Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
10 PERSAMAAN ISU PALESTIN & ROHINGYA

Apa yang berlaku ke atas muslim Rohingya, adalah sama yang berlaku ke atas muslim Palestin. 10 persamaan itu adalah seperti berikut :

1- SAMA DIJAJAH KERANA AGAMA
Muslim Palestin dijajah Israel beragama Yahudi. Muslim Rohingya dijajah Burma beragama Buddha. Tanah Palestin adalah tanah Islam bermula di zaman Umar Al-Khattab ra.

Wilayah Arakan pernah tertegak negara Islam merdeka selama beberapa kurun, sehingga Burma datang menjajahnya dan menjadikannya negeri ke 14 dalam persekutuan negara Burma.

Bersambung di :
https://www.facebook.com/100001649126613/posts/3030849163646691/?d=n
MASUK ISLAM KENA IZIN ?

Enekman "agama" di Perak, menyatakan seseorang anak nak beriman kena minta izin ibu bapa yang kafir ?

Suami, Ridhuan Abdullah kalah kes lawan bekas isteri, Indira Gandhi berdasarkan enekman Syarak atau akta Sivil ?

"... Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah, 48 pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam ...".

Firman Allah swt :

(وَإِن جَـٰهَدَاكَ عَلَىٰۤ أَن تُشۡرِكَ بِی مَا لَیۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِی ٱلدُّنۡیَا مَعۡرُوفࣰاۖ وَٱتَّبِعۡ سَبِیلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَیَّۚ ثُمَّ إِلَیَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ)

"Kalau ibu bapa kamu berkeras bahawa kamu kena mensyirikkan Aku, yang kamu tiada ilmu mengenainya, jangan kamu patuh kepada mereka berdua ..." [Surah Luqman 15]

Kisah para Sahabat ra yang tidak patuh kepada ibu bapa mereka yang kafir dalam soal Aqidah terlalu banyak untuk ditulis di sini. Bahkan keteguhan mereka dalam prinsip ini menyebabkan akhirnya Islam sampai kepada kita hari ini.

"... Katanya, pihaknya mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004. "Seksyen ini masing-masing menetapkan seseorang mesti mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara jelas dan dengan kerelaan sendiri, manakala kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika mendapat kebenaran bertulis odaripada ibu bapa atau penjaga..."

Us. Abdul Halim Abdullah
20 Jumaat 2020
☪️ TAFSIR QURAN Us.Halim 🌱
5pm tiap Ahad (Online)

Oleh :
Us. Abdul Halim Abdullah
BE (Qld), BA (Al-Azhar), GD (Cairo)
Ikatan Ulama' Ahlus Sunnah Sedunia

Join TAFSIR QURAN WA Group https://chat.whatsapp.com/LDdD5UzYTpO4mJaSWL2sGE
UMAR TELMESANI DIPERMULAAN DAKWAH

Kisah Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Umar Telmesani, seorang peguam, bertemu kali pertama Imam Hasan Al-Banna ra.

Sedang beliau berkelah di luar rumahnya bersama isteri, anak-anaknya dan anak-anak ayam comel mainan mereka, 2 tetamu yang tidak dikenali datang menziarahinya. "Siapa pula yang datang ni. Orang tengah seronok main dengan anak-anak ayam ni bersama anak isteri cuti hujung minggu camni ...!!".

Mereka berdua memperkenalkan diri masing-masing, " Muhammad Izzat Hasan, kerani Sekolah Rendah Syibin Qanatir, dan Muhammad Abdul Aal, penyelia stesen keretapi Delta di Abu Zakbal". Tahulah Umar bahawa mereka berdua tidak memiliki ijazah.

Walaupun mereka tidak memiliki apa apa ijazah, namun Umar dapati tahap bicara mereka mengatasi orang-orang berijazah.

Izzat Hasan bertanya kepada aku, "Di waktu selain waktu bekerja, apakah yang kamu biasa buat ?". Umar menjawab bersahaja, "Aku bela anak-anak ayam, seperti yang kamu lihat tadi".

Izzat berkata, " Adakah sesuai orang hebat seperti kamu menghabiskan umurnya yang mahal dengan membela anak ayam ?! Di sana ada orang yang lebih patut mendapat perhatian dan masamu, berbanding anak-anak ayam".

Umar merasakan perbualan mereka menjadi lebih serius dan bersungguh. Lalu dia bertanya, "Siapakah yang lebih patut aku mengambil berat selain anak-anak ayam ?"

"Saudara-saudaramu seAkidah ...إخوانك فى العقيدة ", jawab mereka.

Kisah pertemuan Izzat dan Abdul Aal itu akhirnya membawa kepada pertemuan Umar Al-Telmesani dengan Imam Hasan Al-Banna ra. dan penglibatannya dalam dakwah Ikhwan Muslimin.

Us. Abdul Halim Abdullah
3 Dis 2020

Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Join TAFSIR QURAN US.HALIM Group
https://chat.whatsapp.com/JW9hC5V6RMeG1mJUXqCIE0
📕 SURAH AL-ANFAAL
Ayat 5-8 , 5pm 6/12/2020

Petang Ini, klik https://us02web.zoom.us/j/83478690395?pwd=UXFRMFF0LzRGbmVTcmVpWWR1OHRodz09

*كَمَاۤ أَخۡرَجَكَ رَبُّكَ مِنۢ بَیۡتِكَ بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّ فَرِیقࣰا مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ لَكَـٰرِهُونَ ۝*

Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu dengan kebenaran (menuju ke Perang Badar), meskipun sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya,

*یُجَـٰدِلُونَكَ فِی ٱلۡحَقِّ بَعۡدَ مَا تَبَیَّنَ كَأَنَّمَا یُسَاقُونَ إِلَى ٱلۡمَوۡتِ وَهُمۡ یَنظُرُونَ ۝*

Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau menuju ke kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).

*وَإِذۡ یَعِدُكُمُ ٱللَّهُ إِحۡدَى ٱلطَّاۤىِٕفَتَیۡنِ أَنَّهَا لَكُمۡ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَیۡرَ ذَاتِ ٱلشَّوۡكَةِ تَكُونُ لَكُمۡ وَیُرِیدُ ٱللَّهُ أَن یُحِقَّ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَیَقۡطَعَ دَابِرَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ ۝*

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan (samada rombongan perniagaan Abu Sufian atau tentera Musyrikin), menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;

*لِیُحِقَّ ٱلۡحَقَّ وَیُبۡطِلَ ٱلۡبَـٰطِلَ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ*

Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang batil (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.

[Surah Al-Anfal 5 - 8]
📚 TAFSIR AL-QURAN
Surah Al-Anfaal, ayat 11-14
5pm Ahad 20/12/2020

(إِذۡ یُغَشِّیكُمُ ٱلنُّعَاسَ أَمَنَةࣰ مِّنۡهُ وَیُنَزِّلُ عَلَیۡكُم مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءࣰ لِّیُطَهِّرَكُم بِهِۦ وَیُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ وَلِیَرۡبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمۡ وَیُثَبِّتَ بِهِ ٱلۡأَقۡدَامَ ۝ إِذۡ یُوحِی رَبُّكَ إِلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ أَنِّی مَعَكُمۡ فَثَبِّتُوا۟ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۚ سَأُلۡقِی فِی قُلُوبِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلرُّعۡبَ فَٱضۡرِبُوا۟ فَوۡقَ ٱلۡأَعۡنَاقِ وَٱضۡرِبُوا۟ مِنۡهُمۡ كُلَّ بَنَانࣲ ۝ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ شَاۤقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَمَن یُشَاقِقِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ ۝ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ فَذُوقُوهُ وَأَنَّ لِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابَ ٱلنَّارِ)

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka"

(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.

Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir). Sesungguhnya orang-orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (di akhirat).

[Surah Al-Anfal 11 - 14]
🌸 *SURAH AL-ANFAAL*
_Ayat 24-26 (16/1/2021)_

( *یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَجِیبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا یُحۡیِیكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ یَحُولُ بَیۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥۤ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ ۝ وَٱتَّقُوا۟ فِتۡنَةࣰ لَّا تُصِیبَنَّ ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمۡ خَاۤصَّةࣰۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ* )

*(وَٱذۡكُرُوۤا۟ إِذۡ أَنتُمۡ قَلِیلࣱ مُّسۡتَضۡعَفُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ تَخَافُونَ أَن یَتَخَطَّفَكُمُ ٱلنَّاسُ فَـَٔاوَىٰكُمۡ وَأَیَّدَكُم بِنَصۡرِهِۦ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ)*

2️⃣4️⃣ Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menghidupkan kami.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan kamu akan dihimpunkan kepada Allah.

2️⃣5️⃣ Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

2️⃣6️⃣ Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.

[Surah Al-Anfal 24 - 26]
🌸 *SURAH AL-ANFAAL*
_Ayat 27-29 (30/1/2021)_

( *یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ۝ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّمَاۤ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةࣱ وَأَنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥۤ أَجۡرٌ عَظِیمࣱ ۝ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانࣰا وَیُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَیِّـَٔاتِكُمۡ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِیمِ* )

2️⃣7️⃣
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

2️⃣8️⃣
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.

2️⃣9️⃣
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

[Surah Al-Anfal 27 - 29]
PELUANG TIDAK SELALU DATANG

Apabila hampir setahun, kerana Covid19, manusia tidak dapat berkunjung ke Baitullah untuk Haji dan Umrah, ramai menyedari bahawa peluang ibadat tidak selalu datang.

Bagi yang telah pernah ke sana, "Tuhan sahaja yang tahu betapa hati dan jiwa telah lama terpaut di Baitullah, sedang jasad disekat PKP di tanahair".

Peluang tidak selalu datang.

Begitulah dalam mencontohi Nabi saw berjuang menegakkan Islam, berbagai peluang tidak harus dilepaskan, apatah lagi dibuang sia-sia.

Sabda Nabi saw :

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
bermaksud, "Ambillah kesempatan 5 perkara sebelum datang 5 perkara : masa beliamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa cukupmu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati".

Peluang masa masih (1) belia, (2) sihat, (3) cukup wang, (4) lapang dan (5) hidup, jangan dibuang sia-sia kerana ia bukan sahaja merugikan, malah akan dipersoal oleh Allah swt di Akhirat kelak.

Allah tidak mencipta kita selain untuk kita mengabdikan diri kepadaNya, dan untuk mengajak orang lain ke arah yang sama.

Caranya pula bukan dengan sesuka hati, malah mengikut apa yang ditunjukkan Rasulullah saw selama 23 tahun di Mekah dan Madinah yang diringkaskan seperti berikut :

1- Mendidik muslim muslimah sehingga benar-benar beriman.
2- Mewujudkan masyarakat Islam yang mampu menegakkan Islam dalam hati dan dalam negara mereka.
3- Menegakkan Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam.
4- Menyampaikan dakwah Islam ke seluruh dunia.

Amati dan ikutilah setiap tahun demi tahun perjuangan Nabi saw, nescaya 5 kesempatan di atas, iaitu masa belia, sihat, cukup wang, lapang dan hidup dapat dipenuhi cara terbaik lagi diredhai Allah.

Us. Abdul Halim Abdullah
1 Feb 2021

Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah