Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
☪️ Ceramah Online
"IMAM HASAN AL-BANNA"
Mujahid Mujaddid Kurun 20
Penyusun Zikir Al-Makthurat
5.15pm Sabtu 13/2/2021

Sempena ulangtahun ke 72 beliau syahid (12 Feb 1949 - 12 Feb 2021).

Daftar ceramah dengan klik salah satu group di bawah :

*Group 04*
*https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb*

*Group 05*
*https://chat.whatsapp.com/DRMjsnpC3i8II7p0WIxJFa*

*Group 06*
*https://chat.whatsapp.com/GoFucJt7F249PmLHmaufS2*

SIAPAKAH IMAM HASAN AL-BANNA ?

Imam Hasan Al-Banna adalah penyusun Zikir Al-Makthurat yang terkenal seluruh dunia.

Beliau dilahirkan di Mesir tahun 1906, dididik dengan ilmu dan semangat Islam sejak kecil.

Pada tahun 1928 beliau mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin yang pada hari ini berkembang ke lebih dari 100 buah negara di dunia. Objektifnya mengembalikan penegakan khilafah dan keagungan Islam yang diasaskan Rasulullah saw yang berakhir dengan runtuhnya Khilafah Islam pada tahun 1924 oleh Kamal Ataturk, Zionis Yahudi, Kuasa² Barat dan Timur.

Perkembangan gerakan Ikhwan Muslimin pimpinan Imam Hasan Al-Banna menggerunkan penjajah Barat yang sedang menjajah dan menghina Mesir dan Dunia Islam ketika itu.

Pada 12 Februari 1949, Imam Hasan Al-Banna ditembak syahid ketika hendak menaiki teksi di tengah-tengah bandaraya Kaherah, Mesir.

Beliau meninggalkan ribuan anak didiknya, penulisan² dakwah dan menyusun zikir Al-Makthurat yang terkenal di seluruh dunia.

*(مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ رِجَالࣱ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَیۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن یَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبۡدِیلࣰا)*
"Dari kalangan orang-orang beriman ada mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari mereka ada yang telah mati syahid. Dari mereka ada yang menunggu (giliran syahid), dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka)" [Surah Al-Ahzab 23].

Ceramah "IMAM HASAN AL-BANNA : Mujahid Syahid Mujaddid Islam Kurun 20" dianjurkan sempena Ulangtahun ke 72 kesyahidan beliau.

☪️ Daftar Ceramah Online
*"IMAM HASAN AL-BANNA"*
_Mujahid Mujaddid Kurun 20_
5.15pm Sabtu 13/2/2021
Sambil sertai Kuliah Tafsir Al-Quran Us.Halim WA Group.

Daftar ceramah dengan klik salah satu group di bawah :

*Group 04*
*https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb*

*Group 05*
*https://chat.whatsapp.com/DRMjsnpC3i8II7p0WIxJFa*

*Group 06*
*https://chat.whatsapp.com/GoFucJt7F249PmLHmaufS2*
TEGAKKAN UNDANG² ALLAH ADALAH HAL AQIDAH

"Cara menyebat" pesalah Zina adalah perkara cabang, fiqh dan bukan hal Aqidah, seperti saiz rotan, anggota yang dirotan dan sebagainya. Berbeza dalam cara perlaksanaannya tidak memasukkan diri ke dalam Neraka.

Akan tetapi "menegakkan undang-undang 100 sebatan terhadap pesalah Zina" adalah perkara usul, Aqidah. Selagi undang-undang itu tidak ada dalam masyarakat, selagi itu mereka dalam isu Aqidah yang serius. Serius di dunia, lebih-lebih lagi Neraka di Akhirat.

Ini kerana kehendak Allah swt di dalam Al-Quran dikesampingkan (ditolak), dan kehendak manusia mengambil tempat kehendak Allah.

(أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَـٰۤؤُا۟ شَرَعُوا۟ لَهُم مِّنَ ٱلدِّینِ مَا لَمۡ یَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِیَ بَیۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِینَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ)
"Adakah mereka mempunyai pensyirik-pensyirik yang menggubal bagi sistem hidup (undang-undang) untuk mereka, (undang-undang) yang tidak diizinkan Allah".

Moga kita selamat menjalani jalan di dunia menuju Syurga dan redhaNya di Akhirat serta dijauhkan dari masuk ke simpang jalan yang salah. Ameen.

Us. Abdul Halim Abdullah
16 Mac 2021
KEAJAIBAN² DI JIHAD PALESTIN

Setiap kali Jihad berlaku di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Chechnya dan berbagai tempat di dunia, berlaku keajaiban² atau "karamah كرامة" yang Allah kurniakan.

Ia bukan perkara baru. Bahkan Allah swt telah mengutuskan bantuan para Malaikat dalam Jihad di Badar dan Khandaq sebagai khabar gembira kepada para Sahabat ra yang sedang berjihad.

Elok kiranya dikemukakan di sini semula beberapa kisah karamah ini buat generasi muda hari ini. Ini kerana dominasi sistem materialistik di zaman ini banyak menghakis hakikat-hakikat Iman dari perhitungan mereka. Lalu ramai Duat berjuang berdasarkan hanya sifir-sifir zahir yang banyak menipu.

Dalam Jihad Palestin kira-kira sedekad lalu, dua dari kisah-kisah keajaiban di sana adalah :

(1) Tembakan beberapa butir peluru oleh yahudi tepat ke dada seorang tentera Islam tidak sedikit pun mematikannya. Dia dapati semua peluru tersebut melekat di kitab Al-Quran kecil yang tersemat dalam poket baju di dadanya.

(2) Bila Jihad Palestin mencapai kemuncaknya dan ramai mujahideen syahid, ramai wanita Palestin yang pada asalnya disahkan doktor mengandung bayi-bayi perempuan mendapati mereka mengandungkan bayi-bayi lelaki pula. Mereka yakin Allah swt sedang menyiapkan barisan mujahideen bagi Jihad seterusnya di masa depan. Allahu Akbar !!!

Hakikatnya tentera kafir bukan diperangi manusia. Mereka cuba memerangi orang-orang beriman, lalu Allah memerangi mereka.

(فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَیۡتَ إِذۡ رَمَیۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِیُبۡلِیَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ مِنۡهُ بَلَاۤءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ ۝ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ مُوهِنُ كَیۡدِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ)

"Bukan kamu yang bunuh, akan tetapi Allah lah yang telah membunuh mereka (tentera kafir). Bukan kamu yang menembak ketika kamu menembak, akan tetapi Allah lah yang telah menembak ...
... Semua itu (adalah tanda) Allah melemahkan strategi orang-orang kafir" [Surah Al-Anfal 17 - 18].

Us. Abdul Halim Abdullah
4 Syawal 1442H
16 Mei 2021M

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Join group Kuliah Selasa Us.Halim
https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb
PEREKA NO.1 ROKET GAZA SYAHID

Telah syahid ke rahmatullah, pereka nombor satu roket dan peluru berpandu Palestin, Professor Jamal Az-Zubdah bersama anaknya Usamah Jamal. إنا لله وإنا إليه راجعون

Beliau adalah professor kejuruteraan mekanikal di Universiti Islam Gaza yang telah melahirkan ramai jurutera baru dari kalangan masyarakat Palestin.

Beliau graduan dari University of Virginia, Amerika dan berpengalaman dalam perekaan jet pejuang F16-F35.

Beliau menolak tawaran lumayan di Amerika untuk bekerja dan hidup mewah di sana, sebaliknya pulang ke bumi Palestin yang sering dirobek untuk bersama dalam Jihad menentang penjajahan Yahudi.

Kesyahidan beliau mengingatkan kita kesyahidan Ir. Yahya Ayyash tahun 1996, pereka nombor satu bom Palestin dalam operasi serangan² berani mati.

Moga Allah swt menerima amal beliau dan anaknya dan menempatkan mereka ke dalam Syurga Firdaus bersama para Nabi-Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.

(وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ ۝ فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ)

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah Ali Imran : 169 - 170].

Us. Abdul Halim Abdullah
18 Mei 2021

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Join group Kuliah Selasa Us.Halim
https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb
KARAMAH DI BUMI GAZA, PALESTIN
Ir. Ismail Abu Syanab

"Jangan kamu menyangka mereka yang dibunuh dijalan Allah itu mayat-mayat. Bahkan mereka hidup beri rezeki di sisi Tuhan mereka ...".

Di antara karamah di Gaza yang boleh dikongsikan bersama adalah jenazah Ir. Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas gerakan HAMAS yang tidak reput walau telah bertahun-tahun dikebumikan. Ikuti blog INIJALANKU :

"... Pada 27/12/2008, penduduk Gaza menyebut tentang karamah salah seorang pemimpin HAMAS, Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Shanab.

Peristiwa tersebut berlaku dihari pengebumikan anaknya, Hasan yang syahid dihari pertama serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini. Beliau dan 2 pengawalnya dibunuh Yahudi yang menembak 5 buah peluru berpandu dari pesawat pada pukul 1.15pm hari Khamis 21/8/2003 di Jalan Muhafazah, Gaza. Kereta yang dinaiki jenis Volkwagen berwarna putih bertukar menjadi bola api dengan mengeluarkan serpihan-serpihan besi. Petugas ambulan kemudiannya berjaya mengeluarkan 3 mayat dari kereta tersebut.

Isteri beliau menceritakan kepada media Batalion Al-Qassam bahawa ketika mereka hendak mengebumikan anaknya di Tanah Perkuburan Asy-Syeikh Ridwan, mereka tidak mendapati tempat untuk jenazahnya, lalu merancang mengebumikannya di tanah perkuburan yang lain.

Si ibu tidak bersetuju lalu meminta mereka mengebumikannya di liang lahad ayahnya sendiri, Ismail yang telah syahid 5 tahun lalu. Mereka tidak membuka kubur Ismail semuanya. Hanya sebahagian liang sahaja dibuka.

Apabila salah seorang pemuda turun ke liang untuk mengebumikan anaknya Hasan, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia mendapati jasad Asy-Syahid adalah seperti baru, kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walau telah berlalu masa 5 tahun. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada saat itu juga ..." (baca seterusnya di https://inijalanku.wordpress.com/2009/02/02/karamah-ir-ismail-abu-syanab-hamas-di-gaza/#more-1213).

(وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ ۝ فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ ۝ ۞ یَسۡتَبۡشِرُونَ بِنِعۡمَةࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضۡلࣲ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ)

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman". [Surah Ali Imran 169 - 171]

Us. Abdul Halim Abdullah
26 Mei 2021

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Join group Kuliah Selasa Us.Halim
https://chat.whatsapp.com/EHuFaiLRXKFKeE3qVCdjEb
UPAH HAJI BADAL 2021

Musim Haji semakin hampir.

Bagi seseorang yang telah meninggal dunia, tidak sempat menunaikan fardhu Haji dan Umrah, meninggalkan harta pusaka yang cukup, maka tetap wajib ke atasnya Haji Badal dan Umrah Badal, di mana waris-warisnya wajib mengupah seseorang melakukannya.

Ibadah ini dinamakan upah Haji Badal.

Sila hubungi DIAFA TRAVEL 019-678 0000 atau klik wasap.my/60196780000/Upah_Badal_Haji_2021

Anda akan dilayan seterusnya.

DIAFA TRAVEL SDN. BHD.
(Lesen KPL-7337)

- - - - - - - - - - - - - - - -
Artikel 2 Pengupah Mimpi Aruah Datang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3180893111975628&id=100001649126613