu, usaha mendapat kerakyatan secara haram, rasuah dan khianat memang menjadi perancangan mereka. Malang jika ada dikalangan orang-orang bersolat yang turut terlibat.
Us. Abdul Halim Abdullah
11/9/2019

JEREBU PETANDA KORUP
Kebakaran hutan-hutan di negara jiran Indonesia, khususnya wilayah Sumatera dan Kalimantan biasanya adalah usaha menanam atau menanam semula kelapa sawit, getah atau tanaman lain.
Membakar jalan paling mudah, paling murah dan paling bahaya untuk menerangkan hutan, tanpa ambil peduli asap dan jerebu yang terhasil adalah racun yang akan dihidu ke dalam paru-paru oleh jutaan manusia di kawasan sekitar termasuk di Malaysia.
Sepatutnya menerangkan hutan adalah dengan menggunakan jentolak yang menolak pokok, dan lori pengangkut yang membuang pokok ke tempat pembuangan. Kosnya tinggi.
Jalan mudah dan murah, ialah guna mancis, bukan berpuluh jentolak, membakar pokok-pokok, dan hasil pembakaran itu terbang sendiri ke udara secara percuma, dalam bentuk asap dan jerebu, meliputi udara berbagai wilayah dan negara.
Jerebu menandakan korupsi meluas di kawasan tersebut.
Korupsi Jiwa - kerana yang membakar mementingkan keuntungan diri sendiri, tanpa menghiraukan keracunan paru-paru jutaan manusia lain.
Korupsi Pentadbiran - kerana syarikat dan pihak berkuasa tempatan di sana sejak bertahun dulu tidak mengambil langkah-langkah serius membasmi jerebu.
Korupsi Keadilan - kerana tiada ada dan tidak berjalan hukuman berat ke atas pelakunya. Ini menjadikan individu dan syarikat terbabit dan bakal terbabit masih liar membakar hutan.
Korupsi Pemimpin - kerana mengambil ringan terhadap krisis jerebu dengan tidak mengisytiharkan darurat, mengambil langkah drastik dan aggresif memadam kebakaran dan memburu mereka yang korup jiwa dan korup pentadbiran.
Kesihatan fizikal, penglihatan dan perasaan jutaan manusia diganggu, sedang kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia adalah bersaudara seIslam.
Us. Abdul Halim Abdullah
14/9/2019

AQIDAH ISLAM TULEN
"Islam الإسلام" bererti "penyerahan" iaitu tunduk dan ikut sepenuhnya apa yang turun dari Allah swt, berupa Al-Quran dan Al-Hadis.
Oleh itu setiap insan dan negara mesti tunduk dan ikut Al-Quran dan Al-Hadis dalam ketiga-tiga :
(1) Aqidah (kepercayaan & pegangan).
(2) Syiar Ibadah (sembahan, perbuatan)
(3) Sistem kenegaraan (perlembagaan, undang-undang).
Allah swt mewajibkan kita menyerah diri kepadaNya sepenuhny dalam kesemua 3 juzuk aqidah di atas.
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) hukum-hukumnya seluruhnya ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" [Surat Al-Baqarah 208].
Allah swt murka dan beri amaran dengan balasan azab di Neraka bagi mereka yang mengambil atau rela orang lain mengambil Islam sebahagian sebahagian dan tidak dengan sepenuhnya. FirmanNya :
(إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَیُرِیدُونَ أَن یُفَرِّقُوا۟ بَیۡنَ ٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَیَقُولُونَ نُؤۡمِنُ بِبَعۡضࣲ وَنَكۡفُرُ بِبَعۡضࣲ وَیُرِیدُونَ أَن یَتَّخِذُوا۟ بَیۡنَ ذَ ٰلِكَ سَبِیلًا)
(أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ حَقࣰّاۚ وَأَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا)
“Sesungguhnya orang-orang :
(1) yang kafir kepada Allah dan Rasul-rasulNya,
(2) yang hendak memisahkan Allah dari Rasul-rasulNya, yang berkata "Kami beriman dengan sebahagian (dari Kitab dan hadis Rasul-rasul),
(3) yang hendak mengambil jalan tengah,
Mereka adalah orang-orang kafir tulen, dan Kami (Allah) sediakan bagi orang-orang kafir (seperti itu) azab (Neraka) yang menghinakan".
[Surat An-Nisa' 150-151]
Dari ayat-ayat Quran di atas "beriman dengan sebahagian Islam dan menolak sebahagian Islam yang lain" dipanggil oleh Allah sebagai orang-orang kafir tulen الكافرون حقا.
Moga Allah swt jauhkan kita dari mengambil Al-Quran cuma sebahagian dan menolak sebahagian ayat Al-Quran yang lain.
Us. Abdul Halim Abdullah
25 Sep 2019

JIHAD PUNCAK KEMULIAAN
India akhirnya merampas wilayah Kashmir sepenuhnya, setelah sekian lama mereka di atas perjanjian berkongsi dengan Pakistan dalam membuat sebarang keputusan mengenai wilayah tersebut.
Jelas, negara kafir ini tidak memahami selain bahasa kekuatan dan jihad.
Mujahideen Kashmir bersiap sedia untuk melancarkan Jihad ke atas India di sempadan LOC.
Namun Perdana Menteri masih meletakkan harapan kepada PBB untuk datang membantu.
Adakah beliau masih dibuai mimpi ? Adakah beliau menyangka India merampas Kashmir tanpa kesepakatan dengan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan PBB sendiri ?
Masalah ramai pemimpin umat Islam hari ini adalah mereka tidak mengambil panduan dari Kitab Allah dalam membentuk kefahaman mereka dan membuat keputusan. Kerana itu Islam kehilangan wilayah-wilayah nya satu demi satu.
Us. Abdul Halim Abdullah
26/9/2019

PERANG SAUDARA SAUDI-YAMAN
Sebelum wujudnya negara "Saudi", Yaman dan Hijaz adalah sebuah negara Arab bersatu sejak zaman Nabi saw. Mereka berkongsi bahasa dan dailek yang sama, kabilah-kabilah yang sama dan budaya yang sama.
Hari ini, kerana kerakusan politik para pemimpin, dan berwalakkan Amerika, Barat dan Israel, rakyat yang bersaudara terpaksa berperang, dengan kedua-dua pihak melaungkan "Allahu Akbar" ketika membuat serangan.
Minggu ini tentera Yaman berjaya menawan lebih 2000 tentera Saudi dan merampas berbagai senjata dan peralatan perang.
Moga Allah hancurkan kekuasaan pencetus perang sesama Islam, mengazab mereka sekerasnya di Neraka kelak bersama pemimpin Barat yang mereka kiblatkan. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
1/10/2019

CUCU BARU
Alhamdulillah, kelmarin selamat dilahirkan cucu baru di Hospital Wanita Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.
Kelihatan dalam foto, cucu baru didukung oleh ayahnya, Ustaz Jihad Halim, pelajar perubatan tahun akhir di hadapan hospital universiti tempat beliau belajar. Cucu ini anak beliau ke 3.
بورك لك فى الموهوب ، وشكرت الواهب ، ورزقت بره ، وبلغ أشده ، اللهم أمين
Us Abdul Halim Abdullah
2/10/2019

TEGAKKAN PERUBAHAN TOTAL
I التغيير الجذرى (Negara Islam)
Dari ceramah atau pembacaan Seerah, ramai kita tahu bahawa Rasulullah saw menolak tawaran dari pembesar² Quraisy untuk Baginda saw menjadi ketua negara Mekah.
Tapi sepak terajang politik hari ini menyaksikan jarang jawatan-jawatan politik terutama Jawatan No.1 dalam Negara ditolak, malah menjadi impian dan buruan, bahkan membawa kepada cantas mencantas.
Di mana silap nya ?
Silapnya adalah kerana ramai tidak tahu :
# kenapa Nabi saw menolak tawaran tersebut ?
# apakah kekangan pada jawatan itu ?
# kenapa Nabi saw menjadi ketua negara di Madinah, dan menolak tawaran Quraisy untuk jadi ketua negara di Mekah ?
# apakah applikasi semua di atas kepada politik hari ini ?
# apakah perbezaan asas Amal yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, berbanding amal politik hari ini ?
# bolehkah kita mencapai produk Negara Islam di Madinah yang dicapai Rasulullah saw, jika asas Amal kita berbeza dari asas amal Baginda saw.
# sejauhmana prinsip Nabi saw adalah أسوة حسنة (contoh teladan) bagi orang-orang beriman ? Adakah dalam ibadah dan akhlak sahaja, atau kita kena juga ikuti usaha dan fasa-fasa amal Nabi saw dalam menegakkan sebuah Negara Islam ?
# soalan lebih asas, apakah dia "Negara Islam" yang hendak ditegakkan ? Apakah ciri dan rukunnya ?
Perjuangan menegakkan agama Allah ada jalannya. Firman Allah swt :
(وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَ ٰطِی مُسۡتَقِیمࣰا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِیلِهِۦۚ ذَ ٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ)
"Dan sungguh ini jalanKu yang lurus. Hendaklah kamu ikut jalan itu. Jangan kamu ikut jalan-jalan lain lalu kamu berpecah belah dari jalanNya. Allah pesan hal itu kepada kamu supaya kamu bertaqwa" [Surat Al-An'am 153].
Jalan perjuangan itu ditunjukkan oleh NabiNya saw :
(لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا)
"Pada Rasulullah ada contoh teladan yang baik untuk kamu. Iaitu untuk orang yang mengharap redha Allah dan balasan baik di Hari Akhirat. Iaitu untuk orang yang banyak mengingati Allah" [Surat Al-Ahzab 21].
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Oktober 2019