Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
ISTILAH "KAFIR HARBI"

Istilah "Kafir Harbi" (كافر حربى) bererti orang kafir yang memerangi atau menentang Islam. Ia tidak semestinya dengan senjata. Ia termasuk apa sahaja penentangan berupa memfitnah, merancang sesuatu yang jahat terhadap aqidah atau syariat Islam.

Istilah "Kafir Harbi" bukanlaj suatu yang asing dalam ilmu-ilmu Islam. Ia terdapat dalam kitab-kitab Perundangan Islam sejak zaman berzaman sehingga hari ini.

Selagi ada orang kafir yang memerangi atau menentang agama Islam di dunia ini, di dalam atau di luar sesebuah Negara Islam, selagi itu istilah "kafir harbi" terus wujud dan relevan, sesuai dengan erti perkataan itu sendiri.

Ada pihak yang mendakwa "kafir harbi" di dunia ini hanya negara Israel sahaja. Selain Israel, mereka adalah "Ukhuwah Insaniah", "Darul Dakwah" atau seumpamanya.

Tidakkah pihak tersebut melihat dengan mata kepala sendiri ada Negara-negara Barat dan Timur selain Israel yang membunuh ratusan ribu Umat Islam, iaitu bilangan mangsa yang lebih ramai dari yang dibunuh Israel di Palestin ?

Ada yang mendakwa, "kafir harbi" berada di luar sempadan Negara Islam, iaitu di dalam Darul Harb.

Jawapannya, zaman telah berubah. Serangan musuh hari ini bukan sahaja datang dari luar sempadan seperti seperti zaman silam.

Hari ini berbagai kelab, persatuan, badan dan individu di dalam sempadan Negara Islam, yang ditaja, di"francise"kan atau dibonekakan oleh negara-negara Barat dan Timur untuk menjayakan agenda-agenda mereka menentang Islam dari dalam sempadan Negara Islam.

Di kalangan mereka ada yang menentang perlaksanaan, bahkan cubaan pendaulatan Syariat Islam dan Mahkamah Syariah. Ada pula yang memperjuangkan LGBT (liwat dll), hak orang untuk murtad, hak seks bebas sebagai hal peribadi dan seumpamanya yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah bertentangan dengan agama mereka yang sebenar. Kesemua ini berlaku dalam sempadan Negara Islam.

"Penentangan (محاربة)" dari perkataan "harbi (حربى)" juga tidak semestinya bertumpah darah dan menyita harta benda, seperti dakwaan segelintir pihak.

Dalam Islam, perang bersenjata dihadapi dengan perang bersenjata. Ia perkara zahir.

Namun, perang saikologi, perang politik dan persepsi adalah dihadapi dengan saikologi, siyasah, persepsi dan seumpamanya. Untuk mengubah cinta di hati seseorang, tidak boleh dipaksa zahirnya. Sebaliknya, kita mesti mengurus hatinya. "الحديد لا يفله الا بالحديد" (Besi tidak boleh dicalar melainkan dengan besi (juga dan bukan dengan batang kapur)".

Ada masanya Nabi saw memerangi penentang Islam dengan perang bersenjata. Namun, bila penentangnya menggunakan saikologi berupa syair-syair Arab indah yang memukau dan mengelirukan orang ramai, Nabi saw mengarahkan penyair Islam, Hasan bin Tsabit ra melawan mereka dengan syair Islam pula. "Sungguh syair kamu (wahai Hasan bin Tsabit ra) lebih tajam dari mata pedang" (Hadis).

Ini bermakna, jika ada "kafir harbi" di dalam Negara Islam, yang menentang agama atau Syariat Islam melalui politik dan membina persepsi serong dalam masyarakat, maka mereka dihadapi secara politik, hujjah, media sosial, media perdana, ceramah, program pendidikan, program kebajikan dan banyak lagi . Itu lebih tajam dan lebih berkesan dari semata-mata menggunakan senjata besi yang zahir.

Pihak yang cuba mengaitkan "kafir harbi" dengan hanya "pertumpahan darah" semata-mata sebenarnya tidak memahami Fiqh Islam, tidak memahami Seerah dan Maqasid (Tujuan) Syariah itu sendiri. Dengan kejahilan dan kenyataan mereka, mereka sebenarnyalah pihak yang boleh mengeliru atau menghuru harakan orang ramai.

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
2 Julai 2016
🔴 ISTILAH "KAFIR HARBI"

Istilah "Kafir Harbi" (كافر حربى) bererti orang kafir yang memerangi atau menentang Islam.

"Menentang" tidak semestinya dengan menggunakan senjata. Malah ia termasuk apa sahaja penentangan berupa memfitnah, merancang sesuatu yang jahat terhadap aqidah atau syariat Islam dalam apa jua bentuk.

Istilah "Kafir Harbi" bukanlah suatu yang asing dalam ilmu-ilmu Islam. Ia terdapat dalam kitab-kitab Perundangan Islam sejak zaman berzaman sehingga hari ini.

Selagi ada orang kafir yang memerangi atau menentang agama Islam di dunia ini, di dalam atau di luar sesebuah Negara Islam, selagi itu istilah "kafir harbi" terus wujud dan relevan, sesuai dengan erti perkataan itu sendiri.

Ada pihak yang mendakwa "kafir harbi" di dunia ini hanyalah negara Israel sahaja. Selain Israel, mereka adalah "Ukhuwah Insaniah", "Darul Dakwah" atau seumpamanya.

Tidakkah pihak tersebut melihat dengan mata kepala sendiri ada Negara-negara Barat dan Timur selain Israel yang membunuh ratusan ribu Umat Islam, iaitu bilangan mangsa yang lebih ramai dari yang dibunuh oleh Israel di Palestin ?

Ada yang mendakwa, "kafir harbi" berada di luar sempadan Negara Islam, iaitu di dalam Darul Harb.

Jawapannya, zaman telah berubah. Zaman dahulu, tentera Islam bertempur dengan tentera musuh hanya di sempadan. Sebelum zaman Nepoleon, peperangan hanyalah berupa peperangan bersenjata di sempadan.

Hari ini, Barat dan Timur memerangi Umat Islam di sempadan secara bersenjata, dan memerangi dari dalam Negara Islam secara perang pemikiran (Ghazwah Fikri), perang ideologi, perang politik, perang budaya dan sebagainya.

Jelas bahawa serangan musuh hari ini bukan sahaja datang dari luar sempadan seperti seperti zaman silam.

Hari ini berbagai kelab, persatuan, badan dan individu di dalam sempadan Negara Islam sendiri, yang ditaja, di"francise"kan atau dibonekakan oleh negara-negara Barat dan Timur untuk menjayakan agenda-agenda mereka menentang Islam dari dalam sempadan Negara Islam. Boneka-boneka ini dibekalkan dengan khidmat nasihat pakar, peruntukan wang berjuta dollar dan sebagainya.

Di kalangan mereka ada yang menentang perlaksanaan Syariat Islam dan pendaulatan Mahkamah Syariah. Ada pula yang memperjuangkan LGBT (liwat dll), hak orang untuk murtad, hak seks bebas sebagai hal peribadi dan seumpamanya yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah bertentangan dengan agama mereka yang sebenar. Kesemua ini berlaku dalam sempadan Negara Islam.

"Penentangan (محاربة)" dari perkataan "harbi (حربى)" juga tidak semestinya berkait dengan bertumpah darah atau menyita harta benda milik penentang, seperti dakwaan segelintir pihak.

Dalam Islam, perang bersenjata dihadapi dengan perang bersenjata. Hal zahir dihadapi dengan senjata zahir.

Namun, perang saikologi, perang politik dan persepsi mesti dihadapi dengan saikologi, siyasah, persepsi dan seumpamanya juga. Untuk mengubah cinta di hati seseorang, tidak boleh dipaksa zahirnya. Sebaliknya, kita mesti mengurus hatinya. "الحديد لا يفله الا بالحديد" (Besi tidak boleh dicalar melainkan dengan besi (juga dan bukan dengan batang kapur)".

Ada masanya Nabi saw memerangi penentang Islam dengan perang bersenjata. Namun, bila penentangnya menggunakan saikologi berupa syair-syair Arab indah yang memukau dan boleh mengelirukan orang ramai, Nabi saw mengarahkan penyair Islam, Hasan bin Tsabit ra melawan mereka dengan mengarang syair Islam pula. Sabda Nabi saw, "Sungguh syair kamu (wahai Hasan bin Tsabit ra) lebih tajam dari mata pedang" (Hadis).

Ini bermakna, jika ada "kafir harbi" di dalam Negara Islam, yang menentang agama atau Syariat Islam melalui politik dan membina persepsi serong dalam masyarakat, maka mereka dihadapi secara politik, hujjah, media sosial, media perdana, ceramah, program pendidikan, program kebajikan dan banyak lagi . Itu lebih tajam dan lebih berkesan dari semata-mata menggunakan senjata besi yang belum tentu masuk ke lubuk hati.

Pihak yang cuba mengaitkan "kafir harbi" dengan hanya "pertumpahan darah" semata-mata sebenarnya tidak memahami Fiqh Islam, tidak memahami Seerah dan Maqasi
d (Tujuan) Syariah itu sendiri. Dengan kejahilan dan kenyataan mereka, mereka sebenarnyalah pihak yang boleh mengeliru atau menghuru harakan orang ramai melalui kenyataan dan pandangan mereka.

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
2 Julai 2016
🔴 ISTILAH "KAFIR HARBI"

"... Ada yang mendakwa, "kafir harbi" berada dan tinggal di luar sempadan Negara Islam, iaitu di dalam Darul Harb semata-mata. Yang berada di dalam Negara Islam hanyalah "kafir zimmi".

Sebenarnya status "harbi" atau "zimmi" bukan didasari oleh kedudukan geografi seseorang kafir semata-mata. Sebaliknya status tersebut adalah juga berdasarkan sikap pendirian atau tindakan mereka terhadap Islam.

Nabi saw mengambil tindakan keras ke atas seorang kafir penduduk warganegara negara Islam Madinah, Kaab bin Asyraf, bukan kerana dia mengangkat senjata, tetapi kerana dia menentang Islam melalui perkataan, kempen dan hartanya.

Hari ini boleh terdapat berbagai kelab, persatuan, badan dan individu di dalam sempadan Negara Islam sendiri, yang ditaja oleh negara-negara Barat dan Timur untuk menjayakan agenda-agenda mereka menentang Islam dari dalam sempadan Negara Islam dengan dibekalkan khidmat nasihat pakar dan peruntukan wang berjuta dollar oleh pihak asing. Ia bukan suatu yang mustahil berlaku... (baca seterusnya
http://wp.me/p8vTY-1Cx)


Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
2 Julai 2016
IKTIKAF 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

وعن عائشة رضي الله عنها : (( أن النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله عز وجل ، ثم اعتكف أزواجه من بعده )) [ متفق عليه ].

Hadis dari Aisyah ra berkata, "Nabi saw beriktikaf pada 10 Hari-hari Terakhir Ramadan sehingga tahun Allah swt mewafatkannya.

Selepas itu, isteri-isteri Nabi saw beriktikaf yang sama". (Hadis disepakati kesahihannya oleh para Perawi).
ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah difardhukan oleh Rasulullah saw ke atas umat Islam mengikut bilangan tanggungan masing-masing.

Siapa yang membayar Zakat Fitrah berupa bijirin makanan asasi berupa beras, gandum dan seumpamanya, maka dia mengikut pandangan jumhur Ulama' silam.

Siapa yang membayarnya dengan wang yang sama nilai dengan bijirin makanan asasi, maka itu adalah Mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh Imam Al-Bukhari. Imam Ibnu Taimiyah mengatakan "لا حرج ان كان فيها منفعة" (Tiada masalah sekiranya terdapat menfaat dengan cara begitu).

Semoga Allah swt menerima zakat kita dan dengannya dibersihkan harta-harta dan hati jiwa kita di bulan Ramadan yang mulia ini. Ameen.


Us.Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
2 Julai 2016
🔴 TARIKH SOLAT RAYA DI AUSTRALIA

SOALAN :

As salam ustaz. Saya ade persoalan berkaitan sambutan Hari Raya. Di Melbourne tarikhnya berbeza ikut masjid. Persoalannya mana yang perlu kita ikut ? Masjid yang biasa saya solat, Solat Raya pada hari Selasa 5/7/2016. Board of Imam di sini umum Rabu 6/7/2016 sebagai Hari Solat Raya. Harap ustaz dapat jelaskan. Jazakallah

JAWAPAN :

I وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.

1⃣ Setiap muslim mesti berpuasa Ramadan 29 atau 30 hari. Jika 28 hari, maka mesti cukupkan bilangan hari berpuasa sehingga Selasa dan ber Solat Raya pada hari Rabu.

2⃣ Jika Selasa puasa ke 29, dan Rabu puasa ke 30, maka boleh Raya di mana mana masjid, dengan meraikan beberapa perkara berikut :

3⃣ Dari pengalaman saya hidup 5 tahun di Australia segelintir pemimpin masyarakat atau ajk masjid Umat Islam di sana yang suka berpecah, lalu masyarakat bawahan yang menjadi mangsa, terpaksa berpecah dalam menunaikan Solat Hari Raya.

Ada juga masjid yang sengaja memilih tarikh Solat Raya berbeza untuk menggambarkan ia lebih istimewa atau untuk melihat atau mendapat sokongan komuniti.

Banyak masjid di Barat dan Timur diwarnai oleh bangsa yang mendirikan masjid tersebut samada Turkish Mosque, Pakistani Mosque, Bangladeshi Mosque, Pakistani Mosque, Bosnian Mosque dll. Ada diantara masjid tersebut memilih tarikh Solat Raya mengikut hari negara asal mereka berhari raya. Ini juga boleh menyebabkan berlaku Solat Raya pada hari-hari yang berbeza di satu lokaliti yang sama. Sepatutnya mereka mengikut tarikh Solat Raya di negara baru mereka, iaitu Australia.

4⃣ Jika di Melbourne ada Islamic Department/Council yang diiktiraf officially oleh Government dan diperakui oleh kebanyakan Umat Islam, atau badan agama yang diperakui dan diikuti oleh majoriti komuniti Islam di sesuatu lokaliti, maka, Islam melihat badan tersebut ada authority utk menentukan tarikh Raya dan menyatukan Umat Islam setempat. Ikutlah keputusannya. Dari soalan di atas, saya melihat the Board of Imam seperti itu adalah badan yang lebih berwibawa berbanding keputusan ajk atau pengerusi masjid yang saudara sering solat di sana.

Di antara Maqasid/Objektif Syarak yang terpenting di Australia dan negara-negara minoriti Islam di negara-negars Barat dan Timur adalah Kesatuan Umat, survival pendidikan dan penghayatan Islam mereka serta pemeliharaan Aqidah generasi terkemudian.

Dalam mencapai Objektif ini, Kesatuan dan Kasih Sayang, yang tidak boleh dipisahkan seperti 2 muka di 1 wang siling, adalah sangat penting.

Sebaliknya Perpecahan boleh merosakkan jiwa mereka, merungkai ikatan Ukhuwwah, menyuburkan perseteruan, melemahkan komuniti mereka lalu membuka pintu-pintu kerosakan kepada komuniti minoriti yang memang telah sedia lemah, untuk terus bertambah lemah. Ini harus dielakkan atau dibenteras terus.

Apa sahaja keputusan di sana yang boleh membawa ke arah Kesatuan, Perpaduan dan Kasih Sayang dikalangan majoriti komuniti Islam, maka kita memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi.

Wallahu aalam.

Us. Abdul Halim Abdullah
B.E. (Queensland), BA (Al-Azhar)
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
29 Ramadan 1437H
4 Julai 2016
🔴 UCAPAN HARI RAYA

Ucapan pada Hari Raya ketika kita saling bertemu di antara satu sama lain adalah seperti hadis di bawah :

(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ , نا ابْن نَاجِيَةَ , نا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ , نا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الشَّامِيُّ , نا بَقِيَّةُ , عَنْ ثَوْرٍ , عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ , عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ , قَالَ : لَقِيتُهُ يَوْمَ عِيدٍ , فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ . فَقَالَ : نَعَمْ فَتَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ . ثُمَّ قَالَ وَاثِلَةُ : لَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ , فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ , فَقَالَ : " نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا ومنكم"

"Berkata Wathilah, "Aku bertemu Rasulullah saw pada Hari Raya, lalu aku berkata, " تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ ", lalu Nabi saw menjawab, " نعم تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ " (Ya, moga Allah menerima (amal ibadah) dari kami dan dari kalian)". (Hadis Marfu')

Ia bermaksud, ucapan dan doa sesama mereka para Sahabat dengan Rasulullah saw dan juga ucapan sesama kita dengan mencontohi mereka adalah, "Semoga Allah swt menerima semua ibadah yang telah kita dan kalian kerjakan"

Ibadah itu adalah ibadah yang telah ditunaikan untukNya sebelum Hari Raya tiba, lebih-lebih lagi ibadah berupa puasa, solat, tilawah Quran, iktikaf, zakat, sedekah dsb., disepanjang bulan Ramadan yang berkat, yang baru sahaja berlalu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
I تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُم

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
6 Julai 2016
🔴 ERTI TAKBIR RAYA

Di Hari Raya, disamping kita bertemu, bersolat dan mendengar khutbah Aidil Fitri, ziarah menziarahi dan maaf bermaafan, kita menghiasi suasananya dengan bertakbir Raya :

 3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
‎اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

✅ PENGERTIAN

1■ Allahlah yang Maha Besar (Kita tidak takut siapa pun makhlukNya kecuali Allah).
2■ Segaja pujian adalah milikNya. (Kita tidak membodek siapa pun makhlukNya dengan membelakangkan syariat Allah).
3■ Mahasuci Allah pagi dan petang. (Kita membersihkan Allah dari segala kekurangan yang dilemparkan terhadapNya oleh semua golongan yang jahil atau engkar).
4■ Tauhid. Hanya Allah sahaja tempat kita mengabdi diri dengan ikhlas. Hal ini tidak disukai oleh orang-orang kafir yang mahu kita tunduk hanya kepada mereka.
5■ Benar janji Allah untuk memenangkan Islam, mengagungkan tentera Islam dan mengalahkan segala tentera-tentera pakatan Barat dan Timur.

✅ KESIMPULAN

1■ Bagi Allah segala sifat Ketuhanan yang hebat. Tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya yang lekeh.
2■ Kita tunduk hanya kepada Allah dan tidak kepada manusia walau mereka nampak hebat mana sekali pun.
3■ Allah pasti memenangkan Islam & Kebenaran mengalahkan Kufur & Kebatilan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
I تقبل الله منا ومنكم

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
1 Syawal (6 Julai 2016)

Follow Us.Halim : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah
🔴 ERTI TAKBIR RAYA

Di Hari Raya, disamping kita bertemu, bersolat dan mendengar khutbah Aidil Fitri, ziarah menziarahi dan maaf bermaafan, kita menghiasi suasananya dengan bertakbir Raya :

 3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
‎اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.
‎لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

✅ PENGERTIAN

1■ Allahlah yang Maha Besar (Kita tidak takut siapa pun makhlukNya kecuali Allah).
2■ Segaja pujian adalah milikNya. (Kita tidak membodek siapa pun makhlukNya dengan membelakangkan syariat Allah).
3■ Mahasuci Allah pagi dan petang. (Kita membersihkan Allah dari segala kekurangan yang dilemparkan terhadapNya oleh semua golongan yang jahil atau engkar).
4■ Tauhid. Hanya Allah sahaja tempat kita mengabdi diri dengan ikhlas. Hal ini tidak disukai oleh orang-orang kafir yang mahu kita tunduk hanya kepada mereka.
5■ Benar janji Allah untuk memenangkan Islam, mengagungkan tentera Islam dan mengalahkan segala tentera-tentera pakatan Barat dan Timur.

✅ KESIMPULAN

1■ Bagi Allah segala sifat Ketuhanan yang hebat. Tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya yang lekeh.
2■ Kita tunduk hanya kepada Allah dan tidak kepada manusia walau mereka nampak hebat mana sekali pun.
3■ Allah pasti memenangkan Islam & Kebenaran mengalahkan Kufur & Kebatilan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
I تقبل الله منا ومنكم

💐
Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
1 Syawal (6 Julai 2016)
Bravo, the new UK Prime Minister has the guts to speak the truth about Islam and Muslims. Excellent speech. Hope Malcolm Turnbull do the same.

https://youtu.be/qFFSebgmsgs
Breaking news : Ketua kudeta di Turki mengumumkan penyerahan diri kepada polis Turki.

Panglima Tertinggi Tentera : Kami berjaya mengawal keadaan. Penjenayah akan dihukum.

Kudeta telah gagal. Alhamdulillah.

عاجل: رويترز قائد اﻻنقلاب في تركيا يعلن اﻻسستلام للشرطة التركيه عاجل || قائد الجيش الاول : سيطرنا على الوضع والمجرمون سيعاقبون

فشل الانقلاب والحمد لله
الله اكبر ولله الحمد