LIBERAL PENETRATE PENDIDIKAN
Dari Pertandingan Debat Piala Tun Razak, saya berpandangan ada pihak Liberal telah berjaya penetrate Kementerian Pendidikan, samada melalui individu atau melalui pengaruhnya.
Disebabkan perkara telah berlaku, maka permohonan maaf sahaja adalah tidak memadai.
Sebaliknya, JAKIM, Kementerian Agama, SPRM dan berbagai agensi agama dan keselamatan mesti membuat siasatan sehingga ke akar umbi siapakah mereka dan pihak-pihak mana yang terlibat mempengaruhi atau membuat keputusan songsang tersebut.
Al-Quran adalah kalam dan kitab Allah. Ia juga kitab yang telah sempurna. Beriktikad bahawa Al-Quran perlu ditulis semula adalah kufur. Begitu juga liwat adalah haram dan diketahui umum oleh masyarakat Islam. Mengingkarinya menjadi kufur juga.
Moga Allah swt selamatkan masyarakat kita, khususnya golongan pelajar dari racun golongan dan diayah Liberal seperti di atas.
Us. Abdul Halim Abdullah
15 Okt 2019

WUHAN & AMAL ISLAMI
Wabak coronavirus di Wuhan, seperti malapetaka-malapetaka alam lain, memberi pengajaran dan ingatan kepada kita dalam gerakan Islam bahawa :
1- Sehebat mana negara China dan Kuasa-kuasa Besar Dunia mempunyai kekuatan berbilion penduduk dan jutaan tentera lengkap, namun kalut dan lemah dalam berdepan dengan tentera Allah swt yang amat kecil seperti virus.
2- Kemenangan atau pertolongan dari Allah boleh datang dalam apa jua bentuk dan sokongan. Allah menghantar burung Ababil mengalahkan tentera Abrahah. Untuk Perang Khandak, Allah datangkan angin kencang memaksa Quraisy berundur dan balik Ke Mekah.
3- Apa yang dituntut dari gerakan Islam adalah beraqidah bahawa Kemenangan adalah dari Allah وما النصر الا من عند الله, dan bukan dari mereka atau dari apa sahaja makhluk ciptaanNya.
4- Hanyasanya yang dituntut dari gerakan Islam dan ahli-ahlinya adalah berada di atas kebenaran, bertaqwa dan berjuang berpandukan Al-Quran dan sunnah perjuangan Rasulullah saw. ke arah menegakkan SyariatNya, lalu bertawakkal mengharapkan Kemenangan dari Allah swt.
5- Kemenangan hakiki adalah beroleh Keredhaan Allah dan SyurgaNya di Akhirat yang kekal abadi. Ia diperolehi melalui taqwa dan berjuang di jalanNya seperti di atas, dan bukan meraih sorakan dan kekaguman kosong di dunia sementara. Ashabul Ukhdud menang besar dengan mendapat Syurga walaupun dibunuh beramai-ramai tanpa mendapat apa-apa jawatan di dunia. Amati surah Al-Buruj erti "kemenangan besar".
Moga isu Wuhan menguatkan kefahaman dan aqidah kita terhadap erti dan bentuk-bentuk kemenangan hakiki dalam Islam.
Us Abdul Halim Abdullah
27 Jan 2020

ULANG TAHUN KE 201 KEJATUHAN SINGAPURA
Semalam, 30 Januari adalah hari Ulangtahun ke 201 Kejatuhan Negara Islam Singapura.
Skrip kejatuhan adalah sama dengan skrip kejatuhan negara-negara Islam lain sezaman dengan nya. Ia bermula dengan :
1- kejahilan Aqidah pemimpin Umat Islam terhadap prinsip Wala' dan Bara' (siapa tempat kepercayaan dan siapa tempat permusuhan), dan
2- tidak menghiraukan peringatan Allah akan bahayanya berwalakkan Yahudi dan Kristian.
3- Cinta dunia dan takut mati syahid atau disebut Nabi saw sebagai penyakit "Wahan الوهن". Menerima tawaran wang dari British.
Sultan Hussein dari negara Singapura dan Sultan Hussein dari negara Al-Hijaz (Mekah & Madinah) kedua-duanya jatuh dalam perangkap British yang sama.
Firman Allah swt :
(۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ)
bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai tempat berwalak. Mereka berwalak sesama mereka. Siapa yang berwalak mereka, maka dia tergolong dari kalangan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk hidayah kepada kaum yang zalim".
[Surah Al-Ma'idah : 51]
Rupanya, kejahilan tapi angkuh atau cerdik tapi khianat oleh ramai pemimpin umat Islam tidak terhenti di zaman dulu. Malah ia berlaku di hari ini dan akan datang.
Seolah mereka tidak peduli ayat-ayat Allah, serta tidak langsung belajar dari sejarah. Atau ada orang yang tergolong dari kalangan mereka ?
Moga Allah swt pelihara kita dari jatuh ke dalam perangkap musuh-musuhNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2020

DEDAK & SIKAP SAHABAT NABI saw
Seringkali selepas solat Subuh, seorang sahabat bernama Abu Dujanah ra sering dilihat oleh Nabi saw dengan gopoh segera pulang ke rumahnya.
"Wahai Abu Dujanah! Bukankan engkau ada keperluan dari apa yang Allah boleh berikan ? Kenapa tak tunggu sebentar untuk berdoa kepadaNya ?".
Abu Dujanah ra berkata, "Ya Rasulullah. Harap ku dari Allah tidak terputus walau seketika. Namun aku ada seorang jiran yahudi. Musim buah-buahan sekarang sering buahnya masuk ke kawasan rumahku.
Aku segera pulang ke rumah untuk aku kutip buah-buah itu dan letak kembali di rumah jiranku, sebelum anak-anak kecilku bangun dari tidur lalu memakan buah-buah tersebut".
"Demi Allah, pernah suatu hari anakku mengunyah buah milik jiranku, lalu aku memasukkan jari ku ke dalam mulutnya supaya dia memuntahkan buah tersebut. Aku berkata kepadanya أما تستحى من وقوفى أمام الله سارقا ؟ (engkau tak malu ke nanti aku berdiri di hadapan Allah sebagai seorang pencuri ?)".
Apabila mendengar hal itu, lantas Abu Bakar As-Siddiq ra pergi membeli pohon itu dari orang yahudi tersebut lalu dihadiahkannya kepada Abu Dujanah".
Apabila yahudi itu mengetahui apa yang berlaku, dia terus membawa semua ahli keluarganya bertemu Rasulullah saw dan masuk Islam.
Abu Dujanah ra takut memakan sebiji tamar milik seorang kafir lagi yahudi. Namun kita melihat hari ini terdapat di kalangan kita yang sanggup makan jutaan bahkan billion Ringgit milik umat Islam. Tidak hairan nasib yang menimpa umat kita zaman ini.
Us. Abdul Halim Abdullah
31 Jan 2020.

QANTARAH
Hasad dengki dan berlaku zalim adalah pembakar pahala seperti api dalam sekam. Apatah lagi zalim amat dibenci Allah. Dia swt mengharamkan kezaliman ke atas diriNya sendiri (Hadis Qudsi) :
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
bermaksud, "Wahai hamba-hambaKu ! Sungguh Aku telah haramkan ke atas diriKu (sendiri) dari berlaku zalim dan Aku jadikan Zalim sebagai haram sesama kamu, maka jangan kamu saling menzalimi sesama kamu ...".
Di Akhirat nanti, selepas mukmin disiksa di Neraka kerana dosa-dosanya di dunia yang tercatat dalam buku amalannya, sebelum dimasukkan ke dalam Syurga, masih ada satu lagi urusan yang mesti diselesaikan station yang dipanggil Qantarah .
Di Qantarah, setiap mukmin akan diqisas sesama mukmin lain, terhadap kezaliman, penganiayaan, ketidakadilan, hasad dengki dan seumpamanya yang berlaku sesama mereka.
Penganiaya akan minta maaf kepada yang dianiaya. Jika yang dianiaya tidak memaafkan, maka dibayar dengan pahala penganiaya.
Jika pahala penganiaya masih tak cukup, maka dia terpaksa mengambil dosa orang yang dianiayanya sehingga selesai keadilan ditegakkan dan hati dibersihkan.
Bila hati bersih, tiada lagi hasad dengki maka layaklah menjadi ahli Syurga, lalu mereka memasukki Syurga.
فقد روى البخاري في صحيحه مِن حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رضي اللهُ عنه: أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم قَالَ: "يَخْلُصُ الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ فَيُحْبَسُونَ عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، فَيُقَصُّ لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَأَحَدُهُمْ أَهْدَى بِمَنْزِلِهِ فِي الْجَنَّةِ مِنْهُ بِمَنْزِلِهِ كَانَ فِي الدُّنْيَا"[1].
البخاري في صحيحه مِن حَدِيثِ أَبِي هُرَيرَةَ رضي اللهُ عنه: أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم قَالَ: "مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ، قَبْلَ أَنْ لَا يَكُونَ دِينَارٌ، وَلَا دِرْهَمٌ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ"[11].
Moga kita dijauhkan Allah swt dari pernah atau masih berlaku zalim terhadap sesiapa dan tidak dihisab di Qantarah di Hari Kiamat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
2 Feb 2020

ULANGTAHUN KE 71 IHAB SYAHID
Hari ini 12 Feb, genap 71 tahun (2020 - 1949) syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.
Beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 1906 dan ditembak syahid di Jalan Ramses, Kaherah pada 12/2/1949 oleh pemerintah Mesir yang disekongkol dengan Penjajah British yang menjajah Mesir ketika itu.
Diantara kelebihan atau keistimewaan gerakan Ikhwan Muslimin yang beliau asaskan adalah :
1- Risalah dakwah nya menyamai dakwah para Rasul as, iaitu mengajak kepada Tauhid dalam semua aspek kehidupan diri dan negara.
2- Kesyumulan dakwahnya dan keaslian fikrah yang bersumberkan hanya Al-Quran dan Al-Hadis, tanpa diwarnai oleh hawa nafsu tokoh, kejahilan manusia, ideologi asing dan pengaruh kuasa politik.
3- Matlamat dan jalan Perjuangan yang jelas, persis yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, terutamanya bertunjangkan Tarbiyah dan Aqidah yang sahih, berkesan dan asasi.
4- Menghasilkan rijal yang hebat lagi mengukir sejarah tajdid Umat serta penentangan terhadap musuh-musuh Islam di seluruh dunia. Paling ketara adalah dalam jihad-jihad menentang Yahudi Zionis di Palestin, Komunis di Afghanistan dan Kristian Salibi di banyak dunia Islam.
Sabda Rasulullah saw :
قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم " إن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها "
bermaksud, "Allah akan membangkitkan untuk Umat ini pada tiap permulaan seratus tahun seseorang yang akan memberi nafas baru untuk agama mereka".
Moga Allah swt menerima beliau sebagai syuhadak di jalanNya, memasukkannya ke dalam SyurgaNya tertinggi dan menjadikan kita tergolong ke dalam mereka yang memperjuangkan agamaNya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Kaherah, Mesir.
12/2/2020

TRAGEDI DIR YASIN, PALESTIN
Ulangtahun ke 72
Sedang dunia diserang Coronavirus saat ini, kelmarin, pada 9 April yang lalu, tragedi Dir Yasin kembali segar memberi peringatan dan pengajaran kepada umat Islam akan bahaya musuh² Allah dan musuh² mereka sendiri.
Sebelum Zionis Sedunia mengisytiharkan pada 14/5/1948 kelahiran negara baru "i.s.r.a.e.l" di atas bumi Palestin, kira² sebulan sebelum itu mereka merancang menakut dan menghalau seramai mungkin rakyat Palestin lari meninggalkan negara itu, agar nisbah penduduk Yahudi lebih tinggi dari penduduk Arab selepas "kemderdekaan".
Cara yang dipilih oleh Yahudi adalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di kampung Dir Yasin.
Pada malam 9 April 1948, kumpulan Argon pimpinan Manachem Begin, kumpulan Steyir Lihyi pimpinan Yitzak Shamir dan mafia Hagana, masing² mengepung dari arah berlainan kampung yang berpenduduk 800 orang itu.
Pihak Yahudi mendapat tentangan dari 80 pemuda Palestin bersenjata usang yang digunakan zaman Perang Dunia I dan berjaya membunuh 4 orang dan mencederakan 40 orang. Yahudi membalas dengan mengebom dengan peledak Hound (meriam katak) setiap rumah, memaksa semua wanita, kanak² dan orang tua keluar dari perlindungan mereka di rumah.
Setelah semua bom Hound habis digunakan, selama 2 hari berturut-turut Yahudi menggunakan bom tangan dan mesin gun mensasarkan sesiapa sahaja mahkluk yang bergerak, tanpa membezakan lelaki dari wanita, kanak² dan orang tua. Seramai 350 orang syahid. Mayat² dikelar, anggota badan dipotong² dan mayat² yang hamil dibelah perut.
Sebahagian penduduk dibiarkan lari untuk memaklumkan kepada baki penduduk Palestin di luar sana akan kedahsyatan yang telah berlaku. Kesannya, ramai penduduk Palestin yang lari berhijrah ke negara-negara jiran, Lubnan, Syria dan Jordan.
Kampung Dir Yasin terletak hanya 5 km dari bandaraya Jerusalem, menuju ke arah Tel Aviv. Kesan dari tragedi ini juga, ramai penduduk Islam di Jerusalem lari dan berhijrah menyelamatkan diri dan keluarga mereka. Ini juga suatu yang memang dimahukan oleh Yahudi.
Di antara kedahsyatan pembunuhan yang diceritakan adalah :
1- Wanita yang sedang hamil, dibelah badannya hidup-hidup, dipotong buah dadanya, dikeluarkan janin, disembelih dan letakkan ke dadanya. Kedua-dua ibu dan janin syahid.
2- Seramai 27 muslimah dibunuh bersama-sama sekaligus dalam sebuah rumah.
3- Seorang lelaki tua dibunuh dengan dicampak dari bangunan tinggi.
Saat itu sebilangan pemuda Ikhwan Muslimin Palestin bangkit menentang penyembelihan tersebut dengan menyerang penempatan Yahudi di Kufar Drum. Kisah kepahlawanan pemuda² Ikhwan Muslimin diceritakan oleh penulis Ahmad Labeeb Al-Turjuman dalam bukunya.
35 hari selepas Tragedi Dir Yasin, PBB meresmikan penubuhan negara "i.s.r.a.e.l". Sebaik kelahiran negara haram tersebut, meletus perang Arab-Israel 1948 mengakibatkan penghijrahan ratusan ribu penduduk Palestin meninggalkan negara mereka.
Selepas 30 tahun peristiwa Dir Yasin berlalu, Ketua operasi penyembelihan tersebut, Manahem Begin terpilih menjadi Perdana Menteri Israel (1977-1983). Tangan yang berlumuran darah umat Palestin itu disalam oleh Presiden Anwar Sadat (Mesir) dalam Persidangan "Damai" Camp David 1979.
Susulan dari Camp David, Dunia menganugerahkan Manahem Begin anugerah nobel "keamanan" pada tahun 1979.
Anugerah "Nobel for Peace 1979" ini disusuli dengan operasi penyembelihan yang lebih dahsyat di kem pelarian Palestin di Syabra Syatila tahun 1982 dimana 3000 orang Palestin syahid, 10 kali ganda bilangan syahid di Dir Yasin 1948. Ketika itu Manahem Begin masih menjawat jawatan Perdana Menteri Israel.
Demikian keperibadian PBB atau istilah "International Community" (Masyarakat Antarabangsa) yang dikagumi dan selalu dirujuk oleh sebilangan tokoh-tokoh melayu.
Firman Allah swt
( فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ یَتَفَكَّرُونَ)
"Ceritakan kepada mereka kisah-kisah supaya mereka berfikir" [Surah Al-A'raf 176]
(۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰوَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ )

"Sungguh kamu akan benar² dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mensyirikkin Allah" [Surah Al-Ma'idah 82]
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 12/4/2020
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 12/4/2020
MUSLIM ROHINGYA
Isu muslim Rohingya adalah lebih islami, lebih lama dan lebih besar dari satu kes terpencil sebilangan mereka berpiket baru² ni.
Seperti muslim di Palestin dan di Uigur, China, muslim Rohingya turut dijajah, ditindas, dibunuh, dihalau dan diperlakukan diluar batas kemanusiaan oleh regim tentera Burma Buddha yang dilatih 3000 komando Israel suatu masa dahulu.
Kisah mereka dibakar hidup², disembelih, diperkosa, dipisahkan anak dari ibu, larangan berkahwin, lockdown bertahun² dll, lebih menyayat hati berbanding kisah muslim di Palestin atau di Uigur.
Islam mewajibkan umat Islam memelihara 5 dharuriat iaitu Agama, nyawa, kehormatan, keturunan dan harta (Fiqh Islam). Oleh itu Islam mewajibkan umatnya berhijrah dari tempat mereka ditindas, ke tempat di mana Islam berkuasa. Firman Allah swt :
(إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰسِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا)
"Mereka yang dimatikan oleh Malaikat Maut, dalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri (kerana tidak berhijrah). Malaikat bertanya, 'Kenapa kamu (tidak berhijrah lalu tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya)?'. Mereka menjawab, 'Kami dulu ditindas di muka bumi'. Malaikat berkata, 'Tidakkah bumi Allah luas, kamu dapat berhijrah di sekitar pelusuknya (ke negara umat Islam lain)'. Tempat mereka adalah Nerakan Jahannam (kerana merelakan diri ditindas dan tidak dapat mengamalkan Islam sepenuhnya). Neraka itu seburuk² tempat" [Surah An-Nisa' 97].
Umat Islam adalah adik beradik. Firman Allah swt (إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ) bermaksud, "Orang-orang beriman adalah adik beradik. Maka damaikanlah dikalangan adik beradik kamu. Bertaqwakan kamu kepada Allah supaya kamu dirahmati Allah" [Surah Al-Hujurat 10].
Allah swt berfirman bahawa orang-orang beriman di tanah Islam berkuasa hendaklah menyambut muslim tertindas yang datang berhijrah kepada nya. FirmanNya :
(وَٱلَّذِینَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِیمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ یُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَیۡهِمۡ وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟ وَیُؤۡثِرُونَ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ وَمَن یُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ)
"Mereka yang menyediakan Negara dan Iman (kasih sayang) sebelum mereka. Mereka suka kepada orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tak simpan dalam hati mereka sesuatu kepentingan dari apa yang mereka sumbangkan (kepada orang yang datang berhijrah). (Bahkan) mereka mengutamakan penghijrah itu lebih dari diri mereka sendiri, walaupun mereka dalam kesusahan. Siapa yang terselamat dari kebakhilan dirinya, maka mereka orang² yang berjaya" [Surat Al-Hashr 9].
Banyak petunjuk rabbani (ilahi) dari 2 ayat di atas. Saya ambil beberapa sahaja darinya iaitu :
1- Siapa tak sayang tanah air sendiri. Nabi saw dan para Muhajirin ra sendiri merindui Mekah, kampung halaman dan tanah tumpah darahnya. Tapi mereka wajib berhijrah dari bumi ditindas kafir ke bumi kuasa Islam tertegak.
2- Bila ada "hijrah" di dalam Al-Quran, maka Hijrah akan terus berlaku sepanjang zaman untuk Allah menilai siapa muslim yang sanggup menyediakan kasih sayang dan tempatnya untuk muslim yang datang berhijrah. (Jangan dikelirukan dengan hadis Tiada hijrah para Sahabat ra selepas Pembukaan Mekah لا هجرة بعد الفتح).
3- Menolong sungguh² dengan penuh ikhlas, sehingga Allah sifatkan pihak yang menolong tiada apa-apa kepentingan pun dari sumbangan yang dia berikan kepada penghijrah. وَلَا یَجِدُونَ فِی صُدُورِهِمۡ حَاجَةࣰ مِّمَّاۤ أُوتُوا۟
4- Mengutamakan penghijrah lebih dari diri sendiri, walaupun diri dalam keadaan susah وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةࣱۚ, walau negara sendiri sedang ditimpa Coronavirus sekalipun. Melebihkan saudara seIslam melebihi diri sendiri dipanggil Ithar الايثار. Ia adalah tahap Ukhuwah yang paling tinggi dalam Islam.

5- Allah menyifatkan mereka yang tidak menolong penghijrah yang tertindas sebagai orang شُحَّ نَفۡسِهِۦ yang bakhil dan kedekut. Ada duit berkepuk dalam bank, kereta 2-3 buah, rumah, tanah, tapi tidak menoleh pandangan ke arah penghijrah sehelai sepinggang meredah lautan bergelora.
6- Orang yang menolong menyediakan Iman (kasih sayang) dan tempat bagi muslim tertindas, tidak bakhil akan diberi status oleh Allah sebagai ٱلۡمُفۡلِحُونَ iaitu orang2 yang BERJAYA di dunia dan Akhirat. Siapa di antara kita nak berjaya di Akhirat dengan beroleh Syurga kekal abadi dan keredhaanNya ?
Tragedi muslim Rohingya telah berlangsung sejak berdekad-dekad lalu. Negara² Islam termasuk Malaysia dan ngo-ngo Islam telah memainkan banyak peranan membantu mereka di sana maupun di Tanahair kita. Ia patut diteruskan.
Muslim Rohingya mempunyai ramai ulama dan para hafiz. Di Malaysia ramai mereka yang menjadi guru-guru hafiz di tahfiz-tahfiz kita. Terdapat masjid dan surau yang mendapatkan khidmat imam hafiz muslim Rohingya sepanjang bulan Ramadan.
Kes terpencil kumpulan berpiket dalam tempoh Lockdown mungkin usaha pihak tertentu untuk mengalih perhatian jauh dari isu 50,000 pelancung China yang tinggal terus di Malaysia dan tak balik balik ke negara mereka dan kes jualan kad pengenalan yang sedang berjalan.
Menjadi tanda tanya besar dalam isu ini :
1- Siapa Zafar Ahmad ni sebenarnya ? Siapa yang beri dia jawatan kononnya "Presiden orang-orang Rohingya" ?
2- Muslim Rohingya tidak memiliki satu pun pertubuhan yang mewakili semua mereka di Malaysia, maupun di serata dunia. Di Mekah sendiri ada beberapa pertubuhan muslim Rohingya, dan bukan satu. Maka Zafar Ahmad ni dari pertubuhan apa ?
3- Tulisan "strategi bawa masuk 300 orang ke Malaysia, kemudian, 300 orang lagi, kemudian 300 orang lagi" , saya lihat seperti tulisan tangan orang Malaysia terpelajar, dan bukan tulisan orang Rohingya yang tertindas. Ia mungkin bikinan cybertroopers.
Apa sahaja isu yang berbangkit, kita umat Islam hendaklah merujuk dan mengaitkan isu itu dengan Al-Quran dan Al-Sunnah terlebih dahulu dari Facebook dan cybertroopers yang mengapi-apikan isu. Mereka bekerja siang malam demi mencapai tujuan² tertentu.
Kepada Allah jua kita panjatkan doa keselamatan buat muslim Rohingya dan umat Islam yang tertindas di serata dunia. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 23/4/2020

SEJARAH MUSLIM ROHINGYA
Sama seperti sejarah benua India dan Nusantara, bumi bangsa Rohingya, bernama "Arakan" mula dikunjungi pendakwah² Arab seawal kurun ke 7M, kurun yang sama wafatnya Rasulullah saw.
Pedagang² mula mengislamkan penduduk Arakan, berkahwin dengan wanita Rohingya dan bilangan penduduk Islam bertambah dengan pesat. Masjid Santikan dibina pada tahun 1430.
Awal abad ke 20 menyaksikan hubungan baik kerajaan demokrasi Burma terhadap muslim Rohingya. PRU tahun 1951, lima wakil rakyat adalah muslim Rohingya. 2 wanita pertama Burma menjadi ahli Parlimen. Salah seorangnya, Zura Begum adalah seorang muslimah Rohingya.
PRU tahun 1956, enam muslim Rohingya menjadi ahli Parlimen, termasuk Sultan Mahmud yang menjadi Menteri Kesihatan.
KERAJAAN TENTERA
Segala-galanya berubah pada tahun 1962 apabila tentera Burma merampas kuasa. Dua tahun pertama sahaja (1962-1964) seramai 320,000 imigran asal India, muslim dan hindu dihalau keluar dari Burma.
Pada tahun 1978, kerajaan tentera menafikan kerakyatan muslim Rohingya, semua Kad Pengenalan dirampas dan serangan demi serangan dilancarkan. Seramai 200,000 pelarian muslim Rohingya masuk ke sempadan Bangladesh. 12000 mati di sempadan.
Tahun 1982, Regim Tentera Burma meluluskan Akta Warganegara dan melucutkan kerakyatan semua muslim Rohingya, sedangkan mereka adalah penduduk asal turun temurun.
Mulai tahun 2017, muslim Rohingya tidak lagi mempunyai hak mengundi dan diundi.
Tahun 2016-2017 beberapa orang tentera Burma terbunuh. Tentera Burma menuduh itu perbuatan muslim Rohingya lalu bertindakbalas dengan membunuh secara rambang, membakar kediaman dan tanaman, gang rape dsb.
4 minggu pertama serangan menyebabkan 400,000 muslim Rohingya lari meninggalkan kampung halaman. Sebahagian mereka merentasi sempadan Bangladesh, sebahagian lagi menaiki bot-bot di lautan.
Kajian mendapati 24,000 muslim Rohingya dibunuh, 36000 dicampak ke dalam api, 18000 muslimah dirogol dan 116000 dipukul. 176 dari 471 kampung Rohingya telah kosong tanpa penduduk.
Kini hanya tinggal baki sekitar beberapa ratus ribu muslim Rohingya dari asal 3 juta penduduk di wilayah Islam Arakan, Burma. Masa depan mereka juga tidak menentu, menantikan kembalinya Salahuddin Al-Ayyubi Abad 21 untuk menyelamat mereka dan mengagungkan aqidah Islam di mata Dunia, atau menantikan operasi tentera Burma pusingan seterusnya untuk membunuh, membakar, merogol, memotong anggota dan menghalau mereka.
Sabda Rasulullah saw :
من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم
bermaksud, "Siapa yang tak peduli hal keadaan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka".
Kepada kita kaum muslim Malaysia,
Berpada-pada dalam mengutuk dan menghalau mereka. Hari ini hari mereka. Kita bantu mereka. Hari esok hari siapa kita tak tahu.
(... وَتِلۡكَ ٱلۡأَیَّامُ نُدَاوِلُهَا بَیۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِیَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَیَتَّخِذَ مِنكُمۡ شُهَدَاۤءَۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ)
"Demikianlah hari-hari Kami gilir-gilirkan di antara manusia. Supaya Allah tahu siapa orang-orang (benar-benar) beriman, dan menjemput dari kalangan mereka (mati) sebagai syuhadak (mati syahid). Allah tidak suka orang-orang zalim" [Surah Ali Imran 140].
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 24/4/2020

HALAU MUSLIM ROHINGYA ??
Seruan "Hantar Mereka Pulang"
Ayat Quran mengenai "hantar pulang"
Sejak tentera buddha Burma merampas kuasa tahun 1962, pembantaian ribuan muslim Rohingya bermula dan memuncak di tahun 1978 hingga ke hari ini, selama lebih 40 tahun, Kerajaan dan rakyat Malaysia telah bangkit membela nasib mereka yang berhijrah ke negara ini.
Hijrah besar Rasulullah saw dan para Sahabat ra berlaku pada tahun 1 Hijriah.
Namun Ummu Kalthum binti Uqbah ra masih tinggal di Mekah dan merahsiakan keislamannya. Ayahnya, Uqbah bin Al-Mu'idt sangat memusuhi Islam.
Selepas Perjanjian Hudaibiah tahun 6 Hijrah, demi menyelamatkan aqidahnya, Ummu Kalthum ra lari dari rumah ayahnya dan berhijrah ke Madinah.
Setiba di Madinah, Ummu Kalthum ra segera bertemu isteri Nabi saw, Ummu Salamah ra, mengadu hal dan berharap Nabi saw tidak menghantarnya pulang ke Mekah berdasarkan terma dan syarat Perjanjian Hudaibiah.
Setibanya Rasulullah saw di rumah, Ummu Kalthum ra berkata "يا رسول الله، إنى فررت إليك بديني، فامنعنى ولا تردنى إليهم يفتنونى ويعذبوني، ولا صبر لى على العذاب" (Ya Rasulullah ! Aku lari menuju kepadamu di Madinah adalah demi kerana Agamaku. Tolonglah lindungi aku. Jangan engkau pulangkan aku kepada mereka. Nanti mereka akan memaksa dan menyiksa aku. Aku tidak mampu menanggung siksaan !).
Keesokan harinya, dua orang abang Ummu Kalthum ra, bernama Imarah dan Al-Waleed tiba di Madinah untuk membawanya pulang ke Mekah, tetapi ketika itu juga Allah swt menurunkan ayat 10 surah Al-Mumtahanah menyelamatkan Ummu Kalthum ra. dari dibawa pulang ke Mekah. FirmanNya :
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِذَا جَاۤءَكُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ مُهَـٰجِرَ ٰتࣲ فَٱمۡتَحِنُوهُنَّۖ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِإِیمَـٰنِهِنَّۖ فَإِنۡ عَلِمۡتُمُوهُنَّ مُؤۡمِنَـٰتࣲ فَلَا تَرۡجِعُوهُنَّ إِلَى ٱلۡكُفَّارِۖ لَا هُنَّ حِلࣱّ لَّهُمۡ وَلَا هُمۡ یَحِلُّونَ لَهُنَّۖ وَءَاتُوهُم مَّاۤ أَنفَقُوا۟ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَیۡكُمۡ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَاۤ ءَاتَیۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّۚ وَلَا تُمۡسِكُوا۟ بِعِصَمِ ٱلۡكَوَافِرِ وَسۡـَٔلُوا۟ مَاۤ أَنفَقۡتُمۡ وَلۡیَسۡـَٔلُوا۟ مَاۤ أَنفَقُوا۟ۚ ذَ ٰلِكُمۡ حُكۡمُ ٱللَّهِ یَحۡكُمُ بَیۡنَكُمۡۖ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمࣱ)
bermaksud, " Wahai orang² beriman ! Apabila wanita-wanita beriman datang berhijrah kepada kamu, ujilah (benar atau tidak keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui iman mereka. Jika kamu telah kenalpasti mereka itu beriman, maka jangan kamu pulangkan mereka kepada orang² kafir (yang akan menindas mereka) ... Itulah hukum Allah yang putuskan di kalangan kamu. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [Surah Al-Mumtahana : 10].
Ayat ini menegah orang-orang beriman menghantar balik penghijrah yang beriman, pulang ke tempat asal mereka yang dikuasai orang² kafir lalu ditindas di sana.
Ayat ini juga membawa tafsir dan arahan kepada orang-orang beriman yang tinggal di negara² di mana kuasa Islam telah tertegak seperti di Malaysia, Indonesia dll., iaitu jika datang penghijrah² yang beriman seperti pelarian muslim Rohingya, kerana lari dari penindasan orang² kafir seperti kerajaan dan tentera buddha Myanmar, maka haram memulangkan mereka kepada penindas² kafir tersebut.
Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam, maju dan berdaulat, memiliki tanah, pulau dan laut yang luas, mempunyai negara² umat Islam lain berjiran dengannya seperti Indonesia, masih mempunyai banyak options atau pilihan² selain menghantar pelarian muslim Rohingya pulang ke negara asal mereka. Malaysia juga boleh berbincang panjang dengan Bangladesh dan Thailand, sebagai negara² berjiran.
Selain pelarian muslim Rohingya, Malaysia juga ada pengalaman mengendalikan pelarian² Vietnam, Kemboja dan muslim Fatani sebelum ini, bahkan hingga ke hari ini.
Moga Allah swt memberikan ilmu, kesedaran dan keinsafan kepada kita dan sekelian umat Islam, memenangkan kita berhadapan dengan musuh²Nya. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 26/4/2020

ROHINGYA BUKAN BENGGALI
Isu pelarian muslim Rohingya bermula tahun 1978, iaitu sejak 40 tahun lalu. Asal usul dan sejarah Islam mereka jelas. Oleh itu sebab pembantaian ke atas mereka oleh kerajaan tentera buddha Burma juga jelas. Ia tidak lain selain kerana aqidah mereka adalah "Islam".
Namun di zaman internet dan cybertroopers hari ini, kita dikelirukan dengan fake news mengatakan muslim Rohingya adalah orang Benggali (orang Bangla, atau orang Bangladesh).
Fakta auta (tipu) ini nampak ringan, sesekali melucukan, namun pemerhati sejarah tahu ia adalah senjata paling ampuh (baik) untuk membenarkan (justify تبرير) sesuatu pembantaian ethnik yang boleh mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa.
Apabila tentera kristian Serbia menyerang tetangga islam Bosnia tahun 1992-1995 dan membunuh 300,000 muslim dan muslimat, mereka mendakwa membunuh "pendatang² Turki". Hakikatnya, mereka adalah penduduk tempatan yang memeluk Islam kesan dakwah Kerajaan Uthmaniah Turki.
Apabila Yahudi menjajah Palestin, mereka mendakwa sebagai penduduk asal, dan mendakwa orang² Arab di Palestin sebagai orang asing. Hakikatnya, Palestin didiami oleh orang² Arab asal sejak ribuan tahun yang akhirnya memeluk Islam.
Regim tentera buddha Burma memfitnah mengatakan mereka menghalau pendatang² Benggali agar pulang ke negara asal mereka, Bangladesh. Hakikatnya, muslim Rohingya adalah penduduk asal dan asli di wilayah Arakan sejak ribuan tahun lalu, yang memeluk Islam di kurun ke 7M, kesan dakwah pedagang² Arab yang pergi ke sana.
"CHITTAGONG"
Menuduh muslim Rohingya sebagai the Chittagongians biasanya merujuk kepada 2 sumber iaitu dari penjajah British, dan dari regim tentera Burma sendiri.
Bandar kedua terbesar di Bangladesh adalah Chittagong. Ia terletak jauh ke selatan Bangladesh, dekat sempadan wilayah Arakan di Burma.
Chittagong di Bangladesh, boleh diibaratkan seperti Kota Bharu di Malaysia. Muslim Rohingya di wilayah Arakan, boleh diibaratkan muslim Fatani di wilayah Naratiwat.
Muslim Fatani dan muslim Kota Bharu adalah penduduk asal wilayah masing-masing, namun mereka serumpun dan bercakap dengan dialek yang sama (kecek Klate).
Pembantaian dan pengusiran regim tentera Burma boleh diibaratkan seolah² tentera Thailand membantai dan mengusir muslim Fatani agar menjadi pelarian masuk ke sempadan Malaysia dengan alasan muslim Fatani sebagai pendatang di bumi Thailand.
Jauh panggang dari api.
Regim tentara Burma cuba berdusta kepada dunia dan kepada sejarah dengan menuduh muslim Rohingya adalah pendatang² Benggali (Bangladesh) yang mesti diusir pulang kembali ke Chittagong dan Bangladesh.
Penulis-penulis blog dan artikel berkenaan sejarah muslim Rohingya mestilah cermat memilih fakta sejarah.
KEKELIRUAN LAIN
Selain sejarah, ada lagi kekeliruan yang timbul di Malaysia antara Rohingya vs Bangladesh. Di antaranya :
1- Keliru dengan menganggap pekerja Bangladesh sebagai orang pelarian Rohingya. Ini kerana mereka dari rumpun yang sama dan memiliki raut wajah yang sama.
2- Pekerja Bangladesh masuk ke Malaysia dengan permit bekerja. Oleh itu mereka sering menuntut hak sebagai pekerja yang sah. Pelarian Rohingya masuk ke Malaysia sebagai pelarian. Sifat mereka lebih senyap, tawadhuk dan meminta ihsan.
3- Sering cybertroopers menyiarkan foto lelaki asing dating bersama wanita Melayu murahan. Panas hati melihatnya. Sebenarnya kebanyakan mereka adalah lelaki Bangla (Bangladesh), dan bukan lelaki Rohingya. Lelaki Bangla datang ke Malaysia untuk bekerja, tanpa membawa isteri atau keluarga. Sebab itu ada di kalangan mereka yang liar mencari perempuan.
Sebaliknya pelarian Rohingya ke Malaysia membawa anak isteri. Turut jadi pelarian bersama mereka adalah para ulama mereka, para hafiz dll. Komuniti mereka di Malaysia memiliki ulama sendiri, surau sendiri dan sekolah sendiri. Oleh itu mereka lebih terbimbing berbanding komuniti belia Bangla yang hidup bekerja sementara di Malaysia tanpa isteri, tanpa sekolah, tanpa surau sendiri.

4- Jika kita mengangkat slogan menghalau Bangla keluar dari Malaysia, mereka boleh balik ke negara asal kerana rumah, keluarga dan negara mereka memang dah sedia ada.
Berbeza halnya pada pelarian Rohingya. Mereka tiada lagi negara kerana ia sedang dijajah. Kampung mereka dibakar dan sedara mara mereka di sana dibunuh.
Moga sedikit pencerahan sangat ringkas ini kita dapat berlaku lebih adil dan tepat dalam membuat pertimbangan dan pendirian.
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 26/4/2020
Berbeza halnya pada pelarian Rohingya. Mereka tiada lagi negara kerana ia sedang dijajah. Kampung mereka dibakar dan sedara mara mereka di sana dibunuh.
Moga sedikit pencerahan sangat ringkas ini kita dapat berlaku lebih adil dan tepat dalam membuat pertimbangan dan pendirian.
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 26/4/2020
KISAH BELA KAMBING
Ketika saya, isteri dan rombongan di Jordan, kami singgah masuk ke dalam salah satu dari khemah² yang banyak di tepi jalan.
Keluarga ini ada rumah di tengah² bandaraya, tapi banyak keluarga di Jordan lebih suka tinggal dalam khemah. (foto). Bukan kerana kemiskinan.
Dia pernah cuba bawa anak isterinya tinggal di rumah. Tetapi bila mak ayah datang ziarah, mereka akan perli beliau kerana suka tinggal dalam penjara (rumah).
Di khemah mereka ada perabut, tv, dapur, katil, ternakan dll. Bila kami kata di Malaysia ada banyak saluran tv, mereka kata mereka juga ada banyak "saluran tv" termasuk bintang, bulan, pemandangan sekeliling, angin dll. Pada mereka itu nikmat yang tidak dapat dirasai oleh mereka yang tinggal dalam "penjara" (rumah).
Saat itu saya mula nak cuba faham kenapa Presiden Libya, Muammar Ghaddafi sering melayan tetamu negaranya di dalam khemah, dan bukan di istana.
"Lain padang, lain belalang", kata peribahasa Melayu.
Di zaman British, ketika Raja Abdullah I, Jordan menaiki tahta, untuk mendapat sokongan rakyat, beliau dinasihati memberikan rumah bagi setiap keluarga.
Setelah mendapat rumah baru, banyak keluarga terus tinggal di khemah, dan sebaliknya menempatkan kambing² belaan mereka di dalam rumah² tersebut !
Lain padang, lain belalang.
Membela kambing dalam rumah adalah pelik bagi generasi Malaysia hari ini. Namun bagi saya dan sebahagian pelajar Malaysia yang gemar mengenali arab lebih dekat, ia tidak sepelik mana.
Membela ayam, itik, angsa, kambing dalam rumah bukan sahaja suatu kebiasaan di kampung² (foto kambing), malah sesetengah keluarga di bandaraya juga (foto kambing tingkat atas). Jiran-jiran pun dah biasa dan tak kisah.
Seperti di Malaysia, lama lama jiran dah tak kisah jiran sebelah bela anjing, menyalak siang malam dan berbau.
Adat dan budaya sesuatu tempat atau orang, berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi. Membela kambing di rumah mungkin disebabkan oleh nilai kambing yang tinggi, pencuri yang suka mencuri kambing, teman, mainan anak-anak (pet), teman berinteraksi, kekurangan tempat dsb.
DI MALAYSIA
Ketika saya berumur sekolah rendah di tahun 1970an, ayah menyewa rumah lot banglo di sebuah taman di Seremban. Kami bela ayam dan itik. Jiran depan rumah bela kambing. Waktu petang, kami bermain dalam reban kambing dan ayam.
Hari ini, bila saya hendak bela ayam di rumah di Taman Pulai Impian kami, saya dapat tahu bahawa Majlis Bandaran tidak benarkan.
Demikian zaman berlalu 50 tahun, masyarakat berubah, maka undang-undang juga berubah.
Berapa ramai orang Islam di Malaysia yang berjiran dengan jiran yang membela anjing di rumah mereka. Bukan sahaja bersabar dengan bau anjing, tetapi dengan salakan dan gertakan anjing siang dan malam. Lebih awla (patut) para netizen mengangkat juga isu ini ke pihak berkuasa.
ROHINGYA BELA KAMBING
Sejak beberapa hari lalu, ramai netizen mempersoalkan ada pelarian Rohingya membela kambing di dalam rumah, lalu menyokong seruan mereka dihalau keluar dari Malaysia kerana pengotor dan mengganggu jiran. Di bawah adalah sedikit respon kita untuk mereka :
1- Kejadian tersebut tidak melibatkan semua pelarian Rohingya. Segelintir tidak mewakili semua. Tidak seharusnya semua pelarian mesti dihantar pulang seperti dalam seruan itu.
2- Negara kita ada peraturan. Tindakan lebih baik adalah melapurkan kepada polis untuk diambil tindakan menghalang perbuatan itu atau didakwa. Mereka perlu tunjuk ajar, samada secara lembut atau secara bertegas.
3- Masa diperlukan oleh mana-mana bangsa untuk berasimilasi (menyesuai diri) dengan bangsa lain. Di fasa awal, budaya berbeza.
Kisah pelajar seperti kami belajar di Barat memberi pengajaran bahawa yang biasa pada kita, boleh jadi tak selesa dan tidak disukai orang lain. Bau goreng belacan menjadi idaman kami, menghilangkan rindu kepada mak ayah, tapi jiran mat saleh panggil polis kerana tak tahan bau nya.
Aruah mak mertua saya pernah mengirim tempoyak dll buah kering kepada kami di Australia. Semua kiriman sampai ke rumah, kecuali tempoyak diquarantine sebagai "unknown substance".

Kena ambil di sendiri di Brisbane Airport dari kotak quarantine 3 lapis kalis kuman.
Bila saya katakan ia "durian", barulah mereka anggap ia bahan tidak merbahaya walau bau nya semacam. Sambil menutup hidung, mereka serahkan tempoyak sambil berkata, "I won't give this stuff even to my enemy".
4- Dari kisah budaya-budaya di atas, kita boleh insafi bahawa demi survival mereka terpaksa menjana pendapatan tambahan dari rumah, selain suami mencari upah di luar. Jika dapat jual kambing seekor Rm1000, dah boleh survive 1 bulan, sementara tunggu kambing lain membesar untuk dijual pada bulan berikutnya.
5- Di taman berdekatan kami di Seremban ada komuniti pelarian Rohingya. Mereka ada sekolah dan surau sendiri. Mereka mengambil upah potong rumput dari rumah ke rumah dll pekerjaan ambil upah.
Jika ada pekerjaan yang lebih lumayan, lebih bersih dan hygenic untuk rumah dan anak isteri tinggal, ramai manusia memilih tidak bela kambing dalam rumah.
6- Kerajaan lebih berpengalaman menangani pelarian muslim Kemboja dan Fatani sejak berdekad lalu. Kita cadangkan beri pekerjaan yang sesuai dengan status dan kemahiran mereka, contohnya bidang perladangan dan ternakan. Ini bidang generasi Melayu hari ini kurang berminat. Wabak Coronavirus menyebabkan banyak negara kurang bekalan makanan dan tidak mengekspot beras dll ke negara² lain. Oleh itu dari sekarang, Malaysia harus berdikari dengan tanaman dan ternakan sendiri.
7- Saya bersetuju dengan pelan yang dikemukakan oleh Dato Seri Zahid Hamidi, ketika itu sebagai TPM untuk melatih muslim Rohingya dalam bidang kemahiran dan separuh mahir, ke arah menyalurkan mereka ke sektor-sektor yang memerlukan. Ada video ucapan beliau.
8- Sehingga tahun 2018, negara German contohnya telah menerima 1.3 juta pelarian muslim kebanyakannya dari Syria, Iraq dan Afghanistan dengan memberikan penempatan di tanah-tanah terbiar dan pendidikan percuma hingga ke universiti. Begitu juga banyak negara² bukan-Islam yang lain yang menerima pelarian muslim.
Sepatutnya negara umat Islam lebih berperanan terhadap umat Islam yang lain yang berada dalam kesusahan. Sabda Rasulullah saw
قول النبي ﷺ: المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسْلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه كربة من كربات يوم القيامة، ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة
bermaksud, "Seorang muslim adalah adik beradik muslim yang lain. Dia tidak menzaliminy, tidak menyerahkannya kepada musuh. Siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan menunaikan keperluannya. Siapa yang melepaskan seorang muslim dari kesusahan, Allah akan melepaskannya dari satu kesusahan dan kesusahan² di Hari Kiamat. Siapa yang menutupi keaiban dan melindungi muslim, Allah akan melindunginya di Hari Kiamat".
Us. Abdul Halim Abdullah
Lockdown 27/4/2020