Berikut merupakan antara perkara penting yang disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS 2026 dan Ucapan Penggulungan Muktamar PAS Kali Ke-72.
Daripada gagasan penyelesaian Islam, penyatuan ummah, pembangunan masyarakat dan pengukuhan organisasi, hinggalah kepada persiapan menghadapi cabaran politik dan masa hadapan.
Teliti 15 rumusan utama daripada setiap ucapan melalui poster yang disediakan.

❤31
Perjuangan Islam bukan sekadar berkaitan ibadah individu, bahkan merangkumi tanggungjawab membina masyarakat dan pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Atas dasar itu, umat Islam perlu mempunyai satu kumpulan yang meneruskan perjuangan menegakkan agama selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Islam juga tidak boleh dipisahkan daripada urusan politik. Memimpin, mentadbir dan membangunkan negara merupakan sebahagian daripada tanggungjawab umat yang perlu dilaksanakan berdasarkan petunjuk Allah SWT. Justeru, perjuangan politik tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang terpisah daripada tuntutan agama.
Dalam membina kekuatan tersebut, perpaduan umat Islam mesti menjadi asas. Rasulullah SAW terlebih dahulu menyatukan umat Islam sebelum membina kekuatan masyarakat dan negara. Perpecahan hanya akan melemahkan umat, sedangkan penyatuan membuka ruang untuk membina kekuatan yang lebih besar.
Perjuangan ini pula mesti diteruskan dengan keikhlasan, kesungguhan dan percaturan yang bijaksana. Kekuatan material bukan segala-galanya kerana kemenangan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh serta pertolongan Allah SWT. Selagi kita ikhlas dan terus bekerja, insya-Allah pertolongan-Nya akan datang.
[Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun, 12 September 2026, Dungun, Terengganu]

❤38
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Highlight Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun
❤28
Minda Presiden PAS
MENGAPA PERPADUAN MELAYU ISLAM
Hala tuju (road map) petunjuk Allah yang dilalui oleh para anbiya’ berteraskan kekuatan kaum bersama mereka. Di mana bumi seseorang nabi mula berpijak, kaum bangsanya didahulukan, walaupun risalahnya kepada seluruh manusia.
Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan Islam saling bertukar bangsa yang penganutnya mendominasi dari segi iman, akhlak, dan ilmu yang beristiqamah bersama Islam. Di sini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam boleh bertukar kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam dan di mana-mana saja negerinya. Kepimpinan Islam saling bertukar kepada bangsa Parsi (Iran), Turki, Tatar, dan lain-lain, termasuk rumpun Melayu.
Islam mengharamkan kemenangan yang berwala’ kepada bukan Islam dalam ayat yang banyak sehingga menjadi munafiq dan merosakkan iman.
Hilangnya kuasa Islam memimpin dunia apabila berlaku perpecahan dan kelekaan disebabkan kemewahan pada masa berkuasa.
Diikuti oleh perebutan harta dan takhta serta diikuti oleh kefanatikan bangsa dan mazhab sehingga dimasuki musuh Islam, syaitan yang melagakan umat Islam.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/09/15/mengapa-perpaduan-melayu-islam/

HarakahDaily
Mengapa perpaduan Melayu Islam
Dahulukan perpaduan parti-parti Melayu Islam yang besar dan berpengaruh bersama kaum asal bumiputera bukan Islam, disusuli bukan Islam ...
❤32
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini terbina daripada kepelbagaian negeri, bangsa dan budaya yang disatukan dalam sebuah tanah air.
Perpaduan bukan sekadar hidup bersama, tetapi saling menghormati, menjaga keamanan dan melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan seluruh masyarakat.
Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, berdaulat dan diberkati Allah SWT, serta rakyatnya sentiasa dipandu dengan nilai agama, ilmu dan akhlak.
Selamat Hari Malaysia 2026.
Semoga nikmat kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi terus dipelihara untuk generasi akan datang.

❤37👍3