Carilah rezeki, bina kehidupan dan usahakan dunia sebaiknya. Tetapi jangan sesekali jadikan dunia tempat hati bergantung.
#ustazwadiannuar
#ustazwadiannuar
❤288👍27🥰4😁3👌1
Doa Berlindung daripada Godaan Syaitan
رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan, dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, agar mereka tidak menghampiriku.”
(Surah Al-Mu’minun: 97–98)
#ustazwadiannuar #uwarecords

❤261👍26✍5🥰3
Islam mengajar kita supaya berbuat ihsan bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan dan alam sekitar.
Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Pada setiap makhluk hidup terdapat pahala bagi orang yang berbuat baik kepadanya.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Memberi air kepada haiwan yang kehausan juga merupakan amalan yang diberi ganjaran oleh Allah. Begitulah luasnya ruang untuk kita berbuat kebaikan dalam kehidupan seharian.
Bumi ini amanah yang perlu dipelihara. Menghargai ciptaan Allah juga sebahagian daripada menghayati ajaran Islam.
Kenali Islam melalui keindahan ajarannya.

❤200👍24💯8🥰4😇3😁1
Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan kami pada hari ini agar mudah untuk kami berusaha mencari rezeki yang berkat. Semoga segala yang kami rancangkan hari ini, Engkau permudahkan segala urusannya. Aamiin.
❤466👍29🥰16🤗4
Bukan kita yang melakukan, tapi kita yang membantu. Bukan kita yang menipu, tapi kita yang sediakan jalan untuk penipuan itu berlaku.
Integriti menuntut kita berpegang pada prinsip yang benar dan tidak bersekongkol dalam perkara yang salah.
Jangan anggap kita terlepas daripada dosa hanya kerana bukan kita pelaku utamanya. Membantu perkara yang haram juga ada tanggungjawabnya di sisi Allah. Beringatlah.

❤192👍41😱4💯4😁1
❤53👍9🙈3
❤43👍8😱3
Doa Dijauhkan Daripada Hasad Dengki
“Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman. Janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Hasyr: 10)

❤247👍20✍5😢2
❤50👍11😱3
Makluman rasmi keadaan terkini Ustaz Wadi Annuar. Kami memohon jasa baik semua agar memberi ruang kepada beliau untuk berehat. Buat sementara waktu, beliau belum menerima kunjungan ziarah.
Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan serta mempermudah segala urusan beliau dan semua yang terlibat.

❤453😢265😭35👍7💯4👌3😱1
Doa Kelapangan Hati
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan lepaskanlah simpulan pada lidahku supaya mereka memahami kata-kataku.”
(Surah Taha: 25–28)

❤278👍19✍3
❤53👍12🙈2
Doa Memohon Perlindungan
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang tidak aku ketahui. Jika Engkau tidak mengampuni aku dan merahmati aku, nescaya aku termasuk dalam kalangan orang yang rugi.”
(Surah Hud: 47)

❤262👍24✍1
CERAMAH DUHA PERDANA USTAZ WADI ANNUAR 2027
Insya-Allah, majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar akan diteruskan sepanjang tahun 2027 di Akademi Darul Ilmi (ADI), Sungai Petani, Kedah.

❤136👍27🥰10😍3✍1😱1
Kita masih sibuk dengan urusan dunia, masih mengejar macam-macam, sedangkan kematian sedang menunggu kita di penghujung perjalanan.
#ustazwadiannuar
#ustazwadiannuar
❤246😢77👍10😁1
Sayiduna Abu al-Darda r.a. berdoa agar diwafatkan bersama orang-orang soleh dan dijauhkan daripada menjadi ikutan dalam melakukan keburukan.
Betapa pentingnya kita memohon kepada Allah agar sentiasa dipelihara dalam kebaikan, dijauhkan daripada keburukan dan dikurniakan pengakhiran hidup yang baik.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ حُسْنَ الْخَاتِمَةِ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pengakhiran hidup yang baik.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

❤197👍15✍1🥰1
Jangan pernah takut miskin selama kita masih bertuhankan Allah Yang Maha Kaya.
Tugas kita hanya berusaha dan berikhtiar; urusan mencukupi, serahkan bulat-bulat kepada-Nya. Rezeki itu milik Dia, tidak akan pernah salah alamat.
Firman Allah SWT:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"Dan tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di bumi ini melainkan dijamin Allah rezekinya." (Surah Hud: 6)

❤74👍8💯3🥰1😇1