Abdul Hadi Awang
✔
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
Download Telegram
Perjuangan Islam bukanlah tanggungjawab yang dipikul secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kewujudan jemaah yang menyeru manusia kepada kebaikan, melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Inilah antara tuntutan yang disebut dalam Al-Quran dalam membina umat yang terus membawa amanah perjuangan Islam.

Jemaah Islam bukan sekadar berkumpul, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada Islam yang sempurna serta menyampaikan kebenaran dengan ilmu dan hikmah. Tugas ini perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan ruang yang ada, sama ada melalui kuasa pemerintahan mahupun dengan teguran, nasihat dan kritikan terhadap kemungkaran.

Sebab itu perjuangan Islam memerlukan mereka yang memahami ilmu agama secara mendalam dan mampu menterjemahkannya dalam kehidupan masyarakat. Para ulama pula mempunyai peranan besar untuk membimbing, mentarbiah dan melahirkan mereka yang mampu meneruskan amanah perjuangan ini.

Maka, perjuangan Islam perlu digerakkan secara berjemaah dengan ilmu, kefahaman dan kesungguhan. Bukan sekadar mengetahui apa yang benar, tetapi berusaha melaksanakan kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam setiap ruang yang diberikan oleh Allah SWT.

[Liqa' Fikri Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, 19 September 2026, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ), Kuala Nerus, Terengganu]
❤26
Minda Presiden PAS

MANA MODEL NEGARA ISLAM PERJUANGAN PAS

Sudahkah PAS bersedia dengan negara Islam perjuangannya?

Inilah soalan paling kerap ditanyakan. Bukan hanya persoalan ke Putrajaya, sehingga ada yang bertanya siapa ketua kerajaannya, Perdana Menterinya, hala tujunya (road map), atau rangka tindakannya (blueprint). Disebabkan jawapannya tidak ada dan tidak kelihatan, maka tidak boleh dipercayai, padahal Rasulullah SAW juga dicabar sepertinya.

Rasulullah SAW menolak negara teokrasi bawah kuasa mutlak para agamawan serta menolak slogan “suara rakyat, suara Tuhan” (suara rakyat, suara keramat atau vox populi, vox dei) kerana rakyat akan diperbodohkan, dibeli, dan dibuli.

Islam menegaskan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, dan Maha Menetapkan kepada manusia perkara di luar kemampuan fitrahnya dengan nas yang nyata, namun ada perkara yang diizinkan kepada pemimpin dan rakyat dengan kemampuan akal dan pengalaman berbekalkan ilmu wahyu dan ilmu akal. Demikianlah ajaran Islam yang bersifat wasatiyyah (saksama dan adil).

Percayalah bahawa kerajaan yang berprinsipkan iman dan berkonsepkan adil menunaikan amanah dalam memerintah negara, akan datang keberkatan kuasa yang kuat dan harta yang melimpah ruah kerana keberkatannya yang dijanjikan Allah SWT.

Pemimpin yang ditarbiah dengan ilmu dan perjuangan, bercirikan peribadi yang berintegriti rabbani (sentiasa beribadat), memimpin masyarakat majmuk pelbagai agama dan bangsa, berkebajikan, kehebatan undang-undang mencegah kemungkaran yang mendidik bukan mendera, serta berwawasan jauh daripada dunia sehingga akhirat.

Dibuktikan dengan negara Madinah yang bercirikan madani hidayah (petunjuk Allah), bukan madani jibayah (bergantung dengan kewangan sahaja atau takhta yang berharta).

Islam mampu memimpin dunia selama 13 abad mencipta hadarah Islamiah (tamadun Islam) yang berjasa kepada seluruh dunia. Kedatangannya menjadi penyelamat, bukan penjajah. Kehilangannya pula kerana meninggalkan Islam, bukan kegagalan ideologi yang menjadi ajal kepada semua kuasa besar yang tamat pada zaman dahulu mahupun kini.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/2026/09/22/mana-model-negara-islam-perjuangan-pas/
❤37