Abdul Hadi Awang
✔
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
Download Telegram
Islam mempunyai sistem kewangan negara yang tersusun, termasuk sumber hasil yang digunakan untuk mengurus kepentingan masyarakat. Namun, setiap pungutan yang dikenakan hendaklah dilaksanakan dengan adil dan mengambil kira keadaan serta kemampuan rakyat.

Khalifah Umar bin al-Khattab RA menunjukkan bahawa urusan cukai bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan tanpa pertimbangan. Apabila keadaan berubah dan sesuatu pungutan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, pemerintah mempunyai ruang untuk menilai semula dan menyesuaikannya berdasarkan maslahat.

Keadilan juga mesti dijaga dalam pelaksanaan pungutan. Pernah berlaku pedagang bukan Islam mengadu kerana dikenakan \usyur sebanyak dua kali dalam setahun. Khalifah Umar RA mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak berlaku. Ini menunjukkan bahawa pemerintah tidak boleh mengambil harta rakyat secara sewenang-wenangnya, bahkan setiap pungutan perlu dilaksanakan dengan adil.

Pada masa yang sama, usyur tidak boleh disamakan dengan zakat. Zakat merupakan kewajipan ibadah yang telah ditetapkan syarak, manakala cukai merupakan urusan pentadbiran yang boleh berubah mengikut keadaan. Inilah antara bentuk keadilan dan kebijaksanaan Islam dalam mengurus kewangan negara demi menjaga kepentingan masyarakat.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 13 Rabi‘ al-Akhir 1448H, Masjid Rusila, Marang]
❤30
😢27❤2
Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara, pada usia 100 tahun.

Almarhumah merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Sebagai seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, beliau telah memberikan sumbangan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita dan kanak-kanak.

Dalam perjalanan hidupnya, almarhumah turut memainkan peranan dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemasyarakatan, di samping menjadi pendamping kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sepanjang perjalanan panjang khidmat beliau kepada negara.

Sesungguhnya pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh ahli keluarga serta sahabat handai almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
❤36😢23
Minda Presiden PAS

PALESTIN: KEBANGKITAN KUMPULAN ISLAM DAN KUMPULAN MENGECEWAKAN

Kita sedang menyaksikan pula kebenaran janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW, iaitu kemunculan kumpulan Islam yang gagah berani menentang negara Zionis Israel yang ganas dan semua penjajah selepas kejatuhan kuasa Islam.

Zionis merupakan musuh paling zalim dalam sejarah manusia, bersama negara sekutunya (Amerika Syarikat dan Eropah) dan semua negara kumpulan Zionis dengan bantuan umat Islam yang berkhianat. Negara Yahudi Zionis dibantu oleh tentera dan senjata yang bertali arus daripada semua jenis, mendukung penubuhan negara Israel Raya (Greater Israel) yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis tanah suci umat Islam) bagi menakluk dunia dan menjadi kuasa besar tunggal.

Lahir kumpulan Islam yang berjihad menentang Zionis yang dijanjikan, walaupun musuh mereka melakukan keganasan paling melampau terhadap kumpulan Islam yang awal berjihad menentang Israel. Mereka lahir dari negara Arab, Turkiye, dan Iran bersama para pemimpin mereka seperti Mufti Amin al-Husayni, Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam, ulama’ buangan dari Syria, ‘Abd al-Qadir al-Husayni, dan lain-lain.

Turut bersama mereka ialah rakyat Palestin serta negara Arab dan Islam di keliling mereka, termasuk dari Turkiye, Iran, dan lain-lain daripada semua mazhab. Kumpulan Islam bermula sejak penjajahan British yang melaksanakan Perisytiharan Balfour pada 1917 sehingga perisytiharan negara haram Israel pada 1948.

Pada masa yang sama, muncul kalangan yang mengecewakan dari negara-negara Arab dan Islam yang ditubuhkan bersama para pemimpin yang terlibat dalam Revolusi Agung Arab yang menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Mereka menerima gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh negara Zionis.

Negara habuan yang terlibat dalam menjatuhkan kuasa Islam pada abad yang lalu membalas jasa kuasa besar yang terlibat dengan menyerahkan maruah dan hasil bumi mereka kepada musuh serta membenarkan dibina pangkalan tentera musuh.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/09/29/palestin-kebangkitan-kumpulan-islam-dan-kumpulan-mengecewakan/
❤18😢1
Minda Presiden PAS

PERPADUAN UMMAH MELAYU MEMIMPIN MALAYSIA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah mata rantai kesinambungan perjuangan untuk melaksanakan petunjuk Allah kepada manusia selepas tiada lagi para rasul, setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.

PAS berpegang kepada mazhab Sunni bahawa pemimpin bagi negara Malaysia hendaklah daripada kalangan Melayu Islam. PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berpegang kepada prinsip sekular, iaitu memisahkan politik daripada agama, dan gagasan Malaysian Malaysia tanpa rupa bangsa.

Fahaman sekular berkonsepkan pemisahan politik daripada aqidah atau iman, menjadikan politik tidak mempunyai roh dan hanya berpandukan akal manusia semata-mata tanpa berpaksikan aqidah, khususnya keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Fahaman ini dilihat gagal dalam memimpin masyarakat majmuk serta menangani salah laku seperti rasuah dan lain-lain.

Tanpa menetapkan rupa bangsa yang bersifat luar tabii, ketetapan Allah akan dilihat bercanggah dengan fitrah manusia.

Sehubungan dengan itu, pemimpin hendaklah daripada kalangan Melayu yang berpegang teguh kepada Islam dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjamin keadilan kepada semua. Hal ini demikian kerana mereka tidak bersikap fanatik terhadap perkauman seperti sesetengah bangsa lain dalam masyarakat majmuk, walaupun tidak mempunyai kuasa politik.

Sikap ini dapat disaksikan dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Betapa kuatnya pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat apabila seseorang yang memeluk Islam dianggap menjadi Melayu, manakala apabila seseorang itu murtad, dia tidak lagi dianggap sebagai Melayu.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/10/01/perpaduan-ummah-melayu-memimpin-malaysia/
❤28
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Media: PRN Melaka
❤36
Menziarahi pusara Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya.

Al-Fatihah.
❤72
Minda Presiden PAS

KALANGAN YANG JAHIL DAN ZALIM MENUDUH MELAYU PERKAUMAN

Masih ada kalangan yang mendedahkan kejahilannya melalui lisan dan tulisan dengan berlaku zalim terhadap bangsa Melayu, dengan menuduh bersifat perkauman.

Ada orang yang sedar dirinya jahil, maka dia tidak bercakap dalam perkara yang tidak diketahuinya. Ada pula yang jahil murakab, tidak sedar dirinya jahil lalu bercakap dan menulis dengan kejahilannya. Mereka merasa sombong dengan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, lalu membuat kenyataan dalam perkara yang di luar pengetahuannya.

Antaranya, menuduh orang Melayu beragama Islam bersifat perkauman apabila bertindak membela bangsanya yang dizalimi atau ditipu. Walaupun sebenarnya Melayulah yang paling bersifat kemanusiaan dan terbuka setelah menganut Islam sebelum kedatangan penjajah.

Mereka menerima kaum lain kerana Islam mendidik mereka dengan konsep kemanusiaan terhadap seluruh manusia, walaupun pada fitrahnya manusia sayang akan keluarga dan bangsanya sendiri. Sehingga menjadi sifat bangsa Melayu yang beragama Islam tetap berada dalam dirinya, walaupun kedaulatan Islam bersama kuasa rajanya yang berlandaskan syariat telah dibatalkan olah penjajah.

Namun, bangsa Melayu tidak bersikap ekstrem terhadap kaum yang dibawa masuk oleh penjajah dengan tujuan yang jahat dan zalim terhadap penganut Islam. Tindakan penjajah British tersebut adalah bagi melumpuhkan kuasa politik Islam yang dipimpin oleh Melayu Islam setelah mereka menganut Islam secara damai dan memerintah negara selama beberapa abad.

Kejahilan terhadap agama dan sejarah atau berfikiran luar tabii menjadikan sebahagian kecil daripada orang Melayu Islam hilang kecintaan kepada bangsanya, laksana kacang lupakan kulit. Namun, majoriti Melayu Islam terus memelihara konsep hubungan antara kaum sebagaimana ajaran Islam.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/2026/10/08/kalangan-yang-jahil-dan-zalim-menuduh-melayu-perkauman/
❤34👍3
Minda Presiden PAS

TAUFAN AL-AQSA TIGA TAHUN BERLALU

Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas telah menggoncangkan dunia sehingga dianggap sebagai permulaan kepada Perang Dunia Ketiga yang menakutkan masyarakat antarabangsa. Kebimbangan tersebut semakin memuncak apabila tentera Israel yang selama ini diuar-uarkan sebagai tentera yang tidak dapat dikalahkan, mula mendapatkan sokongan dari negara-negara sekutu Barat, khususnya Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, sehingga negara-negara Arab dan Islam turut menjadi makmum berjemaah bersamanya.

Amerika mengerahkan bala tentera yang besar bersama beberapa negara bersekutu bagi menentang Taufan al-Aqsa yang tidak boleh dimatikan, dengan mengetatkan kepungan terhadap Palestin, khususnya Gaza yang semakin sempit.

Namun begitu, hanya Republik Islam Iran sahaja yang menolong Gaza dan Palestin, diikuti oleh beberapa gerakan Muqawamah Islamiyyah di negara jiran, iaitu Hizbullah di Lubnan dan Ansarullah di Yaman, serta Taliban hari ini selepas berjaya mengalahkan Amerika. Turut bersama ialah jemaah Islam daripada Sunni yang dikepung oleh kerajaan masing-masing atas propaganda kumpulan pengganas yang terpengaruh dengan Revolusi Iran dan Taliban Afghanistan.

Setelah Amerika dan sekutunya, dengan sokongan negara Arab dan Islam yang tidak berjihad, gagal mencadangkan perdamaian dan gencatan senjata yang nyata menipu dan zalim dengan syarat melucutkan senjata Hamas, kumpulan Palestin dan Iran. Lalu, Amerika dan Israel menyerang Iran secara langsung dan melampau, seperti serangan terhadap Gaza, sehingga menggugurkan para syuhada’ daripada kalangan pemimpin besar, rakyat termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta pesakit di hospital.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/2026/10/14/taufan-al-aqsa-tiga-tahun-berlalu/
❤33
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Media: International Summit 2026, PRN Melaka, Kerjasama Dengan BN
❤17👍4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Media: Majlis Pelancaran Tafsir Al-Tibyan
❤31