Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
1.81K subscribers
186 photos
9 videos
6 files
268 links
Us. Abdul Halim Abdullah
Download Telegram
ERDOGAN GUNA FACETIME BERHUBUNG DGN RAKYAT TURKI

Abdul Halim Abdullah:
Luar Negara - Utusan Online
http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/media-disekat-erdogan-guna-facetime-umum-keadaan-terkini-1.354208

"... dan Facebook telah disekat.

Sementara itu, menurut seorang saksi, kesemua penerbangan dari Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah dibatalkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa individu sedang ditahan di ibupejabat tentera, kata seorang wartawan CNN Turk.

Wartawan yang sama mengatakan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selamat dan berada di lokasi yang dirahsiakan.

Erdoğan terpaksa menggunakan aplikasi Facetime melalui telefon pintar iPhone untuk menyampaikan maklumat ekoran media kerajaan telah diambil alih dalam kudeta tentera.

Beliau yang dihubungi penyampai CNN Turk melalui Facetime menyeru agar semua rakyat negara itu turun ke jalanan dan berkumpul di tempat awam untuk menentang cubaan rampasan kuasa itu.

"Tindakan yang berlaku ini adalah daripada golongan minoriti dalam tentera dan tidak ada kuasa yang lebih besar daripada kuasa rakyat," katanya. - AGENSI

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/media-disekat-erdogan-guna-facetime-umum-keadaan-terkini-1.354208#sthash.w1GMrXLS.dpuf
بيان من الإخوان المسلمين

بشأن الأحداث في تركيا
 Kenyataan akhbar dari Ikhwan Muslimin mengenai kejadian di Turki.

تدين جماعة الإخوان المسلمين، أي محاولة للانقلاب على إرادة الشعوب، وحرياتها، ومكتسباتها، وتؤكد أن الشعوب ستظل بوعيها هي الضامن الوحيد لكل الهجمات ضد الديمقراطية، وحائط السد المنيع ضد كل محاولات اختطاف أوطانها.
Jemaah Ikhwan Muslimin mengutuk sebarang cubaan rampasan kuasa ke atas kehendak, kebebasan dan pencapaian rakyat. Ikhwan juga menegaskan bahawa Rakyat melalui kepekaan mereka merupakan satu-satunya jaminan dalam menghadapi semua serangan terhadap Demokrasi dan kubu yang kebal dalam melawan semua cubaan mencuri tanahair mereka.

 إن ماحدث في تركيا، من نجاح اقتصادي غير مسبوق، وما شهدته البلاد من حريات، وديموقراطيه، يشهد لها العالم، لن تضيع أمام محاولات انقلابية تستهدف الاستيلاء على تلك المكتسبات.
Apa yang berlaku di Turki, berupa kejayaan ekonomi yang tiada tolok bandingnya sebelum ini, kebebasan dan demokrasi yang disaksikan oleh rakyat dan dunia, tidak akan lenyap dengan cubaan-cubaan rampasan kuasa yang bertujuan merampas pencapaian-pencapaian tersebut.

وإذ تعلن جماعة الإخوان المسلمين، تضامنها مع الشعب التركي، وحقه في التمسك بديمقراطيته، والالتفاف حول حكومته المنتخبة، فإنها تدعو كل أحرار العالم، شعوبا، ومنظمات مجتمع مدني، وحكومات منتخبة، إلى مساندة الديمقراطية، في كافة الأوطان سواء بسواء، ونبذ الأفكار الإنقلابية المتخلفة.
Oleh itu, jemaah Ikhwan Muslimin mengumumkan solidaritinya bersama rakyat Turki, hak mereka untuk berpegang dengan Demokrasi dan mendokong kerajaan mereka yang dipilih bebas.

Ikhwan Muslimin mengajak seluruh umat dunia yang bebas, samada orang ramai, badan, masyarakat sivil, kerajaan yang terpilih, agar mendokong Demokrasi, di seluruh tanahair, dan menolak idea rampasan kuasa yang ketinggalan zaman.

وتؤكد الجماعة، أنها على يقين بأن الشعوب التي عاشت الحرية، وذاقت ثمار الديمقراطية لسنوات طويلة، لن تقبل بغيرها سبيلا لمستقبلها، ولن ترضى بالعودة إلى عصور القمع والتخلف والارتهان للأعداء والاستيلاء على مقدرات أوطانها.
Jemaah Ikhwan Muslimin menegaskan keyakinan bahawa masyarakat yang hidup dengan kebebasan, mengecapi hasil Demokrasi dalam masa yang panjang, tidak akan dapat menerima jalan yang lain untuk nasib masadepan mereka, tidak akan redha untuk kembali ke zaman penindasan dan kemunduran, serta mereka tergadai ditangan musuh dan musuh menguasai kekayaan negara mereka.

الاخوان المسلمين
Ikhwan Muslimin.

السبت 11 شوال 1437 هجرية الموافق 16 يوليو 2016 ميلادية
Sabtu 11 Syawal 1437H bersamaan 16 Julai 2016M.

Terjemahan @Ust Abdul Halim Abdullah
#سر_النجاح :منذ الامس لم نرى أحد المتظاهرين يرفع صورة لاوردغان أو راية حزب العدالة والتنمية وإنما وحصريا يحملون علم #تركيا و يهتفون لتركيا فقط
وعي الجمهور التركي بأن الهدف من الانقلاب هو #تركيا_الوطن

Sejak semalam, tidak kelihatan mana-mana peserta demo menjulang foto Erdogan atau bendera Parti Keadilan dan Pembangunan (parti beliau).

Mereka mengibarkan hanya bendera Turki dan berteriak slogan Turki. Mereka sedar bahawa tujuan rampasan kuasa berkenaan adalah memangsakan Turki.

Terjemahan @Ust Abdul Halim Abdullah
SIFAT WAFA الوفاء ASAS KEJAYAAN IKHWAN MUSLIMIN

Masul Ikhwan mula perasan bahawa seorang akh mulai sering lewat ke usrah. Apabila beliau tiba pula, dia dalam keadaan termengah-mengah. Apabila ditanya mengapa keadaannya sedemikian, beliau tidak menjawab.

Seorang akh lain memberitahu Masul bahawa akh tersebut menjual basikalnya untuk melaksanakan sumbangannya kepada Jemaah. Ini menyebabkan beliau terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer dan lewat tiba ke usrah.

Mendengar penjelasan tersebut, Masulnya berasa syukur dan kagum akan sifat Wafa'nya terhadap Perjuangan, lalu mereka bersama-sama berkongsi wang untuk membeli sebuah basikal baru untuknya sebagai kenangan bagi sifat Wafa' tersebut.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna dengan menyatakan jiwa-jiwa seperti inilah yang berhubung dengan jiwa Generasi Pertama Islam di zaman Rasulullah saw, terbina suburnya fikrah Ikhwan  Muslimin, berjayanya institusi dan projek-projek mereka serta majunya Dakwah mereka sehingga tersebar kuat ke seluruh pelusuk Mesir dan dunia.

Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
19 Julai 2016
VIDEO KENYATAAN AKHBAR
Jabatan Keadilan Amerika

Jabatan Kehakiman US menganjurkan kenyataan akhbar oleh beberapa agensi penyiasat (Jbt Kehakiman, FBI dll.) menyebut lebih terperinci dari mana dan ke mana sebahagian wang-wang 1MDB pergi dan digunakan di dalam US.

Kata mereka, siasatan berjalan terus.

Hanyasanya kenyataan akhbar ini hendak memaklumkan bahawa sementara siasatan dijalankan, aset-aset mewah milik beberapa individu dibekukan untuk mengelakkan ia terus dijual atau disalurkan ke tempat-tempat lain lalu menyukarkan siasatan dan langkah-langkah selanjutnya.

https://m.youtube.com/watch?v=31j0OB0OBoM
DISEBALIK 22 JULAI "HARI SARAWAK"

1) Ramai yang terkeliru menganggap 22 Julai sebagai tarikh kemerdekaan Sarawak. Kekeliruan ini berpunca dari manipulasi golongan berfahaman ekstrim kanan terhadap slogan Sarawak for Sarawakian.

2. Mereka kata, tarikh inilah Sarawak merdeka dari British. Namun kemerdekaan ini hanyalah sementara sehinggalah persekutuan Malaysia lahir pada 16 September 1963. Dikatakan itu ialah strategi neokolonisasi Malaya ke atas Sarawak.

3. Sedih sekali, ada sebahagian ahli politik turut mengikuti arus pemikiran sebegini, sekaligus menjadikan ia political mileage kpd diri mereka. Alhamdulillah ada juga yang cakna tentang sejarah sebenar & sekadar menamakan 22/7 sebagai Hari Sarawak, bukan Hari Kemerdekaan Sarawak.

4. Hakikatnya, 22 Julai 1963 merupakan salah satu dari rentetan tarikh-tarikh penting dalam penubuhan negara kita Malaysia. Ia bermula dengan cadangan dari Tunku Abdul Rahman pada Mei 1961.

5. Malah, pada Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan. Ketika ini, Sarawak masih bawah penjajahan British. Perwakilan dari Sarawak ialah Ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak. Mereka bahkan telah bermesyuarat di Kuching pada Disember 1961.

6. Tarikh yang juga penting ialah tarikh perjanjian Malaysia yang dibuat di Pejabat Perhubungan Komanwel di London dengan disaksikan oleh beberapa pemimpin utama Sarawak seperti Tun Jugah, Abg Hj Mustapha & Abg Hj Openg. 9 Julai 1963. 13 hari sebelum tarikh yang dikatakan tarikh kemerdekaan Sarawak.

7. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya ialah proses dekolonisasi Sarawak dari jajahan British untuk menyediakan rakyat Sarawak ke arah kemerdekaan apabila bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

8. 22 Julai, hanyalah hari di mana Gabenor British di Sarawak, Sir Waddel menyerahkan pentadbiran kerajaan kepada Kabinet Menteri Pertama Sarawak. Hari Sarawak berkerajaan sendiri, dipimpin sendiri oleh anak Sarawak. Ia adalah titik bersejarah untuk Sarawak, begitu juga tarikh-tarikh lain yang membawa kepada kelahiran persekutuan Malaysia.

9. Sir Waddel masih lagi berada di Astana & memberi sehinggalah pada 15 September 1963. Inilah fasa akhir pembentukan Malaysia, bukan tempoh kemerdekaan yang singkat yg dirampas Malaya.

10. Tanpa 16 Sept 1963, tidak akan ada 22 Julai 1963. Malangnya masyarakat kita ada yang terlalu mudah mengikut arus perbincangan sehingga tidak nampak gambaran yang lebih besar. Tanpa disedari, ia menjadi bibit kelahiran fahaman kenegerian melampau, far right hampir menyamai mentaliti racism yang turut membawa kepada Brexit.

Allahua'lam.

Afiq Shazwan
Sarawak

sumber:
1) http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963?p_p_id=56_INSTANCE_Oj0d&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=2

2) http://seeds.theborneopost.com/2014/09/16/the-last-goodbye/
🔴 KASIH SAYANG JALAN KITA

"... 3. Di masa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.

4. Dimasa atau tempat yang kasih sayang sesama ahlinya pudar, bermasalah atau tidak mendapat penekanan yang secukupnya, segala masalah yang sebenarnya kecil dan remeh, tiba-tiba menjadi satu masalah yang sangat besar, sukar diselesaikan.

5. Kasih sayang tempatnya di hati dan ruh yang dimiliki oleh Allah swt. Ia adalah ikatan hati dan ruh itu sendiri. Oleh itu keikhlasan yang tinggi kepada Allah sahaja yang dapat menjamin tersemainya kasih sayang hakiki yang diinginkan. Di sini pentingnya ilmu tentang Islam dan perjuangannya, kefahaman tentang matlamat dan Jalan Dakwah, kewajipan sebenar sebagai hamba Allah, pengikut Rasulullah saw dan anggota jemaah. Tanpa hakikat-hakikat di atas, perjuangan dan kasih sayang yang dimiliki adalah menyeleweng, rapuh dan akan berkecai pada bila-bila masa...". (Baca seterusnya
https://inijalanku.wordpress.com/2008/06/16/kasih-sayang-jalan-kita/)

Us. Abdul Halim Abdullah
I رابطة علماء أهل السنة العالمية
31 Julai 2016
BADAN PENDAKWAAN KENA ELAK JADI BADAN KEHAKIMAN

http://www.ismaweb.net/2016/07/peguam-negara-tak-patut-pegang-dua-jawatan-kata-ketua-hakim-negara/

KUALA LUMPUR, Ahad – Peguam Negara tidak sepatutnya memegang jawatan Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) bagi memastikan badan kehakiman itu dapat dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, berkata konflik kepentingan akan berlaku jika Peguam Negara juga mengetuai suruhanjaya itu yang mana selain beliau adalah ahli eksekutif, pegawai kehakiman juga berada di bawah badan kehakiman.

Menurut sistem demokrasi di negara ini, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman mesti kekal bebas antara satu sama lain.

“Jika AG terus menerajui kedua-dua perkhidmatan, saya bimbang ia akan mewujudkan persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kehakiman Tahun 2016 di sini, semalam.

Tun Arifin berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas kerja berhubung pengasingan kuasa pentadbir hakim mahkamah rendah seluruh negara kepada SPKP.

Keputusannya bakal diketahui pada hujung tahun ini.

Mengulas perkara itu The Star melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan menerima cadangan itu dan masih mengkajinya dari sudut Perlembagaan dan perspektif bersejarah.

“Kami akan memberikan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan berbincang tentang perkara ini dalam mesyuarat SPKP seterusnya sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Pada masa sekarang, Peguam Negara adalah ketua perkhidmatan kepada semua hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh negara.

“Mengikut Pekeliling 6/2010, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah melantik AG sebagai ketua perkhidmatan dan saya tidak tahu apa sebabnya.

“Ini bermakna, pegawai kehakiman dan perundangan diletak di bawah AG, jadi nampak konflik kepentingan sebab (bidang kuasa) AG adalah pendakwaan, macam mana boleh jadi ketua kehakiman,” katanya.